~ juara bola dan cuti ~

Dec 30, 2010


sebaik tamat menyaksikan di tv, pemain malaysia menjulang piala AFF buat pertama kali dlm sejarah, aku beralih bermain dgn notebook. rata-rata status & komen di fb memperkatakan tentang bola. tak sedar pulak bila masa PM Najib mengiyhtiharkan cuti umum pada 31 dis. kebetulan aku dah ambik cuti utk uruskan pendaftaran anak ke sekolah. elok juga, selamat satu hari cuti tahunan aku. apa pun, tahniah pasukan bola sepak malaysia!

~ meriam dan harimau ~

Dec 28, 2010

aku baru saja bangun tidur subuh tadi.
sedang aku bersiap nak mandi, telefon aku berbunyi.
aku faham itu bunyi ada sms masuk.
kalau subuh-subuh begini ada yg menghantar sms, ada hal yg mustahak.
atau ada berita yg tak sempat disampaikan menunggu pagi atau hari siang.
lalu aku segera berpatah balik dari laluan menuju bilik air.
"hantu betul..."! bentak aku dalam hati.
sms dari seorang kawan.
penyokong tegar arsenal, menyampaikan berita kemenangan ke atas chelsea.
rupa-rupanya ada game subuh tadi.
aku tak tahu-menahu. dan tak nak ambil tahu pun.
lagipun, jarang-jarang ada perlawanan subuh hari isnin/selasa begini.
tak lama selepas itu, satu lagi sms masuk.
malas aku nak melayannya.
dah tahu...mesti satu lagi sms 'merayakan' kemenangan arsenal.
memanglah penyokong arsenal ni, macam budak-budak seperti pemain arsenal jugak.
tak kira subuh pun nak hantar sms...
bila kalah senyap pulak.
lagipun ape kelas arsenal. sekarang ni, dah ada satu lagi team budak-budak yg lebih hebat daripada arsenal.
dan dah hampir jadi juara pun.
ya....harimau malaya, pasukan bola malaysia...!

~ keranamu bola... ~

Dec 27, 2010


malam itu malam penentuan, walaupun ianya perlawanan timbal balik.
sebagai tuan rumah perlawanan pertama, pasukan malaysia perlu bawak 'bekal'. lagi banyak bekal lagi elok. paling kurang 2 gol seperti pertemuan dengan vietnam di semi final.

pasukan malaysia bertemu indonesia di final, selepas diratah dalam perlawanan pembukaan 1-5.
tetapi sejak itu, pasukan malaysia semakin matang & meningkat.
berdasarkan momentum semasa, malaysia memang berpeluang cerah.
indonesia tampak semakin longgar. kesemua perlawanan yg diharungi mereka di tempat sendiri.
sedangkan malaysia merantau ke jakarta, kembali ke kl & ke hanoi.

tapi aku dalam dilema. pada hari dan tarikh yg sama, aku dah ada perancangan lain untuk famili.
pertama aku perlu ke kuantan menhadiri majlis pertunangan anak sedara wifey.
sebelah petang, kami ada jamuan di rumah abang ipar.
sebelah malam, kami sepatutnya daftar masuk hotel & bersuka ria di taman tema di gambang resort.
maklumlah musim cuti sekolah. lagipun dah berjalan jauh ke kuantan, takkan nak pulang terus. penat pun tak hilang. lebih baik berehat & bercuti betul-betul.

jadi masa bila aku nak selitkan masa untuk tengok siaran langsung bola malaysia lwn indon?
takkanlah aku nak pentingkan diri demi minat aku & ketepikan perasaan gembira dan masa bercuti anak-anak & isteriku.
tentu saja mereka tak seronok bercuti sekiranya aku menghabiskan masa dengan menonton bola?

hati aku mula berbelah bahagi. petang itu sebaik sampai di resort, kami menghabiskan waktu petang 'bermain air' di kolam renang.
kemudian aku ajak mereka makan malam, lebih awal daripada biasa, sebagai 'strategi' untuk memenangi hati mereka.
ya, mungkin aku tidak bersikap jujur, kerana 'agenda' menonton bola masih dalam kepala & perancangan fikiran aku.

waktu, sudah menunjukkan pukul lapan. perlawanan akan bermula.
okeylah, aku beralah.
aku perlu kompromi. perancangan bertukar. aku akan layan mereka sejam ini.
bawak mereka bermain di fun fair & bermacam indoor games yg disediakan di resort.
supaya boleh aku menonton bola sekurang-kurangnya pada separuh masa kedua.
harap-harap first half takde gol. 0-0.
lagipun sejak beberapa perlawanan sebelum ini, malaysia ialah pasukan 2nd half. maksudnya pasukan muda & berstamina tinggi ini hanya akan meledak di sepruh masa kedua. di separuh masa pertama, mereka hanya bertahan & membaca congakan strategi lawan.
ya, harap-harap trend itu berterusan...!

sebaik masuk ke lapangan fun fair & indoor games, anak-anak aku menjadi sangat teruja.
tak sempat-sempat aku hendak membelikan tiket & token.
alamak...habislah aku.
jangkaan sejam mungkin lebih daripada itu. melepaslah aku. strategi gagal...!

rupa-rupanya aku bernasib baik. sangat bernasib baik, sebenarnya
berhampiran lapangan fun fair itu, aku lihat ramai orang berkumpul di satu ruang lapang.
mereka bersorak. sambil menonton layar gergasi!
ya, layar gergasi disedikan khas oleh pengusaha resort untuk peminat bola menyaksikan live malaysia-indonesia untuk final AFF suzuki.

lebih seronok lagi bila wifey dengan sportingnya berkata "you tengoklah bola, biar i layan budak-budak ni..."
hampir saja aku terlompat sambil bersorak yessss! ha ha.
tanpa berlengah aku serahkan tiket & token untuk wifey mengambil alih tugas.
segera aku mengambil tempat paling strategik.
ternyata malaysia menggila di separuh masa kedua seperti telahan ku.

3-0 sebagai berkat kesabaran & kejujuran aku...!

~ penyimpan rahsia ~

Dec 24, 2010

apakah maknanya kalau kawan-kawan kita selalu mengadu masalah pada kita.
kata orang itu maknanya mereka percayakan kita.
kita pendengar yang baik. kita juga penasihat yang baik.
kita kawan yg baik dan sebagai penghargaan, kita diberi kepercayaan.
mungkin...

tapi awas...
ada yg sedia berkongsi 'rahsia' dengan kita. tetapi sebenarnya berkongsi rahsia itu dengan orang lain juga.
hairan? sepatutnya rahsia hanya diberitahu pada orang dipercayai yg boleh simpan rahsia. kalau lebih daripada seorang, itu bukan rahsia lagi.

biasa dengar tak ayat begini...
"ini aku bagitahu kat engkau aje, jangan bagitahu orang lain...habis kat sini aje".
tapi sebenarnya ayat tersebut digunakan juga untuk berkongsi rahsia dengan 10 kawan yg lain.
jadi, di mana 'rahsia'nya?

jangan terkejut pulak, sekiranya anda memang 'penyimpan rahsia yg baik'.
kemudian datang seorang kawan yg juga kawan kepada 'pengongsi rahsia' tadi datang kepada anda.
"si anu tu cakap bla bla bla..... tapi aku bagitau engkau aje ni. jangan bagi tahu orang lain pulak..."
anda pun pura-pura belum tahu akan 'rahsia' yg di beritahu itu.

dalam kata lain, anda seorang saja penyimpan rahsia & berpegang pada kata-kata "ini aku bagitahu engkau saje, jangan bagi tahu orang lain...".
sedangkan orang lain tidak berbuat begitu.
malah kawan yg mahukan anda menyimpan rahsianya itu, rupa-rupanya menyebarkan rahsianya sendiri kepada ramai kawan-kawan lain.

ini kisah benar yg berlaku pada aku...
dan aku takkan terkejut jika orang lain juga pernah mengalaminya.

~ pemandu & hujan ~

Dec 23, 2010


ramai yg kurang menyenangi musim hujan.
walaupun bagi sesetengahnya ianya kitaran musim yg tidak dapat dielak.

hujan juga dianggap sebagai rahmat. kepada pesawah misalnya, yg perlu mengairi bendangnya.
bagi penjual air yg ada gerai di tepi jalan, mereka mengharapkan cuaca panas sepanjang hari.

berlainan pula pandangan para pemandu kenderaan.
terutama mereka yg berulang alik ke tempat kerja menggunakn kenderaan sendiri.
lebih-lebih lagi bila hujan turun serentak dengan waktu pergi atau pulang kerja. waktu puncak...
hujan dikaitkan sebagai 'penambah' kesesakan.
keadaan yg sedia sesak dan berasak-asak akan tambah sesak lagi bila hujan 'masuk campur'.
kalau sebelumnya kenderaan bergerak macam semut, bila hujan lebih perlahan daripada siput.

hujung tahun di negara ini biasanya musim hujan. atau dipanggil musim tengkujuh.
kalau jumlah hujan yg turun lebih daripada biasa atau turun berterusan, maka banjir pula yg bakal melanda.
kalau di bandar, bila hujan lebat akan berlaku juga banjir kilat.

sebagai pemandu, bila memandu dalam hujan lebat, tumpuan lebih kepada pemanduan adalah perlu. jarak penglihatan akan menjadi terbatas.
penggunaan fungsi brek juga perlu lebih kerap. kalau dipandu laju, keupayaan membrek juga tidak mencapai kemampuan maksimumnya.
jadi jarakkan sedikit dengan kenderaan di depan.

pandu pada kelajuan yg sesuai. jika biasa memandu di lebuh raya dengan kelajuan 110 kmj kurangkan kpd 80-90kmj. kalau hujan terlalu lebat & jarak penglihatan sangat terbatas, tidak hairanlah kelajuan akan menurun kepada 50-60kmj sahaja. itu biasa terjadi.

pasang lampu. semata-mata untuk tujuan keselamatan.
lagipun cuaca agak gelap semasa hujan.
supaya pemandu lain tahu ada kenderaan lain di depan, di belakang atau kiri kanan mereka.
tak perlulah pasang lampu kecemasan yg berkelip-kelip itu. akan hanya menyebabkan orang lain keliru.
namun masih ramai pemandu yg bersikap tidak peduli. pada mereka, apa guna memasang lampu sebab mereka masih nampak jalan di depan.
soalnya bukan mereka boleh nampak, tapi adakah orang lain nampak kenderaan mereka.

janganlah pula memandu terlalu perlahan, hingga mengganggu & membahayakan pemandu lain.
jika memandu di lebuh raya, kemampuan seseorang memandu dalam keadaan yg sukar seperti hari hujan adalah berbeza-beza. jadi, elakkan memandu di lorong paling laju. gunakan lorong perlahan.

seperkara lagi yg penting pastikan pengelap cermin (wiper) dalam keadaan baik. kalau dah lama sangat, perlulah diganti. jika tidak, ianya akan membataskan penglihatan semasa memandu dalam keadaan hujan lebat.

pemanduan defensif tidak merugikan kita. memandu dengan cermat tidak bermakna kita perlu memandu dengan perlahan. ikut aliran trafik, kalau jalan sedikit lengang biasanya pemanduan perlahan tidak sesuai, pandulah dengan kelajuan sederhana. sesuaikan kelajuan mengikut laluan pemanduan seperti jalan bandar, lebuh raya, jalan berbukit, jalan sibuk, jalan bengkang bengkok, jalan di kawasan kampung atau kawasan perumahan.

sesuaikan cara pemanduan & kelajuan kenderaan mengikut situasi, masa dan tempat.

~ naik satu, naik persen ~

Dec 22, 2010

sepatutnya semua naik satu.
tapi ada yg naik dua.
sepatutnya semua naik persen.
tapi ada yang tak naik persen.
ada juga yg naik persen, tapi tak naik satu.
ada yg tak naik persen, satu pun tak naik.
ada yg patut naik persen dan naik dua,
tapi hanya naik persen dan naik satu saja.
ada yg naik persen tapi terpaksa merayu untuk naik satu.

bukankah dah dijanjikan...
semua naik persen, dan semua naik satu.
kenapa ada beza-beza.
apa lebihnya, pada yg dapat.
apa kurangnya, pada yg tak dapat.

adakah ini janji 100 hari.
kalau begitu, ia hanya gula-gula.
yg mangkuk tingkat paling atas jugak...paling untung.

~ eksiden lagi ~

Dec 21, 2010


bas eksiden lagi. kali ini mengorbankan 27 nyawa. berlaku di simpang pulai dalam perjalanan dari cameron highlands ke kuala lumpur.
setahu aku jalan melalui simpang pulai adalah jalan alternatif ke cameron highlands selain mengikut 'laluan lama' melalui tapah. yg juga bengkang-bengkok, curam dan sempit. ada baiknya juga melalui laluan lama kerana pemandu akan lebih berhati-hati, memandu perlahan & tidak boleh memotong kenderaan lain.
sekali lagi pelbagai andaian dikemukakan. sekali lagi pelbagai cadangan dilontarkan dari pelbagai pihak. ada kalangan yg menuding jari ke pada pihak yg lain.
ada yg mengatakan struktur jalan tak sesuai, perlu dikaji semula. bahaya. bukankah jalan ini dibina mengikut spesifikasi jabatan kerja raya, lengkap dengan segala macam papan tanda amaran?
kemungkinan lain ialah masalah teknikal, seperti biasa kegagalan brek berfungsi diajukan.
tak kurang juga teori sabotaj daripada trak tunda yg sengaja 'nak cari makan' atas kemalangan orang lain.
ada juga yg menyalahkan pihak berkuasa, yg dikatakan tidak tegas.
ramai juga yg mengatakan faktor manusia. pemandu yg cuai, memandu laju & sikap pemandu yg tidak cermat.
seperti biasa, akan diungkit semula gaji pemandu yg rendah, jadi perlu lakukan banyak trip untuk dapatkan upah lebih. justeru, mereka pandu laju & kurang rehat.
selain itu, ada kemungkinan juga kesesuaian penggunakan bas dua tingkat yg digunakan mengangkut penumpang di kawasan tanah tinggi dengan jalan curam & berliku, menyebabkan ketidakstabilan pemanduan.
yang mana satu betul?
ada pula yg segolongan lain yg menyalahkan 'takdir'.
"dah nak terjadi, apa boleh buat" kata mereka.
sampai bila kita harus menyalahkan takdir, kalau sesuatu itu sebenarnya boleh dielakkan atau dicegah...

~ dua dalam satu ~

Dec 20, 2010

aku bertemu semula kawan lama jumaat lepas.
bukan seorang tetapi berdua.
seorang bertemu melalui 'udara' atau lebih tepat, di telefon.
seorang lagi secara bersemuka.

yg seorang itu rakan semasa perkuliahan dulu. tinggal di kolej kediaman yg sama.
sejak kami grad, hanya bertemu pada hari konvo sahaja.
selepas itu kami membawa haluan masing-masing.
puas juga merisik khabar melalui teman-teman lain, tapi tak dapat disusur di mana gerangannya.
masih dengan sikap jenaka dan periangnya. masing-masing menyatakan kerinduan akan masa lampau. cuba mencipta kenangan masa depan, yg entah nyata entahkan tidak.
tapi syukur, silaturahim yg terputus, bersambung semula.

seorang lagi bekas rakan sekerja. yg mengambil keputusan menghilangkan diri, tanpa khabar tanpa berita. beberapa kali juga aku menghubunginya, tapi entah kenapa tiada susulan.
aku sendiri tak tahu mengapa, segalanya kabur, senyap dan sunyi.
pertemuan kali ini juga tidak dirancang.
kebetulan aku ternampak dia di tempat parkir kereta.
kami berbual singkat.
dalam masa sesingkat itu, pelbagai perkara yg dibualkan.
seakan masa yg ada tak cukup.
jadi, kami berikrar, apa yg berlaku senelum ini takkan dibiarkan.
kami akan saling berhubungan.
macam dulu-dulu.

~ hujung minggu yg boring ~

Dec 19, 2010


hujung minggu yg sunyi lagi memboringkan. gara-gara takde live bola esp. EPL. ribut salji menggendalakan jadual perlawanan. liga lain di europe ok je, jalan macam biasa.
apa boleh buat, layan ajelah AFF suzuki cup.
petang tadi tak pasal-pasal, disebabkan boring yg melampau di bawah tahap beku, semasa window shopping di one utama, sempat juga singgah melayan perasaan tengok movie 'ngangkung' yg khabarnya akan memecah box office all time record filem tempatan di malaysia.

~ ular lidi nak jadi naga ~

Dec 16, 2010

bila kita dah buat kerja yg sebaik mungkin atau seikhlas hati, akan adalah ganjarannya.
sebenarnya, kita tidaklah memikirkan sangat ganjaran itu semasa bekerja.
itu memang sudah diperuntukkan pun. tak perlulah nak buat tuntutan beriya-iya.
sebab memang dah termaktub dan ada dalam peraturan standard.

tapi kalau sesudah 3 bulan tugasan berakhir, ganjarannya masih belum diterima.
timbul jugaklah rasa musykil. walaupun bayarannya tak berbaloi dengan kerja yg kita buat.
tapi soalnya, itu hak kita yg memang dah tertulis.

jadi ape kejadahnya selepas 3 bulan, bila kita semak & hubungi mereka yg 'berkhidmat' untuk membuat bayaran, tiba-tiba menyatakan tuntutan kita belum diproses lagi.
gara-gara kononnya, dokumentasi tak lengkap. ada pindaan tarikh.
sebab itulah mereka 'bekukan' pembayaran.
apa ni?
duit itu bukan mereka yg punya, kompeni yg punya.
kalau big boss kompeni tahu pun, dia akan menyebelahi kita.
sebab dia tahu kita dah buat kerja.
dah 3 bulan berlalu pulak tu.
kenapa nak sekat orang yg dah buat kerja.
kalau tak buat kerja, tu lainlah.

kadang-kadang soal 'ikut buku' lebih penting daripada budi bicara atau common sense.
sebab itulah perkara mudah menjadi sukar.
perkara enteng jadi rumit.
buat kerja tak guna akal budi yg dianugerahkan tuhan.
lepas tu berkeras pulak nak pusing keliling, korner baring.
ini bukan soal kelulusan duit berjuta-juta pun.
rm2000 pun tak cecah.

tak payah lah nak tunjuk kuasa yg sekelumit itu.
nak bertegas pada perkara yg boleh dilentur.
membesarkan perkara yg titik-bengik.
bila kita komen sikit, melenting.
kalau buat kerja dengan betul & guna otak atas kepala tu, ada ke orang nak komplen?

~ keluhan seorang pemandu ~

Dec 15, 2010


aku dah tak merasa lagi 'nikmat' memandu di jalan raya. maksudnya, dimana-mana jalan termasuk lebuh raya yg sepatutnya 'memendekkan' dan 'mempercepatkan' perjalanan. kadang-kadang aku sendiri tak pasti sama ada aku berada di mana. sama ada di lebuh raya atau tempat parkir yg luas. sesak dan tak bergerak...
statistik yg disiarkan baru-baru ini bahawa terdapat 20 juta kenderaan berdaftar di negara ini...padanlah...!

~ nassir sudah tiada ~

gambar ini aku ambik dpd fb seorang kenalan.
menurutnya, gambar ini diambil 2 minggu lepas semasa mereka sama-sama menghadiri satu seminar di kuching.

sebenarnya, petang semalam aku baca status fb seorang lagi kawan, yg orang dlm gambar ini abdul nassir said telah kembali ke rahmatullah. lalu aku khabarkan kepada kenalan yg lain termasuk rakan sekerja.
nassir pernah menjalani latihan amali di kompeni kami beberapa tahun dulu untuk melengkapkan mastersnya.
dia seorang yg pendiam, baik dan tak tinggal solat.

paling aku ingat, nassir diperkenalkan kepada aku oleh seorang kawan lama, zack (yg juga sudah arwah) yg sama-sama buat masters ketika itu.

al-fatehah

~ sebumbung, tak sebantal ~

Dec 14, 2010

auditor luar dijadualkan datang ke kompeni kami hari ini.
tujuannya untuk memantau prosedur kerja dipatuhi atau tidak.
memang menjadi rutin hujung tahun begini kompeni kami akan dikunjungi mereka.
sijil kualiti yg diberi perlu dipantau supaya tidak alpa & tidak bersikap sambil lewa.
itulah tujuannya mereka datang secara berkala.
proses audit dalaman dikatakan tidaklah seketat auditor luar.

jadi sejak beberapa hari sebelumnya, aku sibuk mengemas kini dokumen yg berkemungkinan akan disemak keakurannya.
dalam masa sama, membantu rakan sekerja yg menjadi in charge untuk urusan pengauditan.
aku melakukan segala yg termampu 'menutup' kekurangan yg mungkin menjadi sasaran.
aku rasakan sudah melakukan apa saja untuk bahagian atau seksyen aku.

cuma yg aku sangsikan beberapa staf daripada bahagian lain hanya melihat dari jauh.
seolah-olah tiada apa yg akan berlaku.
walhal semua bahagian atau semua staf sepatutnya terlibat sama.
apa akan jadi sekiranya mereka yg tidak ambil peduli itu ditemu bual nanti?
atau dokumen mereka tidak lengkap bila disemak?
tak ada usaha atau sikap lewa begini septutnya tidak berlaku.
atau mereka yakin sudah bersedia sehingga tidak ada apa-apa lagi yg perlu ditampung?

entahlah.

~ setan merah 1 - 0 meriam (buluh) ~

~ kenduri kahwin

Dec 13, 2010

aku ke majlis kenduri kahwin anak seorang sepupu, sabtu lepas.
maklumlah cuti sekolah yg panjang begini memang banyak jemputan kenduri kahwin.
bila dah dijemput kenalah datang. sedara pulak tu.
elok jugak aku ke sana.
tak sangka pulak ketemu beberapa kawan lama yg dah lama tak jumpa.
sempat bertanya khabar, bertukar no. telefon.
yg dah berkeluarga.
dah semakin 'lebar' di bahagian tengah
bahagian di atas pun semakin 'lapang'.
memang benarlah ada hikmahnya bila kita disunnahkan supaya mengadakan keramaian untuk majlis perkahwinan begini.
inilah antara hikmahnya, iaitu mengeratkan silaturahim di samping menyambung semula tali silaturahim yg terputus.
cuma kita saja yg tidak melihat itu semua.
ada sesetengah daripada kita agak keberatan nak menghadiri kenduri-kendara.
terutamanya jemputan yg jauh. tak berbaloi kata mereka. duit minyak, duit tol. buang masa & tenaga.
tapi, inilah sebabnya kita digalakkan menghadirinya.
ada hikmah yg tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

~ imbas kembali seteru lama ~



mlm ni man utd vs arsenal. dah takde dah kepala garang mcm keano - viera, keown -neville.
tapi tetap menjanjikan pertarungan menarik.

~ audit ~

Dec 10, 2010

hajat & hasrat aku agar auditor luar datang berkunjung ke kompeni aku akhirnya dimakbulkan.
kali ini mereka diberitakan akan datang.
aku percaya selama ini ramai yg cuba 'menyembunyikan' kewujudan kami daripada dikunjungi auditor luar.
sudah banyak aduan yg kami kemukakan kpd auditor dalaman, tetapi 'pi mai pi mai, tang tu juga'. takda sebarang tindakan susulan.
kepincangan yg berlaku cuba ditutup seboleh mungkin.
bukan sekali dua, bukan setahun dua tapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun ianya berlanjutan.

jadi, entah di mana 'silap'nya. nama kami 'naik'.
tak dapat tidak pihak yg cuba menutup, terpaksa akur.
sebaik mendengar yg auditor akan datang 'melawat' kami, aku sifatkannya sebagai 'peluang'.
ya, peluang untuk menunjukkan hal 'sebenar'.
peluang untuk kami mengadu nasib. peluang untuk kami membela diri.

namun, aku dimaklumkan oleh rakan sekerja yg 'in charge' urusan audit.
kami diminta memberitahu yg baik-baik sahaja.
kami diminta mengemas kini rekod.
kami diminta melengkapkan fail.
diminta kemaskan pejabat. bersihkan tandas.
yg akan diaudit ialah cara kerja, prosedur dan sistem kerja.
malah 'diselitkan' unsur amaran, bahawa jika kami diberikan 'NC atau tidak akur' dalam laporan auditor, terimalah padah 'amarah' atau amukan pihak pengurusan atasan.

dan nampak gayanya, kami perlu ikut.
kecenderungannya, kami juga perlu tunjuk yg baik-baik atau yg muluk-muluk sahaja.
entahla,
nampaknya peluang yg datang menggolek ini tidak digunakan dengan wajar.
masing-masing nak jaga periuk nasi.
walhal, kalau tidak sekarang, bila lagi?

~ ihsan ~

Dec 9, 2010

dalam piala AFF suzuki, team malaysia layak ke semi final.
ada yg memomokkan kelayakan malaysia itu atas ihsan indonesia yg mengalahkan thailand. dua penalti bambang pamungkas yg pernah beraksi di liga malaysia bersama pasukan selangor dulu telah menyingkirkan pasukan feberet (thailand) itu.

sebagai rekod, pasukan thailand layak ke suku akhir sukan asia tetapi tewas di tangan jepun (0-1), yg kemudiannya merangkul medal emas.

mengapa pulak nak dipersoalkan kelayakan itu, bukankah dalam bola sepak seharusnya tidak wujud konspirasi atau konsep ihsan. kalau boleh matlamat untuk satu-satu perlawanan ialah untuk menang. bukan sekadar mencatat seri apalagi untuk kalah. jadi, tidak wajar timbulnya soal ihsan tadi.

harus juga diingat team malaysia kali ini tidak disertai beberapa pemain utama yg tercedera. skuada segagah mana pun tanpa pemain utama, akan sedikit pincang. persefahaman perlu segera dipupuk, corak & strategi permainan perlu disusun semula mengikut kemampuan pemain yg ada. untuk itu skuad kali ini ditampung oleh beberapa pemain muda termasuk daripada harimau muda. yg tampaknya bermula goyah tetapi sedikit demi sedikit kelihatan semakin konfiden selepas beberapa perlawanan.

jika diperhatikan kali ini team yg dianggap lemah seperti filipina dan laos tampak meningkat. mereka bukan lagi team belasahan. malah filipina memegang rekod tanpa kalah serta layak ke semi final. begitu juga dalam soal jurulatih yg memimpin team yg bertanding. semuanya membariskan coach dari luar atau import (tak pasti pula myanmar...) kecuali malaysia yg menggunakan kepakaran tempatan dengan k. rajagobal. thailand misalnya menagih khidmat bryan robson.

seperkara lagi trend yg tidak sihat dapat diperhati dalam arena bolasepak rantau ini. penggunaan pemain yg diberi taraf warganegara atau dalam istilah lain pemain import. kalau dulu singapura yg memulakan trend, nampaknya indonesia juga menurut jejak mereka kali ini. walaupun penduduknya berjumlah ratusan juta. lebih berat lagi, singapura membariskan tidak kurang 5 pemain import dalam pasukan mereka!

kalau singapura yg layak ke semi final atau jadi juara kemudiannya, itu yg septutnya dipanggil sebagai 'ihsan'.

~ kenapa bersikap begitu...? ~

Dec 8, 2010

hari ini aku bawak kereta baru ke ofis.
pertama kali. baru ambik semalam.
jadi, pandu kereta sedikit berhati-hati.
lagipun, ada pendapat umum mengatakan tak boleh bawak kereta baru laju-laju, nanti piston pecah atau enjin rosak.
tapi, menurut mekanik atau pakar kereta, fakta itu hanyalah dongeng atau cerita rakyat semata-mata dan tidak benar.
tak mengapalah, tak rugi apa pun kalau pandu kereta sedikit perlahan daripada biasa, bukannya perlahan melampau hingga menyusahkan pemandu lain.
ada dua kategori kereta baru. ada kereta baru yg dipandu oleh pemandu baru.
ada kereta baru, yg dipandu oleh pemandu lama.
jadi, aku masuk dalam kategori kedua.
sudah menjadi resmi pemandu di jalan raya, bila nampak kereta baru dengan plat pendaftaran baru, fikir mereka kereta itu pastinya dipandu lebih perlahan & lebih berhati-hati.
jadi mereka boleh himpit atau sondol supaya mereka ke tepi.
jalan raya hanyalah untuk pemandu lama yg boleh memandu laju. yg pemandu baru & kereta baru perlu ke tepi dan beri laluan. respek sikitlah yg lama ni....
kalau slow, akan dihon. atau paling tidak diberi jelingan tajam.
atau mungkin dengan mulut terkumat-kamit menyumpah seorang diri.

ahhh...bukankah semua orang pun begitu juga.
suatu masa dulu mereka pun pemandu baru. memandu kereta baru dan mungkin membeli kereta baru pada masa depan.
apa salahnya bertimbang rasa sikit dengan pemandu baru atau kereta baru yg berada di atas jalan raya.
hari ini sepanjang pemanduan dari rumah ke ofis, beberapa kali aku dihon. malah sebuah lori sempat menyondol aku dari belakang & menyalakan lampu mahukan aku ke tepi memberi laluan. kenapa pulak?
sedangkan aku memandu di lorong tengah dengan kelajuan 90kmj.
kanapa sebuah lori memandu melebihi had laju 90kmj dan memandu di lorong tengah?
kenapa tidak memotong sahaja di lorong paling kanan, atau lorong paling laju kalau dah laju sangat lori tu?
itu tak lain tak bukan sebab nak buli pemandu yg bawak kereta baru...!
aku sikit pun tak kesah atau gentar.
hon lah berapa kali atau berapa kuat nak hon pun...
jelinglah setajam pisau sekalipun...
sumpahlah seberapa bakul sekalipun...(lagipun bukan aku dengar...ha ha)

aku juga ada hak untuk berada atas jalan raya seperti pemandu atau kereta lain!

~ ke sana ke mari ~

Dec 7, 2010

pagi isnin aku diminta mewakili boss hadir ke satu mesyuarat.
mesyuarat begitu panjang sehinggakan naik lenguh punggung duduk di kerusi.
beberapa kali terpaksa 'berlakon' pergi ke toilet atau kononnya menerima panggilan telefon yg mustahak.
lebih jelas, bukan aku seorang saja yg berbuat begitu.
mesyuarat berlangsung dari jam 9:30 pagi berlanjutan hingga hampir 2:00 ptg.
kami sengaja dihidangkan kuih-muih & minuman di meja mesyuarat. tujuan penganjur mungkin untuk mengelakkan 'break' di tengah-tengah mesyuarat.
memandangkan esoknya cuti umum sempena 'maal hijrah' jadi aku pun merancang sesuatu. wifey mencadangkan kami bercuti singkat ke PD. bermalam di sana.
aku setuju & wifey pun 'menyelongkar' internet mencari hotel atau resort yg masih dibuka untuk tempahan.
maklumlah cuti umum & cuti sekolah serta hujung tahun begini biasanya bilik hotel penuh ditempah. nasib baik jugak ada online booking boleh juga kita tahu & tempah di saat akhir. kalau main redah saja, mungkin tidur dalam keretalah, jawabnya.
berita baik, ada lagi bilik hotel untuk tempahan.
jadi kami pun terus bersiap & terus ke sana.
jarak pun tak jauh, 30-40 minit saja dari rumah.
sempat jugaklah mandi-manda petang itu.
esoknya, disambung lagi aktiviti mandi-manda.
sambil menikmati rehat & pemandangan pantai yg cantik & nyaman.
kemudian, aku terima panggilan pula dari salesman yg kereta baru aku dah boleh diambil.
oleh sebab dia bercuti, aku perlu mengambilnya sendiri di kedai. aku boleh saja tunggu hingga keesokannya, tapi dah teruja aku setuju datang hari itu juga.
jadi dari PD aku terus menuju ke seremban untuk ambil kereta baru.
sempat jugaklah pusing-pusing dengan kereta baru petang itu.
kepada wma 574, kereta lamaku, terima kasih atas khidmat yg diberikan sepanjang 6 setengah tahun, sebelum ini.

~ klinik 24 jam ~

Dec 2, 2010

waktu tu jam 2:30 pagi.
wifey mengejutkan aku dari tidur. "erol muntah-muntah. bawak pergi klinik la..."
sejak petang itu eril muntah. dia merengek tak sedap badan. tak lalu makan.
tapi badannya tak panas pun. mungkin sakit perut atau salah makan.
tapi, perangai erol ni memang payah nak makan. memilih sikit.

aku pun bingkas bangun. bersiap lebih kurang.
jarak klinik dengan rumah aku taklah berapa jauh.
sampai di situ, aku tinjau melalui cermin pintu klinik. tak nampak pun kelibat sesiapa.
"sila tekan loceng ini selepas 12 malam" tertulis di bahagian tepi pintu depan.
aku pun menekan loceng, dengan harapan tak pelu menunggu lama.
maklumlah waktu begini, memang tengah sedap tidur.
tak lama kemudian kedengaran staf klinik itu bergerak ke sana kemari.
lampu yg tadinya tidak dipasang sepenuhnya, kini terang benderang.
beberapa minit kemudian, pintu dibuka.

selepas menyemak rekod pendaftaran, aku diminta duduk sebentar.
mungkin mereka nak bangunkan puan/tuan doktor, fikirku.
sementara menunggu itu, muncul pula beberapa yg lain.
sepasang suami isteri mendukung anak kecil mereka. demam mungkin.
hampir serentak dengan itu, datang pula satu pasangan muda.
yg perempuannya duduk sambil tunduk menekan perut. sakit perut agaknya.

nama erol kemudian dipanggil masuk ke bilik rawatan.
seperti biasa doktor bertanyakan "apa sakitnya?".
"muntah-muntahlah doktor. banyak kali..." aku jawab bagi pihak erol.
aku perhatikan muka doktor sedikit sembap. masih mengantuk.
tak bersemangat. sedikit lalok.
dia cuma menekan-nekan perut erol.
kemudian meletakkan satu alat pada telinga erol untuk mengambil suhu badan.
"tak demam pun..."katanya sambil menunjukkan bacaan pada alat itu...36.1
"saya bagi ubat sakit perut dan tahan muntah..." jelasnya sambil memandang ke arahku.
muka aku berkerut. ada persoalan dalam hati "itu je...?"
"kenapa?"...tanya puan doktor. mungkin ada soalan terpancar pada riak wajah, kerut dahiku.
"takde kaedah lain ke doktor, untuk tahan muntah. dia dah lemah dah ni. makan aje, keluar balik, makan muntah semula..." aku tak dapat menahan persoalan di hati.
"kalau nak saya boleh bagi injection..." balas doktor itu pendek.
"heeek, tak nak injek..." erol mula takut.
"ataupun masukkan ubat bontot..." doktor memberikan alternatif.
mungkin itu pilihan yg ada. aku setuju...
"you pernah buat sendiri, tak? saya bagi ubat, boleh buat di rumah..." doktor itu bertanya.
"tak pernah. tak pandai..."aku sedikit terkedu.
kemudian doktor meminta erol mengiring & memasukkan ubat itu.
selesailah 'khidmat' doktor itu.
matanya masih layu. mukanya masih sembab.

sebaik mengambil ubat. aku pun balik.
erol masih muntah. tapi tidaklah sekerap sebelumnya.
harap-harap dia cepat sihat semula.
boleh bermain dengan riang semula dengan eril & erin.

ada kesimpulan yg boleh aku buat. servis klinik 24 jam, kedai serbaneka 24 jam, restoran mamak 24 jam & stesen minyak 24 jam...tak sama dari segi 'mesra pelanggan'nya.

