home suite home

May 31, 2009

sengaja TS eja tajuk entri sedemikian.suite dikaitkan dgn bilik mewah di hotel atau unit kondo mewah. suite bagi TS adalah rumah sendiri. wp tdk semewah bilik hotel 5 star, suasananya yg selesa tk dpt diukur dgn jumlah bintang.
minggu lalu, 4 hari 3 mlm TS tinggal di hotel 5 bintang, di bilik serba lengkap serba mewah. makanannya enak belaka, terkadang tk tahu nak pilih yg mana satu utk dimkn.ada kolam utk berenang. ada gym utk riadah.suasana tenang, jauh dpd hiruk pikuk kota, terhindar dpd kesesakan jln raya.
namun semua itu gagal mengubah persepsi TS.meski rumah yg didiami tk semewah mana. walau tkda kolam & gym.TS lebih selesa di rumah sendiri, duduk di sofa yg kusyennya dh tak berapa empuk sambil menonton tv.
walau makanan yg dihidang ala kadar, tp cukup menepati cita rasa. makanan yg dimasak oleh chef hotel pun tk mampu tandingi masakan wifey.
suara hiruk pikuk, gurauan anak2 adalah ibarat 'lagu latar'yg menghiburkan halwa telinga. melihat gelagat & keletah mrk saja sudah cukup menghilangkan penat bekerja seharian.dendangan pemuzik & nyanyian penyanyi seksi di hotel pun tdk semerdu gelak ketawa anak-anak TS.
pendeknya, tdk ada apa yg dpt menggantikan rumah sendiri. hujan emas di negeri org...

hubungan boleh dipulihkan dengan masa...

May 30, 2009

sudah bnyk kali TS dengar ungkapan ni. namun dpd pengalaman TS, tdk semua hubungn tu akan bertaut kembali dgn peredaran masa. ada hubungan sebaliknya, bertambah renggang dgn masa.
tapi buat kali ini, TS akur, akan kebenaran ungkapan tsbt. begini ceritanya...
'perang dingin' kami sudah berlarutan sjk beberapa thn. dia dpd organisasi penerbitan sbg mana TS. kami berbeza pendpt, wp perkara itu 'biasa' dlm diskusi atau mesyuarat tp nampaknya dia bersikap personal terhdp TS. malahan persepsi TS sendiri pdnya negatif belaka - dia sombong, suka memperkecil org lain, ego, berlagak hebat, sukar terima pendpt org lain, selfish, pendeknya semua sikap peribadi yg negatif. mungkin jwtn yg disandangnya, mungkin pengalaman luasnya, mungkin kekananannya yg menybbkan dia jadi begitu, terutama terhadap mrk yg lebih junior dpdnya. sbb dgn kump. yg sama 'kelas' dgnnya, tk ternampak plk sikapnya sebegitu.
pernah beberapa kali dlm meeting, kami berbeza pendpt, dlm seminar kami punya pendirian berbeza. pd beberapa perjumpaan, TS sendiri pernah 2-3 kali menanyakan soalan2 provokasi semasa dia membentang kertas kerja. itu mengundang reaksi yg 'tajam' dpdnya.
TS agak kurang senang bila boss mengajukan nama dia sbg salah seorg penceramah bengkel yg kami anjurkan. calon2 asal yg TS kemukakan, ditolak olh boss. TS memang akui pengalaman luasnya. TS tdk menolak pandangan org yg hormat pd pengetahuannya dlm bidang penerbitan. lagipun TS tdk mahu bersikp 'personal' terhadpnya. jadi TS bersikp berlapang dada, terbuka & berfikiran positif. lagipun apa pilihan yg TS ada, krn hubungan dia dgn boss TS memang kamcing.
anehnya, sepanjg bengkel berlangsung, dia tdk bersikp spt dulu. tkda lagi ckp besarnya yg memperlekeh org lain, sikap ego yg mudah melenting atau apa sj yg negatif. kami berborak, duduk mkn semeja, jgk berkongsi jenaka...luar biasa sekali. spt tdk ada apa2 yg pernah berlaku antara kami. apalagi perang dingin. tembok Berlin pun boleh runtuh inikan pula ego manusia.
maka benarlah masa boleh merubah banyak perkara...

aniversari

May 29, 2009

29 mei adalah aniversari perkahwinan TS.
hari nikah kami adalah 28 mei. tapi 29 merupakan hari sambutan rasmi atau 'hari besar' sbg raja sehari. jadi 29, secara rasminya ditetapkan sbg tarikh aniversari (oleh penyimpan mohor besar raja2 melayu...hu hu).
spt tahun2 sebelum ini takdalah sambutan yg 'istimewa' sgt. bisanya pd paginya kami akan saling mengucapkan selamat sesama kami& bermaaf2an (mcm hari raya plak). kami akan bertukar2 kad ucapan aniversari (kalau tk lupa atau sempat beli...he he). sesekali tu, kalau berkebetulan ada rezeki lebih adalah hadiah yg 'tak sepertinya' sbg tanda ingatan & penghargaan setia kasih.sebelah mlm, biasanya akan mkn luar di kedai. sedikit special menunya berbanding hari biasa.
hari ni pun nampaknya mcm tu jugak.lagipun hari ni hari bekerja.
kpd wifey, TS ucap terima kasih krn setia berkongsi kehidupan yg serba sederhana ini. mohon kemaafan sekiranya sepnjng hidup bersama ini ada yg terkasar bahasa terlanjur bicara. moga jodoh kita dipelihara hingga ke akhir hayat.
selamat ulang tahun...sayang!

mencari jalan yang hilang...

tak...entri ni bukan tentang tajuk puisi, cerpen atau novel.
al-kisahnya semlm waktu nak turun lantaran tamatnya bengkel di Genting. plan asalnya TS akan 'ditumpangi' penceramah yg nak balik ke bangi. tp dia ubah fikiran & pulang dgn bas. jadi waktu lunch tu boss (yg tak bwk keretanya) bertanya pd TS "you ikut jln mana?", "lps tol gombak, terus masuk ampang-ulu klang mrr 2, tembus sg besi". jelas TS. "mmm...ok" balas boss. semasa ambik makanan (pusingan 2 atau 3...tk pasti, he he), TS terpikir, mungkin boss nk tumpang kot, cuma berkias tk ckp direct. jadi, TS pergi ke meja makannya, "kalau nak tumpang, saya boleh lalu ikiut gombak, lps tu naik ikut jln kucing, atau jln sentul atau jln phg". terang TS. "kalau tk menyusahkan, i nak tumpang, bolehla" jwb TS.
pukul 2:15 kami mulakan perjalanan. sepnjang jln tu kami rancak berborak. boss lansung tk cerita hal berkaitan bengkel atau hal ofis. tp cerita hal semasa, hal kampung, pasal cuaca, pasal rumah yg dibelinya, tentang tol dsb. bila hampir tiba di kwsn perumahannya, boss kata "jln biasa ke rumh saya tutup sbb construction, so kita kena ikut jln long cut sket". maka TS pun memandu ikut arahnya "masuk simpang kanan...masuk ke kiri...lepas sekolah tu belok kanan...lepas deret kedai ni masuk kanan..." TS sebenarnya keliru, entah berapa simpang ke kiri atau kanan yg dilalui td. tp diam je. "boleh ingat ke..." tanya boss, mungkin perasan lihat muka TS berkerut. "boleh kot...". sampai di rumahnya, boss ucap terima kasih. dia ajak singgah (ajak2 ayam la tu) tp TS menolak dgn senyum je.
spt diagak, memang hanya ingat 2 simpang pertama aje dr rumah boss. lepas tu, semuanya kabur. maklumla kwsn perumahan, setiap rumah kelihatan sama, setiap simpang serupa aje...& bnyk pulak tu. so, pakai redah jelah. 2 kali TS buat u-turn, ikut ingatan yg samar2 td. akhirnya TS putuskan ikut aliran kenderaan. kalau banyk tentu akan menuju jln utama. keputusan yg bijak (dpd otak yg pintar...hu hu) tepat sekali aliran kenderaan menuju jln utama.
wp bukan jln yg sama yg dilalui bersama boss td, tp sekurang2nya dh sampai jln utama. TS dah boleh agak jln keluar. lg pun bnyk tanda arah.
jln yg hilang dah ditemui...

Genting tidak lagi sesejuk dulu...

May 28, 2009

sejak tahu akan mengikuti bengkel, TS dh ingtakan diri sendiri jgn lupa bwk jaket atau baju tebal. tentu cuaca di sana sejuk, esp waktu mlm. tiba hari ke sana, TS bwk 2 jaket & sehelai baju tebal. tapi cuaca di Genting tdklah sesejuk dulu. wp hujan kerap turun spt mana lazimnya di kaw. tanah tinggi atau pergunungan, masih tdk sejuk spt dijangka atau sepatutnya. catatan suhu yg terdpt di lobi hotel mengesahkannya antara 26.8-29C sj wp. waktu mlm pun, tklah sesejuk mana. bukan TS sj yg rasa begitu tp hampir semua org yg pernah berkunjung ke sini.
TS akui sedikit terkejut dgn suasana ni. pengalaman peribadi TS yg sudah bnyk kali ke sini. malah TS pernah bekerja di Genting waktu menunggu result spm dulu. sejak tu jgk sudah beberapa kali ke theme park. malah antara destinasi honeymoon jgk adalah di Genting. cuacanya sejuk, sentiasa berkabus. kalau tk pakai baju sejuk atau jaket...pastinya menggigil kesejukan. nk mandi pagi pun fikir 2 kali. malah cuaca itulah yg menjadi daya penarik Genting sbg pusat pelancongan & destinasi percutian.
tp sekrg cuacanya jauh berbeza. "global warming..." menurut rkn TS. "bnyk pokok dah tebang, bnyk bangunan dah naik di sini" kata prof. nik. mungkin betul kata mrk.
sbg seorg yg pernah jadi "warga kerja" di sini suatu waktu dulu, pastinya TS paling terasa sekali perbezaan itu.

Tukang cuci kipas

Hampir setiap rumah ada kipas angin. Fungsinya semua tahu, untuk mengurangkan kepanasan dalam ruang atau bilik. Tentunya rasa kurang selesa duduk dalam ruang tertutup tanpa kipas. Rasa rimas, berbahang, udara seakan tepu, terkurung. Betul, trend sekarang ramai yg guna air-cond. Tetapi tak semua mampu. Membelinya satu hal, membayar bil elektrik bulanan, satu hal lagi. Perlukan upah maintanence bila dah guna lama.
Jadi masih ramai yg guna kipas, murah & jimat.

Tapi apa saja barangan yg kita gunakan, perlu dijaga. Kipas yg sentiasa berpusing, memerangkap habuk pada bilah-bilahnya. Terutama kipas siling. Agak formal pulak penerangan yg aku buat ni. Ok. Dipendekkan mukadimahnya. Aku cuma nak tanya, siapa yg perlu bersihkan kipas di rumah?

Setiap kali kita berkunjung ke rumah sedara-mara, kawan-kawan, rakan sekerja atau kenalan, kipas mereka sentiasa berpusing. Jadi kita tak boleh nak mengagak, sama ada kipas tu bersih. Atau sudah berapa lama tidak dibersihkan. Atau berapa cm tebal habuk pada bilahnya. Haa, kalau mahu, suruhlah tuan rumah, matikan suis kipasnya, dan dari situ kita bolah agak sudah berapa lama ia tidak dicuci. Selain tu, kita juga boleh ukur, rajin tidaknya tuan rumah itu. Tapi, mustahil kita akan buat begitu bukan…?

Jadi, siapa gerangan yg ‘bertanggungjawab’ mencuci kipas di rumah? Di rumah aku, akulah orangnya. Tak perlu disuruh, setiap sebulan sekali bila hujung minggu, aku akan mencucinya. Kadang-kadang setebal 2cm habuk yg melekat pada bilah kipas siling. Nak cuci kipas siling kena panjat tangga, atau guna kerusi tinggi. Ada risiko, boleh terjatuh, jika tak berhati-hati. Jadi aku tak mahu anak-anak kecilku mengerjakannya. Aku jugak tak tergamak nak suruh wifey, panjat tangga & cuci kipas. Boleh saja, gunakan penyapu sawang. Tapi persekitaran akan berhabuk, dua kali kerja. Lagipun, tidak bersih sepenuhnya.

Ini perkara asas. Tapi tak ramai yg rajin melakukannya. Ia sebenarnya menggambarkan sikap kita pada kebersihan ruang persekitaran rumah kita. Kebersihan yg perlu dijaga. Di samping mewakili penampilan kebersihan kita di mata orang lain atau tetamu yg datang. Rajin atau tidaknya kita memelihara rumah. Iyalah, apa jadi bila ada tetamu datang ke rumah, sedang mereka menikmati hidangan, tiba-tiba habuk daripada kipas angin terjatuh ke dalam gelas minuman mereka, atau dalam mangkuk mee sup mereka, atau pinggan nasi mereka…tak ke haru…!

++++++

Entri ini aku tulis sebaik selesai mencuci kipas angin di rumah…he he

Bateri caj semula

biasanya setiap kali aku ambik cuti yg sudah dirancang.
setiap cuti yg aku ambik ada keutamaannya. dalam senarai teratas ialah perkiraan cuti sekolah. sebab biasanya aku tak selesa bercuti seorang diri.
selain itu cuti untuk bereskan urusan tertentu yg memerlukan aku mengambil cuti.
tapi cuti kali ini aku ambik tanpa sebarang perancangan.
aku sendiri tak pasti kenapa aku ambik cuti kali ini. 3 hari pulak tu...
yg nyatanya, bila aku imbas kembali, cuti kali ini dipengaruhi emosi.
ekoran keputusan mesyuarat pada 11 jun lalu, masih berbekas. memberi kesan mendalam pada fikiranku. hingga sedikit menjejaskan urusan kerja.
tumpuan kerja juga sedikit hilang fokus. sampai begitu sekali kesannya.
jadi cuti ini aku ambil tanpa sebarang tujuan. semata-mata kerana mahu bercuti. mahu caj semula bateri. mahu buangkan kesan negatif, kalau tidak semua pun, mungkin sebahagiannya.
mujur ada rakan sekerja yg ambik berat. malah meminjamkan komputer ribanya utk aku gunakan sepanjang cuti ini...

Bateri caj semula

biasanya aku akan hanya bercuti kalau ada perancangan tertentu.
keutamaan bercuti kalau ada urusan penting. atau sengaja mengambil kira cuti sekolah. atau menguruskan sebarang urusan yg perlu dibuat segera.
tapi aku mengambil cuti kali ini kerana dipengaruhi emosi.
apa yg berlaku di kompeni aku lebih-lebih lagi keputusan mesyuarat pd 11 jun masih berbekas. bukan sedikit tetapi besar kesannya pada emosiku.
mendalam pengaruhnya, hingga mengganggu urusan kerja & berlegar-legar di fikiranku.
sejak hari itu, sebenarnya aku cuba mengelakkan daripada berhubung lansung dengan boss & staf berkenaan.
sudah dua kali dalam tempoh sebulan aku mengambil cuti. sesuatu belum pernah aku lakukan sebelum ini. kali ini aku mengambil cuti tanpa memikirkan keutamaan. bukan pada cuti sekolah. malah aku langsung takde perancangan untuk mengisi cuti 3 hari ini.
aku rasa sedikit tertekan. letih memikirkan perkara yg sepatutnya dibuat lebih baik, digagalkan oleh orang lain. perancanagn kerja aku juga terganggu. tumpuan dan fokus pada kerja agak tersasar.
mungkin itu hikmahnya, aku mengambil cuti tak dirancang ini. untuk berehat. caj semula bateri.
mujur juga seorang rakan seofis yg bermurah hati, meminjamkan komputer ribanya untuk aku gunakan sepanjang cuti ini. dapatlah juga aku isi masa terluang melayari internet sepuas-puasnya.
terima kasih TD

kanak-kanak dulu, kanak-kanak sekarang...

dlm 2-3 hari ni TS bnyk berborak dgn SF. sbb kami sama2 jadik urus setia bengkel. ada aje masa terluang spt di meja mkn ,kami akan berborak. kami hampir sebaya. mungkin kami tk rpt di ofis sbb urusan kerja membatasi masa terluang. jadi peluang sebegini kami gunakan. bercerita tentang rkn pjbt lain, bercerita tentang boss, keluarga, anak2, kisah hantu & mcm2 lagila. cuma yg paling seronok bila berkongsi cerita zaman kanak2. kisah main nyorok2, kejar-kejar, polis sentri, roundas, main batu serembang, kereta sorong, main galah panjang, konda-kondi, getah tembak, getah gundu, main guli, main tuju lubang, baling tin, main tutup botol, jugak main tembak-tembak dpd senapang yg dibuat sendiri.
mcm mana senapang menggunakan peluru terung palembang. sukarnya membuat senapang yg dibuat sendiri menggunakan papan yg dibentuk menggunakan parang (yg sepatutnya guna gergaji). lalu TS ceritakan kisah mengopak papan dpd reban ayam arwah abah semata2 nk dibentuk jadi senapang kayu.
alam kanak2 dulu yg menyeronokkan dgn pelbagai 'aktiviti' luar.yg kanak2 skrg tak pernah dengar & tk pernah tau. yg mrk tau main PS2 atau tengok cerita kartun di astro. walhal dulunya tv adalah barangan mewah yg tk semua org mampu memiliknya. budak2 hari ni, duduk di rumah aje atau bermain permainan yg hampir semuanya menggunakan kuasa bateri. mainan yg mahal2 belaka dibeli di kedai. sdgkan kanak2 dulu hasilkan permainan tanpa gunakan duit sesen pun. kanak2 abad 21, tk kreatif langsung. membosankan!

sarapan atau...?

