- kita tidak selamanya sihat -

Apr 30, 2012


kita digalakkan menziarah sedara mara, kawan-kawan dan kenalan yg sakit. bukan buah tangan utama, tetapi sebenarnya kehadiran kita sudah cukup memberikan semangat dan kekuatan pada mereka yg sakit. berasa diingati dan dihargai.

tunjukkan simpati. berikan kata-kata semangat. doakan mereka cepat sembuh. walaupun ada sesetengah mereka menanggung sakit yg berat. dan kemungkinan untuk sembuh adalah tipis. tetapi berikan mereka harapan. dengan sedikit harapan itulah yg akan menjadi penyambung nyawa mereka untuk meneruskan kehidupan.

janganlah diluahkan kata-kata yg kurang enak.
"itulah aku suruh berhenti merokok...kau tak nak. sekarang kan dah sakit"
"makan tak jaga. bersenam malas...inilah padahnya!"
"lain kali jangan makan main sedap tekak je...orang nasihat kau degil"!

sesungguhnya kata-kata sedemikian hanya akan menambah derita dan kesakitan orang yg sakit.

kalau dah nak sakit memang tak kira usia. tak semena-mena datangnya. ada yg tak menjangka langsung.

sabtu.
aku ke hospital serdang, untuk berziarah.
isteri kepada abang iparku atau biras (bukan beras bak kata p. ramlee) aku dimasukkan ke ICU.
tiba-tiba rebah di tengah padang.
dia datang dari kuantan, hadir ke acara sukan yg disertai oleh anaknya yg bersekolah di putrajaya.
sebelum tu tidak ada sebarang tanda-tanda dia sakit. atau mengadu demam atau kurang sihat.
dia dihantar ke bahagian kecemasan hospital. koma seketika.
sebelah petangnya, dia dah mula sedar.
doktor kata, puncanya terlampau penat dan pengsan sebab cuaca panas.
dia ditahan di wad untuk rawatan lanjut.
walaupun masih lemah, dia masih mampu tersenyum melihat kehadiran orang yg menziarahnya.

ahad.
aku ke kpj seremban.
menziarah anak sedara yg diserang asthma yg teruk.
budak muda yg sedang belajar di kolej.
setelah diperiksa, doktor jugak mendapati paru-parunya dijangkiti kuman.
antara perkara pertama yg dipesan pada emaknya sebelum masuk ke bilik rawatan "jangan lupa bagitau pak uda (aku) suruh dia datang..."
ya, dia antara anak sedara yg paling rapat dengan aku.
dan kehadiran aku menziarahnya sudah pasti memberinya kekuatan melawan kesakitan.

perkara 'kecil' sebegini. dengan hanya datang menziarah sahaja sudah cukup bagi mereka yg sakit. memberi mereka kekuatan dan sokongan moral.
kalau ada yg sakit, ziarahlah.
mana tahu, bila kita sakit. tiada siapa yg datang berziarah. tentu sedih kan.
ingatlah, kita tak selamanya sihat....


- sikit cukup, banyak habis -

Apr 27, 2012

sindrom sikit cukup, banyak habis ini ada pada semua orang.
bila sikit tak kira lah dari segi kewangan atau makanan. pandai-pandailah kita berjimat dan cepat kenyang.
tapi bila banyak pun seberapa boleh nak dihabiskan juga.

kalau makan di kedai, cukuplah makan nasi campur sepinggan. tapi bila makan di rumah kita tambah nasi 1-2 pinggan lagi. lauk jugak sebenarnya boleh dihidang untuk 10 orang makan sedangkan keluarga kecik saja.

begitu juga kalau kita ke majlis makan-makan. kalau pergi makan kenduri yg kecil-kecil atau jamuan yg kecil-kecil tahu pula kita bila nak berhenti makan. tapi bila pergi majlis dinner yg besar, makan kita macam tak mahu berhenti. nak pulak kalau jamuan secara buffet. maka berkali-kalilah kita pergi balik dari meja makan ke meja buffet.

lebih-lebih lagi kalau bulan puasa. sebenarnya cukup aje dan kenyang pun kalau makan sedikit. tapi bila ke bazar ramadhan segala macamnya kita akan beli. itu belum lagi kalau kita dijemput hadir ke majlis berbuka puasa. percuma!
jadi segala jenis makanan yg kita sumbat ke dalam perut. sebabnya banyak pilihan yg sedap-sedap depan mata.

kalau dari segi duit pun sama. kalau bulan ni bajet lari siki, kita pandai pulak adjustkan. supaya sampai hujung bulan masih ada duit untuk dibelanjakan.
tapi bila satu bulan tu kita ada duit lebih, claim lebih, atau dapat bonus ke...mulalah kita beli itu dan ini. dan yg banyak itu akan habis jugak.

contohnya, macam bulan ni, dapat tunggakan. belum dapat lagi kita dah rancang nak beli itu dan ini. yg sebenarnya bukan keperluan mendesak pun. sebab ada bajet lebih sikit, maka kita nak habiskan.

itulah dipanggil sindrom kalau sikit cukup, banyak pun habis jugak...!


********

sindrom yg sama jugak dah menjangkit kepada erol.
biasanya aku bagi duit belanja rm2 setiap seorang pada mereka.

tapi semalam, aku takde duit kecik. jadi aku bagi duit kertas rm5 pada erol.

"lebih nanti, guna untuk belanja esok..." pesan aku. erol cuma sengih aje.

malam tadi aku bagi rm2 pada erin dan eril saja. dengan anggapan erol masih ada duit belanja lebih semalam.

"mana erolnya duit belanja...?" erol menuntut duitnya jugak.

"eh kan semalam papa dah bagi lebih. rm5. pakai lah yg tu...".

erol cuma sengih aje. sambil menadah tapak tangan.

maknanya, janganlah diberi duit belanja lebih, sudah tentu dihabiskan jugak....!

- meh...join pasang khemah -

Apr 26, 2012

musim sibuk sudah bermula
sepanjang seminggu ni 'berkhemah' di sana

- rabu: tanpa tajuk -

Apr 25, 2012

hari ni, hari gaji kakitangan kerajaan...
dan tunggakan kenaikan gaji 3 bulan kerana pembatalan sbpa
wahhh...pakcik kayo!

- sepanjang jalan kenangan. . . kisah 6 budak botak -

Apr 24, 2012

dah lama aku tak tulis entri berkaitan 'sepanjang jalan kenangan' ni.
hari ni ada free sikit. bolehlah mengimbas semula kenangan dulu-dulu.

selalunya bebudak asrama dapat info dari geng pengawas yg jugak duduk di asrama. pasal spot check rokok ke, rambut ke, stokin pakai ke tak, atau tali pinggang yg ada buckle pelik-pelik. kalau ada, diorang dah bagitau pada kami pada sebelah malamnya semasa prep.

jadi, habis aje prep tahulah apa nak buat. akan 'tumbuh'lah kedai gunting segera sepanjang koridor asrama. kau gunting rambut aku, lepas tu aku gunting rambut kau. siapa tak pandai gunting dia kena bayar upah gunting. 
ya, pada masa tu akulah paling kaya, sebab aku memang tukang gunting handalan. tapi diorang suka gunting dengan aku sebab aku ni fleksibel. 
bayaran boleh dalam pelbagai bentuk sama ada sistem barter seperti upah rokok, upah masak megi, upah iron baju sekolah, atau upah basuh pakaian.

sudah jadi rahsia yang bukan rahsia. kalau ada perhimpunan, akan adalah spot check. jadi semua kena kemas.

