mereka juga sebahagian kita
Jun 5, 2014
aku pernah terserempak dengan orang yg aku kenal dekat sebuah bank.
seorang perempuan yang juga seorang oku.
aku rasa lebih baik kita panggil orang istimewa.
sebab mereka juga manusia.
cuma kurang bernasib baik tidak dilahirkan sempurna sifat.
sedangkan manusia yg sempurna sifat pun, tak tahu bersyukur dengan kesempurnaan yang dianugerahkan padanya.
terkial-kial dia turun dari kereta.
dibantu oleh seseorang, mungkin kawannya atau sedaranya.
kami pun bertegur sapa dan bertanya khabar.
dia mengeluh dan merungut.
walaupun sesetengah urusan bank boleh dibuat secara online atau internet.
ada urusan lain memerlukan pelanggan ke bank.
mereka tak tahupun atau tak ambil kira pun yg mereka tu oku atau tak.
masalahnya kebanyakan premis bank, tak mesra pengguna oku.
bank yg dia pergi tu bertangga.
mungkin bagi kita itu perkara kecil, tapi bagi mereka tangga tu halngan yg sukar.
selepas turun dari kerusi roda, dia bertongkat pula.
susah payahnya dia,
aku sanjung semangatnya yg kuat.
*******
2 hari lepas, seorang pelanggan kami datang.
dia juga insan istimewa. berkerusi roda.
seorang pensyarah sebuah universiti di penang.
"saya dah ada kat parking ofis awak ni...." dia menelefon aku.
aku cakap tunggu saja di situ.
kejap lagi aku datang.
aku sedar, bangunan kompeni aku ni 'sedikit' mesra oku. tak sepenuhnya.
tapi kengkadang, ada orang tak bertanggungjawab yg block laluan mereka.
dia lebih selesa berurusan dengan aku.
segala urusan jual beli. aku uruskan.
dia tak perlu turun pun dari kereta.
dia pulak yg rasa serba salah.
melihat aku ulang alik dari tempat parking ke ofis.
servis dah macam 'drive-tru' mekdi.
pesan, bayar dan ambik, tanpa perlu turun dari kereta.
walaupun ada urusan beberapa hari di KL tapi dia menginap di sebuah hotel di shah alam.
kenapa pilih yg jauh sedangkan berlambak hotel di KL?
katanya itu hotel feveret dia sebab mesra oku.
stafnya pun mesra dan kenal dia sebagai pelanggan tetap.
dia sanggup menginap jauh sikit asalkan selesa.
insan istimewa ini memandu sendiri.
dari penang ke KL dan ulang alik berurusan di antara KL dengan shah alam
dengan kereta yg sudah diubahsuai.
jangan terkejut, kalau aku katakan ianya sebuah kereta sport mewah!
memang respek dan tabik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
aku pantang betul kalau ada org parking petak oku. lps tu buat bodoh je...!
petak oku hanya utk driver oku
bukan yang penumpang oku
kalau tak silap aku lah
ni bawak orang peknen pun park kat kotak oku, adoi
Post a Comment