suatu ketika suatu waktu dulu

Nov 30, 2009

sukar utk berjumpa kedai basikal di sekitar nilai. bengkel kereta banyak. kedai motor berlambak. kalau adapun, hanya jual basikal. kalau rosak, pepandaila cari kedai lain utk repair. bukan soal kedai baiki basikal yg hendak aku ceritakan dlm entri ini. ttp kisah pertemuan generasi kedua.

basikal erin rosak. aku dh cuba baiki. ok sekejap tp rosak semula. jadi waktu terluang pd sabtu aku bwk basikal erin utk dibaiki. bukan di sekitar nilai ttp di pekan salak, sebuah pekan kecil berjiran dgn nilai ttp terletak bersempadan di sebelah selangor. hanya ada sebuah kedai jual & membaiki basikal di situ. seingat aku sjk aku kecik dulu kedai tu dh wujud. ttp bukan di lokasi yg sama. taukenya sudah lanjut usia. ttp ternyata amat mahir. semasa membaiki basikal dia menerangkan apakah punca basikal itu rosak. katanya sbhg peralatan yg diguna pakai tdk berkualiti. sbb itulah mudah rosak. berbanding kerangka & peralatan basikal suatu waktu dulu yg kukuh & tdk mudah rosak. basikal zaman sekrang, nampak luaran & reka bentuk sj menarik tp rapuh. kalau dulu basikal arwah ayahku yg tinggi & besar itu jarang sekali rosak. kalau ada kegagalannya berfungsi pun sbb tayarnya yg pancit.

semasa menunggu basikal utk dibaiki, muncul tauke kedai runcit bersebelahan. dia menegurku. aku sangkakan sekadar sapaan seorang yg peramah. rupa2nya dia memang mengenaliku. dia pun menceritakan yg dulu sewaktu remaja dia selalu disuruh bapanya yg jgk tauke kedai runcit menghantar barangan yg dipesan olh pelanggan. waktu itu barangan diberi secara pukal waktu hujung bulan. olh sbb takde kenderaan utk mengangkutnya, biasanya pelanggan akan meminta tauke kedai utk menghantar barangan ke rumah. pekerja kedai runcit itu sebenarnya adalah anak2 tauke kedai itu sendiri. mrk akan hantar barangan runcit termasuk beras, tepung gula dgn menggunakan motor beroda tiga. mrk ada servis hantaran ke rumah!

salah seorg pelanggan tetap kedainya ialah arwah abah aku. setiap hujung bulan dia akan beli barangan utk bekalan bulanan bila dpt gaji. barangan diambil secara hutang atau ansuran. jadi bila hujung bulan berikutnya bayaran akan dibuat. begitulah akrab hubugan pelanggan-pekedai waktu dulu. bayangkan tauke kedai bebas masuk ke kampung melayu. tauke kedai pula percaya akan pelanggannya yg 'ambik dulu bayar kemudian'. semuanya terbina atas dasar kepercayaan.

sbb itulah dia mengenali aku & adik-beradik aku. sbb katanya wajah aku ada iras2 arwah abah. kini dia sendiri yg jadi tauke, mengambil alih dpd mendiang bapanya.
lalu kami pun bercerita tentang masa lalu. tentang murahnya harga barangan. jalan raya yg tak sibuk. hubungan baik antara kaum berlainan. begitu jauh bezanya dgn masa sekarang...kami berborak begitu mesra bagaikan 2 sahabat yg sudah lama terpisah. cuma akhirnya dihentikan olh tauke kedai basikal yg memberi tau, basikal sudah siap dibaiki...
kedai runcit yg ada sekrang dlm bentuk pasar mini. bayaran mestilah tunai. pelanggan pun jarang beli dlm jumlah yg besar. tdk ada hubungan 'kemesraan' pelanggan-pekedai pun. urusan bisnes semata-mata. kedai runcit tradisional sudah semakin pupus. apalagi dgn kemunculan supermarket & hypermarket yg sekrang ini sudah mula melebarkan cawangan ke pekan kecil & luar bandar. kedai runcit akan lenyap suatu hari nanti...

jiwa anak kecil yang besar

safwan anak ke-3 dpd 6 beradik. bertubuh kecil. pendiam orangnya. hanya bersekolah kampung. . bapaknya hanya kerja kilang. emaknya pula suri rumah. kedua2nya tdk berkelulusan tinggi. abang & kakak safwan tdk begitu pintar dlm pelajaran. lagipun si kakak yg sulung bnyk membantu emaknya membuat kuih setiap hari utk dijual bagi menambahkan pendapatan.

keputusan upsr yg keluar minggu lps, safwan lulus cemerlang. 4A & 1C. yg. C itu ialah english. kita fahamlah budak kampung sptnya menghadapi kesukaran dlm subjek itu. bila kutanya bapaknya sama ada mahu menghantar anaknya ke sekolah berasrama penuh, hanya "tak tahu..." diungkapnya.

kemudian aku dekati safwan. aku tanyakan apa hasratnya selepas ini. katanya, dia mahu ke sekolah menengah agama berasrama penuh. kalau boleh ke sekolah agama tahfiz. dia mahu jadi seorang hafiz. dlm masa sama mahu menjadi anak yg berjaya dlm pelajaran sekali gus membina masa depan yg lebih cerah. slps itu dia berniat membantu keluarganya kepada kehidupan lebih baik.

begitula niat suci safwan. budak kampung yg hidup serba kekurangan. tapi jiwanya besar!

portsmouth 1 man utd 4

Nov 29, 2009

soccernet.com
man utd dgn mudah merperkucing-kucingkan pompey 4-1 di gelanggang lwn. rooney menjaringkan hatrik manakala giggs menjaringkan gol ke-4 yg juga gol peribadi ke-100nya dlm liga inggeris. sir alex yg dilarang berada di bangku simpanan hanya tersengih duduk di tempat duduk vip.

korban pada raya korban

Nov 28, 2009




pada hari raya korban di kg sebelah rumah mak mentua di phg, 3 ekor lembu ditumbangkan sbg korban. olh sbb kesuntukan masa, disbbkan perlu bersolat jumaat tengah harinya. makan lembu yg ke-3 yg sudah disembelih, hanya dilapah slps solat jumaat. spt biasa kerja menyembelih lembu korban & melapahnya memerlukan kerjasama ramai & kemahiran. dgn adanya mrk yg pakar akan memudahkan kerja, mengikat lembu, menyembelih & melapah. daging korban kemudiannya diagihkan2 sbg sedekah terutama lebih afdal kpd golongan fakir miskin.

jadi sepanjang hari raya itu, kami mengerjakan lembu itu hingga selesai. slps selesai semuanya, aku balik ke nilai. sampai ke rumah hampir jam 1o:00 mlm. olh sbb keletihan, terus tertidur.

esoknya seawal jam 8:00 aku sudah berada di rumah kak lang. 2 ekor lagi lembu akan dikorbankan. sementara menunggu yg org kampung tiba, mrk yg dh sampai dijamu dgn nasi lemak & mi goreng utk menguatkan semangat. sebaik sj, kerja menyembelih nk dimulakan, hujan lebat turun. jadi kerja tertangguh seketika. sebaik hujan reda, segera kerja dimulakan. olh sbb tnaga kerja yg ramai, mudah & cepat shj kerja sembelih & melapah diselesaikan.

menjadi kebiasaan mrk yg membantu gotong-royong dijamu dgn sup tulang segar hasil korban. kira2 jam 4:00 ptg pula kami adik-beradik mengadakan majlis doa selamat bulanan. majlis bacaan yasiin ditangguhkan krn kesuntukan masa. selesai doa selamat yg dipimpin olh andak, maka tibalah masanya acara kemuncak iaitu makan-makan. disbbkan sudah terlajak waktu mkn tengah hari, maka semuanya sudah kelaparan. tdk hairanlah semuanya spt kelasi kapal naik ke darat lagaknya. jamuan kali ni ditaja oleh acik. menyediakan menu kari ikan, masak lemak cili api nenas & ikan masin, sayur & sambal tumis. kak ana pula menyediakan sub dishes mi rebus yg ada 10 perencah! akhirnya semua terduduk kekenyangan.

hujan sekali lagi turun lebat. melambatkan ramai yg dah mula nak beransur pulang. hampir jam 6:00 baru aku meninggalkan rumah kak lang. malah aku dibekalkan pulak dgn daging korban, kari ikan & ikan masin masak nenas. mlm tu wifey tak perlu masak utk mkn malam.

majlis konvo erin

Nov 27, 2009




pd. 21 nov 09 erin akan bergelar graduan kecil. mlm sebelumnya aku dh pujuk erin spy tidur awal. sbb esoknya adalah hari bersejarah utknya. hari konvokesyen & konsert. hari kemuncak utk kanak2 prasekolah sptnya. erin menurut sj, dia pun mengerti betapa bersejarahnya hari itu. tak mungkin dia rela terlepas atau terlambat sekalipun.


seawal jam 8:05 kami sudah sampai di empat berlangsungnya acara. ibu bapa bersama2 anak mrk sudah mula dtg. masuk ke dlm auditorium yg baru itu, di sebuah akademi agensi kerajaan, nyata sekali perancangan rapi sudah dibuat olh guru & pengurusan tadikanya. tepat jam 8:39 pg, majlis pun bermula. konsert & konvo ini selayaknya setanding dgn penganjuran acara besar bertaraf negeri, mungkin. menariknya ibu bapa yg hadir diberi peluang naik ke pentas menyerahkan ‘ijazah’ itu sendiri kpd anak2 mrk.

slps upacara konvokesyen, diadakan pulak konsert yg melibatkan acara nyanyian nasyid, koir, nyanyian solo & berkumpulan, senamrobik, baca puisi, bercerita, lakonan, bermain alat muzik dan tarian. kesemuanya diatur dgn tersusun sekali. seronoknya semua kanak2 terlibat, sekalung tahniah harus diberikan pd guru2 yg melatih mrk membuat persembahan. Bukanlah tugas mudah melatih kanak2 dlm lingkungan umur begini.

erin menyertai nyanyian nasyid, nyanyian berkumpulan, bermain muzik instrumental & tarian. ternyata sekali spt kawan2nya yg lain, dia begitu riang, seronok & enjoy. para ibu bapa yg hadir pun rasa terhibur dgn keletah & gelagat anak2 yg menunjukkan bakat mrk di pentas. ada yg lucu lagak mrk. ada yg terlupa lirik lagu nyanyian, tersilap langkah menari – menambahkan lagi keseronokan yg dtg menyaksikan.

thn depan mrk yg sudah 'graduate' akan melangkah ke alam persekolahan sebenar, termasuk erin.

cerita dongeng yang benar

Nov 26, 2009

hari ni...

jam 2:30 ptg
interkom
"buku tu tengah binding. dlm pukul 4 lebih, boleh siap. sediakan billing atau d.o"
jam 3:15 ptg
"buku dah siap. boleh bagitau prof. kita org tengah packing"

imbas semalam...

jam 10:30 pg

"tak boleh siap. mana boleh siap. 2 hari je. sekarang ni baru buat plate. tk sempatla. you tolong explain kat dia"

sungguh ajaib bukan? dlm tempoh 24 jam shj segala kerja selesai.

kira2 jam 3:30 aku menelefon spy prof. tu dtg ambil buku2 tsbt. tk lama kemudian dia muncul sambil tersengih, malu2 kucing. tak henti2 mengucapkan terima kasih. aku buat muka selamba je.

berbalik soal production. maknanya kalau kali ini mrk boleh buat, pastilah tugas sebegini boleh mrk lakukan. dlm keadaan kesuntukan & ketiadaan staf. cuma kalau mrk tk nak buat, ianya tak menjadilah...aku fahamlah sekrang, bukanlah bererti mrk tak boleh buat, cuma tak nak buat selama ni.

aku masih menggaru2 kepala. mimpi, kenyataan atau dongengan? janji siap isnin kita dah deliver dlm tempoh 24 jam!

kabelnya lebih besar!

berkali-kali sudah aku jelaskan akan kemungkinan bukunya tdk siap. malah prof. itu pun sudah bersetuju dgn cadangan alternatif aku. kami akan menyediakan brosur buku itu utk edaran semasa dia menghadiri conference di luar negara itu nanti. brosur itu sudah pun disiapkan biarpun berkali-kali dia meminta pindaan pd format, reka letak, spesifikasi, & resolusinya. kami bereskan & layan kerenahnya.

sememangnya aku tdk mahu mengatakan boleh pd perkara yg tdk boleh dilakukan. lebih2 lagi kalau ianya di luar bidang tugas aku. bukan aku tdk berusaha. aku sudah pun berbincang dgn bhg production & mrk mengakui tdk sempat. kalau yg punya tggungjwb pun tdk mahu mengambil risiko, takkanlah aku nk menyuakan tengkuk utk dipenggal. sbb itulah aku aturkan pelan kontinjensi utknya. dia pun akur.

kebetulan minggu ini aku bercuti. tak semena2 dia dtg ke ofis. memberitahu beberapa org staf yg aku sudah berjanji pdnya utk menyiapkan buku sebelum hari khamis. dia akan berlepas ke conference pd sabtu, manakala jumaat ialah aidiladha. masanya memang suntuk. kenapa dia berubah fikiran? bukankah dia sudah setuju dgn pelan kami. brosur pun sudah aku siapkan? mujur juga ribut kecil yg dibawanya ke ofis tk sampai ke pengetahuan boss.

pg semalam dia dtg lg bertemuku pulak. kali ini dgn nada & rentak berbeza dimainkannya. dia menuntut janji aku menyiapkan bukunya pd khamis. aku tegas dgn keputusan awal. dia cuba mendesak. malah sanggup utk membayar overtime staf di bhg production. aku jelaskan bukan masalah kerja ttp soal tempoh masa yg suntuk. lagi pula beberapa staf di bhg itu sudah pun bercuti raya atau balik kampung. kata putusku, tak mungkin siap! dia pulang dgn keewa & marah agaknya.

kira2 jam 3 ptg, boss memanggilku masuk biliknya. katanya dia dpt panggilan dpd org atas yg menerima aduan dpd prof itu. katanya aku enggan bekerjasama, tdk menepati janji & jika buku itu tdk siap akan menjejaskan nama baik semua org. aku jelaskan kpd boss duduk perkara sebenarnya. ttp boss aku jgk org bawah walaupun atas sikit dpd aku. prof. itu pulak menggunakan kabel besarnya dgn org atas. nak tk nak, boss pun kena ikut arahan org atas. diapun nk jaga tengkuknya jugak. boss pun mengarahkan aku spy pastikan buku itu siap pd pg isnin depan! aku nyatakan pd boss, isnin dpn bermakna kita dh terlepas conference itu sdgkan prof. itu akan terbang sabtu ini. boss kata mrk tunda penerbangan utk pastikan buku tu siap. tp hati kecilku mula berasa ada muslihat di sebalik ini. aku jgk bangkitkan yg masa yg terlalu suntuk, staf bercuti & supervisor bhg production sendiri mengakui kerja ini tdk mungkin dpt disiapkan mengikut waktu dikehendaki. spt mana yg dimaklumkan pdku.

kemudian boss panggil supervisor bhg production. mintak pndptnya cara terbaik mengatasi masalah ini. aku jangka dia akan mengatakan sama spt yg dikatakannya pdku pg tadi. iaitu alasan masa suntuk, staf cuti & tk dpt disiapkan ikut yg dikehendaki. peliknya, sepervisor mengatakan dia boleh lakukan tugas itu. by hook of by crook, pasti siap. janjinya, buku itu akan siap & diserahkan pd prof. itu menjelang pagi isnin. aku terkejut dgn perubahan mendadak itu. aku pandang wajahnya yg beriya-iya menerangkan kaedah yg akan diguna pakai utk siapkan mengikut waktu. aku keliru. aku kecewa. seolah2 betullah dakwaan prof. itu kpd org atas, kononnya aku tk beri kerjasama & tk menepati janji!

aku tersepit di tengah2. kabel prof. itu ternyata terlalu besar utkku bertahan sdgkan aku tk punya apa2. usahkan kabel, tali rafia pun aku tak punya. aku diarah spy menjelaskan pd org atas itu akan keputusan yg kami persetujui. buku tersebut akan siap & diserahkan spt yg dikehendaki. siapalah aku. akur adalah jln yg terbaik & tdk punya pilihan lain. meski perasaan memberontak. aku sudah cuba bertegas, ttp tiada siapa yg mempertahankan aku. meskipun boss & rakan sekerjaku yg lain.
tiba-tiba aku rasa keseorangan dlm situasi ini...

eril dan erol sudah dewasa

Nov 24, 2009

seawal 6:15 pg isnin 23/11 aku sudah kejutkan mrk dr tidur. tempahan klinik utk berkhatan ialah jam 7:00. waktu tersebut sengaja diatur begitu olh klinik berkenaan. tujuannya utk mengelakkan proses berkhatan terutama di musim cuti sekolah hujung thn. sdgkan waktu sebenar klinik itu beroperasi ialah jam 9:00. jadi kanak2 yg berkhatan diaturkan seawal jam 7:00.
sebenarnya kalau diikutkan, booking utk berkhatan sudah penuh di klinik itu. ttp berkat bantuan seorg sedara yg mengenali doktor di klinik itu, dptlah jgk diselitkan nama erol, eril & wiwin (sepupu mrk).

sepupu eril & erol iaitu wiwin ditemani emak ayahnya, dulu yg melangkah masuk. kedengaran tangisan kecil wiwin dr dlm bilik doktor. tp sekejap sj, tangisan terhenti. barangkali proses suntikan jarum bius sedikit mengerikan wiwin. aku lihat wajah erol & eril sedikit gusar & gelisah. hampir setengah jam kemudian wiwin keluar diiringi mak ayahnya (yg jgk adik ipar & biras aku). berkain pelikat. kelihatan sedikit melucukan. tp dia tenang sj. ini tentunya memberi sedikit penguat semangat erol & eril.

giliran erol mendahului masuk ke bilik rawatan. diiringi wifey & aku. ttp entah kenapa, wifey keluar semula meninggalkan kami. tak sanggup tengok...alasannya. erol menangis sekejap semasa disuntik bius. ttp selepas itu dia tenang sj sepanjang prosedur dijlnkan. mulutnya terkatup habis. doktor yg cuba berbual dgnnya utk hilangkan ketegangan pun tdk dilyannya walau sepatah pun, hinggalah selesai 20 minit kemudian.

tiba pulak giliran eril. tangisan eril semasa disuntik lebih kuat dpd erol. kakinya jgk ditegangkan. ini menyukarkan 'kerja' doktor itu. aku & doktor cuba mengajaknya berbual & beri kata2 sindiran yg erol & wiwin yg lebih muda tdklah menangis sptnya. itu sedikit sebnyk mempengaruhi eril. slps itu dia lebih tenang hinggalah selesai. wp di pertengahan proses tu, eril termuntah krn tertekan krn takut mungkin. selain tu tkda masalah.

sewaktu masuk ke kereta, menuju pulang ke rumah mak mentua, erol mula menangis kuat. kemungkinan besar biusnya dh habis tempoh. kesakitan ungkin terasa. sepanjang perjalanan 15 minit dr klinik ke rumah, terasa panjang. krn gangguan tangisan erol yg tak henti. puas dipujuk oleh wifey. aku memandu lebih laju dpd kebiasaan. spt hamilton lagaknya. setiba di rumah, segera diberikan uban tahan sakit kpd erol & eril. tk lama kemudian suasana kembali lega.
proses berkhtan atau bersunat, wajib dilalui lelaki islam. ia juga sbg penanda aras alam kanak2 semakin ditinggalkan. sudah besar anak2 erol & eril sekarang...

trend kenduri kahwin

Nov 23, 2009

aku hadiri majlis kenduri di kuala rompin. anak sedara perempuan kpd wifey. bersama rombongan pengantin kira2 10 buah kereta sedara mara yg lain. entah buat kali keberapa aku terlupa lagi bwk kamera. memang aku ada bwk ttp letakkannya dlm laci dashboard kereta. bila sampai di rumah pengantin, kenderaan yg parking dah sesak. kereta bnyk. jadi letak kereta pun agak jauh sikit. kena menapak ke khemah tempat kenduri rumah pengantin. bila dh sampai ke sana, org sibuk2 ambik gambar pengantin, baru teringat yg kamera tertinggal dlm kereta.

nak patah balik ke kereta, jauhlah pulak nk menapak. mungkin, sementara pergi & berpatah balik ke rumah pengantin, semua atur cara spt merenjis air mawar, bersanding, silat pulut & makan beradab dh pun selesai. lagipun cuaca hujan, renyai 2. nanti tak pasal2 aku pulak yg demam (bnyknya alasan!). akhirnya diputuskan utk batalkan saja niat utk ambik kamera & tangkap gambar pengantin itu...

majlis berlangsung meriah. ramai tetamu yg hadir. spt trend kenduri kahwin sekrang, tetamu diberikan door gift yg diisi dlm beg kertas kecil. bukan setakat bunga telur shj. kanak2 diberikan jajan spt coklat & gula-gula. makin bertambah belanja kahwin sekarang yek. mujur aku dh kahwin... he he. khemah pun bukan main cantiknya dgn kain2 warna yg cantik. dulu khemah org kahwin dibina dgn tiang buluh (yg dibalut kertas warna) & berbumbungkan kain kanvas. sekrang khemahnya siap ada kipas lg. tk cerita lagi ada d.j. yg mainkan muzik, kumpulan kompang & rebana, khemah yg sediakan aiskrim percuma. belum tambah duit hantaran yg ribu riban & barangan hantaran yg berdulang2 dgn jenama beg tangan, kasut, make up, minyak wangi, kain yg jenamanya semua mahal2. bukanlah niatnya nk menunjuk2 cumanya kalau barangan murah, nanti ada yg mengata di belakang pulak. yg mengata tu pulak bukan shj keluarga pengantin ttp jgk 'pemerhati luar'.

apa boleh buat, ikut trend punya pasal. tambahan pulak, kos sara hidup yg tinggi sekarang ini dijadikan alasan. apa pun yg penting, asal mampu sudahla. jgn pulak nanti ada yg bergolok gadai. yg kesiannya nanti, pasangan pengantin & mak bapak mrk.

sms nakal

Nov 21, 2009

Potong! Potong! Potong!
Video sekarang semuanya dipotong!
Jadi, kalau nak tengok video yang langsung TAK potong,
sila balas sms ini YA!

Begitula bunyi promo sms yg dihantar olh entah siapa ke henfonku. Dr mana dia/mrk dpt no. aku, entahla. Bukan sj e-mel dimasuki spam, henfon pun kini semakin dilanda spam. Sikit hari lagi diserang virus pulak gamaknya…mcm-mcm cara org nk ambil kesempatan utk jual produk mrk.

kawan makan kawan

Nov 20, 2009

aku terpaksa offkan telefon sjk tgh hari tadi.
henfon aku offkan.
telefon direct line (yg baru diganti tu) aku offkan jgk.
ada seusatu yg mengganggu aku hari ni.
aku boleh saja berkata tidak.
tetapi dlm masa yg sama aku mengharapkan 'sesuatu' dpdnya.
tk sangka plk sikapnya begitu.
cuba mengambil kesempatan krn aku perlukan bantuannya.
sukarnya jumpa org yg ikhlas utk menolong kita 'tanpa bayaran' dlm dunia ini.
setiap pertolongan perlu ada 'ganjaran'nya.
walaupun yg menolong kita itu, kawan kita sendiri!!
aku lemas...kecewa...bengang!


hari terakhir sekolah, hari perpisahan

satu demi satu mrk hilang. ditelan masa yg berlalu.
seorang demi seorang membawa haluan masing-masing.
akhirnya lenyap tanpa sebarang khabar berita.
mula dgn berkenal, berkawan, jadi rapat, berpisah, akhirnya putus hubungan.
hari ini hari terakhir persekolahan utk tahun ini.
sbb itu aku teringat zaman sekolah. teringat pd kawan lama.
teringat pd cikgu. terkenangkan sekolah.
entah mengapa terlintas rasa rindu di benak.
rasa sayu pun ada. bila terkenangkan detik manis masa lalu. nostalgia silam.
setiap pertemuan, ada perpisahan. hakikat yg pahit utk ditelan.
pastinya yg berada di tahun enam, tingkatan lima, tingkatan enam.
paling terasa. paling tersentuh.
tiada lagi gurau senda. usik mengusik. mentelaah bersama. bermain di padang bersama.
selepas ini, masing2 akan membawa haluan. mungkin sehari dua kita masih berhubung. sebulan dua mungkin. setahun dua masih ada. selepas itu?
kalau ada lagi pertemuan, alhamdulillah.
sekiranya tiada lagi, kenangilah saat indah berkawan dulu...
bila usia memanjat dewasa, kita akan lebih memahami erti persahabatan.
menghargainya sbg sesuatu yg bernilai.
perpisahan yg berlaku, mengajar kita betapa berharganya seorang kawan.

telefon baru

Nov 19, 2009

aku ada telefon kat rumah.
tp guna bila perlu je. aku & wifey kerja. anak2 tinggal di rumah.
senanglah, apa2 hal.
aku jugak ada telefon bimbit.
murah aje. janji boleh menghubungi & dihubungi.
boleh hantar & terima sms.
ada kamera, bukan guna pun. fungsi yg lain pun tk pakai.
sesekali adalah dengar lagu mp3 yg didownload.
tp jarang sgt. sbb nanti bateri, habis cepat.
kat ofis pun ada telefon. ada dua, sebenarnya.
satu boleh pelbagai guna. boleh dail no. henfon jgk.
satu lagi agak terbatas gunanya. direct line.
aku tk suka telefon yg satu itu. sbb bunyinya nyaring sgt.
lagipun yg panggilan masuk bnyk ke telefon tu. kengkadang sengaja aku matikan deringan.
sbb ganggu tumpuan kerja aku. buat kerja editing & pruf mana boleh bising2.
kadang2 aku lupa nk on balik. ada yg komplen pd kakak receptionist, tk dpt hubungi aku.
sibuk sgt ke? asyik keluar ofis ke? atau selalu mengular ke?
kakak receptionist pun selalu komplen, sbb ramai org komplen kat dia.
'rosak ke?' selalu dia tanya. 'ok je'. jwbku selamba.
3 hari lps kakak receptionist, bwk seseorang. org tu hantar telefon baru.
mungkin kakak receptionist tu dah tak tahan kena komplen kot.
elok gak, dpt telefon baru, model baru & menawan...

sebuah coretan buat R

Entah…aku tak perasan dia sebelum tu. malah aku tak sedar yang dia ada hampir dgnku.
tapi yang aku tahu dia bekerja satu kompeni dgnku. satu bumbung.
lagipun, itu tempat kerjaku yg pertama. mungkin bulan2 pertama, aku perlu menyesuaikan diri dgn kerjaku, dgn rakan sekerja, dgn persekitaran tempat kerja.
lagi pulak aku masih baru. bnyk yg aku perlu belajar. tambahan aku diambil menggantikan pekerja senior sdgkan aku seorg rookie. tdk ada serahan tugas, tdk ada tunjuk ajar yg formal. aku seakan-akan diletakkan di atas kerusi panas. kalau aku mampu bertahan & menanggungnya, segalanya akan lancar. kalau aku tak mampu atau gagal. maka tentunya jalan keluar akan ditunjukkan bila-bila masa shj. dalam bulan2 berikutnya, aku sudah menguasai semuanya. walaupun agak sibuk. sibuknya aku hinggakan saban hari bekerja overtime, hingga ke malam. masa rehatku cuma terluang pd hari ahad sj. itupun, ada harinya aku habiskan dgn tidur. mungkin sbb itu aku tak perasan kehadirannya.


aku tdk lama di situ. genap setahun, aku dapat tawaran kerja dpd kompeni lain. dlm bidang yg sama. rival company, sebenarnya. Mungkin tak sehebat rivalry man utd-liverpool. bukan musuh dlm erti kata sebenar, cuma pesaing. mungkin aku sedikit gelojoh. maklumlah darah muda menguasai pertimbangan waktu itu. belum sempat pengalaman dikutip, aku ditawarkan dgn ganjaran sedikit tinggi. aku boleh saja bertahan di kompeni itu, lebih lama. mungkin sahamku akan melonjak lebih tinggi. mungkin jugak akan dtg tawaran lebih lumayan dpd kompeni pesaing, yg lebih gergasi sifatnya. tapi, jiwa muda menguasai fikiran. mungkin jgk falsafah bahawa, peluang yg baik perlu direbut, sbb kemungkinnya akan dtg sekali saja seumur hidup. jadi, aku ambil peluang yg terhidang, pd masa & ketika itu.

sedar tak sedar. dalam kebahagiaan yg kita kecapi. ada org yg rasa kecewa. tersisih. rupa2nya sepanjang aku di kompeni itu, aku punya peminat rahsia (secret admirer). yg aku ingat, hanya pada minggu terakhir, aku berpeluang bersemuka dgnnya utk menguruskan bayaran gaji terakhir. itu pun slps aku menerima tawaran & hanya menghabiskan notis sebulan dpd tarikh peletakan jawatan. selepas aku di kompeni yg baru, barulah jelas pdku, bahawa dialah orgnya.

R, gadis manis berkaca mata. bekerja di bhg akaun. lurusnya aku, hingga tk sedar, layanan baik yg diberi padaku sepanjang aku berada di kompeni itu. urusan tuntutan overtimeku, urusan tuntutan perjalanan & claim lain, aku dpt lebih cepat berbanding rakan sekerja lain. suara yg setiap hujung bulan intercom aku “claim you…. dah lulus. nak buat cek, cash atau bank in?”. itulah suara yg selalu aku dengar. aku masih tak sedar. aku dpt laluan istimewa dlm urusan tuntutan. ada sesekali dia akan berbual pendek dgn ku slps memaklumkan ‘berita baik’ itu. tapi biasanya, bual kosong, tiada yg peribadi. malah aku anggap sama spt layanan & bualan dgn rakan sekerja perempuan yg lain di kompeni itu. rupa2nya dia menganggap aku lebih dpd itu. mungkin mengharap respons balas yg lebih positif dr aku. butanya aku! aku tk dpt membaca riak-riak yg dia mempunyai minat pdku. sesekali bertembung sewaktu di cafĂ©, nak ke tandas, nak ke surau atau di kaunter depan pejabat, biasanya kami hanya berbalas senyum atau sekadar berkata “hai..”.

hinggalah slps 2 bulan di kompeni baru. aku diberitahu oleh rakan editor di kompeni lamaku bahawa R, sudah pun berhenti kerja. R tdk menceritakan kpd sesiapa pun kenapa dia berhenti kerja, hatta kpd rakan2 baiknya di bhg akaun itu pun. tk dpt dipastikan dia bekerja di kompeni baru yg mana. malah ada yg mengatakan dia sudah tdk bekerja atau berada lagi di lembah klang ini. dah balik kampung. dia hilang entah ke mana. terputus hubungan dgn bekas rakan sekerja di kompeni lama itu. usaha utk menghubunginya olh kawannya pun buntu. malah ada khabar angin bertiup kencang di kompeni lama ku itu, bahawa R berhenti kerana kecewa 'putus cinta' dgn aku. itulah yg diberitahukan oleh rakan editor itu, pd ku. mendengarkan itu, aku cuba mengimbas kembali detik apakah yg menjadi puncanya. saat mana aku punya hubungan langsung dgnnya. ketika mana dia cuba mendekatiku. aku tk ingat apa pun yg boleh membuatkan ada kaitan hubungan hati atau perasaan dgn R. ternyata tanggapan R adalah sebaliknya

…maafkan aku.

ke mana perginya yang ada suatu waktu dulu?

Nov 18, 2009

rupa-rupanya erol kehilangan buku teks utk dipulangkan ke sekolah.
subjeknya pendidikan jasmani & kesihatan yg jarang digunakan. jadi aku perlu menggantikan buku yg hilang itu dgn menggantikannya dgn buku yg baru. erol sudah pun cuba membelinya di koperasi sekolahnya, ttp diberitahu sudah kehabisan stok.

aku sudah pergi serata kedai buku di nilai, utk mendptkan buku tsbt. kalau ada pun yg menjual buku teks, buku dlm subjek itu tdk diperoleh. mungkin krn kedai buku tdk menyimpan stok subjek tersebut dlm jumlah besar. ialah subjek tersebut tdk dianggap penting & bukanlah subjek utama di sekolah. jd tgh hari semalam, dgn bantuan rakan seofis, aku pun keluar dgn tujuan mendptkan buku itu. slps mengisi perut dgn rojak & cendol di gerai tepi jln di seksyen 17 p.jaya, kami pun meredah kesesakan tgh hari itu menuju mencari kedai buku. mujur tgh hari semlm cuaca agak baik & cerah. tdk spt hari2 kebelakangan ini. aku agak pasti di ss 2, terdpt beberapa buah kedai buku. bersandarkan pengalaman aku semasa jadi editor di sykt lama dulu, aku yg sering ke sana krn terdpt kedai buku yg memudahkan utk beli buku rujukan & meninjau buku baru di pasaran.

sebaik tiba di sana, kami pun menyusuri blok2 kedai. anehnya, tdk terdpt satu kedai buku pun di situ. yg banyak kedai urut tradisional & refleksologi. selepas berpusing2, keluar masuk setiap lorong deretan blok kedai, kami hampir putus asa.
lalu kami mengambil keputusan utk balik saja ke ofis. memandangkan masa rehat tgh hari pun dh semakin singkat. sehinggalah, aku ternampak sebuah kedai buku di celah barisan kedai. aku berharap sgt ada buku terjual di situ. kalau tkda, maka aku perlu mungkin ke k. lumpur pulak utk mencarinya.

mujur nasib aku baik. ada terjual di situ, buku yg dicari-cari. aku sebenarnya hairan. ke mana perginya kedai buku lain, yg dulunya ada sekitar kawasan itu? dh pindah ataupun dh menutup perniagaan agaknya. nyatanya, kedai buku semakin kurang atau mungkinkah jgk sbb tdk menguntungkan. mungkin jgk kerana monopoli kedai buku yg lebih besar. terutama yg mampu menyewa di lot kedai dlm kompleks beli belah & punya rangkaian kedai yg bnyk.

bukan kedai buku sj, ttp beberapa buah bank yg dulunya aku berurusan di kawasan itu jgk sudah tdk wujud lagi. mungkin sudah berpindah, menutup operasi aataupun ditelan institusi kewangan yg lebih besar. ini termasuklah sebuah syarikat kewangan yg dulunya setiap bulan aku kunjungi utk buat bayaran ansuran kereta pertamaku.
lagi pula sebuah cawangan farmasi yg besar di mana kwn aku pernah jadi pengurusnya & jgk tempat aku selalu melepak sbb ada pusat snuker di tingkat atasnya. terletak di lot kedai hujung. kini sudah diambil alih oleh sebuah restoran nasi kandar. manakala bhg atasnya dijadikan hostel pekerja.
masa berlalu. perubahan berlaku. akan pupuskah kedai buku?

sampaikah derma kita pada yang memerlukan?

aku isi minyak di petrol pump mlm td.
memang tk bercadang pun nk isi minyak.
tp slps pekena mi goreng mamak kat bistro al salam, nk balik tu aku tengok meter minyak myvi wifey aku tu dh tinggal dua takuk je. dh terlanjur keluar, aku pun tujulah ke stesen minyak terdekat, yg sebenarnya tklah dekat sgt. selepas 'menggosok' kad kredit pd mesin, aku pun cucuh minyak ke dlm tangki, penuh-penuh. biasanya kalau wifey tk memandu utk tugasan luar takat pergi balik kerja, boleh tahan seminggu kalau penuh.

sebaik nk masuk ke kereta semula. aku didekati seorg budak perempuan. dia memberi salam.
tujuannya nk mintak derma utk rumah anak2 yatim. di tgnnya ada kalendar kecik & sebotol balsam. entah dr mana dia dpt semua tu utk dijual. katanya dgn membeli kalendar atau balsam tu, secara tk langsung aku menderma pd rumah anak2 yatim. aku tk tau apa kaitannya.
siapa yg punya idea jual balsam utk pungut derma?
pengurusan rumah anak yatim atau siapa?

aku paling tk suka kalau org ambik kesempatan gunakan kanak2 utk kepentingan mrk.
kesian budak2 disuruh arah pungut derma. merayu derma pd org.
trend ni jgk aku dapati semakin menular. di pasar malam pun ada kanak2 menjual muqadam, sticker, surah yasiin dsb.
lagi pula, waktu itu sudah hampir 10 mlm. aku tk pasti dr mana dtgnya budak perempuan itu. tk mungkin dr kawasan berhampiran. setahu aku takda pun rumah anak yatim dekat2 situ.
kemungkinan besar, mrk ni dibwk olh mrk yg lebih dewasa dgn kenderaan & ditinggalkan di satu2 lokasi di mana ramai org berurusan spt stesen minyak, bank, pasar malam.

ini adalah strategi yg biasa digunakan olh sindiket yg mempergunakan oku, warga tua & kanak2 yg biasa beroperasi. aku tdklah mahu menuduh budak perempuan td jgk terlibat dlm sindiket yg menggunakan nama rumah anak yatim utk menagih simpati. namun bukankah lebih baik, pd waktu malam budak itu duduk di rumah anak yatim shj, disuruh mengulang kaji pelajaran ataupun mengaji agama. ini tdk, disuruh pungut derma pulak.

kesian melihatkan budak itu. aku hulurkan sedikit wang pdnya." ini ambik utk belanja sendiri. bukan derma utk rumah anak yatim" kataku pd bdk perempuan itu. lalu akupun beredar.

kenalan baru

Nov 17, 2009

1.
"you dulu hisap rokok ya?" tanyanya pd ku.
"ya, pernah. stop smoking since 12-15 years back..." jwbku jujur.
"no wonderla...,"umpannya.
"macam mana you boleh agak" tanyaku.
"sbb you makan chewing gum lps makan...," terangnya.
aku senyum aje. dia pun senyum.
selain tu aku mkn chewing gum utk elak mulut berbau, slps mkn.

2.
"slow down, you're too fast" pintanya.
"why? this is my normal speed, what" tegas mr. TD.
"hati-hati, banyak kereta...," ingatnya lagi.
"don't worry la..." kata mr TD.
"dia bukan komplen you, dia suruh you hati-hati..." sampuk aku.
kemudian dia bercerita, kenapa dia sedikit fobia bila berada dlm kenderaan. rupa2nya dia pernah terlibat dlm nahas jalan raya. dia merupakan satu2nya mangsa dlm kereta yg terlibat dlm insiden itu, yg terselamat. 3 yg lain meninggal dunia. hingga kini, kakinya cacat.

dua gadis manis dan sebuah kereta

semasa menuju ke kereta rkn sekerja selepas keluar mkn tengah hari semalam, aku ternampak dua org gadis manis sedang terkial-kial utk mengeluarkan kereta dr parking. bukanlah krn mrk tdk mahir. ttp sbb ada sebuah kereta (suzuki swift, wre 833) yg diletakkan oleh makhluk tak berotak & pentingkan diri di tmpt yg tdk sepatutnya. hinggakan memberi kesukaran kpd org lain.

aku boleh saja berlalu pergi, lagi pun waktu rehat mkn tgh hari hampir tamat. kena masuk ofis semula. ttp melihat kelibat gadis manis yg cemas & gelisah tentu sj membuatkan aku tk sampai hati. mrk tk mintak pun pertolongan aku. lalu aku menghampiri mrk. aku katakan pd lady driver itu utk mengundur keluar keretanya mengikut gerak tgn & tunjuk arah aku. ttp mengarahkan org tdk semudah mengendalikannya. beberapa kali dia cuba, ttp gagal. lalu dgn nada bagai memohon simpati si gadis td meminta aku sendiri duduk di tempat pemandu. sambil dia & rakannya memberikan panduan. manakala rakan sekerja aku, jadi polis trafik, menahan laluan kenderaan lain.

yep, memang sukar, dgn ruang yg sempit, kereta yg kita tk pernah aku kendalikan & di belakang pulak ada kereta menghalang. tapi tkkanlah aku nak katakan "tidak" pd dua org gadis itu. lalu aku gunakan segala skil pemanduan & pengalaman aku utk akhirnya mengeluarkan kereta itu dpd petak parkingnya. tak dpt aku bayangkan kalau aku gagal. aku takda pilihan lain, mesti boleh, kalau tak, tak gunalah skil memandu yg aku ada sepanjang memandu hari-hari sejak berpuluh thn itu.
ternyata sekali itu mendtgkan kelegaan pd 2 gadis manis, cantik & bergaya itu. berkali-kali mrk mengucapkan terima kasih pdku. spt mrk jgk, ia memberi kepuasan & kelegaan pdku krn dpt membantu org lain dlm kesusahan. bantuan aku hulurkan atas dasar simpati & ikhlas. tanpa prejudis. ataupun semata2 krn mrk cantik & lawa.
ooops...oklah. ada sikit.

from pilah with love

Nov 16, 2009

pilah-delphia kata saiful apek merujuk pd kuala pilah.
apa kaitannya dgn cerita berikut di bawah ini.

tengah hari jumaat itu si boss, memanggil dua org kanannya masuk menghadap. dia sedang pening2 lalat. proposalnya utk ke satu persidangan di US, telah direject olh boss yg lebih atas. boss yg atas itu mahukan justifikasi yang lebih sebelum meluluskannya. ada beberapa perincian longgar yg perlu dimantapkan. si boss kelihatan agak kecewa, dpt dilihat dpd mukanya yg muram, sesuram langit mendung di luar.
lalu dipintanya 2 org kanannya itu menyediakan justifikasi masing2. mrk juga harus menyedia, menyiap & menyerahkannya dlm bentuk salinan lembut (soft copy), petang itu juga! memandangkan hari isnin proposal itu perlu diserahkan semula utk kelulusan. malah dikatakan proposal itu akan disiapkannya pd hujung minggu, demi utk masa depan kompeni. dia sanggup buat apa saja. ganjarannya ialah, jika justifikasi mrk bagus, salah seorang dpd 2 org kanan itu akan ‘mengiringi’nya ke US. fikirnya, tentunya ganjaran sehebat itu akan mengujakan & mengghairahkan mrk. malah kalau kedua2 justifikasi itu hebat, mrk berdua yg akan pergi menggantikan tempatnya, dia rela ‘mengorbankan’ tempatnya. waah, luhur sekali hati budi boss ini. jarang boss yg punya jiwa ikhlas begitu.

org kanannya yg agak junior itu ‘termakan’ pujuk rayu & hadiah ikhlas boss. maka dia pun beriya-iyalah menyiapkan justifikasi tersebut petang itu juga. diperahnya otak dan disusun ayat retorik yang indah bak puisi a. samad said. siapa tak nak, untung sabut dapat pergi US, percuma. peluang seumur hidup tuu...
seorang lagi orang kanan yg agak senior, tdk langsung membuat sebarang tindakan. sudah ada rasa masin di hujung lidahnya utk tdk menelan bulat-bulat hadiah melancong ke US itu. ini bukan pertama kali, gula-gula atau guna-guna itu diberikan pdnya. sudah beberapa kali dia terkena. lantaran itu dia berdiam diri saja.

tak tahu sbb apa, mungkin terdesak atau mungkin sbb justifikasi org kanannya yg satu itu tdk begitu memberangsangkan, maka pagi2 isnin, si boss sudah memanggil org kanannya yg tdk menyerahkan justifikasi sbg mana ‘arahannya’. dgn nada yg agak meninggi (terdesak, mungkin) dia mengarahkan org kanan itu menyiapkannya pagi itu. org kanan itu memohon masa 1 jam, walaupun dlm hatinya berkata, janji ada sudahla.
pd mulanya si boss bertegas, mahukannya siap dlm jangka masa 15 minit. ttp bila tempoh 15 minit itu berakhir, dia pun intercom org kanan itu sekali lagi. "belum siap boss, tengah buat ni”. jwb org kanan itu. “oklah, saya bagi awak masa 1 jam utk siapkan”.

mendengarkan perubahan arahan bossnya itu, org kanan yg senior itu sedar, ini satu lagi lakonan teater & sandiwara boss. utk mempergunakan hasil ideanya, kemudian potong dan tampal utk dimasukkan dalam proposal yg akan dihantar semula itu. kalau tdk, masakan perlu dihantar dlm bentuk soft copy pulak. enggan terlibat dgn permainan itu, org kanan yg senior itu menyiapkan justifikasi yg ala kadar berasaskan karangan tingkatan 5 yg pernah ditulisnya dulu.
dlm hatinya terdetik “kenapa masa bentang proposal sebelum ini tdkpun dia minta idea aku & tawarkan aku ke US. kenapa selepas proposal direject baru nak mintak justifikasi kononnya. mesti ada udang sebalik mi megi”.

maka, bila diterima saja justifikasi yg ditulis oleh org kanannya yg senior itu yg setaraf SPM saja, maka kecewalah boss itu. tiba-tiba matanya berpinar nak pitam. hancurlah harapannya nk ke US itu. akhirnya rancangan ke phila-delphia digantikan saja ke kunjungan ke pilah-delphia (kuala pilah), tengok sawah dan kerbau.

ceringkas pagi isnin

1.
lorong tol berlapis
di sesetengah plaza tol yg besar spt di sg besi, terdpt lorong tunai berlapis. tujuannya sudah pasti utk mengurangkan kesesakan & melancarkan pembayaran & perjalanan pembayar tol. ttp masih ramai yg tdk menggunakan kelebihan ini. yg selalu menggunakannya spt aku, setiap pagi akan menuju ke lorong tol tersebut. ada jgk yg tdk biasa menggunakan tol ttp masih nak guna & tdk tahu jumlah bayarannya, menyebbkan mengganggu kelancaran org lain krn tdk menyediakan bayaran yg tepat. biasanya lorong tunai berlapis (di sg besi) menyediakan sehingga 5-6 lorong ini. ttp pagi ini entah kenapa, tdk spt hari2 kebiasaannya, hanya 2 lorong yg dibuka. menyebbkan lorong tunai berlapis jadi sesak. pengutip tol di lorong ini tdk menjalankan tugas sepatutnya. mungkin hari isnin, terlewat bangun utk masuk kerja...
2.
plat kereta putrajaya
mrk yg tinggal di putrajaya diberi keistimewaan menggunakan plat kenderaan bertulis putrajaya. jadi mrk boleh guna no. plat spt. wma 5** sbg putrajaya 5**. ttp tdk ada keseragaman dlm penggunaannya. ada yg tulisan putrajaya nya besar gedabak, ada yg kecil & sukar dibaca, ada yg berhuruf rangkai. tdk adakah peraturan yg menetapkan penggunaan yg seragam? suka hati tuan punya kenderaan saja ke? kalau begitu, sungguh istimewanya org putrajaya. ttp difahamkan, kenderaan yg berdaftar dgn plat putrajaya ini, ramai di antaranya, sebenarnya bukanlah penghuni putrajya. mungkin ada benarnya, banyak yg aku tengok plat putrajaya di kawasan tempat tinggal aku di nilai, di seremban, di bangi. saban hari ketika memandu pulang dr tempat kerja pun, aku nampak ramai yg balik kerja dari k. lumpur ttp tdk masuk pun ke susur putrajaya. di mana mrk tinggal? yg pasti bukan putrajaya.

awas! zon selesa di hadapan

Nov 13, 2009

bila kita dah lama kerja kat satu-satu tempat. kita akan rasa selesa.
semua kerja yg pd awal kita bekerja dulu yg dirasakan berat & sukar, kini dah jadi perkara biasa. rutin sahaja. walaupun kerja yg dilakukan sama spt dulu juga.
tp bila sudah lama bekerja & buat perkara rutin . ramai yg jatuh ke lembah 'zon selesa'. mereka akan mula cuai. maklumlah kadang2 kerja tu boleh buat ibarat 'tutup mata' saja.
bila mula cuai. ada yg takes things for granted. kualiti kerja pun mula menurun.
bila ada org tegur, dijawabnya"aku dah buat kerja ni bertahun-tahun dah, jgn pepandai nk ajar aku".
atau "you apa tau, i dah lama buat kerja ni, i tau la".
teguran atau komen yg lain dianggap cuba memperlekehnnya. walaupun dia sedar akan kebenarannya. ttp sikap ego, bangga diri & tdk mengakui kesilapan.
makin lama makin merosot. ataupun masih di takuk lama. tdk ada motivasi utk meningkatkan prestasi & kualiti kerja ke tahap lebih tinggi.
kalau pekerja yg baru, masih boleh ditegur, dilatih, dilentur.
tapi mrk jgk akan jadi pekerja senior pd masa akan dtg. kalau tdk betul caranya, mrk jgk akan jatuh ke 'zon selesa' seterusnya mengulangi apa yg berlaku ke tas rakan senior mrk sekarang.
yg lama dh jadi buluh, kalau dilentur akan patah. kalau ditegur, maka bermasam muka & tdk bertegur sapa, berbulan lamanya, mungkin sampai bila-bila.
keadaan ini aku samakan dgn susana di ofis aku. sbb ramai di antara mrk yg sudah lama bekerja di sini. sudah berpuluh tahun. ada yg bekerja di sini sebaik sj tamat sekolah. ada yg sejak bujang hinggalah beranak lima & bercucu.
tak heranlah ramai di ofis aku ni yg berada dlm 'zon selesa'. buat kerja asal siap. bila ditegur, jawapan mrk, sama spt yg aku paparkan di atas...

cikgu yang kurang cerdik

erol belajar di tahun 2. semalam dia perlu memulangkan buku teks spbt. ada 18 buku teks kesemuanya. bila sudah dipulangkan buku itu, mrk akan diberikan buku teks spbt utk tahun dpn, tahun 3. bagi murid tahun 2 utk mengangkut 18 buku teks sekali gus, adalah tugas berat & mencabar. mrk perlu turun naik bas & naik tangga ke tingkat 2 utk ke kelas mrk. ttp disbbkan takda cara lain, maka mrk gagahkan juga.

malangnya, cikgu erol kurang cerdik. erol tertinggal sebuah buku teks subjek pendidikan jasmani. buku teks yg diserahkannya tak cukup satu shj. cuma ada 17 kesemuanya. disbbkan cikgunya kurang cerdik, dia tdk menerima serahan buku erol. dlm masa sama tdk memberikannya buku teks utk tahun depan. erol disuruh membawa pulang 17 buku teksnya tadi. dan dtg semula esok dgn tambahan satu buku yg tertinggal. tidakkah itu bangang, namanya! disbbkan cikgu yg kurang cerdik tadi, erol terpaksa mengangkut beg yg sarat & berat dgn buku itu, pulang semula ke rumah. naik turun tangga & naik turun bas. kemudian dtg semula esok, naik turun bas & naik turun tangga sekolah dgn bebanan beg yg sarat dgn 18 buku teks.

apalah salahnya, jika cikgu yg kurang cerdik itu, menerima dulu 17 buku teks yg dibwk olh erol itu. dan menyuruh erol dtg semula dgn sebuah lagi buku yg tertinggal itu, esoknya? sebaliknya cikgu yg kurang cerdik & mungkin dungu serta bingai, seolah menghukum & mendera erol pergi & balik, seterusnya dtg semula esok? lupakah cikgu yg kurang cerdik itu, erol hanyalah murid thn 2 berumur 8 thn? tubuhnya yg kecil itu dipaksa angkut beban buku & beg yg berat berulang kali.

apa perasaan cikgu yg bebal itu, jika anak dia sendiri disuruh arah berbuat perkara yg sama. tentu dia rasa marah spt apa yg aku rasa bila diberitahu olh erol hal ini, mlm tadi. kenapalah cikgu yg kurang cerdik itu begitu bengap? tegas tak bertempat. mana hilangnya timbang rasa, mana perginya budi bicara? oh, aku lupa krn otaknya lembap, serta kurang cerdik, maka pertimbangan semudah itu pun tdk dpt difikirkannya...

hari ini, erol sekali lagi kena angkut 18 buah buku dgn begnya, turun naik bas, naik tangga sekolah & menyerahkan buku tersebut kpd cikgunya yg kurang cerdik itu. macam mana nak ajar anak murid jadi cerdik kalau cikgu pun kurang cerdik?

ibarat melukut di tepi gantang

Nov 12, 2009

apakah lagi yg akan diambil & diragut dpd staf kami.
kami tdk dimaklumkan langsung oleh sesiapa dlm hal ini.
apa yg berlaku sgt mengejutkan.
baru-baru ini seorg staf kematian isteri. manakala seorg staf lagi menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya.
setahu kami, sebelum ini kalau kematian saudara terdekat mrk diberi cuti ihsan.
manakala yg menyambut kelahiran pula diberi cuti rehat 7 hari.
jadi, mereka pun bercutilah.
sebaik pulang dpd bercuti, mrk dimakumkan cuti yg diambil akan ditolak dpd cuti tahunan.
sbb cuti ihsan kematian & kelahiran bayi untuk staf kami sudah ditarik balik!
anehnya, kami langsung tdk dimaklumkan.
aku amat simpati kpd staf kami itu. terutama yg bersedih dgn kematian. secara logik kalau kita kematian insan terdekat dlm hidup kita spt suami/isteri/anak/ibu/bapa adakah fikiran & tumpuan kita boleh terarah kpd kerja. sekuang2nya cuti ihsan membolehkan mereka hilangkan kesedihan, berehat & menenangkan fikiran.
ramai yg berang krn kebajikan kami seakan dianggap remeh.
aku tak tahu apa lagi kebajikan kami yg akan dirampas selepas ni.
hal ini tak boleh dibiarkan, aku & beberapa staf sudah berpakat utk berbuat sesuatu.
kini masa utk bangkit...menuntut hak kami.

imbas kembali detik sang juara

Nov 11, 2009

"kalau kalah habisla kita..." kata piyan, tekong regu kami.
"kita main mcm biasa, jgn nervous, jgn pressure" aku cuba tenangkan.
"harap2 lipat aku menjadi" kata nine, killer, seolah-olah separuh berdoa.
kalau ikutkan, regu kami paling lemah. regu pertama sudah menang. regu kedua team kami, yg paling kuat, kalah mengejut. cikgu baharum silap percaturan. agakannya kami boleh menang 2-0. regu kami sbg 'nasi tambah' saja. kedudukan sekarang 1-1. regu ke-3 yg menang bermakna team mrk menang. juara. dlm menuju final ni sudah 8 perlawanan diharungi. rekod team kami menang kesemuanya. tapi rekod regu kami, menang 4, kalah 4.

kini segalanya bertumpu pd kami. bergantung pd regu kami. team kami adalah team juara. sejak 4 thn berturut-turut. malah secara tradisinya merupakan 'gergasi' takraw peringkat negeri. sekali lagi tahun ini, kami merupakan feberet, mempertahnkan kejuaraan. jadi, regu kami menggalas tugas berat.

lebih-lebih lagi, kali ini final, mempertemukan kami dgn musuh ketat yg jadi naib juara 2 thn berturut2. team mrk jgk merupakan bekas juara yg mahu merampas kembali kejuaraan. sekali gus meranapkan reputasi kami. kami tak rela. team kami tak rela. penyokong kami tak rela. sekolah kami tak rela. ini saja tradisi yg harus kami pertahan. bola sepak, kami taklah segagah mana. netball pun tak hebat sangat. hoki hancur. olahraga sekadar boleh tahan. pendeknya semua hancur, hampeh. kalau takraw pun kecundang jugak, maruah sekolah kami akan tercalar. malah, mana kami nak sorok muka nanti bila bertembung dgn pelajar sekolah lain. lebih teruk lagi dgn pelajar sekolah sendiri pun kami rasa segan nanti. sbb kami harapan mrk. harapan sekolah.

sebelum masuk gelanggang, ada yg 'mengpsiko' piyan. khabarnya killer mrk anak sedara raja takraw, adnan saidin. dia punya libas pari, memang tk boleh angkat punya. kalau angkat dgn kepala, melecet. kalau angkat dgn kaki, koyak kasut. piyan kelihatan sedikit gelabah. aku pun gementar jugak. cuma nine aje nampak sikit konfiden.

game bermula. nyata sekali kami bersaing sengit. mata demi mata begitu rapat. sekali killer dia libas. sekali nine lipat. sekali piyan buat servis kuda. sekali tekong dia buat servis pancung. set pertama kami kalah 15-12. tapi kami tak patah semangat. demi cikgu baharum. demi team kami. demi penyokong kami. demi sekolah kami. kami akan bangkit. set kedua, cikgu baharum mahu kami attack 'lubuk' mrk di sebelah kiri tekong, belakang killer mereka. kami pun ikut strategi itu. ada kesannya. biarpun persaingan mata spt set pertama. sengit. kejar mengejar. kami akhirnya menyamakan kedudukan. menang set kedua 15-13 (masa tu masih guna bola raga & belum lagi guna sistem 21 mata...he he, boleh agak bila?).

dgn itu kami masuk set penentuan. set ketiga. segala2nya dipertaruhkan pd set ini. dua2 team bersemangat. ttp kudrat sudah mula menurun. keletihan mula meresap tubuh. fokus sudah mula melilau. cuma semangat yg menongkat kami utk terus bermain.mati-matian. pd awal set ke-3 kami mendahului. penyokong kami semakin lantang. mata demi mata dikutip dek libasan nine. kami semakin yakin. jarak mata semakin ketara. adakah team lawan sudah pancit? adakah mrk patah semangat? tdk berdaya lagi? tiba pada pendahuluan mata 11-7. tiba2 regu lwn seolah-olah mendpt 'angin kedua'. servis tekong mrk menjadi. rejaman killer mrk menjunam tajam. feeder mrk menimang & menghantar bola dgn cantik. kami diasak. kami ditekan. kami diserang. bertali arus.

tiba di hujung persaingan. kami ketinggalan 13-11. mrk cuma perlu 2 mata lagi. kami kini di ambang kekalahan. kejuaraan kami bakal diragut. aku sempat menoleh pd piyan yg mengesat peluh. ada genangan air mata. nine nampak keletihan, kedua-dua tgnnya, mencekak pinggang. aku pulak dah bersedia terima kekalahan. kekecewaan. sorakan penyokong kami semakin ditenggelami sorakan lawan. aku menjeling cikgu baharum. yg tadinya berdiri, kini tunduk sambil berpeluk tubuh. mukanya sedikit muram.

tiba-tiba sesuatu yg tdk diduga berlaku. tekong mrk tersungkur jatuh ketika cuba mengambil bola libasan nine. dia cedera. agak teruk. tdk dpt meneruskan permainan. digantikan olh tekong baru. tekong baru kelihatan sedikit gementar. dia jugak tk sempat memanaskan badan. jadi strategi kami, serang tekong mrk sbg lubuk mendptkan mata. mungkin tak adil. mungkin kejam. tapi inikan sukan. perlu ada strategi yg tepat. ditambah dgn sedikit tuah atau nasib. kami mengasak. libasan nine disasarkan pd tekong. servis kuda piyan dituju pd tekong. kami mendapat mata-demi mata. tekong mrk ternyata tdk bersedia. tertekan. kesian dia. tapi takda istilah kesian dlm sukan. kelemahan perlu dieksploitasi bak kata cikgu baharum. team lawan mula goyang. sorakan penyokong lawan semakin longlai. kami menjadi tambah semangat.

akhirnya set ke-3 kami menang 17-15. pd mata penamat, tekong mrk cuma berdiri kaku. killer mrk menekup muka hampa. feeder mrk, terduduk keletihan, mukanya menahan tangisan. penyokong mrk diam, termanggu, seakan tk percaya. really close yet so far. mrk gagal menyerap tekanan. faktor utama kecundangan ialah kecederaan tekong asal mrk. apa nak buat, malang tak berbau.

kami menang. kami juara. aku tak percaya. tanpa sedar. kami bertiga diserbu. kami dijulang bagai wira oleh penyokong kami. kami menyelamatkan maruah sekolah kami. kamilah hero! kami melakukan sesuatu yg hampir mustahil, dibantu oleh nasib yg menyebelahi kami...

catatan: piyan menamatkan psekolahan slps spm. manakala nine melanjutkan pelajaran ke oversea (US). aku pulak masuk form six.

cikgu sekarang, cikgu dulu

mlm kelmarin, sewaktu berehat menonton tv, eril menghulurkan sekeping kertas. kandungannya ialah senarai buku latihan pelbagai subjek. gunanya utk pelajar buat latihan semasa cuti sekolah. aku tanyakan pd eril "sapa yg bagi ni".
"cikgu yg bagi. semua pelajar diwajibkan" jwb eril, mengulang kata cikgunya, mungkin.
"aik, dah habis sekolah pun kena beli buku jgk" kataku. "tak payahla..."
"tapi cikgu cakap wajib, semua kawan2 eril beli" eril seakan merajuk.
"takpalah, esok mama bagi duit" sampuk isteriku. aku pun diam saja.
aku faham. kalaupun tdk diwajibkan pun, sekiranya ramai kawan2 anakku yg membelinya sdgkan eril & erol tdk, tentunya mrk akan rasa 'lain macam'. jadi, nak tk nak, terpaksalah keluarkan duit jugak utk membelinya. kita pun tak mahu anak2 kita ketinggalan dlm pelajaran. kalau cikgu sendiri yg mencadangkan buku latihan itu, tentunya ia baik utk anak murid mrk.

mlm tadi. eril & erol bawak pulang buku latihan yg mrk beli. aku dapati buku tersebut bukanlah terbitan kementerian atau atas usaha guru sekolah anakku. ttp buku latihan yg diterbitkan olh sebuah syarikat penerbitan swasta. ianya dijual secara pakej utk setiap subjek. soalnya kenapa cikgu memilih sykt penerbitan tertentu? kenapa tdk dipelbagaikan, dr pelbagai penerbit lain misalnya? adakah buku terbitan syarikat itu yg terbaik?

apa yg dialami ini, mengingatkan aku akan cerita seorg kawan yg bekerja sbg editor di sebuah syrkt penerbitan buku yg menerbitkan buku2 sekolah. menurutnya, sykt buku akan sentiasa bersaing utk menguasai pasaran di sekolah. antaranya, memohon kerjasama guru besar & cikgu, spy 'merekomenkan' buku terbitan mrk utk dibeli oleh pelajar sekolah. antaranya memasukkan buku terbitan syrkt tersebut sbg buku pilihan/cadangan utk latihan tambahan selain buku terbitan kementerian. antara strateginya, sykt penerbitan yg bersaing utk menguasai sekolah, akan memberi sejumlah komisen kpd cikgu sekolah, jika mrk dpt jual buku kpd pelajar. kalau bnyk terjual, maka bnyklah komisen yg diterima. ataupun sekurang2nya cikgu akan diberi naskhah buku percuma sbg hadiah krn 'mengiklankan' buku sykt penerbit itu. ini merupakan rahsia yg bukan rahsia (open secret) di kalangan guru sekolah & penerbit buku. adakah ini juga mungkin berlaku di tempat anak2 aku bersekolah? kalau ikutkan, memang ada benarnya, cerita rakan editor ku itu...

zaman aku bersekolah dulu, cikgu sendiri yg menyediakan buku latihan utk pelajarnya bg digunakan semasa cuti sekolah. supaya pelajar mrk tdk leka bermain & buang masa semasa cuti sekolah. buku latihan yg dibuat atas hasil titik peluh cikgu yg mengumpulkan latihan yg komprehensif, gabungan beberapa buku latihan & kertas soalan peperiksaan lepas beberapa syarikat buku. bukanlah dlm bentuk buku sebenar ttp cetakan stensil pd kertas A4 yg distaplerkan. tdk adakah guru spt itu lagi? yg ikhlas membantu muridnya utk belajar & berilmu dgn inisiatif guru? dan yg lebih penting, tanpa sebarang bayaran dikenakan!

kini baru ku tahu

Nov 10, 2009

antara tugasku di editorial ialah menyediakan & mengkaji laporan penilaian yg diterima. seterusnya mencadangkan jumlah bayaran honorarium kpd penilai yg kami lantik berdasrkan kualiti laporan, ketebalan, lama tempoh yg diambil utk menilai & darjah kesukaran mansukrip yg dinilai.
selepas siap perlu diserahkan pd boss utk memperakukannya. seterusnya boss akan mengarahkan bhg akaun menyediakan tuntutan bayaran.
selama ini, urusan itu mengambil jangka masa yg lama utk disiapkan.
pd tanggapan aku, urusan ini rumit.
sbb ia rumit, pastilah mengambil sedikit masa utk membereskannya.
paling kurang ambil masa seminggu dua.
itulah tempoh yg biasanya diambil, selama ini.
hari ini, baru aku tahu.
urusan itu sebenarnya mengambil masa tak sampai sehari.
buktinya...
pagi tadi kira2 jam 10 pg, aku serahkan laporan & cadangan bayaran itu, kpd boss.
ptg ini, dlm jam 3 ptg. staf di bhg akaun menghubungiku.
tujuannya utk mengesahkan beberapa perincian dlm laporan itu.
maknanya, selapas ini dia akan mengemukakan baucar tuntutan.
seterusnya menyerahkan tuntutan kpd bhg kewangan yg akan menyediakan cek utk pembayaran kpd penama yg kami cadangkan.
dlm kata lain, semua dah beres. dlm tempoh beberapa jam shj.
ajaib bukan!
sbb apa?
puncanya staf bhg akaun itu akan bercuti panjang.
lebih tepat lagi, bercuti hingga awal januari depan bermula hari khamis ini...

lebih baik diam saja

jam 5:25 ptg.
boss panggil kami dpd marketing, admin & editorial.
semata-mata utk bincang pasal penentuan cover design.
yg sepatutnya siap berbulan dulu.
apa pun keputusan akhir perlu dibuat hari ni jgk. ssb teks sudah siap dicetak, malah sudah dilipat.
ttp kulit buku belum siap, gara2 'ketelitian' designer kami.
maknanya, kami perlu buat keputusan dlm masa 5 minit. sbb waktu pejabat setakat 5:30ptg.
soalnya kenapa dh nak balik baru serah design pd boss. alang2, baik tunggu esok.
boss tanya konsensus semua. maka kami bagikan komen, pro & kontra.
aku dh pun tengok design tu pd skrin komputer. oklah. lebih baik ada dpd tkda.
lgpun dah kesuntukan masa. ditambha pulak, tkda pilihan lain.
aku pun bagi komen aku. spt yg lain2 jgk.
rata2 agak bertentangan dgn pendpt boss.
malah aku dituduh, tdk mengikut keputusan mesyuarat krn komen yg ku beri.
akhirnya, keputusan akhir di tgn boss jgk. dgn sedikit ubah suai.
kami dikatakan. tak tahu pasal strategi jual buku. tak tahu pasal warna. tak tahu pasal design. tak tahu pasal imej.pendeknya, tak tahu apa-apa.
habis tu, buat apa panggil kami?
lebih baik diam saja. atau ikut saja. hati pun tak sakit. tak buang masa...

hujan dulu lain, hujan sekarang lain

Nov 9, 2009

eril, erol & erin merungut.
tak dpt main di luar rumah.
bukan sebab aku atau mama mereka yang larang
tapi sbb hujan. ya, hujan kerap turun terutama waktu petang.
petang2lah waktu mrk bermain di luar.
depan rumah ada padang. tanah lapang.
boleh main basikal. boleh main bola. boleh main kejar-kejar. main apa saja.
tapi sbb hujan, mrk terperuk dlm rumah.
tengok kartun, main games di komputer.
tp takkan nak duduk dlm rumah sepanjang hari.
nak jugak keluar. Tengok matahari, tengok pokok.
tp sbb hujan, terpksa jugakla duduk terperap dlm rumah.

teringat aku masa kecik2 dulu.
bila hari nak hujan sengaja cari peluang keluar rumah.
pergi rumah kawan misalnya, atau tempat yg jauh sikit dr rumah.
supaya emak & abah tk nampak.
atau abang atau kakak tk nampak. nanti diorang report (cemburula tu…)
bolehlah main basikal tengah hujan. lagi lebat lagi seronok.
boleh main bola dlm hujan. air bertakung, lagi menarik, boleh gelongsor atas rumput.
boleh main kejar-kejar dlm hujan.
air sungai jadi banyak & laju, lagi seronok berenang, terjun tiruk dr atas tebing.
biasanya bila hari nak gelap, dekat maghrib baru balik.
tapi balik dgn pakaian basah & berlumpur, pastinya mengundang padah.
kena marah dgn mak. kena leter dgn mak.
tapi kalau nasib tak baik, kena rotan dgn abah. kadang2 dgn hanger baju.
sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!
tapi tak serik jgk, bila hujan lagi, main hujan lagi!

budak-budak sekarang manja. kena hujan sikit, selesema. mungkin jgk demam.
kata pakcik amid, air hujan sekarang dah tercemar. banyak asid. banyak bahan kimia.
mungkin betul jgk, kata pakcik amid.

bila man. utd kalah lagi...

man utd kalah lagi mlm tadi. kali ini di tgn chelsea.
1-0 .gol yg nampak offside.
perlawanan memang sengit. kehebatan drogba & anelka yg digembar-gemburkan itu ternyata tak menjadi. terkulai di tgn barisan pelapis pertahanan man utd. tak bermayanya drogba, aku kira kalau letak shukor adan-zaqwan adha dr team n. sembilan pun, dia akan struggle apa lagi nak score…hu hu
spt biasa,bila man utd kalah, yg lebih2 buat provokasi ialah penyokong team lain. sejak mlm tadi hingga pagi ni, tak putus2 aku terima sms. gamaknya mrk sanggup bersengkang mata menonton perlwnn man utd. aku tak kisah sgt kalau setakat yg kutuk tu scousers & gooners.
apa nak kesah sgt, kalau team yg kita sokong tu dah 3 thn berturut-turut menang EPL & 2 thn berturut-turut masuk final UCL.
nk dibandingkan dgn satu team yg dh 20 thn tak kecap EPL & satu team lagi yg tak da sejarah dlm UCL. mrklah yg sedang tertekan. kesian.
jadi, aku cool aje . . .

ceringkas piala malaysia

Nov 8, 2009

1. kelantan 'menawan' stadium dgn anggaran penyokong hampir 65,000 tapi sorakan mrk mula perlahan sebaik saja negeri 9 menjaringkan gol pd minit ke-18 & sorakan itu semakin hilang bila n9 menjaringkan gol ke-3.
2. memang benar kata pak kadok "menang sorak, kampung tergadai..."
3. penyokong kelantan lebih seronok bersorak bila mercun berdentum dpd menyorak pasukan mereka.
4. pertama kali dlm sejarah perlawanan akhir, penyokong meninggalkan stadium setengah jam lebih awal sebelum perlawanan tamat. mungkin nak cepat balik, kejar bas. maklumlah dtg dr jauh!
5. sebaik saja negeri 9 menjaringkan gola ke-3, penyokong kelantan mula meninggalkan stadium & menanggalkan kain rentang, menanggalkan ikat kepala, tdk lagi mengibarkan bendera...
6. anggota bomba terpaksa memadamkan bangku & kain rentang yg dibakar penyokong kelantan krn mrk sudah kehabisan mercun utk dibakar.

negoghi semilan juagho!!

Nov 7, 2009


SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.
Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.
sumber: mingguan malaysia

semua dah tempah, teruskan sajalah

Nov 6, 2009

setiap kali cuti sekolah aku & wifey merancang utk meluangkan masa bercuti dgn anak-anak.
sudah bnyk tempat kami pergi.
tepi pantai. pulau. taman tema. zoo. air terjun. resort. tasik. tanah tinggi...semua dah pergi...
cuma anak2ku merengek nak naik kapal terbang.
memandangkan kosnya agak tinggi, perlu sediakan bajet dulu.
bila bajet dah lulus, tarikh & tempat tujuan pun dipilih.
tiket kapal terbang sduah ditempah.
bilik hotel penginapan jgk sudah ditempah.
cuti sekolah akan mula.
cuti yg aku & wifey mohon pun dah lulus.
jadi, apa masalahnya?
masalahnya sekarang ni, musim hujan atau musim tengkujuh.
hampir setiap hari hujan.
malah berita yg tersiar hari ini, banjir sudah mula melanda pantai timur.
kalau kami bercuti nanti, musim tengkujuh terus melanda, mcm mana?
lebih buruk kalau, hujan berterusan menybbkan banjir?
kalau dah bercuti di sana nanti, takkanlah nak terperap dlm bilik hotel saja!
apa boleh buat sekarang ni, berdoa dan tawakal saja . . .

previu final piala malaysia

bacalah, kalau boleh faham . . . he he

http://sokernet.blogspot.com/2009/11/dari-padang-lebar-ke-bukit-jalil.html

http://sokernet.blogspot.com/2009/11/kelate-hensem.html

dipetik dpd sokernet.blogspot.com (jgn marah tuan tanah . . .)

menggaru kepala yang tak gatal

Nov 5, 2009

1.
awal thn ini pihak pengurusan sudah meluluskan permohonan pembelian sebuah kamera digital utk kegunaan bhg perekaan. mrk yg berkaitan diminta mendptkan sebut harga berdasrkan spesifikasi kamera yg dikehendaki. sjk itu staf di bhg tsbt sudah kerap mengadakan tinjauan di pasaran utk mengenal pasti kamera yg sesuai & membuat perbandingan harga. 3 bulan kemudian bila dibangkitkan hal pembelian itu, difahamkan masih belum ada keputusan dibuat. pertengahan thn ini, dlm mesyuarat bulanan, bhg perekaan diberi amaran sekiranya tiada sebarang pembelian dibuat dlm tempoh terdekat, kelulusan pembelian kamera akan ditarik balik. namun sehingga september lepas, masih belum ada sebrang tindakan dpd staf terbabit. kebetulan, aku menjadi pengerusi mesyuarat pd bulan tsbt. lantas aku bangkitkan barkaitan hal itu sekali gus secara sinis memberikan amaran akhir kpd mrk. aku difahamkan, staf terbabit masih tdk membuat sebrang tindakan perlu, sehinggalh hal ini dibangkitkan sekali lg pd mesyuarat bulan lps ekoran minit mesyuarat yg aku pengerusikan itu. khabarnya, sebuah kamera digital baru saja dibeli hari ini. itupun selepas sekumpulan 4 org, sekali lagi membuat rombongan pembelian ke plaza pudu utk membuat pemilihan kamera pd selasa lepas.
bila dituding jari tdk kompeten, pasti ada yg melenting. bila dikatakan lembap, ada yg kecil hati. tp hakikatnya inilah yg terjadi, kelulusan pd januari ttp hanya diperoleh peralatan yg hendak dibeli itu pd akhir thn. sdgkan mrk sendiri yg beriya-iya benar hendakkan kamera itu atas alasan utk kelengkapan kerja. apa masalah mrk, menunda & melewatkan pembelian itu, aku pun tk faham...org dah bagi, ambik sajalah peluang tu.
2.
ptg semalam, seorg staf mengiringi 2 org yg tk dikenali, meninjau sekeliling ofis. slps dirisik-risik, aku difahamkan mrk itu dtg utk buat tinjaun lapangan. rupa2nya pihak pengurusan bercadang utk memasang cctv di ofis ini. ianya sbg langkah keselamatan. lebih2 lagi beberapa minggu lps ada berlaku pecah masuk ke ofis ini menyebbkan kehilangan sejumlah wang ofis. peliknya, bila risik punya risik lagi, khabarnya cctv itu, akan dipasang di dlm & luar ofis. kalau cctv di luar itu aku fahamlah, ttp di dlm ofis? ofis ini bukanlah bank atau institusi kewangan yg simpan bnyk duit tunai, transaksi wang yg bnyk & barangan berharga. cukuplah sekadar cctv yg dipasang di luar. atau adakah pihak pengurusan berasa perlu krn beranggapan bhw kemungkinan 'org dalam' pun harus diawasi sama? kalau staf sendiri pun dicurigai, maknanya tk wujud kepercayaan sesama staf. siapa punya idea merapu ni, rasanya aku boleh agak siapa gerangannya...

peraturan dibuat untuk siapa?


"dalam kalut ada peraturan, peraturan cipta kekalutan..."
demikian antara baris lirik lagu Tanya Sama itu Hud Hud nyanyian M. Nasir.
manusia mengadakan peraturan untuk mengatasi kekalutan yg timbul. namun acap kali peraturan itulah yang kemudiannya mencipta kekalutan. atas sebab ianya tdk dipatuhi. mungkin krn menyetujui falsafah bhw "peraturan dibuat utk dilanggar". ataupun disebbkan peraturan itu hanya pd atas kertas, ttp tdk dikuatkuasakan. kalaupun dikuatkuasakan, ianya tdk dilaksana secara menyeluruh atau tdk bersungguh-sungguh atau berpilih-pilih.

mudahnya kita menyalahkan penguat kuasa. sdg yg melanggar peraturan itulah yg. sepatutnya dipersalahkan. ketika pukul 3:00 pg melalui jln. yg sunyi, gelap & dingin. tersekat di persimpangan lampu isyarat. simpang empat pulak tu. adakah sbg pemandu, kita akan tunggu giliran lampu bertukar hijau? atau langgar lampu merah sbb tkda kenderaan lalu lalang & polis masih tidur waktu itu? tapi adakah peraturan hanya utk waktu tertentu shj? tdk, ianya perlu dipatuhi sepanjang masa. tak kira pukul 8:00 pg, 1 tgh hari, 3 ptg atau 3 pagi ...atau semasa anggota polis trafik terpacak tepi jln. 24 jam.

bila peraturan sudah menetapkan penceramah agama perlu ada tauliah dpd jabatan agama utk mengadakan sesuatu ceramah. tokoh agama itu jgk sedar akan wujudnya peraturan itu, ttp dia tetap mengadakan ceramah itu. adakah ini tdk melanggar peraturan? ttp yg dipersalahkan ialah penguatkuasa. sbb mrk dikatakan menguatkuasa peraturan secara berpilih-pilih. ada berlambak lagi org yg beri ceramah agama tk bertauliah. malah ada yg menuduh & mengaitkannya dgn unsur politik. bukankan peraturan itu memang wujud? adakah sbb pemberi ceramah itu seorg yg terkenal, makanya peraturan itu tdk boleh terpakai? bagaimana pula jika jika seorg 'penceramah bebas', ahli tabligh yg selalu beri ceramah di surau2 tanpa tauliah. kalau ditahan olh penguatkuasa,. ianya dianggap sekadar mengikut peraturan. mrk itu tdk dibela olh pemimpin politik, ngo atau media massa. sdgkan kesalahannya sama saja, iaitu melanggar peraturan!

bila ada yg rasa sedikit 'malas' nak dtg kerja hari isnin. nak ponteng, tak boleh sbb menyalahi peraturan. lalu berpura-puralah sakit perut, misalnya. pergi klinik, dpt cuti sakit (ada jgk cuti sakit yg boleh dibeli...). maka dptlah meneruskan cuti hujung minggu itu. ini tk salah dr segi peraturan ttp salah dr sudut peraturan moral.

semasa bermain bola di padang. antara peraturannya tdk boleh bermain kasar. spt menghalang pemain lwn, menjatuhkan pemain lwn, membentes, menarik baju & sbgnya. ttp peraturan terbt tetap dilanggar. tiap kali perlwnn, selalunya akan ada pemain yg dikenakan kad kuning atau merah. bayangkan kalau main bola tkda peraturan, pastinya kalut bukan?