'entah apa ke jadahnya...' (ikut stail wan kamarudin dlam edisi siasat bukan stail aaron aziz dlm ombak rindu). satu hari tu oleh sebab nasib tak baik. cikgu disiplin baru tu, yg memang kami dah lama berbulu tu tukar strategi. ternyata walaupun baru tetapi dia bijak. tidaklah selurus bendul seperti cikgu disiplin terdahulu yang boleh kami akal-akalkan.

kami ingat, dah selamat. suatu hari tu memang takde perhimpunan. lagipun, kami tak dapat apa-apa 'signal' daripada geng pengawas. tapi cikgu disiplin buat spot check dalam kelas laaa...memang tak boleh nak lari punya!!

kebetulan aku dan beberapa yg lain sedang bela rambut panjang sikit. nak buat pacak. bubuh gel lebih sikit. tapi itu luar waktu sekolah la. masa sekolah, rambut lebih skema. 
cumanya, syarat yg ditetapkan ialah rambut bahagian belakang tak boleh cecah kolar baju. belah pelipis tak boleh cecah telinga dan belah depan tak boleh tutup dahi. waduh....detail habis dia punya peraturan!

maka...TERKONO...bak kata orang negeri.
bukan aku seorang. 6 daripada kami. semua geng aku. walaupun berlainan kelas.
tapi sampai sekarang aku rasa, sebenarnya itu cuma helah cikgu disiplin kami. kami panggil cikgu megat. dia memang dah marked kami. nak kenakan atau balas dendam ke.

ya, memang berambut panjang tu satu kesalahan. tapi kaedah hukuman tu yg kami pertikaikan. 
rambut kami digunting oleh cikgu megat. di depan khalayak.
kami bukan saja didenda atau dihukum tetapi juga dimalukan.
kononnya sebagai pengajaran kepada pelajar lainnya.
tapi sebenarnya ramai kalangan pelajar lain tak setuju dengan hukuman itu.

rambut kami bukan digunting sebaliknya ditoreh dan ditarah.
macam dimakan tikus. berlubang sana-sini. tinggi rendah. tebal nipis tak sekata. buruk benar rupanya...
ramai yang menyifatkan tindakan cikgu megat itu agak zalim.
malah ada juga di kalangan guru yg tidak bersetuju dengannya.

petang itu kami berenam pergi ke kedai gunting mamak di luar asrama. dengan memakai topi, kopiah dan songkok kerana malu.
oleh sebab tak boleh dibaiki rambut kami itu. walaupun oleh tukang gunting rambut paling handal.
hanya satu cara, iaitu membotakkan kepala...!
jadi kami berenam, nekad untuk berkepala botak. pertama untuk elakkan rasa aib  untuk ke sekolah dengan rambut seperti digigit tikus. kedua, sebagai tanda protes!

esoknya kami ke sekolah tanpa rambut.
tetapi tindakan kami itu tidak disenangi oleh cikgu megat.
kami  6 budak botak dipanggil menghadap.
kami diberikan ceramah oleh cikgu megat. kami dimarah dan ditengking.
kami dituduh cuba melawan cikgu. cuba menunjukkan keras kepala. dan dikatakan sebagai pengaruh negatif yg akan mempengaruhi pelajar lain supaya melanggar disiplin.
walhal rambut kami tidak lagi panjang, malahan botak...

disebabkan cikgu megat masih baru naik jawatan sebagai guru disiplin. atau mungkin menganggap jawatan itu sangat tinggi darjatnya. maka dia sebenarnya terlalu dikuasai emosi, membuat tindakan di luar batasan.
atau juga mungkin nak tunjukkan yg dia memang tepat dan sesuai sekali bergelar cikgu disiplin, maka pertimbangannya menghukum kami menjadi agak keterlaluan dan ekstrem. 
kami juga diberitahu tindakannya itu tanpa merujuk kepada pengetua...!

kami diberi surat amaran dan gantung sekolah selama seminggu. keenam-enamnya.
mungkin cikgu megat lupa. kami hanya berambut panjang, bukannya tidak berdisiplin.
oleh sebab dia hilang pertimbangan, buruk sangka dan salah persepsi. sedangkan kami juga ada maruah. 

kerana kami juga tinggal di asrama. maka terpaksalah kami balik kampung. atau menumpang di rumah sewa kengkawan yg lain. selama seminggu itu. kami hanya mengikut arahan dan peraturan, malah tidak membantah pun...

rupa-rupanya sepanjang ketiadaan kami selama seminggu itu, telah mencipta suasana baru dan bergelora di sekolah. khabarnya cikgu megat menerima banyak surat layang mengutuk tindakannya menghukum kami itu dari kawan-kawan dan rakan pelajar yg simpati. dalam kalangan cikgu jugak diadakan satu mesyuarat khas yg dianjurkan oleh guru yg kurang setuju menyuarakannya kepada pengetua. malah wakil PIBG melalui surat bantahan yg dihantar oleh bapa adi dan joe telah meminta sisatan dalaman dilakukan oleh pengetua terhadap cikgu megat.

tindakan terburu-buru dan penuh emosi oleh cikgu megat itu mengundang padah. dia kemudiannya telah ditukarkan ke sekolah lain. 

kalau itu semua tidak berlaku, tiadalah kenangan untuk kami imbau kembali. kami cuma nakal bukannya jahat. dan kini 6 budak botak itu sudah dewasa. alah punya famili sendiri.
joe kerja dengan petronas lulusan UTM. sesekali kami bertanya khabar. kalau ada masa berziarah.
adi ialah manager sebuah bank di JB. selalu chat atau berbbm dengan aku.
kimi kerja di klia. tahun lepas ada datang beraya ke rumah aku.
tapi dua yg lain aku dah lost contact.

kami akan sentiasa ingat kenangan di sekolah dan  kisah 6 budak botak...!
terima kasih cikgu megat....

- the world is flat -

dalam profil aku di mana-mana pun termasuk fb, twitter dan blog
aku catatkan buku feberet aku ialah 'the world is flat'
nampaknya sudah pun di alihbahasa ke dalam BM
'dunia sama rata' terbitan ITBM
aku kena beli versi versi BM pulak nak tahu adakah sebaik versi ori nya

- debaran pagi isnin -

Apr 23, 2012

hari yg ditunggu-tunggu tiba dengan penuh debaran.
atas usaha saat-saat akhir, majlis perasmian berjalan lancar.
alhamdulillah, auditorium penuh dengan kehadiran para tetamu jemputan.

sempena perasmian majlis tersebut, aku juga merasmikan kasut baru ku.
oleh sebab aku terlupa petua orang tua-tua
supaya menggigit kasut baru yg hendak dipakai,
maka kasut tersebut telah 'menggigit' kaki aku terlebih dahulu.
adeh....melecet.

