belanja utk landskap, pintu gerbang atau utk parking?

Apr 17, 2009


pergilah ke mana saja di ipt di negara ni. masalah yg tk dpt dielakkan & sukar diatasi ialah masalah letak kereta, tak cukup. takda tempat. ini bnyk berkait dgn pelajar. dulu hanya staf yg guna kenderaan utk ke tempat kerja. skrg pelajar ada kenderaan sendiri utk ke kuliah, library atau ke hulu ke hilir. jadi masalah letak kereta menjadi satu igauan. maka bnyk peraturan yg dikuatkuasa. termasuk saman atau kunci (clamp). tp masalah ini masih perlu diatasi dgn cara lain tempat letak kereta bertingkat atau basement parking misalnya. mungkin kosnya tinggi tp ini alternatif utk jangka panjang. di UM dikhabarkan, staf & pelajar di fakulti perubatan yg dtg seawal 6:00 pagi utk rebut tempat letak kereta. TS pergi ke UKM baru2 ni utk ke fak. pengajian islam, tempat letak kereta penuh sesak. terpaksala parking di masjid (nasib baik tk berapa jauh). kalau pihak universiti boleh berbelanja besar utk cantikkan landskap, bina pintu gerbang kenapa tdk keluarkan wang utk letak kereta utk keselesaan staf, pelajar & pelawat universiti?

0 refleksi: