- sindrom lepas raya . . . -
Aug 20, 2013
agrh... ini tak patut.
memang tak patut...
entah kenapa semasa driving nak ke tempat kerja pagi ni rasa lapar sesangat.
itu yg heran, bukan mengantuk walaupun tidur lewat, tapi lapooor...!
walhal malam tadi, makan heavy lah jugak.
wifey masakkan ikan goreng, daging masak merah, ikan masin siap dengan asam limau, pipis bawang+ lada dan telur dadar.
dan nasi 2 pinggan jugak la.
selalunya, pepagi aku ambik breakfast cereal je.
sementara keluar makan tengah hari.
kalau lapar, aku keluar breakfast dalam pukul 9:30-10.00 kat kafe.
tapi pagi ni, lain macam sangat laparnya.
macam tak makan beberapa hari.
ini bukan main punya lapar.
dah tahap tangan yg pegang stereng kereta pun dah gigil-gigil!!
uh...melampau sangat ni.
dah dekat simpang masuk ofis, aku terus melencong ke kedai makan.
lagipun aku rasa pagi ni sampai awal sikit.
order roti tampal dan teh tarik kurang manis...
lepas makan masih terkulat-kulat.
pekena pulak nasi lemak bungkus.
huh...tak patut.
memang tak patut.
inilah agaknya sindrom lepas puasa dan raya.
bila nak start balik exercise dan brisk walking ni?
asyik blog walking je...hahaha
- terima kasih, lenkali datang lagi ya... -
Aug 19, 2013
"bila kau nak buat makan-makan, kita orang nak datang..." kata achik.
hampir senada je dengan atih, anjang dan andak. tanyakan hal yg sama.
ke diorang dah pakat? dan aku tak tahu...he he he.
eh, ini dah terbalik kot. tetamu yg request nak datang.
maka, hari sabtu lepas, aku aturkan open house kecil-kecilan.
terlanjur dah buat untuk adik-beradik dan sedara mara, baik jemput sekali jiran-jiran dekat rumah.
sekali buat, sekali je penat, kata orang.
sebenarnya kalau buat majlis makan-makan ni, rasa lebih puas kalau semuanya dimasak sendiri.
ya, memang boleh guna pakai katering.....bukannya tak mampu atau kedekut.
tapi lebih afdal dan seronok dapat jamu tetamu yg datang dengan masakan air tangan sendiri.
walaupun, 'tenaga kerja' nya dua orang aje.
oleh sebab tahun lepas menu nasi dagang special recipe mendapat sambutan dan pujian melambung, maka tahun ini ianya dikekalkan.
ditambah dengan menu lontong (ini aku yg request, siap merajuk lagi kalau wifey tak nak buat...hahaha), rendang daging negori style, nasi himpit, kuah kacang, cheese cake dan kuih serta buah lain.
untuk kanak-kanak (yg selalu kita lupa...menu mereka ringan je sdgkan kita yg heavy dan pedas-pedas)) ada goreng drummet ayam, nuget dan french fries serta gula-gula cokelat dan kacang.
jemputan dibuka mulai 2 petang.
pukul 2 tepat, anak buah aku, aji dan mimah dah ada di muka pintu.
tetamu pertama untuk hari tu.
mereka datang dari shah alam.
kalau ikutkan patutnya dihadkan waktu.
iyalah, open house PM najib pun antara 10pagi - 4ptg kan.
tapi tak sampai hati kepada yang datang lewat. atau ada hal lain.
selagi stok makanan masih ada, kita jamu sajalah.
lagipun memang sengaja bajet masak lebih.
tak sempat nak bergambar. lagipun, memang tak menang tangan.
kalau ada gambar pun, guna kamera atau henfon diorang.
atih dan kak lang, awal-awal dah booking nak buka puasa (puasa 6) kat rumah aku.
