- hanya kerana sebungkus ikan masin -
Nov 12, 2012
pagi ahad.
lepas breakfast di kedai mamak, singgah kejap di pasar raya.
nak beli barang keperluan dapur.
tak banyak, bukan setroli cuma sebakul je.
wifey nak masak ikan patin dgn tempoyak yg dikirim spesel dari kuantan.
dibelinyalah bahan yg patut.
aku pulak teringin nak makan ikan masin.
ambiklah satu paket ikan masin gelama.
tiba di kaunter, setelah beratur panjang.
mulalah si kasyier mengira.
tiba giliran ikan masin, takde tanda harga.
ini bukan pertama kali, dah banyak kali.
manalah kita tahu, takde tag harga, bukanlah salah kita kan...
selalunya dalam kes seumpama ni, kita biasanya let go je.
kalau barang tu tak perlu sangat.
tak jadi beli. bukan apa malas nak tunggu diorang dapatkan harga.
lagipun barisan kat kaunter tu panjang.
si kasyier tu tetap jugak minta seorang staf lain untuk semak harga.
wifey cakap "tak pe lah. punch je harga....."
kami beralah saja.
tapi kasyier tu macam buat-buat tak dengar je.
orang belakang dah mula gelisah. macam lah salah kita orang.
"tak payah lah dik...kira je yg ni..." aku pulak bersuara.
sesopan mungkin.
si kasyier macam tak dengar je. tak kata apa-apa pun.
lama jugak, baru muncul staf lain tadi yg semak harga.
sebaik aku bayar dan dapatkan baki...
si kasyier merungut sanbil menghentak-hentak mesin kasyier.
seakan tak puas hati & tunjuk perasaan.
dalam kata lain bersikap kurang ajar.
muka yg masam langsung tak memandang kami.
wifey bersuara, tak puas hati dgn sikapnya tu.
tapi aku tak nak kecoh. aku tarik wifey dari kaunter.
lepas tu kami jumpa pengurus pasar raya untuk buat aduan.
pengurus tu memohon maaf dan berjanji akan mengambil tindakan ke atas stafnya tu.
katanya akan tengok rakaman cctv.
pengurus tu begitu sopan sekali, sejuk sikit hati kami...
aku tak tahu apa masalah si kasyier tu...
dan aku tak nampak apa kesalahan kami.
hanya kerana sebungkus ikan masin...
hari ahad yg damai bertukar masin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
mggu lepas..aku ke sana juga
ambik kepak ayam sbb igt nak buat goreng bodo letak sos cili..mmg jelas aku timbang cuma aku tak pasti tukang timbang letak tanda harga ke tidak
sampi kashier..xde tanda harga.last aku tggl je kepak ayam tu..sib baik kashier x buat muka,kalau tidak..tahulah nasib dia
aku x phm langsung kenapa kasyier tu bersikap buruk camtu. kalau lelaki mau aku ajak bertumbuk...ha ha
Post a Comment