- sebuah elegi untuk atih -
Nov 21, 2012
orang selalu cakap, orang yg baik umurnya pendek.
sebab Allah lebih sayang padanya. sebab tu, hayatnya tak panjang.
dia lebih baik berada di sisi Allah. insya-Allah...
abang tih memang baik orangnya.
tak pernah aku tengok dia masam muka, apalagi marah-marah.
dia disenangi oleh ramai orang.
tak kira sedara-mara, kawan-kawan atau siapa saja.
semua akan cakap yg baik-baik saja tentang dia.
bila dia kena stroke dan kemudiannya meninggal pada usia muda maka ramai yg terasa kehilangannya.
sudah tentulah isterinya, atih dan anaknya faris paling terasa sekali.
aku masih ingat bagaimana pada ketika tu, susahnya atih.
berulang-alik ke hospital selepas balik kerja. sambil mendukung faris turun naik bas.
walaupun ada kereta dan ada lesen, tapi atih tak berani nak memandu.
aku cuba membantu yg terdaya.
kengkadang aku curi masa ofis untuk hantar dan jemput atih di hospital melawat abang tih.
2 bulan lamanya abang tih terlantar.
akhirnya dia pergi menghadap Illahi.
selepas kehilangan abang tih, atih macam hilang keyakinan hidup.
sudahlah takde mak abah untuk mengadu hal.
abang-abang dan kakak-kakak aku hanya nampak aku yg boleh membantu.
sebab aku masih bujang waktu tu.
dan kerja pulak di KL.
aku sedar, ini melibatkan pengorbanan.
bukan sedikit. aku akan kehilangan sebahagian besar masa dan kehidupanku sendiri.
tapi, kalau pengorbanan itu dapat membantu atih dan anaknya faris...biarlah, aku rela dan redha.
aku tinggalkan rumah sewa bujangku untuk tinggal dengan atih.
aku cuba kuatkan semangat atih untuk meneruskan kehidupan.
kalau bukan pun untuk dirinya, tapi untuk anaknya faris yg masih kecil dan tak tahu apa-apa itu.
aku tak mahu dia sia-siakan hidupnya.
dan aku juga tak mahu pengorbanan aku ni sia-sia.
aku bantu atih dari segi kewangan.
aku sedar betapa sukarnya atih bila kehilangan tempat bergantung hidup.
aku tolong atih macam mana nak uruskan perbelanjaan. hatta nak bayar bil air & letrik pun.
sebab segalanya sebelum ni diuruskan oleh abang tih.
malah aku ajar sendiri atih memandu kereta semula.
kereta lama abang tih, aku jualkan dan belikan kereta baru, kancil.
supaya atih mudah bergerak untuk ke sekolah, ke kedai atau ke mana-mana.
faris yg masih kecil tu, aku cuba berikan kasih sayang.
aku korbankan hujung minggu kalau tak bekerja untuk melayan kerenah faris.
sebab tu faris sangat rapat dengan aku. sampai hari ni.
aku harap dia akan ingat sampai bila-bila.
selepas atih dah agak lega.
dan sudah boleh berdikari menguruskan kehidupannya berdua dengan faris.
aku pun keluar dari rumah itu.
untuk membina kehidupan ku sendiri...
moga pengorbanan ku yg sedikit itu diberkati.
semoga arwah abang tih damai di sana & menghargai apa yg aku lakukan.
demi isteri dan anaknya.
aku percaya atih takkan pernah lupa segala kebaikan suaminya.
saban pagi hari raya, atih dan faris takkan pernah lupa menziarah pusaranya.
faris pun dah besar sekarang.
dialah jadi harapan atih nanti. bukan aku lagi.
atih...jagalah kesihatan.
selamat hari jadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
ucapan hari jadi paling sedih sob sob
nak nagis pula rasa baca entri ni. kalau kita tulis dr hati, ia akan memikat hati yg lain.
sedihnya..untung atih dapat adik macam awak
byk kes isteri yg bergantung sepenuhnya dgn suami akan hilang arah bila suami meninggal..dan bermula dgn zero
Post a Comment