Kenapa semua orang nak jadi cikgu...?

Mar 31, 2010

genap seminggu usia akaun facebook ku hari ni.
bukan jumlah rakan di alam maya yg aku cari. tetapi berapa ramai 'koleksi' kawan lama yg dapat aku pungut.
alhamdulillah, tak sia-sia usaha mencari & menyelamat yg ku jalankan, sejak seminggu ini. ada kawan-kawan yg dah berubah "rupa & bentuk" tapi masih mengenaliku. ada yg sudah 20 tahun tak ketemu, bukan kepalang gembiranya hati. yg penting mereka jugak gembira mendengar khabar berita daripada aku. jadi, maknanya bukanlah aku saja yg tergila-gila untuk ketemu kawan & kenalan lama. dalam tempoh pencarian itu, sepanjang perjalanannya, kalau ada kenalan baru yg ingin berkenal & berkawan, aku persilakan & ku sambut juga.
cuma seperkara yg nak menjadi kekaguman aku & di luar pengetahuan ku selama ini, 5 sahabat lama itu yg paling rapat dulu (semuanya lelaki) merupakan cikgu. ya, cikgu sebagai kerjaya mereka.
malah salah seorang itu pernah aku katakan padanya dulu semasa sama-sama belajar di u, "kalau kau jadi cikgu kat sekolah anak aku besok, aku tukarkan anak aku ke sekolah lain". begitulah antara gurauan kami. kerana cita-citanya & 'gaya'nya tak da ciri-ciri cikgu langsung.
dan...nasib baik juga dia mengajar di sekolah nuuun jauh di utara!

bayern munich 2 - man utd 1


Bayern Munich scored an injury-time winner to secure a 2-1 win over Manchester United in the first leg of their quarter-final. Wayne Rooney scored the opener after 64 seconds but has suffered an ankle injury.
soccernet.com

Sekeping gambar lama

Mar 30, 2010

terjumpa gambar ni dalam sebuah album lama. oleh sebab aku takde scanner, jadi aku ambik saja kamera digital kecikku, cuba ambik gambar ni untuk didigitalkan. inilah hasilnya...
kalau tak silap, gambar ni diambil masa aku darjah 4. masa hari terakhir cikgu pelatih maktab menjalani praktikal di sekolah kami. itu pasallah cikgu-cikgu dalam gambar ni nampak muda belaka. zaman aku sekolah dulu, memang payah nak bergambar. kamera pun dianggap barangan mewah masa tu. jadi susah sikit nak merakamkan gambar kenangan.
anehnya, dan aku sendiri agak terkejut masih mengenali beberapa nama & wajah dalam gambar ini, azhar, zamani, saleh, razali, ganesan, ahmad kushairi, wan zawawi, ibrahim, rosmiah, suriani, norsaadah (ketua kelas), norizan...yg lelain tu ingat-ingat lupa.

Earth hour

Mar 29, 2010




ada orang kata, ianya kerja sia-sia. malah mungkin kerja bodoh.
tutup lampu selama 1 jam takkan mengubah apa-apa.
kata mereka, penganjur itu berkepentingan. ada agenda.
lagi pula kita tak perlu terikut-ikut 'budaya' barat.

maafkanlah mereka.

itu pemikiran negatif. sempit. pendek akal. konservatif.
kalau kita fikir secara negatif, apa saja akan jadi negatif.
berfikirlah secara positif. nescaya kita akan nampak segala-galanya lebih bermakna.
yg penting, ialah sikap kita. keprihatinan kita.
kalau nak tutup lampu 1 jam - perkara paling mudah pun kita tak sanggup - apakah usaha kecil lain yg sudah kita lakukan sebagai 'sumbangan' kepada dunia, tentang isu pemanasan global, tentang kempen hijau, atau kempen lain yg semuanya kita anggap remeh & tak berfaedah?
apakah sesuatu itu kita anggap berfaedah hanya kalau menguntungkan kita sahaja?

kalau anak-anak kecilku seperti erol, eril & erin pun sibuk-sibuk suruh papanya ini tutup lampu - apakah maknanya itu?
jadi, pada 27 mac 2010, jam 8:30-9:30 mlm, kami bersantai di laman rumah menikmati makan malam yg simpel, pancake cecah kuah kari daging di bawah sinaran bulan purnama...

bolton 0 - man utd 4

Mar 28, 2010


Dimitar Berbatov scored a brace as Manchester United made light of Wayne Rooney's absence to beat Bolton Wanderers 4-0 at the Reebok Stadium to reclaim top spot in the Premier League.
soccernet.com

Hak cipta

Mar 26, 2010



aku berkesempatan menghadiri seminar hak cipta yg dianjurkan oleh DBP di pwtc sempena pesta buku antarabangsa KL semalam. banyak juga pengalaman, pengetahuan, maklumat & bahan baru yg dapat dipungut untuk dijadikan panduan & amalan.

panelis dlm seminar itu ialah prof. madya rozahar wati (uitm) & prof madya dr nazura manap (ukm). dipengerusikan oleh sayed munawar sayed mustar. dianggarkan lebih 150 peserta menghadiri seminar ini.

melaka . . . part 3

Mar 25, 2010




Selepas sarapan, kami penuhkan masa dengan bercanda sambil mandi-manda sepuas-puasnya di kolam renang. hotel ni ada 3 kolam renang yg dibahagikan mengikut kumpulan umur. hampir jam 11 baru berhenti.

sejurus daftar keluar, sekali lagi menuju ke pusat bandar. sebaik tiba, makan tengah hari dulu di mcD. kemudian ke lokasi yg dirancang sejak semalam. tapi tak sempat kerana dah lewat petang. kini menjadi kemestian jika melawat melaka - menara taming sari. walaupun tiketnya sedikit mahal tetapi ada diskaun sehingga 50% diberi kepada pengunjung tempatan. di atas menara taming sari yg bergerak naik sambil berputar, kita dapat saksikan senario seluruh pandar melaka dari paras tinggi.

kemudian sambil berjalan kaki ke bangunan merah stadthuys, a famosa, bukit st. paul & kemudiannya ke kincir air. di sekitar bandar hilir ini terdapat 9 buah muzium & 3 galeri, antaranya muzium tldm, muzium sastera, muzium islam dll.

kemudiannya kami menaiki river cruise, melalui pesisir sungai melaka yg sudah diubah suai menjadi laluan air yg menarik. hampir 45 minit berada dalam cruise. banyak pemandangan, bangunan lama yg dapat dilihat. antara yg menarik - pokok melaka yg semakin pupus, jam besar, pasar lama, jambatan & panggung wayang cathay lama. paling menarik perhatian ialah perkampungan melayu tradisional - kg morten yg terletak di sepanjang tebing sungai. masih mengekalkan reka bentuk rumah tradisi yg khabarnya mendapat peruntukan kerajaan untuk mengekalkan elemen asalnya dengan ditambah landskap menarik & lampu limpah pada sebelah malam.

akhir sekali, singgah di kapal replika portugis flor de la mar. yg. menarik di dalamnya seperti sebuah muzium.

dengan itu berakhirlah lawatan singkat ke melaka. pengalaman yg menarik, walaupun sebenarnya tidak dirancang.

Beza antara terlewat dengan sudah terlambat

1. facebook

akhirnya aku bukak jugak akaun, selepas sekian lama berkira-kira berbuat demikian. tujuan aku hanyalah satu, untuk berhubung semula dengan kawan-kawan atau kenalan lama yg sudah terputus hubungan. kalau ada yg tak ku kenali ingin menjadikan kami sebagai kawan atau kenalan, aku bersedia menerimanya.

alhamdulillah tak sampai beberapa jam saja, aku sudah dapat berhubung semula dengan 2 rakan lama yg memang aku nak sangat kembali bertaut hubungan dengan mereka. dunia maya begitu terbuka hinggakan kawan yg bertahun-tahun terpisah dapat bertaut kembali. akses yg tiada batasan. jumlah rakan bukanlah keutamaan aku. yg penting sejauh mana mereka rasa dihargai atau aku rasa dihargai sebagai rakan di alam siber.

aku sedar sepatutnya kesempatan ini diambil lebih awal dulu, tetapi setidak-tidaknya "better late than never".


2. pesta buku

berbanding tahun-tahun sebelumnya, hari pertama aku sudah ke sana, tetapi tidak kali ini. aku belum lagi berkesempatan untuk berkunjung. kebeulan aku bercuti panjang, merehat minda & kudrat setelah lebih 2 minggu bertungkus lumus, datang awal ke pejabat & pulang hingga malam menjelma.

hari ini aku akan ke sana. khabarnya, ada yg dah semakin panas punggung kerana jumlah jualan jauh meleset daripada sasaran. jumlah adalah keutamaan bagi sebuah perniagaan. itu aku dah jangkakan & tidak terkejut...

sepatutnya pesta buku adalah kesempatan terluang & terhidang, tetapi jika leka & tiada usaha ke arah itu nasi yg nak disuap ke mulut pun takkan masuk.

melaka . . . part 2

Mar 24, 2010




rancangan asalnya hanyalah nak ke zoo melaka, bersiar-siar di bandar hilir kemudian balik pada hari yg sama. semuanya gara-gara cuti aku yg dibekukan. perancangan asal tertangguh. dan padahnya perancangan ad hoc terpaksa dibuat demi mengejar cuti sekolah yg dah nak sampai penghujungnya.

tetapi sebaik membelok ke arah bandar melaka selepas plaza tol ayer keroh, aku tukar fikiran & perancangan berputar 360 darjah. aku tuju ke sebuah hotel di sekitar ayer keroh. selepas bersoal jawab dengan staf di kaunter berkaitan harga bilik & kemudahan lain, aku pun buat tempahan bilik. entah apa yg aku fikirkan masa itu. sedangkan kami berlima hanyalah sehelai sepinggang.

kemudian seperti tujuan asal, kami ke zoo melaka. eril, erol & erin sedikit terpinga-pinga mengapa aku tiba-tiba berubah fikiran & beritahu yg kami akan pulang hanya pada hari esok. berkunjung ke zoo bukanlah sebab aku atau wifey ni pencinta haiwan. lagi pula ini kali kedua kami sekeluarga ke mari. anak-anak aku terutama erin amat sukakan haiwan. mereka sungguh seronok & teruja berada di zoo. walaupun agak penat & cuaca panas tetapi sesekali melihat dunia haiwan dalam habitatnya sangat menarik. eril & erol sempat menunggang kuda. kami juga menyaksikan persembahan gajah terlatih yg membuat pertunjukan termasuk kemahiran bermain bola. zoo melaka yg luas itu terjaga dengan rapi, teratur & percaya atau tidak...bersih. pengunjungnya bebas sekali ke sana kemari. malah ada pasangan yg berdating & keluarga yg berkelah. sebaik membeli cenderahati dalam perjalanan keluar, kami pun menuju ke bandar hilir.

agak sukar mencari ruang letak kereta yg penuh sesak. akhirnya dapat jugak parkir di dataran pahlawan - kompleks beli-belah yg baru, cantik & besar. Selepas bersiar-siar ke segenap ruang kedai di situ kami berhenti makan. seperkara yg menarik perhatian ialah heritage corner yg menempatkan kedai menjual barangan tradisional & kraf. seperti mana gerai tepi jalan dulu yg terdapat di bandar hilir ini yg ditempatkan semula di sini dalam susun atur & bangunan kedai yg lebih eksklusif. harga barangan di sini masih murah & boleh tawar menawar.

oleh sebab tak membawa sebarang pakaian tambahan & barangan lain yg perlu seperti berus & ubat gigi, jadi kami pun beli saja di sini. tentunya pakaian bercap melaka dibeli. bukan saja murah tapi juga dijadikan sebagai cenderamata kenangan.

kami hanya mendaftar masuk ke hotel ketika hampir masuk waktu maghrib. sebelah malamnya, selepas dinner yg disediakan oleh hotel penginapan - jarang sekali hotel menyediakan dinner untuk tetamunya - kami semua tidur awal kerana kepenatan & rancangan untuk menjelajah bandar melaka sekali lagi esoknya.

resensi . . . 23



Title : Royal Professor Ungku A. Aziz:
The Renaissance Man

Editors : Hashim Yaacob, Abu Bakar Abd Hamid,
K.T Joseph & Azizah Hamzah

Pages : 248

Year/Publisher: 2010, University of Malaya Press


Contents

Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man is a collection of essays by essentially former colleagues and subordinates in attempting to provide a canvas of a man who has been described as a polymath and a dominant personality in the intellectual and cultural life of our beloved country Malaysia. Royal Professor Ungku A. Aziz has had a significant effect, since the decade of the fifties, on the growth and development of the nation in general and the University of Malaya in particular. The term The Renaissance Man is a most befitting and appropriate description of him who has multidimensional and varied interests. Royal Professor Ungku A. Aziz is well known for his Sarong Index attached to the Poverty and Rural Development in Malaysia. He explained the emergence and roots of poverty and how exploitation was the key to the problem and that market reform is essential to overcome the poverty problem. His relentless work on rural poverty and his study of the deleterious effects of fragmentation of estates established his reputation as a scholar. He strongly believes that development programmes must be sincere so that poverty can be eliminated as described in his pantun:

Kelapa puan di dalam jalur,
Kelapa jantan di buat titian;
Usaha pembangunan hendaklah jujur,
Supaya kemiskinan dapat dihapuskan.

Gagal untuk merancang atau merancang untuk gagal

Mar 23, 2010

kalau merancang sesuatu tetapi pelaksanaannya tak menjadi atau ada masalah timbul yg menghalangnya, cubalah atasi & tanganinya. cubalah berdepan bukan membelakangi.
sekalipun itu bukan tugas kita, tetapi yg merancangnya adalah kita sendiri, oleh itu, kita perlulah campur tangan. berbincang, cari idea atau fikirkan kaedah alternatif untuk mengatasi perancangan yg tergendala & tangai masalah yg melanda.
memberikan alasan yg kita sudah menyampaikan 'arahan', tapi arahan tidak dipatuhi, bukanlah cara yg betul untuk membetulkan keadaan.
kalau puncanya manusia, cuba bincang & sama-sama berusaha mengatasinya.
jika puncanya peralatan yg tidak berfungsi, cari kaedah alternatif lain.
menyalahkan orang lain bukanlah cara terbaik mengatasi sebarang masalah. walaupun memang ada kebenarannya jika orang itu tidak menjalankan tugasnya dengan baik sebagaimana yg dirancang.
apatah lagi menyalahkan peralatan yg gagal berfungsi atau rosak. tentunya alasan yg tidak boleh diterima oleh kewarasan akal.
kalau tergendala sehari dua, mungkin masih boleh diterima. tetapi kalau sebulan, masih belum ada penyelesaiannya, adakah cukup sekadar berdiam diri & menanti masa beredar sambil mengharapkan masalah selesai dengan sendiri?
tentu sekali tidak.
oleh itu, bersikap positif, proaktif, kreatif.
jadilah seorang trouble shooter, bukan seorang shooter.
perancang yg baik ialah mereka yg sanggup berdepan dengan segala permasalahan atau halangan demi untuk mencapai apa yg dirancang.
acap kali, dalam dunia sebenar, ramai orang hanya tahu merancang tetapi tidak tahu atau gagal melaksanakan perancangan itu.
atau dalam tempoh pelaksanaan itu bila berdepan atau diuji dengan masalah tidak dirancang, kita kecundang. lebih-lebih lagi disebabkan kita tidak bersedia atau tidak mampu berfikir di luar kotak. perancang yg baik perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan & mampu bersikap realistik & fleksibel.

