- entri raya yang tercicir -

Aug 31, 2013


oops ada entri raya yg tercicir.
open house raya kompeni aku minggu lepas.
dah terlajak sikit, rakamkan dalam blog ni dalam bentuk gambar aje la...kan




- i know what you did yesterday -

Aug 30, 2013


menghadiri majlis launching di UM

adalah kat celah-celah tu...

refreshment di majlis ni ada class...

sebelah malamnya.
ada orang nak celebrate dah cukup puasa 6. ternampak iklan ni...

huh...tak patut

balik dari makan pizza, terus insaf....
 register membership kat gym  ni...mr act (bukan hyper act hehe)

- ahli rombongan pengantin tak berdaftar -

Aug 29, 2013


kengkadang kalau kita pergi apa-apa majlis.
ada meja makan yang dah direservekan.
untuk tetamu khas, katanya.
menu yg dihidang pun, spesel sikit.
ataupun dihidang, tak payah beratur panjang tunggu giliran ambik buffet.

tak semua majlis macam tu.
ada yg layan kita sama rata, sama rasa.

ahad lepas, lepas makan kenduri di majlis kahwin di kawasan kejiranan.
kami ke shah alam. jemputan kenduri kahwin jugak.
agak lewat lah sampainya.
kebetulan masa kami sampai tu, rombongan pengantin pun sampai jugak..
pasangan pengantin berarak menuju ke majlis diiringi kompang.
kami sekeluarga 'terperangkap' dalam rombongan tu.
jadi, terpaksalah berarak sama-sama dengan pengantin dan rombongannya.

kami disambut oleh penyambut tetamu.
mungkin menyangkakan kami sekeluarga ialah anggota rombongan pengantin.
kami diminta duduk di bahagian tetamu khas.

tanpa membantah, kami ikut saja...ha ha ha
dapat makan menu yg spesel sikit.
dan goodies pun spesel jugak.
layanan pun spesel, mesra je.

ahli rombongan agaknya  pun heran kenapa kami didudukkan dengan mereka sekali.
selepas perut kenyang dan berjumpa tuan rumah, kami pun beredar.

mungkin ada penyambut tetamu yg heran kenapa kami datang tadi ikut rombongan pengantin, tapi bila balik, sendiri-sendiri je...he he he



- dia panggil aku sir, aku panggil dia der -

Aug 27, 2013


petang sabtu lepas kemas-kemas open house tu, aku tengah drive balik dari rumah kak lang,
kat belakang ada beberapa lagi kereta, mengekor.
biasalah, jalan kampung, sempit sikit.
kena bawak slow.
kalau kereta berselisih, kena bagi laluan, senget-senget kan kereta sikit kalau takde ruang kat tepi jalan.
kat depan, aku nampak ada satu kapcai.
ditunggang oleh seorang lelaki.
waktu nak berselisih, aku pun angkat tangan.
tanda give and take. memberi dan menerima.
tapi, tiba-tiba kapcai tu berhenti betul-betul depan tingkap aku.
tangannya bagi signal supaya aku turunkan cermin tingkap.
eh, apasal lak ni.
aku ada buat salah ke?

"wey...lama tak jumpo waghih...apo kabar " (hai kawan, lama tak jumpa apa khabar).
sapanya, macam kenal benar dia akan aku.
ibarat kawan baik yg dah lama tak jumpa.
dia menghulurkan tangan. kami bersalaman.

"baik. ekau macam mano, sehat ko?" aku cuba memancing. dan mengagak-agak, siapa sebenarnya mamat tu.

"den kau tengok la badan ni. makin sehat. bulaattt!" katanya mesra. matanya tersorok di balik spek hitam.

"tak nampak pun kek tompek (kat tempat) makan-makan tadi..." aku cuba serkap jarang.

"tu la deh, baghu nak poei ni ha..." balasnya.
"kalau den tak togur (tegur) tadi, kau tak perasan kan..."usiknya

"memang tak perasan, sobab (sebab) ekau pakai spek itam " aku masih nak cover line. walhal memang aku tak kenal/tak ingat siapa gerangannya orang tu.

sambil tu aku perhati dari cermin pandang belakang, dan cermin sisi.
driver kereta-kereta lain kat belakang dah mula gelisah.
kejap lagi, gerenti diorang hon, marah-marah.
sebab kita orang dah block jalan.
mungkin diorang dah mula nak jerit "woi, nak borak pegi tempat lain la, nyusahkan orang!"

