~ merobotkan manusia ~

Nov 1, 2010

minggu lepas aku terkejut dengan sikap kompeni aku yg mahu memperkenalkan sistem kerja mengikut unit produktiviti. dinisbahkan dengan gaji setiap bulan. setiap kerja harian akan didibahagikan dengan kadar per unit produk yg dihasilkan.

maknanya, kalau kapasiti mesin boleh berputar dan menghasilkan seribu keping belacan sehari, maka pekerja dikompeni aku juga perlu menghasilkan 30 pucuk surat sehari bagi seorang kerani.
kalau takde 30 pucuk surat yg hendak ditaip, maka taiplah surat kepada ruangan forum pembaca untuk dihantar ke akhbar atau surat soal selidik untuk dihantar kepada sesiapa saja ke seluruh dunia. tak kiralah ianya berfaedah atau tidak. asalkan menepati kadar sehari, 30.

bagi seorang penyambut tetamu pula perlu menjawab panggilan telefon dengan kadar purata 5o panggilan sehari. atau berhubung dengan pelanggan yg datang sebagai tetamu 50 orang setiap hari.
kalau, satu-satu hari itu kurang panggilan telefon, gunakan telefon sendiri untuk buat panggilan masuk ke ofis. atau suruh sedara mara telefon ke ofis untuk cukupkan kuota menjawab 50 panggilan sehari. sama jugaklah kalau dalam sehari atau di hujung bulan didapati tak ramai tetamu yg berkunjung, ajaklah jurujual datang atau sedara mara datang melawat ke ofis. lagipun boss bukannya tahu, mereka tu tetamu atau tidak. buat rombongan lagi baik, lagi ramai. boleh lebih kuota!

tak cukup dengan itu, mulai bulan ini kompeni induk memperkenalkan pula sistem disiplin yg baru. sistem ini untuk memastikan semua staf mematuhi didiplin. sebab selama ni memang staf langsung tak berdisiplin, masuk atau balik ikut suka hati aje. ramai yg ponteng kerja, beli mc dan kalau kerja pun ramai yg mengular serta lepak di kompleks beli belah. jadi sistem ini sangatlah berkesan. anehnya cuma sistem ini hanya menekankan soal datang lewat ke pejabat. hal-hal lain tu lantak ajelah. kalau nak buat bisnes MLM, layan fesbuk, chatting ke...tak mengapa asalkan mematuhi perturan datang mengikut waktu ke pejabat. soal datang lewat merupakan satu-satunya punca yg menyebabkan faktor lain seperti prestasi kerja termasuk produktiviti merosot. kalau sistem ini berjaya, sudah pasti produktiviti melonjak 4 kali ganda. jadi dengan hanya memastikan semua pekerja datang ikut waktu, masalah disiplin selesai.

sesiapa yg datang lewat akan diberi mata kumulatif. kalau melebihi 3 hari sebulan akan ditolak gaji. ya, tak kiralah engkau tinggal di nilai, macam aku yg kena bertolak ke ofis selepas sembahyang subuh di kala orang lain masih nyenyak tidur termasuk boss-boss dan mereka yg mereka cipta sistem yg genius ini!

kalau ada eksiden dalam perjalanan, atau tayar pancit atau faktor lain. kenalah ada bukti, misalnya bawak tiub tayar yg pancit itu bila datang ke ofis. ataupun ambik gambar kemalangan yg berlaku. atau sekurang-kurangnya rakam temu bual dengan mangsa kemalangan sebagai saksi yg mereka adalah punca kesesakan yg menyebabkan kita lewat sampai ke ofis...mudah saja!

kepada kompeni aku & pengurusannya, setinggi tahniah kerana berjaya menukar pekerja mereka menjadi robot tanpa memerlukan kos yg tinggi atau melibatkan R&D. dengan adanya langkah proaktif ini akan memajukan kompeni ini sejajar dengan hasratnya mencapai ranking no. 1 dalam ranking dunia sebagai kompeni terbaik.

0 refleksi: