apa punya kalut daaa. . .

Nov 21, 2014


ada urusan sekolah anak.
disebabkan diorang bersekolah petang.
terpaksalah ambik cuti half day.
gila la nak ambik time off.
KL dengan nilai bukannya dekat.

walaupun ambik half day.
tapi cuma dapat keluar ofis jam 2 lebih.
biasalah, time kita ada hal, adalah jugak kerja yang urgent kena disetelkan.

sampai di sekolah dah dekat 3.30
sampai di gate, pak guard tanya, 'nak gi mana.'
ada urusan kat pejabat, aku bagitau.

semasa melangkah dari gate menuju ke pejabat sekolah.
aku ada rasa lain macam sikit.
tak tau pulak, apa yg lain macamnya.
pada masa sama jugak loceng berbunyi.
dah masuk waktu rehat

budak-budak tetaplah budak-budak.
berlari turun tangga.
ada yg ke kantin.
ada yg ke tanah lapang, nak main.
berselisih dengan aku. nyaris dilanggarnya.

aku rasa ada yg tak kena pulak.
kenapa budak-budak ni nampak kecik-kecik aje.
sampai je depan pintu masuk pejabat sekolah.
ada papan tanda bertulis...

"SEKOLAH KEBANGSAAN. . . . . . ."

laaaa...
aku dah buat silap besar la.
aku nak berurusan di sekolah menengah.
urusan sekolah erol.
erol dah tingkatan satu la, bukan sekolah rendah lagi

lagipun jarak di antara sekolah menengah  dengan sekolah rendah bersebelahan aje.
dipisahkan oleh pagar dan padang je.
itu yg buat aku tersasul dan terlajak masuk tu.
aishhh....!

*******

semasa melangkah keluar.
pak guard pulak mengada-ngada buat mulut manis....hehehe

'eh...kejap je incik?'

'ya...kejap je..." dan aku pun melangkah lajuuuuu


0 refleksi: