mereka yang pernah kita kenal dulu . . .

Dec 20, 2013


terkadang kita jumpa orang yang tak sangka kita akan jumpa di tempat lain atau dalam situasi di luar jangkaan.
memang benarlah makin jauh perjalanan, makin luas pandangan, makin banyak pengalaman.


1.
semasa ke morib hari tu. lepas breakfast di hotel, masih mengada-ngada nak cari jugak kedai mamak.
cari punya cari, jumpa satu kedai.
lot kedai baru, sebab ada dua kedai aje yg dah buka.
satu kedai makan mamak dan satu lagi kedai runcit.

roti canai banjir pun dipesan dan di'ngap'.
semasa nak bayar di kaunter.

"boss duduk nilai kan...?" aku ditanya.

"ya, mana tau? kenal saya ka?" huh cemana leh kenal ni.

"saya dulu kerja sana nilai jugak. restoran nasi kandar impian, desa cempaka itu la..." kata mamak tu.

"ooo...itu macam. sekarang sudah pindah sini la..." aku dah paham cemana dia boleh kenal.

"sini buka kedai sendiri. kicik-kicik dulu..." maknanya dia dah bukak bisnes sendiri. bagus mamak ni, ada wawasan.

"boss cuti sini ka?" tanyanya lagi, mesra.
"ya...bawak anak-anak cuti, jalan-jalan..."

mamak ni. kat mana-mana pun boleh hidup. kalau rajin dan sentiasa berusaha, apa pun boleh jadi.
semangat ni patut ada pada orang melayu jugak. respek!
dan kelebihan pada mamak, mereka menghargai pelanggan dan cepat faham perangai mereka.
pergi beberapa kali kedai mereka, mereka dah kenal.
dah tahu apa feberet minuman dan makanan kita nak order.
kita boleh cakap "biasa..." diorang dah tahu apa kita nak.

2.
semasa singgah di RnR temerloh, dalam perjalanan balik dari kuantan.
terserempak dengan Mus, seorang kawan lama.
dia tengah makan dengan isterinya.

lama dah tak jumpa. sejak berpindah dari tempat kerja lama dulu.
8 tahun tak silap.
dulu Mus ni belum dikurniakan anak.
sekarang ni pun rasanya takde anak sebab mereka berdua aje.
tapi takdelah pulak aku bertanya pasal anak.
isu sensitif dan boleh buat kawan kita kecil hati.
sekalipun dalam nada gurauan. tapi ramai yg terlupa...

"baru balik dari jengka, ada majlis kawin sedara..."jelasnya.

oleh sebab dah lost contact. sempatlah bertukar-tukar no telefon.
kembali terjalin lah kiranya kan.
tak sangka pulak RnR mempertemukan kami semula.
menyambung silaturahim...

3.
dalam perjalanan balik tu jugak. semasa berhenti di stesen minyak berhampiran bentong.
terserempak dengan dr shahrul.
dulu kompeni kami pernah ada projek dengannya.

katanya dia sebahagian daripada kumpulan misi bantuan mangsa banjir di Pahang.
bersama-sama konvoi dari UM.
bukan saja hantar barang keperluan tapi jugak tolong mangsa banjir bersihkan rumah selepas kejadian.

dr shahrul mengetuai konvoi staf dan pelajar UM dalam misi murni tersebut.
semuanya terdiri daripada anak-anak muda.
bagus kerja sukarelawan macam ni.
daripada bertelagah pasal politik siapa yg banyak bantu, siapa lambat, siapa cepat, masing-masing nak glamour nak tunjuk handal pada media.
walhal semua tu lakonan yg tak ikhlas untuk political mileage memasing...!

lebih baik buat kerja ikhlas secara sukarela. senyap-senyap je.
mereka inilah wira yg tak didendang atau the unsung heroes...!


2 refleksi:

Irfa said...

ramai jugak kawan2 blog yg buat sdiri misi bantuan banjir tu sbb x larat nak tggu parti politik siapkan kertas keje bantuan masing2

rahimin said...


aku rasa,semua mamak kat nilai ni kenal kau la bro...hahahah

peminat kedai mamak tegar!