bukan semua mat motor tu mat rempit der. . .
Feb 20, 2014
kita ni selalu pukul rata.
kita suka bagi cop negatif pada orang.
tak semua yg tunggang motosikal tu mat rempit.
yg buat jahat tak senonoh tu memang mat rempit.
tapi segelintir ajelah.
selebihnya, dan jauh lebih ramai lagi hanyalah 'orang biasa' yang naik motosikal.
sama ada nak ke tempat kerja.
nak hantar anak ke sekolah.
pak aji yg nak ke surau.
mak cik yg nak ke kedai beli sabun basuh.
atau pasangan yg nak ronda-ronda makan angin.
zaman aku student dulu pun naik motor jugak.
masa mula-mula kerja dulu pun masih pakai motor cabuk tu.
bila dah mampu, upgrade sikit pakai kereta pulak.
aku paham apa kesusahan dan 'cabaran' naik motor ni.
kerap kali mereka dianggap sebagai pengguna jalan raya kelas 3.
macam lah takde hak atas jalan. kena himpit. kena hon. kena maki.
lebih serius, diorang terdedah pada risiko kemalangan.
tapi ada juga yg sengaja menempah malang.
mencilok-cilok celah-celah kereta.
tunggang ikut tengah laluan.
bawak motor laju-laju.
bawak motor lawan arus. langgar lampu merah.
itu tak dinafikanlah...
pagi tadi dalam perjalanan nak ke ofis.
ada kemalangan kecil dekat dengan bangunan angkasapuri.
kereta di depan aku tergesel sebuah motosikal.
mungkin tak perasan atau sengaja nak lari selamatkan diri.
kes langgar lari.
pemandu kereta tu terus blah dari tempat kejadian.
tapi kereta di belakangnyanya berhenti. dengan niat nak membantu.
aku pun sama memberhentikan kereta.
beberapa kereta kat belakang aku macam tak puas hati.
mereka hon pada kami.
waktu tu masih awal pagi.
jalan tak berapa nak jem.
brader motor tu nak hantar anaknya ke sekolah
tak serius sangat. cuma lutut kirinya luka dan berdarah.
mujur anaknya tak apa-apa.
aku tegakkan motor yg tumbang.
mamat pemandu yg seorang lagi sapukan luka orang tu dengan tisu.
tiba-tiba muncul satu orang entah dari mana.
dia marah-marah dan menolak mamat yg membantu tadi.
mungkin dia tu ialah sedara, kawan atau kenalan brader motor tu.
dia sangka, orang tulah yg langgar motor tu, bertindak tanpa usul periksa.
selepas dijelaskan olah brader motor yg cedera tu, dia nampak macam bersalah sangat.
cepat-cepat mintak maaf kepada mamat yg baik hati membantu tadi.
kemudian beberapa motosikal lain ada yg berhenti nak bantu.
masih ramai yg baik hati, sedia membantu dan tak mementingkan diri sendiri kat bumi Malaysia ni...!
oleh sebab situasi dah terkawal. dan kereta kita orang dah mula menghalang laluan kereta lain.
jalan pun dah mula jadi jem.
aku dan mamat pemandu kereta yang turun membantu tadi pun segera beredar.
ada 2 perkara yg bermain dalam fikiran aku...
- kita lebih nampak yg negatif
- walaupun yg buat tak elok tu tak ramai, kita pukul rata semua sama contohnya semua polis rasuah, semua mat motor tu mat rempit, semua pekerja gomen tu malas
kejadian di tepi jalan pun boleh kita jadikan pengajaran dalam kehidupan kalau kita tengok lapis demi lapis bukan selapis sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 refleksi:
hehe, pengalaman kena ragut ngn budak bermotor, smpi skrg klu berjalan nampak moto, aku phobia
kalau naik keta. stop kat lampu merah traffic light,ada moto sebelah
otomatik laju je tangan lock pintu
huhu
huh mmg fobia tu.
kawan pompuan ofis aku ni terus beli kereta sbb kena ragut kat lrt yg hari-hari dia naik walhal tengah org ramai.
gua samapi skrg bwk moto bro tapi gua bkn mat rempeyek hahaha
hobi kami mahal tapi tak kacau mna2 pihak
Post a Comment