terlajak ke JB . . .
Feb 5, 2014
aku ada beberapa kawan yang asalnya batu pahat atau tinggal di batu pahat.
semasa nak turun ke bp hari tu, sajalah aku try sms diorang.
lama dah tak jumpa.
manalah tahu boleh sempat jumpa sekejap melepas rindu di kalbu...ceewaahh
yg seorang tu memang mengajar di sebuah sekolah di bp.
tapi cuti hari tu dia ke Melaka, ziarah sedara, katanya.
seorang lagi, menghadiri majlis di segamat pada tarikh yg sama.
manakala seorang lagi, kampungnya di bp tapi dia bekerja di kota tinggi.
katanya, akan balik ke bp pada tarikh tersebut. boleh la jumpa
apa-apahal dia akan hantar mesej.
tapi sampai ke sudah kita orang tak jumpa.
katanya 'tersangkut' di keluang dalam perjalanan dari kota tinggi ke bp.
tak mengapalah, takde rezeki nak jumpa....lain kali dan lain masa.
********
semasa rombongan atau konvoi pengantin hari tu kita orang turun sama-sama.
walaupun dari berlainan tempat. ada yg dari KL, kuantan, rompin, nilai, melaka, shah alam dan tg malim.
berkumpul di RnR ayer keroh.
tapi bila balik, masing-masing ikut hala sendiri-sendiri, ikut perancangan masing-masing.
ada yg cuti bersambung, ada yg dah nak kena balik kerja, hantar anak ke asrama dan macam-macam rencana lain.
kita orang pun takde pelan apa-apa.
macam biasalah, wifey memang berpandangan jauh.
kalau kami buat perjalanan jauh, dia dah sedia dengan 'bekalan' pakaian lebih.
siap-siap dalam but kereta. manalah tahu kalau ada pelan mengejut.
alang-alang dah sampai Johor, cuti pun ada lagi, apa kata kita lajak terus ke JB.
nak ke legoland, dah pergi tahun lepas.
tempoh masanya dekat sangat, kalau nak pergi lagi.
tak pelah, kita menginap je di JB. itupun kalau ada tempahan online yg kosong.
nak redah aje silap-silap nanti tidur kaki lima...
surf punya surf, mujur ada bilik hotel yg masih boleh ditempah.
biasanya masa cuti begini terutama CNY jarang benar dapat booking last minute.
tak jauh pun dari bp dalam 120 km je.
lepas ronda-ronda dan cuci mata di jb city square barulah kita orang check in hotel.
kemudian sebelah malamnya lepak dan main games di danga bay.
huh...ramainya umat manusia kat situ. sesak.
sebelum balik tidur di hotel, singgah dulu makan-makan supper di tasik merdeka.
tempat makan open air.
yg speselnya kat sini 'steamboat bajet' dan char keuy tiaw.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
nasib baik dapat hotel kalau tidak tidur dalam kereta ajerlah....
main redah je kan. kengkdg yg plan beriya-iya tu tak jadi
Post a Comment