1436 - apa makna hijrah kita?

Oct 27, 2014


yg kita tahu, sambut maal hijrah tu cuti.
bila cuti boleh la bangun lambat sikit.

dalam wassap & fb diorang sebarkan doa penutup tahun dan awal tahun.
kita pun gigih la baca.
tapi kena ingat jugak...
tak cukup dengan doa je, kalau amalan pun tak cukup.

takde pulak yg sibuk-sibuk tanya azam tahun baru kali ni apa.
eh...orang tak sebut azam dah.
nijam orang sebut apa resolusi anda...

sebab dah terbiasa sangat dengan tahun masihi, tahun hijrah pun tak ingat.
itu belum suruh lagi sebut bulan hijrah ikut kronologi.
gerenti ramai yg tunggang terbalik!

aku pasang satu azam.
nak utamakan penjagaan kesihatan.
usia pun dah makin meningkat.
makan kena jaga, senaman pun kena buat.

pagi sabtu tu aku ke tasik dekat rumah.
nak turun ke trek joging.
tanam azam nak senaman lebih konsisten.
pagi tu, joging 5 pusingan. semangat betul!
fuh... badan rasa segar.
peluh 'mencieh-cieh' kata orang nismilan.

********

semasa memandu balik lepas joging.
ternampak gerai nasi lemak tepi jalan.
tiba-tiba perut rasa lapar.
singgah beli dan tapau nasi lemak sambal sotong!

sia-sia je pusing tasik 5 round tadi...! isk isk

1 refleksi:

Irfa said...

beberapa mggu lepas joging ngan anak bujang kat tasek tu, balik beli nasi dagang n nasi kerabu sblh seven-11
haha