Melaka - part 1

Mar 22, 2010





























Lima bintang

malam semalam kira-kira jam 8 lebih, aku terima panggilan daripada boss.
aku abaikan saja, tanpa menjawabnya. malah aku langsung tak terniat untuk membalas panggilannya.
sejurus selepas tu, masuk sms yg dihantar oleh rakan sekerja.
sebenarnya, aku tahu tujuan mereka menelefon pada malam ahad begitu. bukan berkait dengan soal kerja. sebab tulah aku tak ambik serius sangat.
mereka nak bertanyakan kehadiran aku ke majlis makan malam di sebuah hotel 5 bintang di KL. sempena penyampaian pemenang anugerah yg berkaitan dengan buku.
pertama, memang aku tak nak pergi, memandu dari nilai ke KL pada malam ahad.
kedua, malas nak berbaju batik, makan beradab dengan sekumpulan lain yg mungkin aku tak kenal.
ketiga, kompeni aku tak menang apa-apa, walaupun secara 'teknikal'nya, kami layak menang. boikot, konon!
keempat, dan paling utama, majlis itu bertembung dengan 'majlis' yg lebih penting iaitu pertembungan live man utd vs liverpool!
perlawanan bola bertaraf 5 bintang!
bagi penyokong tegar man utd sepertiku, tak mungkin aku terlepas, atau menggantikannya dengan agenda lain hatta makanan enak hidangan hotel 5 bintang sekalipun!
yg pasti, lebih mengujakan & mengenyangkan dengan kemenangan man utd...
seminggu lepas ada 'arahan' dari boss supaya 4 orang daripada kami perlu hadir ke majlis itu. aku pulak diminta 'mewakili'nya. aku tak tahulah yg lain-lain, sebab kad jemputan sudah aku serahkan pada mereka. kalau tak nak pergi, pandai-pandailah bagi alasan.
yg pasti, aku takkan berjumpa boss untuk tempoh 2 minggu bermula hari ini.
sebabnya aku bercuti hingga selasa, sekembalinya aku bertugas, boss pula akan ke luar negara atas urusan kerja.
jadi, aku tak perlu berikan apa-apa alasan...!

man utd 2 - liverpool 1

Mar 21, 2010


Manchester United came from a goal down to defeat Liverpool 2-1 at Old Trafford and move into first place. Fernando Torres scored after five minutes but Wayne Rooney netted the rebound after his penalty was saved and Park Ji-sung headed home in the second half.
soccernet.com

Aku tidak berada di majlis itu

Mar 20, 2010

aku ditunjukkan gambar-gambar yg diambil dalam majlis yg. dihadiri ramai & apatah lagi dirasmikan oleh TPM. majlis berskala besar & berprofil tinggi. berpuluh-puluh gambar pada majlis itu diambil oleh staf yg ditugaskan sebagai jurugambar. anehnya tidak ada satu pun gambar aku. kalau ada pun yg sipi-sipi sahaja. sedangkan petugas lain bukan saja diambil gambar secara 'candid' tetapi diambil gambar dengan gaya yg formal, maksudnya siap bergambar secara berkumpulan. malahan sempat berposing sambil tersenyum lebar!

daripada menguruskan tetamu yg hadir hinggalah kepada perkara remeh tetapi penting seperti ketiadaan bendera pada tiang yg terpacak berhampiran auditorium tempat majlis berlangsung. di saat-saat akhir aku terpaksa ke hulu ke hilir, menelefon ke sana-ke mari untuk mendapatkan bendera, bukan satu, bukan dua tetapi tiga. bila dah dapat, talinya pulak takda, nasib baik aku dibantu oleh pasukan bantuan yg mengarahkan seorang staf mereka yg bertubuh kecil supaya memanjat tiang & memasang tali berserta bendera. aku juga mendapatkan meja tepi utk vvip berserta kain alasnya sekali pada saat-saat akhir kira-kira sejam sebelum tetamu datang. selain itu aku juga kena pastikan 3 watak utama dalam majlis itu berada di situ & diberi taklimat ringkas iaitu pengacara majlis, ustaz pemunajat doa & pembicara buku. dalam masa serentak aku diminta mengiringi pergerakan seorang vvip lagi, sepanjang majlis dari mula hingga datang hingga dia balik, hatta ke tandas sekali pun.

dalam masa yg sama aku juga bertindak sebagai penyambut tetamu yg datang sebab petugas yg diberi tugasan untuk menyambut tetamu kehormat 'kurang mengenali' siapa tetamu dalam senarai yg dikenal pasti. tidak kurang penting aku juga perlu mengaturkan jemputan daripada sebuah stesen tv yg mahukan editor buku yg dilancarkan untul muncul secara 'live' dalam temu ramah yg akan disiarkan pada sebelah malamnya berkaitan dengan buku yg dilancarkan. sudah lah begitu, aku jugak diamanahkan supaya menjadi orang rujukan kepada pengiring TPM & sepasukan pasukan khas keselamatan yg memeriksa segenap ruang lokasi majlis berlangsung. segenap penjuru diperiksa mereka. dari auditorium, bilik menunggu, tempat jamuan, hinggalah tandas yg digunakan, gimik pelancaran, pasu bunga & hadiah yg hendak diberikan.

dalam kesibukan aku itu, aku jugak tak sempat menjamah jamuan. lebih mendukacitakan tidak sempat untuk bergambar. mujur jugak aku bawak kamera kecik, adalah juga untuk koleksi peribadi. kalau tak, aku tidak ada bukti yg aku sebenarnya memang berada di majlis itu!

The Renaissance Man Dokumentasi Intelek Unggul Ungku Aziz

Mar 19, 2010

Jumaat Mac 19, 2010
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KUALA LUMPUR: Buku Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man disifatkan berharga kepada perkembangan institusi pengajian tinggi (IPT) negara sebagai institusi ilmu dan mengiktiraf peranan insan intelektual dalam mencorak perkembangan dunia pemikiran tanah air.
Koleksi dokumentasi mengenai jasa dan sumbangan tokoh cendekiawan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz itu diterbitkan Universiti Malaya Press sempena ulang tahun ke-88 beliau baru-baru ini. Ia menghimpunkan esei oleh bekas rakan sekerja dan mereka yang pernah bekerja di bawah beliau, menggambarkan Ungku Aziz sebagai cendekiawan dan contoh intelek tempatan terunggul tanpa sempadan masa bukan sahaja di dalam malah luar negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ungku Aziz merupakan 'intelek awam' dan negarawan istimewa yang banyak menabur bakti kepada perkembangan dunia intelektual tanah air pada masa sama begitu komited menyumbang idea bernas ke arah memajukan bangsa dan negara.
"Keistimewaan Pak Ungku sebagai public intellectual terletak pada keupayaan beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu dan menggunakan ilmu yang dikuasainya itu untuk mengemukakan pandangan praktikal dan berilmiah kepada sebarang krisis atau isu dihadapi masyarakat."Sebagai anak muridnya ketika beliau menjadi Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran juga pensyarah subjek Rural Economy (ekonomi luar bandar), sehingga kini ia menjadi bidang kegemaran saya kerana mendapat Pak Ungku sebagai mahaguru dan mentor yang menjiwai bidang itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man di Auditorium Tun Mohamaed Suffian, Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur hari ini.
Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ghauth Jasmon dan bekas Naib Canselor Datuk Prof. Dr. Hashim Yaacob yang juga Ketua Editor untuk buku tersebut.
Antara penulis yang menyumbang ke arah penerbitan buku itu selain Dr. Hashim adalah Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid, Datuk Dr. Isahak Haron, Prof. Dr. Azizah Hamzah, Datin Paduka Jamilah Ariffin, Prof. Emeritus Dr. K.T. Joseph, Datuk Dr. Mansor Salleh dan Prof. Madya Mohd. Said Mohd. Kadis. Abu Bakar dan K.T Joseph antara lain menulis tentang sejarah awal Ungku Aziz sebagai tenaga akademik muda di UM selain sumbangan beliau kepada pembentukan dan perkembangan budaya intelektual di kalangan warga universiti. Pemerhatian penulis turut menyentuh corak kepimpinan Ungku Aziz yang berintegriti dan amanah.
Sementara itu, Ungku Aziz meluahkan perasaan gembiranya terhadap penerbitan buku tersebut yang turut dijadikan salah satu medium mencurahkan idea mengenai tiga elemen penting iaitu perpaduan negara, isu berkaitan Bahasa Melayu dan pembasmian kemiskinan tegar.
"Sebahagian besar rakyat masih gagal menguasai Bahasa Melayu standard dalam pertuturan harian dan menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi.
"Jika hendak perpaduan jangka panjang, lima atau sepuluh tahun (maka) semua orang mesti boleh berhubung antara satu sama lain dalam Bahasa Melayu betul. Ini menunjukkan dasar ke arah mencapai perpaduan negara masih belum lengkap," ujarnya.
Beliau turut mencadangkan perlaksanaan corak penulisan standard 'chirography' yang digunakan di Amerika Syarikat (AS) dan Perancis ke dalam sistem pendidikan negara bagi menyelaraskan dan mempertingkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar.
mstar.online

Mar 18, 2010




...bermula dengan harapan



berakhir dengan kekecewaan...

Raptai

Mar 17, 2010

setahu aku & daripada pengalaman aku, raptai untuk sesuatu majlis diadakan untuk mempraktikkan perancangan yg diatur & melicinkan apa-apa perkara yg tak lancar. memperbaiki perkara teknikal yg kecik-kecik supaya majlis tampak rapi & terancang.

kalau masa raptai, urus setia penganjur pun masih tak tahu apa tugas masing-masing. masih terkial-kial nak pasang backdrop. sistem audio visual yg tak kena timing & berterabur. gimik yg tak menjadi. atur cara majlis yg diubah pada saat akhir.itu sudah jadi masalah major.

tambah pulak dengan perkara yg dianggap mudah, tetapi bila dalam majlis sebenarnya kalau tidak diselaras, akan kelihatan janggal. ini termasuklah, siapa akan bagi isyarat kedatangan tetamu kehormat, peranan orang yg mengendalikan urusan pegang dulang untuk cenderahati, rostrum yg tak sesuai, letak tangga pentas yg tak betul, sistem pembesar suara & mikrofon yg tidak diuji, lagu mana perlu dimainkan dulu, pemberi ucapan naik ikut laluan mana serta macam-macam lagilah yg dianggap kecik tetapi jika diremehkan pastinya mengurangkan 'afdal' majlis yg dianjurkan. macam-macam lagilah yg dianggap kecik tetapi jika diremehkan pastinya mengurangkan 'afdal' majlis yang dianjurkan.
dan itulah yg berlaku hari ni...

Alasan bukanlah jawapan!

1. ajk makan
katanya dia akan sibuk 'hendel' orang makan terutama vvip. jadi tugas lain dia tak boleh nak buat. dia perlu tumpuan sepenuhnya. bimbang ada vvip yg tak cukup makan, atau komplen layanan tak mesra atau tersalah tempat makan, atau tak cukup sudu garfu.
aku tanyakan padanya, "habis tu, tetamu yg bukan vvip sapa nak jaga?"
seorang ajk lain pun tanya, "you dah tengok ke meja, kerusi makan cukup ke tidak?"
dia hanya diam...

2. ajk dulang
padanya tugas yg diberi sangat penting & mencabar. dia perlu berada di atas pentas & memastikan segala-galanya mengikut protokol. sebab tu dia perlu berehat & mengelak agar tidak diberi tugasan lain. kalau ada tugas lain, dia tak dapat beri tumpuan pada tugas memegang dulang nanti. lebih buruk lagi, kalau penat, wajah pun tak ceria, tak sesuai 'beraksi' atas pentas.
petang semalam aku tanyakan padanya, "dulang dah ada ke belum?"
jawab & soalnya, "mana nak cari dulang, ha?"
aku hanya diam...

Desperate

Mar 16, 2010

ada yg sibuk buat bantahan.
ada yg sibuk dengan sistem penjualan.
ada yg sibuk siapkan senarai royalti.
ada yg sibuk beli kfc.

ada yg pura-pura sibuk.
ada yg buat-buat sibuk.
ada yg betul-betul sibuk.
ada yg hanya menyibuk.

ada yg kena buat semua.
ada yg kena buat sikit-sikit.
ada yg tak buat apa-apa.

esok & lusa ada acara penting.

ada yg kepala pusing.
ada yg kepala pening.
ada yg kepala kosong.

ada yg dah siap
ada yg belum siap
ada yg belum tentu siap
ada yg tak siap-siap

kalau hancur, kalau kosong, kalau terabur...

siapa yg kena?

Pak Sarif sudah tiada

icam anak buahku menelefon kira-kira jam 11 lebih malam tadi.
memaklumkan yg pak sarif sudah tiada.
aku ada menulis cerita pak sarif beberapa bulan dulu dalam blog ini.
al- fatihah.

Roda basikal dan pam

Mar 15, 2010

bulan lepas aku terpaksa angkut basikal eril, erol & erin ke kedai basikal.
tayar basikal mereka pancit. dah seminggu tak main.
aku sangkakan tiubnya pecah. sebab aku dah cuba pam, angin tak masuk.
sedangkan pam baru dibeli daripada pasar raya nidym. harga murah, nak jimat
sampai di kedai basikal, aku dibagitau, bukan tiub bocor tapi takde angin.
laaa...

sabtu lepas dah genap seminggu diorang tak main basikal. lagi sekali, sebab tayar pancit.
dah ada basikal sebijik seorang, masalah 'angin' pulak jadi soalnya.
aku cuba pam yg tak berjenama yg dibeli dari pasar raya nidym. angin tak masuk.
tayar masih kempis. tahulah aku sekarang, masalahnya ialah pam bukannya tayar.

tengah hari tu, aku ke kedai basikal. beli pam. sedikit mahal.
tak pelah, alah membeli.
aku pun pam tayar basikal erol & erin. berhasil. angin masuk. tayar kembali keras.
mereka kembali seronok.
eril nak cuba pam tayar basikalnya sendiri. aku pun biarkan aje.
pam 'mahal' ini memudahkan kerja mengepam basikal. budak kecik pun boleh pam sendiri.
tiba-tiba aku ternampak, 'gelembung' besar pada tayar yg dipam oleh eril.
"stop!!!" jeritku pada eril. sambil menerkam punat di bahagian tiub tayar.
eril terkejut melihat reaksi aku.
tiba-tiba....POOOOOOM!!!
seakan-akan bunyi dentuman mercun yg kuat.
tayar basikal eril, pecah.
terlebih masuk angin.
jadi satu hal pulak, aku terpaksa ganti tiub & tayar basikalnya sekali!

Lee chong wei juara all england


man utd 3 - fulham 0


Wayne Rooney scored twice to take Manchester United back to the Premier League summit with a 3-0 win over Fulham. Dimitar Berbatov scored the third.
soccernet.com

Cuai, bukan alasan

Mar 12, 2010

sikap cuai boleh bawak padah. brek kereta ada dua. satu letaknya di kaki. satu lagi dipanggil brek tangan. brek kaki digunakan semasa kenderaan bergerak. brek tangan digunakan semasa berhenti atau meletak kereta. kalau meletak kereta terutama di tempat sedikit curam, pastikan brek tangan ditarik hingga habis. bukan separuh. pastikan, bukan 'rasa-rasa' atau 'agak-agak'. ini perkara asas dalam pemanduan.

kalau bersikap cuai ianya boleh mendatangkan akibat buruk. mendatangkan kerosakan harta benda, malah memudaratkan orang. lebih buruk lagi mengancam nyawa diri sendiri atau orang lain.

^^^^^^^^^
selepas makan malam, aku berehat menonton tv. sambil tu, membantu erin menyiapkan kerja sekolahnya. wifey baru saja masuk, selepas menyiram pokok bunga di halaman rumah.

sebaik saja dia masuk, kami sekeluarga dikejutkan dengan bunyi dentuman yg kuat. seakan-akan bunyi pelanggaran, betul-betul di depan rumah aku. kami pun bergegas keluar. ada kemungkinan kereta yg dipandu terlanggar kereta aku yg diletakkan di depan rumah. itu telahanku pada mulanya.

sebaik keluar, aku dapati sebuah kereta sudah melintang depan rumah. berdegup kencang jantungku. tersentak akan kemungkinan berlaku kemalangan, mungkin ada kereta terbabas atau pemandunya cedera. dalam masa sama, aku ternampak, jiran rumahku (perempuan) berlari-lari menuju ke arah rumah kami & kereta itu. "ya allah, apa dah jadi ni..." aku terdengar suaranya cemas.

mujur, kereta tersebut hanya menghentam bahagian tembok pagar depan rumahku. sipi beberapa inci sahaja daripada mengenai kereta wifey & kira-kira 1 kaki dari keretaku. aku & wifey menarik nafas lega. kereta itu pun tidak rosak teruk sangat. cuma bahagian bumper belakangnya terkopak.

jiran perempuan itu berkali-kali memohon maaf & berasa lega kerana keretanya tidak mengenai kereta kami atau kerosakan lain. anehnya, enjin kereta tersebut masih hidup & lampunya menyala dan kereta itu posisinya dalam keadaan mengundur. lalu jiran tersebut menjelaskan kepada kami yg masih terkejut:

"saya nak pergi kerja syif malam. tapi patah balik sebab hp tertinggal. masuk rumah sekejap. bila keluar, tengok kereta dah takde. lepas tu dengar bunyi berdentum. nasib baik takde apa-apa" katanya menjelaskan.

yang nyata, dia bersikap cuai. mungkin kerana tergesa-gesa. oleh sebab sikap cuainya, nyaris mendatangkan kerosakan harta benda orang lain. atau perkara yg lebih buruk lagi. kemungkinan besar dia tidak mengenakan brek tangannya atau tidak ditarik habis. itu yg menyebabkan keretanya mengundur lalu melanggar tembok pagar rumah aku. lagi pulak, keadaan ruang letak kereta rumahnya yg sedikit curam.

Buka mata, buka hati, buka minda

Mar 11, 2010

buat mereka yang mata terbuka tapi hati tertutup dan mindanya beku,

hal yang berlaku sekeliling mereka tidak akan membawa kesan.
mereka hidup dalam dunia sendiri.
hanya nampak kelemahan orang lain.
memandang segalanya dengan sudut pandang yang negatif.
mereka orang jumud yang sesat dalam dunia masa kini.
minda mereka penuh dengan sawang, habuk dan debu.
hati mereka sudah lama tertutup. mungkin terkunci terus.
hanya mata yang terbuka. itupun untuk melihat apa yang mereka mahu lihat saja.
pandangan mata hanya selapis.

mereka sebenarnya sudah mati sebelum mati yang sebenar.
mereka hanya matang dalam kiraan usia tapi mentah dalam urus fikir.
aku kecewa dengan mereka.
kalau budak-budak, boleh ditegah, disergah, dinasihat.
paling tidak boleh dirotan.
benarlah kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebung.

buat mereka yang mata terbuka tapi hati tertutup dan mindanya beku,
hiduplah dalam duniamu dalam tempurung itu!

man utd 4 - ac milan 0


There was no fairytale Old Trafford return for David Beckham as Wayne Rooney led a Manchester United cruise into the Champions League quarter-finals after a 4-0 win over AC Milan.
soccernet.com

resensi . . . 22

Mar 10, 2010




judul: Strategi Pembelajaran Bahasa

pengarang: kamarul shukri mat teh & mohamed amin embi

halaman: 192

terbitan: 2010, penerbit universiti malaya


buku ini menghuraikan bidang strategi pembelajaran bahasa (spb) secara komprehensif dan ekstensif. pelbagai aspek dikupas dalam menjelaskan nilai kebergunaannya. ini disokong pula dengan hasil kajian yg bersifat empirikal. tumpuan utama diberikan kepada topik-topik mengenai pendefinisian, ciri-ciri dan teori. perlakuan pembelajaran pelajar semerlang bahasa yang menjadi titik tolak bidang penyelidikan spb turut disentuh. ini diikuti oleh perincian tentang bentuk-bentuk taksonomi, hubungan antara spb dengan pencapaian bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan serta penggunaannya. buku ini turut membincangkan tentang pengajian strategi pembelajaran bahasa dengan mengemukakan beberapa model dan program yang pernah dihasilkan.

buku ini sesuai dan berguna kepada pelbagai golongan. antaranya, pelajar institusi pengajian tinggi, guru bahasa, pengkaji bahasa, pegawai atau pentadbir pendidikan, pencinta bahasa dan semua golongan pembaca yang berhasrat untuk menjadikan pembelajaran bahasa lebih efektif lagi menarik. tambahan pula, ini merupakan antara buku terawal yang membincangkan bidang berkaitan di malaysia khususnya dalam bahasa melayu. garapan antara teori, penyelidikan dan aplikasi menjadikan buku ini mempunyai keunikan tersendiri yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pembaca.


resensi . . . 21




Judul: Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata
Pengarang: Fatini Yaacob
Halaman: 474
Penerbit: Penerbit UTM Press

"Natrah adalah kisah pilu seorang gadis yang terperangkap dalam dua dunia - Timur dan Barat, Islam dan Kristian, yang akhirnya bangkit sebagai wanita malang yang terpenjara dengan kenangan indah masa lalu..."

"Natrah adalah kenangan pilu masyarakat Melayu/Islam yang membelanya, ketika kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu, yang mencetuskan rusuhan Singpura (1950) yang akhirnya menjadi kenangan tragis seluruh dunia hingga kini"

" Natrah adalah simbolik perjuangan sebuah negara terjajah untuk merdeka, yang terpaksa bergelut dengan minda yang terjajah..."

*********
aku hadir dalam majlis ini petang semalam di utm, jalan semarak. ramai khalayak yang hadir daripada pelbagai lapisan. penganjuran majlis ini berjaya menarik kehadiran yg ramai untuk sebuah majlis pelancaran buku. buku yg menarik untuk dibaca jika dihayati. harganya rm75.

Telefon, faksimile dan kabel

Mar 9, 2010

di pihak mereka, urusan itu rutin saja. memang dah itu kerja mereka.
tapi di pihak aku, sangat memerlukan tindakan segera pihak mereka.

satu, ianya penting sebab kami mengejar masa untuk mencetak & menerbitkannya.
kedua, yg lebih utama buku tersebut akan dilancarkan oleh vvip dalam satu majlis yg bakal berlangsung dengan 'gilang-gemilang'nya.
kelewatan permohonan bukanlah disengajakan tetapi mengambil kira banyak faktor & melibatkan banyak pihak lain yg berkepentingan.

petang jumaat lepas aku telefon, bertanyakan status permohonan c.i.p yg difaks sehari sebelumnya. aku nyatakan dengan nada yg amat diplomasi memohon jasa baik & menjelaskan keperluan kalau boleh proses tersebut dipercepat & dipermudahkan.
aku dimaklumkan bahawa maklumat yg kami hantar sudahpun dimasukkan dalam sistem & ketika itu sedang diproses. proses tersebut akan dapat disiapkan dalam tempoh ialah secepat-cepatnya 3 hari bekerja. maknanya, aku akan hanya terima paling cepat hari isnin.

oleh sebab mereka mengira 3 hari bekerja (macam nak tunai cek pulak), hari sabtu & ahad tidak diambil kira. mereka takda sentuhan insani. istilah budi bicara takda dalam kamus mereka. walaupun aku cuba menjelaskan pertolongan mereka mempercepatkan proses amat kami hargai. dalam kata lain, "mintak tolong cepat sikit boleh tak?".

hari isnin pun tiba, aku tak mahulah terhegeh-hegeh macam orang tak reti bahasa & tak menyempat-nyempat. sehingga petang, aku masih belum terima faks yg sepatutnya mereka hantar. aku pun menelefon lagi, kali ini dijawab oleh staf lain. katanya, dalam sistem, c.ip itu sudah diproses & sepatutnya sudah difakskan oleh staf berkaitan. lalu dia pun minta aku no. faks & akan memaklumkan kepada staf berkaitan.

namun, sehingga pagi ini, masih tak sampai faks yg dimaksudkan. lalu aku pun menghubungi pihak sana. kali ini sekali lagi staf lain yang menjawab. setelah disemak dalam sistem, katanya dengan yakin "dah faks pagi ni". aku pun tengok di mesin faks, manalah tahu mungkin terlepas pandang. tapi, memang takda. takkanlah faks mengambil masa yg begitu lama!

bosan dengan kerenah & gelagat mereka, aku pun menghubungi ketua mereka. yg juga merupakan kenalan aku. kalau boleh aku tak mahu mengganggunya dengan hal yg remeh begini. selang beberapa minit saja, aku meletakkan telefon selepas bercakap dengannya, aku diberitahu oleh staf aku yg c.ip yg dipohon sudah diterima melalui faks.

hari ini aku belajar satu perkara. cara komunikasi & berurusan paling berkesan & cepat ialah guna KABEL.

Pengawas

aku silap. dalam entri sebelum ini, aku katakan aku tak pernah dipilih atau dilantik sebagai pengawas. sebenarnya ada. sekarang ni pun aku bertugas sebagai 'pengawas'.

ya, tugas "pengawasan" kompeni diletakkan atas bahuku setiap kali boss bercuti atau menjalankan tugas luar.

mungkin ada yg meremehkan pengawas sekolah sebagai 'balaci' cikgu. mungkin sekarang bila aku jadi 'pengawas', aku juga dilihat sebagai balaci boss? hmmm...

tapi mengawas orang dewasa taklah sama dengan mengawas budak sekolah. orang dewasa lebih banyak kerenahnya. kononnya, mereka lebih pandai bawak diri. bila boleh bawak diri, lebih jauh perjalanan mereka. lebih banyak helah mereka. lebih banyak alasan mereka.

lain kali, aku nak bagitau boss suruh staf lain jadi pengawas. aku nak cadangkan dibuat sistem giliran. supaya yg lain jugak boleh dapat 'pengalaman' jadi pengawas. terutama yg tak pernah jadi pengawas di sekolah dulu, macam aku...he he

sepanjang jalan kenangan - pengawas, cikgu disiplin & kepala botak

Mar 8, 2010

aku tak tahu kenapa, pelajar yg tak jadi pengawas sekolah tak sukakan pengawas.
bagi mereka, kerja pengawas hanya nak cari kesalahan mereka. nak tunjuk kuasa. nak bodek cikgu.

tapi bagi pengawas pulak, itu pandangan yg negatif. mereka yg kurang disiplin saja yg pandang serong pada pengawas. kaki ponteng & suka datang lewat jugak merupakan seteru utama pengawas. kalau tak buat salah, buat apa nak kacau.

pengawas di sekolah juga dianggap sebagai kumpulan yg 'berbeza' daripada pelajar biasa. mereka ada 'sikit' kuasa, mereka boleh pakai uniform yg warnanya lain daripada warna putih, mereka juga tak perlu kapur kasut sebab pakai kasut hitam. selain tu, kalau di sekolah aku dulu, ada bilik khas untuk pengawas. pendeknya, pengawas punya 'status' istimewa di sekolah. oleh sebab status mereka lebih tinggi, mereka perlu menjaga disiplin, mengelak kelakuan semberono, capai keputusan periksa yg baik termasuklah aktiviti di luar waktu sekolah.

sepanjang aku di sekolah rendah, hinggalah ke sekolah menengah, aku tak pernah dipilih atau dilantik sebagai pengawas. aku punya pandangan yg neutral pada pengawas. bukan semua. ada segelintir kalangan mereka menganggap diri mereka glamor & hanya berkawan dengan kelompok mereka sahaja. namun, aku jugak ada kalangan rakan baik yg jadik pengawas, takda masalah pun. mereka macam biasa saje, macam pelajar yg lain jugak. tak pula merasakan diri mereka lebih tinggi 'darjatnya'.

tetapi segelintir itulah yg menyebabkan para pengawas dipandang serong & negatif. aku sendiri yg sedikit nakal di zaman sekolah dulu dapat merasakan tempiasnya. bukanlah kesalahan besar sangat tetapi seolah-olah sengaja nak cari salah. contohnya tak pakai stokin, pakai talipinggang buckle besar, rambut panjang sikit cecah kolar baju, pakai uniform baju melayu tapi tak pakai songkok, tak cantum butang baju paling atas (tayang dada konon), tali kasut warna lain selain putih, seluar sekolah sengaja dipotong singkat & potongan sempit (baca: stail rock kapak)...eh banyak jugak senarai kesalahan yg pernah aku buat...hu hu.

pernah sekali tu, aku ditahan pengawas kerana kesalahan rambut panjang. bukanlah panjang sangat tapi cecah sikit bahagian kolar baju. jadi aku & beberapa kawan telah digunting oleh cikgu disiplin. kalau nak gunting, guntinglah elok-elok tetapi kami digunting dengan cara untuk dimalukan. rambut kami dipotong senget, tinggi rendah, & lompong, macam digigit tikus. kemudian kami diketawakan oleh cikgu disiplin & segelintir pengawas termasuk pengawas perempuan. tujuan asal untuk mendisiplinkan pelajar telah bertukar kepada untuk mengaibkan mereka.

takkanlah kami hadir ke sekolah dalam keadaan begitu. jadi aku & 5 orang 'mangsa' lain nekad buat protes. kami membotak licinkan kepala. malangnya, tindakan kami itu mendapat reaksi cikgu disiplin. dia menganggap kami mencabarnya & memprotes peraturan sekolah. pihak jawatankuasa disiplin yg dipengerusikan oleh pengetua telah menjatuhkan hukuman rotan kepada kami melalui usul cikgu disiplin. malah kami turut digelar '6 jahanam' dalamucapan cikgu disiplin semasa perhimpunan.

ramai di kalangan kawan sekolah yg simpati dengan kami. kawan baikku jali, yg jugak seorang pengawas serta beberapa yg lain menjalankan kempen secara senyap. hasilnya, tak kurang daripada 40 orang yg tidak pun menghadapi masalah disiplin seperti rambut panjang, malah ada kalangan mereka yg dikenali sebagai pelajar berdisiplin, yg alim, yg kaki surau, yg kaki studi, kapten bola sekolah, ajk asrama, exco persatuan ko-ku, yg punya pencapaian tinggi dll (termasuk jali & 3 rakan pengawasnya) pendeknya daripada pelbagai latar belakang telah membotakkan kepala mereka sebagai tanda simpati & memprotes tindakan 'terlampau' cikgu disiplin.

anehnya, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan. lagi pula, tindakan tersebut kemudiannya disusuli dengan kempen kutip tandatangan oleh pelajar perempuan, yg menentang 'kezaliman'. tak kurang 300 tandatangan pelajar perempuan berjaya dikutip & diserahkan kepada pengetua.

tak berapa lama selepas itu, cikgu disiplin sekolah kami digantikan dengan cikgu disiplin yg baru!
nampaknya 'pengorbanan' kami dengan membotakkan kepala, tidak sia-sia.

Mak tua sudah tiada

sewaktu kali terakhir mengunjunginya pada raya tahun lepas, detik hatiku berkata, mungkin kali itu pertemuan kami yg terakhir. mak tua ketika itu sudah uzur & hampir tidak mengenaliku lagi.
malah aku tuliskan entri khusus untuk mak tua dalam blog aku.
http://bangsawan-nilai.blogspot.com/2009/10/orang-tua-itu-mak-tua-aku.html
petang sabtu lalu, aku terima mesej daripada atih & kemudiannya panggilan telefon daripada acik menyampaikan berita sedih yg mak tua sudah meninggalkan alam fana ini pergi menghadap illahi.

al-Fatihah

wolves 0 - man utd 1

Mar 7, 2010


Manchester United moved to the summit of the Premier League with a narrow 1-0 defeat of Wolverhampton Wanderers in a game in which they were denied the services of Wayne Rooney.
soccernet.com

1malaysia, malaysia1

Mar 5, 2010

dea, kawan aku, datang berkunjung ke ofisku. entah apa mimpinya. nak belanja makan tengah hari katanya.

dea: staf kat sini sombongla...
aku: nape lak, setau aku semua peramah
dea: tadi i bagi salam diorang tak jawab pun
aku: sape dia? yg mana satu? bagitau aku...
dea: yg duk depan sekali, dekat pintu masuk
aku: laki ke pempuan?
dea: lelaki...
aku: ohh, itu vinod, dia bukan melayu bukan Islam
dea: laaa...patutla!
aku: muka dia memang macam melayu kan...?
dea: tula, pasal

********

kawan sekolahku dulu pernah ditangkap sebab tak puasa. lebih berat lagi, dia makan di khalayak ramai. dia ditahan oleh penguatkuasa jabatan agama Islam. dia cuba menjelaskan, tetapi tak diendahkan malah dikatakan cuba menipu. akhirnya dia menghubungi ustazah mira. ustazah mira membelanya. penguatkuasa jabatan jadi terpinga-pinga & malu. lalu mohon maaf.

joseph nethanesan, adalah kawan sekolahku. bapaknya india, emaknya cina. dia seorang cindian atau diancin (entahla...). joseph lebih selesa berkawan dengan kengkawan melayu. rupanya jugak macam rakan lain dalam group kami. bahasanya fasih, kengkadang mengalahkan kami...

