- majlis kahwin last kopek 2012 -

Dec 31, 2012

sabtu, 29 dis 2012

majlis kenduri kahwin ex officemate di bangi golf resort
(sila abaikan muka yg serius tu...he he)

haha...kita org dpt duduk di meja vip


sama cantik sama padan, selamat pengantin baru, azah...

erin asyik dgn gula-gula je...

pengantin diarak dgn kereta antik ni...


- cuti kita untuk apa? -

Dec 28, 2012



mood hujung tahun.
ofis agak lengang.
ramai yg nak habiskan cuti tahun.
atau memang sengaja dah simpan awal-awal untuk cuti hujung tahun.
ada yg cuti-cuti malaysia. nak kontrol bajet.
tapi, sekarang ni ramai yg dah jauh langkahnya sejak ada pakej 'sekarang, siapa pun boleh terbang'.

rugilah pada yg cuti tak berbaki.
siapa suruh habiskan!
melungu sajalah di ofis menghadap kerusi meja kengkawan yg kosong.

tapi ada jugak yg berperangai pelik
ada banyak cuti tapi masih nak simpan-simpan buat pekasam.

ada jugak yg banyak cuti, tapi tak boleh nak cuti.
sibuk sangat...katanya!

cuti tak semestinya berbelanja besar. berholiday sakan.
bagi aku sebagai family man, pengertian cuti adalah berbeza-beza.
masa berehat dan bersantai bersama keluarga lebih besar ertinya.
takkan nak duduk 'melangut' kat rumah.
takkan bila cuti je, nak balik kampung.

seorang jiran pernah mengadu pada wifey.
katanya sejak berkahwin, dan dah ada anak 3 diorang tak pernah bercuti.
kalau cuti je balik kampung.
sepanjang cuti sekolah ni dah 3 kali balik kampung di temerloh.
kampung suaminya.
kalau berjalan hujung minggu pun, balik-balik ke seremban 2.
KL pun tak pernah lantas.
anak-anak dah makin membesar.
dah pandai merungut.
sementelahan bila dengar cerita daripada kawan-kawan sebaya.
yg bercuti ke sana-sini.
nak kata tak mampu, aku rasa lebih daripada mampu.
kalau tak, masakan ada 3 biji kereta bersidai depan rumah...!

ya, berjimat-cermat tu perlu. jangan boros.
kalau begitu, sediakan bajet.
simpan sikit-sikit. bila dah terkumpul boleh lah bercuti.
jauh berjalan luas pandangan.
bateri kena cas, orang kata.
kalau dunia kita hanya kerja dan rumah, maknanya tiadalah kepuasan dalam hidup.
duit berkepuk tu untuk apa, kalau tak diguna.
gunalah untuk famili kalau bukan pun untuk diri sendiri.

bayangkan kalau kita ni budak-budak.
kalau cuti sekolah panjang dekat 2 bulan duduk kat rumah je.
mak bapak sibuk kerja, nak cari duit, kumpul harta.
takde masa nak layan kita.
bosan tak?

samalah macam kita jugak.
hari-hari kerja di ofis.
buat kerja yg sama.
bosan tak?

jadi, ambiklah cuti. rancanglah cuti.
kata orang, cuti ialah escapism.
melarikan diri dari dunia rutin.


- jadilah jutawan dengan main bola -

Dec 27, 2012




source:blogserius.blogspot
 
nampak gayanya aku kena latih eril & erol jadi pemain bola...


- cerita cuti sehari yang banyak cerita (apa punya tajuk entri daaa...)

Dec 26, 2012


ini cerita cuti krismas.

dah dekat kul 10.
aku asyik tengok review bola kat tv.
tiba-tiba wifey kata, "jom la keluar...jalan-jalan."
dia kejutkan budak-budak suruh mandi dan bersiap.

bila semua dah siap, dia ada plan lain pulak.
"jomlah singgah kedai koperasi sekolah dulu. erol dengan erin punya dah complete.
eril je belum..."
sreeeetttt....bunyi brek kereta.
masuk ke sekolah. tanya guard.

aku skeptikal. takkan cuti krismas, kedai bukak kot.
mengejutkan!
kedai bukak, kata guard.
takde pelanggan pun.tentu diorang pun tak jangka bukak time cuti begini.
atau diorang semua dah setel awal-awal, kita orang je baru terhegeh-hegeh nak beli...hehehe

terus je beli apa yg patut.
cuma yg tak patut, semua pelajar lelaki diwajibkan pakai baju melayu pada hari jumaat.
itu tak kesah, yg tak patutnya, semua kena pakai sampin yg standard yg cuma boleh dapat kat kedai koperasi sekolah aje.
sampin separuh songket yg harganya rm42.
memang tak patut tapi wajib dibeli...!
aku kata, lenkali kami beli. duit tak cukup.
nak tanya kengkawan eril yg lain dulu, diorang beli tak?
aku pasti, ni bukan arahan kementerian.
sekolah je yg memandai-mandai.

kemudian singgah pulak rumah, zie.
dulu zie ni jiran sebelah rumah, tapi sekarang dah pindah beli rumah sendiri.
dia ambik upah jahit pakaian kat rumah.
nak alter seluar sekolah eril dengan erol yg dibeli hari tu.
biasalah, bila beli yg dah siap.
pinggang ok, tapi labuh.
atau kaki seluar besar sangat nampak gedobos.
atau yg lain ok, tapi pinggang besar.


