- cerita hidup kita tak semuanya sempurna -
Nov 29, 2012
kita takkan tahu apa yg akan berlaku pada kita pada masa depan.
semampu kekuatan manusia, kita cuba merancang.
namun semua orang pun tahu.
tuhan maha kuasa. takdirnya jua yg akan menentukan.
reen,
aku tahu dalam hatimu saban waktunya dilanda gerimis.
meski kau sembunyikan hancur luluh hatimu itu.
anak-anak kecil itu, apa yg mereka tahu.
tahunya cuma minta itu dan ini.
ingat tak bagaimana kami kawan-kawanmu ini beramai-ramai datang ke majlis perkahwinan kau dulu.
anggun mu di sisi pasanganmu di persada pelamin, sama cantik, sama padan.
bagaimana hari-hari selepas itu kau berkongsi bahagiamu melayari bahtera kasih.
kami turut tumpang gembira.
ingat tak sesekali keluarga kita berkumpul, semacam sebuah famili besar.
aku perhati dari jauh. aku sangkakan kau bahagia.
mungkin kerana kau pandai menyembunyi perasaan hati.
tidak tergambar pun kedukaan atau kegelisahan pada riak wajahmu itu.
aku juga tidak menyangka, raz akan melepaskanmu.
setahu aku, bila dengan kami dia sentiasa menyangjungmu.
tidak ada satu yg buruk pun tentang kau, reen, terkeluar dari lafaznya.
segala yg indah dan muluk-muluk saja yg kami dengar.
kiranya perpisahan itu adalah yg terbaik untuk kedua-dua kamu.
aku pasti itu hanyalah jalan terakhir selepas semuanya buntu.
perpisahan dua jiwa, dua hati yg pernah bersama...pastinya sukar. amat sukar.
manalah kami tahu, rupanya kau memendam rasa.
aku tahu kau perempuan tabah. hatimu keras.
aku percaya kamu berdua sudah cuba mempertahankan pelayaran bahtera kehidupan suami isteri itu.
semampu yg terdaya.
mungkin itulah sebabnya berita itu benar-benar mengejutkan aku.
malah aku pasti, kawan-kawan kita juga turut terkesima.
reen,
walaupun kita kawan baik sejak dulu.
aku sedar.
aku ini lelaki. punya famili. anak isteri.
mungkin itu yg menjadi penghalangmu untuk mencurah rasa.
aku faham.
aku pohon semoga kau tak hilang pedoman.
bertabahlah. redhalah.
pasti ada sinar yg menanti.
meski sesukar mana pun harus kau lalui kehidupan mendatang.
pastinya kan kau temui ada duka, pahit getir, onak duri, pertemuan, kebahagiaan, perpisahan...
kerna cerita hidup kita tak semuanya sempurna.
aku percaya, kau boleh, reen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
kirim salam kat reen
aku ada 2 kawan yg juga diduga mahligainya,kami terpisah selepas habis skolah menengah dan jumpa kembali di fb..tp x sangka dalam tawa mereka ada tangis yang tk mmpu dikongsi
jodoh pertemuan,ajal maut di tangan Allah
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul
tumpang simpati aje...
Post a Comment