pakej satu gambar, satu cerita . . .
Mar 31, 2014
pagi sabtu, seawal 7 pagi dah bergerak ke kuantan.
ke majlis kenduri kahwin anak sedara wifey.
ada sekeping je gambar pengantin.
ramai sangat photographer, yg bertauliah dan yg tidak.
malas lah nak berasak-asak...(alasan) hehehe
yg lain gambar dengan sedara-mara dan tengah makan-makan.
rasanya macam tak patut je nak kongsi kat sini.
pelan asalnya nak balik nilai, lepas majlis selesai.
tapi sepupu wifey yg jumpa di majlis tu ajak singgah rumah.
tak berapa jauh, sekitar kuantan jugak.
borak punya borak dan makan-makan.
dah terlajak pukul 6 petang.
aku ni jenis tak berapa selesa drive malam.
lebih-lebih lagi nak lalu jalan bengkang-bengkok di antara bentong-gombak tu.
sudahnya, carilah hotel di bandar kuantan untuk bermalam.
sekali gus, kira bercuti sempena cuti sekolah la gamaknya.
malam tu kita orang ke tanjung lumpur.
tg lumpur ni terkenal dengan tarikan ikan bakar dan makanan lautnya
memang segar dan harganya 'berpatutan'.
mak aih....punyalah ramai orang.
kedai yang banyak dan besar pun macam tak terlayan pelanggan yg datang.
oleh sebab meja kiri kanan depan belakang penuh, rasa segan pulak nak ambik gambar.
last-last snap jugak, sampai tak perasan terlindung dek jari jemari.
gara-gara segan dan nak sorok-sorok punya pasal.
malam tu masing-masing tidur dengan perut kekenyangan...!
esoknya, selepas anak-anak berendam sampai kecut di kolam renang.
kita orang pun check out.
sebelum bergerak, pekena dulu nasi kerabu dan nasi dagang dekat kedai berhampian hotel.
memang kita orang jangka jalan jem nak masuk KL nanti.
dan tentunya mengikut pengalaman lepas, RnR sepanjang highway pun penuh sesak.
jadi, awal-awal lagi dah penuhkan perut,
tiba di gombak, trafik dah mula merangkak.
rasanya kalau kami lewat sikit je gerenti jem.
sampai di nilai dekat pukul 4.
cadangnya nak singgah di kedai 'nasi ayam gemas mustafah' tu.
dah siap duduk, bila nak order kami dibagitau yang nasi ayam dah habis.
iyalah, kalau masuk kedai sate, nak makan sate...
kita pergi kfc nak makan ayam goreng.
ke mcD nak makan burger.
kalau ke kedai nasi ayam, tentulah nak makan nasi ayam kan...
sudahnya, singgah kedai mamak aje la.
family day stail kampung
Mar 27, 2014
hari ahad lepas.
kak lang ajak balik kampung.
(balik la sangat walhal sejengkal je jaraknya...heheh).
"ado hari keluargo..." kata kak lang.
ada banyak hadiah penaja daripada termasuk giant, mydin dan tesco dll.
peruntukan pun dapat daripada KEMAS dan adun.
kak lang dan kak teh masuk acara memasak, katanya.
kak lang adalah juara bertahan masakan rendang hari keluarga tahun lepas...hu hu.
ada banyak acara.
indoor dan outdoor.
sukaneka, masakan, jahitan, perhiasan dll.
untuk kanak-kanak ada, untuk dewasa pun ada.
yang bestnya semua dapat hadiah,
tak kira kalah ke menang...
penutupnya, macam biasa ada acara makan-makan.
bukan nak menang hadiah sangat.
simple aje penganjurannya.
cuma nak berseronok dan eratkan silaturahim seasama famili sekampung.
yang penting kita enjoy...!!
aku bagi 5 bintang la kepada ajk yang bertungkus lumus menjayakan.
aku tukang sorak dan ambik gambar aje la.
antara teori, spekulasi dan yang terjadi . . .
Mar 26, 2014
tak semena-mena dalam 2 minggu ni kita baca banyak benda.
kita cuba faham banyak teori yg dikatakan datangnya dari pakar.
yg sebenarnya kita tak perlu tahu pun.
kita jadi keliru dengan macam-macam spekulasi.
sampai benda yg tak masuk akal pun kira rasa macam betul.
kemudian timbul pulak pasal konspirasi.
nak sembunyi hal sebenar atau ada kuasa besar yg cuba ambil kesempatan.
dah terlalu banyak orang bercerita pasal pesawat yg hilang tu.
aku cuba nak kongsi pasal spekulasi ni.
tapi takde kena-mengena pun dengan tragedi MH370 tu
ini tragedi yang menimpa aku sendiri.
masa study dulu, aku pernah ada pengalaman buruk dengan seorang profesor.
mungkin silap aku juga.
atau mungkin keegoan sang profesor enggan mengakui kemampuan anak muridnya....hehe perasan lak
tesis aku yang bertahun-tahun nak disiapkan.
dikritik hebat semasa viva oleh profesor itu.
walhal supervisor aku tak pernah tegur pun pasal hal yg sama.
puncanya aku meletakkan satu kenyataan pada bahagian kesimpulan dalam tesis itu.
lebih tepat lagi satu ayat sahaja...!
lebih kurang begini la ayatnya yg aku tulis.
"berdasarkan dapatan dan hasil kajian ini, nilai akan menjadi sebuah perbandaran atau bandar baru dalam tempoh 5 tahun akan datang terutama lokasinya yang strategik terletak di antara lembah klang dengan seremban..."
ada spekulasi ke kat situ?
aku cuma memberikan 'jangkaan' berdasarkan kajian tesis tu.
sebaliknya profesor itu menyatakan aku sekadar membuat spekulasi.
ayat itu terpaksa olah semula supaya tidak bersifat 'spekulasi'. spekulasi tidak sepatutnya ada dalam sebuah tesis ilmiah.
katanya, kemampuan dan ilmu aku belum sampai ke tahap boleh membuat spekulasi apatah lagi menciptakan teori.
siapalah aku untuk menyanggah ilmu seorang professor.
dan aku pun akur...
alangkan dalam tesis pun yang bersandarkan kajian dan fakta kita tak boleh mencipta spekulasi inikan pula sekadar logik akal, rujukan internet dan cut and paste.
pada waktu itu, nilai yang dulu, bukanlah yg sekarang...hahaha
mungkin juga profesor tu tak pernah datang ke nilai.
ternyatalah kenyataan yg dianggap 'spekulasi' oleh profesor itu, kemudiannya wujud di depan mata..
buktinya, lihat saja nilai yang ada pada hari ini...!
jadi, mungkinkah dalam banyak-banyak spekulasi pasal yg hilang itu ada yg mungkin betul?
tarikh luput . . .
Mar 24, 2014
bila kita beli barangan makanan.
perhatikan betul-betul tarikh luput atau expiry date.
lebih-lebih lagi kalau barangan makanan yang ditawarkan diskaun luar biasa.
biasanya, sama ada dah luput atau dah dekat benar tarikh luputnya.
sebab tu dijual murah...
dasar orang meniaga nak cari untung!
itu hari ada tazkirah kat masjid.
ada dengar uztaz tu bercakap pasal tarikh luput.
manusia pun ada tarikh luput.
kalau usia kita dah menginjak 'senja'.
maknanya tarikh luput dah dekat dah tu...
maka perbanyakkanlah amal ibadah.
bukan bermakna kalau usia muda tu tak payah beramal.
sebab yg muda pun, tarikh luputnya ada yang lebih awal...
kerja pun ada tarikh luput.
tapi biasanya kita tak panggil tarikh luput la
kita sebut deadline.
aku sekarang ni tengah pening.
sebab projek yg aku tengah buat ni ada tarikh luput.
macam nak tersasar je!
puncanya, ketua projek yg 'lepas tangan' dan 'cuci tangan'...
...pening arr
result 'A' bertingkek-tingkek . . .
Mar 20, 2014
sejak semalam sampai hari ni.
melampuh gambar pasal result stpm dan spm.
sementelahan sekarang ni ada banyak saluran media sosial.
fuh... ramai yang berederet-deret A nya.
ya, kita pun like gambar yg mereka 'share' kan.
apa nak heran kalau pregnancy test kit pun orang uploadkan nak bagitau satu dunia dia mengandung...
dan letak imej ultrasound bagitau baby (...dan perut) dah makin besar.
tak payah nak mengata. atau pandang negatif.
mereka nak berkongsi kebahagiaan.
biar la...
bagi yg dapat result elok, satu dunia mahu ditunjukkan.
itu resmi manusia, tak de siapa nafikan.
biarlah, kita tolong amin kan doa mereka.
kalau tak usaha takkan dapat result sebaik itu. betul tak?
jadikannya sebagai pembakar semangat untuk anak kita pulak nanti.
yang dapat result tak berapa nak ok tu.
kalau boleh mahu disorokkan saja.
supaya tak siapa tahu.
tak mengapa, bermuhasabahlah untuk memperbaiki apa yg kurang.