*********

lepas sarapan kedai mamak. kita orang bergerak ke KL.
mid valley jadi destinasi.
highway dari nilai ke KL, clear je.
sampai di sana, nak masuk parking, banyak pintu masuk dah tulis full.
masih jugak diredah. lagipun pak guard tak block.
rupanya dah stuck kat dalam.
banyak kereta yg 'tawaf' dan pusing-pusing cari parkir.
waktu tu baru jam 12 lebih.
lepas lebih 20 minit berpusing, memang takde harapan.
aku tengok banyak kereta yg keluar semula.
dah give-up.
aku pun ikut sama. baik pergi tempat lain.

vrooom ke the curve, boleh singgah ikea sekali nanti, ya tak
itulah yg dirancang.
tapi, lepas terowong nak ke bandar utama, dah stuck jalan ke mutiara damansara.
tak sanggup nak teruskan.
terpaksa tukar plan lagi. hajat terkantoi lagi.
cilok punya cilok, kita orang himpit pula ke 1 Utama.
itu pilihan kedua.
sekali lagi kebanyakan parking dah penuh.
kenderaan berbaris panjang.

nasib kita orang baik. ada yg keluar parking betul-betul masa kita orang  dah nak putus
asa pusing-pusing.
yep, tenaaaannng saja di dalam.
bergambar posing-posing, window shopping, beli stationaries sekolah sikit-sikit, makan-makan, tengok movie, tengok show kat pentas sempena x'mas. enjoi...!
alang-alang susah payah dapat parking, kita duduklah kat dalam shopping complex lama-lama...hahaha
lagipun kat 1 utama ni best.
berapa lama pun kau kat dalam, bayaran parking cuma rm2 je....!
hah berbaloi.

- ke mana perginya bonus kita ya? -

Dec 24, 2012


yessss...!!
hujung tahun dapat bonus.
kita pun berkira-kira nak beli kemeja atau t-shirt baru, sehelai dua.
mungkin boleh tukar sport rim kereta.
tukar spek itam branded ganti yg beli kat pasar malam punya.

ambik cuti untuk holiday hujung tahun, santai kat hotel atau bercanda tepi pantai.
atau tambah koleksi tudung fareeda. takkan asyik pakai tudung bawal je...
mungkin boleh beli online baju peplum 3 atau 4 pasang, kaler lain-lain.

tapi...
itu semua mungkin patut disimpan dalam hati atau telan air liur aje.
masa hujung tahun jugak lah kena fikirkan pasal anak yg nak kembali ke sekolah.
dah namanya ibu bapak kan, kenalah korban untuk anak-anak.
ingat tak dulu bagaimana kita mintak itu dan ini dengan mak bapak kita?

lagipun bonus tu untuk bantu kita berbelanja. ringankan beban.
bukan joli sana sini.
kena lah berbelanja ikut kemampuan dan keperluan
tak kiralah bagi yg keje gomen atau kerja swasta.
itu nasib baik dapat bonus, kalau tak, migrain lah jawabnya.

dan kita akan sedar bahawa anak-anak kita dah makin membesar bila mereka mula dah pandai memilih, merajuk atau buat muka muncung.
kalau dulu diorang pakai aje apa yg kita beli.
sekarang tak. diorang dah ada 'citarasa' sendiri.

erol dan eril dah tak nak pakai beg Ben 10, power rangers, upin ipin atau seumpamanya.
erin dah tak mau pakai beg warna pink ada gambar barbie.
mereka cakap, tu beg budak-budak!
habis, engkorang tu bukan budak-budak?

jadi, hujung minggu dihabiskan dengan agenda back to school.
... dan bonus mengalir keluar macam air.
kasut 2 pasang sorang, kali 3, enam pasang.
baju dan seluar sekolah, 2 pasang, kali dengan 3?
sekolah agama lagi... baju melayu, baju kurung, tudung, stokin....

angan-angan nak tukar sport rim kereta, nak berfamili holiday, nak tambah koleksi tudung mahal, semua kena tangguh dulu. ya, tak...


kasut aje dah berkotak-kotak

hah ambik kau, satu troli!

tak main dah beg barbie, ben 10, swan, power rangers, upin ipin...

