bukit putus pun kena potong!

Dec 1, 2009

jabatan metereologi melaporkan gegaran kecil yg melanda kuala pilah sejak ahad lepas sekuat 3.0 pd skala richter tdk perlu dibimbangi. ianya dikategorikan sbg lemah.
sebelum ini kita pernah mendengar kebimbangan disuarakan olh penduduk bukit tinggi & janda baik, pahang ekoran beberapa siri gegaran kecil. jabatan metereologi jugak mengatakan tdk ada apa2 yg perlu dibimbangi.
bg org yg tdk merasainya spt kita, yg tdk tinggal di sana, tentu sj tdk berasa bimbang. bagaimana pulak kalau kita sendiri merasainya.

sementara itu, jalan raya yg merentasi bukit putus telah dibuka dgn rasminya oleh MB n. sembilan 2 hari sebelum aidiladha lepas. aku berpeluang melalui jln baru itu sewaktu pulang beraya ke pahang tempoh hari. rasa lega pun ada sbb sebelum ni terpaksa melalui jln curam berliku yg perlu dilalui dgn hati-hati.

kpd yg tdk tahu di mana letaknya bukit putus ianya terletak antara seremban (kira-kira 10 km dr bandar seremban) dgn kuala pilah lebih tepat lagi sebelum lokasi perkelahan air terjun ulu bendul. sejak bertahun2 jln menghubungi seremban dgn kuala pilah atau ke bahau seterusnya ke pahang perlu melalui jln bukit putus yg bengkang bengkok & berliku. kalau nasib tk baik, terpaksa mengekori lori besar yg sarat, maka lambatlah perjalanan kita. nak memotong memang tk berpeluang sbb selekoh tajam. di samping lereng bukit yg dlm gaungnya. olh sbb tk de jln alternatif, maka lalu sajalah di situ.

tp kini jln yg baru dibuka, lebih lurus ibarat melalui lebuh raya. perjalanan yg mungkin mengambil masa merentasi bukit putus antara 15-30 (lebih2 lg bila musim cuti atau perayaan) kini hanya mengambil masa lima minit.
lereng bukit dipotong & ditarah utk menyediakan jln yg lebih lurus & tdk curam. memberi keselesaan pd pengguna kenderaan selain menjimatkan masa perjalanan.

apakah kerja memotong bukit yg dilakukan ke atas jln baru bukit putus itu menyebbkan ketisakseimbangan struktur bumi di kuala pilah? faktor pembinaan jln baru itukah yg mengakibatkan berlakunya gempa bumi kecil di kuala pilah?

entah mungkin, entahkan tidak...

3 refleksi:

editor kampung said...

jbtn metereologi hanya kata jgn bimbang. septutnya buatlah kajian. org ramai nk tahu punca & sbb musababnya...
mungkinkah teori bukit putus? he he

tg shaaban said...

editor kampung,

betul tu. kena buat kajian. sbb bencana alam mendtang tanpa sebarang amaran. masih ingat tsunami? kenapa jbtn metereologi tk bagi amaran pun!

rahimin said...

hipotesis/teori yg menarik. teori bukit putus.
mungkin boleh diguna pakai olh jbtn metereologi!