*******

aku sendiri pernah ditegur dalam bahasa tamil oleh pekerja restoran semasa makan dengan kawan aku di restoran makanan india. kawan aku terpaksa menjelaskan siapa aku. rupa aku takda pun macam orang india. adakah dengan makan masakan & makanan india, automatik aku ni orang india? lagipun kita ni di malaysia, dah tak heran dah perbezaan kaum. dah semakin diterima sama ada budaya, bahasa, makanan atau pakaian.


+++

sebab tak peka & terburu-buru org jabatan, tak pasal-pasal joseph kena usung.
tak pasal-pasal jugak staf aku dituduh sombong kerana salah sangka & terburu-buru...

Cuti

Mar 4, 2010

sepanjang dua, tiga hari ni, aku sangat sibuk.
menguruskan hal berkaitan pelancaran buku terbitan kami.
18 mac nanti, vvip yg datang.
semalam saja, 2 kali aku ke lokasi pelancaran.
sekali untuk setkan gimik pelancaran. kali kedua, hal susun atur jamuan.
kerja aku yg bertimbun tu, nampaknya akan menggunung selepas ni.
malah cuti yg aku mohon 4 minggu awal pun dibekukan.
tak jadilah aku melayan anak-anakku yg bercuti sekolah kali ni.
walhal itu sajalah waktu yg ada untuk aku luangkan bersama mereka.
masa lain mereka bersekolah. aku pulak bekerja.
lagipun, cuti aku memang sebahagian besarnya aku simpan untuk mereka. bukan untuk aku!
mereka pun menunggu-nunggu cuti sekolah dengan rasa teruja.
aku belum bagitau mereka lagi, yg aku tak dapat cuti.
apa agaknya reaksi mereka nanti?

Kenalan lama dari sarawak

Mar 3, 2010

selepas janji temu dengan penilai manuskrip di ukm, aku singgah di mid valley utk makan tengah hari. tanpa disangka aku terserempak dengan seseorang yg aku rasa aku kenal. tapi tak pasti di mana atau siapa namanya. dia jugak memandang padaku seperti mengenaliku.

dia berhenti sejenak, bila melihat aku menuju ke arahnya. tapi aku yg memulakan percakapan.
"macam kenal je..." kataku sambil menghulur tangan. aku yakin tak salah orang.
"tu lah, saya pun macam kenal awak" katanya membalas teguran.
"kat u.... kan?" tanyanya lagi, sambil wajahnya cuba mengingatkan sesuatu.
"ya, lah...." aku mengiyakan. jawapan pun terungkap.
"maaf, ya. siapa nama?" tanyanya lagi, sopan.

lalu kami pun berbual sambil bertukar kad nama & no. telefon. soal kerja di mana, tinggal di mana, berapa anak, ya, soalan biasa bila dua kenalan lama bertemu bertanyakan perkembangan terkini.
"keep in touch, ya" pesanan akhirnya sebelum kami berpisah. namanya jef. dia orang sarawak, memegang jawatan tinggi di kuching, datang ke KL untuk menghadiri mesyuarat.

ikhlasnya aku bukanlah kawan rapatnya. sekadar kenalan. seingat aku, dia satu hostel denganku semasa di kampus dulu. kalau tak silap ingatan aku jugak, dia adalah rakan sebilik epol, kawan sekursusku. tak banyak yg aku tahu tentangnya selain itu.

********

sepulang ke ofis aku buka e-mel. aku dapati ada satu e-mel daripada jef untukku. tak sampai setengah jam dari pertemuan kami tengah hari tu.
"...gembira bertemu awak di mid valley tadi. jika datang ke sarawak, hubungilah saya. ini no. hp saya *********"

e-mel tersebut dihantar menggunakan blackberrynya. padanlah cepat. aku segera membalas e-melnya itu. kalau ada kesempatan ke kuching pada masa depan, aku pasti akan menghubunginya.

Kutu


erin & trisy kawan baik sejak kecik lagi. tak heran sebab mereka dihantar ke nurseri & tadika yg sama. bermain sama, makan bersama & tidur pun bersama. hingga masuk tahun 1 pun mereka masih kawan baik walaupun belajar dalam kelas berbeza. mereka naik bas sekolah sama-sama pergi & balik.

wifey lebih suka erin berambut pendek. sebab rambutnya lebat & tebal. lagipun dia akan ada alahan gatal-gatal pada tengkuknya kalau rambutnya dibiarkan panjang. manakala trisy rambutnya panjang. erin selalu cemburu sebab suka rambut trisy yg panjang. manakala trisy pula agak rimas dengan rambutnya yg panjang tetapi terpaksa ikut cakap emaknya. kalau boleh trisy nak rambut pendek macam erin.

tapi sejak 2-3 hari kebelakangan, erin kelihatan kerap menggaru kepalanya. bila ditanya, katanya takde apa-apa. wifey syak sesuatu, lalu 'menggeledah' rambut erin malam tadi. dia terjumpa sesuatu yg tidak diingini - kutu. ya, kutu!

**********
dua tiga tahun dulu semasa erin masih di tadika & diasuh di nurseri, dia pernah mengalami masalah yg serupa. asyik menggaru-garu kepalanya & puncanya, wifey mendapati ada kutu pada rambut/kepalanya. wifey komplen pada tuan punya & pengasuh di nurseri. siapakah gerangan pembawa kutu tersebut?

selepas siasatan diadakan, ke atas setiap satu kepala kanak-kanak yg dihantar ke nurseri, didapati pembawa kutu terbanyak ialah trisy. jadi, pihak nurseri telah memaklumkan 'dapatan kajian' mereka kepada emak ayah trisy berdasarkan bukti yg ditunjukkan yg diambil daripada kepala anak mereka. mungkin kerana tersinggung atau protes, rambut trisy kemudiannya telah dipotong pendek macam erin.

**********

wifey syak, kutu itu datangnya daripada pembawa yg sama iaitu trisy. bukan menuduh, cuma suspek aje. lagipun daripada maklumat erin, rambut trisy sudah panjang macam dulu. hari ni, wifey nak komplen lagi kepada tuan punya & pengasuh nurseri.
mungkinkah pihak nurseri akan mengambil tindakan serupa seperti sebelum ini?
apa jadi jika trisy didapati sekali lagi sebagai pembawa kutu?
apakah rambut trisy akan dipotong pendek lagi akibat protes emak ayahnya?
tunggu episod seterusnya....!