- jalan-jalan layan perut. . . 6 -

Dec 22, 2012



jom la pegi try burger bakar abang bakar...hehe heh, abang burn.
kalau kat nilai, ada dekat MMA santai corner.
kat dalam tu ada gerai 'burger bakar abang burn'.
senang je nak cari...round about dekat courts, seng heng atau nak ke nilai lama.
kalau dari salak tinggi /sepang selepas pasar raya giant, kalau dari hala tmn cempaka sebelum giant la...
ada burger ayam, cheese, lembu, kambing, telur, vege dll.
kalau nak side order, aku syorkan onion rings.

makan ni kena nganga luas-luas...


ngaaap...!

- nak jadi pemimpin ke atau ah long? -

Dec 21, 2012


tadi pergi bank di UM kejap.
lebih suka ke sana, sebab senang parking & tak ramai customer.
ni tempat orang educated.
rupanya ada jugak orang educated yg 'bermasalah'.


'kami sedia memimpin' - pemimpin atau ah long masa depan?


apa bezanya?

- apa yang kita faham pasal jiran? -

Dec 20, 2012


1.
jiran yg duduk hujung jalan tu, dulu kalau berselisih angkat tangan.
paling tidak bunyi hon.
sekarang senyum pun tak, malah buat macam tak nampak.
khabarnya dia dengan jiran sebelah-menyebelah dah tak bertegur dah.
tak pulak aku tanya, kenapa.
tanya lebih-lebih nanti orang kata busy body pulak.
kita dengar, kita simpan ajelah.
tapi apa-kena mengena dengan aku? sampai selisih buat tak nampak.

tak faham...

2.
dulu aku pernah tegur anak sorang jiran.
sebab main bola kat padang permainan macam main kat stadium bukit jalil.
bola ditendang masuk rumah aku, kemek kereta aku, pecah pasu bunga aku.
yang salah dia.
bukan aku.
tapi mak budak tu macam dingin aje dengan wifey.
yang tegur anak dia tu aku. apa kene-mengena dengan wifey?

tak faham...

3.
2-3 bulan lepas, isteri jiran sebelah mintak tolong.
keretanya tak boleh start.
suaminya takde, out station.
aku cakap mungkin bateri kong.
aku tolong belikan dan pasangkan bateri baru.
kereta  pun boleh jalan.
minggu lepas bateri kereta wifey, kong.
dia pergi kerja tumpang kawan.
dia segan nak mintak tolong suami jiran.
aku balik kerja baru tukar.
tak berapa nak faham...

4.
jiran yang duduk sebaris rumah aku, sakit kencing manis.
masuk hospital. kena tahan ward
isterinya sms bagitau semua jiran.
termasuklah aku.
tapi, aku pernah masuk ward, demam denggi.
tak pulak wifey sms semua jiran.

tak berapa nak faham...

5.
kalau buat majlis makan-makan, jamuan ke.
rasa serba salah tak jemput jiran-jiran.
jiran-jiran pun begitu jugak rasanya.
tapi ada setengah jiran yg jemput berpilih-pilih.
yang jiran ni jemput, yang itu tidak.
nak kontrol bajet agaknya.

susah nak faham...

6.
semalam ada bunyi alarm sekuriti rumah.
kalau tak silap rumah jiran lorong belakang.
selalu jugak dengar alarm tu. tapi biasanya berhenti tak lama.
aku rasa alarmnya ada masalah.
sebab bila kilat je bunyi. orang hon kereta pun bunyi. bunyi mercun pun bunyi.
bunyinya tak tentu. tak kira siang ke malam.
ganggu jiran.
kali ni lama, tak berhenti-henti.
kuat pulak tu, bingit telinga. ganggu jiran
kenapa sebelum ni tak repair. sekarang kan dah susah.
dekat 3 jam alarm tu tak berenti bunyi.

susah nak faham...

jadi, aku masih cuba memahami konsep hidup berjiran.
tapi, mungkin sampai bila-bila pun aku takkan faham

catatan 20.12.2012

- sebenarnya 5 minit itu besar nilainya -

Dec 19, 2012


elok-elok aje lepas plaza tol nilai, wifey sms.
"blk lwt, tlg tapau mkn mlm ya.."
laju je otak aku ni berfikir, nak beli apa.

aaa hah....!
kan gaji baru masuk.
hari gaji, ialah hari mekdi.
jeling jam, dekat pukul 6, cantik...
singgah isi minyak dulu.
top pup touch n go sekali.

masuk kereta, berita ringkas jam 6.
tengok jam di dashboard kereta, 6:00.
jam tangan sharp kul 6.
belek jam di henset, tepat kul 6.
memang aku ni ikut perangai arwah abah.
jam mesti tepat, kalau boleh dengan saatnya sekali.
dulu arwah abah, pantang kalau jam dinding lewat, pasti dibetulnya.
bateri weak sikit, digantinya.
mesti ikut jam, warta berita rtm, waktu tu.

aku pun bergerak masuk drive thru, mekdi.
dekat je dengan stesen minyak. sekali tekan pedal minyak je dah sampai.
kereta tak banyak beratur.
kenapa dengan jam 6?
sebab ada dinner set. antara 6-9 pm.
murah sikit.

drive thru mekdi nilai

ok pun mengorder. 5 set.
eh....harga pada skrin tak sama dengan yg aku bajet.
ada yg tak kena!