~ kembali bertaut ~

Dec 1, 2010

seorang staf aku menghulur nota kecil. mesej panggilan telefon.
ketika itu aku sedang hadiri mesyuarat.
aku sempat baca mesej itu.
nama seorang kawan lama tertera pada nota kecil itu.
kawan yg sudah bertahun-tahun aku cuba jejaki. tapi tak jumpa.
kali terakhir aku ketemunya, di majlis kenduri perkahwinannya. di batu pahat, johor.
aku & seorang lagi kawan, zol sampai sesat-sesat mencari rumahnya.
selepas itu kami terputus hubungan.
entah di mana silapnya.
mungkin masing-masing sibuk membina kehidupan sendiri.

aku rasa tak sabar-sabar nak menghubunginya semula.
nak bertanya khabar. nak dengar suaranya. mahu berbual dengannya macam dulu-dulu.
tapi...mesyuarat yg sedang dihadiri menjadi batu penghalang.
mesyuarat yg aku sendiri tak tahu bila habisnya. meleret-leret & seakan seperti plot filem hindustan yg sengaja dipanjang-panjangkan sebelum sampai kesudahannya.
aku dah tak sabar.
fikiran aku tidak lagi tertumpu pada mesyuarat yg aku hadiri.
aku mula terkenang peristiwa manis semasa kami berkawan dulu. lebih tepat semasa kami di kampus, sama-sama belajar. sama-sama ke library. sama-sama melepak. sama-sama makan atau ke pasar malam.

mesyuarat yg bermula sejak jam 9:15 pg akhirnya tamat pada 1:00 tengah hari.
sebaik sahaja habis mesyuarat, aku terus menelefonnya.
dia masih kenal suara aku, walaupun aku cuba bergurau dengan menyamarkan diri.
aku juga kenal selanga 'jawa'nya itu.
lantas kami bertanya khabar. perkhabaran terbaru.
panjang sekali perbualan kami.
sorotan dari beberapa tahun dulu cuba diimbas kembali.
rupa-rupanya dia jugak sudah bertahun-tahun menjejaki aku.
lantaran nasibnya baik, tatkala pagi ini dengan tak sengaja dia melayari lama web kompeni aku. demi terbaca saja nama yg dikenalnya tertera pada skrin, hatinya melonjak.
iyalah, nama itulah yg sejak sekian lama cuba dicarinya.
...dan silaturahim yg bertahun-tahun dulu terputus kini terjalin kembali.
dalam tempoh 1/2 jam perbualan telefon itu, terlalu banyak yg hendak diperkatakan. hinggakan berkali-kali kami berlaga cakap.

minggu depan dia akan mengikuti kursus di KL. dan kami sudah merancang untuk bertemu.
aku tak sabar menunggu pertemuan kembali itu.
syukur tuhan mempertemukan kembali dua sahabat lama...

~ bagai realiti tv ~

biasa tengok rancangan realiti di tv?
semakin menjadi trend sekarang ni. nampaknya yg bercorak hiburan lebih popular.
namun ada jugak yg bukan hiburan pun popular spt the biggest loser, amazing race atau tak lama dulu the apprentice.
lebih drama atau terkesan bila ada penyingkiran di akhir setiap episod. satu demi satu yg tersingkir. hinggalah pada peringkat final, akan ada pemenang atau juara.

hari ini adalah hari 'penyingkiran' di kompeni aku. tidak seperti episod atau rancangan di tv, ianya cuma diadakan sebulan sekali.
aku sifatkan demikian, kerana mulai bulan ini, setiap staf diberikan sasaran kadar produktiviti. jika ada yg tidak mencapai sasaran, mereka akan dipanggil masuk ke bilik lembaga. mereka perlu mempertahan atau memberi justifikasi mengapa mereka tak wajar disingkirkan. pada akhirnya, akan ada juga yg tersingkir.
sama seperti dalam rancangan realiti tv.

jadi, soalannya, siapakah staf yg pertama sekali 'tersingkir'?
kalau mengikutkan congakan aku, semuanya tersingkir sebab semuanya gagal menepati sasaran yg ditetapkan.
sebabnya tak realistik, tak praktikal...lebih daripada itu...mengarut!
kalau dah semua tersingkir...tutup saja kompeni ni...he he

~ kawan tak makan kawan ~

Nov 30, 2010

nasihat kawan-kawan selalunya ikhlas. tidak ada niat buruk di sebaliknya.
lebih-lebih lagi kawan lama yg dah tahu hati budi kita.
kawan yg berniat buruk itu adalah ibarat kawan makan kawan.
kalau ada pun yg begitu sifatnya, hanya segelintir sahaja.

kawan mana yg mahu melihat kawan sendiri mengalami kesusahan. atau menyebabkan sesuatu perkara tidak baik antara mereka, hingga terjadi perselisihan seterusnya menyebabkan putusnya ikatan persahabatan?
kadang-kadang ada yg menyalah tafsirkan, yg dia tak seharusnya mengikut nasihat kawan-kawannya. tak perlu terpengaruh. biarlah, dia menentukan apakah prioriti dalam hidupnya atau jalan yg dipilihnya. dia sendiri yg tahu apa yg dibuatnya.

itu, memang ada benarnya.
namun dalam masa sama, nasihat kawan-kawan itu sebagai alternatif kepada pilihan sendiri. tidak ada salahnya mendapatkan nasihat atau pandangan orang lain.
kadang-kadang kita harus akui sukar membuat pilihan. payah membuat keputusan. kita perlukan pandangan kedua. sebab itulah, penting ada orang yg rapat dengan kita spt kawan untuk mengadu ketika kita dalam kesusahan. kalaupun tidak dalam kesusahan sekurang-kurangnya untuk mengadu hal & berbincang untuk memilih atau membuat keputusan yg difikirkan sesuai sekalipun mungkin tidak tepat.

sabtu lepas, aku terserempak dengan Y. kawan lama. kawan sekolah dulu.
Y agak nakal di sekolah dulu. tapi biasalah, nakal masa kecil itu, macam aku jugak. bila meningkat dewasa, bila dah matang biasanya sikap seseorang itu akan berubah.

dulu sebagai kawan aku pernah menasihatkannya "main main jugak, tapi belajar pun kena jugak" bila aku dapati dia kurang tumpuan & result periksanya kurang memuaskan. dia terima dengan senyum saja. dia faham, nasihat seorang kawan. aku pun nakal & main-main jugak. tapi ada masa belajar, result pun taklah teruk sangat.

selepas habis belajar dulu, aku pernah jugak berjumpa dia. dia tidak menyambung belajar kerana result spm tak berapa baik. katanya kerja kilang berhampiran. tak kisahlah, asal ada pendapatan & dapat rezeki yg halal.

selepas aku bekerja pun, pernah berjumpa dengannya sewaktu berurusan di bank. katanya pada masa itu, bantu abangnya buat bisnes kecil-kecilan. aku nasihatkannya supaya jadikan itu sebagai tempat menimba pengalaman. mungkin pada masa depan dia boleh buat bisnes sendiri.

beberapa tahun lepas aku berjumpa dengannya di sebuah pasar raya. kami berbual panjang kali ini. sambil makan-makan. dia bercerita, yg dia kini ada kompeni sendiri. berniaga dan membekal peralatan pejabat & alat tulis. bolehlah untuk menampung hidup. cuma ketika itu dia masih lagi bujang. belum kahwin, belum beli rumah. sedangkan dah cukup syarat untuk berkeluarga, usianya pun dah meningkat. dia terima nasihat aku dengan fikiran terbuka. dia setuju bahawa, hidupnya sunyi tanpa teman, anak-anak. walaupun duit ada & berkemampuan tapi itu hanyalah material saja. kebahagiaan tidak semestinya diukur dengan wang ringgit. aku nasihatkannya juga beli rumah, kecil pun takpe, bila ada rezki lebih boleh beli yg besar kemudian. sebab rumah adalah aset, lagipun masa akan datang harganya melambung naik. mahal nak beli susah nak buat pinjaman. kalau bisnes maju, jangan mudah leka. terukan berusaha & merancang. dia amat menghargai nasihatku itu & berulang kali mengucapkan terima kasih.

beberapa hari lepas, aku terserempak lagi dengannya di pasar malam. banyak makanan yg dibelinya. tapi dia berseorangan saja mundar-mandir memilih makanan yg nak dibeli.
"beli bungkus ni, iyalah orang bujang..." katanya, bila aku menegur banyaknya makanan berbungkus di tangannya.
"itulah, suruh kawin tak nak.." kataku berseloroh.
kami sempat berbual pendek. ada nada kesal pada lontaran suaranya. ada suram pada wajahnya bila aku memperkenalkan anak-anakku padanya. dia belikan anak-anakku mainan, satu setiap seorang. bila anak-anakku mengucapkan terima kasih, wajahnya kelihatan bertukar ceria & senyum melebar.
"bertuah ko, ada anak. ada bini. ada rumah, semua lengkap...aku ada serba serbi tapi hidup seorang diri..." katanya sambil memandang anak-anak aku yg teruja & tak sempat-sempat mencuba mainan yg diterima mereka.
"apa pulak. tak semua orang jodohnya cepat. ada yg lewat. masih sempat lagi. bukannya tua sangat...kalau nak aku boleh tolong carikan" nasihatku sambil berseloroh.
aku harap suatu hari nanti akan terima kad jemputan kahwin daaripada Y. moga suatu hari nanti dia bertemu jodoh & menerima nasihatku sebagai perangsang. aku harap, bila sekali lagi aku bertemunya, dia sudah berkeluarga...
harapan daripada seorang kawan yg hanya mahukan yg baik-baik sahaja untuk kawannya.

~ kapcai ~


kapcai model B70 honda ini punya pelbagai nostalgia dlm hidup aku & famili. arwah abah pernah punya kapcai ini suatu masa dulu. setahu aku warnanya dulu yg ada hanyalah hitam atau kelabu. tapi dlm gambar ini ianya sudah diubah suai dengan warana hijau. tapi kebanyakan bahagiannya masih menggunakan yg asal. tabik kepada siapa yg mengguna kapcai ini. kalau mengikut perkiraan, usianya lebih 30 tahun. klasik...!

~ tolonglah, jangan score lagi...~

Nov 29, 2010

kalau ikut tradisi tak bertulis, score hatrik boleh simpan bola dlm perlwanan tu utk kenang-kenangan. hari tu, berbatov score 5 gol. jadi, dia dpt bwk balik bola. masa aku main bola dulu selalu jugak score lebih dpd 3. tapi kengkawan lain pun ada jugak score lebih dpd 3. bola ada satu je. selagi tak pecah, hancur itulah bolanya yg diguna. tapi tu, main petang2 la. bukan epl, la liga atau liga super...he he.
lagipun ada match yg cecah scoreline 21-19 mcm main badminton!

~ MAHA ~


hujung minggu, hari untuk bersama-sama keluarga.
hari meraikan keluarga. merayakan cuti yg singkat.
ada yg lebih suka bersantai di rumah.
tapi kalau cuti sekolah, dan anak-anak memang bersantai di rumah, tentunya mereka rasa tidak seronok, bukan.
nak ke mana?
"pergi jalan-jalan kat KL" cadang eril.
"pergi MAHA nak..." usul wifey.
"mana-mana pun boley, boring duk kat rumah..." sampuk erol.
selepas berkemas & sarapan di kedai mamak pagi tu, kami bertolak. sasaran awal pergi ke MAHA. khabarnya dapat respons yg menggalakkan.
waktu itu jam hampir 11:00 pagi.
sampai di persimpangan susur masuk ke serdang, nampak jalan sesak teruk.
kenderaan berbaris panjang. itu belum masuk ke plaza tol lagi.
berapa kilometer lagi nak sampai ke tapak karnival?
macam mana pulak soal parkir?
tak sanggup rasanya bagi aku sebagai pemandu yg hari-hari melalui jalan sesak di KL, perlu jugak bersak-sesak di hujung minggu begini. haaaa..tak sanggup!
langkah paling sesuai ialah membatalkan saja niat untuk ke sana. lain kali saja boleh pergi...
alternatifnya, terus menuju ke KL.
tak kesahlah, mana-mana kompleks beli belah pun. asalkan bersantai di luar rumah, pada hujung minggu...!
daripada memerap saja, kepala pun jadi sakit. otak pun boleh jadi beku.

~ laporan trafik, biarlah betul... ~

Nov 26, 2010

petang semalam hujan lebat. jalan sesak pada waktu puncak, menjadi semakin sesak.
dalam kesesakan, kita cuba hiburkan hati, walaupun berhati suram.
fungsi radio atau pemain audio di kereta ialah untuk mendengar muzik, dengar lagu.
kalau tak sedap satu channel, tukar channel lain.
bukannya nak dengar sangat celoteh dj yg lebih sudu daripada kuah.
lebih penting lagi, bukan nak dengar iklan bersambung-sambung, yg menyakitkan hati.
tapi kalau ada info berita atau laporan trafik yg diselitkan, nak dengar jugak.
dalam kesesakan semalam, aku dengar laporan trafik dari sebuah stesen radio.
disenaraikan jalan-jalan yg sesak. walaupun tak banyak membantu dalam keadaan begini, tetapi kita dapat jangka apa yg akan dihadapi di laluan depan kita. melibatkan laluan yg kita pilih.

semasa memandu sepanjang jln pantai baru untuk menuju ke NPE yg sesak, ditambah pula dengan lampu isyarat yg tiba-tiba menjadi 'bangang', sekejap sangat lampu hijaunya, menyumbang lagi kepada kesesakan teruk yg memang dah teruk.laporan trafik mengatakan lebuh raya PLUS sesak teruk berhampiran susur masuk Nilai, ke arah selatan.

ya, laluan menuju ke destinasi aku. ada kemalangan katanya. cuaca pulak hujan.serentak itu aku, perhatikan meter minyak kereta. masih ada 3 bar. tapi dalam keadaan hujan & sesak begini, sukar dijangka. ada baiknya aku singgah di mana-mana stesen minyak. pilihan aku, stesen minyak di sg besi nanti...

dalam berinsut-insut, melepasi jln pantai baru menyusuri NPE, laporan terkini trafik daripada saluran radio yg sama mengatakan lebuh raya PLUS dekat Nilai semakin sesak teruk. dinasihatkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif seperti menggunakan lebuh raya LEKAS atau masuk ke bangi atau laluan lain. supaya tak tersekat dalam kesesakan.

sebaik berhenti di stesen minyak berhampiran tol plaza sg besi, laporan trafik daripada stesen radio melaporkan bahawa, jalan yg sesak berhampiran Nilai semakin teruk. malah kesesakan kenderaan sepanjang 10 km sehingga ke persimpangan bandar bukit mahkota.

huh, teruk betul tu...!

sebaik mengisi minyak, aku pun menyambung perjalanan. tidak ada pilihan lain. di depan aku, sudah dijangkakan akan berlaku kesesakan teruk. aku bersedia, dari segi mental dan fizikal!. minyak pun sudah ditambah untuk sebarang kemungkinan. aku memandu berhati-hati pada kelajuan sederhana. cuaca masih hujan. aku pasang lampu, pasang wiper...

bila menghampiri, susur masuk bukit mahkota, aku memperlahankan sedikit kereta. menjangkakan kesesakan di depan. aku memandang jauh ke depan dalam kesamaran akibat hujan...

tak nampak pun kesesakan. mungkin, di depan lagi...aku masih dengan kelajuan yg sesuai, untuk memudahkan berhenti jika ada kenderaan berhenti di depan. masih takda kesesakan...dalam masa sama, tiada pula laporan trafik seperti sebelumnya....

sampai di R&R Nilai pun, masih tiada kesesakan...di depan sedikit, persimpangan susur masuk ke KLIA/Shah Alam...pun tiada kesesakan. hinggalah aku sampai ke simpang susur masuk Nilai...tiada sebarang kesesakan! lancar sahaja perjalanan....!

apa ni! siapa yg bagi laporan. laporan terkini, semasa atau laporan yg dirakam! menyirap darah aku...!

itu pendengar seperti aku. bagi pendengar lain, yg melalui laluan yg sama. yg 'terpengaruh' macam aku bila dengar laporan trafik tu macam mana? atau mereka yg menggunakan laluan alternatif yg dicadangkan, tentunya tak tahu sebenarnya kesesakan yg dilaporkan sebenarnya 'tidak berlaku'.

hawau betul!

~ sukan malaysia ~


bila kita tak harap,
mereka menang.
bila kita mengharap dan beri harapan.
mereka kalah...

itulah atlet malaysia.

tak kira apa jenis sukan.
sama...!

kecuali skuasy...dan nicol david!

~ syarat naik pangkat ~

Nov 25, 2010

apakah kriteria untuk kenaikan pangkat?
prestasi kerja sewajarnya menjadi keutamaan.
kelulusan, kelayakan dan kemahiran akan mendorongnya mendapat kelebihan.
pengalaman juga penting, walaupun ada sesetengah pekerja hanya 'lama bekerja' tetapi masih tidak menimba pengalaman.
potensi pada diri pekerja yg sentiasa berusaha memajukan diri. sesetengah pekerja memang mahir, rajin, berdisiplin...tetapi tidak menonjol potensinya. terutama dari aspek kepimpinan, pengurusan atau perancangan

ada banyak lagi kriteria yg boleh diukur untuk kenaikan pangkat.
itu yg positif.

ada jugak yg negatif.
yg kaki bodek atau kaki kipas jugak masih berpeluang naik pangkat.
sedara mara orang atasan atau anak emas boss.
atau guna kabel pun, jugak kriteria yg boleh membuka peluang kenaikan pangkat.
menjatuhkan 'orang di atas' atau menikam rakan sekerja yg menjadi saingan, atau yg pintar main politik pejabat jugak berkemungkinan naik pangkat.

namun, semua kriteria yg dinyatakan di atas atau yg tidak disenaraikan di atas, tidak diambil kira dalam proses kenaikan pangkat di kompeni aku.

hanya ada satu kriteria sahaja, iaitu berapa tahun atau sudah berapa lama tempoh seseorang itu bekerja.
katalah 10 tahun, secara automatik akan dinaikkan pangkat.
yg baru, yg berpotensi, yg kanan, yg paling banyak tugas, yg pernah memangku tugas boss, yg prestasi kerjanya baik, takde masalah disiplin, yg mahir, yg berkelulusan...tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

okeylah...apa nak buat kalau kriteria zaman ais atau zaman dinasour masih nak diguna pakai di zaman siber dan global ini.
kononnya mensasarkan ranking no.1 tapi mentaliti berada pada no. corot..!

~ musibah ~

Nov 24, 2010

seorang kawan lama menyiarkan di fbnya yg rumahnya dimasuki perompak.
perompak dikatakan masuk ke rumah antara 3-5 pagi.
lebih berat lagi perompak pecah masuk ke rumah ketika penghuninya ada di rumah.
dipercayai, penghuni rumah telah di'pukau'.
antara permintaan kawan itu ialah agar kawan-kawannya dapat memberikan no. hp kepadanya. antara barangan yg dicuri ialah henfon, komputer riba, barangan kemas dan wang.

beberapa hari lalu, ketika ramai sibuk merayakan hari raya aidiladha, ada kejadian kecurian di kawasan perumahan aku. kemungkinan sebahagian penghuni pulang ke kampung beraya. tetapi masih ramai yg beraya di sini, kerana cuti aildiladha hanya sehari dan jatuh pula pada pertengahan minggu. tidak seperti hari raya aidilfitri lalu, kawasan perumahan ini sunyi sepi seperti dilanggar garuda.

namun, kecurian terjadi ke atas rumah yg penghuninya ada di rumah. bukan rumah yg tidak berpenghuni kerana tuan rumahnya pulang ke kampung. walaupun kecurian hanya melibatkan kehilangan kasut berjenama & seluar jeans, tetapi ianya pasti menimbulkan kebimbangan. terutama sudah lama kejadian kecurian tidak berlaku di kawasan perumahan ini. berbanding pada awal ia dibuka dulu. pada waktu itu belum banyak fasa yg dibuka & penduduknya belum ramai.

secara kebetulan, mungkin ada kaitannya dengan keengganan tuan punya rumah terbabit memasang lampu depan atau belakang rumah. kerana kedua-dua rumah yg mengalami kecurian memang tidak memasang lampu depan rumah mereka. kempen yg pernah dijalankan sebelum ini di kawasan perumahan kami, supaya semua penghuni memasang lampu depan rumah tidak disertai atau tidak dihiraukan langsung oleh sebahagain kecil penghuni di sini. lebih-lebih lagi rumah yg penghuninya yg balik kampung dalam tempoh itu tidak menghadapi masalah kecurian pada hari yg sama kerana memasang lampu depan rumah mereka.

jadi, harap-harap mereka sedar salah sendiri. pencuri suka keadaan yg menyebelahi mereka...gelap.

~ aduhai... kereta pinjam ~

Nov 23, 2010

bayangkan memandu kereta sendiri yg kita tahu 'perangai'nya. ia ibarat kawan yg setia. kawan yg setia tidak memberikan masalah kepada kita. kecualilah 'sakit pening' sesekali. perlu kita ubati atau hantar ke klinik.

bayangkan pula kita memandu saban hari, ulang alik ke tempat kerja sejauh 100km. kereta kita masih setia. tak pernah meragam di tengah jalan. menghiburkan dengan sistem audionya. menyamankan dengan sistem penyaman udaranya. selesa, walaupun ada ketika terpaksa bersesak di jalanan.

bayangkan bila kereta kita itu kotor. mata kita sakit. bila ada masa terluang, kita cuci dan basuhnya hingga bersih. sapu dengan bahan pengilap, hingga berkilat. hinggakan tayarnya pun kita cuci & sembur hingga bersilau macam baru.

bayangkan pula, bila kita terpaksa memandu kereta yg dipinjam. tak selesa. banyak ragam yg perlu kita fahami. kerenah yg terpaksa ditangani.
lebih buruk lagi, bila enjinnya mati di tengah jalan yg sesak.
sistem audionya rosak.
penyaman udaranya, tak dingin malah menyesakkan udara.tempat duduknya berhabuk dan comot.
pelbagai 'bunyi' kedengaran ketika memandu. gegar sana, gegar sini.
tingkap autonya tak boleh dibuka. jadi anda terpaksa membuka pintu untuk membayar tol.
tak ada alat kawalan jauh. guna manual saja kuncinya.
speedometernya rosak. hinggakan kita tak tahu sedang memandu selaju mana, 100kmj, 120kmj atau 50kmj.
lebih buruk lagi meternya menunjukkan kita memandu selaju 140kmj walaupun sebenarnya berada di lorong kiri di belakang lori kontena yg memandu sekitar 70-80kmj/

bayangkan jika jalan sesak, kereta di belakang membunyikan hon kerana enjin mati tak semena-mena.
atau enjin mati ketika membayar tol.
atau anda terkial-kial menghidupkan enjin semula bila ia terhenti di lampu isyarat. sedangkan memandu di jalan bandar, pantang lepa atau lewat sikit ada yg hon atau marah-marah. paling tidak kita diberikan jelingan tajam & muka masam mencebik...

senario di atas, aku alami hari ini. dan mungkin beberapa hari lagi...
argh.......!!

~ jiran & kereta ~

Nov 22, 2010

jiran sebelah rumah sebelah kanan, pakai dua kereta.
jiran sebelah kiri rumah, ada dua kereta.
selang satu rumah lagi pakai 3 kereta.
rumah aku sendiri, ada dua kereta.
jadi, faham-aham sajalah kenapa jalan raya penuh sesak dengan kenderaan.
nak pergi kedai runcit dekat dengan rumah pun susah nak parkir kereta.
sedara-mara datang ke rumah pun susah nak parkir kereta dekat dengan rumah kita.
itu belum cerita pergi ke majlis keramaian atau ke kompleks beli belah, atau pusat bandar.
di kawasan perumahan aku takda disediakan kemudahan pengangkutan awam.
sudahlah begitu, agak jauh dari jalan utama.
kalau takda kenderaan sendiri...bagaimana?
kereta bukan lagi barangan mewah tapi keperluan. bagi penduduk kawasan perumahan aku, ianya boleh dianggap sebagai kemudahan atau barangan asas.
tapi bila jiran kita, beli kereta lebih besar, lebih mahal dan lebih mewah, apakah agaknya reaksi jiran sebelah? cemburu?
apa komen anak-anak?
"papa, ayah haikal beli kete baru. bila papa nak beli kete baru...?"
apa kita nak jawab...?

~ team manager mana ni...?



kata orang, gambar mentafsirkan 1,000 makna. mungkin ini yg dikatakan sbg frust menonggeng. tapi aku tak pernah pulak nampak sir alex ferguson atau jose mourinho buat aksi begini. dah desperate sangat la tu...

~ gold coast exclusive view tour ~

Nov 19, 2010






foto eksklusif. pada satu hari minggu aku & famili dijemput ke sana. ditawarkan pakej istimewa. dilayan bagai vvip mengadakan view tour.
sesuatu yg jarang berlaku & mereka yg bertuah saja yg terpilih.
biasanya tengok dari jauh aje, tapi kali ini dapat masuk ke dalam secara eksklusif. memang menarik, cantik & lain daripada yg lain. rambang mata dibuatnya.
tapi harganya pun...wow...eksklusif & elusive jugak...!

~ salesman ~

Nov 17, 2010

jumaat lepas, aku diberitahu yg kereta yg dibooking 'dah sampai'.
oleh kerana ada 'masalah' dengan surat pelepasan bank, hasrat untuk tandatangan agreement terpaksa ditunda ke hari isnin.
sebaik habis 'seminar' yg aku hadiri, aku pun ke seremban. ke bank yg beri pinjaman.

sebelum itu, aku sudah menghubungi salesman itu. dan janjinya akan bertemu denganku di bank itu. aku menjangkakan yg akan mendapat kereta baru hari tu. jadi aku datang dengan kereta yg hendak di trade in. malam sebelumnya aku sudah mencuci kereta itu walaupun dalam hujan!

sesampai di sana, aku pun berurusan dengan pegawai bank. walaupun sedikit sukar mencari lokasi bank, mujur ada google map. hujan mula turun dengan lebat. salesman masih belum muncul, walaupun katanya on the way sewaktu aku menelefonnya sebaik tiba di bank seperti yg dimintanya.

tiba-tiba muncul seorang sales girl, seorang ah moi dari syarikat kereta yg sama. katanya dia mengambil alih tugas dari salesman itu. di tangannya, ada fail lengkap dokumen berkaitan kami & urusan pembelian itu.

aku mula hairan. dan bertanya segala macam soalan.
akhirnya si ah moi terpaksa menceritakan perkara sebenar.
si salesman itu sebenarnya sudah pun bertukar tempat kerja. lebih tepat berhijrah ke kompeni lain. syarikat kereta juga, sebagai salesman juga. ya, sudah 2 minggu. patutla, tak 'cergas' seperti salesman sepatutnya. aku pulak yg asyik tertanya-tanya & menelefonnya. menanyakan perkembangan kereta. sedangkan dialah yg sepatutnya beriya-iya nak menjual kereta. iyalah, komisen daripada jualan kereta adalah mata pencariannya. sebenarnya, aku adalah 'pelanggan' terakhirnya di kompeni kereta itu. dan akulah pelanggan terakhir yg membeli kereta daripadanya.
sebetulnya. kereta baru yg aku booking, belum pun diorder daripada kilang. sebarang urusan pendaftaran kereta dengan jpj belum dibuat. janji, bahawa kereta akan dapat hari itu, tidak mungkin berlaku. maknanya, proses itu hanya akan bermula pada hari aku bertemu ah moi salesgirl itu.
dan pada jangkaannya, kereta baru tersebut mungkin hanya dapat 'secepat-cepatnya' 2 minggu daripada hari ini....
arghhhh!

~ gosip ofis ~

Nov 16, 2010

aku menghadiri satu seminar di sebuah hotel terkemuka KL pagi ini.
oleh sebab aku, biasanya aku meletak kereta di tempat yg sama setiapa hari, jadi jika aku tidak meletakkannya di situ, pastinya ada dua saja kebarangkalian.
pertama, aku tak hadir atau bercuti.
kedua, aku ada urusan lain di luar jadi lewat masuk ke ofis.
tidak pula aku sedari ada kebarangkalian lain pada pandangan staf lain.
aku sebenarnya meletakkan kereta di temapt lain untuk memudahkan aku pergi ke seminar itu.
tak mahu menyusahkan yg lain supaya mengalihkan kereta mereka.
rupa-rupanya timbul cerita lain pulak.
pada mulanya ramai yg menjangjakan aku bercuti. tetapi bila mendapati aku berada di ofis lain pula cerita yg berputar.
aku dikatakan beli kereta baru. ya, malah aku dikatakan beli model terbaru proton, inspira.
sebabnya, pernah dua kali sebelum ni, aku bertukar kereta baru, tak seorang pun yg tahu.
sedar-sedar aku sudah memarkir kereta baru di tempat kereta 'rasmi' aku.
dan biasanya, kalau ada saja model terbaru proton, aku akan membelinya.
sebab aku tak kisah akan kereta yg nak dibeli asalkan baru dan harganya berpatutan.
aku juga lebih cenderung beli kereta baru daripada kereta second hand.
sebabnya aku tiap-tiap hari memandu berulang alik sejauh 100km dari rumah ke ofis.
kalau second hand, tak tahu 'wear & tear'nya. mungkin mendatangkan masalah pula padaku.
caraku, beli kereta baru & belasah cukup-cukup.
cerita yg aku beli kereta baru & model inspira itiu rupa-rupanya tersebar tanpa aku sedari.
hinggalah ditanyakan betul atau tidak oleh salah seorang staf.
aku hanya menggeleng kepala & tersenyum...
dalam hatiku berkata "memang betul, tapi bukan inspira..." he he he...

~ hanya kerana rm187.67 ~

Nov 15, 2010

sejak dua minggu lalu aku terpaksa berurusan dengan kumpulan pemeras yg boleh menyebabkan gangguan hidup & perancangan masa depan.
hanya sebab kita tak bayar mereka 187.67. mereka report kepada pihak berkuasa.
yg tanpa usul periksa telah menyenarai hitamkan aku.
sudahnya aku alami kesukaran untuk membuat perancangan kewangan. maklumlah nak buat perancangan perlukan modal. nak modal perlu pinjam wang. tetapi bila sudah disenaraihitam, susahlah. perancangan terbantut.
susah sangatkah nak tuntut 187.67 daripada aku?
ya, mungkin aku terlupa atau terlepas pandang.
mereka simpan rekod lengkap aku.
no. henfon aku tak pernah tukar sejak 10 tahun lalu.
aku tak pernah pindah daripada alamat aku tinggal sekarang sejak 10 tahun dulu.
aku kerja di kompeni & tempat yg sama sejak 10 tahun dulu.
sepucuk surat peringatan pun tak dihantar. patah lagi penyata.
satu panggilan telefon pun tak pernah aku terima.
bukankah beribu orang lain yg menjadi pelanggan mereka.
bukankah orang lain lebih besar hutang mereka daripada aku?
jadi bankrapkah mereka kalau tak tuntut 187.67 daripada aku?
10 tahun dulu jugalah aku 'melanggan' mereka. inilah balasannya...
bukan aku tak mampu bayar. setakat tak sampai rm200 tu...!
dasar lintah darat!
bila aku dah bayar pun, masih banyak prosedur yg aku perlu lalui.
sekeping surat pun ambil masa 3 hari untuk menyiapkannya.
aku tanamkan dalam hati takkan berurusan lagi dengan mereka sampai bila-bila.

~ sesekali je ... ~

Nov 12, 2010

bila anda ke pusat beli-belah, terutama waktu hujung bulan atau hujung minggu, masalah parkir menjadi isu. isunya kerana terlalu banyak kereta, menyebabkan petak memarkir terhad.
maka tercari-carilah ruang yg kosong.
malah, tak heran ada berlaku perselisihan waktu begini. kurang sabar, geram...emosi sedikit terganggu. cepat panas.
ada yg mengambil sikap sabar, menunggu kalau-kalau ada yg keluar.
ada yg kurang sabar, terus berlalu pergi. tak jadi singgah.
ada jugak yg memarkir ikut suka. di tempat yg terlarang atau ditegah.
tapi ramai yg berpusing-pusing bagaikan tawaf dengan harapan ada yg keluar atau ada yg masih kosong.
bila terjadi begini, apa tindakan penyelesai masalah?
sebabnya, takde sapa yg akan datang membantu...
pandai-pandailah buat keputusan. asalkan tidak menyusahkan orang lain dengan menghalang kereta lain keluar atau menutup laluan kereta lain.
nak tak nak, ramai yg berbuat begitu...biarpun sebenarnya membentur 'sedikit' peraturan.
ada yg kata, sekali dua tak mengapa.
entahlah...

~ hanya iklan semata-mata ~

Nov 11, 2010

ramai yg selalu berkata bahawa iklan tidak menggambarkan produk sebenar yg dihasilkan.

bayangkan sebiji burger yg kelihatan sangat lazat dipaparkan pada poster dengan kepingan daging segar & sayur segar bersama mayonis atau sos yg meliurkan, bila dibeli hanyalah sekadar sekeping daging yg separuh masak, sayur yg layu, mayonis atau sos yg macam tak wujud...
atau iklan minyak masak yg akan membuatkan apa sahaja yg anda masak menjadi sangat lazat. tak kiralah kalau anda sebenarnya memang tak reti memasak...

aku kira kalau iklan berasaskan servis atau khidmat pelanggan, lebih berpijak di bumi nyata. iyalah, kalau mereka tak mampu melaksana apa yg mereka tawarkan, nescaya ramai pelanggan yg akan lari kepada pesaing mereka. lagipun, servis yg baik tentunya menarik ramai pelanggan kerana khidmat mereka bergantung pada khidmat yg ditawarkan semata-mata.

sekali lagi aku silap. kompeni yg menawarkan khidmat pelanggan juga mempunyai kekurangan & kelemahannya. ada yg memang menepati apa yg diiklankan, ada yg sekadar indah khabar daripada rupa. habis tu, kalau panggilan ke bahagian khidmat pelanggan pun tak berjawab, apa lagi yg harus kita harapkan 'khidmat' daripada mereka!

semalam aku menelefon bahagian khidmat pelanggan sebuah bank terkemuka. seperti biasa, aku disambut oleh telefonis dan suara daripada 'mesin', meminta aku tunggu sebentar kerana ''all the lines are busy". sehingga beberapa minit masih dengan muzik & pesanan yg sama berulangan. aku mendail beberapa kali lagi, masih diminta menunggu. bosan dengan keadaan itu, aku sengaja meletakkan telefon aku dengan fungsi tanpa perlu mengangkat gagang sambil menekan fungki speaker...

apa jadi? sepanjang 50 minit telefon aku dalam kedudukan begitu, tiada satu makhluk pun di bahagian khidmat pelanggan bank itu menjawab panggilan telefon berkenaan. hanya suara daripada mesin yg dimainkan berulang-ulang...

kerana sakit hati, aku tanam dalam hati, kalau boleh atau kalau bukan terpaksa, takkan lagi berurusan dengan bank tersebut untuk masa akan datang!

~ kepada yg berkenaan... ~

Nov 10, 2010

berhati-hati di jalan raya...

~ pelik juga bila... ~

pelik jugak bila air cond kereta yg sudah berbulan-bulan 'tidak menyamankan', bila dipasang pada satu hari yg panas, tiba-tiba berfungsi seperti air cond baru yg sejuk dan menyamankan.
tambah pelik lagi bila pintu kereta yg rosak & tidak boleh dibuka dari luar sejak beberapa lama kerana kesukaran mencari alat ganti, bila dihantar untuk dibetulkan tiba-tiba didapati tidaklah rosak & boleh dibuka dengan mudah.

pening jugak kepala memikirkan bagaimana sebuah pasukan berjersi merah 'dari masa silam' yg kalah dengan kelab-kelab bawahan tiba-tiba boleh mengalahkan pasukan juara bertahan berjersi biru dengan mudah.

sukar jugak dimengerti mengapa seorang bekas menteri yg menyertai sebuah 'parti yg adil' kemudiannya bertanding merebut jawatan tertinggi parti tiba-tiba menarik diri mengatakan proses pemilihan tidak telus & adil. tamabh sukar dimengerti beliau adalah calon 'harapan baru' yg kecundang dlm satu pilihan raya kecil di sebuah negeri yg dikuasai partinya.

tetapi tidak ada yg lebih sukar difahami bila setiap individu yg bekerja dalam sebuah kompeni cuba dinilai prestasi kerjanya berdasarkan produktiviti harian yg diukur juga berdasarkan gaji bulanannya. menggunakan 'formula' yg ilhamnya turun dari langit ke-7. sedangkan fungsi setiap tugasan sebenarnya tidak boleh diukur langsung secara perangkaan. tidaklah juga difahami apa tujuan sebenarnya. tambah buruk lagi beberapa staf termasuk dirinya dikategorikan menjalankan kerja 'pentadbiran' yg dikecualikan daripada sebarang mekanisme untuk diukur sama.

ooops!... itu tak termasuk dalam senarai pelik, ajaib atau sukar difahami tetapi dikategorikan sebagai 'menjengkelkan'.....

~ surau ofis ~

Nov 9, 2010

surau ofis disediakan kepada staf muslim untuk solat.
ianya sebagai kemudahan untuk keselesaan beribadat. jimat masa, tak perlu ke surau atau masjid berdekatan.
tapi kerap kali disalahgunakan. terutama dijadikan maskas staf perempuan.

solat zohor atau asar mengambil masa paling lama pun 10 minit. tak payahlah nak berdoa atau berzikir panjang-panjang. boleh dibuat di rumah. lagipun kerja ofis juga adalah sebahagian ibadah jika diniatkan dengan betul & ikhlas.

namun biasanya ramai yg tidak menggunakan waktu rehat tengah hari untuk bersolat zohor. sebaliknya ia dihabiskan dengan makan tengah hari atau berborak di surau. ada jugak yg diet, jadi melepak di surau pada waktu rehat. rehat kena pergi surau, tak boleh rehat di bilik ofis atau di meja ofis...kata mereka.
sebaik habis waktu rehat tengah hari, barulah waktunya diambil untuk solat. jadi waktu rehat 1 jam menjadi kadangkala 1 jam setengah atas alasan nak menunaikan solat.

sudah menjadi rahsia umum, surau juga dijadikan tempat tidur, tempat bergosip, tempat bermekap, tempat berdiskusi hal semasa, ulasan drama menarik yg ditonton waktu malamnya, atau pusat jualan langsung, tempat jual tudung atau minyak wangi, cari downline untuk MLM. boleh kata surau dah jadi pusat pelbagai guna.

kadangkala mereka (staf perempuan) mengambil masa solat bergilir-gilir. sedangkan surau ofis kebanyakannya bukanlah untuk staf perempuan saja. maknanya ruang terhad, jadi semua staf boleh guna termasuk yg lelaki. tapi oleh kerana dimonopoli staf perempuan, terpaksalah kaum adam mengalah. lewatkan sedikit waktu untuk bersolat. kadang-kadang terpaksa ketuk pintu surau, mengingatkan mereka di dalam yg leka melepak atau menjalankan aktiviti lain.

kepada staf perempuan, janganlah ambil kesempatan. gunakanlah kemudahan dengan sebaik-baiknya. nak selalu tegur pun, nanti bermasam muka pula. bertimbang rasa sikit, ya...

~ dah kata dah... ~

aku pernah membangkitkan kesangsian atau rasa skeptikal akan sistem kerja baru atau sistem kerja mengikut produktiviti yg diperkenalkan oleh pihak kompeni.
malah perkara yg aku bangkitkan memang berasas. aku utarakannya dalam mesyuarat. dan pandangan aku itu, kemudiannya disambut dengan jawapan, akan diambil kira & akan dibincangkan semula dalam mesyuarat akan datang yg lebih mendalam.
namun apabila mesyuarat itu berlangsung kemudiannya, perkara yg aku bangkitkan itu dianggap sebagai tiada isu. jadi, ianya tidak dibincangkan langsung.
semalam satu surat pekeliling diedarkan bahawa sstu taklimat berkaitan sistem berkaitan akan diberikan. aku masih bersikap sangsi & skeptikal. dan bercadang untuk membangkitkannya sekali lagi dalam taklimat berkenaan yg dijadualkan bermula jam 9:00.
kira-kira jam lapan 8:15, belum pun waktu pejabat bermula, setiausaha kompeni memaklumkan yg boss memanggil ketua-ketua bahagian bertemunya pada jam 8:45 iaitu sebelum taklimat berlangsung. lalu aku merisik, apa tujuannya.
aku dimaklumkan bahawa ianya bertujuan untuk perbincangan berkaitan isu yang pernah aku bangkitkan sebelum ini.
aparaaaaa....!

~ bangi kopitiam di nilai ~

Nov 8, 2010

susah jugak bila francais kedai makan menggunakan nama tempat. bangi kopitiam, nilai. hmmm...belasah je janji sedap, selesa dan berpatutan...


~ park ji sung ~


lama jugak takde entri pasal bola. okla. man utd menang minggu ni. dengan ramai pemain yg cedera memang nasib baik jugak bila park ji sung muncul jaringkan dua gol. gol kemenangan dalam minit-minit terakhir. kemenangan tambah manis bila arsenal & chelsea kecundang minggu ni...

~ megamind ~





cuti hari deepavali bersambung dengan cuti hujung minggu. apa nak buat?
anak-nak baru habis periksa hujung tahun.
yep, masa yg sesuai untuk tonton movies.
lagipun dah lama tak buat begitu.
apa agaknya yg menarik. yg anak-anak boleh tengok bersama mak bapak mereka. yg sesuai.
ok. megamind.
no. 1 dlm carta box office sekarang ni. jom tengok...

~ happy deepavali, veni etc~

Nov 4, 2010

esok hari deepavali. ia mengingatkan aku pada seseorang. dulu aku ada rakan sekerja yg sambut deepavali. kami panggil dia, veni, saja. dia ada seorang anak kecil. suaminya pun kami di ofis dah kenal. dah jadi kenalan kami juga. sebab ambik dan hantar veni ke tempat kerja hari-hari.

veni rapat jugak dengan aku. orangnya peramah. dia suka ajar aku cakap bahasa tamil. lagipun aku pernah ambik kelas bahasa tamil masa belajar di univ. dulu. adalah sikit-sikit asasnya. kami jadi lebih rapat sebab selalu buat overtime bersama. oleh sebab aku ada motosikal, jadi aku selalu belikan veni makanan yg dibungkus untuk dimakan di ofis semasa overtime. kadang-kadang dia belanja aku, ada kala aku belanja dia.

ada beberapa kali, jika suaminya tak dapat ambik dia balik waktu malam selepas overtime, aku akan tolong hantarkan dia ke rumah. veni, mulanya segan. tapi atas dasar kawan, dan sikap terbuka aku, dia okey saja. suaminya pun amat menghargai bantuan aku. kalau ada masalah di tempat kerja, veni akan mengadu pada aku.

aku masih ingat pada satu sambutan deepavali, veni menjemput rakan-rakannya dari kaum melayu. dia bersusah payah menyediakan makanan masakan melayu. walaupun itu semua tak perlu. cukuplah sekadar kuih muih. tetapi dia menyediakan sate, rendang dan lemang untuk kami. walaupun bukan dimasak sendiri dan ditempah, kami yg datang amat menghargainya.

tapi aku tak lama bekerja dengan veni. setahun lebih saja. aku masih ingat, pada hari terakhir aku bekerja, dan kan meninggalkan kompeni itu, veni menangis dan bersedih sepanjang hari itu. langsung tidak dapat bekerja. hinggakan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan yg lain.

hingga hari ini. kami masih berhubungan, walaupun jarang berjumpa. veni jugak dah bekerja dengan kompeni lain. anak-anak veni dah besar-besar. esok hari deepavali. buat kesekian kalinya aku dijemput datang ke rumah oleh veni. seperti tahun-tahun sebelumnya, aku menyambut deepavali dengannya.

selamat hari deepavali juga untuk rakan-rakan lain terutama TD, raj, vino, ganes, viknes, moorthy, patma, jaya, suresh, seelan, ravi, candra, sekaran dll.

~ sekolah dewasa ~

Nov 3, 2010

semasa sekolah dulu ramai yg antipengawas. walaupun mereka sekadar menjalankan tugas. lagipun pengawas itu adalah kawan-kawan kita juga.
kita selalu rasa yg pengawas itu anak emas cikgu.
pada yg tak suka terutama yg ada masalah disiplin, akan kata mereka 'balaci' cikgu.
tak kurang jugak yg cemburu pada pengawas, sebab mereka tak terpilih.
pengawas adalah kalangan yg terpilih di sekolah. ada yg pintar di kelas, aktif bersukan atau berpersatuan atau dilihat oleh guru mempunyai ciri-ciri kepemimpinan.
dulu ada pengawas yg ditugaskan berada di pintu masuk sekolah. berbekalkan buku nota, mencatat nama pelajar yg lewat sampai ke sekolah.
senarai nama itu akan diserah pada cikgu disiplin.
kalau yg terlalu kerap lewat, akan dikenakan tindakan disiplin.
sebab tu ada pelajar yg lewat sampai, akan melencong ke tempat lain dan ponteng sekolah.
bagi mereka lebih baik tak pergi sekolah, daripada kena tindakan.

zaman sekolah itu dah lama berakhir bagi aku.
kini aku di alam pekerjaan.
dulu masa aku mula-mula kerja, ada sisitem punch card. kalau lewat sampai ke ofis, warna punch card akan bertukar merah. kalau banyak sangat warna merah daripada biru, kita akan ditegur oleh boss.
secara automatik, pekerja mematuhi peraturan masuk pejabat ikut waktu.

tapi ada jugak yg suruh kawan tolong punchkan.
atau ada yg punch masuk tetapi lepas tu melilau entah ke mana dengan urusan peribadi. atau melepak di kantin.
bagi yg jujur, peraturan itu tetap dipatuhi. tetap datang awal. tak pernah minta tolong kawan punchkan. atau punch masuk lepas tu menghilangkan diri.

dalam era teknologi canggih, pelbagai sistem kedatangan diperkenalkan. alasan utamanya untuk memastikan staf berdisiplin. tetapi seperti dalam entri aku sebelum ini, adakah disiplin pekerja hanya diukur dengan ikut waktu pejabat dibuka? dalam masa sama sistem tersebut diperkenal kerana ada 'segelintir' staf yg tidak berdisiplin. kepada staf yg jujur, ikut waktu, tak pernah lewat...tentunya tidak adil bagi mereka jika sesekali terlewat kerana sebab-sebab yg di luar kawalan.

maknanya sistem ini tak ubah macam sistem pengawas di sekolah dulu. bagi yg jujur tetapi datang lewat atau ada masalah bas/pengangkutan, mereka tetap tertakluk pada sistem itu. walaupun yg hendak didisiplinkan hanya segelintir tetapi mereka masih terus dengan 'aktiviti' mereka. itulah yg berlaku di kompeni aku sekarang. tak ubah macam budak sekolah yg diawasi pengawas!

adehhhh...bosan!