- majlis tanpa tetamu -

Apr 20, 2012


dulu, semua tu termasuk tugas aku. aku yang buat. 
tapi sejak ada boss baru ni, tugasan itu diberi kepada orang lain. 
eloklah, aku dah naik rimas dengan beban tugas tu. bukannya susah sangatlah tugasan yg diberikan tapi masalahnya, bukan tugasan tu je aku kena buat tapi segala mak neneknya, aku yg kena pastikan keseluruhannya berjalan lancar. jadi, tugasan itu bila digabung dengan tugasan lain, ianya menjadi semakin berat ibarat batu gunung yg besar diletakkan atas bahu aku seorang.

tugas itu ialah menjemput tetamu untuk datang ke majlis yang dianjurkan oleh kompeni. kalau dulu aku ditugaskan A-Z utk pastikan semuanya lancar. kali ni, aku cuma perlu sediakan senarai tetamu yg hendak dijemput. sebab aku yang lebih kenal, dan lebih tau siapa yg patut hadir dan dijemput ke majlis itu. oklah kalau itu alasannya.... 

lalu senarai itu aku serahkan kepada orang yg mengambil alih tugas tersebut kira-kira sejak lebih sebulan dulu. jadi tugas aku, selesai. cuma perlu hadir ke majlis itu untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan. lega....!

isnin nanti majlis akan berlangsung.
hari ini, mereka yg terlibat dalam majlis atau disebut jawatankuasa buat raptai atau rehearsel.
aku tak terlibat. 
jadi, aku buat saje kerja di ofis. macam biasa.



*******

"jemputan yang you bagi senarai hari tu datang tak majlis nanti...?"
tanya orang yg menggantikan tugas aku, dari tempat rehearsal, melalui telefon.

"laaaa...u yang uruskan pasal jemputan kenapa tanya i pulak?" aku naik pelik

"i bukan kenal diorang. macam mana ni, tak tahu siapa yg datang siapa yg tak...?" soalnya seakan panik.
"you tolong  follow up la, tanya diorang datang ke tak...?" katanya merayu.

aku terus terdiam. putuskan telefon.
nak marah ada. nak menyumpah seranah pun ada.

kalau ada majlis tapi takde jemputan yg datang...macam mana?
majlis syok sendiri namanya...!
ini majlis rasmi. menteri datang...bukan main-main!

- ole-ole dari beijing -

Apr 19, 2012

orang kata kalau kengkawan ingat kat kita dia pergi melancong ke mana-mana pun dia akan bawak balik buah tangan atau ole-ole. sekarang ni semuanya berduit. kalau nak kirim apa-apa barang janganlah kirim dengan air liur je. hulur-hulur lah.

aku cuma tumpang gembira aje kalau ada kawan-kawan yg pergi makan angin ke luar negara. dulu kalau pergi bandung, jakarta, bali atau medan tu dah kira jauh dah. tapi sekarang ni dah makin jauh ke beijing, guangzhou dan korea dah. banyak agensi pelancongan yg tawar pakej murah-murah. tapi murah-murah pun masih fikir dua tiga kali jugak. sebab aku ni, kalau nak melancong tak sanggupla pergi berdua je. nak tinggalkan anak-anak, tak sampai hati. orang lain lebih kira pasal kos, sanggup tinggalkan anak-anak.


berbalik pasal buah tangan daripada kawan-kawan yg balik dari melancong ke oversea tu. semalam kawan satu ofis baru balik dari makan angin ke beijing. dia pergi berdua dengan wifenya. anaknya tak bawak sekali. kira mcam honeymoon jugakla walaupun dot dot dot...

hari tu dia ada kata nak bercuti. makan angin. tak pulak dia bagitau nak ke beijing. atau tanyakan "kau ada apa nak kirim tak...aku nak pi beijing ni..!"

tak de pun.

semalam dia balik dah. sebagai tanda ingatan pada kawannya ini, diberinyalah coklat, chopstik dan fridge magnet yg beli kat sana. coklatnya dah habis aku makan, takde dalam pic. bukan aku je dapat ada jugak beberapa kawan sepejabat lain yg ngam dengan dia yg dapat. maknanya bukan semua lah. aku ucapkan terima kasih la padanya. ingat jugak dia kat aku. bolehlah aku lekat kat fridge nanti sebagai koleksi. dan makan mee kungfu guna chopstik tu...ha ha

tapi ada risik-risik mengatakan, ada seorang kawan ni dapat buah tangan mahal. bukan sembarangan. iphone...!
huh....ini tak adil. kalau nak bagi buah tangan biarlah sama rata. mana boleh beza-beza!

untuk pastikan risik-risik tu aku pun buatlah soal siasat.
dan didapati memang benar, yg ada seorang kawan ni yg dihadiahkan iphone yg dibeli kat beijing.


***********

aku: "wah....tak aci la kau dapat iphone aku dapat chopstik je..."

kawan: "ha ha...aku kirimla bukan dia bagi..."

aku: "Oooo kau kirim. murah ke kat sana...?"

kawan: "mana ada.... ini iphone made in china la...(sambil tunjukkan iphone tu). macam real kan...murah je rm200. kalau yg ori regenya 1 ribu kat sini...tak mampu la...."

aku: "laaaaaaa....."


- kem smart yang semak -

Apr 18, 2012


kem smart study islamik eril berlangsung selama 3 hari bermula petang jumaat. dan tamat tengah hari ahad minggu lepas. maknanya peserta kem dikehendaki tidur di sekolah 2 malam. dikenakan bayaran pendaftaran termasuk makan minum. kata eril, cikgu-cikgu yang akan menyediakan masakan untuk mereka. huh, rajin sungguh cikgu...ya.

aku terfikir jugak kenapa tak buat saja di luar sekolah. di kem bina semangat kat mana-mana. tempat tinggal lebih selesa. makan-minum disediakan. segala program, penganjur yg aturkan. bayar yuran penyertaan aje. 
tapi mungkin, pihak sekolah ada perancangan sendiri kot. asalkan ianya berfaedah dan bermanfaat untuk pelajar sekolah, aku tiada halangan.

cuma masalahnya di sekolah tu tidak ada asrama. jadi, nak tidur di mana?
sekolah tu tiada bilik mandi. jadi nak mandi di mana?

eril tunjukkan satu senarai panjang yg disediakan oleh cikgunya. termasuklah keperluan pakaian, baju melayu, baju sukan, tuala mandi, selipar, kasut, tempat tidur. maksud tempat tidur mungkinlah sama ada tikar atau toto atau tilam lipat yg dibawa sendiri dari rumah. kalau takde, kena belilah jawabnya. jangan lupa bantal dan selimut jugak kena ada.

