- yang menangis itu...cuma hatiku -

May 31, 2013


malam isnin lepas aku ke rumah jiran.
malam tu, ada majlis tahlil dan doa selamat.
buat kecik-kecik aje. yg datang sedara mara dekat dan jiran-jiran.
esoknya dia dan isteri nak berangkat ke tanah suci, mengerjakan umrah.

entah kenapa semasa baca doa, pak imam yg memimpin bacaan doa tiba-tiba sebak.
suaranya tertahan-tahan.
kami yg hadir pun tumpang terharu dan sebak.
juga saling pandang memandang.
berkali-kali dia cuba meneruskan, tapi masih tersekat-sekat.
sebaknya mula bertukar menjadi tangisan kecil.
maka tak dapat dihabiskan keseluruhannya.
lalu dipendekkan saja bacaan doa itu.

aku terfikir juga, sudah bertahun-tahun, dan berkali-kali pak imam tu memimpin bacaan doa.
dah terlalu biasa. malah dah jadi rutin jadinya.

entah kenapa malam tu, dia jadi sebak.
masih dipengaruh emosi juga, perasaannya bagai diruntun oleh bait-bait doa.
seorang pak imam yg tinggi ilmu dan tinggi hemahnya pun tetap juga manusia biasa.
ada naluri kesedihan sesekali menguasai.

********


malam tadi. seperti malam jumaat lain.
lepas solat maghrib aku baca surah yasiin.
selalunya aku sedekahkan kepada mereka yg sudah tiada. yg dah pergi dulu.
terutama arwah mak dan abah.

meski sudah jadi amalan biasa, hampir setiap minggu.
entah kenapa, malam tadi, hati aku jadi sebak dan sayu.
bacaan aku tersangkut-sangkut.
aku cuba juga meneruskan. nak menghabiskan.
semakin aku cuba, semakin sebak.
tertahan-tahan bacaan yasiin tu.

air mata mula mengalir.
sudahnya, aku  berhentikan saja tanpa sempat menamatkan surah...

ya Rabbi, ya tuhan- Ku...
lemahnya aku sebagai manusia....

- siri bercakap dengan erin . . . 21 -

May 30, 2013


pagi ahad.
asyik ke kedai mamak je beli breakfast.
aku try satu kedai lain la pulak.
taukenya orang kelate. 'nasi kerabu ketereh' nama kedainya.
hujung minggu, baru dapat gaji plak tu, ramai la pelanggan beratur.

tukar selera la.
aku beli nasi kerabu 3 dan nasi dagang 2 untuk breakfast kali ni.
eh, orang nogori pun makan juga masakan kelate ni weh...

semasa breakfast tu, erin macam biasa dengan mulut becoknya menanyakan soalan macam wartawan mewawancara perdana menteri.

erin: papa, kenapa mama kena basuh beras bila nak masak nasi.

aku: memang kena basuh la. mana tau ada kotor ke, ada ulat, habuk beras.

erin: patutnya beras warna putih kan?

aku: memanglah beras warna putih...

erin: orang ni tak basuh beras dulu la...

aku: mana boleh. nanti tak laku lah kedai dia.

erin: habis tu, kenapa nasik ni warna biru...! (sambil tunjuk bungkus nasi kerabu yg baru dibukanya)

aku: (terdiam, tak kata apa-apa)


- syurga jiwa -

May 29, 2013




kau hujan

aku mentari

. . . lalu terciptalah sang pelangi !

sang syurga jiwa, HAPPY  A N N i V E R S a R Y  dear...









