jimi dan goreng pisang coklat cheese

Nov 17, 2014


baru kejap tadi aku dikejutkan oleh satu berita.
dapat wassap daripada grup.
jimi,  kawan aku dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada & sesak nafas.
sekarang ni, doktor tengah buat beberapa test.

berharap benar aku, dia tak menghadapi mudarat.
ada kengkawan yg dah bergegas ke sana.
mereka akan update apa-apa perkembangan.

habis je waktu ofis nanti aku akan menyusul ke sana.
sementara itu, aku berdoa aga takde apa-apa yg buruk berlaku padanya.

********
yg buat aku betul-betul terkejut.
baru petang semalam aku jumpa dan berborak dengan jimi.
dia sihat walafiat saja.

sebenarnya aku ke satu majlis kenduri kahwin.
kebetulan dekat dengan area rumah jimi.
maka aku pun hantar mesej.
dia respons, suruh aku singgah ke rumahnya.
beriya-iya benar suruh aku datang, walaupun perut aku dah sarat.

dia hidangkan goreng pisang coklat cheese yg tengah popular sekarang ni.
kononya trend baru makan goreng pisang. stylo...
kami berborak dan bergelak ketawa.
maklumlah bukan selalu jumpa dan lepak begitu.


goreng pisang bercoklat memang sudah heavy ditambah pulak dengan cheese.
aku tak makan banyak sangat.
sebab perut masih senak makan kenduri tadi.
tambahan pulak aku ni bukan penggemar makanan yg manis.
tapi jimi pulak yg lebih-lebih sebagai tuan rumah.
dia yg makan banyak...!! hehe

aish....aku tak rasa itu penyebabnya...
jimi jatuh sakit.
cuma aku terbayang-bayang wajah jimi yg menahan sakit.
dengan wajah girang jimi bila kami bertemu semalam...

ya tuhan...selamatkanlah kawanku, jimi...

*****
update 18 nov.

alhamdulillah, jimi ok
semalam dah buat test. ecg dan scan ultra sound.
kemudian, ct angio scan.
ya, ada blockage tapi sekitar 10-20%
doktor kata boleh recover dengan medication.
petang ni dah boleh discaj...



1 refleksi:

Irfa said...

MOGA JIMI BAIK2 JE
SEDIH SGT KALAU BERLAKU APA2 SBB KO BARU JE JUMPA DIA