orang tua itu . . .mak tua aku

Oct 5, 2009

org tua itu adalah kakak sulung kpd arwah abah.
mak tua gelaran yg sama spt mak long.
dialah satu2nya anak perempuan dpd adik-beradik belah abah.
berapa agaknya usia, mak tua. sedang arwah abah pun sudah meninggalkan kami sejak 22 thn lalu pd usia 62 thn.
kalau dicongak kira pun, paling kurang usia mak tua ialah dlm lingkungan lewat 80-an. mungkin jugak 90-an.

sudah bnyk tahun aku tdk bertemunya. sejak dia meninggalkan kampung utk tinggal dgn anaknya. iyalah, di kampung, dia tinggal seorang diri. anak2nya semua sudah berhijrah keluar. sudah berkeluarga. sudah ada rumah sendiri. mahu tak mahu, mak tua mengikut saja. usianya dh lanjut. sakit pening perlu, ada yg jaga.

raya tahun ni aku berkesempatan berjumpanya. matanya sudah kabur. telinganya sudah kurang mendengar. tak larat nak berdiri, berbaring saja. dia sudah tdk mengenali aku. apabila ku kenalkan diriku, dia hanya memandang tepat mataku. cuba mengingat kembali. tapi ingatannya ternyata kosong. sifar.

"maap mak tuo tk konal. tak ingat. dah tuo". jelasnya padaku. dgn linangan air mata. tapi dia tahu, aku anak siapa. aku anak buahnya. anak kepada arwah adiknya.aku tk kisah. yg penting aku kenal dia. aku ingat dia. aku jumpa dia sesudah bertahun-tahun tdk melawatnya. aku rasa bersalah. anak2nya jugak tdk pernah membawanya pulang ke kampung melawat saudara mara. tapi dia kan dah tua. sukar untuk dibawa ke sana ke mari krn sudah uzur.

aku rasa syukur. hajatku termakbul. utk jumpa mak tua pd raya thn ni. kalau ada umur kita jumpa lagi. kalau tdk aku pasrah . . .

3 refleksi:

editor kampung said...

ini mcm cerita 'jejak kasih'. org muda mudah lupakan org tua. seolah org tua dlm dunia lain bg mrk. tiada yg tua tiadalah yg muda

tg shaaban said...

aku akui tk rapat dgn sedara mara yg tinggal di kampung. maklumla sejak kecik aku mengikut arwah abah sbg perantau. lepas tu duduk asrama, sambung ke U. tk pernah duduk kampung pun cuma balik cuti sekolah, ada kenduri atau beraya.

suriahoney said...

"apabila ku kenalkan diriku. dia hanya merenung tepat mataku. cuba mengingat kembali. tapi ingatannya ternyata kosong"

tragisnya ayat2 ni . . .sobs