"bukan kul 6, ada dinner set ke?" aku cakap melalui interkom.
"belum kul 6 lagi incik. 5 minit lagi..." jawab minah mekdi melalui interkom.
"biar betul...jam saya dah 6:05...." balas aku.
"tapi jam kat sini, lagi 5 minit kul 6..." jawabnya dengan konfiden.
"saya nak kensel boleh....?" aku tanya melulu.
"saya rasa, baik incik parking kat depan dulu. lepas 5 minit incik masuk balik sini.
yg order ni saya kenselkan..." katanya dengan laju.
memang boleh pakai idea ni.

aku pun buat satu pusingan.
berhenti dekat parking area.
aku tengok jam dah 6:10.
maknanya, mekdi nilai ni lewat 10 minit dari waktu sebenar!

*********

tepat jam 6:15
aku masuk semula barisan drive thru.
"dah pukul 6 kan?" aku tanya sambil perli.
"dahhhh....incik yg tadi kan?" jawabnya mesra.
aku tak tahu, sama ada nak marah atau nak buat muka seposen.
arghhh....benda-benda macam ni, jangan ambik serius sangat.
nanti dahi cepat berkedut.

"nanti suruh manager awak tukar  jam ya...." kataku lepas buat order.
"heh heh...." itu je yg aku dengar.

- jangan diikut resmi jagung . . . -

Dec 18, 2012


tak semestinya orang kaya tu sombong.
simpanlah persepsi bahawa semua orang kaya tu sombong, berlagak, selfish.
kaya sebab rasuah.
kaya sebab politik.
kaya sebab mak bapak dia kaya.

ramai orang kaya jugak, naik dari bawah.
asalnya macam kita jugak.
banyak dah cerita orang biasa-biasa, orang kampung, budak tak lulus SPM tak masuk U pun boleh jadi kaya.
bukan terus tup tup celik mata dia dah kaya raya, jutawan, hartawan.
mereka berjaya sebab usaha.
sebab sedia jatuh bangun.
berani ambik risiko.
dan jangan lupa, rezeki dia  Allah beri untuk dapat  kekayaan.
ramai yg berusaha, tapi tak kaya jugak, sebab takde rezeki nak jadi kaya.

kenapa pulak nak kutuk orang kaya.
ramai yg selalu cakap, yg kaya bertambah kaya.
yg miskin tetap miskin.

cuba fikirkan kenapa mereka boleh jadi kaya.
tanyakan pulak kenapa yg miskin terus miskin?

sudah-sudah lah dengan tanggapan buruk, prejudis dan prasangka.

ya, memang ada yg kaya raya tu berlagak sombong, selfish.
macam dunia ni dia yg punya.
buat macam orang lain tak wujud dalam dunia ni.
dia hidup dalam dunia dia saja. dunia orang kaya.  dan dalam kalangan orang kaya sahaja.
kereta menjalar, rumah agam bagai istana.

yang penting keberkatan daripada kekayaan itu.
itu sebab orang kaya kalau tak berkat, hidupnya tak bahagia.

paling utama kaya dunia, kaya akhirat.
memang betul, ramai orang bukan Islam lebih kaya di dunia.
tapi yg pastinya orang Islam lebih kaya di akhirat nanti.
kalau dua-duanya kita kaya....alhamdulillah.
jangan lupa Tuhan yg memberi rezeki.

ini kesimpulan yg aku dapat daripada kuliah subuh, sabtu lepas.
jangan diikut resmi jagung, makin berisi makin tegak...
ikutla resmi padi.

- kaki cramp, perut pun cramp -

Dec 17, 2012


malam tadi kaki dah naik cramp.
sampai pagi ni masih sengal-sengal.
padah berdiri dekat 3 jam berbbq semalam.
tapi seronok jadi orang penanggah ni, sambil bakar sambil makan.
dan puas hati tengok orang makan masakan (hasil pembakaran?) kita.

gathering kali ni utk kelainan buat bbq kat luar rumah.
selalu buat pot luck je.
lepas baca yasin dan tahlil. semua tukar baju dan turun padang.

ada yg bawak udang, sotong, ikan, ayam. aku bawak daging kambing untuk dibakar.
ditambah pulak dgn kerang, jagung, sosej, kentang, otak-otak, burger.
sampai badan aku dah bau asap!
itu tak masuk lagi buah-buah - rambutan, langsat, manggis, jambu, anggur, betik -, puding, laksa johor,kuih-muih, bubur caca merba, nasi goreng kampung.
satay pun ada jugak....fuh!
tak termakan, boleh tapau.

macam biasa bila dah berkumpul, macam-macam cerita keluar.
dari kisah tangkap ayam musim raya, hinggalah kisah terminum air bateri...hahaha
sambil berborak, tergelak, sambil mulut mengunyah tanpa henti.








- kepala yu, ekornya pari -

Dec 13, 2012


aku sangat suka cerita spy.
sebab ada adegan aksi tembak-tembak, tumbuk-tumbuk, bawak kereta laju-laju.
biarlah tak logik sekalipun.
tak kesah lah spy nya james bond ke, mission impossible ke, ejen CIA atau FBI, termasuk jugak cerita cina.
malah kalau cerita mat bond lakonan mat sentul jadi spy pun aku layan gak...
cuma bila syarifah sahirah jadi spy M kat tv3, aku tak berapa nak masuk kepala...ha ha ha


malam tadi aku tengok satu spy movie kat astro.
'salt' tajuknya. tapi bukan pasal garam la.
nama ejennya, salt, lakonan angelina jolie.
kononnya spy KGB rusia nak serang kota mekah guna bom mass destruction.
tapi bom itu adalah buatan amerika dan disasarkan dari amerika.
tujuannya supaya orang Islam seluruh dunia marah kepada amerika dan sekutunya dari barat.
...dan dunia islam akan bangkit memerangi mereka mencetuskan perang dunia ke-3.
bila dua-dua pihak bergaduh dan hancur,
yg untungnya nanti, rusia akan bangkit semula sebagai superpower dunia.
tugas salt ialah menyusup sebagai spy untuk mematahkan rancangan itu.

dah tentulah ini propaganda amerika, kononnya merekalah hero dunia.
macam mana hero yg cun dan seksi spt angelina jolie jadi spy gagah perkasa.

jangan terkejut, sebenarnya spy ada di mana-mana saja.
malah mungkin sedang mengawasi dan memerhati gerak-geri kita.
eh kenapa pulak, kita bukan ada nama? takde kepentingan pun?
heh heh heh...
kalau tidak pun kita, mungkin orang yg berkait dengan kita, dengan boss kita atau ada kena-mengena dengan kompeni kita.

yg pastinya dalam ofis aku ni ada spy.
aku baru tau pagi tadi.
bila seorang staf yg tak masuk meeting, boleh tahu apa yg dibincangkan dalam meeting.
benda yg dia tak patut tahu, tapi dia tahu.
dalam meeting tu ada, ada 10 orang.
tolak aku dengan boss, maknanya 8 lagi boleh disyaki sebagai spy...!~

nampaknya aku jugak kena jadi spy untuk menyiasat siapakah gerangannya spy yg tak bertauliah itu!
ha ha ha ha

- 12.12.12 -

Dec 12, 2012


dozen dozen dozen.
hari ini dan tarikh ini mungkin amat bersejarah dan bermakna bagi sesetengah orang.
menyambut kelahiran bayi misalnya.
bayi itu kemudiannya membesar, dan tarikh itu lekat dan membesar bersamanya hingga akhir hayat.

ada juga yg mengabadikannya untuk membina mahligai bahagia bernama perkahwinan.
gabungan dua hati untuk dikenang sampai bila-bila.

biarlah filem blockbuster '2012' menggambarkan disember 2012 sebagai kehancuran dunia.
atau daripada kalendar kuno kaum Mayan yg meramalkan kiamat dunia berlaku tak lama lagi.
iaitu sebelum berakhirnya 2012.

tak mengapalah, kalau ada yg memandang negatif.
bagi mereka tak payahlah nak dihighlightkan sangat tarikh.
sebab ianya diangkat daripada kalendar masihi bukan takwim Islam.
tapi kalau kita tanyakan apa tarikh atau haribulan hijrah hari ni...?
belum tentu mereka dapat jawab dengan sekali lafaz....ha ha ha


hari ni lebih tepat jam 9.12 (nak jugak besarkan font 12 large) pagi tadi.
dapat panggilan dan disampaikan berita yg sangat menggembirakan.
biarpun itu semua hanya akan berlaku tahun depan yg tak berapa hari lagi.
ianya sudah cukup untuk aku senyum sampai ke telinga sepanjang hari ni.

semoga ini permulaan tahun depan yg lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
bukan...
ianya takde kena mengena dengan nak dapat anak lagi....hahaha
atau apa-apa berkaitan peribadi.
strictly soal kerja...


- hujan teh di sungei palas -

Dec 11, 2012

tak plan pun nak pergi cameron highlands. petang sabtu baru datang ilham.
cuba booking hotel pakai telefon, diorang cakap fully booked.
cuba cari  pakai online. guna agoda.com dan lain-lain.
dapat jugak.
pagi ahad bertolak, petang isnin balik.
kengkadang yg tak plan lebih thrill macam kali ni.
pics saja, biar la gambar bercerita....



boh tea centre, sg palas


rose valley

bharat tea plantations

tringkap strawberries garden

- serigala besar yang jahat -

Dec 10, 2012


ada dua jemputan kenduri hujung minggu ni.
tapi kedua-duanya nun di kejauhan.
terlalu banyak kenduri pun, rasa sukar jugak untuk memenuhi jemputan.
bila orang tak jemput kita mengumpat pulak...ha ha ha
sudah-sudahlah sekurang-kurangnya untuk minggu ni, tak makan jemput.
kita buat perancangan sendiri pulak la kan.

yep, kali ni Big Bad Wolf books sales kembali tepat pada masanya.
maksudnya pada musim cuti sekolah.
kalau selaku pencinta buku yg tegar, memang tak boleh miss.
start sejak jumaat. tapi aku plan nak bawak eril. erol dan erin sekali.
walaupun pagi sabtu tu, diorang agak liat nak bangun.
tapi mengenangkan nak beli buku, diorang gagahkan jugak bukak mata.


waktu kami sampai, jalan masuk ke mines convention centre dah sesak.
tapi masih ada ruang lagi lah. mujur.
punyalah ramaaaaaaiii orang...
dan punyalah banyaaakkkk buku...
khabarnya ada 3 juta judul dipamer untuk dijual, fuuhhh!
diskaun pun gila-gila sehingga mencecah 75-95 persen.

erol, eril dan erin macam orang 'mabuk' itu pegang, ini tarik, sana kepit, sini kumpul.
sudahnya penuh satu troli.
memang dah tahu dari pengalaman lepas kena bawak beg troli.
kalau setakat nak beli satu dua buku, tak berbaloi datang sini.

kerana 'kesibukan' membeli buku sehingga terabai nak ambik gambar.
mula-mula datang je sempat snap...
lagipun kena pantas dan ambik masa paling minimum.
keadaan sesak dan beratur panjang pulak sewaktu nak membayarnya.
mujur kaunternya banyak & stafnya efisien.


- mencari makna di sebalik kek mini cooper -

Dec 7, 2012


maaf, secara jujurnya aku tak nampak ia datang.
tak ingat atau terlupa mungkin bukan alasan yg kukuh.
tapi itu hakikat insani yg lemah.
arghhhh....dah mula guna retorik.
alasan retorik tak boleh diterima pakai dalam menjawab surat tunjuk sebab.
itu semua orang pun tahu.
tapi ini real. tak ingat langsung.
hey...tak ingat atau tak ambik tahu adalah 2 perkara yg berbeza.

bukan buat-buat tak tahu.
tapi, yg ini penting sangat ke mesti diingat?
mungkin bagi sesetengah orang, itu amat penting.
lebih-lebih lagi kalangan kaki kipas apatah lagi kaki air cond masa kini.
mesti dah tulis besar-besar dalam diari atau planner.
dah set reminder dalam henfon.

kalau kita lupa yg ini, pasti perang besar di rumah.
akan gugurlah bom f16 seberat 1 tan itu, sebagaimana israel mengebom bumi gaza.

sekarang ni aku dah tulis entri, stail blogger indie.
hah...ada ke blogger indie?
maksudnya sama dengan penulis novel indie, gaya tulisnya.
cuma tak guna ganti nama - gua lu, lu gua...

apa pun happy belated birthday boss...!

kek mini cooper ni apa motifnya?

- epol, penyelamat umat manusia daripada kezaliman -

Dec 6, 2012


road tax & insurans kereta aku mati hari ni.
tapi waktu buat entri ni, masih belum renew lagi.
seperti tahun lepas dan sejak kereta aku yg pertama lagi, epol yg uruskan.
epol ni kawan aku jugak.

senang nak berkira dengan dia ni.
servis pun tip-top siap sampai muka pintu.
kengkadang kalau bajet lari sikit, epol akan cover dulu.
kemudian bila dah ada duit, baru setel.
sebab dia percaya dengan kita. tak pernah 'kencing'.

isnin lepas epol call aku.
remind kan aku pasal road tax yg nak expired.

aku cakap "pol, lu setel dulu boleh tak. wa bajet lari la bulan ni."
"ha ha ha no problem bro. lu bawak je geran kete.
nanti wa setel...ujung bulan lu bayar la"

hah... memang boleh bawak berkira si epol ni.
tapi hari selasa, epol tak muncul. call pun tak.
aku pun tanya kat dia kenapa tak datang.
kebetulan petang selasa tu hujan lebat.
dia sangkut.
epol bawak motor je. senang nak bergerak. bukan takde kereta.
malah dia ada kompeni sendiri, ofis dan staf.
bukan setakat runner je.

oklah.
semalam pun tak sampai jugak.
hinggalah ke petang. baru dia call.

"alamak. motor wa rosak la. kena overhaul lak tu...tak dapat datang la"

"aiseh. habis camne ni. esok dah mati. barai...la" kata ku. rimas dan cemas.

"lu tak payah bimbang la. insurans lu wa dah bayar. dah online. lu pegi je pejabat pos ke, jpj ke, lu setel road tax je. dalam 90 hinggit....."

lega rasanya.
cuma masalahnya hari ni, jadual kerja ketat sangat.
pagi ni ada meeting besar. meeting untuk perancangan tahun depan.
mahunya sampai ke petang.

harap-harap cepatla habis. kalau tak, kantoi aku nanti.

tajuk entri....takde kena-mengena.
sbb tengah gabra nak masuk meeting...buat presentation ha ha


update 4:04 pm: dah selamat buat presentation & renew road tax....legaaa



- jangan ditentang matahari condong -

Dec 5, 2012


beberapa tahun dulu aku nyaris dilanggar ketika melintas jalan sahala.
walhal jalan sehala sepatutnya arah laluan kenderaan adalah sehala.
tapi dia ikut arah berlawanan.
maknanya kalau nak lintas kita cuma perlu tengok satu arah saja.
aku fahamlah mat motor kengkadang tak hirau papan tanda sehala.
hatta kat highway pun ditutuhnya menyongsang arus.

tapi ni kereta. siap hon aku lagi pulak tu...
hawau....betul.
sejak tu aku berhati-hati.
jalan sehala sekalipun kalau nak melintas, aku tetap toleh kiri dan kanan.

tapi ada kalanya terlupa jugak, bila dah bertahun-tahun berlalu.
secara psikologinya, minda kita dah disetkan dengan perkara lazim atau rutin.
itulah yg berlaku beberapa hari lepas.
sebuah kereta meluncur dengan laju di jalan sehala.
dari arah bertentangan.
nyaris saja aku dilanggarnya.
mujur aku sempat jeling sekilas dan menghentikan langkahan.
kalau tak....tak tahulah.
menyumpah jugak aku sudahnya...!
...dan jangan terkejut kalau aku katakan dipandu oleh lady driver!


**********

bila bercakap pasal jalan sehala.
ada jugak yg mengumpamakan kehidupan kita ini sebagai jalan sehala.
hidup kita ibarat sebuah perjalanan.
ya....perjalanan sehala.
sebab kita tak boleh berpatah balik.
tak boleh nak betulkan apa yg sudah berlaku.
malah tak boleh jugak menyongsang arus.

jadi...walaupun mengikuti  jalan sehala, kita perlu sentiasa berhati-hati.

- bagai langit menimpa kepala -

Dec 4, 2012


aku dalam dilema.
kadang-kadang orang mintak tolong.
sebenarnya tolong yg dimaksudkan membuatkan kita serba salah.
malam tadi ada sedara jauh dari kampung wifey nak tumpang bermalam.
itu pun dibagitau last minute. dah sampai seremban rupanya dari endau, johor.
seremban dengan nilai, tak jauh. dalam 10-15 minit je.
maka kelam kabut lah kita mengemas rumah. nak masak lagi.
tetamu datang takkan nak hidang air sejuk je.

nak kata tidak. hari dah malam. mana mereka nak tuju?
mereka sampai jam 10:00. ada 2 buah kereta, 12 orang besar kecik, tua muda.
tujuan sebenar nak bercuti-cuti malaysia ke kuala selangor.
menziarah sedara jugak di sana.
sebelum tu nak singgah dulu ke kuala lumpur
tak apa lah, nak berziarah. orang kampung lagipun sedara jugak biarpun sekadar sedara jauh.
oleh sebab pertama kali datang, aku terpaksa tunggu mereka dan iring ke rumah dari plaza tol nilai.

selesai makan malam yg dimasak oleh wifey.
mujur jugak ada ikan dan ayam, sayur dalam peti ais.
masak ajelah apa yg ada.

nak dijadikan cerita.
mereka bukan saja nak tumpang bermalam.
nak mintak tolong aku jadi 'pemandu arah' nak ronda-ronda di KL.
sebab diorang tak tahu selok-belok KL tu.
ahhhh...sudah.
aku ni kerja, bukannya boleh kejap-kejap tu jugak ambik cuti.
nak ambik emergency pun kena ada bukti. surat kematian, surat bengkel, surat doktor ke...

sedang kami borak-borak tu ada seorang yg tiba-tiba sesak nafas.
ada masalah jantung, rupanya.
aku pun bergegas bawak dia ke klinik berhampiran. tapi dinasihatkan oleh doktor supaya terus dirujuk ke hospital atau IJN.
jadi aku nekad lah terus uruskan dia supaya dihantar ke IJN dengan ambulans.
aku iring dia dengan kereta. sebab diorang tak tahu nak ke sana.
dekat pukul 3 pagi baru aku balik ke rumah.

yang budak-budak tinggal dan beberapa yg lain tinggal kat rumah aku.
aku terpaksa mintak kerjasama seorang kawan ofis untuk 'cover'.
aku tetap kena datang ofis. tapi masuk lambat sikit daripada biasa.
takkan aku nak tinggalkan diorang macam tu aje.
nak cuti tak boleh.

mujur juga yg sakit tu disahkan boleh keluar pagi tu.
tak berapa serius, walaupun malam tadi nampak macam serius sangat.
tapi dia perlu datang lagi untuk follow up.

tapi, niat diorang nak bercuti-cuti malaysia terpaksa dibatalkan.
lain kali ajelah nampaknya.

sudahnya konvoi dari kampung tu cuti-cuti malaysia dan shopping kat nilai 3 ajelah...
diorang ucapkan terima kasih tak terhingga pada aku & famili.
sebab sudi tumpangkan diorang bermalam.
malah bantu uruskan yg sakit dapatkan rawatan.

mereka 'berhajat' nak datang lagi ke rumah kami.
suatu masa nanti...hu hu
takde masalah, tapi bagitau lah awal-awal....he he



- perjalanan jauh disulami makan, makan dan makan -

Dec 3, 2012


malam sebelumnya mak mentua dihantar oleh abang ipar ke rumahku dari damansara.
sebab dia tak dapat ikut serta majlis di kuantan.
nak kena hantar anaknya fahmi balik belajar di sri iskandar.

pagi sabtu itu, jam 9:00 semua dah siap.
9.15 dah gerak.
singgah isi minyak dan lepas tu isi perut.
kali ni bukan kedai mamak. sebab mak mentua tak berapa berkenan kedai mamak.
singgah sarapan di bbn kafe.
aku pesan lempeng panas. aku syorkan ini untuk sesiapa yg nak sarapan di sini.
cicah sambal tumisnya sedap.
mak mentua makan laksam. wifey order lontong, banyak sangat kongsi dengan aku.
erol & erin macam biasa, roti canai. eril dengan mi gorengnya.

tepat jam 10:00, bergerak ke destinasi.
jalan lancar dari nilai - sg besi - gombak - bentong - karak - temerloh.
kali ni pandu perlahan sikit daripada biasa.
pertama, mak mentua ada kat belakang.
kedua, banyak sign board zon perangkap had laju.
singgah di RnR temerloh. macam biasa.
waktu tu dah 12:45
solat zohor dan makan tengah hari.
ikan patin masak tempoyak dan masak lemak pucuk manis + labu dan telur masin jadi menu makan tengah hari tu.
erin dan erol makan pau dan jajan je.

dekat jam 2 petang sampai di kuantan.
memang bajet baik punya. majlis baru nak mula.
petang tu, ada majlis bertunang anak sedara wifey.
selepas sesi bergambar dan makan-makan semua bergerak balik.
jam 4 semua setel. dan siap tapau pengat durian yg dibekalkan tuan rumah.
disebabkan tak bawak charger henfon, dan nak save jangka hayat bateri maka tidak adalah sebarang gambar untuk diselitkan di sini.

mak mentua aku tinggalkan dalam jagaan abang ipar yg tinggal di kuantan pulak.
dia nak tukar angin.
selepas 15 hari di sekitar KL ni.
aku luncur ke pantai tanjung lumpur sekejap.
macam biasa mesti nak bawak balik satar dan otak-otaknya.
memang femes kat situ.
selain tu beli keropok lekor mentah dan ikan masin.

satar tg lumpur mmg spesel

jam 5 lebih dah masuk highway LPT.
lebih kurang jam 6:30 dah sampai temerloh.
di RnR temerloh, minum petang + makan malam.
makan bekalan satar dan otak-otak. tambah nasi lemak bungkus panas-panas.
erol tetap nak makan burger. kebaratan sungguh....
lepas solat maghrib, kami gerak semula sambung perjalanan.

jam 8:30 dah sampai di nilai. ah...lega sampai rumah.
cepat-cepat mandi.
ngam-ngam bola nak start.
live harimau malaya lwn garuda indon.
sambil tu makan pengat durian yg ditapau siang tadi...hu hu hu
result 2-0 dan layak ke semi final. wan zack dan mahalli memang power.
kan dah kata, jangan cepat sangat nak mengutuk...
fuh...memang berbaloi tengok dan menang!

habis bola, layan live kemuncak masterchef 2 pulak.
aku backing along sebab nak lelaki yg menang.
wifey sokong izyan. eril dan erin pun sokong izyan.
tapi erol sokong ah hong....he he
sudahnya, rezeki izyan yg jadi juara masterchef 2.

semua dah penat dan kenyang.
sehari suntuk dalam perjalanan. terus masuk tidur.
tapi aku masih berjaga.
layan bola lagi. man utd lwn reading.
start jam 1:30 pagi...
nak tahan ngantuk buat nescafe dan kunyah kacang.
sudahnya jam 3 pagi baru masuk tidur.
ooops lupa...man utd menang!