ini kisah kawan aku.
aku kenal dia dah lama sejak di bangku sekolah.
kami rapat. sebab kami dalam study group yg sama.
hubungan sebagai kawan tu kekal hingga hari ni.
walaupun dah berkeluarga, beranak-pinak.
memang jarang sangat berjumpa.
kali terakhir, pada hari raya beberapa tahun dulu. tak ingat.
satu lagi yg membatasi, dia isteri orang. ibu kepada 4 anak yg semuanya perempuan.
tapi kami masih berhubung, sebagai kawan lama.
tak lebih daripada itu.
sesekali wassapnya muncul bertanya khabar.
sesekali aku komen di status fbnya.
pada cuti sekolah yg panjang hari tu.
ya lupa, nak bagitau, dia seorang cikgu.
dia berkongsi cerita gembira.
katanya sedang uruskan pindah ke rumah baru.
dibelinya lot tanah, dibinanya rumah banglo setingkat.
hasil menabung sikit-sikit dia dan suami, katanya.
untuk rehat-rehat lebih selesa bila dah pencen nanti, begitulah rancangnya yg teliti.
dihantarnya gambar rumah itu. ya, cantik.
sebagai kawan, aku tumpang gembira.
semasa nak mengerjakan umrah hari tu.
aku sampaikan hajat tu kepadanya.
dia sudah sampai ke tanah suci lebih dahulu.
mengerjakan haji, 2 tahun dulu.
lalu dibukanya cerita duka.
bahawa dia mohon aku doakan untuknya di tanah suci nanti.
rupa-rupanya dia sedang menderita sakit.
buatan orang katanya. terkena sihir.
sudah banyak tempat dia pergi berubat.
masih belum sembuh sepenuhnya.
setiap kali 'diserang', badannya perit macam terbakar.
kepalanya seperti 'terpusing' ke belakang.
sakitnya usah ceritalah.
aduhai, aku yang mendengarnya pun tak sanggup.
apatah lagi yg menanggungnya.
semua tu berkebetulan, sejak dia berpindah ke rumah baru tu.
alhamdulillah.
aku sampaikan hajatnya dengan berdoa setiap kali ada kesempatan.
sepanjang mengerjakan umrah itu.
sepulang dari sana.
aku hubungi dia bertanya khabar.
khabar gembira.
'serangan' yang dialami semakin jarang.
kalau ada pun taklah seteruk dulu.
mudah-mudahan dia pulih seperti sedia kala
begitulah yang aku harapkan.
dua hari lepas dia hantar wassp.
katanya memang yg teruk-teruk tu dah takde.
tapi sesekali dia masih mengalami bahana sihir tu.
sekarang ni bila 'terkena' saja, mukanya akan bertukar jadi hitam.
kadang-kadang dia sendiri tak perasan.
tengah mengajar, tiba-tiba anak muridanya macam terkejut takut.
ada yang bertempiaran lari.
kawan-kawan cikgunya jugak macam tu.
bila berlaku di sekolah, pengetua akan suruh dia balik.
sudahlah tertekan dengan sihir tu, tekanan di tempat kerja dan perasaan malu juga.
buatkan dia murung dan stres.
aku cuba dapatkan bantuan kengkawan.
yang mana kenal pengamal perubatan tradisional atau rawatan Islam.
dan aku dah bagi alamat mereka kepada kawan aku tu.
aku harap dia tak berhenti berusaha atau berputus asa untuk berubat.
katanya, rata-rata ke manapun dia pergi, mereka mengatakan dia terkena sihir atau buatan orang.
dia berharap terus mahu pulih macam dulu.
kesian pada anak-anak, suami dan sedara mara.
mereka juga menanggung apa yang dia tanggung.
ada kemungkinan orang marah atau dengki padanya cuba menganiaya.
yang terbaru, ada dukun yg mengatakan mungkin tapak rumah baru dia tu 'keras'
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 refleksi:
kesiannya.. harap jumpa org yg pandai ubat dia.kwsan mana umah dia tu?
Post a Comment