blame it on the rain

Apr 29, 2009

cadangnya memang nak ke bank waktu rehat tengah hari td. tp ketika sdg mengira2 duit utk tu, muncul rkn seofis terjongol di muka pintu. mulanya nk clarify beberp hal berkait mesy. jbtn pg tadi, kemudian meleret2 kpd hal pinjaman perumahan hinggalah hal peribadi. apalagi, diam tk diam, dh dkt pkl 2. alamak! maka bergegasla TS berjln menuju ke bank. jrknya tkla jauh sgt. dlm 500 meter. jln kaki je. dlm pd tu, awan hitam kelihatan mula berarak di langit. angin bertiup dingin. hujan nk turun...dlm hati terdetik"sempat ke ni?" harap2 tk ramai org di bank atau mesin deposit wang tk meragam.
tiba di bank, tk ramai org. urusan di mesin deposit, lancar. kemudian ke kaunter. no. giliran 1142...ah 5 nombor lagi. jenguk, cuaca luar, hujan msh belum turun. sedikit lega. 1138, 1139, 1140, 1141..bila 1142 dipanggil, hampir serentak dgn itu kedengaran bunyi di luar, hujan turun. lebat pulak tu. melihatkan keresahan wajah TS, "bwk payung tk?" tanya kerani kaunter. TS hanya geleng kepala, dia plak hanya senyum kambing.sehabis berurusan, terpksala berdiri sj di luar menanti hujan reda. beberapa yg lain turut begitu. terpergkp dlm hujan. hujan tk menunjukkan tanda2 reda. ada yg pakat redah aje. takkanla TS nk redah jgk, dan masuk ofis dgn basah kuyup...setengah jam berlalu. hujan sekjp lebat sekjp reda. TS seluk poket...laa h.phone plk tk bwk. ingatkan kalau dh terdesak sgt, blhla telefon sesiapa di ofis, dtg jemput. serba tk kena. sejam kemudian... hujan sedikit reda. tp cuaca masih gelap. nekad dlm hati. lalu berjln laju balik ke ofis. kira 100 meter nk sampai, hujan kembali lebat. ni mesti kes nk menyakat ni. terpaksala TS berlari2 anak. kalau dpt jadik usain bolt kan bagus!
urusan 10 minit jadik lebih sejam ...blame it on the rain? no!

abstrak...2

Apr 27, 2009

lukisan yg tergantung di dinding bilik hotel. apa agaknya yg tersirat...

ahad adalah hari bekerja

Apr 26, 2009

olh sbb hari ni hari kerja, bgn awal. lepas mandi & solat, cuci kereta. sambil nyanyi setiap lagu yg diputar di radio. wp tk tau lirik, melodi & pitching lari...belasah je. lgpun ada mirip2 suara jamal (perasan). dh dekat sebulan tk cuci, alasan...asyik hujan.
8:30 siap cuci kereta. rehat tonton tv jgk. superkids - semua tk bgn lagi, mungkin masih mimpi jlnkn misi menyelamat dunia dpd penyangak.
9:00 wifey dh bising. sjk td mengemas rumah. supermama kejutkan superkids...hu hu dgn suara berkuasa halilintar! superkids tk terlwn. semua bgn kemas bilik, mandi, bersiap.
10:00 semua dh setel. semua dh hensem. semua dh lawa. siap utk misi penting - memang rutin kami sarapan pagi di luar pd hujung minggu. lokasi dituju, mana lagi mamak bistro. semua ada, servis pun super pantas. pesanan pg tu, tosai, nasi lemak ayam, roti sardin, megi goreng, telur 1/2 msk.
perut kenyang, singgah stesen minyak. isi penuh kereta wifey - boleh tahan seminggu. beli paper sekali. memang biasanya beli hari ahad je, sbb hari2 lain boleh baca di ofis atau online.
10:50 ke pasar raya 'gergasi'. sblm tu singgah dulu di bank. jumpa 'kawan' ku mintak duit. olh sbb gaji baru masuk, maka bershopping sakanla. penuh troli dgn brg dapur, brgn keperluan utk sebulan (sebenarnya memang tk cukup sebln pun...)
12:00 mesin di kaunter bayaran menunjukkan RM324...total.
dlm perjalanan blk, wifey singgah nurseri. beli baja utk bunga & tanaman pasu.
sampai di rumah...masing2 menjlnkan misi tersendiri
supermama - memasak
superkids - lwn penjenayah dgn computer games, tonton kartun
superpapa - sibuk packing beg
1:30 lunch. udang msk lemak cili api, ayam goreng, ikan masin, sup sayur...
2:30 mandi & bersiap
3:00 beri 'taklimat' pd superkids - jgn nakal2, buat homework - pesanan standard.
3:15 bertolak ke KL.
4:15 sampai di KL. bnyk jln tutup. jammed.pusingan akhir lumba basikal jelajah m'sia di dataran merdeka. sampai di pwtc..lagila jammed. hari terakhir pesta buku...
4:45 tiba di hotel. check in.
5:00 minum ptg.
5:30 kerja...sampai 11:30 mlm! AHAD 26 Apr 2009 - tercatat dlm sejarah...

pesta buku antarabangsa KL...4

Apr 24, 2009

sempena berlangsungnya PBAKL, pelbagai aktiviti dianjurkan selain jualan & pameran buku. ada seminar, dialog, pelancaran buku dsb. sempena menyambut Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, Dewan Bahasa & Pustaka menganjurkan satu seminar hak cipta. TS sempat meluangkan masa menghadirinya. 2 penceramah dijemput berlatar belakang akademik bidang undang2 dpd UIAM & UKM. ini adalah usaha yg patut dipuji. sambutan dpd peserta amat menggalakkan. alhamdulillah, menunjukkan kesedaran yg tinggi di kalangan masyarakat umum. penuh sesak dewan seminar. pesertanya terdiri dpd staf penerbit buku, golongan akademik, editor & peminat buku serta pelajar. bagaimanapun isu yg disentuh tdk menyeluruh berkaitan industri buku & hak cipta. mungkin lebih wajar diletakkan seorg lagi penceramah yg berlatar belakang dlm bidang penerbitan yg mahir dlm selok-belok hak cipta. ringkasnya, penceramah sendiri tdk terbabit dlm soal hak cipta penerbitan sebaliknya membicarakan soal teori & lebih berkisar dr sudut pandang perundtukan undang2 sedia ada. sdgkan hakikatnya tdk begitu. hak cipta utk penerbitan komersial misalnya, tdk sama dgn hak cipta akademik, malah sebenarnya ada garis pemisah antara plagiat dengan hak cipta (serupa tp tk sama) yg tdk dihurai dgn jelas.