Promoter

Mar 2, 2010

aku sedang membelek-belek barangan penjagaan rambut di satu bahagian hypermarket bila dihampiri seorang gadis manis. berbaju serba pink. yg aku agak, dia promoter di situ.

promoter: abang cuba pencuci muka ni. produk baru...
aku: pencuci muka ada dah. tengah cari krim rambut ni...
promoter: abang tryla brand ni, kalau tak nak pencuci muka, beli scrub ni...
aku: ok ke ni. mahal tak...
promoter: kita orang tengah offer ni. ada diskaun. fahrin ahmad pun pakai ni.
aku: sapa fahrin ahmad?
promoter: laa.. dia artis, pelakon drama, filem. dia hensem...
aku: ni ke gambar dia ke(sambil menunjuk poster iklan)
promoter: ha ah, tula dia.

aku: kalau pakai ni boleh jadi hensem macam fahrin ke?
promoter: he he (gelak manja) abang pun hensem ape? beli la satu... (bodek la tu...)
aku: apa kelebihannya, boleh jadi putih ke?
promoter: boleh hilangkan blackheads, kulit jadi cerah sikitla...bla bla (itu ini begitu begini) bla

aku: berapa harga? (potong cakap)
promoter: yang ni 19.90 (sambil pegang tiub yg besar sekali)

********

lalu aku ambik tiub yg paling kecik, harga rm6.90.
"nak try dulu, kalau ok, nanti beli yg besar..." alasan ku pada promoter yg senyum sokmo tu.

Bisnes buluh kasap

perkara asas kalau nak buka kedai atau berniaga, kita perlu ada modal. ikutlah kemampuan diri. tak payahlah nak buka kedai besar dengan duit pinjaman bank, sudahnya tak sampai beberapa bulan, dah bungkus. perkara asas yang lain ialah mengenal pasti produk yg nak dijual. ikut kepakaran dan kemahiran kitalah. ada jugak orang yg ikut minat nak jual apa. selain tu penting juga kita tentukan lokasi. kalau boleh yg paling strategik. paling mudah aksesnya. nampak di mata orang yg lalu lalang atau berkunjung. dalam masa sama, pastikan kita di khalayak sasaran yg betul. kalau tepi jalan sesuailah meniaga nasi lemak itupun waktu pagilah. petang orang dah tak beli nasi lemak. kalau jual goreng pisang pun, biasanya orang beli petang hari. kalau jual pepagi buta, tak lakulah jawabnya.

kalau kita buka gerai jual buku di pesta buku misalnya, tempahlah gerai yg mudah dikunjungi. kalau perlu, keluarkan bajet lebih sikit utuk tempah gerai pada lokasi yg strategik. tak mengapalah mahal & berhabis sedikit, kalau pulangannya berbaloi. takkanlah nak tempah gerai murah semata-mata kerana murah. itu bukanlah strategi pemasaran yg betul. janganlah sewa gerai di ceruk, di luar laluan, menghadap laluan belakang semata-mata nak jimat kos, akhirnya rugi yg ditanggung.

sementara itu, kita jugak perlu congak strategi berdepan dengan pesaing. yg jual produk buku kategori yg sama. kalau saingan kita lebih besar & popular, ada baiknya gerai buku kita letaknya jauh sikit dari mereka. bukan takut bersaing, sekadar strategi. buat apa bersaing kalau dah tahu siapa kalah, siapa menang.

**********

tak perlulah aku hurai panjang lebar pasal pemasaran. sebab itu bukan bidang aku. tapi setakat asas pemasaran tu aku tahulah seperti yg aku ringkaskan di atas. malangnya, bahagian pemasaran tempat aku bekerja ni nampaknya membuat strategi pemasaran terbalik atau songsang. semua yg tak sepatutnya dibuat dalam soal berniaga, lokasi, strategi mahupun sasaran pembeli semuanya mereka langgar.
mereka bersikap sambil lewa. malah aku tak pasti sama ada mereka sedar atau tidak, pesaing utama berada selang beberapa gerai sahaja. punyalah banyak ruang, tapi ruang gerai di ceruk paling hujung yg ditempah. jauh dari laluan utama. tak tahulah, mungkin itu strategi pemasaran baru, yg aku tak tahu...
tunggu & lihat saja. mereka lebih arif, lebih mahir & lebih tahu!

Sate lagi

Mar 1, 2010

petang jumaat, cuti maulidul rasul aku ke bangi.
menziarah emak mentua aku yg berkunjung ke rumah abang iparku di bangi. emak mentua aku datang dari kampung untuk urusan perubatannya di KL.
inilah kali kedua aku ke rumah itu. kali pertama aku terpaksa beberapa kali menelefon abang iparku bertanyakan arah & laluan yg betul untuk sampai ke rumahnya. rumah itu baru didiami mereka sejak setahun dulu.

kali ini aku sendiri terkejut, sebab tak perlukan sebarang tunjuk arah daripada sesiapa pun. masih kuat daya ingatanku rupanya. walhal bukanlah mudah untuk ke sana, melalui beberapa
simpang & kawasan perumahan ditambah pula dengan cuaca hujan.

waktu hendak balik, jam sudah pun menunjukkan hampir 6:00 petang. asalnya, kami hendak terus pulang saja. tetapi selepas saja plaza tol bangi, aku mengubah fikiran. menuju ke lebuh raya & terus ke kajang. kata orang, tak lengkap ke kajang kalau tak makan sate. dan memang itulah tujuan aku bawak keluarga ke sana. jangkaan aku tidaklah ramai pelanggan ketika tu, kerana waktu itu masih awal. biasanya pelanggan ramai waktu malam. tapi sampai di sana ternyata jangkaan ku meleset. kedai menjual sate penuh sesak dengan pelanggan, hinggakan hampir tiada tempat untuk duduk. maknanya orang makan sate tak kira masa!

nampaknya sistem pesan dan bayar di sini sudah ditukar, mungkin lebih sistematik & teratur menurut tuan punya pengusaha. buat pesanan sendiri di kaunter & bayar sekali gus. lagipun mengurangkan tenaga kerja untuk mengambil pesanan (waiter). bagi aku, oklah sistem tu. asalkan dapat pesanan yg kita nak & tak perlu menunggu lama. dalam hal makan sate orang yg paling seronok ialah erol. dia memang suka makan sate. tak pada dengan saiz perutnya yg kecil!
kami pulang dari kajang dengan perut kenyang dengan sate...

sila dail lagi

tengah hari sabtu, aku terima panggilan telefon. tapi nombor yg tak aku daftarkan dalam hp. jadi aku biarkan saja tanpa menjawabnya. kalau penting tentu gerangan yg menelefon itu akan buat panggilan berulang kali. lagi pula ketika tu aku sedang memandu untuk ke kedai dobi.

jangkaanku, mengikut 'pengalaman' sebelum ni, ianya panggilan pada waktu begini (hari cuti, waktu tengah hari) daripada bank yg menuntut bayaran ansuran bulanan yg tertunggak. ataupun kad kredit yg belum berbayar. mungkin juga tawaran promosi syarikat kewangan yg menawarkan insentif insurans yg menarik. kemungkinan lain, ejen yg menawarkan percutian famili ke destinasi impian dengan menawarkan pakej potongan harga gila-gila - tetapi dengan syarat kita perlu menjadi 'ahli' terlebih dulu.

mengapakah aku jadi begitu skeptikal?

sebabnya bukan sekali dua, tapi dah kerap sangat terima panggilan seperti itu. bukannya kita tak bayar ansuran bulanan, cuma kadangkala terlewat sikit kerana kesuntukan waktu. bukannya kita terdesak sangat nak jadi ahli semata-mata untuk dapat percutian yg kononnya 'percuma'. kadangkala naik rimas terima panggilan seperti itu. panggilan pula masuk pada waktu yg tidak wajar contohnya ketika kita sedang makan malam atau sedang solat waktu maghrib.

pendeknya, mereka langsung takda perasaan peka pada waktu. jadi, salahkah aku menjadi skeptikal bila mana panggilan daripada nombor yg aku tidak kenali atau pada waktu-waktu yg tidak sepatutnya?

langsung takda sentuhan insani/manusiawi.

+++++++++

tapi hati ku ini lembut. selepas pulang dari kedai dobi, selesai makan tengah hari, ketika duduk berehat-rehat menonton tv, aku mendail semula nombor tersebut. manalah tau kalau-kalau kawan lama yg dapat nombor telefon kita entah daripada siapa atau nak maklumkan yang nombor mereka sudah bertukar (selalunya alasan hp baru atau hp hilang). tapi takde pulak sebarang jawapan. pelik jugak?

Carling Cup Champions




Wayne Rooney was the Carling Cup final head boy as Manchester United came from behind to retain a knockout competition for the first time with a 2-1 victory over Aston Villa.
soccernet.com