- entri raya yang tertunggak --

Aug 15, 2013


giliran raya kali ni jatuh di Pahang, kampung wifey.
tahun ni jugak turn wifey kena cuti sebelum raya. untuk cover kengkawan sekerja yg ambik turn cuti lepas raya.
hari ahad tu (4 hari sebelum raya) kita orang dah sampai kampung dah.
kiranya, cuti menyambut puasa lebih panjang daripada cuti raya.
sebab ikut 'perjanjian' raya kedua dah kena balik ke kampung pihak yg satu lagi.
kenalah adil dan saksama kan...

1 syawal

raya pertama macam biasa, pagi-pagi ke masjid dulu untuk solat aidilfitri.
siap dengan baju melayu raya, bersampin, bersongkok, baju warna sedondon.
kemudian ikut tradisi, bermaaf-maafan dengan sanak sedara.

kat sini, menu utamanya ialah nasi dagang.
berbanding dekat kampung di nilai,  ketupat dan lemang.
tapi sini pun sebenarnya ada ketupat & rendang, cuma sebagai side dish aje la.


nasi dagang bertambah sedap kalau dimakan dgn memakai baju raya...keh keh


tak dapat bergerak ke mana-mana. hinggalah sampai tengah hari.
sebab tak henti-henti orang datang beraya ke rumah mentua aku.
bila line clear je, kita orang pun kunci rumah dan bergerak secara konvoi 7 buah kereta.
destinasi pertama, tentunya ke pusara arwah pak mentua aku.
kemudian ke rumah sedara-mara.
dari satu rumah ke satu rumah, hinggalah ke maghrib.


2 syawal

esoknya sebahagian keluarga besar dah mula bergerak balik ikut turn jugak.
ada yg ke muar, ke melaka, ke ipoh, ke rawang dan ke nilai...he he he.
akan diambil alih oleh kumpulan famili dan adik beradik yg lain pulak.
aku bergerak lepas solat jumaat.
jalan tak berapa jem sangat sebab aku ikut jalan kampung terus lalu muadzam shah- serting -kuala pilah - seremban - nilai.

sampai di nilai dah petang. singgah menziarah ke pusara arwah mak dan abah dulu.
kemudian ke rumah kak lang.
memang jadi idaman aku ialah rendang daging dimasak kak lang yg guna resepi tradisi arwah mak.
kemudian kita orang join kak lang, atih dan anjang beraya ke rumah andak.
menu spesel rumah andak yg selalunya kita orang request ialah ayam kampung masak lomak cili api.
ayam kampung memang dibela sendiri oleh andak.
fuh memang original la...
disebabkan keletihan dan kekenyangan, malam tu semuanya tidur awal, dan pengsan sampai esoknya.


masakan ayam kampung spesel di rumah andak


3 syawal

sekarang ni majlis kenduri kahwin dah tak ikut musim cuti sekolah.
dekat nak masuk bulan puasa hari tu pun ada kenduri.
hari raya pun orang buat majlis kenduri jugak.
jadi, kena jugaklah memenuhi jemputan kahwin di salak tinggi.
sedara bau-bau bacang.

sekarang ni majlis kahwin tak ikut musim dah...hari raya pun diorang belasah
lepas kenduri, kak lang ajak singgah ke rumah along ijah, sepupu kami.
nasi himpit dengan kuah kacang dan laksa pulak menjadi habuan perut.
perut ni, entah macam mana tak penuh-penuh walaupun diisi tak henti-henti...ha ha ha

4 syawal

achik ajak datang beraya ke rumahnya.
pagi-pagi lagi dia dah telefon. "makan tengah hari kat rumah aku je, tak payah masak!" jemputnya.
pucuk dicita ulam mendatang.
nasi tomato dan mee kari jadi umpannya.

ambik kau, penuh meja...
********

semasa pagi raya hari tu, dengan bangganya aku tunjuk pada wifey seluar baju melayu aku yg longgar dan terlondeh sikit.
terpaksa ikat tali pinggang, ketat-ketat.
tapi, aku rasa kalau aku pakai semula hari ni, gerenti sendat dah....
Oh my RAYA...!


4 refleksi:

||aLeaSaRa|| said...

salam hari raya.wah orang nilai vs ganu rupanya he3...ni nilai kat mana tu..mesti saya dah selalu lalu he3...

masa balik kg husband kat taiping,memang mak n abah mertua pening kepala nak pergi kenduri kawin mana satu.dah tu semua melibatkan sedara-mara.tak pergi kecil hati.

saya yang bawa baju kurung cuma 2 pasang kelam-kabut basuh tiap2 hari.manalah nak tau ada kenduri kawin menimbun2 masa raya he3..

bangsawan nilai said...


ha ha kalau nak tau nilai ni aku lah 'abang kawasan'

p/s pembetulan sikit bkn ganu tapi Pahang...

rahimin said...


ini betul-betul punya tertunggak mcm bil letrik, satu entri terus satu minggu punya cerita raya....haha

Irfa said...

wah!
awal balik raya ye
makan2 mmg best
turun 2 kg naik balik 5 kg lepas raya
itu biasa

slmt hari raya ye