~ terbaik atau terbalik ~

Nov 2, 2010

petang semalam aku diarahkan untuk ke JB. bulan depan.
bermalam di sana. buat tempahan flight & hotel.
mewakili kompeni ke majlis malam anugerah. buku terbitan kami yg aku tangani menang lagi.
demikian aku dimaklumkan. surat daripada penganjur anugerah diterima oleh boss.
buku daripada pengarang yg sama ini memenangi anugerah utama pada majlis anugerah tahun lalu.

pagi ini, aku mula buat perancangan dan nak buat tempahan apa yg patut.
semasa aku semak semula surat tersebut didapati, buku yang kami calonkan hanyalah pemenang anugerah saguhati, bukannya hadiah utama seperti yg dimaklumkan oleh boss.
ada sedikit kesilapan & salah makluman, rupanya.
pengarang sama menang anugerah utama tahun lepas.
mungkin sebab itu karyanya tak menang tahun ni, sekadar hadiah sagu hati yg diberikan.
cuma aku nak tengok buku yg memenangi anugerah buku terbaik tahun ini memang benar-benar terbaik dan melalui proses penilaian juri yg telus.
kalau betullah sekadar memberi peluang kepada penulis lain pula disebabkan pengarang sama sudah menang, tak patutlah dan tak wajar.

kalau dah anugerah mencari yg terbaik, waima biar pun orang yg sama memenanginya berturut-turut atau muka yg sama, apa masalahnya?
sama jugaklah dalam pertandingan sukan, kalau individu atau pasukan yg konsisten, merekalah yg jadi pemenang. hatta saban tahun pun tak mengapa. sebab mereka memang diakui terbaik.

~ merobotkan manusia ~

Nov 1, 2010

minggu lepas aku terkejut dengan sikap kompeni aku yg mahu memperkenalkan sistem kerja mengikut unit produktiviti. dinisbahkan dengan gaji setiap bulan. setiap kerja harian akan didibahagikan dengan kadar per unit produk yg dihasilkan.

maknanya, kalau kapasiti mesin boleh berputar dan menghasilkan seribu keping belacan sehari, maka pekerja dikompeni aku juga perlu menghasilkan 30 pucuk surat sehari bagi seorang kerani.
kalau takde 30 pucuk surat yg hendak ditaip, maka taiplah surat kepada ruangan forum pembaca untuk dihantar ke akhbar atau surat soal selidik untuk dihantar kepada sesiapa saja ke seluruh dunia. tak kiralah ianya berfaedah atau tidak. asalkan menepati kadar sehari, 30.

bagi seorang penyambut tetamu pula perlu menjawab panggilan telefon dengan kadar purata 5o panggilan sehari. atau berhubung dengan pelanggan yg datang sebagai tetamu 50 orang setiap hari.
kalau, satu-satu hari itu kurang panggilan telefon, gunakan telefon sendiri untuk buat panggilan masuk ke ofis. atau suruh sedara mara telefon ke ofis untuk cukupkan kuota menjawab 50 panggilan sehari. sama jugaklah kalau dalam sehari atau di hujung bulan didapati tak ramai tetamu yg berkunjung, ajaklah jurujual datang atau sedara mara datang melawat ke ofis. lagipun boss bukannya tahu, mereka tu tetamu atau tidak. buat rombongan lagi baik, lagi ramai. boleh lebih kuota!

tak cukup dengan itu, mulai bulan ini kompeni induk memperkenalkan pula sistem disiplin yg baru. sistem ini untuk memastikan semua staf mematuhi didiplin. sebab selama ni memang staf langsung tak berdisiplin, masuk atau balik ikut suka hati aje. ramai yg ponteng kerja, beli mc dan kalau kerja pun ramai yg mengular serta lepak di kompleks beli belah. jadi sistem ini sangatlah berkesan. anehnya cuma sistem ini hanya menekankan soal datang lewat ke pejabat. hal-hal lain tu lantak ajelah. kalau nak buat bisnes MLM, layan fesbuk, chatting ke...tak mengapa asalkan mematuhi perturan datang mengikut waktu ke pejabat. soal datang lewat merupakan satu-satunya punca yg menyebabkan faktor lain seperti prestasi kerja termasuk produktiviti merosot. kalau sistem ini berjaya, sudah pasti produktiviti melonjak 4 kali ganda. jadi dengan hanya memastikan semua pekerja datang ikut waktu, masalah disiplin selesai.

sesiapa yg datang lewat akan diberi mata kumulatif. kalau melebihi 3 hari sebulan akan ditolak gaji. ya, tak kiralah engkau tinggal di nilai, macam aku yg kena bertolak ke ofis selepas sembahyang subuh di kala orang lain masih nyenyak tidur termasuk boss-boss dan mereka yg mereka cipta sistem yg genius ini!

kalau ada eksiden dalam perjalanan, atau tayar pancit atau faktor lain. kenalah ada bukti, misalnya bawak tiub tayar yg pancit itu bila datang ke ofis. ataupun ambik gambar kemalangan yg berlaku. atau sekurang-kurangnya rakam temu bual dengan mangsa kemalangan sebagai saksi yg mereka adalah punca kesesakan yg menyebabkan kita lewat sampai ke ofis...mudah saja!

kepada kompeni aku & pengurusannya, setinggi tahniah kerana berjaya menukar pekerja mereka menjadi robot tanpa memerlukan kos yg tinggi atau melibatkan R&D. dengan adanya langkah proaktif ini akan memajukan kompeni ini sejajar dengan hasratnya mencapai ranking no. 1 dalam ranking dunia sebagai kompeni terbaik.

~ sama nama, lain tempat ~

aku diminta mewakili boss bertemu seorang bergelar profesor.
janji temu dibuat melalui seorang staf yg menyampaikan maklumat kepada aku.
dia memberikan aku masa dan lokasi pertemuan itu. dua hari sebelum pertemuan sebenar.

pada pagi janji temu yg dijadualkan, profesor tersebut menunda masa pertemuan, lewat sejam.
tak mengapalah, asalkan aku diberitahu lebih dulu.
sementara menunggu janji temu itu, aku ke bank dan kemudiannya ke kedai buku.
nak buat rujukan sikit berkaitan buku-buku yg sedang aku tangani.
bila hampir tiba waktu, aku pun tuju tempat pertemuan yg diaturkan.
aku tahu tempat itu, tetapi ada masalah parkir kerana kerja-kerja pembinaan bangunan di sekitarnya.
mujur jugak dapat petak parkir kosong. walaupun agak jauh sedikit. aku perhatikan beberapa pemandu lain, berlegar-legar atau tawaf mencari petak kosong.

waktu pertemuan ialah jam 12:00. sebaik sampai ke sana, aku ditelefon oleh staf yg profesor tersebut sedang menunggu aku. aku maklumkan yg aku dalam perjalanan.
sesampai 'di situ' aku pun menelefon profesor itu. bertanyakan di manakah lokasi bilik pertemuan itu. sebab aku sudah berlegar-legar di bangunan itu beberapa ketika tetapi tidak menemui 'vip room' yg dimaksudkan.

prof. itu hairan, kerana dia memang menunggu aku di situ. macam mana boleh tak jumpa?
selepas 'bertukar-tukar' maklumat sedarlah kami, bahawa aku sudah tersalah tuju tempat. nama tempat yg sama tetapi lokasinya di bangunan lain. malah di tempat lain sebenarnya.
ini sebenarnya gara-gara maklumat salah yg diberi oleh staf aku.

lalu aku pun, menelefon semula staf aku. dengan suara yg sedikit tinggi. staf tersebut tidak mengaku salah sebaliknya mengaku dia tidak memberikan maklumat lengkap. hanya menyebut nama bangunan dan tempat tetapi bukan lokasi penuh. maksudnya ada dua nama tempat dan bangunan yg sama tetapi di lokasi yg berbeza. dan nasib aku tak baik menuju ke bangunan yg lebih dikenali ramai.

lalu aku pun berpatah balik dan menuju ke lokasi pertemuan yg dimaksudkan dan dibetulkan oleh prof. tadi. waktu agak suntuk. waktu itu sudah jam 12.20 pm. melewati waktu rehat hari jumaat. tapi aku usahakan juga kerana sudah berjanji.

sampai ke lokasi kedua, sekali lagi masalah parkir menjadi halangan. aku terpaksa parkir jauh.
sampai di sana aku bertanyakan 2-3 orang akan lokasi yg dimaksudkan. tidak ada yg tahu. malah seorang daripada mereka, yg aku percaya salah seorang staf di situ menyatakan bangunan yg aku cari terletak di tempat yg aku sudah sampai awal tadi.

jadi, aku ambil keputusan menghubungi prof. tersebut.
dia menyatakan yg waktu sudah tersasar. dan kini dia sedang mempengerusikan satu mesyuarat lain. dalam nada yg agak sinis dia menunda pertemuan ini kepada satu tarikh baru.
aku hanya mampu memohon maaf atas kesilapan atau salah komunikasi yg berlaku.

~ sms daripada tan sri ~

Oct 31, 2010

10:30 malam minggu.
sms berbunyi "asalamualaikum. apa khabar datuk, sihat?"
nombor tak dikenali.
siapa gerangannya.
adakah sekadar gurauan daripada kawan lama.
atau sekadar tersalah nombor.
selepas berfikir sejenak
aku balas sms itu "waalaikumsalam. khabar baik. tan sri sihat tak?"
sms itu tidak berbalas atau berjawab.

~ eksiden yang sengaja ditempah ~

Oct 29, 2010

pagi ini hujan.
aku sudah menjangkakan akan berlaku kesesakan lebih daripada hari-hari biasa.
tetapi tidaklah seteruk yg aku jangka seperti pagi ini.
berlaku kemalangan yg mengganggu perjalanan. di lebuh raya sg besi. betul-betul di bawah lebuh raya nkve bkt jalil-ulu klang.
sebuah lori terbalik di kanan. manakala sebuah van tergolek dalam parit di sebelah kiri.
lori yg terbalik itu menutup laluan dua daripada tiga lorong.
sekali lagi, lori memandu di lorong paling laju. ape kejadah.
melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya lalu terbalik.
sekali lagi punca kemalangan disebabkan sikap pemandu dan memandu dalam kelajuan tinggi.
had kelajuan di lebuh raya sg besi ialah 80km/j sahaja.
tapi sepanjang memandu melaluinya, hampir 70-80% pemandu tidak mematuhinya. termasuklah kenderaan berat seperti lori dan bas.
bila dah terjadi kemalangan, bukan sahaja menyusahkan diri tetapi juga pengguna yg lain.