untuk mandi, kenalah gunakan tandas. untuk mandi di situ, kenalah ada gayung dan peralatan mandi yg lain seperti sabun, berus gigi dan ubat gigi. 

mujurlah mama si eril tu sangat particular dan detail orangnya. semua sudah difikirkannya dan disiapkannya. eril cuma perlu bawak badan aje. untuk tidur pakai toto takkanlah nak dibentang saja atas simen dalam kelas. kotorlah jawabnya. jadi, malam sebelumnya terpaksalah aku belikan tikar plastik boleh lipat sebagai alasnya.

semasa pendaftaran tu, aku perhatikan pelajar lain jugak.
ya, seperti eril mereka jugak mengangkut tilam, bantal, beg pakaian dan segala peralatan lain.
tapi ramai jugak yg dihantar oleh mak bapak mereka datang 'berlenggang kangkung' saja. 
maksudnya dengan satu beg pakaian saja.

tergetus dalam hati aku.
macam mana diorang nak tidur malam nanti? 
adakah tidur atas lantai simen?
atau mengambil kesempatan menumpang dari kawan-kawan lain yg bersusah payah mengangkut tilam bantal dari rumah?


*********

pertanyaan aku itu terjawab selepas tamat kem itu.
bila aku bertanyakan hal itu pada eril. telahan aku tepat sekali.
eril mengaku, ada kawan-kawannya yg sekadar menumpang tilam, bantal dan selimut kawan yg lain.
bukan itu saja, ada juga yg menumpang tuala mandi, sabun, ubat gigi malahan berus gigi jugak.
selain meminjam sikat dan minyak rambut...

sama ada pelajar yg tak kisah. atau mak bapak mereka yg ambil mudah, tak prihatin...!
bukankah senarai keperluan sudah diberikan pada mereka.

lain kali, pihak sekolah kena sediakan tempat yg lebih selesa. takkanlah semua keperluan nak diangkut dari rumah!
dan mereka yg bersikap sambil lewa - terutama mak bapak - tak payah lah hantar anak mereka masuk kem seperti ini.


- berwacana lagi -

isnin hari tu sempat hadir ke wacana ini anjuran perpustakaan negara.
tapi cuma ikuti aktiviti sebelah pagi. sebelah petangnya ada urusan di ofis.
ya, memang bermanfaat. patut kerap lagi dianjurkan.

- undi sms jadi hakim -

Apr 17, 2012

aku mengakulah takde program tv tempatan yg aku betul-betul minat.
adalah beberapa yg aku minat macam masterchef dan maharaja lawak dulu. yg lainnya cerita omputeh. selebihnya program sukan terutama bola sepak. sampaikan si erin pun dah pandai komplen..."papa ni asik bola...bola, bola...!"
aku pun ajuk dia balik "erin ni, asik kartun, kartun, kartun...!"

ok la sekarang ni ada benda jugak yg aku minat. lagi pun musim bola dah nak abih. sampai hujung-hujung musim. aku kenalah cari program tv tempatan untuk diminati.

okey. setiap hari jumaat, malam sabtu jam 10.00 pm ada super spontan. boleh lah layan.
sebab aksinya lawak spontan, bukannya dibuat-buat atau ikut latihan atau skrip. dari sinilah kita dapat saksikan lawak dan bakat sebenar.


dan hari sabtu pulak mula jam 9.00pm, ada mania. ianya dipertandingkan secara live. tapi sayangnya program yg sebagus ini, ditentukan pemenangnya oleh populariti bukannya yg terbaik. undi pemenang berdasarkan sms.



- dulu aku pun student jugak ... -

sekarang tengah panas isu ptptn. sebenarnya sengaja dipanaskan. 
maklumlah dekat pilihan raya dah ni. ada pro dan kontranya. ramai yg lupa duit ptptn tu bukan saja utk biaya kos atau yuran belajar tetapi juga untuk tampung sara hidup pelajar. duit makan minum dan belanja harian.
perlu jugak diingat bukan semua pelajar tinggal di asrama, ramai yg menyewa rumah. jadi duit ptptn tu jugaklah digunakan untuk bayar sewa.

mungkin yg tak berapa kena atau adil  ialah caj ataupun faedah yg dikenakan pada peminjam. itu perlu dikaji dan kalau boleh dihapuskan caj perkhidmatan tu. lagipun tak payahlah aibkan mereka dengan blacklist di akhbar dan halangan imigresen bila nak ke luar negara, bila lambat bayar. mungkin ada yg belum dapat kerja lagi.

cara yg paling baik ialah belajar sehabis baik. kalau result bagus, tak kenalah bayar. kalau malas dan asyik nak bercouple je....sendiri mau ingat la. jangan nak harap semua benda free dan semua benda subsidi...!

masa aku belajar kat U dulu pun aku ambik pinjaman jugak bukannya biasiswa. mengada-ngada sangat ikut 'nasihat' kawan-kawan jangan ambik biasiswa jpa atau kementerian pelajaran sebab tak nak jadi cikgu. last-last mujur dpt ptptn.

duit pinjaman itulah yg tampung aku sepanjang di U. itulah duit belanja poket. itulah duit makan. itulah duit pergi pasar malam. itulah duit beli megi. itulah duit beli buku rujukan. duit fotostat. yuran persatuan. duit tengok wayang sesekali. duit beli kasut bola. beli rokok untuk yg nakal. duit minyak motor jangan kering. pendeknya, pandai-pandailah nak hidup.

ya, aku nekad beli motorsikal dengan duit pinjaman belajar. aku buat bayaran down payment dan bayar ansuran bulanan. sedangkan  ramai kengkawan lain yg menapak ke kuliah atau library. 

inilah strategi aku. ya, aku buat bisnes dengan 2 orang member kamcing.
aku sedar, keluarga aku bukan kaya-raya. aku jugak tak harap orang lain bagi free. kenalah usaha sendiri. kalau nak hidup bersenang perlulah bersusah sikit.

aku pernah borong keropok lekor dari kawan yg tinggal di terengganu. bila diorang balik cuti semester aku kirim untuk diorang belikan stok. kemudian aku goreng dan jual dengan harga berapa kali ganda. benda ni aku buat masa 1st year lagi sampai second year.

aku jugak jual t-shirt. yg berkisar pasal campus life. jual dari pintu ke pintu.dari dorm ke dorm. dari kolej ke kolej. kemudian bila trend t-shirt macam tu dah tak laku sebab diorang lebih minat t-shirt yg ada tulis nike, adidas, reebok. aku ambik inisiatif beli t-shirt tiruan dari siam.
aku borong t-shirt di padang besar. kebetulan masa tu abang long aku kerja dengan pasukan polis di sana. jadi, sambil menyelam minum air. kadang-kadang aku mintak abang long poskan aje, bila order banyak masuk.
harga lebih murah daripada yg ori. memang sold out masa tu. bukan orang tahu pun tiruan. yang penting ada gaya. sengkek pun bukan orang kenal....ha ha

selain tu aku jugak 'sewakan' motosikal aku. tapi sekadar kalangan kengkawan aje la. maklumlah masa tu ada motosikal dah kira mewah lah. tak macam sekarang, student pun ada kereta mewah. jadi, seingat aku, tak pernah isi minyak motor guna duit sendiri. siapa nak pergi ke pekan, aku kenakan rm5. nak pergi library rm2. nak pergi bank rm2. nak pergi beli nasi lemak panas kat gerai, kena bayar rm2.  jadi duit ansuran motor dah selamat dengan sewakan motor pada kengkawan aje. aku kena bayar ansuran rm100 sebulan. masa tu harga petrol taklah mahal macam sekarang...!

masuk final year. duit ansuran motor dah habis. aku boleh concentrate pada study dan siapkan tesis. kalau nak seribu daya...!

...dan yg lebih penting lagi. aku tak payah pun bayar duit  ptptn tu, sebab result aku cemerlang dan gemilang. tak payah susah-susah nak demo atau kena blacklist sebab tak bayar balik....

- happy birthday, eril . . . -

Apr 16, 2012


selama 3 hari sejak jumaat, eril kena mengikuti kem smart study di sekolahnya. tapi sebelum masuk kem tu dia dah ingatkan yg hari jadinya akan jatuh pada 15 april. jadi kalau nak buat surprise pun tak boleh dah.

lagipun dia dah ingatkan yg birthdaynya sama tarikh dengan zizan raja lawak....ha ha
hanya pada tengah hari ahad tu, kem selesai.

kami tak pernah buat birthday party untuk sesiapa pun dlm famili ni. sebagai tradisi, menyambut hari jadi cuma dari kalangan kami anak-beranak saja.
pergi makan di luar tapi tempat spesel sikit la, atau beli kek sebijik. cukuplah.

sebagai anak sulung, eril memang anak yg tak bermasalah. aku pernah pesan padanya, "kalau papa takde, eril kena jaga mama, erol dengan erin tau..."
dia cepat matang

tengah hari tu kami ke penang village, alamanda
mewah gak tempat ni...
hidangannya pun ada kelas...

lepas makan tu, kita orang ronda sekitar alamanda.
huh memang meriah suasana hujung minggu di sini. kebanyakannya memang warga putrajaya. al maklumlah inilah satu-satunya kompleks beli belah yg ada kat bandar putrajaya ni.

bagi peluang eril pilih hadiah untuk hari jadinya. bukan apa kalau kita pilih nanti dia tak berkenan pulak. dan tarik muka masam, rosak pulak hari yg sepatutnya dia bergembira.

tapi dah sound awal-awal, janganlah pilih yg mahal-mahal sangat, lari bajet papa nanti.

bila dah beli hadiah eril - biasalah kalau dah namanya budak-budak memang alat permainanlah pilihannya - jadi kami singgah di toys r us.  masalahnya terpaksalah juga belikan mainan untuk erol dan erin jugak. kalau tak ada yg merajuk atau meleleh air mata nanti.
tapi walaupun dah makan sedap-sedap kat restoren yg kelas, kalau takde kek memang tak sah. jadi, belilah jugak kek. semata-mata untuk melengkapkan sambutan hari jadi dan sesi bergambar.

- ikan patin temerloh -

Apr 13, 2012

kalau  ke kuantan, aku kerap singgah di RnR temerloh. sama ada untuk isi minyak. atau 'buang minyak'. kadang-kadang singgah untuk solat di surau. atau sekadar berehat sebentar dan menyejukkan enjin kereta. selalunya, singgah alas perutlah yg paling utama.

lagipun kalau tak silap, ini RnR terbesar sepanjang perjalanan mengikut lebuh raya antara kuala lumpur ke kuantan. lokasinya pun agak strategik hampir separuh perjalanan di antara KL-kuantan atau kuantan-KL.
mungkin menyedari hal ini juga, pihak lebuh raya menyediakan parkir yg luas, gerai makan yg banyak dan beraneka, surau yg selesa dan tandas yg boleh tampung ramai orang sekali gus.

kalau nak makan, pasti ramai yg nak mencuba masakan ikan patin masak tempoyak yg tersohor itu. dan temerloh adalah satu tempat yg agak popular dengan ikan patinnya. tapi ikan patin ni pun banyak jenis.
di salah satu gerainya dengan jelas menunjukkan perbezaannya.
"ikan patin sungai - rm12" seketul
"ikan patin sangkar - rm8" seketul
sesekali, oleh sebab kepingin nak makan juga, 'terbeli jugak.
walhal dah kerap sangat makan, tapi tak pernah jemu atau muak.

kadang-kadang ada jugak beli di sini (nilai). tapi ikan patinnya tak ori macam yg didapati di sg pahang. kebanyakannya patin sangkar atau patin bela. silap-silap ada rasa lumpur masa memakannya.

baru-baru ni keluar dalam tv. ada yg mengadu kata RnR di temerloh ni mahal harga makanannya. pada aku isunya tidaklah sebesar mana. tetapi sengaja di besar-besarkan. si pengadu kata dia makan ayam masak merah dengan ikan masin serta nasi tapi dicaj rm5.40.
takdelah mahal mana pun. bukannya rm15 atau rm50. lainlah kalau makan ikan kering dengan nasi dikenakan rm5.40.

sebenarnya kita ada pilihan. kalau rasa mahal, bawaklah bekal sendiri. atau berhenti makan dan cari kedai lebih murah. atau lebih senang isi perut kenyang-kenyang sebelum mulakan perjalanan jauh...ha ha

kalau nak dibandingkan, baru je 2 hari lepas  aku ke pasar malam di pekan salak. terkejut aku bila beli nasi kerabu dengan berlaukkan daging bakar harganya rm5.50. haaaa..., yang ini memang mahal sebab beli kat pasar malam....



- jalan-jalan layan perut. . . 2 -

Apr 12, 2012


inilah rojak dan cendol yg famous seantero kawasan ini. pada lori kecik ni tertulis 'rojak enstek'. biasanya start berniaga waktu tengah hari hinggalah ke petang (atau sehingga stok habis). dulu dia meniaga guna motor roda tiga. sekarang dah maju ada lori sendiri. biasanya parking bawah pokok dekat jalan masuk ke bandar enstek. santai dan redup
hargan cendol & rojaknya sama je tak naik-naik dari dulu.
pelanggannya kebanyakan datang dari area kg jijan, l.b.j, salak, seriemas dan sekitarnya termasuk pekerja dari klia dan lcct.

- lindungilah saudaraku di acheh -

Apr 11, 2012

petang tadi dilaporkan ada gempa bumi berhampiran acheh.
gempa bumi dengan kekuatan mencecah 8.6 pada skala richter itu (laporan awal menyatakan 8.9) dirasai gegarannya hingga ke negara kita dan negara jiran lain.
yg lebih membimbangkan ialah susulan gempa bumi yg berpusat di lautan hindi itu berkemungkinan menyebabkan tsunami sebagaimana yg pernah berlaku di acheh pada 2004 yg mengorbankan 170,000 nyawa, dan tsunami di jepun tahun lepas.

aku baru saja lepas solat asar, bila beberapa sms masuk.
"KL bergegar, earthquake?"
"tempat u ada rasa tak bergegar"

aku terus mendapatkan henfon. buka fb. sumber online paling pantas bagi aku.
ya, ramai yg update status pasal gegaran yg dirasakan.
beberapa minit kemudian, disahkan berita gempa bumi yg melanda berhampiran acheh.
aku segera panjatkan doa, agar tidak berulang lagi malapetaka itu.
aku segera terbayangkan apa yg berlaku dulu. menakutkan dan menyedihkan.

sepanjang petang  hingga ke sebelah malamnya. aku cuba dapatkan perkembangan lain.
melalui tv. melalui internet.
banyak sumber, banyak pulak kacau bilaunya.
ada yg kata amaran tsunami telah dikeluarkan dan kemungkinan sampai ke pulau pinang jam 9 malam dan port dickson kira-kira jam 2 pagi.
amaran rasmi dikeluarkan sejauh india. dan thailand mengarahkan penduduk kawasan pantai mencari kawasan tinggi. bimbang tsunami yg melanda phuket dulu.

kebanyakan laporan tidak rasmi. dan tidak disahkan oleh pihak berkuasa.
bila sumber tak rasmi ini dipetik dan disebarkan melalui twitter dan facebook, ianya menambah lagi kebimbangan dan kekalutan.
misalnya petikan twitter yg kononnya dari orang acheh sendiri yg mengatakan tsunami setinggi 6 meter telah melanda. dan itu kemudiannya diretweet oleh ramai yg lain.

di p.pinang, seorang kawan aku di sana melaporkan suasana agak panik jugak. dia sendiri mengharungi jalan sesak seperti yg lain untuk 'menyelamatkan diri' ke kawasan selamat.
disebabkan berita mengatakan jambatan p. pinang sduah ditutup kepada lalu lintas. khidmat feri juga dihentikan sementara.

jabatan metereologi hanya mengeluarkan 'nasihat' bukannya amaran. supaya menjauhi kawasan pantai. jabatan itu  memantau dengan rapi dan akan mengeluarkan makluman rasmi sekiranya mendapati tsunami benar-benar berlaku dan menjadi ancaman.

ramai jugak yg mengemas kini status di fb mengatakan tsunami berlaku di acheh. walhal yg terjadi ialah gempa bumi. mereka tak tahu bezakan tsunami dengan gempa bumi. tsunami mungkin berlaku disebabkan gempa bumi yg kuat terutama jika berlaku di kawasan lautan. maknanya, tak semua gempa bumi menyebabkan tsunami.

dalam laporan berita tv, dan video yg muat naik di internet menggambarkan suasana bimbang dan cemas di acheh. tak dapat aku bayangkan jika benar tsunami melanda lagi. mohon dijauhkan.

menjelang malam...amaran kemungkinan tsunami telah ditarik balik di kebanyakan negara asia tenggara, india, sri lanka dan lainnya.

sehingga aku menulis ini, tiada berita kemalangan jiwa berlaku. alhamdulillah....

- hilang macho pun, tak kesahla... -

Apr 10, 2012

aku tak kesah bila dikatakan 'tak  macho'.
aku jugak tak peduli jika dilabelkan 'takut bini..' atau kena queen control.
sebabnya ada jiran yg nampak aku tolong wifey sidai kain.
atau ternampak aku sedang mengemop dan menyapu di porch rumah.
salahkah aku tolong isteri sendiri?

aku bekerja, wifey jugak bekerja.
sama-sama penat. bantu-membantulah mana yg patut.
takkan hilang macho seorang lelaki yg membantu kerja rumah tangga yg 'kononnya' tugas rasmi si isteri.
aku buat kerja-kerja tu tanpa disuruh pun. sukarela je...
lagipun bukannya susah sangat.

dan aku jugak rajin tanam pokok bunga. siram pokok bunga.
malah basuh pinggan pun aku buat jugak. kadang-kadang.
mungkin takde yg nampak.
sesekali basuh kasut sekolah anak pun, aku lakukan jugak bila angin rajin tu datang.
selalunya baju ofis, aku hantar iron kedai dobi. rm1.20 sehelai.

bukan nak 'angkat' diri sendiri.
ada jugak masa malasnya, aku duk menghadap tv je.
atau melayan 'mimpi'.

kalau aku tak bantu isteri aku...siapa lagi?
malahan yg aku dapat tahu daripada kalangan kawan-kawan perempuan, suami yg 'macho' sebenarnya ialah mereka yg rajin membantu isteri.

pada jiran-jiran yg tersengih dan mulut terkumat-kamit semasa ternampak aku sedang sidai kain,
atau ternampak aku mengemop lantai di porch....
yg penting bukan pandangan atau persepsi kalian...
asalkan wifey aku cakap aku ni 'macho' sudahla... he he


- 1st day, di tempat kerja baru -

hari pertama kerja tempat baru...

yep, jauh sekali bezanya dengan tempat kerja lama.
iyalah, dulu kita yg kita yg kena arah... sekarang kita yg mengarah.
apatah lagi dapat duduk atas kerusi empuk dengan bilik besar berhias deko cantik.
ada pc yg monitornya macam saiz tv led. besar gedabak!
duk sorang-sorang kalau aku nak layan internet, fb, blog walking layan apa saya pun takde orang tahu atau nak tegur...ha ha

dah tak payah dah, aku kena bangun awal.
selepas subuh bertolak dari rumah ke ofis.
semata-mata nak elak jem dan kejar clock in.
dah tak payah drive 50km pergi balik tiap hari.
aku boleh masuk ikut suka. takde office hour atau business hour.

nak minum, tea lady yang buatkan.
nak fotostat, sekretari yg buatkan.
nak hantar surat urgent, despatch boleh hantar segera.
nak mintak apa-apa pun tekan interkom je...

nak parkir kereta. tak payah nak pikir letak mana. atau nak berebut dengan staf lain.
memang dah reserved.
dulu nak redup, cari bawah pokok. sekarang, parking berbumbung.

itu belum cerita pasal gaji.
tak payah nak kira hari dah, tunggu hujung bulan.
huh..... tak sabarnya nak dapat gaji pertama.


*********

tiba-tiba interkom berbunyi

"masuk bilik saya sekarang...!"

alaaaaaah boss ni, tak boleh ke aku nak berangan kejap!!!

alangkah manisnya, kalau semua ini adalah "betul...betul" bukan sekadar "coobaaaaannn..."!


- angkara berbual dengan si leman -

Apr 6, 2012

bila berjumpa dan berbual dengan kawan lama, rasa macam tak cukup masa. ada banyak info yg kita dapat ( heh heh...info la sangat). terutama mengenai berita kawan-kawan lama yg lain.