May 27, 2009

minggu ni TS berada di sebuah hotel di genting highlands. olh sbb bnyknya makanan yg dihidang, jadi perlula 'dicuba'. entah kenapa pg ni TS gatal tgn mencatat apa yg dimkn pagi ni pd sehelai kertas tisu. maka dptlah senarai yg panjang ini:
jus oren,
jus guava,
teh,
lontong,
bubur nasi,
nasi lemak + ayam rendang,
french toast ( 3 keping)
potato wedges,
tosei,
kuih muih (4 jenis)
boleh percaya ke?

kembali ke puncak Genting

sejak smlm. entah kenapa badan tk berapa sihat. jadi pg ni digagahkan jugk pergi klinik. sbb ptg ni nk ke Genting sbg urus setia bengkel. janji dgn rkn spjbt nk memandu ke sana dlm 10:00-10:30.
jam 10:00 dh sampai di 7-11 dkt stesen minyak di sg besi. isi minyak & beli sandwic, nasi lmk & air 100+ (baik utk org demam kata doktor). lps tu bergerak ke ofis. dpt sms dpd rkn ofis yg dah menunggu. masih on time ikut bajet TS. nasib tk baik sampai susur masuk PJ melalui highway salak south, jln sesak yg amat. ikut jln alternatif melalui old klang road. tklah berapa sesak, tp perlahan sbb trafik lightnya bnyk. masuk susur federal highway, jln sesak jgk. ini memang kes nak mendera ni. terpaksa guna skil pro utk cilok tp tk melanggar undang2 jln rya ...he he camane tu. sms lg dpd pejbt. dah tk sabar dah. yelah dh dekat 45 minit dpd sms awal di sg besi td. dah dekat dah tp jln dekat dgn ofis pun th apa hal sesak jgk! terpksala skil mencilok digunakan sekali lg.
rupanya2 ada pendaftaran student baru hari ni...laaaa. rkn sepejbt sms lg. mrk dh bertolak. takut lewat plak. "im here but stucked" TS balas smsnya. sampai di pjbt terus aje TS angkut apa yg patut: lcd, laptop, extension plug, kertas & printer. lps tu terus pecut menuju genting. melalui bangsar, ke lebuh mahameru, susur jln pahang, menuju setapak, masuk highway duke terus ke highway karak. mcm biasa lepas tol gombak, mulala jln koner baring, terlentok kiri & kanan. takde hal sbb memandu seorg je. sampai di lokasi penginapan jam 12:oo. ternmpak kelibat rkn pejbt di pintu masuk hotel. "baru je sampai, mesti u drive laju ni" katanya.(sbb mrk bertolak 40 minit lebih awal...)"takdelah, you yg bwk perlahan kot" jwb TS.

misteri makcik jual kerepek

May 26, 2009

kira 1 bulan lps, wktu ptg, sdg TS cuci kereta didatangi seorg makcik . dlm lingkungan umur 60-an
jlnnya perlahan. berpeluh2 sambil menjinjing bungkusan plastik besar di kedua2 tgnnya.
lps beri slm, makcik td rupanya menjual kerepek. ada kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek keladi dll. harganya rm10 utk 3 bungkus. memang murah. bukannya TS nak beli sgt. cuma sbb kesian dgn makcik tu, belila jgk.
minggu lps makcik jual kerepek dtg lg. tp bkn makcik yg sama. jual kerepek jgk. harga yg sama 3 bungkus rm10. lalu TS bertanya pdnya, sbb makcik tu tentunya bkn dr kwsn perumahan sekitar. memang TS tk kenal. bila ditanya katanya dia bukan 'org sini' tp dr ulu langat. dtg jual kerepek sampai ke sini. "dtg ke sini dgn apa?". jwb makcik tu "org hantar dgn van". "siapa hntr". "adalah org hntr, kalau bnyk jual dptlah (komisen) lebih" terangnya, agak lurus yg tanpa disedarinya 'membongkar" rahsia. "makcik org susah, buat kerja ni dptlah buat duit sikit". TS beli jgk kerepeknya tp dgn perasaan curiga nk tahu. adakah ini jgk sbhg dpd sindiket sama spt org oku mintk derma, anak yatim mintk derma atau 'ustaz' mintk derma buat surau yg biasa dijumpa & masih berleluasa.
hari minggu yg lalu, makcik jual kerepek dtg lagi. kali ini, makcik sama yg dtg sebulan dulu. kali ini TS tk beli dpdnya. wp rasa kesian tgk makcik tu berjln ke hulu ke hilir dgn susah pyh. utk pastikan cerita makcik yg dtg sebelum ni, TS ekori makcik tu dr jauh.
bila tiba di jln utma sudah sedia sebuah van dgn drebarnya menunggu. dlmnya ada 2 org lg makcik yg sebaya.
nyatalah gerak hati TS sblm ni, makcik2 tu digunakan olh sindiket. mrk gunakan tenaga makcik2 yg dah berumur utk jual kerepek sbg 'kerja niaga'. ini semata2 bertujuan menagih simpati pelanggan yg membeli kerepek!
memang mangkuk hayun beul mrk yg memperguna kudrat tua utk kepentingan & keuntungan mrk! kalau sekali lagi mrk dtg TS akan ambik tindakan report pd pihak berkuasa. mcm mana pulk nasib makcik2 tu ye nanti?

sila caj bateri...

May 25, 2009

dlm dunia serba canggih ni,kenapa masih bergantung pd bateri?
bateri pulak perlu di cas. kalau bateri kereta, kong, kereta tk blh start & tk blh jln.
kalau bateri h.p habis, tklah nk buat apa2. rasa mcm terputus dr dunia luar.
kalau bateri lap top habis. kena cas bateri. kalau tk, tk boleh gunala. tk boleh surf internet. tk dpt baca e-mel.tk boleh update blog
hari ni bateri h.p TS kong. terlupa nk caj sjk 2-3 hr ni.
dhla tu, ptg ni kena outstation. kena hadiri bengkel,
kenapala tkda teknologi dicipta spy bateri tk pyh dicas.
kan senang...

susahnya kalau orang tak reti bahasa...

May 24, 2009

kadang2 pd ptg ahad, TS bwk anak2 ke tmn permainan tk jauh dr rmh.
tmn tu ada byk alt permainan, tk mcm di dpn rmh yg agak terhad.
trek joging jgk disediakn.
tp ptg td, tmn permainan tu ditwn sekump. remaja.
melepak di tmn tersbt. malah bermain di papan gelongsor & buaian.
wp ada dgn jelas papan tanda, 'hanya utk kanak2 bwh 12 thn aje'.
dgn muka tk malu mrk tersengih2 bermain. sdgkn mrk tau gelagat mrk tu tk disukai.
ada seorg bapa yg cuba menegur perbuatan mrk, tp mrk yg tk reti bahasa tu buat tk tahu je.
ibu bapa yg bwk ank2 mrk ke situ kelihatan meluat dgn ragam mrk tu.
menyampah dgn gelagat kump. tsbt, ramai yg ambik keputusan balik aje sdgkn anak2 mrk merengek nak main.
TS pun bwk anak2 balik wp dpt 'bantahan' anak2.
itulah antara sbb byk alat permainan di tm kanak2 yg jahanam. angkara kump. org dewasa yg tk reti bahasa. bnyk lagi tmpt lain mrk boleh melepak atau berkumpul. kesian budak2 dah la nk main dpn rumah, bahaya sbb kereta lalu-lalang. tempt yg slmt pun dah tk slmt bagi mrk.
tu br umur sthn jagung dh buat perangai tk reti bahasa, bila dewasa nanti dibimbangi lebih parah...

bila anak tak balik ke rumah selepas sekolah...

May 23, 2009

tgh hari smlm, pengasuh di nurseri telefon wifey mengatakan erol tk naik van yg sepatutnya dia naik utk balik dr sek. agama ke nurseri. biasanya erol akan blk ke nurseri utk transit sblm ke sek. sebelah ptg. sepatutnya dia akan balik naik van bersama abgnya, eril. tp hari ni eril naik van yg lain sbb bdk sek. yg ada aktiviti koku dll di sek. keb. dibenarkan pulang awal.
kebetulan TS sdg meeting. jadik mintk kebenaran boss utk buat panggilan telefon perkara emergency.lalu TS telefon drebar bas/van yg biasa ambil & hantar erol. jd. dia ambik tindakan segera bila dibgtau yg eril masih belum sampai di nurseri. lalu mengambil eril yg 'tercicir'.
sebenarnya, erol sudah dipesan spy jgn naik kenderaan org yg tk dikenal. dia tkkan ikut sesiapa pun wlp jiran sebelah rmh TS. itu sudah terbukti beberapa kali & jiran TS tu yg bagitau. masalahnya, drebar van yg biasa dia naik, terpksa hantar sekump. bdk sek. yg perlu pulang awal (sama spt. eril). jadik, van lain (dpd sykt yg sama) ditugaskan mengambil erol. masalah makin rumit bila drebar tu (yg gantikan drebar asal) tk berapa kenal 'penumpang' vannya. jd bila semua dh naik (kecuali erol), dia pun blah. maka tinggallah erol, terkonteng-konteng sbb tk naik van tsbt.
itulah yg sebenarnya berlaku. wlp sbhg masalah disbbkan anak TS sendiri, ttp sbg org dewasa (dlm kes ini drebar tu...) patutnya lebih prihatin & btgjwb spy semua penumpangnya dipastikan dibwk pergi atau balik dgn selamat. dan tkda yg tercicir atau terlepas. mrk dibayar utk kerja sebegitu! budak2 manalah dia tau. mindanya sudah terkunci dgn perkara rutin.sekali rutin tu ditukar, mrk akan keliru strsnya akan timbul masalah sebegini.
drebar bas mintak maaf & berjanji perkara ni tkkan berulang lg...
ok. TS akan pegang janji tu. sekali ni boleh dimaafkanla...
cuma bimbang erol jadik serik dgn 'peristiwa' ni.

apakah yang boleh dibuat antara 9:00am-12:40pm?