kisah menyayat hati seorang pemain bola sepak

Apr 23, 2009

pd awal, minatnya bukan pd bola tp pd takraw. baginya tubuh yg agak sederhana lebih sesuai bermain takraw dpd bola. pilihannya tepat. dia mewakili sekolah & daerah dlm takraw. tp pd satu ptg latihan takraw dibatalkan sbb coachnya ada urusan mendesak. lalu dia ke tepi pdg bola dgn team takraw lainnya utk tengok latihan bola kawan2 lain. kebetulan ada beberapa pemain yg cedera & lmbt dtg latiham jadi tk cukup 22 pemain utk 2 team. lalu coach bola mempelawa dia & seorg lagi kwn dpd team takraw utk cukupkan pemain. coach bola itu begitu tertarik dgn skil & bakatnya. slps sesi latihan ptg tu, coach tu bertemu dgnnya & menyatakan hasrat memasukkannya dlm team. cuba dulu katanya.
dipendekkan cerita sjk itu, dia begitu menyerlah dlm team bola itu. malah dianggap sbg pemain utama & paling menonjol dlm team bola sekolah. dia dikagumi rakan & lwn.dgn sumbangan & kemampuannya telah menjulang sekolah itu menjadi juara peringkat daerah. dia juga terpilih sbg pemain terbaik peringkat daerah. namanya meniti di bibir pelajar lain. malah pelajar perempuan jgk ramai yg terpikat dgn kelincahannya di pdg. ringkasnya dia menjadi topik bualan pelajar sekolahnya. kemuncaknya, dia terpilih mewakili negeri utk kejohanan bola peringkat nasional. bagi dirinya sendiri sudah menanam azam akan kemampuan dirinya utk beraksi sbg pemain bola profesional bila tmt sekolah nanti. kenapa tidak, dgn bakat & kemampuan yg dimilikinya itu, dia mampu melangkah jauh. setapak lagi jika dia terus berjaya mempamer kehebatan bersama dgn skuad pelatih negeri, nescaya dia akan terpilih pula sbg pemain nasional prkt bwh umur.
namun skrip yg cuba diciptakan itu tdk kesampaian. musibah melanda meranapkan impian. pd suatu hari ahad (latihan tdk diadakan) ketika di kem latihan skuad bola negeri yg disertainya, dia keluar mkn tengah hari bersama seorg lagi rakan sepelatih ke rumah seorg kawan sekolah yg menjemputnya mkn tengah hari tdk jauh dr kem itu. dia membonceng motosikal rakannya. pulang dpd rumah kwnnya itu mrk terlibat dlm kemalangan. motosikal yg ditunggangi bertembung dgn sebuah kereta. rknnya itu patah tgn kiri. manakala dia mengalami kecederaan yg teruk di bhg kaki. lebih malang lagi, beberapa minggu kemudian kakinya itu tdk dpt diselamatkan & doktor terpaksa memotong sbhgn dpdnya. dia terlantar di wad selama 2 bulan.
dlm sekelip mata, dunia indahnya jadi kabur. cita2nya berkubur. dia terpaksa menerima hakikat tdk lagi boleh bermain bola. hakikat itu amat perit dirasakannya. dlm masa sama pelajarannya terganggu. nasib baik atas sokongan keluarga, rakan2 & guru menjadikannya kembali tabah mengharungi hari2 mendatang.
hinga ke hari ini, cintanya pd bola sepak, tk kunjung padam. jika ada kelapangan, dia akan turun ke stadium. malah satu2nya yg dpt mengubat hatinya ialah menonton perlwn bola biarpun sekadar di tv. hingga kini, dia tkkan melupakan saat kegemilangan & kedukaan yg dilaluinya. meskipun kecewa, namun takdir yg menimpa diterimanya dgn reda. ada ketika terngiang2 di benaknya kata2 coachnya "awak akan jadi pemain handal satu hari nanti. awak akan harumkan nama malaysia". kini hanya trofi, medal & gambar menjadi catatan kenangannya...
ini bukanlah rekaan, tp kisah benar.
siapakah 'dia' yg dimaksudkan itu...hanya TS yg tahu.


apa dah jadi dgn prof. madeya?

kira2 2 bulan lalu, dlm entri di blog ini, TS meluahkan rasa 'kurang enak' tentang seorg prof. madya. lantas menggelarnya prof. madeya (bodoh dlm b. tamil). lantaran sikapnya yg langsung tk melayakkannya memegang title tsbt. dlm bengkel siri ke-3 (dia tk hadir bengkel ke-2) pd pertemuan sesi pertama si prof. madeya (si pm)semua ahli panel bersalam2man. tiba giliran kami, si pm menggenggam erat tgn TS dgn kedua2 belah tgnnya. kemudian menepuk bahu TS, sambil tersenyum & bertanya khabar. TS terpana. pelik. seolah2 tkda apa yg berlaku antara kami sebelum ini. malah sepanjang bengkel berlangsung si pm tdk lagi bersikap spt sebelum ini. kali ini dia sentiasa senyum, sesekali buat jokes utk hilangkan rasa bosan, resah, pening kepala, tension semasa bengkel. malah duduk mkn semeja dgn TS sewaktu mkn. semuanya berlainan sekali dgn pertemuan dulu. sgt berbeza. dlm hati TS berdetik, apa dah jadi?
TS bersikap positif. mungkin hari tu dia ada masalah. mungkin gaduh dgn bini. atau sdh muhasabah diri sebelum dtg ke bengkel ini. kalau si pm sudah berubah sikap, mungkin TS terpaksa menarik balik gelaran madeya itu. apapun, TS reserved dulu penilaian akhir, krn ada 2 lagi bengkel lps ni. manalah tau dia berbalik kpd perangai lamanya...

bila mesin atm menyakat kita...

Apr 22, 2009

gaji masuk 2 hari lagi. bajet utk bulan ni tinggal cukup2 je.
ptg smlm, singgah di atm. nak keluarkan saki-baki balance.
masuk kad. tak da masalah.
masuk nombor pin. ok.
tekan servis 'pengeluaran wang tunai'. beres.
tekan amaun. lancar...
'sila ambil kad anda'...ok ambik.
'sila ambil wang anda'...aik kenapa duit tak keluar!
skrin bertukar menunjukkan proses sudah selesai. TS gabra. mesin ATM yg digunakan ini bukanlah bank yg TS ada akaun dlmnya, sebaliknya cuma tumpang atm. selalu pun buat camtu jugak. takda masalah pun.
mcm mana ni? kalau betul, mesin ni meragam...habislah duit TS yg tinggal saki baki tu. tp setakat seminggu ni, masih boleh bertahanla. operasi berjln lancar, tp bila tang duit, tk keluar pulak. mungkin esok kena report kat bank sbb duit tk keluar. masalahnya skrg, duit itulah yg dirancang utk belanja minggu kritikal ni.
TS nekad, cuba sekali lagi. kali ini utk servis, TS tekan "pertanyaan baki".....
fuuhh...legaa. masih ada jumlah baki sebelum proses pengeluaran tunai tadi. maknanya yg tadi tu terbatal sekerat jln. lalu TS pun tekan amaun yg dikehendaki.
masih saspen. cuak pun ada...
sreeeeet...bunyi mesin. lalu terjulur keluar duit tunai yg dikehendaki...legaa!

pesta buku antarabangsa KL...3

selasa/21.4.09
jam 2:15 ptg.
ofis TS lengang. dlm laporan aktiviti online menunjukkan 9 org staf pd ketika itu, berada di pesta buku antarabangsa KL. sama ada bertugas, melawat gerai, membuat perolehan, menghadiri aktiviti, membuat kajian atau 'mengular'.
maknanya yg tinggal hanya 4 org di ofis.
sempena pesta buku, mereka betul2 ...berpesta!

bengkel lagi...

Apr 21, 2009

sekali lagi TS perlu hadiri bengkel berkaitan buku yg diadakan pd hujung minggu. menyedari ahli panel bengkel perlukan ruang rehat yg selesa maka kami ditempatkan oleh penganjur dlm bilik hotel yg agak mewah di jln putra kl, tdk jauh dpd hotel lokasi bengkel sebelum ini. biliknya luas & besar. peralatan & penataan dalamannya berasaskan kayu. bilik ini jgk berkonsepkan apartmen dgn ruang dapur & peralatan memasak spt dapur, microwave, periuk, kuali dll.




















pesta buku antarabangsa KL...2

gambar ini diambil dari tingkat 30 sebuah hotel di jln putra, kl. perhatikan jln sesak di sekitar pwtc, tempat berlangsungnya pesta buku tsbt. lihat jugak kenderaan yg diletakkan di bahu jln, menambah sesak lagi laluan. ternampak jgk tkda ruang kosong di tmpt letak kereta hentian bas putra. pengunjung yg ramai pasti menghadapi kesukaran meletak kenderaan mrk. ini sedikit sebanyak boleh menghindarkan mrk utk dtg berkunjung. bagi TS ada alternatif lain spt di blkg hotel sri pacific atau di the mall. selain itu boleh naik kenderaan awam terutama lrt yg stesennya bersebelahan the mall.keadaan sesak ini jugak petanda menunjukkan ramai yg berminat dtg ke pesta buku. khabarnya sasaran pengunjung thn ini adalah 2.5 juta utk memecahkan rekod thn lepas 2.2 juta.

majlis makan malam

Apr 20, 2009

alasan kukuh kenapa tak dpt hadir:

1. jemputan last minute, kalau maklum lebih awal sudah pasti akan hadir (sebenarnya, kalau maklum awal pun belum tentu hadir)
2. ada urusan lain (alasan paling biasa)
3. majlis yg dianjur bertembung dgn hari yg istimewa spt birthday, aniversari dsb (mereka yg tak sambut birthday adalah seorang yg self-centered – kata mrk yg bijak pandai)
4. buat apa nak datang, bukan ada kepentingan pun... (kalau ada kepentingan, ada peluang dpt downline atau bussines income ke - jemput setiap hari pun takpa)
5. aku punya pasallah nak datang ke tak nak!
6. ada show yg menarik tak?(tarian gelek misalnya), kalau takda lebih baik jgn jemput...
7. on diet, tak boleh makan sembarangan sbb nak kontrol, body fat & bmi
8. dinner? nonsense...!

Nota: entri blog ini tdk ada kaitan dgn yg hidup atau yg mati (...atau yg 'mati' fikiran)

sambutan hari jadi

dlm hidup TS tk pernah sekalipun tiup lilin kek hari jadi. apatah lagi nk buat keraian atau majlis menyambutnya. apa yg istimewa sgt nk sambut hari jadi? adakah seronok meraikan usia yg semakin meningkat? itu semua sekadar ikut-ikutan sj. bukan budaya kita pun.
tp sekrg ni sambutan hari jadi dh mcm satu trend pulak. anak2 TS sendiri akan bertanya bila tarikh hari lahir mrk. ini terutama krn mrk selalu diajak (dijemput) olh kawan2 mrk utk dtg ke majlis sambutan hari jadi. TS tk pernahla pulak buat majlis utk anak2 TS sendiri. biasanya TS akan belikan kek & kami 5 beranak sambutnya di rumah sj. tk jemput sesiapapun. tak da hadiah istimewa pun.
nk sambut utk budak2 okaylah...layankan saja.
hairanlah jugak kenapa nk sambut sgt hari jadi lebih2 lagi yg dh lanjut usia. masih terhegeh2 nak tiup lilin. nak sengih2 bergambar. nak harap hadiah istimewa dpd org lain. nak habiskan duit buat majlis sambutan (kalau dpt sponsor tu lainla...)
for me, my birthday is just another day. nothing special. yg penting kita muhasabah diri, apa yg kita lalui sepanjang usia yg baru itu. mengingati hari lahir, juga bermakna menginsafi hari mati. cukuplah sekadar ingatan, tk payahla nk sambut2, terutama yg dh lanjut usia tu ...!

pesta buku antarabangsa KL...1

majlis perasmian yg TS hadiri di dewan merdeka,pwtc









pengunjung pesta buku

happy birthday, eril

Apr 19, 2009

kek hari jadi pilihan eril, superman
superman yg sudah dimakan oleh superkids (anak-anak TS)


sama tapi berbeza

Apr 18, 2009

inila sbhg pekan p.pangkor. kalau nk bandingkan pekan lumut, jauh ketinggalan. tp semasa ke sana bulan lps, sudah nampak bnyk projek pembangunan sdg berjln di pekan itu. soalnya, kenapa lmbt sgt dimajukan. sdgkan p.pangkor jd tumpuan pelancong dlm & luar negara. lihat sj bangunan di sebelah kanan berbanding di sebelah kiri. jlnnya jugak agak sesak & sempit. jetinya perlulah lebih menarik, sekurang2nya sama tahap dgn di lumut , sebelah daratnya...

belanja utk landskap, pintu gerbang atau utk parking?

Apr 17, 2009


pergilah ke mana saja di ipt di negara ni. masalah yg tk dpt dielakkan & sukar diatasi ialah masalah letak kereta, tak cukup. takda tempat. ini bnyk berkait dgn pelajar. dulu hanya staf yg guna kenderaan utk ke tempat kerja. skrg pelajar ada kenderaan sendiri utk ke kuliah, library atau ke hulu ke hilir. jadi masalah letak kereta menjadi satu igauan. maka bnyk peraturan yg dikuatkuasa. termasuk saman atau kunci (clamp). tp masalah ini masih perlu diatasi dgn cara lain tempat letak kereta bertingkat atau basement parking misalnya. mungkin kosnya tinggi tp ini alternatif utk jangka panjang. di UM dikhabarkan, staf & pelajar di fakulti perubatan yg dtg seawal 6:00 pagi utk rebut tempat letak kereta. TS pergi ke UKM baru2 ni utk ke fak. pengajian islam, tempat letak kereta penuh sesak. terpaksala parking di masjid (nasib baik tk berapa jauh). kalau pihak universiti boleh berbelanja besar utk cantikkan landskap, bina pintu gerbang kenapa tdk keluarkan wang utk letak kereta utk keselesaan staf, pelajar & pelawat universiti?

adakah ini boleh dianggap sebagai 'subahat'

Apr 16, 2009



dlm satu hari sj, pd selasa lepas, TS bertindak melindungi seorg kwn sepejabat. tujuannya tk lain dpd semangat setiakawan. tp jika ditafsir dr sudut berbeza, bolehkah ianya dianggap sbg subahat?
kes 1
kami mkn di sebuah gerai cendol & rojak di tepi jln. kami merupakan regular customer di situ. maknanya si penjual rojak kenal kami & sedar jika kami lama tk berkunjung ke gerainya. pd hari tu, si penjual rojak bertanyakan kenapa lama tk dtg. TS pun tk tau kenapa yg kwn TS tu memberi jawapan out station sbg alasan. ke mana? sarawak. lebih pelik lagi. setau TS apa perlunya tugasan hingga kena pergi ke sarawak. dlm perbualan ringkas itu antara kwn TS dgn si penjual rojak, TS hanya tunduk 'menumpukan' pd rojak & cendol yg dimkn. sesekali menyampuk dgn berkata "hmmm..." sj mengiyakan kata2 kwn TS tu. subahat ke tu?
kes 2
dlm perjalanan pulang ke pjbt dr gerai rojak + cendol. kwn TS yg memandu, dpt panggilan telefon. maknanya, menggunakan telefon semasa memandu - satu kesalahan undang2. TS tk pulak cuba menegurnya sebaliknya cuma mengambil gambarnya (spt di atas). lama jugak dia bergayut.adalah dlm 5-10 minit. apakah itu jugak bersubahat?
kes 3
kwn TS itu jugak seorg editor. buku yg ditanganinya yg terbaru dlm proses cetak. seorg staf di bhg percetakan menyedari akan kesilapan ejaan pd running heads buku tu. kwn TS menyalahkan pengatur huruf atas kesilapan itu. tp TS tegas menyatakan itu kesilapan dia jugak sbg editor. jika nk dibetulkn pasti libatkan kos - masking, plat, kertas, dakwat & kos cetak lainnya - besar jumlahnya tu. kalaulah boss tau...parah!. jelas nampak kegusaran pd wajah kwn TS tu. tp TS meyakinkannya kesilapan tu masih boleh di'tutup sebelah mata'. dgn syarat jgn bocor ke pengetahuan boss. teruskan proses cetak. kwn TS ucap terima kasih & mintak spy TS 'cover line'. adakah TS bersubahat?
kes 4
pd hari sama jugak, kwn TS tu hadapi masalah dgn keretanya. meter suhunya agak tinggi setiap kali memandu. kami cuba cari punca masalahnya. nk dikatakan ada yg bocor, tkda air menitis. tp air dlm tangki menjadi kurang tiap kali melakukan pemanduan. kwn TS tu risau, kalau terperangkap dlm jammed lebih2 lagi musim hujan sekrg. jadi dia bercadang nk balik awal pd hari tu. esoknya dia ambik cuti utk ke bengkel kereta. dia mintak TS clock out untuknya & tutup lampu bilik masa balik nanti spy tak ketara sgt. subahatkah TS dlm hal ini?

the champions are still alive (...and kicking)


champions league result (QF 2nd leg)

porto 0 - man utd 1 (ronaldo)

Cristiano Ronaldo's astounding early goal left Sir Alex Ferguson to go head-to-head with old rival Arsene Wenger for a place in the Champions League Final as they beat Porto 1-0 in the Dragao Stadium to win 3-2 on aggregate.
soccernet.com

sepanjang jalan kenangan...5

Apr 15, 2009

TS tinggal di asrama. slps spm TS dah tak minat nak teruskan ke form six. lagipun dpd pengalaman melihat senior yg kepayahan meloloskan diri melepasi palang stpm. kalau adapun tk ramai. wbp sementara menunggu keputusan utk ke ipt/matrik/oversea ramai yg masuk form six dulu. pd awalnya seronok dpt kumpul balik slps result spm & sambung belajar di form six. tp selang beberapa minggu, seorg demi seorg meninggalkan sekolah dpt tawaran ke ipt, matrik dan oversea. yg tinggal hanya separuh dpd kami. rasa lemah semangat melihat kawan pergi lebih tinggi sdgkan kita masih termanggu2 mengharap. akhirnya peluang tu terpadam. result TS sendiri memang baik tp aliran sastera yg diambil membataskan pilihan & ketat saingannya. jadi yg tinggal terpaksalah reda meneruskan sisa semangat belajar. ini terutama bagi pelajar lelaki. kepergian kawan2 lama diganti oleh kawan2 baru yg masuk asrama berasal dr sekolah lain yg tdk ada form six. kembali meriah suasana asrama dgn kawan2 baru. ttp kenangan dgn kawan2 lama tetap berbekas. maklumla sejak form 1 sudah tinggal, makan, susah senang bersama. pendeknya dh mcm satu keluarga besar.memang benar belajar di form six agak sukar ianya kini di peringkat pra-u. semangt yg kendur semakin kendur dgn perubahan kaedah pelajaran & pembelajaran. ada yg mengaku kalah di pertengahan, berhenti sekolah & mencari pekerjaan. ada yg mengalah, ttp tetap pergi sekolah walaupun jiwanya kosong. TS adalah antara yg masuk dlm kumpulan ini. result sepanjang lower six begitu dukacita sekali.seolah2 hanya tubuh di kelas tp hati entah ke mana.
mungkin menyedari gelagat kami, suatu hari cikgu rohani memanggil TS & y. dia hairan pelajar sebaik kami semasa form 5 takkanlah begitu merudum dlm masa overnight. kami berbincang secara hati ke hati. dirasakan olehnya, ini bukan soal masalah belajar tetapi soal semangat yg hilang. maka menangislah cikgu rohani, merayu kpd kami spy jgn mempersia2kan tempoh 2 thn di form six semata krn kecewa ditinggalkan rakan2 sebaliknya terus berusaha mengikut saluran yg walaupun lebih jauh & sukar ttp tetap akan sampai ke tempat yg sama – menara gading…TS tak pernah jumpa cikgu yg begitu ambil berat akan pelajarnya. cikgu rohani sanggup menjadi mentor kami, sanggup menjadi kakak kami. hulurkan kami duit utk beli buku rujukan. tk putus2 kata semangat diberinya. dia cadangkan kami berdua adakan study group. lalu nani, ina, wa menyertai kami atas cadangan cikgu rohani. saban petang kami berkumpul belajar sama2. study group waktu tu agak asing & dipandang sinis oleh rakan2 lain krn ada lelaki + perempuan. ttp mengikut kata2 cikgu rohani lebih baik begitu krn pelajar perempuan lebih komited sambil mewujudkan persaingan. kami berlima kemudiannya, bukan saja menjadi rapat dlm soal belajar ttp juga berkongsi masalah peribadi. dlm kata lain dah mcm adik-beradik. kesemuanya bertekad mencapai matlamat yg satu.
akhirnya, kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan. slps stpm kami membawa haluan masing2. cuma TS & y masuk ke u. nani, masuk maktab perguruan. ina, ulang stpm. w pulak kembali ke felda & bekerja sbg pengurus kedai koperasi. TS & y masih berhubung hingga kini tp nani, ina & w menyepikan diri walau berulang kali kami cuba buat reunion. apakah mrk berasa ‘kecil’ atau ‘tercicir’. mrk saja yg tahu.
bagi TS tdk sama sekali akan melupakan apa yg kami lalui dulu. jika tdk kerana mrk pastinya 2 thn di form six itu hanya masa kosong yg sia-sia spt kata cikgu rohani. kpd mereka semua terima kasih, budi baik kalian hanya tuhan yg dpt membalasnya.

fikir-fikirkan

Apr 14, 2009

bila kerja banyak, kita mengeluh. Kita geram dengan boss, asyik kita aje yg kena buat, staf lain relaks. tapi kita tak pikir ada org yg kais pagi mkn pagi. kita tak terbayang org yg menganggur, takda kerja atau dibuang kerja.
bila kita beli makanan di kedai, rasanya tak sedap (mengikut selera kita). kita merungut, dalam hati kata lain kali aku tak beli dah kat kedai ni…pernah tak terfikir, ada yg makan nasi dgn kicap saja hampir setiap hari. atau ada yg tak makan berhari2 sbb takda makanan, kebuluran.
bila longkang depan rumah tersumbat, kita salahkan majlis bandaran – tak buat kerja, lembap, makan gaji buta. kenapa tak sekali2 ajak jiran sebelah rumah gotong-royong bersihkan. kalau air bertakung, nanti nyamuk aedes boleh hidup, demam denggi boleh mengancam.
bila team kita kalah, kita kutuk pengadil, hujan, padang becak. kita mengaruk, kita bakar kereta (mcm kat kelantan). tapi team kita adalah manusia biasa, ada masa tak perform, ada yg injured, coach salah taktik. lagipun adat pertandingan - ada kalah menang - takkan nak jadi champion memanjang.
kalau harga barang naik kita salahkan kerajaan, kita kutuk menteri. Tapi bila ada jualan murah kita borong sampai tak cukup troli. beli barang keperluan di carrefour, giant, tesco yg sebenarnya tak semua harganya murah. Kenapa tak beli kat kedai depan rumah aje, jimat minyak kereta., jimat duit parking.
kita prihatin berat badan bertambah. diet bagai nak rak, pergi pusat penjagaan badan, beli ubat pelangsing. tapi tak bersenam, tak berjoging, asyik duduk menghadap tv, mkn makanan segera. berat badan turun tapi penyakit lain yg datang…

ada banyak lagi yg tak tersenaraikan tapi boleh kita fikir-fikirkan.sebagai manusia kita tak pernah puas. kita mahukan kalau boleh hidup kita sesempurna mungkin

al-kisah

Apr 13, 2009

tersebutlah al-kisah pm baru memperkenal kpi utk nilai jemaah menterinya. maka seorang daripadanya yg dilantik semula ke kementerian yang sama pun menyambut baik cadangan itu. arakian bersuaralah ia "kpi akan diperluas ke universiti awam" dengan nada penuh tanggungjawab.
seyogia terkesimalah warga universiti seluruh jajahan mendengar akannya. walhal universiti tertua dalam jajahannya sudah tiga tahun mengamalkan kpi. malah beberapa universiti lain juga demikianlah juga amalannya.
apakah yang diperbuat oleh memanda menteri itu selama ini. ataukah tidak pernah terdengar olehnya apakah kpi itu, sehinggalah dititahkan oleh pm baru? atau masih terkedu akan kekalahannya dalam perebutan mendaki puncak kepimpinan baru-baru ini?

bogus e-mail

pagi ni terima e-mel yg diforwardkan dr seseorg yg tk dikenali kpd seorg staf TS. ttp organisasi tu memang terkenal di m'sia. sbbnya e-mel tu dtgnya dr ex-boss TS. mungkin sbb tu dia forwardkan e-mel tsbt. staf TS tu tk berapa menguasai english tp dia fhm maksud e-mel tu. lalu di serahkan pd TS mintak pandangan utk tindakan yg sesuai. antara kandungannya:
- bekas boss TS dlm kesusahan, keliru, tk tahu nk buat apa
- skrg berada di filipina.
- ttp beg, wallet, hp, computer dsbnya hilang dipercayai dicuri. takda duit sekrang.
- dah report polis dan pergi ke kedutaan tp lambat proses bantuannya
- pinjam duit dpd pihak hotel (yg bermurah hati) buat sementara
- mintak pertolongan kalau boleh kirimkan duit 1,400 euro - segera bank-in
- takda akses e-mel, tapi akan semak dr masa ke masa
- harap sgt pertolongan diberi - akan byr balik kemudian
setelah dibaca TS buat kesimpulan & mintak staf TS tu hubungi ex-boss tu. bagi TS ini satu cubaan menipu di siang hari sbbnya:
- kenapa e-mel ditulis dlm english bukan BM
- kenapa e-mel kpd staf di organisasi lain sdgkan ramai kenalannya di organisasi TS bekerja ni
- kenapa guna e-mel bukannya media lain spt telefon (dpd hotel misalnya yg dikatakan prihatin meminjamkannya duit)
- dah pergi kedutaan, kenapa tak hubungi secara langsung kaum keluarga, sahabat, kenalannya di m'sia
- kenapa nak pinjam 1,400 euros sdgkan dia berada di filipina

kesimpulannya memang ni cubaan menipu melalui e-mel.
dan...baru kejap tadi staf TS tu dh dpt bercakap dgn ex-boss yg menafikan dia ada ke filipina...!dia sendiri terkejut tentang kandungan e-mel itu.

beg lagi...

Apr 12, 2009

pagi tadi pergi kedai beg lagi. beli beg eril & erol. ini beg ke-3 yg dibeli utk thn ni sj.baru 3 bulan sekolah. nak beli beg murah takut rosak atau putus lagi. nk beli beg mahal...tk berbaloi plak, bebudak pakai beg mahal gitu. tp terpaksa jugak beli. nk katakan mrk tu 'ganas' sgt pakai beg tk pulak. adakah sbb kualiti beg atau memang tk sesuai utk kegunaan ke sekolah. kesimpulan dpd 'kajian' TS sendiri sbb2nya:
1. buku tebal & berat sgt
2. bnyk sgt buku tambahan, latihan, ulang kaji dll
3. kualiti beg - jenama aje hebat tp tk mampu tampung buku sekolah
4. masalah yg kerap dihadapi -zip rosak, tali beg putus
jadik utk mencegahnya. beli beg yg tak berapa mahal & tak berapa murah. pastikan zipnya baik. tengok tali beg yg lebih kukuh atau lebih tebal.
TS kena tengok berapa lama jangka hayat beg yg dibeli kali ni. harap2nya boleh thn lebih lama...

angkat kain...

Apr 11, 2009

pagi ni TS tak bwk kereta sendiri. pakai kereta wifey, myvi. entah kenapa, hari ni tk pandu ikut jln yg rutin utk ke tempat kerja. sebenarnye terlajak nk masuk simpang yg biasa dilalui tadi. entah kenapa sbb pagi ni fikiran sedikit melayang. terutama bila bukak radio pagi ni, ada lagu baru jamal. tak hilang cinta di dunia. terleka sikit. lepas istana, masuk ke susur p.j. lalu dpn sekolah cina. perjalanan sedikit tersekat, sbb banyak kereta berhenti, hantar anak ke sekolah. tiba2 sebuah bas sekolah warna oren, dari lorong paling kanan, memotong masuk & menghimpit kereta TS. tak sempat nak elak atau nk buat apa2. dahla bas tu besar. kereta TS terhimpit antara bas sekolah dgn deretan kereta yg berhenti di tepi jln depan sekolah. alamak, habisla kereta myvi wife TS. TS hon sekuat hati...kenapala drebar bas sekolah ni tk cermat langsung. sampai penyek kereta TS kena himpit. TS cuba bukak pintu, tak boleh. tersekat. TS jadi panik. hon lagi...!
mujur bas tu bergerak & beredar. TS cuba perhati nombot plet bas. tk nampak. tak jelas. TS cuba pandu kereta semula nk kejar bas tu. takkanla nak biarkan dia blah. sapa nk bayar kerosakan ni. drebar tu nk lari kot. kereta TS tk dpt bergerak. berkali2 dicuba....gagal. lalu TS melompat turun, nak tengok berapa teruk kereta tu.
aneh...! tk da kesan kemek apa pun. hatta, walau seguris pun sdgkan tadi bergegar kereta TS kena himpit dek bas tu. terasa penyek kereta TS ni.
tiba-tiba "papa! papa!...hari nak hujan. angkat kain". TS terkejut, masa bila pulak erin ada. sdg TS nak pergi kerja ni...
rupanya TS tertidur lepas mkn tengah hari tadi. argahhh...lega. mimpi rupanya!

editor at work

Apr 10, 2009

where is the editor?
yg ambik gambar tu la...

resensi...7

Judul: Perlindungan Kanak-kanak Berisiko
Pengarang: Siti Hajar Abu bakar Ah &
Abd Hadi Zakaria
Halaman: 220
Harga: RM50.00
Tahun: 2009
Terbitan: Penerbit Universiti Malaya

Kanak-kanak adalah modal insan yang penting untuk sesebuah negara. Perubahan sosial dan desakan ekonomi yang berlaku menyebabkan ramai kanak-kanak hidup dan membesar dalam persekitaran yang berisiko. Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang faktor-faktor risikonya lebih dominan daripada faktor-faktor pelindung mempunyai kecenderungan tinggi untuk terlibat dengan pelbagai kegiatan antisosial. Antara persekitaran sosial berisiko yang dikaji adalah persekitaran sosioekonomi keluarga yang mencabar, kapasiti dan kualiti kemahiran hidup yang dimiliki kanak-kanak serta persekitaran komuniti berisiko. Buku ini membincangkan tiga intervensi sosial yang boleh membantu dan melindungi hidup kanak-kanak berisiko daripada ancaman faktor risiko atau terbabit sebagai pelaku antisosial. Tiga intervensi tersebut ialah penjagaan peribadi bersemuka, program kemahiran hidup dan program penjagaan komuniti untuk kanak-kanak berisiko. Idea yang dilontarkan melalui buku ini dapat memberi pengetahuan lebih luas berkaitan penjagaan sosial kanak-kanak dan lebih penting lagi sebagai usaha melindungi kanak-kanak berisiko di negara ini.

abstrak

Apr 9, 2009

lukisan abstrak biasanya cuba ditafsirkan olh yg melihatnya. manakala si pelukis mendakwa hasil lukisan abstrak itu adalah dpd tafsirannya sendiri. mungkin ada benarnya. atau mungkin juga tafsiran org yg melihatnya berbeza2 mengikut tafsiran masing2. malah mungkin juga abstrak itu tk mempunyai makna apa2. jgn terkejut kalau si pelukis sendiri tk punya apa2 tafsiran sendiri tentang abstrak itu. sekadar campuran warna utk mengisi masa lapang atau mengisi ruang jiwa yg kacau...abstrak kan?

let me walk alone...

soccernet.com
uefa champions league result (1st leg QF)
liverpool 1 (torres) vs chealsea 3 (ivanovic 2, drogba)
barcelona 4 (messi 2, etto, henry) vs bayern munich 0

analisis pilihan raya

Apr 8, 2009

TS dpt info dpd 'sumber' tentang siapa menang, siapa kalah, seawal 7:00mlm. spt jugak pilihan raya sebelum ini angka yg diterima tak konsisten, berbeza-beza, tunggang terbalik. tapi akhirnya apa yg disampai itulah yg menjadi 'rasmi' kemudiannya. tak tersasar jauh.
keputusannya menurut salah satu sms yg TS terima:
"PKR & PAS dpt bukit yg dh lunyai, BN dpt batang je..."
"batang pun batangla asalkan bukan teloq pindang"
"menaaang di bkt selambau, menaaang di bkt gantang, menaaang di btg ai...kita akan buat pengumuman lps 7 hb! meh kita tunggu!! kalau tk, memang pembuhung tahap gaban...

uefa champions league (1st leg QF)

manutd.com
man utd 2 (rooney, teves) vs porto 2 (rodriguez, mariano)
villareal 1 (senna) vs arsenal 1 (adebayor)

dilema

1. kereta baru
ada hasrat nak beli kereta baru. tp kereta yg ada masih baik cuma pd tahap usia 5thn adalah jangka hayat kritikal sesebuah kereta. pd masa inilah kebanyakan spare part utama perlu ditukar. nk beli kereta apa yek yg mewah + besar + cantik tapi murah...he he

2. renovation rumah
dh lama cadang tapi tak berduit. nak buat refinance nanti tambah hutang. lagipun dulu angan2 rumah ni hanya 'sementara' sbb nk beli rumah lebih 'besar'(konon)

3. jaga badan
off & on. sekejap rajin senaman, control mkn, joging, berkebun. kejap lagi malas, makan ikut sedap tekak. kena lebih konsisten. lagipun boringla dengar 'ceramah tk berbayar' seorg officemate tu, pasal body fat, bmi dsb he he...

