- siri bercakap dengan erin . . . 22 -
Aug 1, 2013
"papa, betul ke manusia asalnya dari kera..." tanya erin pada aku dengan muka berkerut.
aku faham maksudnya.
aku pun pernah belajar dulu.
teori evolusi Darwin, yang menyatakan asal-usul manusia berasal dari kera.
sudah namanya pun teori, tidak semestinya betul.
akan muncul teori-teori baru terkemudian yang menyanggahnya.
"siapa cakap?" aku cuba mencari punca.
"cikgu..."
"erin percaya ke...?" aku sengaja menduga.
"takkan la..." jawab erin serius.
"dulu ustazah ada cerita manusia sebenarnya berasal daripada nabi Adam..." ada sinar pada mata erin.
"ya. kita ni orang Islam. dalam Quran ada cerita yang manusia pertama ialah nabi Adam.
kita wajib percaya pada Quran..." aku bagi jelas pada erin.
aku tak mahu, kanak-kanak sekecil erin jadi keliru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
mmg tak patut.
perlu ke ajar budak2 kecik dgn teori2 mcm tu?
kalau sek menengahh ok la
teori Darwin masih pakai lagi ke cikgu...?
kes yg sama.dr zaman aku kecik smpi la aku dah beranak sendiri
sbg org Islam, kita kena menjawab utk anak2 terangkan apa yg benar dan yg
salah
Post a Comment