ustad, den tunggu ekau datang . . .

Jun 24, 2014


pendekatan menyampaikan ilmu agama berbeza-beza.
masa aku di asrama dulu, ustad zul, agak keras.
tak turun berjemaah solat maghrib, kena denda.
tak ikut baca yasin ramai-ramai malam jumaat, kena rotan.
tazkirah atau ceramahnya selalu bertemakan yg serius.
soal azab kubur, pasal hukum orang berdosa, pasal kiamat.
yang berat-berat, yang menakutkan.
nada suaranya, agak tegas.

itu cara dia.
tapi, dalam menyampaikan ilmu ada banyak cara.
mungkin sebab budak asrama ni agak nakal.
kenalah pendekatan yg agak keras sikit.

kemudian, ustad zul pindah ke sekolah lain.
bukan lagi warden.
sebab biasanya salah seorang warden ialah seorang ustad.

ustad megat menggantikan ustad zul.
walaupun ustad megat masih 'mengacau' tidur kami supaya bangun solat subuh.
kami masih perlu turun berjemaah untuk solat maghrib.
tetap kena baca surah yasin ramai-ramai pada malam jumaat.

tapi, kami buat semua tu dengan rela hati.
bukan paksaan atau sebab takut didenda atau dirotan

ustad megat lebih lembut pendekatannya.
tazkirah atau ceramahnya agak santai.
temanya tidaklah berat, menepati jiwa budak sekolah macam kami
penyampaiannya disulami jenaka.
nada suaranya lembut.

aku tak kata cara ustad zul, salah atau tak betul.
aku tidak juga mengatakan cara ustad megat adalah terbaik.

kita pun begitu juga dalam hal mendidik anak.
ada kala kita jadi lembut macam mentega.
buat mereka macam kawan-kawan sebaya.
ada waktu yg lain kita kena keras dan tegas.

malam esok,
ada ceramah agama sempena kita nak sambut ramadhan.
penceramahnya, ustaz kazim elias.
ustad kazim mengingatkan aku pada ustad megat.

kepada warga nilai dan sekitarnya.
silalah datang beramai-ramai jika ada kesempatan.






2 refleksi:

rahimin said...


bukan warga nilai pun nk dtg ni...boleh tak

zana-norzana said...

Insya Allah..