"eh kau tahu tak si anu ...."
"kau ingat lagi tak masa sekolah dulu ...."

ya. malam tadi aku berbual panjang di telefon dengan leman. kawan aku sejak sekolah rendah. sama-sama kerabat bangsawan nilai. kami berkawan hinggalah ke sekolah menengah. selalunya, hujung minggu aku akan ke rumahnya atau dia datang ke rumah aku. oleh sebab dia tinggal di estet, menjadi cabaran bagi aku untuk berbasikal melalui jalan tanah merah. tapi itu tak pernah menghalang aku berkawan rapat dengannya. bila aku masuk U, leman mengulang di upper six. lepas tu dia kerja dan kahwin. kami terus lost contact. sehinggalah beberapa bulan dulu, aku dapat contact dia melalui no. telefon yg diberi oleh seorang lagi kawan lama.

aku cuma menghantar sms padanya. mengkhabarkan perihal kesihatan L yg aku sempat ziarah, baru saja menjalani pembedahan akibat serangan jantung. L juga kawan satu sekolah kami, yg juga warga nilai.

dia tidak membalas sms itu. hinggalah beberapa minit kemudian dia menelefon. katanya, nak tulis sms rasanya dah jadi macam cerpen, lebih baik telefon saja. paham-paham sajalah bila 2 kawan lama dapat peluang berbual. menyedari perbualan kami agak 'eksklusif', aku  yg menerima panggilan ketika menonton 'buletin utama', terus saja keluar ke porch.


***********

sedang rancak berbual, tiba-tiba terputus. oleh sebab dia yg menelefon aku, aku tunggu juga dia telefon balik. nanti bertembung pula panggilan kami. beberapa detik, kemudain bila tiada bunyi deringan, aku buat keputusan menelefonnya semula.

rupanya bukan sebab terputus, tapi dia kehabisan kredit telefonnya. begitulah padahnya, berbual panjang sangat, hingga kredit pun habis. dan itu jugak padahnya kalau pakai pre-paid. mujur juga aku pakai pascabayar, sebab aku selalu cakap pada wifey, pre-paid tu "untuk budak-budak baru naik aje..."

dan seperti biasa juga, kalau perbualan itu tak mengaitkan perihal, berita dan kemas kini kawan-kawan yg lain. "eh kau tahu tak si anu...?" "kau ingat tak masa sekolah dulu..." memang tak pernah habis, sentiasa bersambung.

berikut adalah sebahagian transkrip perbualan kami...ha ha

"kau tahu tak si leha, yg dulu macam tomboi, sekarang ni anak dia ada 9 orang. boleh buat team netball"  sampaiku pada leman. disambut hilaian ketawa.

"sharom keje dengan maybank. dulu aku bukak akaun, dia yg buatkan..." cerita leman pula.

"aku pernah jumpa nawi. kat masjid, selepas sembahyang raya. lepas tu dia datang beraya rumah aku. tapi aku try contact dia lepas tu, no. henfon dia dah tak boleh pakai...dia keje H.A..." cerita aku pasal nawi yg junior setahun di sekolah dulu.

'mahadir sekarang businessman. musa pun dah jadi kontraktor berjaya...." kata leman.
dan aku pun sambut "ya, aku pernah jumpa musa. masih macam dulu, dengan pakaian kemas dan lagak playboynya macam kat sekolah dulu. ada dua bini tu..."

"cuba kau bayangkan, mizan kata dia dah keje di 83 tempat. dia ni tukang masak. keje dengan hotel la, katering la, hospital la, restoran la. sebab dulu dia masuk i.t.m,  ambik kursus. hotel n catering." cerita leman lagi.
lalu aku sambung "ya, aku pernah jumpa mizan. dekat hospital pantai, KL. katanya masa tu dia jadi tukang masak kat situ...fuh 83 tempat tu kerja...."

seperti yg aku mulakan tadi. memang tak pernah habis modal, kalau bercerita dengan kengkawan.

dan bila aku tengok tempoh masa kami berbual tu dicatatkan pada henfon, 35 minit!
itu tak termasuk masa berbual guna kredit leman yg habis tu...!


*********

bila aku masuk semula ke rumah....

erol bagi tahu "kita orang semua dah makan dah...papa lama sangat borak.
kita orang dah lapar..!"

dan wifey hanya menjeling tajam. sambil mengemaskan meja dan menyediakan hidangan makan malam untuk aku pulak. nampaknya, aku kena makan sorang-sorang. 

mungkin dalam hatinya berkata "dapat borak dengan kawan sampai lupa anak isteri...!"

- cinta pertama, erol -

Apr 5, 2012

buat masa ni, cinta pertama erol ialah basikal...
kalau hari hujan, dia akan resah-gelisah dan moodnya asyik nak marah-marah.
sepanjang penglibatannya dalam arena perbasikalan itu, sudah tentu lumrah ada jatuh bangunnya.
alangkan pelumba basikal profesional pun jatuh basikal.
kalau tak percaya cuba tanya jaguh basikal no. 1 malaysia, azizulhasni awang. dia pun jatuh basikal jugak!
itu hakikat yg tak boleh diterima oleh erol
tapi satu masalah erol ni, dia terlalu konfiden.
dan sebab konfiden itulah dia kerap jatuh basikal.

petang semalam semasa balik kerja aku tengok wifey sedang sapukan minyak gamat pada luka di lutut erol. taklah teruk sangat pun.
seperti biasa air mata erol meleleh sama seperti darah yg meleleh di lututnya.
aku tak pasti sama ada dia menangis kerana kesakitan?
atau menahan sakit hati kerana leteran emaknya..
mungkin dua-dua sekali...he he

"laaa....jatuh lagi. kan papa dah pesan jangan bawak beskal laju-laju..."! aku pulak turut membebel.

sebaik mendengar sampukan aku tu, erol memandang aku tajam. sambil mengetap bibir.

**********

malam tadi erol tak pergi ke kelas tuisyennya.
alasan.... lututnya sakit. alahai, bukannya teruk sangat pun. kopak ke patah ke. sikit je.

lalu aku tampalkan plaster pada lukanya.
memang ada stok plaster yg aku simpan.
memang dah tahu, kalau tak diplaster, erol akan buat alasan tak nak mandi.
atau pernah dulu, dia tak nak ke sekolah, sebab kena pakai uniform seluar panjang....ngilu katanya kena luka!

semasa aku manampal lukanya tu. aku masih sempat berleter.
mungkin sebab tak tahan dibebelkan, erol mempertahankan dirinya.

"ini salah papa lah...!" erol membuat tuduhan liar
.
"eh...awak yg jatuh, papa plak yg salah...?" aku bertahan.

"papa tak repair brek basikal. lagipun basikal dah buruk..." alasan nak beli baru la tuh.

lalu aku terpaksa keluarkan hujah yg tak bisa ditangkis oleh erol.

"itu la pasal papa tak nak beli beskal fixie. beskal tu pun takde brek. nanti jatuh...!" aku bagi sedas tembakan tepat ke sasaran. alasan yg sangat munasabah, tanpa sebarang keraguan.

erol cuma diam. sambil matanya terkelip-kelip.