...dan malam nanti akan ada di tv.
temu bual dengan pelajar cemerlang.
sekolah cemerlang dan mak bapak cemerlang.
anak keluarga miskin 12 beradik yg berjaya.
anak yatim piatu yg luar biasa pencapaiannya.
kita ni tumpang gembira jugak la.
semua itu pernah kita lalui dulu.
laluan kita itu nanti akan dituruti anak-anak kita pulak.
*********
"ekau tak bangun laei. tak poei amik keputusan pekso ko...?"
(kau tak bangun lagi? tak pergi ambik keputusan periksa ke?).
biasanya arwah mak akan balik sekejap ke rumah.
selepas habis menoreh pokok getah.
sementara menanti getah beku.
lagipun itu kerja part time.
bantu ekonomi keluarga.
arwah abah ada gaji tetap sebagai polis.
budak nakal ini pun, dengan payahnya bangun.
rwah mak yg lebih excited pasal result spm tu.
sebenarnya aku dah janji dengan 2-3 orang kawan lain untuk pergi sama-sama.
kami memang cadang pergi sekolah lewat sikit.
malas nak bersesak-sesak.
biarlah budak-budak yg pandai ambik result mereka dulu.
result dah boleh diagak berdasarkan trial.
atau rasa susah senang atau konfiden tidaknya masa jawab semasa exam dulu.
lagipun budak nakal macam kami ni, tak punya harapan melangit sangat.
alhamdulillah.
berkat doa arwah mak dan abah.
result aku luar biasa.
kengkawan dan cikgu pun tak menjangka.
malah aku sendiri hampir pitam...!
zaman aku dulu teknologi dan internet belum hebat macam sekarang.
kalau tak, tentu result aku pun dah uploadkan dalam fb, blog, twitter, instagram etc.
jangan salah faham.
bukan nak menunjuk-nunjuk.
cuma nak berkongsi kegembiraan dan keterujaan....
salah jawab ke, salah tanya . . .
Mar 18, 2014
kengkadang bila nak order makan di kedai kita jadi blur.
walaupun menunya berderet atau kau sebut aje gerenti ada.
tapi masih juga rasa macam...tak tahu nak makan apa la.
eh...apa aku nak makan hari ni yek?
begitulah jadinya.
malam semalam tekak terasa nak makan sup.
lalu aku tanyakan pada waiter tu.
"ada sup tak?"
"ada..."
"bagi saya sup daging...nasi putih dengan telur dadar"
"sup daging tadaaa..."
".. sup ayam ada?
"sup ayam pun tadaaa..."
"laaaa...abis tu sup apa yang ada? (hati dah mula mendidih).
"megi sup!" jawabnya sambil tersengih.
ish....mahu je aku bagi penampar kang.
tapi cepat-cepat aku muhasabah diri.
silap aku jugak.
sebab masa tu aku kat kedai mamak...!
belajarlah menghargai . . .
Mar 17, 2014
mengikut perkiraan aku.
dah lebih 2 bulan hujan tak turun di bumi nilai.
sejak itu juga cuaca panas kering melanda.
malah, ada sesetengah tempat dicatu air.
kemudian jerebu pulak melanda.
rasa lemas dan rimas.
pintu dan tingkap bertutup 24 jam.
petang sabtu, ada hujan kejap.
sekejap benar.
sebelah malamnya aku tengok berita di tv.
hujan tu disebabkan usaha pembenihan awan.
oh...patutlah.
tapi sepanjang hari ahad hujan turun.
sekejap lebat, sekejap renyai.
alhamdulillah...
sebenarnya,
kita diberikan kemarau dan jerebu
agar lebih menghargai hujan...
apa aksesori lelaki yek?