4. jimat cermat
kawal perbelanjaan, kawal penggunaan semua bil, kurangkan mkn luar, jgn membazir - taklah habis bulan habis gaji je. masalahnya kos hidup tinggila, harga brg jgn hrp nk turun.

5. lebih masa utk anak2
pergi kerja awal, balik lewat. mlm masa terhad. yg ada cuma hujung minggu. erin tkda masalah, erol ada perubahan, eril sedikit merosot - kena pantau lebih, kena curik masa, kena lebih tegas. tp bebudak ni tk boleh keras sgt...

ada banyak lagi dilema yg bermain2 di benak fikiran. ttp agak personal utk ditulis. dilema bukannya berunsur negatif & tidakla pulak menjadi beban masalah...

begitu begini...1


jam 5:45 ptg. waktu balik kerja. tol pantai dlm.(u). NPE highway. ada 3 lorong tunai. cuma 1 yg bukak. terpaksa berbaris panjang. sapa yg buat jadual penjaga tol, memang bengap. dah la tol asyik nk naik, tapi servis hampeh...!

p. pangkor - hari keluarga...3

Apr 7, 2009


yg 'positif ' tentang hari keluarga di pangkor:
1. dpt naik feri - anak2 TS blm pernah naik feri
2. pemandangan cantik - tentulah itu sbb pergi ke pulau kan? apa lagi yg diharapkan
3. dpt mandi laut - airnya masin mcm kat PD jugak...hu hu
4. boleh beli ikan bilis, sotong kering dll - murah gile!
5. lucky draw - jam psr mlm (sepasang pulak tu!) bestnya...he he
6. tengok minah salleh pakai bikini
7. ambik gambar2 menarik sbb banyak lokasi cantik
8. dpt naik bas mini - [dh lama tk naik bas]
9. boleh beli mcm2 cenderahati berlogo pangkor - key chain, t-shirt dll
10. dpt tengok tempat org - [kalau sesat lagi bagus, ada thrill]


if they can do it, we can do it...better!

Apr 6, 2009

soccernet.com
At exactly the same moment as Yossi Benayoun struck for Liverpool at Fulham last night, Macheda turned onto Ryan Giggs' low pass before unleashing a stunning shot that curled past Brad Friedel and sent Old Trafford into ecstasy.
The Red Devils were staring at a third defeat in a row with just 11 minutes remaining. But a Cristiano Ronaldo strike and then an injury-time winner from debutant striker Federico Macheda gave United a stunning victory and sent the Reds back to the top of the table.

yasin & doa...ke-2


alhamdulillah majlis bacaan yasin & doa selamat di kalangan ahli keluarga yg dirancang utk diadakan secara bulanan, selamat dilaksanakan. kali ini acik menjadi tuan rumah. walaupun kehadiran kali ini tdk seramai pertemuan sulung bulan lps, ttp sudah cukup berjaya. cuma kak A yg terpaksa bertugas di litar F1 sepang, adik yg menjalankan tugas di btg ai, sarawak & itam yg tk sihat - tk dpt turut serta. bacaan yasin dipimpin oleh angah manakala bacaan doa dibacakan olh andak. spt biasa acara kemuncak adalah mkn2 - kali ini menunya masak lemak cili api nangka + ikan masin, kari ikan tenggiri, ayam goreng berempah, sayur campur & sayur kerabu.
harapan TS jugak harapan adik-beradik semuanya agar majlis ini berterusan selagi terdaya. insya-Allah dpt mengukuhkan silatulrahim kami sekeluarga. yg jauh didekatkan, yg dekat dimesrakan...

sports day

Apr 5, 2009

opening ceremony
pom-pom girls


the supporters








champions in the making...



the athelets
TS hadir ke hari sukan tadika erin. meriah sekali penganjuran & kehadiran ibu bapa. sekalung tahniah terutama para guru yg menjayakannya. bagi kanak2 hari ini hari gembira buat mrk, maklumla semua adalah pemenang, sbb semua dpt hadiah!

yang betulnya...9

Apr 4, 2009

kata serapan daripada bahasa Inggeris

salah .................................................. betul

agreget ------------------------------------ agregat
aked -------------------------------------- arked
artifek ------------------------------------- artifak
atlit ---------------------------------------- atlet
automatif --------------------------------- automotif
dailog ------------------------------------- dialog
deraf -------------------------------------- draf
disel --------------------------------------- diesel
ejensi ------------------------------------- agensi
e-mail ------------------------------------- e-mel
insuran ----------------------------------- insurans
jeket -------------------------------------- jaket
katun ------------------------------------- kartun
komisyen -------------------------------- komisen
lebel -------------------------------------- label
letrik ------------------------------------- elektrik
odit -------------------------------------- audit
pekej ------------------------------------- pakej
pensil ------------------------------------ pensel
petrolium ------------------------------ petroleum
profail ---------------------------------- profil
protin ----------------------------------- protein
rebet ------------------------------------ rebat
reket ------------------------------------ raket
sanwic --------------------------------- sandwic
snoker --------------------------------- snuker
spesis ---------------------------------- spesies
stesyen -------------------------------- stesen
yunit ----------------------------------- unit

sumber: Koleksi lembar bahasa, DBP

Perdana Menteri Malaysia ke-6

Apr 3, 2009


KUALA LUMPUR, April 3 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak was sworn in as Malaysia's sixth prime minister today, taking over from Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi who stepped down after leading the country for over five years.
bernama.com

paus biru




paus biru ini 'tersesat' haluan dan
terdampar di mid valley megamall

the boss is coming...