'tolong simpan untuk kita orang', pesan mereka.
usu n famili sebenarnya ke majlis kahwin di Ipoh petang tu tapi tetap nak datang jugak walaupun dah malam.
tetamu terakhir yg balik ialah abg kamar n family, sepupu aku dari dengkil.
jam 11.30 malam....!
mereka datang bukan semata-mata nak makan.
bukan selalu dapat jumpa kan...berkumpul, bertanya khabar, borak-borak.
inilah masanya yang dapat diluangkan.
bukan aje makanan yg kita hidang sebabkan mereka berhajat nak datang setiap kali dijemput tetapi layanan juga kenalah sehabis baik.
seronok dan puas hati dapat layan tetamu yg datang.
makan makanan yg kita masak.
hilang rasa penat...
hinggalah esoknya baru terasa sengal-sengal satu badan.
ditambah pulak pinggan mangkuk yg berlonggok nak dicuci....hehehe
- entri raya yang tertunggak --
Aug 15, 2013
giliran raya kali ni jatuh di Pahang, kampung wifey.
tahun ni jugak turn wifey kena cuti sebelum raya. untuk cover kengkawan sekerja yg ambik turn cuti lepas raya.
hari ahad tu (4 hari sebelum raya) kita orang dah sampai kampung dah.
kiranya, cuti menyambut puasa lebih panjang daripada cuti raya.
sebab ikut 'perjanjian' raya kedua dah kena balik ke kampung pihak yg satu lagi.
kenalah adil dan saksama kan...
1 syawal
raya pertama macam biasa, pagi-pagi ke masjid dulu untuk solat aidilfitri.
siap dengan baju melayu raya, bersampin, bersongkok, baju warna sedondon.
kemudian ikut tradisi, bermaaf-maafan dengan sanak sedara.
kat sini, menu utamanya ialah nasi dagang.
berbanding dekat kampung di nilai, ketupat dan lemang.
tapi sini pun sebenarnya ada ketupat & rendang, cuma sebagai side dish aje la.
![]() |
| nasi dagang bertambah sedap kalau dimakan dgn memakai baju raya...keh keh |
sebab tak henti-henti orang datang beraya ke rumah mentua aku.
bila line clear je, kita orang pun kunci rumah dan bergerak secara konvoi 7 buah kereta.
destinasi pertama, tentunya ke pusara arwah pak mentua aku.
kemudian ke rumah sedara-mara.
dari satu rumah ke satu rumah, hinggalah ke maghrib.
2 syawal
esoknya sebahagian keluarga besar dah mula bergerak balik ikut turn jugak.
ada yg ke muar, ke melaka, ke ipoh, ke rawang dan ke nilai...he he he.
akan diambil alih oleh kumpulan famili dan adik beradik yg lain pulak.
aku bergerak lepas solat jumaat.
jalan tak berapa jem sangat sebab aku ikut jalan kampung terus lalu muadzam shah- serting -kuala pilah - seremban - nilai.
sampai di nilai dah petang. singgah menziarah ke pusara arwah mak dan abah dulu.
kemudian ke rumah kak lang.
memang jadi idaman aku ialah rendang daging dimasak kak lang yg guna resepi tradisi arwah mak.
kemudian kita orang join kak lang, atih dan anjang beraya ke rumah andak.
menu spesel rumah andak yg selalunya kita orang request ialah ayam kampung masak lomak cili api.
ayam kampung memang dibela sendiri oleh andak.
fuh memang original la...
disebabkan keletihan dan kekenyangan, malam tu semuanya tidur awal, dan pengsan sampai esoknya.
![]() |
| masakan ayam kampung spesel di rumah andak |
3 syawal
sekarang ni majlis kenduri kahwin dah tak ikut musim cuti sekolah.
dekat nak masuk bulan puasa hari tu pun ada kenduri.
hari raya pun orang buat majlis kenduri jugak.
jadi, kena jugaklah memenuhi jemputan kahwin di salak tinggi.
sedara bau-bau bacang.
![]() |
| sekarang ni majlis kahwin tak ikut musim dah...hari raya pun diorang belasah |
nasi himpit dengan kuah kacang dan laksa pulak menjadi habuan perut.
perut ni, entah macam mana tak penuh-penuh walaupun diisi tak henti-henti...ha ha ha
4 syawal
achik ajak datang beraya ke rumahnya.
pagi-pagi lagi dia dah telefon. "makan tengah hari kat rumah aku je, tak payah masak!" jemputnya.
pucuk dicita ulam mendatang.
nasi tomato dan mee kari jadi umpannya.
![]() |
| ambik kau, penuh meja... |
semasa pagi raya hari tu, dengan bangganya aku tunjuk pada wifey seluar baju melayu aku yg longgar dan terlondeh sikit.
terpaksa ikat tali pinggang, ketat-ketat.
tapi, aku rasa kalau aku pakai semula hari ni, gerenti sendat dah....
Oh my RAYA...!
- last kopek cuti raya -
Aug 12, 2013
cerita pasal raya, simpan dulu la.
sebab panjang sangat ceritanya.
entah berapa episod bersambung-sambung baru boleh habis.
isnin syawal ke-5 masih cuti.
wifey dah start kerja.
nak setelkan beberapa urusan.
bukan senang nak dapat cuti panjang.
bila ada peluang begini, kita gunalah alasan nak cuti raya.
kalau tak de sebab, susah gak nak lulus cuti.
tambah lagi sekarang ni pun cuti sekolah.
mula-mula setelkan buat my kad erol.
dah agak memang ramai orang time begini.
baru naik cuti raya.ofis pun baru buka.
dekat sejam setengah jugak menunggu giliran.
dalam masa 2 minggu lagi siaplah.
kata pegawai yg uruskan tu.
kemudian kita orang pergi makan kat kedai mamak depan JPN.
tak de pilihan kedai lain nak makan.
hampir semua masih tutup lagi.
next, pergi setelkan cukai pintu.
tarikh akhir kena bayar 31 ogos ni.
kalau tertunggak tak bayar, silap-silap rumah kita kena sita.
agak terkejut gak.
takde orang kat majlis perbandaran nilai.
aku ambik nombor giliran je, terus kena panggil.
last sekali singgah kedai dobi.
ambik baju yg dihantar ke kedai, sebelum raya hari tu.
yep, last kopek cuti raya yg mendatangkan hasil.
esok dah start kerja.
kerja yg tertunggak lebih 10 hari, sedang menanti...!
- raya kita tak sama -
Aug 7, 2013
esok kita akan menyambut aidilfitri.
pagi ni terima panggilan telefon, perkhabaran sedih dpd seorang kawan.
nun di batu pahat.
aku jangkakan pada awalnya menerima ucapan selamat menyambut aidilfitri.
spt kengkawan yg lainnya.
rupanya berita menyedihkan pula disampaikan.
ayahnya telah pergi menghadap Illahi.
awal pagi itu.
di saat orang lain bergembira, mereka sekeluarga pastinya berduka.
"raya tahun ni pastinya suram..." antara ungkapannya.
ya, aku faham.
benar-benar faham.
sudah bertahun-tahun aku melaluinya.
raya kita takkan pernah sama tanpa kehadiran ayahanda bonda di aidillfitri.
kepada yg masih punya ayah bonda, hargailah detik bersama mereka.
seboleh mungkin raikanlah hari raya bersama mereka.
- siri bercakap dengan erin . . . 22 -
Aug 1, 2013
"papa, betul ke manusia asalnya dari kera..." tanya erin pada aku dengan muka berkerut.
aku faham maksudnya.
aku pun pernah belajar dulu.
teori evolusi Darwin, yang menyatakan asal-usul manusia berasal dari kera.
sudah namanya pun teori, tidak semestinya betul.
akan muncul teori-teori baru terkemudian yang menyanggahnya.
"siapa cakap?" aku cuba mencari punca.
"cikgu..."
"erin percaya ke...?" aku sengaja menduga.
"takkan la..." jawab erin serius.
"dulu ustazah ada cerita manusia sebenarnya berasal daripada nabi Adam..." ada sinar pada mata erin.
"ya. kita ni orang Islam. dalam Quran ada cerita yang manusia pertama ialah nabi Adam.
kita wajib percaya pada Quran..." aku bagi jelas pada erin.
aku tak mahu, kanak-kanak sekecil erin jadi keliru.
Subscribe to:
Posts (Atom)