- you are fired...! -

May 28, 2013

 

mereka yg bertanggungjawab mesti dipecat!
tiada kompromi atau tolak ansur dalam soal keselamatan...noktah
 

"a cluttered desk is a sign of genius"


biasanya kalau nak bincang apa-apa pasal kerja.
boss akan panggil aku masuk bilik dia, atau kita orang bincang dalam meeting room.
kalau masuk bilik aku pun, kejap je. selalunya nak pesan satu-satu hal direct pada aku.
tapi hari ni, pagi-pagi lagi dia dah masuk bilik aku,
ada beberapa perkara yg perlu dibereskan hari ni jugak.
dekat sejam gak, pecah rekod tu....

waktu dia nak melangkah keluar tadi.
dia sengih aje sambil kata "i think you should have a bigger room..."
ha ha ha
aku tahu kenapa dia perli macam tu.

atas meja

tepi pc

tepi dinding

tepi tingkap

bawah meja...

he he he...
dah macam setor!
"bukan apa boss, kalau bilik i kemas sangat nanti u ingat i takde kerja, tak busy...goyang kaki je"

aku rasa kalau dapat bilik besar mana pun, belum tentu kemas jugak la kan...

- bila dah pergi majlis, janganlah mengumpat pulak... -

May 27, 2013


alhamdulillah...
ketiga-tiga jemputan majlis kahwin sempat diraikan, dihadiri dan  dijamuankan.
kehadiran kita sebenarnya memeriahkan dan menyerikan majlis, kalau tak percaya cuba baca kad jemputan tu...he he he
satu di damansara, satu di kuantan dan satu lagi di kawasan kejiranan di nilai.
selagi terdaya dan termampu kita datanglah.
 
janganlah pulak kita nak membanding-bandingkan majlis yg kita hadir.
dalam kata lain mengumpat.
ada yg buat di hotel, ada yang di dewan, ada yg khemah depan rumah je, ada yg buat kecik, ada yg buat besar-besaran.
yg situ majlisnya macam kontrol bajet je, yg ni baju pengantinnya tak glamor, yg sana lauk kendurinya tak sedap, yg situ dapat goodies gula-gula murahan je.
kalau tak sedap dipandang, tak suka di hati...simpan sajalah.
ikhlaskan hati.
 
 
koleksi yg dapat dpd ketiga-tiga majlis kenduri
entah berapalah kos utk goodies saje tu kan...

di kuantan, majlis kahwin anak sedara.
majlis nikahnya sebelah pagi dan majlis kenduri kahwinnya tengah hari yg sama

saat mendebarkan bagi mana-mana pengantin...

tauke katering di salah satu majlis ialah seorang mat rock otai
jangan sampai termasuk rambut lu dalam gulai tu bro...!

trend sekarang ni
pergi majlis kenduri pun ada rekod kedatangan...ha ha ha

tabik le brader ni, kat satu majlis kahwin ni.
senang tuan rumah ambik pakej je.
dialah dj, dialah penyanyi, dialah yg kontrol background music, sound system.
playlist semua dah ada dlm komputer
acara kemuncak....hu hu hu

- tak patut, tapi nak tulis jugak... -

May 25, 2013


aku rasa tak patut tulis ni. tapi nak tulis jugak. kata omputeh, "know it all don't win arguments". namun tetap jugak ada orang yg seolah-olah tahu semuanya atau dia betul dalam semua perkara. 
isnin, boss cuti sakit.
selasa, pagi-pagi lagi dia dah panggil kami bertiga menghadap. ada tugasan urgent yg perlu dibereskan. sudahlah urgent, maha penting pulak sifatnya. satu proposal perlu disiapkan dan diserahkan pada hari khamis. aku diamanahkan menyiapkan proposal. yang 2 lagi membantu menyediakan dokumen sokongan yg aku perlukan.
tugas yg amat berat. sepatutnya boss yg buat, tetapi dia kurang sihat. kemungkinan besar dia takkan dapat siapkan dalam masa sesingkat itu dan dia tidak mahu masalah kesihatannya menyebabkan kami terlepas projek tu.