- jangan salahkan hujan itu - -

Apr 4, 2012

pagi ni hujan. sejak dari dinihari tadi.
aku tidur di bilik eril dan erol. temankan mereka.
takut diorang terkejut dengan guruh petir yg tak henti-henti.
jadi terlajak sikit nak bangun pagi.
mujur wifey kejutkan sebab aku dah set alarm pada henfon yg tertinggal di bilik.

mulakan perjalanan ke ofis, hujan masih turun.
dingin dan segalanya bergerak bagai slow motion.
wiper kereta buat hal. sangkut-sangkut. mujur hujan dah reda.

sampai di plaza tol. entah apa bahananya..
nyaris terlanggar palang touch n go yg mula-mula naik, tiba-tiba turun semula.
tak sempat aku lepas. cuba lagi sekali, lampu merah yg keluar.
nak reverse, kereta di belakang pula buat perangai tak faham.
bila dah lepas ke lorong sebelah, kereta yg tadi terkial-kial reverse jugak.
bukan masalah kad touch n go aku.
masalah teknikal!

tiba di susur nak masuk highway, terlanggar lopak air.
kereta terhoyong-hayang sekejap. mujur tak panik.
sejak bila ada lopak air di situ.
sedangkan hari-hari aku lalu tempat yg sama.
kemudian teringat, minggu lepas kontraktor buat kerja naik taraf jalan, tapi turun taraf sebenarnya.
dan air bertakung sebab hujan, nyaris aku eksiden....!


di ofis, baru teringat yg aku tertinggal pen drive.
banyak fail dan rekod kerja yg aku simpan dalam tu.
apa nak buat tak bolehla cut n paste.


dan sepanjang pagi ini terpaksa menghabiskan masa buat monthly report.
sebab petang ni kena bentang dalam meeting.
terpaksa ambil masa 2 kali ganda berbanding cut n paste...ha ha


menjelang tengah hari. semuanya kembali normal.
takde lagi benda-benda pelik yg  terjadi.
aku harap apa yg berlaku sepanjang pagi ni, sekali tu aje lah.

kebetulan pagi tadi hujan. sekarang dah reda

isshhh...janganlah salahkan hujan

- benarlah, kehidupan ini sukar dijangka -

sabtu lepas aku menziarah kawan lama. dia baru saja menjalani pembedahan jantung, bypass di IJN. maknanya sakit jantung atau kena serangan jantung. dari segi usia, masih dalam kategori muda. kawan aku ni bertubuh kecil dan kurus aje. nak kata disebabkan obesiti...jauh sekali.

salah satu puncanya, doktor kata mungkin kerana menghisap rokok. pelik jugak aku. masa di sekolah dulu, dia bukanlah daripada kalangan pelajar nakal yg hisap rokok curi-curi di asrama. sebenarnya yg masuk kumpulan tu ialah aku sendiri. tapi aku dah lama berhenti merokok. kalau tak silap selepas menghidapi batuk kronik semasa masih bujang dulu.

oleh sebab kekangan masa, kami jarang ketemu. adalah sekali dua, lepak mengeteh di kedai mamak. atau berjumpa bila berkunjung di hari raya. cuma selalu berkirim sms atau berbalas komen di FB. setahu aku dia bukanlah perokok tegar. tak tahulah, mungkin di belakang aku.

kini dia berehat dan beransur pulih daripada pembedahan yg dijalaninya. dia pun bercerita pengalamannya itu. 2 hari pertama selepas pembedahan, dia berada dalam keadaan kritikal. sebab utamanya keserasian selepas pembedahan dan degupan jantungnya agak lemah untuk mengepam darah. pada ketika itu, dia hanya memikirkan masanya sudah tiba untuk menghadap illahi. tetapi ingatan pada isteri dan anak-anak menguatkan semangatnya untuk terus tabah mengharungi segala langkah pemulihan.

kemudian dia menunjukkan bahagian yg dibedah itu. inilah pic yg sempat aku rakamkan. sbg peringatan kepada aku sendiri.

kadang-kadang memang sukar untuk kita faham banyak perkara berkaitan kesihatan. misalnya apa yg berlaku pada pemain bola profesional dlm EPL baru-baru ini yg mengalami serangan jantung dan tumbang di tengah padang. pemain kelab bolton, patrice muamba, namanya.


samalah dengan kawan aku ini. memang orangnya cergas. main badminton saban minggu. orangnya periang dan takde menghidap penyakit lain.
lebih memusykilkan lagi, dia adalah pegawai kesihatan yg bekerja dengan kementerian kesihatan dan baru saja naik pangkat. kakitangan kementerian ini biasanya menjalani saringan kesihatan secara berkala...orang seperti ini pun kena serangan jantung. apatah lagi aku ni, yg jarang bersenam, kerja yg selalu stress, yang makan ikut sedap saja. benarlah bukan apa yg kita alami saja patut dijadikan pengajaran. tetapi yg berlaku di sekitar kita seperti mana yg dialami oleh kawan-kawan juga bairalah dijadikan sebagai hikmah dan 'loceng amaran' pada kita.

kepada kawanku L, banyakkan berehat, rajin-rajin makan ubat dan semoga cepat sembuh....

- buat kerja biarlah ikhlas . . . -

Apr 2, 2012

seorang rakan sekerja yg kini sudah pencen pernah berpesan pada aku "kalau kita buat kerja, buatlah dengan ikhlas. hasil kerja kita juga akan jadi ikhlas (baik)".
aku panggil dia abang S. sebab dia lebih senior daripada aku.
dan walaupun dia hanyalah pekerja bawahan tapi aku tetap respek.
aku paling pantang kalau orang buat kerja asal siap, selekeh dan asal jadi.
dan aku sangat 'elergik' dengan komplen. lebih-lebih lagi kalau kesilapan tu terlalu asas.
perkara yg tak sepatutnya berlaku...
hari ni, pagi-pagi lagi beberapa orang pelanggan dah komplen.
ya, pagi isnin.
dan yg aku tak boleh terima, apa yg diorang komplen tu, hal yg b a s i c.
tak patut berlaku langsung. tak profesional langsung!
inilah akibat atau bahana, buat kerja tak sepenuh hati.
asal siap!

nasib diorang baik. sebab pelanggan komplen pada aku. kalau mereka komplen direct pada boss?
aku percaya ada yg kena packing dlm masa 24 jam!

pada aku ini sebenarnya masalah sikap kita sebagai pekerja.
bukannya baru semalam buat kerja tu. dah bertahun buat kerja yg sama, masih buat silap dan hasilkan barangan tak ikut standard. bayangkan kalau ada yg tuntut ganti rugi atau lebih teruk lagi, saman..

bak kata abang S "kalau kita buat kerja, buatlah dengan ikhlas..."
bukan sebab dibayar gaji semata-mata.
atau sekadar menghabiskan masa bekerja 8 jam sehari.

- earth hour -

biarla org lain tak peduli tapi...we care!

duk luar mkn kacang & kuaci sambil sembang + nyanyi-nyanyi