Mar 14, 2014
lepas lunch semalam, aku 'diserkap jarang' oleh seorang perempuan dan seorang lelaki muda.
mereka memperkenalkan diri sebagai reporter untuk sebuah program tv.
aku ingatkan mereka nak tanyakan pasal misteri MH370 yg masih hilang tu.
rupa-rupanya tidak.
entah kenapalah dalam ramai orang tu, aku pulak yg diserkap.
aku ditanyakan pasal aksesori lelaki.
urgh....topik menarik gak.
tak pernah pun terfikir.
setahu aku orang perempuan je pakai aksesori.
sampai bulu mata palsu pun kira aksesori pada mereka...hahaha
atau yg lelaki pun, mungkin golongan artis la.
atau remaja yg kemaruk berfesyen.
sekarang ada yg kata lelaki metroseksual, lelaki metropolitan yg 'celik' fesyen.
orang lelaki macam aku, yg biasa-biasa, kerja pejabat pulak tu, mana lah ada beraksesori bagai.
pada pendapat aku, kalau adapun.
mungkin yang suka pakai topi atau cap.
atau spek hitam.
jam tangan pun boleh kira aksesori jugak kan.
itu ajelah yg aku boleh jawab pun.
interbiu tu tak sampai 5 minit.
**********
dulu jam tangan penting.
sekarang ni tak berapa sangat lah, sebab masing-masing dah ada henfon.
jam tangan ni kira aksesori aje la. tak pakai pun takpe.
kalau pakai ada gaya sikit la.
mungkin sebab tu, kalau jam mati atau habis bateri pun kita tak perasan.
atau, kata dalam hati, kalau ada masa nanti singgahlah kedai jam tukar bateri.
trend masa kini, jam tangan yg dipakai untuk bergaya.
lagi mahal, lagilah bergaya kononnya.
jam tangan yg aku pakai sekarang, wifey yg hadiahkan.
itupun dah seminggu, 'mati'. sebab bateri dah kong.
...tapi aku masih pakai jugak.
sebab kalau tak pakai, rasa semacam...
rupa-rupanya aksesori tu penting jugak untuk lelaki ...hehehe
pengajaran dari kisah troli dan sandal . . .
Mar 11, 2014
aku memang respek la kat kaum hawa.
itu termasuklah wife aku.
sebab diorang ni sangat teliti (cerewet?) dalam kebanyakan hal.
khamis hingga ahad wifey akan ke Jakarta.
atas urusan kerja la.
tapi biasanya boss wifey sangat prihatin.
dia akan bagi ruang untuk 'sambil menyelam minum air'.
maknanya selepas urusan kerja dibereskan, wifey dan teamnya bolehlah berholiday sekali harung.
ada cuti extra dan duit poket diberikan.
jadi, apa kena-mengenanya dengan wifey ke jakarta dengan respek pasal ketelitian kaum hawa tu?
ok, aku pusing balik.
**********
malam tadi kita orang keluar nak beli barang dapur dan barang keperluan lain.
oleh sebab waktu sebelah malam yg suntuk.
wifey dah sediakan satu list yg panjang, barangan apa yg kena beli.
selalunya kita orang akan beli barang sama-sama.
dan biasanya aku tolong tolak troli dan bayar aje.
(syhhh, kengkadang wifey yg bayarkan...hehe)
tapi kali ni dia bagi aku list.
aku, erol dan eril kena beli barang kat super market.
wifey dan erin nak ke kedai kasut.
nak beli sandal, katanya.
senang nanti nak ronda-ronda bandar Jakarta, takkan nak berkasut tumit tinggi.
jenuh nanti....
jadi kami pun berpecah.
selepas punggah barang satu troli ikut list yg diberi.
dekat sejam jugak la kami kat dalam tu.
kami pun bayar di kaunter, dan akan jumpa di lokasi yang dijanjikan.
tunggu punya tunggu, wifey dan erin tak muncul juga.
kami pun susul ke kedai kasut.
dan mereka masih belum beli walau sepasang sandal pun....
kesimpulannya.
ya, kaum hawa memang teliti....amat teliti !
hahahaha...
kalau takde yang pahit, takkan ada yang manisnya . . .
Mar 7, 2014
kalau nak berniaga takkan terus nak harap untung je.
kena ada ilmu perniagaan, kena ada strategi.
jangan harapkan untung nasib je.
umpamanya, kalau orang jual pisng goreng tu nampak laku.
maka aku pun nak jual pisang goreng jugak.
kalau nak lulus periksa dengan cemerlang, perlulah rajin belajar.
tanya pada yg lebih tahu apa yang kita tak tahu.
banyakkan mentelaah atau ulang kaji.
orang kita sekarang lebih suka dengan cerita kejayaan.
kalau boleh lagi cepat, lagi bagus!
macam mana nak cepat kaya.
modal rm100 boleh untung juta-juta
macam mana nak cepat kurus.
makan pil sebiji sehari je, yang gedempol pun boleh jadi langsing dalam sebulan dua..
macam mana nak dapat wajah putih mulus dan cantik.
pakai bedak atau krim ajaib dah boleh cantik macam lisa surihani atau maya karin.
macam mana nak jadi sihat sepanjang masa.
minum kopi campuran 14 herba akan elak segala penyakit.
benda yang susah nak buat diorang tak nak dengar.
mana ada kejayaan datang bergolek.
kalau nak kurus kenalah kontrol apa yang kita makan.
bukannya diet tu maknanya tak boleh makan. bukan berlapar.
kenalah juga rajin bersenam.
jogging ke, pergi gym ke.
bukan duduk rumah menghadap tv atau main internet.
kalau tak, takkan lah ada bidalan dulu-dulu
"berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian".
orang dulu dah tahu dah segala formula.
cuma orang sekarang je yang nak segalanya mudah
segalanya segera, instant dan automatik...!
jangan nak kondem je, kesian tuan rumah . . .
Mar 5, 2014
kalau kita pergi ke satu-satu majlis.
tak kiralah majlis kenduri kahwin ke, majlis makan malam ke, atau apa saja lah.
cubalah tengok yg positif saja.
benda-benda yg negatif tu cuba kita 'serap'.
cacat cela mungkin ada, tapi abaikanlah dan anggaplah ia remeh-temeh saja
biasanya komen kita sebagai juri tak bertauliah ni, subjektif sifatnya.
pandangan kita lain, pandangan orang lain pulak berbeza.
kita makan, dan kita rasa tekak kita tak sedap.
tak sedap pada kita, mungkin sedap bagi orang lain. begitu la sebaliknya.
rasa pedas, masin dan manis makanan tak sama parasnya bagi setiap orang.
kalau ada persembahan, kita mungkin tak minat penyanyi yg datang.
tapi ramai yg lain adalah peminat sejati
sebenarnya, sebagai tuan rumah.
sudah pastilah yang menganjur majlis akan buat sebaik mungkin.
untuk meraikan tetamu agar tidak timbul ketidakpuasan hati.
kengkadang berhabis duit menyiapkannya.
itu tak kira lagi korban masa dan tenaga.
tak ada tuan rumah yg nak buat majlis, cincai boncai.
kalau boleh nak buat majlis yg sempurna.
biar tetamu yg datang selesa dan diberikan layanan terbaik.
********
ini bukan apa.
semalam ofis kami jadi tuan rumah satu mesyuarat penting.
yg datang pun orang penting-penting.
pasal mesyuarat tu ok je, berjalan lancar.
cuma part jamuan ringan dan lunch tak berapa puas hati.
aku rasa mihun goreng tu macam tawar je.
kuih seri mukanya manis sangat.
dan pulut udangnya macam tak cukup inti.
tapi staf lain kata ok je.
oleh sebab ahli mesyuarat semua melayu. jadi kita order masakan melayu.
sambal udang masa lunch tu, boss kata pedas sangat.
aku rasa tak pedas pun.
gulai nanas ikan masin tu macam tak luak je. tak sedap kot.
tapi aku kaut yg itu paling banyak. dan ada tetamu yg puji yg tu sedap.
yang pastinya ikan bakar tu dengan kuah asam tu best.
sebab licin tak tinggal sisa, walaupun aku ingat sebelum tu macam terlebih banyak.
harap-harap tetamu yang datang tu, ambik yg positif je.
walaupun ada yg tak berapa berkenan di hati atau selera mereka.
kita sebagai tuan rumah, pun perlu fikir positif jugak.
tak payah la nak fikir apa orang nak komplen di belakang kita, kan?
rafael nadal dalam pembikinan . . .
Mar 3, 2014
dah beli raket sebulan lebih dah.
tapi tak guna. belum dapat menghayun secara rasmi.
erol cakap latihan belum start lagi.
takde cikgu nak ngajar main.
habis tu kenapa suruh daftar sukan tenis kalau takde cikgu yang nak jadi coach?
bila nak start? dah masuk bulan mac ni kan.
lebih baik daftar sukan main guli je, atau batu serembang, tak payah coach kan...!
takpelah kita sewa je court.
ajak 2-3 orang kawan main hujung minggu.
nak harap cikgu...macam tak jalan je.
nanti berkarat pulak raket tu. bukannya murah der...!
ok lah. first time turun padang.
walaupun bola asyik keluar court, dan banyak pukul angin je.
mungkin 2-3 bulan lagi boleh lah jadi Rafael Nadal...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)