lalu boss menggariskan apa yg kami perlu buat. hanya garis kasar. selebihnya pandai-pandai akulah menyudahkannya. boss akan beri 'nasihat' apa yang patut nanti.
ketika meeting berlangsung, sekretari masuk. ada tetamu yg datang dari pejabat big boss. oleh sebab mereka dari pejabat big boss, mereka boleh datang bila-bila masa saja. tak payah appointment. huh...macam tu ke?
oleh sebab kedatangan tu berkait dengan bidang tugas aku, maka aku lah orangnya yg perlu 'melayan' mereka. aku sudah kerugian beberapa jam untuk mula mengerjakan proposal tersebut.
jam 12 tengah hari, para tetamu tadi pun pulang, selepas dapat apa yg mereka mahukan. selepas menghantar tetamu tersebut keluar ke kenderaan mereka - walau kita tak suka tetamu itu pun kita tetap bersikap ramah melayan mereka - aku bertembung dengan boss di kaki lima ofis. dia nak keluar ada mesyuarat penting katanya.
mungkin dia perasaan muka aku yg kelat dan seperti ada batu besar pada bahu aku, boss berpesan kepada sekretarinya melalui telefon. dia suruh aku balik dan menyiapkan saja kerja tersebut di rumah. kerana kalau aku terus berada di ofis, gangguan kerja lain dan tetamu yg tak diundang pasti saja melambatkan dan merencatkan tugasan yg tahapnya seperti mission impossible itu. tapi hakikatnya aku perlu menjadikan yg impossible itu kepada possible, tak boleh tidak, by hook or by crook.

aku ambil apa saja fail yg aku rasa boleh membantu. vrooommm. aku balik rumah.
petang tu aku siapkan kerangka proposal.
dan selepas makan malam, aku memulakan misi. aku angkat coffee table, letakkan lap top dan susun segala fail. sepanjang malam tu aku berjaga. bila terasa sedikit mengantuk aku layan internet kejap. atau tengok tv kejap. buat nescafe pekat.
aku bukan saja perlu siapkan cepat tapi kandungannya mestilah tepat, ditambah justifikasi untuk menambat dan meyakinkan. bukan saja sokongan data, analisis data juga perlu dibuat. dan ayat-ayat power perlu dianyam dan disulam.
proposal yang agak kabur pukul 1 pagi sebelumnya dah semakin nampak jalannya menjelang 5 pagi, aku dah mula lega. sudah hampir lengkap, cuma perlu finishing touch. sentuhan magis. selepas solat subuh sebaik azan berkumandang di surau, aku pun tidur atas sofa di ruang tamu rumah. sebelum tu aku set alarm, untuk bangun semula jam 8:00. lepas mandi dan buat cereal sebagai sarapan, aku menghadap balik lap top. tugas sekarang ni cuma perlu ejaskan mana-mana bahagian yg longgar, cantikkan ayat-ayat yg negatif, bunga-bungakan dengan retorik bila hujahan ayat-ayat nampak kaku dan bosan.

9:30 aku e-melkan draf proposal untuk semakan dan maklum balas boss. supaya apa-apa yg aku tertinggal atau apa saja pindaan, dan cadangan penambahbaikan boleh aku buat susulannya. aku cc juga e-mel kepada 2 lagi rakan sekerja yg 'sepatutnya' membantu aku tu.
jam 11, masih belum ada sebarang respons daripada sesiapa pun. aku ambik keputusan, menelefon boss. untuk ingatkan dia. lagipun, lagi cepat aku dapat maklum balas, lagi cepat aku dapat siapkan.
malangnya, aku dibagitau oleh sekretari, boss takde kat ofis. dia janji akan remindkan boss sebaik saja dia masuk nanti. yang 2 orang lagi, aku diberitahu, berada di ofis tapi aku tak dapat apa-apa maklum balas daripada mereka. notify dah terima e-mel aku pun tidak. malah mungkin tak baca pun.
aku dah agak dah, dan secara seriusnya aku tak harap sangat.
dah jam 2, beberapa kali aku semak e-mel. takde apa-apa.
pukul 3 pun belum ada apa-apa. argh....kata urgent sangat!
mata aku dah mula mengantuk. semangat malam tadi hingga pagi tadi, sedikit demi sedikit mula menurun. aku mula tertanya-tanya malah meragui diri aku sendiri. adakah proposal yg aku siapkan tu tak bagus hingga boss langsung tak respons? atau mungkin ke ia dibakulsampahkan sebab kualitinya rubbish!
jam 4:00 baru dapat e-mel daripada boss. rupanya boss sendiri terkejut. dia tak sangka aku boleh buat secepat itu dan sebaik itu. proposal yg superb!  ditulisnya dalam e-mel.
dalam pada itu dia turut berikan komen apa-apa yg aku perlu baiki, pinda, delete atau bagi lagi cantik.
e-mel balasnya tu buatkan semangat aku sedikit naik, walaupun tadinya agak down.
sekali lagi aku sambung kerja selepas makan malam. dan kali ini menjelang pukul 2 pagi segalanya beres. dan kali ni aku rasa puas kerana aku tahu, aku dah buat yg terbaik. dan komen positif boss memberikan keyakinan.

D-day. pagi khamis. aku sedikit lewat sampai ofis pagi ni. dan aku baru perasan yg aku hanya pakai stokin sebelah saja.
pagi-pagi lagi boss dah masuk bilik aku. nak tengok apa kesudahan proposal tu.
dia kata nak baca sepintas lalu dulu.
oleh sebab satu hari setengah takde kat ofis, macam macam benda yg berkaitan kerja datang serentak. seorang demi seorang staf mengetuk pintu bilik. staf sendiri dan tetamu pun datang menerjah. sehinggakan boss terpaksa menunggu aku di bilik mesyuarat.
kemudian boss mintak aku bentangkan. biar proposal itu diuji. tengok kalau ada ruang yg masih perlu ditampung. 2 jam berikutnya, semuanya selesai, cuma sikit fine tuning sebelum dimuktamadkan.
cuma dalam sesi pembentangan tu aku diminta 'mempertahankan'nya. sebagai olok-olok kemungkinan soalan atau 'serangan' yg sama mungkin timbul semasa boss membentangkannya nanti dalam situasai sebenar kepada board of directors.
draf awal untuk proposal itu aku hantar serentak kepada boss dan 2 lagi yg sepatutnya membantu memberi input.tapi cuma boss yg respons dan beri cadangan balas. yg dua lagi sudahlah tak menyumbang, notify penerimaan pun langsung tidak
Nampak sangatlah mereka bukan saja tak berikan input, malah tak baca langsung draf awal yg aku hantar terdahulu. hampir semua persoalan atau cadangan yg mereka 'kononnya' mereka berikan memang sudah ada dalam proposal. mungkin cuba nak impressedkan boss. nak tunjukkan mereka juga buat homework atau buat kerja.
'Nampak sangat nipunya...' kata usop wilcha.

boss cuma senyum je setiap kali 'isu' mereka bangkitkan, aku cuma jawab, "memang i dah masukkan dalam proposal, you should have read it. yg I nak ialah value added pada apa yg dah ada.."
mereka sebenarnya cuma memalukan diri sendiri, tapi masih cuba nak tunjuk mereka lebih tahu.
boss yg dari tadi hanya sesekali mencelah dengan nada sinis tetapi mereka masih buat-buat tak faham dan tak sedar.
akhirnya, boss menamatkan sesi diskusi.
"I think this proposal sangat kuat. we should proceed with some little fine tuning. but I am also disappointed, nampaknya proposal ini sepatutnya dibuat oleh satu team bukannya one man team...!"

aku buat semua ni bukan untuk impressedkan sesiapa. boss suruh buat kerja, aku buat. buat dengan ikhlas, buat sebaik mungkin. semuanya untuk kebaikan kompeni jugak, tidak lain yg dapat manfaatnya ialah staff dan kompeni. bukannya aku!
malam sebelumnya. aku tak tidur sepanjang malam. malam berikutnya aku tidur jam 3 pagi. bukan untuk aku. bukan nak isi bakul angkat sendiri. bukan nakkan apa-apa ganjaran pun.
cuma kecewa dengan sikap orang lain yg sepatutnya membantu. kemudian pandai-pandai pula nak cadangkan itu dan ini. yg sebenarnya memang dah ada pun jelas tertulis dalam proposal.
 kalau tak buat kerja tak apa lah, jangan nak hijack usaha orang lain. jangan nak discredit, susah payah orang lain.
sekarang aku tahu, blessing in disguise, siapa dalang siapa penghalang. siapa kawan, siapa yang makan kawan.

- peta juga boleh menipu -

May 23, 2013


cuti sekolah adalah musim majlis kahwin.
'makan jemput', orang kata.
berderet dah jemputan yg datang.
seawal esok dah ada jemputan daripada ex-boss, majlis walimatul urus anaknya, di damansara.
hari sabtu pulak kenduri kahwin anak sedara wifey di kuantan.
ahad pulak jiran di taman perumahan.
fuh!
...semuanya tak dapat nak tolak.

kad jemputan pun macam-macam design. cantik-cantik.
hampir semua sediakan peta.
untuk mempermudah jemputan yg nak datang majlis.
betul ke?
dah banyak pengalaman dah, peta sebegini tak banyak membantu.
malah ada yang bantu 'menyesatkan'...

peta tu biasanya ikut imaginasi. terutama tuan rumah yg menjemput.
bukan peta sebenar.
atau ikut google map ke, atau peta dalam gps ke.

boleh la kalau sekadar nak jadikan sebagai panduan.
tapi kalau semata-mata mengharapkan atau bergantung peta pada kad jemputan...
anda silap BESAR...!
cayo lah cakap den ni....
ha ha ha ha...
aku rasa korang pun ada pengalaman sesat dek kerana 'tertipu' dengan peta pada kad jemputan...

punca utama disebabkan,
satu, ia dibuat berdasarkan imaginasi.
kedua, tidak ikut skala yg tepat.
tiga, jarak antara satu landmark dengan yg lain tak dapat dipastikan.
empat, tidak semua orang yg datang familiar  atau pernah sampai ke lokasi dinyatakan.




- hantu bola kena layan masterchef daaa... -

May 21, 2013


malam-malam minggu aku pasti akan membosankan selepas ini.
kalau orang lain berasa macam 'kehilangan' bila drama bersiri dah habis.
ataupun episod drama korea dah tamat.
dulupun ada orang meroyan sebab Akademi Fantasia dah takde lagi musim baru.

macam tu jugak lah aku.
musim bola dah habis. maksud aku bukan bola dalam negeri la.
maksudnya kalau ranking 170, rasanya tak berbaloi sangat nak layan.
sekadar mengisi masa terluang, boleh la...

aku ni bukan kategori kaki bola tapi dah masuk group 'hantu bola'.
berjaga tengah malam, tu biasa.
tengok perlawanan back to back, tu lumrah.

tapi apa boleh buat. kenalah tunggu 3 bulan lagi.
baru nak sambung semula.
aku lebih layan EPL (england) walaupun la Liga (Spain), serie A (italy) pun ikut jugak.
aish......!!





nampaknya start malam minggu ni kena start layan masterchef aje la....huhuhu
enot, micheal ang, kenchana dll
sob sob....





- apa kena-mengena hard rock dengan jeruk pak ali? -

May 20, 2013


tengah-tengah bulan ni memang kena kontrol bajet.
tapi ada sorang kawan ajak gak pergi penang.
temankan dia, jemputan kenduri kahwin klien, katanya.

ish, aku terpaksalah terus terang padanya, "tengah sengkek ni bro..."
dia kata takpe, naik kereta dia, lepak hotel satu malam (tapi kongsi la 1 bilik).
dia tanggung beres.
pergi petang sabtu, lepas kenduri tengah hari esoknya (ahad), terus balik.
oklah, demi kawan, aku tinggalkan anak bini....hahaha

sampai kat hotel dah maghrib
teka sendirila, kita orang check in hotel mana....hehehe

malam tu hujan pulak. tapi tetap jugak keluar ke gurney drive
jalan-jalan cari makan. jauh lebih baik daripada makan kat line clear yg kena beratur panjang tu...

 
duk hotel sekadar nak bermalam je. tak dapat 'menikmati', lain kali aje lah
lepas check out kita orang, breakfast yg dah lewat kat satu kopitiam
 
 
kemudian tengah hari tu terus je ke majlis kenduri kahwin.
oops gambar orang kahwin biar aje kawan aku tu yg ambik la.
lepas makan, jumpa pengantin dan bergambar kejap kemudian salam sauk dengan tuan rumah,
kami pun angkat kaki untuk balik.
 
dalam perjalanan nak balik singgah dulu kedai jeruk pak ali yg famous tu.
sebagai bukti nak tunjuk wifey memang aku betul-betul pergi penang dan bukannya berfoya-foya...ha ha
lagipun bajet nipis kan, jeruk pun jadi la...
 
 

- mereka juga, manusia . . . -

May 17, 2013


walaupun status mereka superstar atau megastar.
dah jadi jutawan.
gaji seminggu mereka sama dengan gaji tahunan kita.
tapi naluri seorang ayah, sama juga macam kita manusia lainnya...

rooney dan beckham...




 





- screening -


pagi ni ada wellness screening untuk staf.
perkara elok yg dibuat oleh kompeni, kita kena sokong.
lagipun benda free kan, tak semua kompeni bermurah hati nak tanggung .
kompeni nak kita sihat, supaya tak selalu mc dan lebih produktif.

sejak dapat notis pasal ni 2 minggu lepas, aku try la jugak nak kontrol pemakanan.
senam sikit-sikit, angkat dumbbell, main badminton dengan erol.
tapi bab kontrol makan memang payah sikit, esp bila wifey masak sedap-sedap.


jadi pagi tadi, aku ke kompleks ni.
result awal pasal blood pressure, berat, bmi, dan ukur lilit pinggang dah tahu.
alhamdulillah takde masalah sangat.
diorang ambik darah utk ujian lanjut lain. antaranya untuk tengok tahap kolesterol, paras gula dalam darah etc.
tapi resultnya cuma akan dapat 2 minggu lagi.

kami dinasihatkan berpuasa sejak semalam hingga pagi ni.
jadi lepas ambik darah tadi, dinasihatkan pula mengambil sarapan.
kalau tak, mungkin ada pening-pening lalat sikit.

jadi sebelum masuk semula  ofis tadi, singgah dulu kat kafe.
pekena nescafe, lontong bubuh kuah lodeh lebih dan campur sambal sotong....
ha ha ha....
takpe, next screening tahun depan kan...

- seorang warden bernama megat. . . -

May 16, 2013


ustad megat adalah guru warden yg baru.
demikian berita sampai ke telinga kami di asrama.
menggantikan cikgu aziz (yg kami gelar cikgu tompok) warden lama yg selama ini menjadi musuh kami.
maaflah. memang di mana-mana asrama pun, warden adalah 'musuh' bagi pelajar asrama.
terutama yg nakal sikit dan suka mengular macam kami.
kalau tak percaya tanya saja, siapa yg pernah tinggal di asrama...

pada hari pertama masuk, ustad megat memperkenalkan diri dan bagi taklimat.
kami yg senior berpandangan sesama sendiri.
ustad megat orangnya 'kecik molek'. mukanya bersih.
dia ada misai dan janggut tapi langsung tak nampak garang.
mungkin untuk nampak garang dia sentiasa bawak rotan ke hulu ke hilir.
biasanya guru warden, daripada pengalaman kami, mestilah garang, tegas dan serius.
tapi ustad megat adalah kontra, sangat kontra...
nampaknya boleh lah kami lebih bermaharajalela.

********

suatu kejutan yg tak pernah kami sangka berlaku keesokannya.
subuh esoknya, lampu dorm kami dipasang, terang benderang
ada yg melenting, mengerang, malah ada yang menyumpah seranah...!
masing-masing dengan mata kuyu separuh terbuka.
tertanya-tanya siapakah gerangan yg punya angkara.
berani mengganggu tidur dan mimpi indah kami.
pantang sekali lampu dipasang ketika kawan-kawan satu dorm sedang enak tidur.
itu peraturan yg basic.

"bangooon, bangooon....mandi dan turun solat subuh!" jerit satu suara yg agak asing pada telinga kami.
kemudian disusuli dengan ketukan rotan pada besi katil kami.
hingar bunyi memecah sunyi subuh.

maka sedarlah kami, itu bukan gurauan kawan-kawan.
sebaliknya kerahan ustad megat. warden baru tu!
maka berbondong-bondonglah kami menuju ke bilik air.
kalau tidak rotan akan hinggap di punggung.

mulai hari itu, pagi kami sudah tak sama seperti dulu.
ustad megat dengan rotan dan suara nyaringnya akan mengejutkan kami saban pagi.
kami juga mesti turun ke surau untuk solat maghrib dan isyak sebelum ke kelas prep.

kejutan tak berakhir di situ.
ustad megat mengambil pendekatan berbeza.
ketua asrama dan ajk asrama bukan dilantik daripada kalangan 'yang baik-baik'
sebaliknya dia memilih kalangan yg agak nakal dan ada rekod disiplin.

jimi, antara geng kita orang yg curi keluar malam-malam tu, dilantik jadi ketua asrama.
bob yg kuat makan dan selalu makan dulu sebelum waktu break untuk prep malam, jadi ajk dewan makan.
nine yg selalu buli freshies, dipilih ajk kebajikan.
itik yg malas mandi tu, sebagai ajk kebersihan.
aku pulak kena jadi ketua dorm.

nak membantah atau mengeluh pun tak guna. kami kenalah ikut.
aku kena pastikan dorm aku bersih.
kalau ada yg demam aku kena report cepat.
kalau ada masalah disiplin aku kena kontrol.
selepas ni kalau budak dorm aku tak bangun subuh, ustad megat akan cari aku.

samalah juga dengan kengkawan aku yg lain.
malah ada yg lebih berat tanggungjawabnya terutama seperti, jimi.

ini sebenarnya mengajar kami menjadi lebih bertanggungjawab. lebih disiplin.
mengajar kami sebagai leader bukan sekadar memimpin.
ini adalah pendekatan psikologi reverse yg digunakan oleh ustad megat.
cakap-cakap kami yg lebih rapat dan lebih dekat dengan kengkawan, lebih mudah didengar dan diikut.
kami lebih memahami & menggunakan pendekatan 'kawan sama kawan'
berbanding jika ketuanya daripada kalangan 'orang lain' yg kurang faham dan kurang rapat.
kami ibarat pemimpin grass root. lebih mendengar. mudah didekat dan dibawa berbincang.
bukannya pemimpin kelas atasan.

mereka yg 'bermasalah' haruslah didekati. dicari punca mengatasi.
bukannya disisih, dihukum atau dijauhi.

pada waktu itu mungkin kami tak nampak semua ni.
tapi itulah yg sebenarnya berlaku.

kami yg diberi tanggungjawab meskipun awalnya sukar tapi akhirnya secara natural berubah kepada lebih baik.
disiplin diri tanpa ada paksaan orang lain.
takkanlah kami nak keluar malam lagi?
rasa serba salah kalau ponteng prep.
rasa geram kalau asrama atau dorm kotor.
rasa malu kalau lewat bangun subuh.

lepas maghrib sementara menunggu waktu isyak di surau, diisi pelbagai aktiviti rohaniah.
ceramah, tazkirah, belajar mengaji, belajar azan, fardu ain dan macam-macam lagi.
walaupun asalnya, kami 'dipaksa' turun ke surau. tapi selepas itu hati kami jadi lembut dan rela hati.
malah ada yg berebut-rebut nak dapatkan mikrofon untuk laungkan azan.
berdulu-duluan nak duduk saf depan waktu berjemaah.
nak tanya macam-macam masa kuliah fardu ain.

ustad megat jugak perkenalkan sistem adik angkat.
yg senior membantu yg junior. sama ada dalam hal seharian mahupun dalam pelajaran.
kami juga ada group studi.
kumpulan pelajar yg lebih pintar membantu yg agak lemah.

********

hari-hari mendatang, hubungan kami di asrama dengan ustad megat jadi sangat rapat.
bukan sekadar pelajar dengan warden atau anak murid dengan cikgu.
...tapi lebih sebagai anak dengan bapak.

sebulan sekali kami akan ada jamuan yg dibuat di rumah warden.
pelajar asrama puteri akan bantu isteri ustad megat masak dan sediakan hidangan.
akan ada jugak pertunjukan bakat, games dll.

asrama bukan lagi penjara untuk kami.
warden bukan lagi musuh kami.


***

kalaulah ramai cikgu seperti ustad megat....alangkah baiknya.
mungkin kalau tak kerana ustad megat, aku dan kawan yg lain mungkin tak jadi 'orang'.
kepada ustad megat....
jasamu akan sentiasa kami kenang,
SELAMAT HARI GURU.



- siri bercakap dengan erin . . . 20 -

May 14, 2013


"esok periksa subjek apa...?" aku tanya erin waktu makan malam.

"pendidikan seni. tak payah baca..." jawab erin sambil tersengih.

"pagi tadi periksa ugama. tapi ustad lambat masuk..." erin memulakan cerita.

"laaa...habis tu?" mama erin menyampuk.

"erin pun pegila dengan ketua kelas cari kat bilik guru...sebab kelas lain dah start...
rupanya kita orang tengok ustad tidoo...."

"erin kejut kan dia tak...?" aku pulak menyampuk.

"kita orang tak berani. lepas tu jumpa ustazah kat luar. kita orang cakap tolong kejutkan ustad. periksa dah lambat..."

"ustazah pun tolong kejutkan....lepas bagi soalan,  ustad duduk kat belakang...
kita orang pun jawab lah soalan....
tapi....."
entah kenapa erin berhenti bercerita.

"tapi kenapa lak...?" aku dan mama erin bertanya hampir serentak.

"erin  dengar ustad berdengkur.......kita orang pun gelak ramai-ramai!"

alahai....ustad!
buat apa malam tadi, karaoke ke?
ooops...bangun malam, solat tahajjud kot (bersangka baik)

- saya yang menurut perintah . . . -

May 13, 2013

sepanjang hujung minggu ni aku berada di sini.
bertugas sbg fasilitator
tak ramai yg sanggup kerja sabtu ahad kan..?.

kata orang kalau majikan nak uji atau tengok komitmen pekerjanya.
suruhlah dia buat kerja yg dia tak suka atau kerja  pada hari cuti


tak lah mewah. tapi semua facilities ok
lagipun kita kat situ utk bekerja bukan bercuti



- kalau ini macam, ana pun banyak seronok la... -

May 10, 2013


seorang kawan dari terengganu bagitau yg dia ada kursus di KL.
terlanjur dah datang ke sini, bukan selalu, dia nak jumpa la.
pagi rabu dia sms, nak ajak aku lunch.
"kul 12  aq dtg ofc ko" bunyi sms tu.
tunggu punya tunggu... dia tak jugak datang.
dah jam 1.30 baru sampai.
katanya tak dapat nak 'lari' awal dari kursus yg diikutnya tu.
dah suntuk. sebab pukul 2:00 dah kena masuk ofis balik.
dia pun kena sambung ikut kursus.
sudahnya, kami hanya makan di kantin, dekat ofis aku.

aku tak kisah sangat.
yg lebih penting aku dapat jumpa semula kawan yg dah lama tak jumpa.
dan bila jumpa kali ni, tak tahu bila lah lagi akan jumpa semula.

tup -tup.
tengah hari semalam, dia telefon aku lagi.
katanya dah sampai depan ofis. nak ajak aku lunch.
sebenarnya dia ralat tak dapat belanja aku makan tempat yg best.
katanya makanan tempatan, western food atau mamak dah biasa sangat.
kita makan masakan arab pulak la.
jadi dia bawak aku ke jalan ampang, hadramawt restaurant, yemeni & arab cuisine.
kami makan nasi arab la. selain tu ada jugak side order.
aku makan je, tak tanya pulak nama menu tu.


 
aku order lamb kabsa

chicken mendy ni kawan tu order