Apr 2, 2009

'kemerdekaan' yg dikecapi selama 7 hari, berakhir hari ini.
boss pulang dr tugasan luar negara.
pagi tadi ada desas-desus, boss akan hanya masuk minggu dpn
maklumla, baru semlm balik. mungkin jet-lagged.
bagi yg kenal boss, dia akan tetap dtg walau terpaksa merangkak sekali pun.
akhirnya...
jam 11:58 pagi...boss muncul di pjbt.
kami kembali dijajah!

kemas kini 3:30pm
boss ke klia & terus balik
uruskan bagasi yg lewat tiba katanya.
merdeka semula...utk hari ni.


pemungut hutang

Apr 1, 2009

pemungut hutang hadir dlm banyak bentuk. ah long akan hantar samsengnya pungut hutang. pihak bank akan hantar surat peringatan & mungkin surat lawyer. sekarang ini ada trend baru di kalangan sykt kewangan melantik ejen utk memungut hutang. biasanya ejen akan menelefon mengingtkan pelanggan (pemiutang?) bhw tarikh bayaran dah luput (due). ada yg setengahnya mulut lebih manis dpd gula.ada yg sedikit kasar, mcmlah kita berhutang dgn dia atau bank tu bapak dia yg punya. ada yg telefon pd waktu bekerja. ada gak yg telefon tk kira masa. tk kira waktu maghrib, malam hatta hujung minggu pun. maka itu kadang2 membuatkan kita hilang sabar krn diganggu. khabarnya, mrk ini sentiasa mengawasi bila tarikh due. walaupun kita tk pernah miss bayaran bulanan sekadar terlewat sj pun mrk tetap akan buat panggilan. ada kwn TS bagitau, ejen2 ni akan dpt komisen lebih kalau kita bayar awal atau ikut due. sbb tula mrk tanpa segan silu menelefon kita. kadang2 kita rasa rimas & naik angin dgn gelagat mrk.
ikuti 'sembang-sembang' TS dgn salah seorang dpd mereka.

2 hari lepas (kira2 6:45pm)
ejen: encik.....kami nk maklum yg kami belum terima bayaran utk kereta encik WQ..........
TS: so?
ejen: tarikh terakhir bayaran ialah pd 27.2 lepas
TS: Oooo...baru lagilah, ingatkan dah 6 bulan saya tak bayar...(dgn nada sinis)
ejen: tapi bulan ni dah due encik...
TS: nanti saya bayarla
ejen: bila encik boleh bayar?
TS: okla sekarang jugak saya pergi bayar (ssekali lagi dgn nada sinis)

hari ini. 4:30 pm
ejen: encik.....kami nk maklum yg kami belum terima bayaran utk kereta encik WQ....
TS: you call saya ni dah check ke belum sistem you? (dgn nada sedikit marah)
ejen: tu sbbla saya call encik ni nak tahu encik dah bayar ke belum?
TS: you ada call saya itu hari kan...dan saya cakap nak bayar bila? (suara sedikit tinggi)
ejen: ya. encik ckp nak bayar tapi kami belum terima lagi
TS: kenapa sistem awak lembap sgt. semak org tak bayar boleh, semak org dah bayar tak boleh pulak? (semakin tinggi)
ejen: sbb tula saya nak tahu, kalau dalam sistem ada saya takdalah nak telefon encik (sedikit marah)
TS: so bila you boleh check, saya dah bayar ke belum...?
ejen: hari ni tak boleh, esok baru boleh.
TS: so, awak tunggu aje esok. tengok dah bayar ke belum. kalau belum awak call saya balik (dgn nada sinis)
ejen: maknanya encik dah bayarlah...kalau dah bayar okla
TS: awak tunggula esok. buat apa saya nk bagitau. nak senang kerja awakke ?(sindir lagi)
ejen: tu sbbla saya telefon ni nk tahu (dgn nada tk puas hati)
TS: kalau awak boleh check org tak bayar, check dulula org tu dah bayar ke belum...(membebel)
ejen: oklah cik, terima kaih (letak telefon dgn tergesa-gesa...panas telinga agaknya)


jaga pintu

kpd yang berkenaan,
TS bukan 'jaga' pintu. memang betul TS pegang kunci pintu ofis. tapi tak bermakna kena tunggu korang terhegeh-hegeh baru nak berkemas sedangkan waktu ofis dh habis.
korang pun tau yg TS tinggal jauh. sbb tulah balik sharp pd waktunya. lagipun hampir setiap hari, TSlah org pertama yg masuk ofis. apa ke jadah lagi nak menunggu korang balik pulak sebelum pintu dikunci...
selalunya boss yg balik paling akhir. jadik, dialah yg kunci. ttp sejak seminggu dia out station, TS pulak ambik tugas. takpalah kalau semua org bagi kerjasama...TS hanya diberi tugas mengawas pejabat bukannya tukang kunci pintu pejabat...!
kat ofis ni tak kurang dpd 4 staf lain yg pegang kunci. tapi semua buat tak tau je. masing2 tak nak ambik tanggungjawab. walhal masing2 tinggal di sekitar KL je. sesekali apa salahnya balik lewat sikit, ambik turn. ini tidak, lebih menyakitkan hati antara pemegang kunci tulah yg terawal blah! maknanya pegang kunci utk kepentingan sendiri sj tknak ambik tanggungjawab langsung...
walaupun pintu ofis guna sistem kunci automatik tapi hanya berfungsi jika ada bekalan elektrik. kalau blackout, maknanya pintu tk berkuncilah. so sesiapa pun bolah masuk hatta penyamun tarbus sekalipun!
semalam TS dah cabut begitu saja. ada 2 org (usual suspect) yg masih terkemut-kemut lagi. lantakla biar pintu tak berkunci. kalau diorg tak serik jugak, hari ni, TS akan kunci ofis dgn diorang sekali kat dalam...biar padan muka!

mesin ATM

mesin ATM memudahkan utk berurusan dgn bank. tk perlu lagi beratur di kaunter. selain di bank, ATM jugak ada di pusat beli belah, pusat niaga, stesen minyak boleh kata merata tempat. adajugak mesin lain spt deposit tunai & deposit cek.
semlm 31 hb. hari terakhir sebelum masuk bulan baru. banyak bil yg due pd 1 hb. termasukla loan kereta & rumah. makanya hari terakhir sebelum hutang menjadi tertunggak. maka TS pun tk terkecuali, byr last minute (wp gaji gomen masuk awal). nk bayar kad kredit & loan kereta. cadangnya nak guna mesin deposit tunai sj.
ttp hari ni mesin tu plak buat hal. berkali2 sbhg duit di'reject'nya. berkali2 jugak TS menukarnya dgn kepingan note lain. masih lagi di'reject'. walhal duit tu, TS keluarkan dpd ATM di bank yg sama. takkanla duit palsu kot. barisan beratur di belakang TS makin panjang. TS rasa sedikit gelisah. mungkin mrk ingat TS 'tak pandai' nk guna mesin deposit tu gamaknya. mrk mula mengeluh & beralih kpd mesin yg satu lagi.
TS akhirnya buat keputusan menghentikan proses bayaran. maknanya hanya bayar separuh, bukan penuh. bayaran yg separuh lagi TS gunakan mesin yg satu lagi. guna note yg sama.anehnya, tkda masalah pun. mungkin mesin deposit sebelum tu sengaja nk 'menyakat' TS kot.
kesimpulannya, mcm mana canggih pun teknologi yg diguna pakai, masih ada kelemahannya. malah adakala menyusahkan kita jugak kalau tk dpt menjalnkn fungsi sepatutnya.