dah kembali kerja.
keluar awal, ingatkan jalan jem hari ni.
rupa-rupanya masih lengang, ramai yg cuti lagi agaknya.
khabarnya jem sepanjang highway kat malaysia ni, sabtu dan ahad.
apo nak buek, cuti CNY pun kira cuti raya lah jugak kan. 1 malaysia katanya...
kita orang memang dah plan nak cuti panjang CNY ni.
nak ke legoland lagi.
kali terakhir pergi tu tak puas. lagipun sekarang dah banyak games baru.
tak sia-sia menabung sejak tahun lepas hihihi.
hari jumaat.
lepas breakfast kedai mamak pagi tu bergerak lah.
tujuannya nak terus ke batu pahat.
ziarah sedara kat sana.
sebelum tu singgah muar dulu. pekena mee rebus muar yg femes tu.
lepas singgah rumah sedara tu dan solat jumaat di masjid dekat rumahnya.
kemudian kami singgah makan pulak di pekan batu pahat.
apalagi kalau bukan nasi briyani gam menjadi sasaran.
gambar makan-makan tak payah la tayang.
nanti ada yang terliur....hahaha
perut dah kenyang.
menghala pulak ke JB.
sebelum tu singgah di JPO dulu.
ada CNY sales yang gila babas diskaunnya.
ramai betul orang kat situ.
terus lajak dulu ke JB.
rancangannya untuk bermalam di puteri pacific hotel.
tengah-tengah bandar JB.
layan budak budak mandi di kolam renang dan ronda shopping complex dekat-dekat situ.
sebelah malamnya pulak, sempatlah ke 'pasar karat'nya yg terkenal happeningnya tu.
memang besar dan meriah ...
pagi esoknya lepas breakfast, bergerak awal menuju ke legoland.
untuk menyempurnakan misi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment