- nak kirim apa yek? -
Mar 11, 2013
bulan lepas usu ada bagi jubah lelaki.
beli masa dia buat umrah.
sebenarnya aku dah ada dah beberapa helai jubah yg orang bagi.
tapi satu pun tak kena saiz aku.
kali ni baru lah ngam-ngam.
nampak gayanya kena pakai lah.
takde alasan sebab tak muat atau besor gedobos....he he he
2 minggu lepas, dapat upah daripada anjang.
sebab tolong jemput dia kat airport.
dapatlah t-shirt, tulis 'phuket', besor-besor.
cantik.
tapi saiznya tak ngam.
mungkin anjang ingat adiknya ni tak besor-besor macam dulu....hahaha.
malam tadi, abang ngah sms dari australia.
amboi, lama sungguh makan angin kat sana
dekat 2 minggu melayan cucu kat ostolia.
al maklumlah anak menantu tanggung beres...
dia sms tanya kat aku apa nak kirim.
aish.....apa yg spesel kat sana yek?
puas gak aku memikirnya...
last-last, aku balas sms...
"bawak balik kanggaru sekor ye..."
he he he
- perkara yg boleh buat kita jadi tak jujur -
Mar 8, 2013
sementara menunggu erol dan erin balik kelas tuisyen, aku lepak kedai mamak.
pekena teh tarik.
biasanya aku datang ngam-ngam ikut time diorang balik.
tapi malam tadi aku sengaja datang awal sikit sebab nak ke farmasi.
beli ubat untuk eril yg kulitnya kena gatal-gatal.
aku sengaja duduk kat meja luar.
kaki lima kedai. open air.
lagipun kat dalam, boleh tahan jugak ramai pelanggan.
ada satu couple baru keluar dari kedai menuju ke tempat parkir.
sambil menghirup teh tarik, aku perhatikan saja gelagat mereka.
mereka asyik berbual.
banyak sangat yg nak dibualkan...maklumlah segalanya tengah manis :)
tiba-tiba masa nak undurkan kereta.
mamat tu terlebih reverse.
terlanggar van di belakangnya.
boleh tahan kuatnya.
kalau tak, takkanlah hampir semua pelanggan kedai mamak dengar dentuman tu.
semua mata tertumpu keluar.
seorang daripada mereka, aku rasa tuan punya van, bergegas keluar.
"hoi.....!"jeritnya.
mamat tu mungkin panik.
terus pecut kereta, cabut lari dari tempat tu.
tuan punya van hanya dapat memaki hamun.
sambil membelek vannya yang kemek.
aku pasti, tentu mamat tu takkan datang lagi kedai mamak ni dengan couplenya.
********
aku cuba bayangkan...
aku berada di tempat parking, kompleks beli belah.
waktu nak balik, terlebih reverse waktu nak keluar.
lalu terlanggar kereta kat belakang
pecah lampu kereta tu.
takde siapa pun yg nampak kejadian.
adakah aku akan tunggu di situ, nak jumpa tuan punya kereta.
bagitau kat dia,
"sorry incik, saya terlanggar tadi...!"
atau tulis nota dengan no henfon untuk dihubungi.
"sila hubungi nombor ini 01XXXXXX untuk ganti rugi"
atau report pada sekuriti tempat parking.
dan mengaku kita dah langgar kereta tu.
nak buat ke tidak?
bersikap jujur ke tidak?
atau ikut cara mamat dalam cerita di atas.....caboooooooottt!
- elak kiri kena, elak kanan pun kena -
Mar 7, 2013
hari tu ada perjumpaan pihak sekolah dengan ibu bapa.
target sekolah tahun ni, 70 murid dapat 5A, kata pengetua.
dengan syarat 'semua pihak' kena beri kerjasama tambahnya lagi.
ini termasuk perlunya ibu bapa 'menyumbang' dana untuk kelas tambahan.
setiap 'kepala' dikehendaki bayar rm250.
hmmmm....rate yg sama macam tahun lepas.
tapi bayaran boleh dibuat secara ansuran, supaya tak membebankan (!)
tapi ni untuk kelas tambahan.
untuk yuran sekolah, kira lain.
ok lah. hujang bulan nanti bayar separuh.
lepas tu lagi separuh. setel.
demi anak-anak...
********
petang semalam eril hulur satu surat.
surat tawaran menjadi pengawas, rupanya.
tapi surat tu mintak keizinan mak bapak terlebih dulu.
abis tu, takkan aku nak kata 'papa tak izinkan' pada eril.
merajuk pulak budak tu nanti.
tapi, bila dah jadi pengawas sendiri mau ingat lah.
uniform kena tukar.
bukan pakai kemeja putih, seluar hijau lagi.
uniform pengawas ada warna, jadi kena beli lain.
kasut pun kena tukar kaler hitam.
uniform yg ada, baru pakai 2 bulan lebih. aishh....
yg tu, kos ditanggung oleh mak bapak.
sebab tulah pihak sekolah hantar surat minta izin.
fuh...memang berpandangan jauh betul cikgu-cikgu sekolah ni.
ok lah. hujung bulan nanti beli uniform pengawas.
demi anak-anak...
he he he he
makin gugurlah rambut aku...
- separuh hatinya di sana -
Mar 5, 2013
"pergilah ikut turn. 2 orang sekali..." kata incik ajis pada stafnya.
masa tu aku baru sampai.
pagi tadi kami ada projek di studionya.
kami dah lama kenal.
dah banyak kali kami bekerja dalam satu projek.
incik ajis seorang yg peramah. suka berjenaka.
seorang yg periang.
tapi tidak pagi ni.
dia agak diam dan sedikit serius.
tak pulak aku tanyakan mengapa.
suasana studio tu jugak agak senyap sunyi.
tak macam biasa, ceria je.
mungkin ada problem kot...
tapi kerja kena jalan macam biasa.
*******
masa berlalu.
sedang kami tekun menyiapkan kerja.
seorang staf incik ajis masuk.
dia berbisik sesuatu kepada incik ajis.
"tak pe...macam ni. korang semua pergi dulu...tinggal seorang staf aje assist saya kat sini.
nanti saya datang kemudian..."
kata incik ajis memberikan arahan pada stafnya tu.
aku dan kawan sekerja, adi, saling berpandangan.
cuba meneka-neka apa yg sedang berlaku.
mungkin menyedari kami yg agak terpinga-pinga.
incik ajis menjelaskan apa sebenarnya yg sedang menyelubungi studio tu.
"sorang daripada staf kami sekarang ni, tengah kritikal kat hospital.
tadi staf saya tu bagitau, yg doktor maklumkan dah takde harapan...
alat bantu pernafasan pun dah nak dicabut.
itu yg saya suruh diorang pergi ziarah..." katanya dalam nada sebak.
"kalau macam tu, kita stop dulu lah kerja ni.
nanti sambung kemudian..." aku rasa serba salah.
"takpe. kita siapkan kerja ni dulu. sikit lagi.
saya dah janji nak setelkan hari ni..." incik ajis bertegas.
kami pun cuba siapkan kerja secepat yg boleh.
supaya incik ajis dapat cepat pergi ke hospital.
- mengapa ada derita, bila bahagia tercipta. . . -
Mar 4, 2013
kita tak pernah tahu apa yg menjadi punca sebenar.
kerna biasanya, kedua-dua pihak akan saling menyalahkan.
saling percaya apa yg mereka buat itu betul.
akhirnya, bila perpisahan menjadi nyata.
masing-masing terpaksa menerima hakikat.
membawa haluan masing-masing.
tetap akan ada kekesalan di hati, tak dapat tidak.
malahan akan kekal kenangan berdua itu hingga ke akhir hayat.
meski benci sekalipun, pasti ada sekelumit kemanisannya.
ini cerita kawanku, K.
dah lama aku tak jumpa dia.
terkadang itulah kekesalan yg melintas.
batas waktu dan komitmen sendiri menjadi penghalang.
dengan izin-Nya tengah hari itu, kami diketemukan jugak.
aku sedang melangkah ke bank, bila disapanya.
lalu dipeluknya aku, di tengah orang ramai lalu lalang.
tak ada rasa segan.
dua kawan lama bila berjumpa, orang lain pedulikan sajalah.
urusan bank, tangguh sajalah dulu.
berjumpa kawan lama lebih penting, bukan selalu.
manalah tahu entah bila lagi, manalah tahu tak jumpa lagi.
kami berbual rancak.
dari satu cerita ke satu cerita.
dari satu topik ke satu topik.
hinggalah K tunduk hiba, bila aku tanyakan pasal anak-anaknya.
"aku dah jual rumah aku. 2 bulan dah...duk menyewa sekarang..." kata K
"laaa...apasal pulak. sayang lah. sekarang harga rumah mahal. nak beli kena fikir banyak kali..." kata ku menyedarkannya akan realiti waktu ini.
"aku tak boleh tahan lah. pergi dapur...terbayang. duduk kat hall terbayang...nak tidur terkenang. terutama anak aku yg kecik tu..." keluh K.
K sudah bercerai dengan isterinya.
dia ada 2 orang anak. masih kecil.
anak-anak sekecil itu pastinya tidak tahu apa-apa.
merekalah yg paling terkesan bila semua itu terjadi.
aku tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.
mahligai yg dibina, runtuh di pertengahan.
dalam meniti bahagia, tiba-tiba derita mendatang. badai melanda.
mungkin selalu kita dengar dari sudut pandang para isteri.
sesekali wajar jugak kita tahu apa pula di benak sang suami.
lelaki jugak punya hati, kerana mereka juga insan biasa.
bukan untuk mencari salah silap.
menghukum siapa benar siapa salah.
itu tak penting lagi...
semua yg berlaku sudah tidak boleh diundur semula.
yg pastinya, bukan saja sebelah pihak yg terkesan.
ada getar pada suara K bila membicarakan hal dirinya.
pasal rumah tangganya yg tak sampai ke hujung nyawa.
kisah kerinduan pada anak-anaknya.
"aku sekarang isi masa dengan main basikal...
bonus hari tu aku habiskan untuk basikal saja" kata K tentang hobi barunya.
pastinya hobi itu untuk mengisi kesunyian.
menutup kerinduan pada anaknya.
cuba memadam kenangan bersama orang yang pernah berkongsi kasihnya.
menghilangkan rasa sedih mengharungi hari-harinya dalam keseorangan.
- penangan nasi lemak sambal sotong -
Mar 1, 2013
pagi tadi aku ada meeting di serdang.
last minute, petang semalam boss mintak wakilkan.
katanya "you tak payah masuk ofis pun takpe esok..."
tapi aku kena datang jugak ofis.
sebab dah ada appointment yg aku set sejak minggu lepas. sebelah petangnya.
mesyuarat pukul 9. tapi aku sampai 10 minit awal.
takde seorang pun lagi ahli mesyuarat yg sampai.
kecuali pihak penganjur.
mungkin jem kot, kata mereka.
setahu aku yg jem arah masuk KL.
arah keluar KL, clear je.
lagipun dari KL ke serdang, lebih dekat dari nilai ke serdang.
tunggu punya tunggu, dah 9:15
baru 2 orang yg sampai.
walaupun yg lain tu dah sahkan nak datang.
mungkin sebab diorang tengok aku dah mula gelisah.
lalu pengerusi cadangkan
"kita minum dulu..."
memandangkan katering dah sampai.
mujur jugak nasi lemak berlaukkan sambal sotongnya benar-benar mengancam.
kuih seri mukanya pulak, lembut dan manis.
tak kurang nescafe tariknya yg sodap.
tambah pulak pagi tadi, aku tak sempat makan apa-apa.
lagipun memang dah tau kan, kalau ada meeting mesti ada makan-makan.
standard la...
tengah kami makan, 3 orang lagi sampai.
aku dah tak kesah dah berapa orang nak sampai.
atau bila meeting nak start.
atau kenselkan meeting terus pun takpe.
sebab nasi lomak sambal sotong yg sodap punya pasal...
siap bertambah lagi.
lagipun aku rasa katering tu bajet untuk 20 orang.
yg ada cuma 10 orang.
tak baik membazir kan.
hehehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)