May 22, 2009

utk TS satu aje...
M.E.E.T.I.N.G.
hari ini jumaat, 22 mei 2009
dept. meeting melampaui 3 jam 40 minit...
dah catat dlm diari...
dah jadikan entri blog...

menghimbau nostalgia di puncak Genting

mana Gentingnya...
balik dinding batu itu...



di sini suatu waktu dulu




bulan madu di awan biruuuu...hanya kita berdua

nilai persahabatan hanya berharga rm500

May 21, 2009

TS mengenalinya ketika di kampus dulu. orgnya baik. alim. pendiam.tubuhnya kecil sj...R.
berbeza sekali wataknya dgn TS. yg agak nakal. mulut kecoh.
watak berbeza itulah sebenarnya yg merapatkan kami. kami berkwn baik dr 1st year ke final year. kerap ke library utk studi sama2. wp dia ambik course lain. group mkn pun sama. kadang2 melepak sama2 atau merewang ke KL ... tak pasal2 TS 'terbabit' poltik kampus bila bertanding di prkt kolej dulupun semata2 krn pujukan R. TS pernah ke kgnya di johor semasa cuti semester. dia pun pernah ke kg TS.
dia kenal famili TS begitu jgk sebaliknya. malah dia pernah meng'kenenkan' adiknya pd TS.
TS tolak, dgn alasan "adik engko maknanya adik aku jgk, lg pun aku tk nak engko jdk abg ipar aku..."
dia jd penasihat TS bab2 agama. TS jadik kaunselornya, bab2 cinta (biar betul...serius ni). malah kami dh mcm adik beradik. bila TS pokai, dia akan hulur duit. kalau dia nk ke mana2, TS pinjamkan dia motor.
hubungan itu terus2san hingga slps tmt belajar.
slps sethn R menganggur - dlm tempoh itu TS bnyk menasihatinya agar bnyk sabar, rezki ttp ada cuma lmbt atau cpt - akhirnya dia ambik keputusan jadi cikgu melalui kpli. TS lebih bernasib baik, grad aje trs dpt kerja.menetap di KL. bila dia posting ke kota tinggi. TS ada berkunjung ke sana. dibwknya ke desaru. katanya persahabatan kami tkkan putus sampai bila2. kami berjanji akan terus berkwn hingga ada anak cucu. malah pernah berseloroh utk mengelakkan dr terputus, kami akan berbesan (mcm org dulu2 gamaknya).
dia bertemu jodoh dgn cikgu di sekolah yg sama. TS hadir pd majlis perkhwinan itu. apa nak buat jodoh TS lmbt. kawin pun lmbtla.
namun segala2 berubah dek satu peristiwa. puncanya, TS pinjam wang rm500 dpdnya utk tmbh down payment nk beli kereta. spt biasa, dia meminjmkannya tanpa bnyk soal.
hujung bulan itu jgk, TS kembalikan duit yg dipinjam tu. peliknya, 1 minggu slps tu dia menelefon sambil marah2. tk pernah TS dgr dia marah begitu. dia tuduh TS mcm2 - penipu, ambik kesempatan, mungkir janji dsb. TS terkejut & terpinga2. rupa2nya duit yg dikirim tu tk sampai ke tgnnya. sdgkan pd masa tu dia perlukan wang sbb isterinya nk bersalin. TS cuba jelaskan hal sebenar ttp dia tk menghiraunya & terus2an menuduh yg bukan2. slps peristiwa tu, panggilan telefon dpd TS tk pernah dilynnya. TS kirimkan rm500 lg utk menggantikn duit yg tdk 'diterimanya' tu. slps tu hubungan kami terputus. berkali2 TS cuba menghubunginya ttp sengaja tdk dijwbnya. majlis perkahwinan TS pun tdk dihadirinya.
saban tahun, setiap kali hari jadinya TS kirimkan kad ucapan. setiap hari raya TS kirimkan kad, ke alamat terakhirnya. ttp tk pernah dibalasnya. hinggalah akhirnya terpaksa menerima hakikat yg amat pedih, bhw TS sudah kehilangan seorg sahabat hanya kerana rm500.
di sebalik kemelut melanda pasti ada hikmah. mungkin persahabatn kami tdk pernah 'teruji' sblm ni. bila diuji, kami gagal memperthnkannya. mungkin bkn sbb rm500 itu, tp salah fhm semata2...

sneak preview (before the finale...)

cr7 tgh bodek kapten. evra pun nk join gak...
superstar pun kena ikut gak ckp atuk alex...
taken from manutd.com

kisah dari korea (dari mulut org...)

takda kena-mengena pun antara TS dgn korea.
semlm dr. z, pengerusi projek/bengkel buku dtg ke ofis.
nk serahkan draf akhir yg dia dh semak. pnjg lebar kami bincang semua 'perkara berbangkit' berkaitan buku tu. dr. z baru balik dr korea. ahad ni dia nk ke filipina. lepas tu, hari khamis strsnya ke istanbul.
uargh...melancong sakan! bukan camtu...dr. z ikut seminar & jadi jemputan bentang kertas kerja. dr. z bercerita tentang korea, tentang winter sonata, seoul & penduduknya.
lalu dr. z menyimpulkan gambaran tentang korea dlm 4 perkara...
1. org korea cantik2 belaka...kulit mrk licin & halus
2. org korea slim2 belaka, tk ramai yg boroi...oops, obes - berkait dgn amalan pemakanan mrk
3. org korea sgt punctual - itu sbb kalau temu janji mrk tk sebut 10 stgh sebaliknya 10:28!
4. negara korea sgt bersih - susah nk nmpk sampah wp daun kering!
itula sudut pandang dr. z, mungkin org lain yg pernah ke sana, lain plk pdngn mrk.
bila la gamaknya akan dpt ke sana yek...

lebih mudah utk cari alasan

May 20, 2009

ujian memilih jawapan yg sesuai
1. kalau buku tk siap ikut jadual
- salahkan designer yg lembap buat cover
- type setter asyik mengular ke mid veli
- kalau ikut jadual pun, bukannya marketing boleh jual
- buat kerja mcm nak mati pun gaji/pgkt tk naik jgk
2.kalau team bola feberet kita kalah
- team tu bajet besar beli world class player, harga juta2, tp team kita...
- team tu menang nasib je (wp 3x berturut2...hu hu )
- team kita muda2 lagi, 50 thn lagi okla tu...(hint: arse)
- dah lali, 20 thn tk menang, apa ada hal (hint: pool)
3.bila eksiden kereta
- org tu bwk kereta mcm mat rempit
- org tu tk bagi signal
- org tu takda lesen kot
- dah memang nk eksiden, nak wat camne!
4.bila lewat masuk ofis
- jln jammedla
- tayar kereta/motor pancit
- ahh..boleh suruh officemate, clock in kan...org lain pun buat gak
- boss tk buang pun, dia warning aje

:-:-:-:-:-: semua perkara di atas MEMANG ada kaitan dgn individu2 tertentu dlm ofis TS
tapi tkda kena mengena dgn mrk yg hidup atau mati...?! he he he

teknologi buatkan kita semakin keliru?

peristiwa tgh hari isnin itu buat TS tk tahu sama ada nk marah
atau ketawa.
keliru & memeningkn kepala satu hal. lucu pun ada.
semuanya bermula dgn satu panggilan telefon.
no tel. pd skrin hp TS tk diregisterkan. tk dikenali.
mr A: hello, apa khabar...
TS: baik.
mr A: lama kita tk jumpa ye. ni A la.
TS: ya, ya (dlm kepala tgh ligat berputar...siapa gerangan pemanggil ini)
mr A: aku dkt ofis engko ni boleh dtg tk.
TS: ye ke, dtg aje la. aku ada kt ofis.
mr A: jap agi aku sampai, aku call blk.
sambil menunggu, fikiran masih mmbygkn siapa agknya org tu. ada 2 lagi kwn TS yg serupa namanya dgn si pemanggil. nmpknya TS silap org td. cuba bersikp positif, tk apalah. bila dia dtg nanti, pasti boleh kenal.
15 minit kemudian
mr A: aku dh sampai depan ofis ni.
TS: haa...masukla.
2 minit kemudian
eh! mana pulak mamat ni tk masuk jgk. kata dh sampai.
lalu TS keluar ofis. berdiri di luar. tk nampak pun kelibat sesiapa.
telefon berbunyi lagi.
mr A: aku kat sini ni...
TS: biar betul, aku berdiri kat luar ofis ni, engko kt mana.
mr A: sinilah, @#$%&*+ kan?
TS: yalah tu. aku kat luar ni, tkda sapapun. cuba engko angkat tgn ke, hon kereta ke.
senyap...
masih tk nampak byg mr A. halimunan ke gamaknya!
TS ke bengkel printing. tanya staf di sana. ada ke org cari TS. tkda kata mrk. makin pelik ni.
misteri nusantara betul...
dlm pd tu. sekali lagi telefon berbunyi
mr A: eh engko kerja kat @#$%&*+ kan. aku kt parking bwh pokok ni.
TS: @#$%&*+ mana? engko kt KL ke bangi? (dpt agak sbb parking di ofis TS tkda pokok)
mr A: laaa...engko kt KL ke....bertuah betul.
TS: abis tu, yg engko ckp dh sampai dpn ofis tu pehal.
kami sama2 ketawa. rupa2nya mr A berada di bangi, sykt penerbitan jgk. 36 km dpd tempt yg TS cari & sepatutnya kami berjumpa.
mr A berjanji akan telefon & dtg ke KL tempat TS bekerja.
bukn hari ini. mungkin dlm masa terdkt.
moral peristiwa ni.
bukan teknologi yg mengelirukan. tp org yg menggunakan teknologi itu yg keliru...

jangan pakai spek hitam kalau...

May 19, 2009

ptg itu seorg mat kacak ke mini market. dipesan olh isterinya beli bahan2 utk memasak.
mat kacak terkial2 mencari brg yg dipesan isterinya. seakan2 tersesat dlm mini market. seolh2 pertama kali beli brg basah. di tgnnya sekeping kertas, senarai brg yg hendk dibeli. tiap kali tk jumpa brg dlm senarai, dia akan bertanya pd kasyier. "mana udang kering?" "mana sardin?mana santan kelapa?" kemudian dia berlegar2 di tempt sayur. "mana daun kucai & daun bwg" tanyanya lagi. muka kasyier kelihatan semakin jengkel. ditunjukknnya tempt daun bwg & kucai. "yg mana satu daun kucai & yg mana daun bwg, saya tk kenal..."tanyanya lurus bendul.lalu ditunjukkanlah olh kasyier yg baik hati. kemudian mat kacak kelihatan memilih bwg besar. nampaknya dia membelek2 bwg dgn berhati2 sambil terdengar sedikit merungut2.

masa yg sama seorg mat ofis br pulang dr kerja, singgah di mini market yg sama.
mat ofis dh biasa ke situ. dia pesan pd pembantu kedai. 'ayam separuh, potong sedang'. lps tu dia ambik telur 10 bijik & sayur kobis separuh. sambil menunggu ayam dipotong, dia memerhati gelagat mat kacak.

di kaunter bayaran, mat kacak komplen pd kasyier. "bawang ni tk berapa elokla, tp tkda choice saya beli jgk". selesai byr, si mat kacak pun beredar. kasyier hanya senyum kelat. lps tu giliran mat ofis pulak byr. "tahu tk kenapa mamat td kata bwg kat sini tk berapa elok?". "entah, setau saya, org lain takde pulak komplen..." jwb kasyier, sedikit keliru.
"sbb dia pakai spek hitam, itu pasallah semua bwg tu nampak tk berapa nk elok!" jelas mat ofis (yg watak sebenarnya ialah TS sendiri) pd kasyier....dan kedua-dua mrk tergelak besar...kah kah kah!
jadi mesejnya ialah, jgn pakai spek hitam kalau beli bawang!

engkau masih belum mengerti, syafiqah...

minggu ini periksa pertghn thn. maknanya semua org kena hadir sepnjng minggu ni, tk boleh tdk.
mlm td semasa mengulang kaji, erol bercerita pasal kwn sekelasnya syafiqah.
"pa, td syafiqah tk dtg periksa".
"nape dia tk dtg? sakit ke, demam kot?"
"cikgu ckp, papa dia meninggal dunia..."
"ye ke, papa dia sakit apa?"
"meninggal sbb eksiden"
innalillah...dlm hati TS.
"kesian dia, kan papa..."
TS terdiam. tiba2 fikiran menerawang jauh. wp tk mengenal insan kecil bernama syafiqah itu, TS berasa simpati pdnya. pd familinya...
pd usia semuda itu, (spt erol 8 thn) dia kehilangan ayah. hilang tempat bergantung.
hilang tempat bermanja. sesungguhnya pasti dia belum mengerti, mengapa begitu cepat ayahnya pergi.
pasti hari2 mendtg, tdk sama seperti hari yg dilaluinya dulu.
al-fatihah utk ayah syafiqah, wp TS tdk mengenalinya...

kenapa perlu ada hari khas

16 mei. hari guru.
"naper papa tk beli hadiah. kwn erin bagi hadiah kat teacher. erin tak bwk pe-pe." rengek erin pd ptg jumaat lepas sebaik TS pulang dr kerja. "tk pela. erin kecik lagi. nanti bila dh masuk sekolah, bolehla bagi hadiah" TS memujuk.
teringat zmn TS sekolah dulu. di sek menengah, pelajar yg organisekan acara utk hari guru. jadik guru tk boleh menolak & tk perlu uruskan apa2. hari utk meraikan mrk.
seingat TS antara acara yg popular di sek utk hari guru,
1. nyanyian spontan, iaitu melalui cabutan nama dlm 'kotak beracun'. jadi nama cikgu yg 'tercabut' kena naik pentas & nyanyi - arghh sumbangnya! pitching ke laut!
2. lwn netball antara cikgu lelaki dgn pelajar lelaki - haru...mcm ragbi jadiknya
3. lwn bola sepak antara cikgu perempuan dgn pelajar perempuan, mesti pakai kain/skirt - pelajar lelaki gelak sakan!
4. tarik tali cikgu vs pelajar - selalunya cikgu yg menang, boroi2 belaka
cikgu2 yg pernah mengajar TS sentiasa ada dlm ruang kenangan yg istimewa di hati TS. terima kasih cikgu...
tak perlu pun ada hari khas, hari-hari adalah hari guru sama spt hari ibu.
TS sendiri hampir2 bergelar cikgu, jika tdk krn ubah fikiran saat akhir. rezeki masing2 kan...

tunas kadet remaja

May 18, 2009


haa...ni la dia aksi model kadet remaja sekolah.
tak sabar2 nk pakai uniform. fitting kat rmh.
bagus gak, kat sekolah skrg ni ada mcm2 aktiviti
& kokurikulum.
bagi bebudk disiplin sikit.
tp cikgu pun kenala jgk proaktif.
jgnla srh bdk tahun 3 beli sdr uniform di kedai.
bukanke lebih senang & murah kalau cikgu
sdr urus beli

sepanjang jalan kenangan...6

TS 'terjebak' dlm dunia penerbitan bila hadir dlm temu duga di sebuah sykt penerbitan swasta yg agak terkenal pd masa tu. wp sebenarnya TS sdg bekerja di sebuah sykt lain. dlm temu duga tu ada 8 org yg hadir semata2 utk jadi editor buku. sbhg sesi temu duga, kami diminta menjalani ujian bahasa, terjemahan & penyuntingan. olh sbb TS lulus cemerlang - hanya salah 1 dpd 50 soalan, TS dipanggil utk pusingan kedua. temu duga dgn publishing manager. akhirnya seminggu kemudian dipanggil utk lapor diri. tugas TS amat berat, menggantikan editor yg agak senior (meletak jawatan krn tdk puas hati dgn management yg tk beri bonus yg dijanjikan). mengendalikan buku teks - dulu buku teks kementerian adalah secara tender terbuka utk sykt bumi/non-bumi. TS satu2nya editor syeksen yg digelar rookie - tkda pengalaman & masih muda (baru grad setahun). yg lelain syeksen diketuai olh senior editor.
hari pertama sj, TS sudah kena stayback utk overtime. begitula hari2nya sepanjang thn pertama. termasuk kerja pd hari sabtu/ahad/cuti umum. saban hari sampai di rmh jm 10:00mlm. malah bayaran overtime yg diterima setiap bulan hampir sama dgn gaji bulanan!
bukan itu sj, setiap sebulan sekali TS kena 'menghadap' pegawai bhg buku teks kementerian. menilai semula manuskrip & membaikinya semula mengikut silibus & garis panduan.
pd tahun itu shj, sykt kami mendpt 4 tender buku teks. bygkan satu kontrak tender sebuah sykt penerbitan boleh dpt untung bersih 1.5-2 juta setahun. kalau empat?. menariknya editor yg mengendalikan buku teks 'ditatang bagai minyak yg penuh' atau anak emas syrkt. kami diberi sepenuh bantuan. apa sj yg diminta sama ada kewangan atau bahan teks akan diluluskan. cuma yg seriknya nak cuti memang tk dpt, termasuk cuti raya. tp cuti kami diganti dgn 'angpau' yg lumayan jgk. editor buku teks jgk disediakan kereta & pemandu sykt utk ke library, berjumpa pengarang, mencari bahan teks, meeting dgn pegawai kementerian - hatta ke mana sj. pernah satu hari, big boss berikan kereta & drivernya utk kegunaan TS krn kereta sykt yg lain digunakan serentak!
bila buku siap pd hujung tahun, para editor buku teks diberi bonus 3 bln! (malangnya editor yg letak jwtn sebelum TS tu...). TS kerja di situ tk lama. ibarat pemain bola sepak profesional, TS 'dipancing' & 'dibeli' olh sykt lain pd thn berikutnya. yg jgk dpt tender buku teks. yg seronoknya sbg editor yg 'dlm senarai utk dibeli' - kita boleh tawar-menawar harga...boleh 'demand gaji & syarat2 lain yg memihak pd kita.
jd pd tahun berikutnya, TS kerja dgn sykt baru, dgn jawatan baru, gaji baru & kereta baru!
bkn tamak tp utk masa depan lebih baik...

slps beralih angin, khabarnya sykt sebelum ini hadapi masalah kewangan. ada kaitan dgn ketiadaan tender & kena saman krn guna perisian cetak rompak. skrg ni sykt tu pun dh berkubur. apapun di situlah karier TS sbg editor bermula...

screening atau sekadar bahan eksperimen

pg jumaat TS pergi saringan kesihatan/ screening ditaja majikan.
thn lps tk pergi pun. sbb TS dpt agak ada 'udang sebalik mi'. nk jadikan kami responden kajian.
ttp bila fikir balik, yg ianya 'percuma' , digagahkan jgkla pergi. sampai di sana, tk ramai org sbb dah masuk 'masa kecederaan'. sbhg staf dh mula berkemas.
adalah dlm 3 org sdg ambik sampel darah.
wp penganjur sendiri yg hantar surat panggilan, ttp masih perlu jgk kena isi borang. ni yg letihnya.
mula2 TS ambik blood pressure. stafnya tanya pasal sejarah kesihatan spt pernah merokok tk, ada masalah kesihatan tak, ada penyakit tak dsb biasala soalan2 standard. bacaan B/P, katanya quite good. lps tu, staf tu mintk kebenaran nk ukur B/P guna 'mesin baru' yg sdg diuji. dia hulur satu borang utk disign.TS menolak dgn baik. "kalau tk nak boleh ke?'. katanya 'tk nak tk palah' dgn senyuman tawar.
lps tu ukur tinggi & berat. mrk mintak TS bukak kasut. TS tk nk. "boleh tk, tk nak bukak, kasut saya tk sampai 1 kilo pun". staf tu ikut sj wp mukanya agak berkerut.
"tinggi tak pyh ukurlakan, tinggi saya dah tk naik dah..." kata TS bila dimintak ukur tinggi. muka staf tu makin berkerut . "bnyk songeh...' mungkin katanya dlm hati.
lepas tu ukuran pinggang & pinggul diambiknya. TS tanya 'buat apa ni..." jwbnya"nk ukur obes tk obes".
lps tu mrk mintak kebenaran nk ambik sampel DNA utk buat kajian kaitan obesiti dgn genetik. kalau setuju, TS dimintak sign satu borang lagi. TS menolak lagi 'kalau saya tk nk, boleh kan...' 'terpulang pd encik, no problem' balas staf terbabit. dahinya makin berkerut.
peringkat seterusnya ambik sampel darah. utk ukur paras kolesterol, lipid & glukosa. kali ni tk da apa2 mesin/ujian/alat lain.
sampel darah akan diuji secara klinikal. resultnya dpt diketahui dlm masa sebulan secara online. selesai.
dlm perjlnn balik ke ofis, TS berkata sendiri 'dah agak dah..."

kita pun boleh jadi interior designer macam eric leong

May 17, 2009


olh sbb baru beli tv baru, tv lama perlu dialihkan.
bukan sbb tv lama rosak, masih baik & boleh guna lagi wp dh berusia 10 thn.
cuma nk kelainan & tv bertekno baru...
soalnya nak dialihkan ke mana.
sbb sabtu ialah hari kerja wifey, TS ambik alih cuba2 nk jadik interior designer.
tv tu dialihkan ke bilik eril/erol. tp yg jadi cabarannya, mcm mana nk susun atur bilik utk muatkan tv tanpa perlu buang apa2 yg dah sedia ada dlm bilik tu.
maka bertungkus lumuslah TS mengerjakannya seorg diri.
angkat itu ini. pusing itu ini. alih itu ini.
akhirnya selesai slps 2 1/2 jam.
komen2 'juri' yg diterima...
eril: mcm casa impianla, papa.
erol: mana papa tau buat camni...
erin: mcm kat hotel la
wifey: kalau camni you jela hias rumah...
TS tersenyum puas. tk sia2 mencuba. hilang penat buat kerja tu semua.

man utd crowned champions

May 16, 2009

Manchester United are Premier League champions for an 11th time after drawing 0-0 with Arsenal at Old Trafford. The title was sealed in uninspiring style - they did not have a single shot on target - though that will not concern Sir Alex Ferguson and his players.
soccernet.com

ada cuti tapi tak boleh cuti...

May 15, 2009

pagi ni semak rekod cuti online.
cuti tahunan baru ambik 7 hari. maknanya ada 23 hari lagi. jadi, kena habiskan dlm masa 7 bulan lagi.
cuti ganti ada 8. dah ambik satu, tinggal 7. akan tambah lagi 3, sbb pergi bengkel hujung bulan ni. jadi 10.
TS hanya layak dpt cuti ganti dpd overtime atau kerja luar waktu pjbt (termasuk sabtu & ahad).
kalau staf yg bwh sikit, boleh dpt overtime. malah kerja weekend boleh dpt double atau triple pulak tu.
meal allowance pun TS tk blh claim.
cuti bebanyk pun, apa ke jadah.
kalau bnyk duit boleh gak pergi melancong. bali ke. goald coast ke. paling tdk pun langkawi. tengok game, man utd kat old trafford ke! hu hu...
nk melancong pun kena ambik kira famili gak. nk angkut semua, keringla jwbnya.
masalah yg lebih besar, nk ambik cuti pun payah. kerja melambak. dh 3 bulan tk ambik cuti. ambik cuti panjang itu hari pun (3 hr je), masa awal tahun, uruskan bebudak masuk sekolah...
lagi pulak semcm ada double standard, bila TS mintak cuti panjang sikit, boss akan tulis lulus dgn bersyarat "pastikan kerja itu, ini, begitu, begini dibereskan sebelum bercuti.."
buat sakit hati je.
staf lain, senang je ambik. panjang mcm mana pun, lulus aje. itu tk termasuk, m.c & e.l diorg.
itu yg buat fikir 2-3 kali tu. nak ambik cuti 1-2 hari tak berbaloi (berbaloi-baloi kata amy search dlm iklan).
tk boleh nak plan apa2, akhirnya habiskan berehat di rumah aje.
jadik, hari ini TS nekad nak mohon cuti panjang. seminggu. awal bulan depan.
nak tengok reaksi boss...

mesyuarat selepas 5 petang...

May 14, 2009

memang pelikla kalau mesyuarat slps 5 ptg. dah nak balik dah.
apa yg dpt dicapai, kalau yg hadir asyik menjeling jam, fikiran dh melayang ke rumah, nak mkn apa mlm ni...
biasanya ini meeting lps jm 5 ertinya
ada hal tergempar.
tk dirancang. urgent.
ada masalah besar. arahan dpd pihak atasan...
5:10 interkom dpd boss. "apa jadik dgn buku CLW tu...sangkut lagi saya dengar?"
TS cuba jelas. ttp boss tk berapa jelas. atau buat2 tk jelas.
"panggil ipah, ani, ganesh masuk...skrg jgk"
5:15 pow-wow dlm bilik boss.
spt biasa masing2 memperthnkn 'kubu' masing2. ibarat peguam nizar & zambry.
"saya nak solutionnya...bkn alasan" kata boss slps hampir hilang control. selaku hakim.
boss dpt 'tangkap' punca masalahnya.
lalu arahan dikeluarkan kpd yg 'berkenaan'.
...dan org berkenaan itu bukanlah TS.

sukarkah ucap maaf atau terima kasih...

May 13, 2009

1.
ptg semalam. di pejabat.
org itu : helo...Min, nape lmbt sgt angkat fon?
TS: helo...nak ckp dgn sape?
org itu: eh..bukn Min ya..
TS: wrong number la...
org itu: tut...tut...(dh putuskan talian)
2.
mlm tadi. kaunter pasar raya.
kasyier sdg key in harga brg yg dibeli.
TS: kalau tk silap saya dlm brosur, ....ni ada special diskaun?
kasyier: biar betul encik (dgn nada sedikit tinggi).
TS: you check la...
kasyier tengok brosur. memang betul.
kasyier diam sj hinggalah selesai urus byr.
3.
pagi ini. jam 7:10. plaza tol sg besi.
muka pekerja tol, wp orgnya cantik, tp mukanya masam. muncung 10 inci. entah apa hal, gaduh dgn suami/bf ke mlm td.
baki duit tol dihulurnya. masih dgn muka mencuka.
"terima kasih..." kata TS.
barula dia senyum kelat. terasa kot!


wakaf bual bicara?

percaya atau tidak wakaf beratapkan rumbia/nipah (?) ini adalah sbhg dpd gerai pd pesta buku antarabgsa KL tempoh hari. konsep yg menarik. ia dinamakan wakaf bual bicara.
mungkin spotlight tu, boleh digantikan lampu yg lebih konvensional. manakala balang kaca berisi air berwarna biru tu ditukar dgn labu sayung atau tembikar yg berciri tradisional...tentu lebih menarik kan!
tk pulak dipastikan sama ada wakaf ini menepati fungsinya... atau sekadar 'aksesori' utk mencantikkan gerai semata2.

bila dakwat pena tertumpah...

May 12, 2009

bunyinya mcm tajuk cerpen.
teringat dulu masa darjah 6, kena pakai pen dakwat cair. maksudnya bkn pena mata bulat sekrg ni. sebaliknya kena isi dakwat ke dlm pen. dakwat tu pulak dlm botol. proses mengisinya ke dlm pen perlu berhati2. kalau tdk, tertumpah. TS selalu gunakan 'khidmat' rkn pelajar perempuan sbb mrk lebih teliti & cermat...:)
tp cerita pena dakwat tertumpah dlm entri ni tkda kena-mengena pun dgn tajuk cerpen mahupun cerita zmn sekolah.
sjk dulu TS memang suka guna pen berdakwat cair. matanya lebih tajam berbanding pena mata bulat. (mata pena lebih tajam dpd mata pedang, kan).dakwatnya plk lebih terang. bukan apa, yg lebih penting, senang nk buat kerja editing.
nk dijadikan cerita, leps habis kerja ptg smlm, spt biasa TS letak pen pd saku baju. sesampainya di rmh, masa buka baju utk diletakkan ke dlm mesin basuh, baru sedar dakwat pen tertumpah. habisla baju bertompok dgn dakwat. lagi pulak, itu antara kemeja kesayangan TS yg dihadiah olh Usu, jenama Itali.
apa nk buat, ikut kata wifey (pakar runding), peluang baju tu 'diselamatkan' amat tipis.
kemungkinan besar terjadi sbb penutup pen tertanggal, tk ditutup ketat...
boleh ke mintak hadiah dr Usu, kemeja baru jenama Itali jgk? he he

resensi...9

May 11, 2009



Judul: Skizofrenia: Penyakit Mental
Pengarang: Nor Zuraida Zainal & Jesjeet Singh Gill
Harga: RM20.00
Tahun: 2009
Terbitan: Penerbit Universiti Malaya




Skizofrenia sering disebut sebangai penyakit mental atau psikiatri paling serius dialami manusia. Pada masa lampau, skizofrenia dikelani sebagai penyakit yang tidak dapat dirawat dan membawa kesengsaraan serta rasa malu kepada keluarga pesakit yang menghidapinya. Pesakit skizofrenia dikaitkan dengan pelbagai gambaran negatif seperti "orang gila", "berbahaya", "dirasuk" dan "liar". Hakikatnya, perkembangan dalam bidang perubatan sejak lima puluh tahun kebelakangan ini, sudah banyak kajian dan maklumat diperoleh berkaitan penyakit "misteri" ini. Sekarang, penyakit ini bukan sahaja dapat dirawat, malahan pesakit skizofrenia boleh pulih dan dapat hidup, belajar, bekerja serta berfungsi sebagai ahli keluarga yang berguna seperti orang lain.
Buku ini bertujuan memberi pemahaman dan penerangan dengan pendekatan tumpuan pada penyakit skizofrenia, terutama untuk keluarga pesakit skizofrenia dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan pesakit terbabit. Diharapkan para pembaca dapat memahami punca dan gejala penyakit ini, mengetahui rawatan yang disediakan dan tindakan yang dapat dilakukan untuk membantu pesakit skizofrenia untuk pulih; seterusnya dapat menjalani kehidupan normal dan gembira di samping orang tersayang.

sumber: http://umpress.um.edu.my

tepak sirih dah tak pakai lagi

mlm sabtu, ada terima panggilan dpd abg mal. masa tu TS di tempt letak kereta dpn psr raya. tgh tunggu wifey beli brg dapur. abg mal sepupu sebelah mak. katanya nk dtg ke rumah. waktu tu dia berada di rumah kak lang TS. olh sbb TS kat luar, jadi diapun bgtau hajatnya nk jemput kenduri kahwin anaknya. 2 pasang sekali gus. tarikhnya, cuti sekolah tk lama lg.
"tkpe ke jemput pakai telefon je?' tanya abg mal. "takde hal, kalau dpt berita dpd org lain atau sms je pun saya dtg, insyaAllah" balas TS.
begitula masa berubah. takda lagi dh kena bersusah pyh menjemput kena dtg ke rumah dgn tepak sirih. kalau dulu bukan aje masuk meminang kena bwk tepak sirih, menjemput tetamu utk dtg kenduri pun kena bwk jugak. terutama penghuni kampung berdktan atau sedara mara. 'tk manis ' kalau tk dtg ke rmh utk menjemput. nanti ada yg kecik hati atau tk beradat namanya.
bila zmn berubah, kad jemputan jadi pilihan utama. sekarang ni bnyk yg guna telefon sebelum disusul dgn kad undangan. itupun sbb nk bagi peta arah.
mungkin masa dpn cuma pakai e-mel atau sms atau guna tekno canggih lain aje utk menjemput dtg ke kenduri kahwin...
jgn terkejut kalau ada yg dh tk tau apa tu tepak sirih, atau mcm mana rupa daun sirih, apa lagi gambir & kacip!

ahad, tak cukup 24 jam

May 10, 2009

minggu ni, giliran mr papa utk cuci bilik air. memang jadi duty rooster famili kami. tiada yg terkecuali. sbb semua ambik tggungjwb, takda masalah pun.
spt hari minggu biasa, sarapan pagi di luar. sbb smlm sudah ke bistro mamak, pagi ini ke sebuah cafe dekat dgn nilai square.
olh sbb hari dah agak tinggi, hidangan tgh hari dh mula dijual. jadik TS, tapau gulai ikan sembilang msk lomak cili api yg dicampur bacang. itu sj sbg tambahan menu hidangan tgh hari. sbb wifey dh merancang nak msk tgh hari ni sempena hari ibu. mesti special.
selesai bersarapan - ringan sj mihun & roti canaI - masing2 mengemukakan 'idea' tentang destinasi yg dituju berikutnya. selepas berlaku perdebatan dlm kereta yg beraircond (lebih baik dpd bwh pokok...he he). usul yg diluluskn singgah ke kedai proton tengok model baru exora. mpv nasional pertama, memang besar, menarik & lebih penting, harganya luar biasa murah dlm kelasnya.kami dilayan dgn baik olh salesgirl. walaupun bnyk pertanyaan yg luar jangka termasuk dpd erin - kenapa takda kereta pink sbb erin suka kaler tu - si salesgirl cuma menjwb dgn senyuman. selepas membelek2 & melanyak kereta, bertanya tentang deposit, interest dsb kami pun ambik keputusan "akan dtg lagi kemudian" sbg alasan. yg membuat hati tawar sikit tempahan hanya akan dpt dlm tempoh 3-4 bln dr sekarang! lamanya mcm beli kereta import pulak. patutnya kilang proton producela bnyk2 sbb responsnya memang model ni dpt sambutan jgnla tempoh dpt yg lewat menjadikannya sbg halangn kpd pembeli.
dr kedai proton kami tuju ke pekan nilai lama, nk beli uniform kadet remaja utk eril. 2-3 kedai jugak dijejak sebelum jumpa kedai yg ada jual. masalahnya takda saiz yg sesuai. terpaksalah tambah upah utk alteration. kena dtg lagi esok utk ambik tempahan. eril teruja, tak mahu bukak uniform yg dicubanya. selps dipujuk barulah dia menanggalkannya...hai kerenah bebudak.
perjlnn balik ke rumah singgah kedai surat khabar di tmn cempaka. di rumah, rileks baca paper. trio tu dipaksa baca buku & buat ulang kaji. wifey pulak sibuk memasak di dapur.
hidangan tengah hari ini - nasik ayam special. berpinggan2 kami makan. brpp...kenyang.
aktiviti ptg sepatutnya TS buat sikit kerja ofis, tk sampai setengah jam, terlelap. kekenyangan kot. sedar2 dah jam 4:30 ptg. ptg ni dah janji nak main badminton dgn eril & erol. sebelum tu minum ptg dulu - keropok yg diimport dr kampung minggu lepas.
sehari yg padat pd hari ahad....utk mlm ni rancangannya cuma tonton tv.
dan utk TS pastinya live bola man utd vs man city...

sikap orang kita...

May 9, 2009

jam 5:00 pm hari ahad. sikap pemandu di negara kita. sesuka hati je parking. pentingkan diri sendiri. tak pedulik undang2. bila kena saman, maki hamun polis trafik. dah terang lagi bersuluh...kalau hari cuti, boleh parking sesuka hati ke?

ulat gonggok tak ada gigi...

May 8, 2009

itula lagu yg pernah TS nyanyi dgn kawan2 masa kecik2 dulu.
lirik lagu sepenuhnya dah lupa dah...
lirik lagu tu tujuannya utk mengajuk kawan2 yg takda gigi atau gigi rongak.
al-maklum masa kecik2 memangla gigi ramai yg rongak sbb peralihan gigi susu kpd gigi kekal.
sbb tula lagu tu begitu popular di kalangan budak2.
mlm tadi TS nanyikan lagu tu ditujukan kpd erol & erin yg kebetulan kehilangan sebatang gigi, serentak di bhg yg sama pulak tu!
mrk geram & mengejar papanya keliling rumah...hu hu
ulat gonggok tak ada gigi!
tapi budak yg rongak kalau senyum...memang cute & manis, tapi kalau org dewasa...he he faham-faham aje!

aiseh...

May 7, 2009

Don't dress in black or gather illegally, say police

KUALA LUMPUR: Political party supporters have been reminded not to create tension by dressing in black or gather illegally to protest the Perak state assembly sitting today.
The police warning came following a call by Coalition for Free and Fair Elections (Bersih) for the public to wear black and assemble in protest of the sitting...
nst.online

aiseh man, apasal 'terpakai' baju hitam plak hari ni.
oklah, duk diam2 dlm ofis je hari ni.

bila si primadona itu adalah rakan sekerja...

melaksana tdk semudah merancang. bila merancang mengadakan sesebuah majlis penting yg melibatkan ramai org kita cuba merancang sebaik mungkin. dr perkara asas & utama hinggalah kpd yg sekecil2nya atau dianggap remeh. tenaga kerjanya juga melibatkan ramai org. kalau boleh setiap penganjur mahukan majlisnya berlangsung sesempurna yg boleh. dlm hal ini, tenaga kerja pelaksana perlu bekerja sbg satu pasukan. namun, melaksanakan apa yg dirancang lebih sukar. lebih2 lagi jika ada ahli pasukan yg tdk berfungsi sbgmana sepatutnya. inilah yg pernah berlaku & berlaku lagi dlm majlis yg dianjurkan olh tempat TS bekerja ini. org yg sepatutnya memainkan peranan utama, mengambil sikap 'busuk'. ada bnyk tugas yg perlu dibuatnya ttp dia mengambil sikap 'cuci tangan'.dpd tugas yg sepatutnya sbg penyumbang utama, dia lebih senang berada di luar gelanggang. org lain terpaksa mengambil alih peranan itu. bertungkus-lumus menjayakan tugasan. mengisi ruang yg ditinggalkan olh si primadona itu. kalau sudah org utama tdk berfungsi spt sepatutnya maka sukarla perancangan nak diterjemahkan dgn sebaik2nya. apa yg nampak di mata TS si primadona itu memainkan tugas paling 'mencabar' sekali iaitu: menyediakan senarai penerima cek dan membeli serta mengikat reben pd cenderahati. ITU SAHAJA. noktah. itulah jugak tugas yg dibuatnya utk majlis yg sama, thn lps & tahun sebelumnya.
yg pastinya bukan TS sj yg berpandgn begitu ttp jugak hampir semua staf/ahli pasukan. yg kelabu mata cuma boss. si primadona memang pandai berlakon. sesuai jadi pelakon drama di tv.

confirmed: barcelona vs man utd

chelsea 1 (essien) vs barcelona 1 (iniesta) - barca thru by away goal rules

Andreas Iniesta scored a vital away goal two minutes into injury time to fire Barcelona into the Champions League final against Manchester United. At the final whistle furious Chelsea players confronted the referee over his failure to award several penalty claims.
soccernet.com

alamak! macam mana boleh jadi begini...

May 6, 2009

sepanjang musim ini, jarang sekali TS terlepas tengok live yg melibatkan MU. termasuklah perlwnan yg berlangsung pukul 3:00-4:00 pagi.
mlm tadi (lebih tepat, dinihari tadi) MU menempah tempat ke final. memperthnkan kejuaraan yg dimenangi thn lps.
28 mei 2009 (27 tarikh di europe) di rome. tarikh keramat dipilih.
pd tarikh itu TS akan berada di sebuah hotel di genting highlands sbg urus setia bengkel penulisan. walhal tarikh asal bengkel tu pd 8-11 mei.
disbbkan penundaan tarikh (yg berpunca dpd 'kelembapan' org lain & kerenah birokrasi) maka tarikh terpaksa ditukar. bertembung pulak dgn tarikh final tsbt. sbg kipas susah mati (die hard fan) MU, pastinya TS terkilan. dr peringkat awal berjaga mlm, bersengkang mata...ttp terlepas final.
harapan terakhir cuma mengharapkan agar, hotel tempat berlangsungnya bengkel ada suscribe astro lebih tpt saluran espn.
kalau tkda...wuarghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

next stop, rome...final destination


arsenal 1 (rv. persie) - man utd 3 (js park, c.ronaldo, 2)
Manchester United will go to Rome to defend their Champions League trophy after beating Arsenal 3-1 at the Emirates. Two early goals from Park Ji-Sung and Ronaldo killed the tie off in the first half, before Ronaldo sealed the win and Robin van Persie netted a consolation.
soccernet.com

sikit cukup...banyak habis!

May 5, 2009

saban mlm menjadi rutin TS sbg 'gabenor bank negara' akan memastikan wang saku atau duit belanja sekolah anak2 disediakan. dulu mrk diberikan beg duit, ttp masalahnya duit dgn beg duitnya sekali sudah beberapa kali hilang atau cicir (dicuri?). akhirnya kaedah yg diguna pakai ialah meletakkan duit pd bhg 'strategik' beg sekolah mrk. hanya mrk & keluarga mrk yg tau letaknya...he he.
ada jugak sekali dua, TS terlupa nk 'menyuntik dana' belanja harian mrk. maka kelaparanlah mrk di sekolah & akan 'mereportkan'kannya bila pulang sekolah pd petangnya. (walhal sebelum ke sekolah mrk makan tengah hari dulu di nurseri berbayar).menyedari kesilapan itu, TS akan cepat2 mintak maaf (papa jgk insan biasa yg tdk sunyi dpd kealpaan...cewah) biasanya akan bayar ganti rugi dgn wang saku "berganda" utk belanja sekolah keesokannya.
biasanya wang saku yg diberi sama amaunnya setiap hari. kecuali kalau ada aktiviti koku, kelas agama atau kelas tambahan di sekolah, maka wang saku diberi lebih dpd hari persekolahan biasa. semlm (isnin) wang saku mrk mendpt "tajaan luar". gara2 pulang ke kampung hujung minggu, mrk mendpt duit poket tambahan dpd nenek & sedara mara yg bermurah hati (...dan bnyk duit). anehnya mlm tadi bila diprovokasi oleh TS dgn kata-kata "esok papa tk bagi duit belanja sekolah, sbb tengah kaya kan, duit banyak". jawab ketiga2nya (hampir serentak). "dah abis dah duit tu..."dr segi moralnya, TS tak wajar 'mempersoal' perbelanjaan mrk dpd 'sumber luar'. tp dlm masa yg sama TS ingatkan mrk, kalau ada duit lebih, simpanlah atau berbelanjalah berdikit-dikit bukannya habiskan sekali gus. lebih2 lagi bila nampak eril bermain2 dgn buku nota bergambar x-men, erol dgn sticker2 ben 10nya & erin dgn set pensel barbienya. semua tu krn dpt duit poket lebih sepulangnya dr kampung. apa boleh buat...budak-budak!
itulah dlm istilah TS, bagi sikit cukup, bagi banyak, habis...

kini hanya tinggal sms

May 4, 2009

kira2 6 tahun lalu, dihubungi seorg prof. yg disegani & dikenali ramai. beliau mahu terbitkan karyanya dgn tempat TS bekerja. asalnya karya itu ditulis dlm b.inggeris & dapat sambutan menggalakkan. kemudian diterjemah ke b. indonesia olh penebit di sana & mendpt jualan tinggi. ada beberapa perkara yg kurang menyenangkannya krn beberapa fakta & maksud asal karya yg diterjemah itu tdk tepat. jadi, beliau menyampaikan hasratnya utk menerbitkan buku di sini. sepanjang proses menerbitkan bukunya itu, beberapa kali kami berjumpa & berdiskusi. beliau seorg yg teliti ttp dlm masa sama tdk ego, mudah diajak berbincang, tak bnyk kerenah. dpd hubungan editor-pengarang sudah jadi spt hubungan sesama kwn.TS pernah berkunjung ke rumah lamanya di subang jaya, pernah ke pejabatnya di sebuah universiti 3-4 kali, berjumpa di tepi highway & di kedai makan. slps bukunya terbit, kami masih berhubung. kami selalu berckp pasal buku atau paling tdk pun berbual kosong atau sekadar bertanya khabar.
tp hubungan tu tdk berterusan. lantaran e-mel ringkas yg TS hantar pdnya yg sampai hari ini TS tdk tahu kenapa sebaliknya telah menyinggung perasaannya. nada e-mel balasannya tiba2 berbaur nada sinis. dpd situ, TS dpt rasakan ada yg tdk kena. TS cuba hubunginya ttp sering kali, sama ada tdk berjawab atau diberi alasan sibuk & "akan telefon kembali". ttp setiap kali itu juga, tdk akan ada panggilan susulan. maka sedarlah TS hubungan kami sukar dipulih semula.
ada jugak sesekali, sms dihantarnya ke telefon TS. ttp jika TS cuba membalasnya dgn panggilan telefon, setiap kali itu, spt sebelumnya, tdk berjawab. sms yg dihantar lebih bersifat formal terutama berkaitan pesanan atau pembelian bukunya. tdk ada lagi gurau atau bertanya khabar, melalui sms. perkembangan beliau hanya TS ikuti melalui kawan2nya & liputan media.
mlm tadi, setelah sejak sekian lama. TS terima lagi sms dpd sang profesor itu. kali ini menyatakan ketidakhadirannya ke majlis anjuran majikan TS, lantaran kad undangan yg TS hantar minggu lepas. hingga saat ini, TS masih tertanya-tanya, tercari-cari jawapan - apakah sebenarnya yg telah menyinggung perasaan profesor itu. sudah beratus kali TS ulang baca e-mel yg dihantar pdnya, ttp masih tak dpt dirungkai persoalan itu. seperkara yg pasti, profesor itu masih menyimpan nombor telefon TS. maknanya masih ada TS dlm ruang ingatannya...belum terpadam terus...sekurang2nya dlm senarai di telefonnya!

papan tanda untuk siapa?

May 3, 2009

papan tanda ini memaparkan dua maksud berbeza mengikut bahasa pengantar berlainan. petunjuk tak sama dgn maksud yg nak disampaikan. salah siapa kalau ramai yg keliru...

habiskan 8 jam sehari dengan memandu kereta

May 2, 2009

yep...
TS buat rekod tersendiri. pandu kereta dr nilai ke kg wifey di pahang. anehnya, sejak bertahun ulang alik ke sana, TS tak pernah fikir atau ambil pusing berapa jarak sebenarnya. yg pastinya melebihi 400km sehala. TS biasanya ukur jarak gunakan tempoh masa. biasanya perjalanan ke kg wifey mengambil masa 4 - 4 1/2 jam. ikut pemanduan konsisten 100-110kmj. tapi kalau masa kenderaan sesak terutama musim cuti panjang atau perayaan biasanya cecah 4 1/2 - 5 jam. maklumla jln yg TS lalu bukannya highway, boleh pecut atau memotong kenderaan dgn mudah. highway luas & selesa. tp jalan yg TS lalu adalah jln melalui perkampungan, melalui gugusan felda, banyak simpang, banyak selekoh tajam, jln dua lorong shj, turun naik bukit, banyak double line, banyak lori (terutama lori sawit & tanker). faktor2 tsbt menyumbang kpd tempoh pemanduan 4 jam tadi.
dipendekkan cerita jumaat lepas berkebetulan hari pekerja (ya hari pekerja, ttp driver spt TS perlu bekerja...hu hu). hal ini sudah drancang sejak 2-3 minggu lepas. sbbnya pertembungan kenduri di dua tempat berasingan. satu kenduri di kg TS di nilai. satu lagi di kg wifey. utk tdk 'mengecilkan' hati mana2 pihak, terpaksala kami suami isteri berkorban (TS yg jadik mangsa...he he). wifey & anak2 akan hadir kenduri di kgnya manakala TS di kg sebelah sini. ambik keputusan hantar wifey ke kg pd pagi jumaat (sbb kenduri hari sabtu). balik pd hari sama. soal jemput wifey semula tdk timbul krn ada abg ipar TS (yg tinggal di shah alam)yg buat tawaran utk menumpangkan wifey & anak2 utk perjalanan pulang nanti.
maka pd jumaat, 1 mei 2009, bersamaan hari pekerja, merangkap cuti umum...TS habiskan 8 jam sehari memandu kereta. 4 jam pergi & 4 jam balik...