"ok lah. maghah (marah) lak orang nanti. sonang-sonang (senang-senang) datanglah ke rumah."
pelawanya sambil tersengih.


******

beredar dari situ.
wifey bertanya "sapa tu?"

"entah. tak ingat la..." jawab aku sambil menggaru-garu kepala.

"huh...dah agak dahhh. macam tu la selalunya..." wifey menyindir.

yep. aku memang ada masalah sikit.
nak mengingat wajah orang. hatta, nama diorang lagilah tak ingat.


******

tengah hari tadi.
aku nak ke bank. nak setelkan ansuran kereta.
terpacak jap, nak lintas jalan.
lunch hour, memang trafik sibuk sikit.

jalan yg aku nak lintas ni, laluannya dua hala.
ada sebuah kereta di seberang jalan arah bertentangan, memperlahankan keretanya.
drivernya bunyikan hon.
kemudian menurunkan cermin tingkap.
dia melambai-lambai ke arah aku.
aku toleh ke kiri-kanan. takde siapa di tepi jalan tu.
aku sorang je. mungkin dia salah orang.
tapi kemudian, dia menjerit nama aku.
ya.... dia kenal aku.
masalahnya, aku tak kenal dia.
dia berkata sesuatu. tapi aku tak berapa dengar apa yang cuba diberitahunya.

malangnya, disebabkan trafik sibuk.
dan kereta di belakangnya dah mula hon
dia terpaksa bergerak ke arah bertentangan.

...dan aku meneruskan perjalanan ke bank.
sepanjang menunggu giliran tadi.
aku masih cuba mengingat-ngingatkan.
siapa yg tegur dan hon aku tadi, yek?

masalah aku untuk mengingat orang, semakin kronik...!
kalau diorang tau, aku tak kenal dah.
tentu diorang kecik hati kan...



- open house raya yang biso bonar. . . ! -

Aug 26, 2013


sabtu lepas seperti tahun-tahun sebelumnya, kampung kami mengadakan majlis open house raya.
seperti sebelum ni jugak, laman rumah kak lang menjadi tapak sebagai tuan rumahnya.

kali ini kita kasi up sikit supaya lebih meriah.
kita tak pakai buffet, atau gotong-royong masak sendiri (geng tukang masak kampung yg dah veteran, tak larat dah), atau katering.
kita buat stail open house macam vip.
guna port atau stesen makanan.

tahun ni jugak kita jemput artis/retis.
campur-campur. ada artis top, artis  pertengahan, pop yeh yeh pun adooo....
pendeknya untuk semua peringkat lapisan masyarakat la.
tahun ni yg datang ialah nabil raja lawak, angah raja lawak, hail amir, dato' a rahman hassan, farhan AF, dan zul handy black.
selain 'artis residen kampung'' yg berbakat.

boss kepada usu, datuk seri shafie afdal pun ada datang jugak.
sesuai benarlah sebagai menteri kemajuan luar bandar, tanah dan wilayah.
menteri macam nilah kita nak,
yg sanggup turun padang. jumpa orang kampung...!

makan pun mewah. ada sate, mee kari, rendang dan lemang, lontong, nasi biryani, macam-macam jenis air, durian entah berapa karung terus dari ladang ( terima kasih abang amir) dan kambing golek. ya, kambing golek 5 ekor....!

ini barulah open house, biso bonar...!
tak payah tulis panjang, gambar-gambar ni menceritakannya.




ada 12 khemah besar


port atau stesen makanan


nasi briyani, sate, mee kari, lontong, lemang dsb

penampilan khas nabil dan angah. buat lawak, games dan menyanyi



nabil dan angah tengah 'mendera' bebudak


nabil dapat tangkap mangsa...



datuk seri shafie afdal, tetamu VIP. siap buat sidang akhbar lagi...


erol pun tumpang semangkuk nak duit raya...


tu dia kambing golek in the making


kambing golek close up


erin tengah menikmati juadah



konvoi geng motor besor pun adoo...


tak kurang 30 superbike


hail amir dengan peminat veteran


zul handy black dengan geng org muda




- gua mau order, kambing golek sekor... -

Aug 23, 2013


sekarang ni bukan je orang buat majlis kenduri kahwin berhabis-habisan (atau berhutang-hutangan).
menu makan yang kebabum.
siap ada wedding planner, pakej fotografi, goodies yg mewah.

open house raya pun grandnya berlawan-lawan.
trend menu kambing golek sekarang ni...

itu hari kawan aku, beriya-iya ajak ke majlis raya kompeninya.
huh...kemain lagi ya.
ada kambing golek rupanya.
nasib baik dia tapaukan.
kalau tak, kempun aku weh...




- sindrom lepas raya . . . -

Aug 20, 2013


agrh... ini tak patut.
memang tak patut...
entah kenapa semasa driving nak ke tempat kerja pagi ni rasa lapar sesangat.
itu yg heran, bukan mengantuk walaupun tidur lewat, tapi lapooor...!

walhal malam tadi, makan heavy lah jugak.
wifey masakkan ikan goreng, daging masak merah, ikan masin siap dengan asam limau, pipis bawang+ lada dan telur dadar.
dan nasi 2 pinggan jugak la.

selalunya, pepagi aku ambik breakfast cereal je.
sementara keluar makan tengah hari.
kalau lapar, aku keluar breakfast dalam pukul 9:30-10.00 kat kafe.
tapi pagi ni, lain macam sangat laparnya.
macam tak makan beberapa hari.

ini bukan main punya lapar.
dah tahap tangan yg pegang stereng kereta pun dah gigil-gigil!!
uh...melampau sangat ni.

dah dekat simpang masuk ofis, aku terus melencong ke kedai makan.
lagipun aku rasa pagi ni sampai awal sikit.
order roti tampal dan teh tarik kurang manis...


lepas makan masih terkulat-kulat.
pekena pulak nasi lemak bungkus.



huh...tak patut.
memang tak patut.
inilah agaknya sindrom lepas puasa dan raya.

bila nak start balik exercise dan brisk walking ni?
asyik blog walking je...hahaha


- terima kasih, lenkali datang lagi ya... -

Aug 19, 2013


"bila kau nak buat makan-makan, kita orang nak datang..." kata achik.
hampir senada je dengan atih, anjang dan andak. tanyakan hal yg sama.
ke diorang dah pakat? dan aku tak tahu...he he he.
eh, ini dah terbalik kot. tetamu yg request nak datang.

maka, hari sabtu lepas, aku aturkan open house kecil-kecilan.
terlanjur dah buat untuk adik-beradik dan sedara mara, baik jemput sekali jiran-jiran dekat rumah.
sekali buat, sekali je penat, kata orang.
sebenarnya kalau buat majlis makan-makan ni, rasa lebih puas kalau semuanya dimasak sendiri.
ya, memang boleh guna pakai katering.....bukannya tak mampu atau kedekut.
tapi lebih afdal dan seronok dapat jamu tetamu yg datang dengan masakan air tangan sendiri.
walaupun, 'tenaga kerja' nya dua orang aje.

oleh sebab tahun lepas menu nasi dagang special recipe mendapat sambutan dan pujian melambung, maka tahun ini ianya dikekalkan.
ditambah dengan menu lontong  (ini aku yg request, siap merajuk lagi kalau wifey tak nak buat...hahaha), rendang daging negori style, nasi himpit, kuah kacang, cheese cake dan kuih serta buah lain.
untuk kanak-kanak (yg selalu kita lupa...menu mereka ringan je sdgkan kita yg heavy dan pedas-pedas)) ada goreng drummet ayam, nuget dan french fries serta gula-gula cokelat dan kacang.

jemputan dibuka mulai 2 petang.
pukul 2 tepat, anak buah aku, aji dan mimah dah ada di muka pintu.
tetamu pertama untuk hari tu.
mereka datang dari shah alam.
kalau ikutkan patutnya dihadkan waktu.
iyalah, open house PM najib pun antara 10pagi - 4ptg kan.
tapi tak sampai hati kepada yang datang lewat. atau ada hal lain.
selagi stok makanan masih ada, kita jamu sajalah.
lagipun memang sengaja bajet masak lebih.

tak sempat nak bergambar. lagipun, memang tak menang tangan.
kalau ada gambar pun, guna kamera atau henfon diorang.




atih dan kak lang, awal-awal dah booking nak buka puasa (puasa 6) kat rumah aku.
'tolong simpan untuk kita orang', pesan mereka.
usu n famili sebenarnya ke majlis kahwin di Ipoh petang tu tapi tetap nak datang jugak walaupun dah malam.

tetamu terakhir yg balik ialah abg kamar n family, sepupu aku dari dengkil.
jam 11.30 malam....!

mereka datang bukan semata-mata nak makan.
bukan selalu dapat jumpa kan...berkumpul, bertanya khabar, borak-borak.
inilah masanya yang dapat diluangkan.
bukan aje makanan yg kita hidang sebabkan mereka berhajat nak datang setiap kali dijemput tetapi layanan juga kenalah sehabis baik.

seronok dan puas hati dapat layan tetamu yg datang.
makan makanan yg kita masak.
hilang rasa penat...

hinggalah esoknya baru terasa sengal-sengal satu badan.
ditambah pulak pinggan mangkuk yg  berlonggok nak dicuci....hehehe

- entri raya yang tertunggak --

Aug 15, 2013


giliran raya kali ni jatuh di Pahang, kampung wifey.
tahun ni jugak turn wifey kena cuti sebelum raya. untuk cover kengkawan sekerja yg ambik turn cuti lepas raya.
hari ahad tu (4 hari sebelum raya) kita orang dah sampai kampung dah.
kiranya, cuti menyambut puasa lebih panjang daripada cuti raya.
sebab ikut 'perjanjian' raya kedua dah kena balik ke kampung pihak yg satu lagi.
kenalah adil dan saksama kan...

1 syawal

raya pertama macam biasa, pagi-pagi ke masjid dulu untuk solat aidilfitri.
siap dengan baju melayu raya, bersampin, bersongkok, baju warna sedondon.
kemudian ikut tradisi, bermaaf-maafan dengan sanak sedara.

kat sini, menu utamanya ialah nasi dagang.
berbanding dekat kampung di nilai,  ketupat dan lemang.
tapi sini pun sebenarnya ada ketupat & rendang, cuma sebagai side dish aje la.


nasi dagang bertambah sedap kalau dimakan dgn memakai baju raya...keh keh


tak dapat bergerak ke mana-mana. hinggalah sampai tengah hari.
sebab tak henti-henti orang datang beraya ke rumah mentua aku.
bila line clear je, kita orang pun kunci rumah dan bergerak secara konvoi 7 buah kereta.
destinasi pertama, tentunya ke pusara arwah pak mentua aku.
kemudian ke rumah sedara-mara.
dari satu rumah ke satu rumah, hinggalah ke maghrib.


2 syawal

esoknya sebahagian keluarga besar dah mula bergerak balik ikut turn jugak.
ada yg ke muar, ke melaka, ke ipoh, ke rawang dan ke nilai...he he he.
akan diambil alih oleh kumpulan famili dan adik beradik yg lain pulak.
aku bergerak lepas solat jumaat.
jalan tak berapa jem sangat sebab aku ikut jalan kampung terus lalu muadzam shah- serting -kuala pilah - seremban - nilai.

sampai di nilai dah petang. singgah menziarah ke pusara arwah mak dan abah dulu.
kemudian ke rumah kak lang.
memang jadi idaman aku ialah rendang daging dimasak kak lang yg guna resepi tradisi arwah mak.
kemudian kita orang join kak lang, atih dan anjang beraya ke rumah andak.
menu spesel rumah andak yg selalunya kita orang request ialah ayam kampung masak lomak cili api.
ayam kampung memang dibela sendiri oleh andak.
fuh memang original la...
disebabkan keletihan dan kekenyangan, malam tu semuanya tidur awal, dan pengsan sampai esoknya.


masakan ayam kampung spesel di rumah andak


3 syawal

sekarang ni majlis kenduri kahwin dah tak ikut musim cuti sekolah.
dekat nak masuk bulan puasa hari tu pun ada kenduri.
hari raya pun orang buat majlis kenduri jugak.
jadi, kena jugaklah memenuhi jemputan kahwin di salak tinggi.
sedara bau-bau bacang.

sekarang ni majlis kahwin tak ikut musim dah...hari raya pun diorang belasah
lepas kenduri, kak lang ajak singgah ke rumah along ijah, sepupu kami.
nasi himpit dengan kuah kacang dan laksa pulak menjadi habuan perut.
perut ni, entah macam mana tak penuh-penuh walaupun diisi tak henti-henti...ha ha ha

4 syawal

achik ajak datang beraya ke rumahnya.
pagi-pagi lagi dia dah telefon. "makan tengah hari kat rumah aku je, tak payah masak!" jemputnya.
pucuk dicita ulam mendatang.
nasi tomato dan mee kari jadi umpannya.

ambik kau, penuh meja...
********

semasa pagi raya hari tu, dengan bangganya aku tunjuk pada wifey seluar baju melayu aku yg longgar dan terlondeh sikit.
terpaksa ikat tali pinggang, ketat-ketat.
tapi, aku rasa kalau aku pakai semula hari ni, gerenti sendat dah....
Oh my RAYA...!


- last kopek cuti raya -

Aug 12, 2013


cerita pasal raya, simpan dulu la.
sebab panjang sangat ceritanya.
entah berapa episod bersambung-sambung baru boleh habis.

isnin syawal ke-5 masih cuti.
wifey dah start kerja.
nak setelkan beberapa urusan.
bukan senang nak dapat cuti panjang.
bila ada peluang begini, kita gunalah alasan nak cuti raya.
kalau tak de sebab, susah gak nak lulus cuti.
tambah lagi sekarang ni pun cuti sekolah.

mula-mula setelkan buat my kad erol.
dah agak memang ramai orang time begini.
baru naik cuti raya.ofis pun baru buka.
dekat sejam setengah jugak menunggu giliran.



dalam masa 2 minggu lagi siaplah.
kata pegawai yg uruskan tu.

kemudian kita orang pergi makan kat kedai mamak depan JPN.
tak de pilihan kedai lain nak makan.
hampir semua masih tutup lagi.

next, pergi setelkan cukai pintu.
tarikh akhir kena bayar 31 ogos ni.
kalau tertunggak tak bayar, silap-silap rumah kita kena sita.

agak terkejut gak.
takde orang kat majlis perbandaran nilai.
aku ambik nombor giliran je, terus kena panggil.


last sekali singgah kedai dobi.
ambik baju yg dihantar ke kedai, sebelum raya hari tu.
yep, last kopek cuti raya yg mendatangkan hasil.



esok dah start kerja.
kerja yg tertunggak  lebih 10 hari, sedang menanti...!

- raya kita tak sama -

Aug 7, 2013


esok kita akan menyambut aidilfitri.
pagi ni terima panggilan telefon, perkhabaran sedih dpd seorang kawan.
nun di batu pahat.
aku jangkakan pada awalnya menerima ucapan selamat menyambut aidilfitri.
spt kengkawan yg lainnya.

rupanya berita menyedihkan pula disampaikan.
ayahnya telah pergi menghadap Illahi.
awal pagi itu.
di saat orang lain bergembira, mereka sekeluarga pastinya berduka.

"raya tahun ni pastinya suram..." antara ungkapannya.

ya, aku faham.
benar-benar faham.
sudah bertahun-tahun aku melaluinya.

raya kita takkan pernah sama tanpa kehadiran ayahanda bonda di aidillfitri.
kepada yg masih punya ayah bonda, hargailah detik bersama mereka.
seboleh mungkin raikanlah hari raya bersama mereka.

- siri bercakap dengan erin . . . 22 -

Aug 1, 2013


"papa, betul ke manusia asalnya dari kera..." tanya erin pada aku dengan muka berkerut.

aku faham maksudnya.
aku pun pernah belajar dulu.
teori evolusi Darwin, yang menyatakan asal-usul manusia berasal dari kera.
sudah namanya pun teori, tidak semestinya betul.
akan muncul teori-teori baru terkemudian yang menyanggahnya.

"siapa cakap?" aku cuba mencari punca.

"cikgu..."

"erin percaya ke...?" aku sengaja menduga.

"takkan la..." jawab erin serius.
"dulu ustazah ada cerita manusia sebenarnya berasal daripada nabi Adam..." ada sinar pada mata erin.

"ya. kita ni orang Islam. dalam Quran ada cerita yang manusia pertama ialah nabi Adam.
kita wajib percaya pada Quran..." aku bagi jelas pada erin.

aku tak mahu, kanak-kanak sekecil erin jadi keliru.