Ambang 2010

Dec 31, 2009

moga kehidupan di tahun mendatang seputih, seindah, secerah bunga matahari putih

apa ada pada nama

1.
kwnku remy baru dpt baby ke-2nya. aku tanyakan siapa namanya.

"sara..." jwbnya.

"sara je?" tanya ku.

"ah uh, sara, kenapa?" tanyanya semula.

"takde ape..." balasku sikit terkedu.

trend baru sekarang, mak bapak letak nama anak2 ringkas aje. tk berapa lama dulu trend letak nama panjang2 sampai 10km, nk isi borang surat beranak pun payah.

2.
aku bertanya pd kwnku yg juga kipas-susah-nak-mati pasukan bimbingan arsene "mr bean" wenger:

aku: "kau percaya ke cesc fabregas tu asal dr spain?"

kitam:"apasal tk caye plak. dulu wenger beli dia masa2 budak2 kat barcelona"

aku:"memangla. tapi kau tak rasa pelik ke. nama fabregas takde bunyi mcm nama org spain yg biasa. mcm fernando, gonzalez, ricardo, rafa ke...?"

kitam:"ya tak ye jugak..."

3.
di asrama biasanya para senior akan menggelarkan nama tertentu (nickname) utk freshies. nama2 pelik pun muncul, ikut sedap mulut diorg. malah nama itu kekal menjadi panggilan. jgn terkejut kalau ramai rakan seasrama tk tau nama sebenar kita sbb sudah terbiasa dgn nama gelaran nick yg diberi senior.

berikut antara nama gelaran yg diberi pd batch aku di asrama dulu - mat capap, jin fun, kundur, atok, kilat, mat gedek, tombong, gebok, kundur, lidi, itik, bango, lebai, mamak, pepet serta pelbagai lagi nama gelaran yg terpaksa ditapis utk paparan entri ini...

Hadiah tahun baru

Man. Utd 5 - Wigan 0. The end-of-year celebrations came a day early at Old Trafford as United saw out 2009 with a flourish, disposing of Wigan Athletic with ease and panache.
soccernet.com

kepada anti red devils, yg mengharapkan spy tercicir mata, mintak maaf banyak2, man utd dlm mood utk meraikan tahun baru dgn sorak sorai. dlm masa sama memberikan hadiah hari jadi ke-68 utk sir alex.

apa kena-mengena rokok dengan tahun baru?

Dec 30, 2009

seorang kawanku merungut bila ada ura2 harga rokok akan naik lagi.
bermula 1 jan. harga minimum sekotak rokok di negara ini ialah rm6.40.
katanya sebarang kempen, amaran atau kenaikan harga tdk akan menghalang atau memberi kesan kpd perokok tegar sptnya.
dia & pencinta rokok lain hanya menganggap kenaikan harga hanyalah sbg 'cabaran' yg harus didepani demi mencapai kepuasan diri.
saban thn p. menteri dlm pembentangan bajetnya akan mengumumkan kenaikan cukai sekali gus harga rokok. kempen demi kempen. larangan merokok diperluaskan di bnyk kawasan & premis. larangan jualan kpd bwh umur 18 thn. 'ingatan' pd kotak rokok dgn gambar ngeri pun tk diendahkan.
apa lagi yg harus dilakukan? kalau sudah ketgaih rokok, seakan tiada jln menyekatnya. ttp benarkah begitu? ada yg sanggup bertegas, lebih rela korbankan duit utk rokok berbanding utk kegunaan lain. sampai begitu sekali taasubnya pd rokok. lebih dpd itu ada yg berkata, berhenti merokok adalah perkara mustahil!
ini kesimpulan yg dibuat kwnku itu. sbb sudah berkali2 dia mencuba utk berhenti ttp gagal.
aku tk percaya. bagi aku pokok pangkalnya empunya diri. kalau dia mahu berubah...perubahan boleh dilakukan.
aku dulupun perokok, dgn 2 kotak besar sehari. tp kini aku hisap gula2 atau chewing gum.
semalam aku katakan pdnya. "apa kata kau jadikan berhenti merokok sbg azam thn baru".
dia hanya senyum pahit + kelat.
hendak seribu daya..."org berjaya memberikan hasil, org gagal memberikan alasan!" kataku melontarkan cabaran.

sila tunggu giliran

1.
sekarang ni tak perlu lg beratur di kaunter utk berurusan dgn bank terutama urusan pembayaran, pindahan wang dll.. kebanyakan bank sediakan kemudahan mesin i.e. atm, mesin deposit tunai, mesin cek. pendeknya tugas staf bank bnyk yg sudah diambil alih oleh mesin. tk payah ikut waktu pjbt. subuh, lepas maghrib atau tgh mlm pun boleh buat. masalah parking utk ke bank pun setel. dgn syarat mesin terus berfungsi, sbb ada yg kehabisan duit makanya terpapar out of service, atau mesin deposit tk online atau mesin cek dah penuh. tergendala jgk kadang2 urusan yg sepatutnya mudah. lg pula bila hujung bulan bila byk benda yg nk dibereskan & ramai org yg juga nk berurusan pd masa sama. kadang2 beratur pun panjang jgk. kalau lewat bayar kena denda lewat & bunga kena byr. nk tk nk beratur la jgk. bila masa beratur tu mcm2 kerenahlah yg dijumpa. ada yg terkial2 nk guna. ada yg slow & terhegeh2. ada yg buat transaksi 4-5 kali. ada yg mesin deposit tunai asyik reject duitnya. ada yg jadi 'wakil' guna 4-5 kad atau akaun utk berurusan sekali gus. ini semua sebenarnya melambatkan jgk proses yg sepatutnya cepat, mudah & jimat masa. nk tak nak terpaksa jgk tunggu giliran.
2.
utk bayar bil spt letrik, telefon, astro dll sjk kebelakangan aku guna kemudahan bayar online je. jd tk payah nak susah2 ke bank atau pjbt pos dsb. cuma aku ada masalah skt dgn bil air. kalau ikutkan bil air bulanan tklah bnyk mana. sekitar rm15. ikutkan itu aku biasanya byr 2-3 bulan sekali. sbb tu ianya jadi tertunggak. sengaja aku buat begitu. sbbnya kesulitan nk byr bil. disbbkn aku tinggal di n.9 aku perlu buat bayaran di pjbt pos yg terletak di n.9. atau pergi sendiri ke cawangan sykt bekalan air. buat masa ni belum ada kaedah bayaran online utk bil air. nasib baik jg pjbt pos cawangan giant di nilai berurusan di luar pjbt hingga jam 9 mlm. masalahnya org lain pun mcm aku jgk nk berurusan di luar waktu pjbt. masalah lebih kronik bila hujung bulan. isnin lepas, balik dr kerja, aku singgah di pjbt pos itu. memanglah pjbt pos dibuka & perkhidmatannya di luar waktu pjbt. tp yg musykilnya hanya ada 1 kaunter yg dibuka dgn 1 org staf. dialah yg nk uruskan pelanggan nk byr bil, nk beli setem, nk timbang bungkusan, nk buat road tax, nk baharui lesen. jadinya, urusan menjadi lambat & giliran yg panjang. sebaik sampai di situ aku tekan butang mesin no. giliran. keluarlah no. 2437 sdgkan pd skrin no. giliran terpapar no. 2380!
aku tk sanggup tunggu. aku sendiri tk pasti sempatkah giliran aku bila kaunter tutup jam 9:00 nanti. jln paling mudah, balik ajelah...

Kemelut bukan hanya kurang dana

Dec 29, 2009

Oleh Nazmi Yaakub
Berita Harian/Isnin/28 Disember 2009

CADANGAN Persatuan Penulis Nasional (Pena) agar Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan dana khas untuk memperbanyakkan penerbitan buku ilmu dalam bahasa Melayu mendapat pandangan berbelah bahagi dan membongkar masalah yang mendasari industri penerbitan bahan ilmiah negara ini. Masalah dalam industri penerbitan bahan bacaan ilmu dalam bahasa Melayu di negara ini dikatakan bukan saja berlingkar pada kekurangan dana seperti dibangkitkan Presiden Pena, Datuk Baharudin Zainal, pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46, baru-baru ini, tetapi juga infrastruktur sokongan khususnya penerbit universiti.

Meskipun sebahagian besar penerbit menyambut baik cadangan tokoh terbabit sebagai orang yang berpengalaman dalam industri penerbitan buku negara, mereka turut meminta masalah perjawatan, pengedaran dan pemasaran sama ada kepada pembaca dalam dan luar negara atau di kedai buku ternama, turut diambil kira. Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar, berkata penerbit di institut pengajian tinggi awam (IPTA) berdepan dengan masalah lebih besar, iaitu perjawatan kerana mereka memerlukan lebih ramai kakitangan pada semua peringkat gred. “Jika ada kakitangan mencukupi, setiap buku boleh diterbitkan dalam tempoh piawaian antarabangsa, iaitu sekurang-kurangnya 12 bulan bermula dari tarikh penghantaran manuskrip tanpa menafikan kerja mengedit manuskrip asal sebenarnya berat,” katanya kepada Sastera ketika diwawancara melalui telefon.

Baginya industri penerbitan ilmiah bahasa Melayu di negara ini masih berada pada peringkat awal berbanding Eropah, sekali gus memerlukan usaha untuk meningkatkan mutu penerbitan dengan memperbanyak dan memperkasakan kakitangan di penerbitan masing-masing. “Sebagai contoh, Penerbit USM hanya boleh menerbitkan 75 judul setiap tahun dan jumlah itu sudah optimum daripada sudut penggunaan tenaga kerja dan tuntutan pelanggan. Pelanggan dalaman apabila menghantar manuskrip, mahu ia diterbitkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan dan ini tidak mungkin dapat ditunaikan,” katanya yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (Mapim).

Ketua Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kamaruddin Mohd Said, pula melihat usaha penyelesaian masalah penerbitan ilmiah bahasa Melayu perlu mengambil kira isu pasaran, sekali gus memerlukan kerjasama strategik dengan penerbit ilmiah di Indonesia. “Kami mahu menjual seribu naskhah di pasaran pun masih sukar meskipun karya itu berkualiti tinggi sehingga kita memerlukan kerjasama akademik antara dua negara berjiran yang sehingga kini belum mempunyai penerbitan bergandingan,” katanya.

Kerjasama akademik antara dua negara berjiran perlu memandangkan kedua-duanya berkongsi bahasa rasmi yang sama iaitu bahasa Melayu, tetapi masalahnya pembaca Indonesia sukar membaca dalam bahasa Melayu dan begitu juga sebaliknya kerana meskipun berkongsi bahasa serumpun, tetapi hakikatnya berbeza. Prof Kamaruddin menyarankan kerjasama strategik untuk memuatkan tulisan dalam dua bahasa itu dalam penerbitan berbentuk jurnal dan buku, sekali gus memperbesarkan pasaran penerbitan ilmiah selain masalah dana seperti dibangkitkan Pena. “Masalah juga timbul bila kita mahu pasarkan buku ilmiah bahasa Melayu di rangkaian kedai buku ternama kerana mereka menuntut komisyen 60 peratus sedangkan kita perlu membayar royalti kepada pengarang dan sagu hati kepada penilai serta menolak kos percetakan,” jelasnya.

Masalah komisen tinggi kedai turut diakui Pegawai Penerbitan (Editor), Penerbit Universiti Malaya (UM), Shaaban Mustapa, tanpa menafikan peruntukan dana lebih besar boleh membantu terutama penerbit universiti yang tidak memperoleh geran tahunan. “Penerbit UM umpamanya tidak mendapat geran tahunan dan kami perlu merancangkan secara rapi setiap penerbitan kerana kos penerbitan serta percetakan semakin meningkat, selain peruntukan itu turut digunakan untuk membayar gaji kakitangan. “Kami memang terpaksa berjimat untuk mendapatkan pusingan modal kembali. Meskipun kami mendapat keuntungan melalui buku terlaris di pasaran, tetapi ia seolah-olah ‘terlupus’ begitu saja memandangkan ia digunakan mengimbangi buku yang sukar dijual,” katanya.

Shaaban memberi contoh penerbit universiti luar negara yang berprestij pada pentas antarabangsa seperti Toronto University Press dan Oxford University Press sendiri turut mempunyai geran tahunan bagi menjalankan kegiatan penerbitan ilmiah mereka.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sastera/20091228083652/Article

antara kasihan dan prihatin

sedang aku membalas serangan sms dpd penyokong kipas-susah-mati, the gunners yg memperkucing2kan aston villa - yg main mcm pasukan bola veteran kg. kubang - (aku masih tertanya-tanya adakah ini team yg sama mengalahkan man utd 2 minggu lps) - erin dtg menghampiriku.
"papa, esok dah start sekolah ke?"

"lum, hari sabtu ni baru mula", jwbku tanpa memandang erin. aku masih bertahan serangan bertubi2 pemuja arsene wenger & fabregas.
lg pulak, man utd kena menang dlm perlwnn slps ni, kalau tk nak dipintas olh the gunners.

"boleh tak esok tk payah pegi taska. duduk rumah je?" kata erin seakan merayu.
"kenapa pulak? sapa nk jaga duduk rumah nanti?" aku mula mengambil perhatian.
"erinlah jaga sendiri-sendiri..." balas erin, berani aje bunyinya.
"mana boleh. kan duduk taska senang. ada org jaga. nk mkn minum pun senang. nanti mama susah nk pergi keje lagi nk masak lg. nanti duduk rumah pun gaduh dgn abg & angah..." aku berikan alasan tk nk diaorg duduk di rumah.

"boringla. duduk rumah boleh tengok kartun. boleh bangun lmbat..."erin pulak beri alasannya.
"tak boleh. erin kecik lagi. nantilah bila besar sikit, bolehla duduk kat rumah..." aku cuba pujuk.
"bosanla. duduk taska asyik kena suruh tidur je..." erin merengek.
aku diam aje.
"boleh tak papa, duduk rumah aje esok...?" erin masih tk mengalah.
"nanti tanya mamalah..." aku tk buat keputusan. aku tak tegas. aku cair dgn pujukan erin.
erin berlalu dgn muku muncung.

* * *

pagi semalam aku terima sms dpd wifey. "bdk2 x pg taska. ada kt rmh. i msk n. goreng".

tentu erin seronok. dpt duduk rumah seminggu lagi. sementara sekolah belum buka....

mengejar burger diskaun

Dec 28, 2009

waktu sampai di bukit putus (yg dh lurus), jam menunjukkan dh pukul 2:00 ptg.
erin dh mengadu lapar. manakala erol & eril mengorek2 lebihan jajan yg dibeli masa singgah isi petrol di kuala rompin 3 1/2 jm tadi.
hujan yg tadinya sekejap lebat, sekajep reda, dah berhenti sepenuhnya.
nasib baik hujan dah berenti, bolehlah pecut sikit.
lagi pula, bukit putus tdk lagi menghidangkan jln berliku & bergaung yg mencabar walaupun utk seorg pemandu kereta rally.
bukan apa semuanya gara2 nk berhenti mkn di seremban 2 , jusco. yg disasarkan sjk perjalanan balik ke kg pd jumaat lepas. cadangnya nk beli baju sekolah agama erin lebih tepat lagi, kainnya yg berwarna hijau muda. dh cari di mid veli, giant nilai, mydin nilai & nilai 3. bukan tkde, tp saiz yg sesuai utk erin dh habis stok.
hari sabtu ni, pendaftaran utk erin ke thn 1. lain2 kelengkapan semua dh ada.
dlm pd tu, nk singgah makan mc di, yg sepatutnya kami singgah mlm rabu lalu. tp disbbkan mc di nilai tu kecik & sempit & tk sesuai utk famili - jd kami mkn di pondok pizza saja.
jd dh janji dgn erol, hari ni akan singgah di mc di seremban 2.
faktor yg lebih penting lg, kena sampai di sana sebelum pukul 3:00. sbb slps kul 3. sbbnya tawaran harga diskaun hanyalah antara jam 12 - 3pm!
sampai di jusco seremban 2, parking penuh sesak dgn kenderaan. slps berpusing2 & tawaf nasib baik ada kereta nk keluar dr parking.
sampai di mc di dlm 2:30 pm. sempatlah kejar harga diskaun...
nyata sekali kami terpengarauh dgn iklan!
lps isi perut masing2 dgn burger pilihan masing2, barulah cukup tenaga & sepenuh tumpuan dpt diberi utk misi paling utama, mendptkan saiz kain baju kurung warna hijua muda utk erin!


si pendiam bernama, nal

nal, nama panggilannya di sekolah.
kami satu kelas.
nal kemas orgnya. pendiam.berkaca mata. rambut belah tepi.
dia join kami masa form six. pindah dr sekolah lain. tp dia tk tinggal di asrama.
dia cepat menyesuaikan diri.
nal ulat buku tapi kaki bangku. kalau ajak main bola ada saja alasannya. boot tak bwk, kaki sakit, mak suruh balik cepat, nk bagi makan ayam itik...apa2 ajelah.
dia sama mcm aku, tk suka subjek ekonomi.
nal pandai melukis. dia suka lukis potret bebudak perempuan kelas kami. sbb tu bebdudak perempuan suka kat dia.
tapi nal pemalu orgnya. dia tak pandai layan budak perempuan. akulah mangsanya, jadi org tengah.
tapi semasa upper six, nal mula berubah.
dia jadi semakin pendiam. pelajarannya semakin merosot. tamat sekolah je, dia terus balik. tk seperti selalu, dia akan ke library dulu.
selepas tu, dia kerap tk hadir ke sekolah. ada yg kata dia ponteng.
aku rasakan ada yg tak kena pd nal. rakan sekelas yg lain jgk rasa begitu.
cikgu terpaksa memberi amaran pdnya krn terlalu kerpa tdk hadir ke kelas. dlm seminggu hanya 2-3 hari aje dia hadir. dlm kelas dia lebih bnyk menyendiri. enggan lagi bercampur dgn kami.
tk lama selepas tu, nal langsung tak hadir ke sekolah.
kemudian kami dengar khabar dr arul kwn sekampungnya, tp dlm kelas lain, yg nal sudah berhenti sekolah. dia tk minat lagi belajar. nak bekerja, katanya.
surat tunjuk sebab yg dihantar kpd ibu bapanya juga tdk berbalas.
kami semua terputus hubungan dgnnya.
aku cuba jgk merisik khabarnya dr arul. tp arul jgk tak tahu ke mana dia menghilang. walaupun ada diberitahu olh adik nal, yg dia sudah bekerja.

***

2 thn kemudian, kawanku lee, menceritakan kisah ini...
dia terserempak dgn nal di sebuah kompleks beli belah. nal yg selekeh, dgn rambut panjang. nal ketika itu bukanlah nal yg kami kenali dulu. dpd pengamatannya nal adalah seorg penagih dadah. dlm pertemuan singkat itu, nal mengakui dia silap langkah. terpengaruh dgn kawan2. malah tanpa rasa segan nal 'meminjam' wang dr lee utk mendptkan 'bekalan'. lee cuba menasihatinya tp ternyata nal sudah terlalu jauh menyimpang. hanyut dgn dunia khayalnya.

penghuni laut

Dec 25, 2009

memang betul, kuda laut wujud!
antara foto feberet aku

karang laut


gambar2 ni aku ambik masa skuba kat langkawi tempoh hari...hu hu


dialog hari khamis

Dec 24, 2009

1.

z: wahh! nampak hensem ari ni...

aku: ari ni khamis kan.

z: yalah. tapi selalu tk pakai cenggini pun.

aku: ada meeting la ari ni.

z: patutla...

aku: apasal lak?

z: ari ni pakai batik!

aku: malas nk pakai tie...

2.

suami: hari ni hari khamis.

isteri: ya la, ari khamis.

suami: so, mlm ni mlm jumaat!

isteri: baru i teringat...

suami: so?

isteri: mlm jumaat kan ada psr mlm...

suami: (diam)

isteri: nasib baik you ingatkan i...tak payahla masak mlm ni...he he

suami: (terus diam...)

sms nakal vs sms baik

"jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi Video Peribadiku yang hebat, sila balas ya.
Warning! hanya untuk umur 18 tahun ke atas"
begitu sms nakal yg ku terima petang semalam. dia hantar, lepastu dia warning pulak tu, kelakar! masih prihatin jugak...
lain kali hantarlah sms begini,
"ya ALLAH ya Tuhan kami, di ambang bulan muharam yag baraqah ini, muliakan dan
sayangi saudaraku yang sedang membaca sms ini. Bahagiakan keluarganya,
sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya, kuatkan imannya.
Berikan kenikmatan beribadah, jauhkan dari fitnah.
Suburkan benih keislaman dengan penuh rasa kasih sayang...
Amin.
Selamat menyambut maal hijrah 1431"
begitu bunyi sms yg dihantar olh seorang kawan yg tinggal jauh di utara tanah air, pd mlm menjelang maal hijrah. sejuk hati, membacanya...

bila besar nanti nak jadi apa?

Dec 23, 2009

semasa mengemas rak buku lama utk digantikan rak buku baru hujung minggu lepas, aku sempat menyelak buku laporan tadika erin. tercatat di situ yg cita2nya nak jadi policewoman. aku senyum. aku cuba bayangkan budak perempuan kurus keding & manja mcm erin akan jadi polis wanita suatu hari nanti.

aku segera teringatkan peristiwa beberapa tahun lalu. sepulangnya dari lawatan tadikanya ke putrajaya, eril mengatakan yg dia nk jadi ahli bomba bila besar nanti. sbbnya dia rasa teruja bila rombongan lawatannya turut singgah di balai bomba putrajaya yg mengadakan demonstrasi memadam kebakaran!

erol pula sgt minat dgn sukan F1 (ke mana tumpahnya kuah kalau...he he). lagipun dia suka join aku tengok live F1 di tv. tambah pulak rumah kami dekat je dgn litar F1. pernah satu hari dia berkata nk jadi driver F1 utk ferrari...

apa nk diherankan, aku dulupun ada banyak cita-cita. dan cita-cita tu berubah mengikut usia yg meningkat. di sekolah rendah aku nk jadi cikgu saja. sbb bagiku, jadi cikgu senang aje. kerja pun separuh hari. ptg2 boleh lepak kat rumah atau main bola di padang. kemudian bila besar sikit aku rasa boringla jadi cikgu. dahlah masa kecik masuk sek. rendah lepas tu masuk sekolah menengah kemudian kalau lulus cemerlang lagi, belajar lagi (mcm sekolah jgk) kat U. tentu boring bila kena ke sekolah hari-hari sehinggalah mencecah umur bersara. kan?

jadi aku ubah cita2 aku utk jadi pemain bola profesional. sbb gajinya lumayan. boleh beli itu & ini. jadi famous, ramai peminat. mungkin boleh main utk man utd atau real madrid. sbb masa tu aku dpt main bola wakil sekolah. kemudian cita2 tu hilang entah ke mana. bila habis sekolah, karier bola turut berakhir, setakat main bola petang2 di padang kecil yg rumputnya panjang & berkemuncup. tambah pulak, aku sedar main bola di negara ni, tak ke mana akhirnya...

bila masuk sekolah menengah atas, aku dah tk fikir lagi dah nk jadi apa bila besar nanti. cita2 aku cuma nk habiskan tahun2 di sekolah menengah & kalau result bagus, boleh sambung belajar ke U. masa tu nanti, aku akan fikirkan nk jadi apa! itulah yg ada dlm benak fikirku.

and the rest is history...

anugerah bernama cahaya mata

Dec 22, 2009


aku sempat berbual dgn anak sedaraku ini. nama sj anak sedara, ttp usia kami hampir sebaya. dia adalah anak sepupu aku yg kupanggil kak long iaitu anak kpd satu2nya mak sedara yg masih hidup, sebelah arwah mak aku. kami jarang ketemu. kalau adapun pd majlis2 keraian keluarga, kenduri kendara atau musim raya.

semasa bertemunya di majlis kenduri kahwin di beranang tempoh hari kami sempat berbual. dlm rancak berbual itu macam2 topik, perbualan kami terhenti seketika bila anakku, erin dtg menyampuk minta dibukakan pembalut gula2."dah besar anak pak uda..."suaranya sedikit bergetar & mukanya berubah sedikit suram.

"aku dh 7 tahun kawin, belum ada rezki lagi dpt anak. pak uda dah 3, dah besar dah" sambungnya seakan meluah perasaan terbuku. ada nada berbaur sedih pd ayat yg diucapnya itu."belum ada rezeki lagi tu. ada org cepat, ada org lambat..."aku cuba menenangkan.
lepas tu kami sambung tajuk cerita lain utk mengubah suasana yg mulai tawar.

bila bercakap soal rezeki & anak atau zuriat merupakan impian setiap pasangan yg mendirikan rumah tangga. cahayamata merupakan penyeri hidup berkeluarga & pengikat kasih sayang. kalau pasangan berkahwin tdk dikurniakan zuriat, tentunya hidup mereka tersa sunyi. malah mungkin menghadapi tekanan perasaan. malah ada jugak kes yg membawa cerai berai - minta dijauhkan.

aku segera teringat seorang kwnku, zack yg tdk dikurniakan sebarang cahaya mata sepanjang 15 thn perkahwinannya hingga kini. sudah bermacam ikhtiar dilakukannya, ttp masih belum ada rezeki. "sabarlah, zack..." itulah yg mampu aku ucapkan setiap kali bila dia mengeluh akan nasib yg menimpanya itu.

manakala kawanku seorg lagi, kimi, hampir putus asa berusaha. hanya selepas 8 thn berkahwin, akhirnya mrk dikurniakan zuriat. malah itulah satu-satunya anak mrk hingga kini. aku masih ingat, akulah antara org pertama yg dihubunginya bila mendapat berita bhw isterinya disahkan mengandung.

aku sentiasa berasa bertuah & bersyukur krn dikurniakan 3 cahaya mata yg comel. keletah & kenakalan mrk adalah pengisi ruang hidup kami. mrklah penyambung zuriatku, penyeri hidup aku & wifey. aku berazam utk membesarkan mrk sebaik mungkin, semampu terdaya akan kulimpahkan dgn kebahagiaan.

bila musim baru sekolah bermula lagi...

Dec 21, 2009

harga sepasang kasut sekolah yg sederhana kualitinya antara rm20-30 mengikut saiz. bayangkan kalau perlu membeli enam pasang kasut utk 3 anak sekolah. belum dikira lagi stokin. takkan nk beli sepasang utk seminggu. terpaksalah disediakan 4 pasang kemeja sekolah, 4 pasang seluar, 4 pasang baju melayu, 4 pasang seluar baju melayu (krn baju & seluar dikira harga berlainan), dicampur dgn 3 pasang baju kurung & 4 pasang kain baju kurung (krn baju & kain dikira berasingan), seluar sukan, 3 kain tudung, 6 beg sekolah (sbb anak2ku bersekolah kebangsaan waktu pagi & sekolah agama di waktu petang) & alat tulis - itu sahaja sudah menjangkau rm850

itu perkiraan yg aku ambil diriku sendiri yg punya 3 anak bersekolah. bagaimana pulak mrk yg punya anak 5 atau 8 atau 10 org yg bersekolah? tentunya bajet lebih besar perlu ditanggung. itupun alhamdulillah gaji aku yg sederhana ini berserta isteriku yg bekerja dptlah menampung belanja persekolahan. itupun kopak juga wang simpanan. bagi mrk yg kurang kemampuan & punya anak ramai, pastinya lebih perit dgn kos hidup & barangan yg makin meningkat dewasa ini. serba-serbinya perlukan duit. aku tumpang simpati pd yg kurang bernasib baik.

sepanjang 3 hari cuti hujung minggu lps, aku menghabiskan masa menyiapkan persiapan anak2 ke sekolah. bimbang kalau di saat2 akhir nanti sukar utk mendpt saiz yg sesuai & keadaan lebih sesak.
itupun mengambil kira harga yg paling sederhana. nk dibeli yg harga terlalu murah, bimbang nanti alah membeli, alah memakai. tak sampai sebulan dua, baju koyak di sana sini, beg pulak terputus talinya. nak beli yg mahal nanti, bukan tak mampu ttp bnyk lagi keutamaan lain yg lebih mendesak.

ketika ini, aku mula teringatkan arwah mak & abah. bukan apa, aku terbayangkan keperitan mrk menyekolahkan kami sepuluh beradik. terutama setiap kali tahun baru persekolahan menjelang. teringatkan jerit payah mrk, tak kusedari air mata bergenang terharu akan pengorbanan mrk.

beranang

Dec 20, 2009


tengah hari tadi pergi beranang. lebih tepat di sg jai. jemputan kahwin adik ipar kepada acik. beranang letaknya kira2 12km dr nilai. dr tempat lain aku tak pasti pulak ...he he. org kampung di situ masih amalkan gotong royong memasak & menghidangkan tetamu. cuma bezanya dihidang cara buffet. majlis ini dijalankan serba sederhana. takda bersanding atau tepung tawar atau silat. cuma iringan kompang aje. takde jgk aksesori utk tetamu yg melebih-lebih, cukup sekadar telur & gula2 utk kanak2.antara lauknya masak lemak tempoyak pucuk ubi + petai & masak nangka + ikan masin. berselera nampaknya tetamu makan. pengantinnya pula pakai sepasang warna hijau. sbb lauknya sedap, pengantin pun nampaknya berselera sekali makan beradab ( sila lihat gambar...hu hu) sampai tk pandang kamera!

penasihat kereta

Dec 18, 2009

seorang kwn sekerja sudah lebih 5 thn punya kereta & memandu kereta.
dia sering meminta nasihat dpdku perihal keretanya.
aku ni tklah terer sgt pasal kereta, tp tahulah serba sikit.
kadang2 apa yg aku beritau memang tepat, kadang2 sipi, kadang2 langsung tk betul, bila kawanku itu hantar keretanya ke bengkel & dpt khidmat yg pro pasal kereta.
beberapa hari lepas kwnku itu mengadu keretanya agak 'bising'.
dia mintak aku tengok-tengokkan keretanya.
aku berikan pendptku, kemungkinan masalah brek. mungkin break padnya dah haus atau dh habis sbb bila membrek keretanya berbunyi bising semacam.
atau kalau lebih buruk lagi kalau break pad tdk diganti mungkin akan menyebbkan kerosakan lebih teruk iaitu break discnya rosak.
menukar break pad tdklah mahal, ttp kalau kena tukar break disc, parahlah jawabnya.
katanya semalam , dia dah buat booking utk hantar keretanya ke bengkel. aku kena perlu tunggu hari isnin utk tahu punca sebenarnya kereta itu bising.
aku jugak nak tahu sama ada nasihatku kali ini bertul atau meleset...

maal hijrah 1431

Dec 17, 2009

esok umat Islam akan menyambut tahun baru hijrah 1431.
aku berdoa & berharap agar kesejahteraan berkekalan buat khususnya familiku
& umat islam seluruhnya.
moga fajar tahun baru hijrah yg menyingsing pagi esok
memberi sinar membersih hati nurani ummah
agar tidak terus-terusan bersengketa sesama sendiri

pokok krismas tumbuh merata


pergilah ke mana2 kompleks beli-belah ketika ini. masing2 sibuk menghias premis mrk sempena dgn hari krismas. binaan & hiasannya pulak begitu meriah mengambil semangat menyambut musim perayaan. namun yg pastinya, perhiasan serta dekorasi yg dipamerkan utk krismas kelihatannya jauh lebih cantik, besar & tampak mewah. pokok krismas tinggi menjulang memenuhi ruang kompleks. malah lebih hebat dekorasinya berbanding sambutan perayaan lain yg lebih utama di negara kita. mrk mungkin memberi alasan sbg tarikan kpd pelancong asing utk menjustifikasikan apa yg mrk buat itu. malah, dekorasi itu sudah ditegakkan atau dipasang seawal sebulan sebelum hari krismas lagi. ternyata kepentingan komersial adalah agenda utama pemilik gedung beli belah.

henfon, mat fit dan hujan

Dec 16, 2009

aku singgah di sebuah stesen minyak berhampiran tol sg. besi dlm perjalanan pulang dr ofis ptg semalam. hujan agak lebat & jalan agak sesak, sbb itu aku tk nk ambik risiko. tapi ada sedikit masalah transaksi kad kredit pd pam. ia gagal berfungsi.
sdg aku terkial-kial, aku didatangi olh seorg remaja. bertopi dgn t-shirt hitam & jeans biru. lalu dia mengunjukkan sesuatu pdku. "bang henfon bang..." katanya sambil matanya meliar memerhati keliling. pd tgnnya henfon berjenama dpd model yg canggih.

aku tak terkejut. sudah beberapa kali aku didatangi sebegitu sebelum ini. sama ada di tempat parking sekitar KL atau di stesen minyak. biasanya mat fit yg buat kerja begini. biasanya mrk jual jam atau spek hitam berjenama. entah dr mana mrk dpt, curi atau songlap dr tempat kerja mrk utk duit tambahan. kali ni henfon, wah, makin 'maju' mrk sekarang.

tp remaja yg ni sekali imbas, tkde rupa mat fit. agak kemas & bergaya.
"berapa nko nk tolak bro?" aku menguji.
"abg tengok la dulu. berapa abg nk ambik?" dia pulangkan soalan aku.
"ori ke?" aku buat layan tak layan.
"abg tengok sendirila. ini barang baik bang..." lagaknya bagai seorg salesman.
selepas ku belek-belek, ternyata ianya henfon ori & baru. aku percaya ianya bukan sudah terpakai.
"brape nk tolak ni bro...?" aku menduga lagi. lagipun duit tunai dlm wallet ku cuma ada rm200 lebih aje.
"kalau abg nk, gua tolak 600 sudahla. lg pun wa nk blah ni. kwn gua tgh tunggu kat depan tu..." dia mula menawar.
aku tahu, kalau di kedai harganya 1000 lebih. sbb aku tk bercadang pun nk beli.
sbbnya tengah pokai ni.
"aku tkde cash la bro. kalau nko nk tolak 200 aku ambikla..." aku sekadar menawarkan harga yg memang tk munasabah.
"200 terbakarla gua bang. camnilah, sbb gua nk cepat ni abg bayarla 500 je" kata mamat tu menawarkan diskaun.
"kat dlm kedai tu ada atm. abg smart mcm ni tkkan takde duit dlm atm" dia menunjukkan aku mesin atm dlm kedai berhampiran sambil membodek aku.
hati aku mula terpujuk. semakin menarik. lagipun harga yg ditawarkan memang 'durian runtuh'. aku mula teragak2.
"200 aku ambik..." kataku sambil berjalan masuk ke kaunter. sbb kad kredit utk isi minyak, gagal berfungsi. aku tinggalkan mamat tu menggeleng2 kepalanya.
aku perhatikan dia melilau & mendekati beberapa pemilik kereta lain yg sdg mengisi minyak. dia tdk dilayan. malah ada yg kelihatan marah2 pdnya.
sementara tu, aku ke mesin atm yg ada di situ. aku cuba keluarkan duit tp tk dpt. mesin atm tu bukan dr bank yg aku ada akaun. mungkin ada masalah transaksi atau sistem tergendala spt mana kad kredit aku. mungkin sbb hujan lebat & ribut petir ketika tu."alamak, melepasla..." kataku dlm hati.

semasa aku mengisi minyak. sekali lagi dia dtg. kali ini menawarkan harga rm400. semakin menarik. tp apakan daya, aku memang tkda duit sebanyak tu."400 bang. ni last ni. kalau tk gua blah...abg tk nk ke...?

"aku memang nk. tapi tkde cash. terang2 aku ada 200 je..." entah kenapa aku jwb dgn lurus."200 tk bolehla bang. terbakarla gua." dia seakan sedikit kecewa. "tkkan dlm atm takde?""aku dh try tadi. aku pakai meibank tp atm tu simbank. offline kot sbb ujan..." aku terangkan dgn jujur, ikhlas & telus. "bukan aku tk nak, takde duit...aku tkde cash sekarang..."tambahku.

"tk dapatla 200. oklah camni. last call, gua tolak 350..." tawarnya buat kali terakhir.350? mana aku nk cekau. buta-buta aku ada 200 je.

"aku passed ajela. aku memang tkde cash sekarang..."aku mengalah dgn kata2 akhir itu. si mamat berlalu pergi. semasa aku pandu keluar dr stesen minyak. aku ternampak mamat tu mendekati org lain yg sdg mengisi minyak. entah berapa agaknya harga yg ditawarkannya kali itu.

semasa memandu aku terfikir beberapa kemungkinan:

- kalau aku beli, aku akan dpt telefon canggih dgn harga murah. mungkin bukan rezeki aku.
- kalau aku beli, mungkinkah aku bersubahat?
- aku mungkin 'terbeli' henfon tu kalau mesin atm tak meragam atau aku pegang tunai masa tu
- aku mungkin 'terbeli' barang curi atau tak sah
- mungkin hari ni, aku bolah pakai henfon canggih dgn harga murah yg dibeli di stesen minyak!
- aku mahu bersangka baik, mungkin mamat tu memang bisnes cara begitu...hu hu

kadang-kadang

Dec 15, 2009

kadang-kadang aku buat sesuatu perkara kerana itu memang aku nak lakukan.
-
berjaga hingga jam 3:00 pagi semata2 nk tonton live bola -

kadang-kadang aku buat sesuatu perkara kerana aku terpaksa lakukan.

-hadir mesyuarat sbg wakil boss, ttp kita hanya duduk membisu sepanjang 3 jam -

kadang-kadang aku buat sesuatu perkara untuk menggembirakan orang lain.
-
temankan wifey pergi shopping, belikan jajan utk anak-anak -

kadang-kadang aku buat sesuatu perkara tanpa sebarang alasan.

- minum ais kosong & roti canai 3 keping waktu sarapan -

kadang-kadang aku buat sesuatu perkara sebab orang lain juga buat.
-
himpit-menghimpit kereta bila jalan jammed -
kadang-kadang aku buat sesuatu perkara walaupun orang lain tak buat.
-
bangun seawal 4 pagi & memandu sejauh 350km utk balik kampung-

kadang-kadang aku sendiri tak tahu mengapa aku buat perkara itu.
-
tulis dalam blog utk lepas geram/curah perasaan/kongsi cerita/ -

cukur jambul


ahad lepas aku ke rumah usu di kemensah. ada majlis marhaban, berzanji, aqiqah, cukur jambul, naik buai, tahli, doa selamat & makan2 - semua dlm satu. utk bayi kecilnya - khalis.

fiesta hujung minggu

Dec 14, 2009

krew sinar pagi radio sinar.fm



olh sbb ada kwn aku yg tegur yg blog aku tk bnyk gambar. pasalnya aku tk nak tayang muka yg hensem ni. lagipun tkde majlis yg aku hadiri. jadi bila ada yg aku pergi & aku tk tertinggal kamera dlm kereta, atau baterinya terlupa nk caj. makanya dptlah aku ambik gambar2 ni.

gambar2 ni aku ambik sabtu lepas. ada fiesta pelancaran unit rumah baru & fasa baru yg pemaju kawasan perumahan aku lancarkan.
dlm fiesta pelancaran tu, ada dijemput pengacara radio sinar pagi dpd radio sinar.fm, salleh yaakob, khairil & raja azura. dptlah tengok diorg secara 'live' bukan hanya dengar suara di radio shj.
selain tu ada pelbagai gerai yg menjual produk masing2. acara sukaneka kanak2 & dewasa juga diadakan. spt musical chair, cari gula dlm tepung, pertandingan mewarna, terompah gergasi, tressure hunt dll. nk beli rumah yg dilancarkan, memang cantik & besar ttp rasanya di luar kemampuan.

olh sbb wifey kerja, aku bwk anak2ku ke sana. mrk seronok & terhibur. mkn percuma pun disediakan selain dpt mcm2 cenderahati.

resensi . . . 19


Title: Impact of Law on Family Institutions
Editors: Norchaya Talib, Siti Zaharah Jamaluddin & Jal Zabdi Mohd Yusoff
Pages: 184
Year: 2009
Publisher: University of Malaya Press


Summary


The first book of Mimi Kamariah Law Series (MKLS) was published in 2002 in memory of the late Professor Dato' Dr Mimi Kamariah Majid (1952-2001), a colleague and former dean of the Faculty of Law, University of Malaya. The theme of the first book of MKLS was the Child Act 2011 (which was passed by the Malaysian Parliament in 2002). In this second book of the MKLS, the focus is on the family institutions and the impact of developments of the law, not only in family law but in other areas of law on the family unit as a whole. Eleven authors wrote on topics ranging from healthcare, family and children, constitution, Islamic property division and other related issues.

sumber: http://umpress.um.edu.my

beza lelaki dengan perempuan

set pinggan mangkuk wifey
set minyak wangi aku


dalam keterujaan itu, ramai terlupa...

Dec 13, 2009

hari jumaat lepas aku & sedara mara sambut kepulangan abg ipar & isterinya pulang dpd mengerjakan haji di lapangan terbang klia. ketika tu sudah pukul 11 mlm.
ramai kaum keluarga lain yg menyambut kepulangan anggota keluarga mrk.
keadaan di balai ketibaan jadi sesak & riuh rendah tdk spt kebiasaan. masing2 gembira menyambut kepulangan org tersayang.
dlm keterujaan itu ada yg terlupa adab susila. lupa siapa yg mrk sambut kini sudah bergelar hajah & haji. bukan nak sambut kekasih pulang dari perantauan. adab di tempat awam juga seakan diabai dlm kegembiraan yg sukar dikawal.
oleh sbb yg nak disambut itu baru sj pulang dpd tanah suci. ttp ramai yg menunggu utk menyambut itu terlalai. bercampur gaul, berlaga bahu & berlanggar tubuh lelaki perempuan. maklumlah keadaan sesak & berhimpit-himpit. manakala yg gadis muda yg pakai tudung tp juga pakai baju singkat. bila duduk atau mengangkat tangan nampaklah bhg yg tk patut nampak atau tk wajar dilihat. pusat & lurah b*****. buruk rupanya. dosa dah gerenti tercatat.
lelaki muda pulak dgn jeans koyak & baju kumplan rock & gambar2 yg entah apa2.
dlm keterujaan juga masing2 sibuk bergambar. terlupa mrk menghalang laluan. hingga lupa sekeliling ada mata memandang - menyampah.
yg pulang dr mengerjakan haji pula, perginya dgn 2 beg. ttp pulangnya dgn 5 beg. hingga sarat troli yg disorong. pastinya kesempatan shopping di sana sukar ditolak. lagipun, yg dibeli kebiasaannya 'cenderahati' utk sanak saudara bila pulang ke tanah air. itulah sbbnya beg yg dibawak pulang lebih bnyk ketika pulang berbanding pergi kira2 sebulan dulu...
keadaan di luar juga sesak teruk. kenderaan yg dtg utk membawa pulang jemaah bersesak2. nampaknya pihak berkuasa seakan2 sedikit longgar dlm kawalan lalu lintas, tdk spt kebiasaan. maka ramailah yg mengambil kesempatan meletak kenderaan di tempat tdk sepatutnya, menambahkan lagi kesesakan dlm masa sama menimbulkan kesusahan pd org lain atau pengguna lain yg tdk ada kena-mengena dgn kepulangan jemaah haji.

al-kisah raja lawak

Dec 12, 2009

sang raja tidak merujuk pd bendahara, pd temenggung, pd syahbandar atau laksamana.
ttp menitahkan spy memanda menteri paling dipercayainya itu masuk mengadap.
bukan mengadap di balai rong seri, ttp ke kamar peraduannya.
maka bertitahlah raja bangsawan kpd memanda menteri yg sgt dipercayainya itu.
"beta mahu supaya seluruh istana beta ini dipasang dgn cctv, demi keselamatan beta & seisi istana ini. beta sudah tdk percaya lagi dgn laksamana dan laskarnya. beta rasa diri beta sentiasa menunggu bahaya menjelma..."
"menjunjung perintah, tuanku. sekarang jugak patik uruskan ianya dipasang tuanku..."
"pastikan setiap sudut di pasang. di balai rong, di kamar beta, di pintu istana, di taman larangan hatta di kamar mandi beta jugak"
"...dan jgn lupa skrin lcd 42 inci, di letakkan di kamar beta. agar mudah bagi beta memantaunya!" titah baginda lagi.
maka petang itu juga seluruh istana dipasang dgn cctv. pengawal istana tdk lagi diperlukan. mrk dipecat tanpa notis 24 jam. laksamana yg bertanggungjawab hal keselamatan negara juga digantung tugas ke suatu tarikh yg tdk dinyatakan. gajinya juga dibekukan.
bendahara, temenggung & syahbandar terpinga-pinga bila diberitahukan hal itu. mungkin mrk juga menunggu masa untuk dilucutkan jawatan. berita angin yg tersebar luas, ketiga-tiganya tidak mencapai KPI & prestasi mrk "not up to standard".
khabar angin juga bertiup kencang bhwsanya, memanda menteri yg ranking paling rendah itu akan bergelar timbalan raja. satu jawatan yg baru diwujudkan oleh raja bangsawan krn sgt kagumnya baginda akan ketaatan, kebolehpercayaan & kehebatan bodekan memanda menteri itu.
sudahnya negeri ini akan tunggang langgang gamaknya. bila kaduk naik junjung & raja bangsawan hanya pandai bersandiwara!

resensi . . . 18

Dec 11, 2009


Judul: Dakwah Islam terhadap Orang Kurang Upaya
Pengarang: Ab. Aziz Mohd Zin et al.
Halaman: 174
Tahun: 2009
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Ringkasan


Keperluan menyampaikan dakwah kepada OKU sama seperti kepada orang yang sempurna kerana OKU juga berhak mendapatkan nikmat Islam, seperti mana golongan yang lain. Malah, golongan ini perlu diambil lebih perhatian atas kesusahan yang terpaksa dihadapi untuk menerima dakwah berbanding dengan yang lain. Buku ini menjawab persoalan yang timbul berkaitan adakah golongan ini mempunyai tanggungjawab dan kewajipan terhadap Islam sebagaimana umat Islam yang sempurna sifatnya. Buku ini turut mengkaji permasalahan yang dialami oleh OKU dalam usaha mereka memahami dan mendalami ajaran Islam sekali gus melaksanakan tuntutan agama. Selain itu, sejauh mana pelaksanaan dakwah terhadap OKU di negara ini juga diselidiki. Hasil daripada kajian buku ini juga mendapati, dakwah untuk mendekati dan menerapkan ajaran Islam kepada golongan OKU ini hendaklah dilakukan dengan metode yang sesuai untuk memastikan keberkesanannya.

Persoalan berkaitan dakwah terhadap OKU digarap dan dihuraikan dalam buku ini oleh barisan para pengkaji dalam bidang dakwah, pemikiran Islam, akidah, usul fiqh dan bidang media. Buku ini diharap memberi manfaat kepada para pendakwah dalam memahami psikologi OKU dan metode dakwah yang sesuai untuk mereka. Buku ini juga boleh menjadi rujukan dan panduan kepada organisasi dan institusi berkaitan OKU serta para pengkaji dan pembaca yang berminat memahami fenomena dan metode dakwah terhadap OKU.

sumber: http://umpress.um.edu.my

langkawi . . . 3





kereta kabel
underwaterworld
galeria perdana
dataran lang
makam mahsuri/beras terbakar
pantai chenang
pantai kok

itulah senarai tempat yg dilawat di langkawi.
naik kereta kabel memang mengujakan. ketinggiannya menakjubkan & pemandangan dr puncak tinggi mengagumkan. aku cuba bayangkan betapa sukarnya membina laluan kereta kabel ini yg merentangi puncak gunung ini. hasilnya memang berbaloi, sbg antara tarikan utama pelancong ke langkawi.

underwaterworld samalah spt akuaria di klcc ataupun dlm skala kecil akuarium di zoo negara. memang menarik melihat pelbagai jenis hidupan laut. ttp harga tiketnya mungkin tdk sepadan dgn apa yg dipamerkan.

galeri perdana lebih merupakan koleksi tun mahathir. memang bnyk cenderahati yg unik dipamerkan. bertuah kpd org ramai dpt berkongsi bersama melihat keunikan itu.

dataran lang lebih sesuai utk lokasi bergambar. selain itu tiada sebarang aktiviti di situ. gerai yg jual cenderahatinya, cekik darah. lebih menarik utk beli cenderahati di jeti yg terletak berhampirannya.

makam mahsuri/beras terbakar mengingatkan cerita lagenda mahsuri.

pantai chenang antara aset pulau langkawi yg menjadi tumpuan pelancong. pantainya yg luas dgn pasir memutih memang cantik. chalet di sini dipenuhi pelancong luar. khabarnya kedai2 di sini beroperasi hingga 3 pagi. ttp awas banyak duyung yg berbikini di sini.

pantai kok suatu masa dulu jgk menjadi tumpuan pelancong. tapi kini tk semeriah dulu. namun pantainya begitu cantik sekali.

selebihnya menghabiskan masa dgn 'mengiringi' wifey menjelajahi segenap kedai yg ada di bandar kuah. beli coklat pun habis beratus ringgit jgk. kebanyakannya utk cenderahati pd kawan2, jiran & sedara.
masa yg lain plak meneman anak2 aku mandi di kolam renang hotel.
aku hanya beli set minyak wangi dr kedai duty free & sehelai t-shirt langkawi. perkara wajib bagiku setiap kali pergi bercuti ke mana2 mesti nk beli t-shirt jgk.
harus difikirkan jgk, kesukaran & kos barangan yg akan diangkut menaiki kapal terbang. kalau dgn mas atau feri, tkde masalah langsung. tp bila dah naik kapal terbang 'tambang murah' sendiri mahu ingatlah. setiap bagasi akan dikenakan bayaran.

langkawi . . . 2 (episod lagenda bermula)

Dec 10, 2009


...sebaik saja selesai urusan daftar masuk. kami lima beranak bergegas ke pintu berlepas. kelihatan penumpang lain sudah mula berbaris masuk utk naik kapal terbang. kami duduk di baris agak terkebelakang. mungkin sbb antara yg terakhir daftar masuk. kami diberikan tempat duduk sebaris. aku duduk dgn erol. eril & erin duduk dgn wifey. satu lg tempt duduk mungkin sengaja dikosongkan.
erol paling riuh. dia ambik tempat di tepi tingkap. sibuk nak pasang seat beltnya sendiri. tapi slps terkial2 dia mintak bantuan aku. sibuk dia bertanya, bila kapal terbang ni nak bergerak. erin teruja, asyik memandang ke luar tingkap.
eril yg paling senyap. kelihatan sedikit gusar.
di blkg tempat duduk kami satu lagi famili yg punya anak2 sebaya anak aku. mrk juga sedikit riuh krn teruja. bila kapal terbang meluncur laju di landasan, suara penumpang kanak2 bersorak jelas kedengaran. suara erol & erin antara paling lantang. wooooooooooooooooooooooooooooo....!!
kapal terbang pun meninggalkan landasan terbang menuju ke destinasi.
erol seronok sekali memandang ke luar. rumah nampak kecil. pokok jugak. kereta mcm semut katanya. kemudian pemandangan di luar hanya kelihatan awan saja. aku katakan pd erol, jgn pandang luar lama sgt, nanti pening. dia akur saja. kemudin sibuk membaca apa saja majalah, buku panduan atau apa saja yg ada pd poket tempat duduk.
erin sibuk bercerita dgn mamanya.
ttp eril kelihatan diam sj. raut wajahnya kelihatan agak bimbang. fobia atau gayat, mungkin. tp wifey berjaya menenangkannya. selepas beberapa ketika berada di udara, eril mula berborak dgn ceria. penerbangan yg mengambil masa 50 minit berlalu dgn pantas.

kabin pesawat kembali riuh, bila pilot mengumumkan akan mendarat. masing2 sibuk memandang ke luar tingkap. kelihatan laut biru terbentang luas. kapal2 & bot diperairan. pantai memutih terbentang indah.
semasa hendak mendarat, kanak2 termasuk eril, erol & erin mula membuat countdown ...20, 19,18...9,8,7. ...3,2,1...yaeyyy!!!
pendaratan yg begitu lancar sekali. tkde gegaran atau goyang. sekalung penghargaan utk pilotnya. kelihatan di luar bnyk pesawat berhampiran landasan termasut jet tempur & kapal terbang yg mengikuti pameran LIMA yg baru tamat sdg beransur pulang. kami menjejakkan kaki ke pulau lagenda...


kami kemudiannya menaiki teksi menuju ke hotel penginapan. disbbkan kami sampai awal (kira2 9:45 pg) sedangkan waktu daftar masuk hotel biasanya jam 2:00 ptg. jadi kami bercadang utk meninggalkan beg di lobi hotel & memulakan aktiviti kami sebelum daftar masuk di sebelah ptg.
kami agak bertuah, krn salah seorang pengurus hotel berada di kaunter pd ketika itu. dia menyuruh stafnya membuat semakan sama ada terdapat bilik kosong yg sudah dikemaskan. didapati memang ada, lalu kami terus didaftar masuk. lagi pula kami diberi keistimewaan termasuk complimentary minuman & makanan ringan yg terdapat dlm peti sejuk percuma. selain beberapa complimentary yg lain. dgn itu kami terus saja ke bilik utk menyimpan beg kami. dlm masa sama kami dah untung menginap di hotel beberapa jam lebih awal.

kemudian turun semula utk bersarapan di gerai yg terletak berhampiran hotel. lagipun memang hotel ini menjadi pilihan kami krn terletak di tengah bandar memudahkan urusan pengangkutan, bnyk tempat mkn & kemudahan bank. walaupun mungkin sedikit mahal berbanding hotel penginapan lain. sandwic & mi goreng jadi pilihan mengalas perut. kemudian kami ke perhentian teksi yg juga terletak berhampiran hotel. tujuannya utk pergi mengelilingi pulau langkawi dgn destinasi pertama - kereta kabel.

kami ditawarkan beberapa pakej mengikut perjalanan atau mengikut jam. lalu kami memilih ikut jam yg lebih berbaloi buat kami sekeluarga. nak sewa kenderaan pun, tk berapa sesuai lainlah kalau pergi dgn kawan2, boleh kongsi bajet. lagipun kita tk mahir dgn jalan di sini, lebih baik guna khidmat teksi, jimat tenaga & masa.

editor hanyalah nasi tambah

kembali bertugas hari ini.
ada berita gembira menunggu rupa-rupanya.
aku dimaklumkan olh seorang staf bhw buku yg aku edit & selenggara telah memenangi hadiah utama, sebuah anugerah buku peringkat kebangsaan.
aku jugalah yg terhegeh-hegeh menghantar pencalonan buku tersebut beberapa bulan lalu.
dgn inisiatif sendiri. tiada siapa peduli.
sedihnya, aku tidak langsung diberitahu olh pengurusan akan berita itu.
surat makluman yg dihantar oleh penganjur ditujukan pd pengurusan.
malah surat jemputan utk menerima anugerah tersebut juga sudah diterima oleh pengurusan.
tiada ucapan tahniah atau terima kasih atas apa yg aku kerjakan.
baik dpd pengurusan, mahupun pengarangnya.
sudahlah itu, memaklumkannya padaku juga tidak.
apakah editor sepertiku memang tak layak utk terima sebarang penghargaan?
siapa yg dpt nama? pengurusan & organisasi serta pengarang...!
editor? .....arghhh, tak penting!

langkawi . . . 1 (episod panik di kaunter check in)


kalau tak silap sudah 7 kali aku menjejakkan kaki ke langkawi. pulau lagenda. sama ada ikut rombongan, pergi dgn kwn tengok LIMA, atau menghadiri bengkel/seminar/persidangan.

tp kali ini berbeza. aku pergi dgn famili buat pertama kali.
istimewa, kali pertama utk anak2 kecilku menaiki kapal terbang. yg sudah lama mrk hasratkan. mungkin bagi aku & wifey sudah biasa disbbkan tuntutan kerja. naik kapal terbang perkara biasa. ttp bagi anak2ku eril, erol & erin ianya istimewa & ditunggu2. nak terbang jauh2 ke luar negara misalnya, bajet tk mengizinkan. jadi ke langkawi pun sudah memadailah.

tiket kapal terbang sudah ditempah seawal 2-3 bulan dulu. maklumlah tiket kapal terbang tdk ada diskaun separuh harga utk kanak2 pun. jadi booking awal2 boleh dpt diskaun. jimatlah sikit bajet. apa yg penting aku & wifey rasa gembira melihat mrk begitu teruja. mlm minggu sebelum terbang awal pagi esoknya, mrk seakan ghairah hinggakan seolah2 tk boleh tidur krn tak sabar2 utk terbang esoknya.

ahad 6 dis. 09 tarikh bersejarah buat mrk. seawal 6:00 sudah bersiap utk ke lcct. tdk ada masalah utk mengejutkan mrk utk bangun & bersiap. masing2 nampak teruja & seronok. bagi ibu bapa tdk ada yg lebih menggembirakan melihat anak2 kita bergembira & berseronok. jam 6:30 spt dijanjikan acik dtg menjemput kami utk ke lcct. kapal terbang akan berlepas jam 8:05 pagi.

ttp semasa daftar masuk baru kami tersedar yg my kid/surat beranak mrk tertinggal. walaupun sebenarnya sudah dimasukkan dlm envelop. wifey sedikit panik. aku segera menelefon acik yg sudah pun dlm perjalanan balik. kami diberikan tempoh olh staf di kaunter, mendaftar masuk sebelum jam 7:30 dgn membwk bersama my kid/surat beranak.

mujur jarak rumah kami dgn lcct hanyalah memakan masa 15 minit. acik berpatah balik & mengambilku di lcct. kemudian meluncur laju ke rumah aku, ambil dokumen yg diperlukan & memecut semula ke lcct.

kami sampai beberapa minit shj lagi sebelum kaunter daftar masuk ditutup. legaaa...
kalau tdk hancur berderailah impian eril, erol & erin. . .

tradisi ayam golek

Dec 9, 2009

wifey pernah menceritakan pdku yg emaknya akan memasak ayam golek setiap kali anak2nya mendapat keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan. tambahan pulak anak2nya semuanya pintar belaka. maka keraplah mereka adik beradik merasa ayam golek masakan emak mrk.

semasa pulang utk raya haji lepas, keputusan peperiksaan upsr baru saja diumumkan. salah seorang anak sedara wifey, syirah mendpt keputusan cemerlang, 5A. jadi dlm meneruskan tradisi sebelum ini, mak mertuaku memasak ayam golek istimewa utk cucunya.

tradisi diteruskan...

resensi . . . 17

Dec 8, 2009



Tittle: Writing and Publishing a Public Health Research Paper
Authors: Collin Binns, Mi Kyung Lee & Wah Yun Low
Year : 2009
Pages : 132
Publisher: University of Malaya Press


Contents


Here is a short book on writing papers that is based on experience. The authors are experienced researchers who have published many papers on public health in Asia. The book is based on the practical experiences of the authors in running workshops for the Asia Pacific Academic Consortium for Public Health and their own universities. The workshop participants came from a variety of health professions in different countries and their needs and the questions they asked are reflected in this book. Often the text is in point form and contains checklists for authors. The English style is basic and is suited for those who have English as a second language. The book gives practical advice on all of the major types of papers in public health and the health sciences. A template to assist in writing and an article for the Asia Pacific Journal of Public Health or a similar journal is included. Following this example will ensure that a beginning author will meet all of the editorial style requirements for publication. There are examples of tables and graphs and letters of submission to the editor. References to further sources of information on writing papers are included. Here is a concise, yet comprehensive guide to publication in public health. While aimed at beginning academics and health professionals, the book will also be a useful resource to improve the publication rates of those further along the career path. Follow the templates and guidelines and you will be heading to success in publication. This book is a must for all who have a good news story tell about the achievements of public health.

home suite home

Dec 7, 2009

bangsawan sdg bersantai di rumah menghabiskan baki cuti tahunan
"hujan emas di pejabat, lebih baik hujan batu di rumah sendiri..."

resensi . . . 16

Dec 5, 2009



Judul: Kognisi dalam Pendidikan Sains
Pengarang: Esther Gnanamalar Sarojini Daniel
Tahun: 2009
Halaman : 222
Terbitan: Penerbit Universiti Malaya



Ringkasan


Abad ke-20 boleh dianggap sebagai era yang menggalakkan percambahan banyak teori tentang proses pembelajaran. Pembaca buku ini boleh mendapat idea menyeluruh tentang teori pembelajaran utama yang dikemukakan sepanjang 100 tahun lepas Proses pembelajaran merupakan proses internalisasi, iaitu proses yang tidak dapat dilihat. Namun begitu, guru dan pengajar sains perlu ada pengetahuan tentang kemungkinan bagaimana berlakunya proses internalisasi ini. Pengetahuan sebegini akan membantu guru dan pengajar sains untuk merancang pelajaran dengan lebih teliti dan berkesan. Idea-idea yang dikemukakan oleh ramai penyelidik proses dan falsafah pendidikan tentang proses pembelajaran begitu banyak, pelbagai dan menarik. Buku ini cuba membincangkan sebanyak mungkin teori pembelajaran secara menyeluruh. Di samping itu, buku ini juga mengetengahkan interpretasi berkaitan teori-teori tersebut. Diharapkan semua pembaca buku ini akan memperoleh manfaat dan pemahaman yang lebih mendalam serta menyeluruh tentang kognisi yang begitu penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sains.

prof. madya dr esther gnamalar adalah pensyarah di jabatan pengajian matematik dan sains, fakulti pendidikan universiti malaya

blame it on the rain!

Dec 4, 2009

"cemane boleh kalah bola semlm?"
"hujaann...padang becak".

"cemana engko boleh eksiden?"
"hujaann...jalan licin".

"apasal datang lambat ari ni?"
"hujaann...jalan jem"

"apasal badan engko panas semacam?"
"demam, kena hujan balik kerja semalam"

"lu beli cd lagu apa?"
"hujan..."

"diaaa isabellaaaaa...lambang cinta nan laraaaa....terpiiisaaaah keranaaa...!"
"wooi cukuplah nyanyi tu nanti hujaaann...!"

bila 'mak datin' beli ikan

Dec 3, 2009

seorg. perempuan cantik. bergaya. turun dr kereta mewah. warna merah.
berhenti betul2 depan kedai. sebelah kereta cabuk ku.
dia pakai baju midi merah. sedondon dgn beg tangan.
itu tak kira lagi lipstiknya yg merah. entah apa2 lagilah yg merah.
mujur jgk spek jenama gucci yg besar gedabak yg dipakainya tu warna hitam. bukan merah.
aku kira 'mak datin', gamaknya...

masa tu aku sdg tunggu mamat kedai tu mesin kelapa.sbb wifey pesan beli santan. selalunya kedai ni ada jual santan. tp hari ni takde. aku diberitau pembekal santan dh lama tk dtg, sjk cuti raya haji lg.nk tk nak aku mintak diaorg mesin kelapa. balik nanti wifey kenalah perah kelapa utk dpt santannya. wifey nk masak kari daging. daging korban itu hari masih bnyk dlm peti sejuk rumah aku. itu hari dh mkn sup tulang. kelmarin dh mkn rendang daging. ni hari mkn kari daging la pulak nampaknya. terliur pulak nanti. sementara menunggu kelapa dimesin, aku masuk ke kedai, nak beli roti & kicap yg jugak dipesan wifey.

berbalik pd perempuan cantik. bergaya. berbaju merah. lagak 'mak datin' tadi.
masuk ke kedai runcit yg juga pasar mini basah ni.
terjingkit-jingkit dia berjalan. sbb lantai kedai ni basah berair.
kemudian dia meninjau, tong2 ikan yg disusun di situ.
lalu dia pun memanggil pembantu kedai.
"ambikkan i, satu kilo udang tu, sekilo ikan tu dgn ayam sekor. tk payah potong2!" arahnya pd pembantu kedai. sambil menuding jarinya pd tong ikan & udang.
bukan dia sendiri yg pilih & ambil. spt mana pelanggan lain biasa buat.
bukan main lagi. memang sah kerek mak datin ni. getus aku.
slps membayar dia mintak pembantu kedai membawakan barangan yg dibelinya itu & masukkan ke dlm bonet keretanya. aku tengok pembantu kedai tu layankan saja.

semua yg ada di dlm kedai, termasuk tuan punya kedai, pembantu kedai, pelanggan & aku sendiri hanya saling berpandangan sesama kami sebaik saja mak datin itu berlalu pergi bersama kereta merah, ikan, sotong & ayamnya...
sama ada kagum, terpukau, meluat atau....?

gerutu pagi khamis

walaupun tuan guru dh keluar 'fatwa' bhw doa bala dibolehkan, tp aku tk berbuat demikian.
aku tk berdoa turunkan bala pd org yg patahkan plat kereta aku.
selepas solat maghrib semalam, aku doakan yg baik-baik & yg molek-molek shj (semua tok guru ajar begitu ) spt kebiasaannya.
walaupun sehingga ptg semlm, spt yg aku jangka, tk seorang pun dtg menemuiku.
spt sebelum ini membuat kenyataan 'saya mengaku bersalah', 'saya mintak maaf'. jgn haraplah.
malah sehingga pagi ni pun, kalaulah org itu terlupa, tk da siapa yg mengaku.
aku tk bercadang pun nk gantikan plat kereta tu dlm masa terdekat.
aku nak tampal saja plat yg patah itu dgn gam cap gajah atau sellotape.
tentu saja akan jadi tk cantik & hodoh dipandang.
beli kereta mampu, takkan nk gantikan plat kereta yg patah tak da bajet.
lagipun buat jatuh standard si drebar empunya kereta yg hensem ni, kalau org tengok nanti.
jadi ptg balik dr kerja semalam, aku singgah di kedai aksesori kereta.
memanglah tk mahal, tapi rasa sakit hati tu yg buat terasa mahal.
tapi kalau sekali lagi berlaku apa-apa ke atas kereta aku semasa diletakkan di tempat letak kereta ofis ni, aku tkkan teragak-agak utk doa diturunkan bala...hu hu hu

24 jam hanyalah angka retorik?

aku pernah disanggah seorg kwn kerana memberi alasan tkde masa terluang.
katanya setiap org diberi 24 jam sehari. 7 hari seminggu. 365 hari setahun.
termasuk aku & dia.
kalau org lain boleh melakukan pelbagai aktiviti dlm masa 24 jam, kenapa tdk aku.
kalau org lain yg punya 24 jam ada masa terluang, kenapa aku tdk.
lagi pula aku bukanlah seorg yg penting mcm PM misalnya. seorang selebriti atau apa.
aku cuma org biasa.
lalu aku pun muhasabah diri. tercari-cari mengapa aku takde masa...
benarlah, aku memang takde masa terluang.
sbbnya, masa terluang aku bnyk dihabiskan utk org lain. utk wifey & untuk anak2ku.
aku lebih rela tdk punya masa terluang utk aku. demi utk wifey & anak2ku.
biarlah aku tk punya masa terluang, asalkan aku dpt meluangkan masa utk mereka.
biarlah org lain dgn masa terluang mereka. biarlah aku korbankan masa terluang aku.
adakah itu satu kesalahan?

tuan guru kata boleh doa bala

Dec 2, 2009

ini bukanlah kali pertama berlaku.
dah banyak kali.
tempat letak kereta dikhaskan utk staf ofis aku saja. letaknya pula hanya beberapa meter dr pintu ofis. takde org lain yg letak kereta di situ. kalau ada pun sesekali org yg 'buta huruf' atau 'kepala batu' yg letak kereta mrk di situ. wp ada papan tanda yg terang lagi jelas.
yg aku tk faham sudah beberapa kali kereta aku tergesel atau dilanggar semasa meletak kereta di situ. di tempat letak kereta ofis sendiri. bukan tempat letak kereta awam. atau tempat letak kereta haram.
yg aku pasti, setiap pagi sebelum meninggalkan kereta aku di situ (biasanya aku org yg pertama sampai). aku akan buat satu pusingan mengelilingi keretaku. pastikan pintu berkunci. tingkap tertutup rapat. tayar tdk kurang anginnya. tdk ada sebarang tanda geselan, cakar atau kemek pd badan kereta.
ya, pagi ini pun sama spt hari-hari sebelumnya. itu rutin aku setiap pagi.
tengah hari ini, aku keluar ke tandas yg berdepan dgn tempat letak kereta. keadaan letak kereta lengang. sbb kebanyakan staf keluar rehat makan tengah hari.
nampak dgn jelas ada 'kerosakan' kecil pd keretaku. plat kereta pecah.
tk tahu lah siapa punya angkara yg sudah memecahkannya. yg pasti, suspek utamanya ialah staf ofis aku yg meletak kereta di situ, memang ada kesan dilanggar. bukan sbb terkena batu ataupun lain2. lgpun pagi tadi, semasa ditinggalkan, keadaannya baik saja.
hati aku panas. sakit hati. bengang. marah.
aku akan tunggu sampai ptg ni. kalau2 ada yg dtg mengaku & mintak maaf yg mrk sudah memecahkan plat kereta aku.
tapi aku kurang yakin, akan ada yg tampil mengaku kesalahan mrk. kalau mrk mengaku, aku tdklah berprasangka buruk pd sesiapa. aku tdklah rasa bengang atau sakit hati.
aku memang tak yakin.
sebabnya. sebelum kejadian hari ni pun sudah beberapa kali kereta aku digesel atau dikemekkan. tp tk seorang pun mengaku. tk sorang pun tampil. tk seorang pun mintak maaf.
aku rasa kali ini pun nasibku sama.
berbalik pd tajuk entri ni. aku tak minat langsung nak cakap-cakap politik.
tapi kalau tuan guru kata boleh doa bala.
aku nk tunggu sampai ptg ni. kalau takde org dtg berjumpa aku & mengaku.
maghrib nanti aku nak buat doa bala...
abis tu dah tuan guru kata boleh!

resensi . . . 15



Judul: Geografi Pilihan Raya Malaysia
Pengarang : Amer Saifude Ghazali
Tahun: 2009
Halaman : 152
Terbitan: Penerbit Universiti Malaya



Ringkasan

Buku ini membincangkan aspek geografi pilihan raya Malaysia berasaskan pilihan raya parlimen yang diadakan antara tahun 1959-2004 menggunakan data agregat keputusan pilihan raya. Aspek geografi pilihan raya yang dianalisis adalah geografi keluar mengundi, geografi sokongan kepada parti politik, bias dan disproportionality serta pengundian ekonomi. Di samping itu, perbincangan berkaitan pilihan raya umum ke-12 (2008) turut dimasukkan pada bahagian akhir buku ini.

Kadar keluar mengundi ditentukan oleh kemarginalan kawasan pilihan raya. Adakah kawasan pilihan raya yang lebih marginal mendorong ramainya pengundi keluar semasa pilihan raya atau sebaliknya? Selain itu, kadar keluar mengundi juga ditentukan oleh komposisi kaum dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Adakah komposisi kaum mempengaruhi kadar keluar mengundi memandangkan corak politik perkauman yang menjadi identiti politik negara ini? Aspek geografi sokongan kepada parti politik pula dianalisis berasaskan corak pengundian kewilayahan. Dengan itu, perbezaan sosioekonomi dan sosiopolitik negeri berkenaan memungkinkan corak geografi sokongan yang berbeza mengikut lokasi sesebuah negeri selain mengambil kira faktor komposisi kaum. Adakah pengundi memberikan sokongan kepada parti politik berasaskan satu kaum atau parti politik berteraskan pelbagai kaum?


Sistem pilihan raya yang diamalkan di negara kita adalah first-past-the-post. Secara tidak langsung, sistem ini berkecenderungan menghasilkan bias dan disproportionality yang memberikan kelebihan kepada parti atau gabungan parti yang besar. Sementara itu, di negara maju, prestasi ekonomi dijadikan pengukur sama ada untuk menyokong atau menghukum parti pemerintah dalam pilihan raya. Bagaimana pula dengan sikap pengundi di Malaysia? Analisis buku ini dibuat berasaskan data kuantitatif yang komprehensif dalam mengupas persoalan yang dilontarkan dari aspek geografi.

Amer Saifude Ghazali, pensyarah kanan di jabatan geografi, universiti malaya merupakan ketua penyelidik yang memenangi pingat emas Pertandingan Reka cipta dan Inovasi sempena Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2009 melalui kajian bertajuk “Geografi Pilihan Raya”.

sumber: http://umpress.um.edu.my

seorang tua bernama pak sarip

pak sarip sudah tua.
dia tinggal sorang diri. bininya dh lama meninggal.
pak sarip bukan takde anak. ada. 2 org lelaki.
yg sorang dulu dibela olh sedaranya sbg anak angkat.
pernah kerja petronas. kat pelantar cari gali minyak. tp dah berhenti. tk tahan berulang alik. tinggalkan anak bini, jauh katanya. walaupun gaji besar ttp hati tk senang buat apa, alasannya.
sekarang dia kerja kat bangi. dia tk rapat dgn pak sarip, sbb dia lebih rapat dgn keluarga angkatnya.
seorang lagi anaknya dah kahwin. kerja & duduk di johor. jarang balik. raya pun jarang balik.
pak sarip alim orangnya.
dulu dia imam surau kampung.
dia ngajar budak2 mengaji quran. sentiasa ada rotan di tgnnya. tp dia tklah garang sangat.
dulu, kalau nk ke mana-mana, dia akan naik basikal. ke surau. ke kedai.
sekrang dia jarang keluar rumah.
kalau nk beli barang dia pesan pd anak jirannya.
dia akan keluar cuma pd hari jumaat.
utk solat jumaat di masjid.
masjid tklah berapa jauh, tak jgk berapa dekat.
sbb takde kenderaan. pak sarip kena naik bas awam.
tp bas di sini tak berapa nak ada. sejak kawasan2 perumahan menggantikan estet-estet berhampiran kampung. bas kini mengikut laluan baru di kawasan perumahan. yg ramai penumpangnya. lebih menguntungkan syarikat bas.
yg ada melalui jalan kampung hanya sebuah bas saja. itupun tak tentu masa.
kadang-kadang 1 jam sekali.
sbb tulah kalau hari jumaat. pak sarip akan bersiap awal. dia akan keluar awal. menunggu bas di tepi jalan. sbb nak pergi sembahyang jumaat di masjid. kalau keluar lewat & bas terlepas...pak sarip tk dpt solat jumaat.
seawal jam 11 hari jumaat, pak sarip sudah terpaacak di tepi jalan. menunggu bas.
tapi pak sarip cekal. dia dah biasa hidup sorang. tunggu bas baginya tak jadi hal.
asalkan dia dapat menunaikan solat jumaat.
begitu kuat iman seorang insan bernama pak sarip.


ini adalah kisah benar bukan rekaan

bukit putus pun kena potong!

Dec 1, 2009

jabatan metereologi melaporkan gegaran kecil yg melanda kuala pilah sejak ahad lepas sekuat 3.0 pd skala richter tdk perlu dibimbangi. ianya dikategorikan sbg lemah.
sebelum ini kita pernah mendengar kebimbangan disuarakan olh penduduk bukit tinggi & janda baik, pahang ekoran beberapa siri gegaran kecil. jabatan metereologi jugak mengatakan tdk ada apa2 yg perlu dibimbangi.
bg org yg tdk merasainya spt kita, yg tdk tinggal di sana, tentu sj tdk berasa bimbang. bagaimana pulak kalau kita sendiri merasainya.

sementara itu, jalan raya yg merentasi bukit putus telah dibuka dgn rasminya oleh MB n. sembilan 2 hari sebelum aidiladha lepas. aku berpeluang melalui jln baru itu sewaktu pulang beraya ke pahang tempoh hari. rasa lega pun ada sbb sebelum ni terpaksa melalui jln curam berliku yg perlu dilalui dgn hati-hati.

kpd yg tdk tahu di mana letaknya bukit putus ianya terletak antara seremban (kira-kira 10 km dr bandar seremban) dgn kuala pilah lebih tepat lagi sebelum lokasi perkelahan air terjun ulu bendul. sejak bertahun2 jln menghubungi seremban dgn kuala pilah atau ke bahau seterusnya ke pahang perlu melalui jln bukit putus yg bengkang bengkok & berliku. kalau nasib tk baik, terpaksa mengekori lori besar yg sarat, maka lambatlah perjalanan kita. nak memotong memang tk berpeluang sbb selekoh tajam. di samping lereng bukit yg dlm gaungnya. olh sbb tk de jln alternatif, maka lalu sajalah di situ.

tp kini jln yg baru dibuka, lebih lurus ibarat melalui lebuh raya. perjalanan yg mungkin mengambil masa merentasi bukit putus antara 15-30 (lebih2 lg bila musim cuti atau perayaan) kini hanya mengambil masa lima minit.
lereng bukit dipotong & ditarah utk menyediakan jln yg lebih lurus & tdk curam. memberi keselesaan pd pengguna kenderaan selain menjimatkan masa perjalanan.

apakah kerja memotong bukit yg dilakukan ke atas jln baru bukit putus itu menyebbkan ketisakseimbangan struktur bumi di kuala pilah? faktor pembinaan jln baru itukah yg mengakibatkan berlakunya gempa bumi kecil di kuala pilah?

entah mungkin, entahkan tidak...

stesen minyak idaman hati

kata org, kalau isi minyak kereta mesti guna petrol yg sama. maknanya kalau kita isi minnyak di stesen shell, maka gunalah shell shj. kalau kita isi minyak di petronas, hari-hari berikutnya kenalah isi dgn petrol dr stesen minyak petronas.

sbb kata org, kalau kita guna petrol dr stesen minyak campur-campur, maksudnya hari ni isi petrol di stesen petronas, dua hari kemudian di shell, minggu berikutnya di caltex atau yg lelain. kereta kita akan jadi mudarat. cepat rosak.

kakak aku pun begitu. seboleh-boleh dia akan isi petrolnya di stesen minyak yg sama. begitu juga dgn beberapa org kawanku. rakan2 seofis aku pun begitu.
dpd pengalamanku, aku ada seorang kawan yg begitu berpegang pd amalan itu. pernah satu ketika semasa aku naik kereta bersamanya ke satu destinasi. kami tersesat jalan. minyak kereta pula sudah sampai ke tahap lampu kuning berkelip-kelip. dia masih nak cari stesen minyak yg biasa dia isi petrol. walaupun dlm mencari stesen minyak itu kami sudah melepasi tdk kurang dua buah stesen minyak lain. ttp bukan stesen minyak yg biasa dia isi minyak...begitu taksub sekali!

ada org kalau dia hendak buat perjalanan jauh. dia akan pastikan keretanya diisi petrol penuh-penuh di stesen minyak kebiasaannya. manalah tau perjalanan jauh itu tdk berjumpa dgn stesen minyak itu dlm perjalannya nanti!
bukan satu dua org yg kata begitu. tapi ramai. jika ramai, tentu betul kan? tidak?
itu kata org. tak tahu sejauh mana benarnya. sudahkah ada kajian mengenainya?

dpd pengalaman aku yg sudah memandu lebih 15 thn. aku tkda stesen minyak feberet. aku hanya isi petrol di mana2 stesen minyak yg aku suka nak berhenti. kalau stesen minyak terdekat dgn rumah adalah petronas aku akan isikan minyak petronas. kalau semasa aku ke kampung wifey, yg terdekat adalah shell. jadi aku isikan shell. kadang2 sewaktu balik kerja, jalan sesak atau hujan & aku tengok jarum meter minyak dh kritikal, aku akan isi petrol di mana saja stesen terdekat tak kira shell, petronas, bhp, caltex atau apa-apalah. janji kereta aku tk tersadai di tepi jalan. kalau perjalanan ke destinasi yg jauh biasanya stesen minyak paling banyk terdpt sepanjang lebuh raya ialah petronas. jadi aku isikan petrol drp petronas. kalau melalui jalan biasa, banyak stesen shell & caltex. aku akan isi minyak di sana.
tdk pulak keretaku rosak (minta dijauhkan) atau tersadai di tengah jalan krn mengisi petrol bercampur antara satu stesen minyak dgn yg lain.

suatu ketika suatu waktu dulu

Nov 30, 2009

sukar utk berjumpa kedai basikal di sekitar nilai. bengkel kereta banyak. kedai motor berlambak. kalau adapun, hanya jual basikal. kalau rosak, pepandaila cari kedai lain utk repair. bukan soal kedai baiki basikal yg hendak aku ceritakan dlm entri ini. ttp kisah pertemuan generasi kedua.

basikal erin rosak. aku dh cuba baiki. ok sekejap tp rosak semula. jadi waktu terluang pd sabtu aku bwk basikal erin utk dibaiki. bukan di sekitar nilai ttp di pekan salak, sebuah pekan kecil berjiran dgn nilai ttp terletak bersempadan di sebelah selangor. hanya ada sebuah kedai jual & membaiki basikal di situ. seingat aku sjk aku kecik dulu kedai tu dh wujud. ttp bukan di lokasi yg sama. taukenya sudah lanjut usia. ttp ternyata amat mahir. semasa membaiki basikal dia menerangkan apakah punca basikal itu rosak. katanya sbhg peralatan yg diguna pakai tdk berkualiti. sbb itulah mudah rosak. berbanding kerangka & peralatan basikal suatu waktu dulu yg kukuh & tdk mudah rosak. basikal zaman sekrang, nampak luaran & reka bentuk sj menarik tp rapuh. kalau dulu basikal arwah ayahku yg tinggi & besar itu jarang sekali rosak. kalau ada kegagalannya berfungsi pun sbb tayarnya yg pancit.

semasa menunggu basikal utk dibaiki, muncul tauke kedai runcit bersebelahan. dia menegurku. aku sangkakan sekadar sapaan seorang yg peramah. rupa2nya dia memang mengenaliku. dia pun menceritakan yg dulu sewaktu remaja dia selalu disuruh bapanya yg jgk tauke kedai runcit menghantar barangan yg dipesan olh pelanggan. waktu itu barangan diberi secara pukal waktu hujung bulan. olh sbb takde kenderaan utk mengangkutnya, biasanya pelanggan akan meminta tauke kedai utk menghantar barangan ke rumah. pekerja kedai runcit itu sebenarnya adalah anak2 tauke kedai itu sendiri. mrk akan hantar barangan runcit termasuk beras, tepung gula dgn menggunakan motor beroda tiga. mrk ada servis hantaran ke rumah!

salah seorg pelanggan tetap kedainya ialah arwah abah aku. setiap hujung bulan dia akan beli barangan utk bekalan bulanan bila dpt gaji. barangan diambil secara hutang atau ansuran. jadi bila hujung bulan berikutnya bayaran akan dibuat. begitulah akrab hubugan pelanggan-pekedai waktu dulu. bayangkan tauke kedai bebas masuk ke kampung melayu. tauke kedai pula percaya akan pelanggannya yg 'ambik dulu bayar kemudian'. semuanya terbina atas dasar kepercayaan.

sbb itulah dia mengenali aku & adik-beradik aku. sbb katanya wajah aku ada iras2 arwah abah. kini dia sendiri yg jadi tauke, mengambil alih dpd mendiang bapanya.
lalu kami pun bercerita tentang masa lalu. tentang murahnya harga barangan. jalan raya yg tak sibuk. hubungan baik antara kaum berlainan. begitu jauh bezanya dgn masa sekarang...kami berborak begitu mesra bagaikan 2 sahabat yg sudah lama terpisah. cuma akhirnya dihentikan olh tauke kedai basikal yg memberi tau, basikal sudah siap dibaiki...
kedai runcit yg ada sekrang dlm bentuk pasar mini. bayaran mestilah tunai. pelanggan pun jarang beli dlm jumlah yg besar. tdk ada hubungan 'kemesraan' pelanggan-pekedai pun. urusan bisnes semata-mata. kedai runcit tradisional sudah semakin pupus. apalagi dgn kemunculan supermarket & hypermarket yg sekrang ini sudah mula melebarkan cawangan ke pekan kecil & luar bandar. kedai runcit akan lenyap suatu hari nanti...

jiwa anak kecil yang besar

safwan anak ke-3 dpd 6 beradik. bertubuh kecil. pendiam orangnya. hanya bersekolah kampung. . bapaknya hanya kerja kilang. emaknya pula suri rumah. kedua2nya tdk berkelulusan tinggi. abang & kakak safwan tdk begitu pintar dlm pelajaran. lagipun si kakak yg sulung bnyk membantu emaknya membuat kuih setiap hari utk dijual bagi menambahkan pendapatan.

keputusan upsr yg keluar minggu lps, safwan lulus cemerlang. 4A & 1C. yg. C itu ialah english. kita fahamlah budak kampung sptnya menghadapi kesukaran dlm subjek itu. bila kutanya bapaknya sama ada mahu menghantar anaknya ke sekolah berasrama penuh, hanya "tak tahu..." diungkapnya.

kemudian aku dekati safwan. aku tanyakan apa hasratnya selepas ini. katanya, dia mahu ke sekolah menengah agama berasrama penuh. kalau boleh ke sekolah agama tahfiz. dia mahu jadi seorang hafiz. dlm masa sama mahu menjadi anak yg berjaya dlm pelajaran sekali gus membina masa depan yg lebih cerah. slps itu dia berniat membantu keluarganya kepada kehidupan lebih baik.

begitula niat suci safwan. budak kampung yg hidup serba kekurangan. tapi jiwanya besar!

portsmouth 1 man utd 4

Nov 29, 2009

soccernet.com
man utd dgn mudah merperkucing-kucingkan pompey 4-1 di gelanggang lwn. rooney menjaringkan hatrik manakala giggs menjaringkan gol ke-4 yg juga gol peribadi ke-100nya dlm liga inggeris. sir alex yg dilarang berada di bangku simpanan hanya tersengih duduk di tempat duduk vip.