aku selalu 'hilang naluri' macam lagu nyanyian once (sebutannya on chair...he he).
terutama lepas meeting.
kadang-kadang aku rasa tersalah cakap atau tertinggal sesuatu.
ada benda yg aku boleh jawab lebih baik bila ditanya atau semasa membentang laporan.
ada hal yg kita tak puas hati tapi tak sesuai nak diluah dalam meeting.
itu semua berlegar-legar dlm fikiran. semacam flashback dalam layar otak.
ketika itula terjadinya, hilang naluri...buat seketika.
tapi lepas tu...sikit demi sikit naluri yg hilang, datang balik.
sebenarnya selalunya ada beberapa benda yg sama kita lalui dalam meeting.
pertama:
kalau ada 10 org dalam meeting biasanya yg ambik bahagian hanya 2-3 orang je.
kedua:
pengerusi selalunya nak 'menang'
ketiga:
perkara yg boleh dibincang di luar tapi dijadikan agenda meeting
keempat:
masing-masing akan cuba pertahankan status quo
kelima:
komen kita terhadap rakan sekerja selalunya diterima dengan negatif
keenam:
acara puji-pujian dan bodek-membodek
itu naluri aku. orang lain entah macam mana pulak.
...dan korus lagu tu antara liriknya berbunyi..."Matilah kau di dalam hati ku..."
memang tema lagu tu takde kena-mengena langsung dengan meeting...ha ha ha
itu yg aku rasa lepas meeting petang semalam dan malam tadi.
pagi ni naluri aku dah jumpa balik, segalanya seperti sedia kala.
ok....kerja sekarang!
once |
2 refleksi:
'matilah kau'
kata once ;)
mmg hilang naluri esp bila meeting panas...!
Post a Comment