ttp masih jgk penyokong, pengurus (sir alex ...he he) akan mengkritik pengadil yg menguatkuasakan peraturan. yg bagi mrk tdk adil, bias (pengadil kayu! jerit penyokong di stadium). sbb kadangkala, pengadil ambik tindakan beradasrkan apa yg dia nampak & fikir betul. sdgkan yg mengadili pengadil itu, menonton siaran langsung di rumah. yg boleh lihat ulang tayang, slow motion & sudut kamera yg berbeza-beza!

jadi, peraturan dibuat utk siapa? utk kebaikan, keburukan atau kekalutan? siapa yg salah - sama ada yg melanggarnya atau yg menguatkuasakannya?

resensi . . .14

Nov 4, 2009


Judul: Rasyid Rida: Pengaruhnya di Malaysia
Pengarang: Mustaffa Abdullah
Harga: RM60.00
Halaman: 248
Terbitan: Penerbit Universiti Malaya


Ringkasan
Rasyid Rida merupakan tokoh tafsir yang terkemuka. Idea, buah fikiran dan gagasan yang dilontar dalam karyanya Tafsir al-Manar boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Malahan agenda pembaharuan Islam yang diperjuangkan olehnya membawa pengaruh kepada perkembangan Islam khususnya di alam Melayu. Pembaharuan dalam beberapa bidang termasuk tafsir berjaya memartabatkan pengajian tafsir ke tahap sewajarnya dengan menggunakan pelbagai metode, corak dan gaya dalam mentafsir al-Quran. Antara bentuk tafsir yang diketengahkannya menyentuh pelbagai aspek merangkumi agama, politik, masyarakat dan sebagainya. Rasyid Rida berusaha menghubungkan ajaran al-Quran dengan masyarakat di samping membuktikan Islam sebagai agama universal, abadi dan sesuai dengan perkembangan zaman. Penerapan juga dilakukannya dalam sistem politik dengan mengemukakan gagasan kesatuan umat Islam sambil menolak sekularisasi Barat yang memisahkan agama dengan pentadbiran negara. Aliran pemikiran ini memberi kesan mendalam kepada perkembangan gerakan Islam khususnya di Malaysia. Tafsir al-Manar jugaadalah menifestasi daripada pemikirannya dalam memahami kandungan al-Quran. Idea-idea beliau yang terarah kepada pembaharuan Islam dalam aspek agama, pendidikan, sosial dan politik wajar diketengahkan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Islam. Penulisan buku ini juga mengenal pasti sumber dan metodologi yang digunakan oleh Rasyid Rida dalam mentafsir ayat al-Quran serta mengetengahkannya secara ilmiah sebagai rujukan kepada individu dan masyarakat.


hari yang buruk di ofis

1.
mcm biasa. paling dtg awal pagi ini. ada masalah dgn elektrik. hanya sebhgn ofis yg tkda elektrik, termasuk bilik aku. terpaksa menunggu hingga 8:30 pagi utk pulih spt sedia kala. mujur juruelektrik dtg cepat utk membaikinya. kalau tdk, jenuhlah bergelap.
2.
seorg rakan sekerja menyampaikan berita buruk. khabarnya org atas kita memperlekeh kami kpd org paling atas. prestasi kerja kami dinilai hanya pd thp "boleh tahan". khabar ini dtgnya dr sumber yg sgt dipercayai. rupa2nya org atas kita main tikam belakang. kalau kami sekadar "boleh tahan", kenapa tak tegur, kenapa tak bimbing, kenapa tak kritik cara bersemuka. kalau kami diberi peluang utk menilai prestasi org atas itu bila ditanya org. paling atas, kami akan jawab "hancur & hampeh!"
3.
semlm aku sudah berjanji dgn seorg pegawai di kementerian utk mengambil dokumen dpdnya. aku sudah maklumkan pd staf yg berkaitan utk mengambilnya hari ini. dia akur. sepatutnya tdk timbul masalah. ttp pagi ini aku diberitahu olh seorg staf lain bhw staf yg septutnya pergi itu, tdk dpt hadir bertugas hari ni, cuti sakit. aku sedikit resah. apa alasan aku pd pegawai kementerian itu? adakah aku perlu pergi sendiri mengambilnya? sdg aku bekira2 apa yg perlu dibuat, tiba2 muncul staf yg berkaitan yg dikatakan cuti sakit itu. katanya, dia cuma pergi klinik & ambil ubat. jadi, dia akan uruskan pengambilan dokumen itu.

rungutan pagi selasa

Nov 3, 2009

1.
dia kata dia dh kekeringan idea. puncanya, ramai yg komen itu & ini. sehinggakan dia tdk tahu yg mana harus diikut. kenapa begitu. seorng designer septutnya 'lebih tahu' apa yg dikerjakannya. dia harus mampu mempertahankan hasil karya kreatifnya. soalnya, apakah dia betul2 kreatif? sbb itulah hasil kerjanya dipertikai, dikomen & dikritik. kreativiti boleh diperoleh dpd imaginasi. dpd pembacaan, membanding beza karya org lain, meneroka, mengkaji. tengoklah hasil karya yg pernah diterbitkan. mana nak cari? pergilah kedai buku, pesta buku, pameran buku, layari internet. adalah tdk logik tugasan yg sudah diberi berbulan-bulan dulu, masih belum dimuktamadkan. mereka bentuk buku bukan sekadar bermain dgn warna & font. ia harus ada konsep tertentu. konsepnya pula perlu bertepatan dgn kandungan buku. kalau dia org baru, aku faham. tapi sudah bekerja lebih 5 thn pun masih 'kurang' pengalaman, bagaimana lagi dpt ku bantu? pagi ini aku layari internet utk membantu dia. mata aku naik juling, krn terpapar di depanku pd skrin komputer, pelbagai design kulit buku berkaitan judul buku yg sdg dikerjakan itu. perlukah seorg editor buat serba serbinya?
2.
utk memohon data pengkatalogan penerbitan (c.i.p), perlu ada isbn. rekodnya dia yg pegang. jadi, aku rujuk pdnya. dgn penuh keyakinan ttp tdk berhati-hati, dia memberikan aku isbn itu. aku pun menghantar permohonan c.i.p melalui faks. di sebelah ptgnya, dia memaklumkan berlaku kesilapan. mengakui kealpaannya. isbn yg dibekalkan pdku adalah isbn sebuah judul lain. dia minta bantuan aku memaklumkan pd yg berkenaan. mudahnya, dia yg buat silap, aku pulak yg kena betulkan. perkara semudah itu, menyalin isbn pun boleh buat silap, aku tak tahulah kecuaian apa lagi yg boleh dibuatnya. olh sbb sudah lewat ptg, aku bercadang utk memaklumkan pembetulan pg ini shj. hari ini seawal jam 8:30, aku dihubungi pihak berkenaan, akan kesilapan yg mrk kesan. aku memohon maaf pdnya. lalu memberikan isbn yg baru, yg lebih tepat. kenapa aku sanggup minta maaf bagi pihak org lain? itulah pengorbanan seorg editor, sanggup buat apa shj yg demi kebaikan buku yg ditanganinya.

tujuh hari tanpa bintang

Nov 2, 2009

aku mengongsi pengalaman dibelenggu denggi.
dia jgk sptku, menderitainya beberapa thn dulu. malah lebih teruk.
demamku yg tk seberapa itu (tak dimasukkan ke hospital pun), sudah membuatku bingai.
inikan pulak jika spt kawanku itu yg ke thp ICU.
semuanya gara2 'demam biasa' pd awalnya. begitulah kata sang doktor yg merawat. ala kadar. sekadar menjolok jangkasuhu ke mulut, menyuluh tekak dgn lampu picit & melekapkan steteskop pd dada & belakang.
lepas tu disuruh ambik ubat & diberi mc.
walhal, sakit kita bukan demam biasa ttp demam denggi.
gara2 lewat mendptkan rawatan, makanya demam jadi melarat.
dlm kes kawanku itu, sehingga mengancam nyawa. masakan tdk, 3 hari dia ditempatkan di ICU.
bak katanya, "aku sudah mula terbayangkan kematian yg semakin hampir . . ."
tapi usianya masih panjang. dia pulih.
justeru itu meninggalkan fobia pdnya. jika dia atau ahli keluarganya sakit atau demam sekalipun, dia akan cuba dptkan rawatan di klinik atau doktor yg 'lebih prihatin'.
bukan sebarang klinik yg mahu melonggok bayaran dpd pesakit utk gaji mrk.
atau doktor yg ingat kita ke kliniknya sekadar nak dptkan cuti sakit!
hanya krn penangan nyamuk pembawa virus, boleh membawa kesengsaraan & rasa serik berkekalan.
tujuh hari tanpa bintang, tajuk entri ini seakan2 takda kena-mengena dgn cerita yg dipaparkan.
tapi bagi aku, sgt berkaitan.
tujuh hari yg 'membingungkan' itu seolah2 tujuh hari tanpa bintang dlm kehidupan aku . . .

"mau potong ke, encik?"

Nov 1, 2009

"assalamualaikum . . .mau rumput kasi potong?" tanya seorg mat bangla pdku. dgn mengayuh basikal dgn kelengkapan mesin rumput dia mengelilingi kawasan perumahanku. 'menawarkan' khidmat potong rumput.
biasanya aku menolak. bukan sbb tknak gunakan khidmatnya ttp sbb rumahku tkda rumput utk dipotong!

bukan sekali dua, sudah beberapa kali. malah itu merupakan rutin harian mat bangla itu. bukan dia seorg, ttp beberapa org mat bangla lain akan 'mengunjungi' rumah yg 'membela' rumput panjang. kadangkala dah naik lalang. sesetengahnya memang malas nak mengemas laman rumah. alasan mrk mcm biasa "sibuk bekerja" hingga tkda masa nak membersihkan laman rumah yg semak samun. aku tkda masalah langsung walaupun sibuk bekerja jgk. langkah mudah, aku simenkan laman rumahku. hanya ada sedikit ruang berumput di blkg rumah, itupun aku dah gantikan dgn menanam rumput 'karpet' yg mudah diselenggara sendiri.

mat bangla ini sebenranya pekerja dgn syarikat landskap atau syarikat penyelenggara taman perumahan aku. itulah sbbnya mrk mempunyai kelengkapan mesin rumput. mrk mengunakan (menyalahgunakan?) kelengkapan itu utk menjalankan kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan di luar waktu bekerja. aku katakan begitu krn bisanya mrk akan mengelilingi kaw. perumahan utk khidmat potong rumput pd waktu ptg sekitar jam 6. pd waktu itu mrk sudah tamat waktu kerja seharian.

olh sbb mrk tahu ramai yg tkda masa (a.k.a malas) nk mengemas laman rumah walaupun luasnya sekangkang kera, makanya mat bangla itu dpt menambah sumber rezeki. masalahnya sekali diupah, bermakna berkali-kalilah mrk akan dtg bertanya walaupun kadangkala hanya berselang seminggu, dgn rumput masih belum sempat panjang.

ada baiknya khidmat yg diberi olh mat bangla itu, tk perlulah bersusah payah membersihkan rumput liar di laman rumah. hulur duit upah, semuanya beres. dari segi lain, menybbkan pemilik/penyewa rumah menjadi semakin malas mengemas rumah sendiri . . .

man utd 2 - blackburn 0


soccernet.com
Dimitar Berbatov and Wayne Rooney made sure Manchester United got back on track in the Barclays Premier League with a 2-0 victory over Blackburn.