berniaga ala kadar, untung pun ala kadar la . . .

Dec 27, 2013


"kau try la kedai tu. roti canai dia stail melayu. tak macam mamak punya..." rekomen seorang kawan.

jadi cuti krismas hari tu lepas brisk walking, aku pandu kereta ke kedai dimaksudkan untuk breakfast.
tak berapa jauh,
kedai tepi jalan di kampung jijan.
macam biasa, kedai makan melayu, yang ala kadar je.
takde wawasan nak naik taraf macam kedai mamak yang dah tukar ke taraf bistro.

tak berapa ramai orang.
aku pun panjangkan leher nak panggil untuk order.
sementara tu aku makan dulu nasi lemak bungkus yg diletakkan atas meja.

"kopi o dengan roti telur..." aku pesan, bila akhirnya pekerja kedai datang ambik order selepas setengah bungkus nasi lemak aku telan.

"nanti bungkus roti canai...5" aku sambung.

pekerja tu cuma angguk je.

tak lama kemudian. pekerja tu hantar apa yang aku pesan.
roti telur dan kopi o.
roti telur dia sedap. tapi tak lah sesedap yang digambarkan oleh kawan aku tu.
bolehlah sebagai pilihan selain kedai mamak.
elok-elok habis je makan.
pekerja tu datang semula. aku ingatkan dia nak hantar roti canai bungkus.

"bang...roti canai dah habis la. boleh tak 3 roti canai dengan 2 roti telur. sebab roti tu dah campur dengan telur...?"

aku sebenarnya tak berapa faham, apa maksudnya roti dah campur telur!
sebagai pelanggan yg tak banyak kerenah.
aku anggukkan saja. 'okey la...'

dalam hati aku berkata. pelanggan taklah ramai mana.
waktu tu baru pukul 8:20 pagi.
takkan awal sangat habisnya. patutnya bajet atau stok untuk hari cuti begini kena lebih sikit la.
sepanjang aku menunggu roti canai dibuat dan dibungkus.
beberapa pelanggan lain datang sama ada nak makan roti canai atau nak bungkus bawak balik.
tapi mereka diberitahu yang roti canai dah habis.

nyatalah peniaga kedai makan melayu, tak bercita-cita tinggi.
atau tak nak untung lebih sikit.
padahal, permintaan pelanggan boleh tahan baiknnya.
lokasi pun strategik.

habis tu, macam mana nak lawan kedai mamak 24 jam!
kau order je roti canai, pagi petang siang malam....tak pernah habis!



4 refleksi:

Irfa said...

MCM BOLEH AGAK JE KEDAI MANA NI ;)
KDG2 NAK TLG SESAMA KITA TP MEREKA YG XNAK TLG DIRI SENDIRI

zana-norzana said...

mmmmm, tak pernah lagi breakfast ke area Jijan.... selalu kat kedai cermin, bkt kadir ajer....

umiawadah said...

itulah peniaga kita,betul tu untung nak lebih,berniagalah lebih....macam mana kita nak maju,kita nak tolong pun tak boleh..

rahimin said...


mentality org melayu, niaga asal cukup mkn sudah