- taktik terbaru pembuli jalan raya -

Oct 30, 2013


hati-hati terutama lady driver...!
ini diceritakan sendiri oleh seorang kawan perempuan aku.
nyaris jadi mangsa kaki buli jalan raya 2-3 hari lepas.

kisahnya begini.
semasa berhenti di lampu isyarat merah.
tiba-tiba dia terasa keretanya berlanggar dengan kereta depan.
tapi dia pasti, dah tekan brek.
kemungkinan, kereta di depannya mengundur dan melanggar keretanya.

driver kereta depan keluar. seorang lelaki cina, dalam umur 40-an, botak.
dia memeriksa belakang keretanya.
kemudian menyuruh kawan aku tu keluar dari keretanya.
dia marah-marah mengatakan yg keretanya kena 'langgar'.
memang ada kesan kemek dan calar pada bahagian bawah bumper kereta.

ikut logik, kereta kawan aku tu (jenis 4-wheel drive) lebih tinggi daripada kereta tu.
kalau dia yg langgar tentu kena bahagian atas, bukannya bahagian bawah yg kemek tu.
tapi driver kereta depan tetap salahkan dia dan mintak ganti rugi duit.
panik dan takut, kawan aku tu hulur RM100 pada driver tu.
lelaki tu tak puas hati. dia mintak lebih.
kawan aku tu cakap, "kalau macam tu kita report polis aje la..."
orang tu jadi makin marah. dan meluru ke kereta kawan aku tu dan capai beg tangannya.
kawan aku cuba merampas kembali beg tangannya.
berlaku tarik-menarik antara mereka.

nasib baik, tiba-tiba muncul seorang lelaki cina muda, memperkenalkan diri sebagai polis.
waktu tu dia di luar tugas, sebab tak pakai uniform.
polis tu bercakap sesuatu dalam bahasa cina.
mungkin dia bagi amaran pada driver tu supaya jangan bertindak kasar dan memulangkan semula beg tu.
driver tadi tu nampak gelabah dan terus meninggalkan tempat kejadian dengan tergesa-gesa.
kawan aku tu tertanya-tanya apa yg berlaku.
polis tu bagitahu "saya warning dia, kalau orang langgar pun dia tak boleh berkelakuan kasar, rampas beg tu. polis boleh tangkap. ini kira kes road bully..."

polis tu jugak cakap ada kemungkinan itu hanyalah taktik driver tu nak buli pemandu lain. terutama pemandu perempuan yg memandu seorang diri.
mungkin dia sengaja mengundurkan keretanya dan kemudian mendakwa keretanya dilanggar dari belakang.
macam-macam kes yg diadukan dan dilaporkan pemandu kereta ke balai polis.
macam-macam taktik licik digunakan oleh pembuli ni untuk 'mengenakan' pemandu jalan yg lain.



***********

petang semalam, semasa kereta aku berhenti di lampu trafik merah.
tiba-tiba kereta di depan aku mengundur.
cepat-cepat aku tekan hon. sekuat hati.

segera aku teringatkan kejadian yg dilalui kawan aku tu.
aku dah sedia dengan sebarang kemungkinan.
driver kereta depan sempat membrek sebelum terlanggar kereta aku.

kemudian, drivernya keluar.
seorang lelaki cina. tapi muda, kurus dan berambut lebat.
dia mengangkat tangan tanda mintak maaf.
sambil menunjukkan botol air.
mungkin nak bagitahu, dia nak ambil botol airnya yg  terjatuh.
dan tak sedar yang keretanya mengundur dan hampir melanggar kereta aku....


1 kilometer = 1 biji apam beras, 6 keping kerepek ubi kayu

Oct 28, 2013

 

untuk jaga kesihatan atau 'jaga badan' kena kontrol makan.
bukan kontrol berapa banyak makan tapi apa yg kita makan.
jaga makan je tak cukup, kena exercise.
nak senaman tak perlu pergi gym.
kat sekitar rumah pun boleh.

aku ni bab joging, jarang benar.
alasan penat, takde masa dah jadi mainan mulut.
sebab tu bila sesekali joging, rasa semput wehh.
oleh sebab tak jadikan amalan, kengkadang bila rajin, tiap hujung minggu.
kengkadang sebulan sekali pun payah.

kata seorang kawan. tak payah nak joging sangat.
berjalan pun dah cukup. jalan laju atau brisk walking katanya.
lebih elok kalau dapat 10,000 langkah bersamaan 6 km
mula-mula buat 1,000 langkah pun tak pe.
kemudian tambah lagi 2,000 dan seterusnya.

nak bagi lebih semangat, cuba tukar-tukar tempat.
hari ni kat tempat lain. esok kat tempat lain pulak.
hari ni kat tepi tasik ni, esok kat trek tepi jalan, minggu depan kat taman awam.

hujung minggu hari tu, aku ke satu taman.
kecik je tempatnya.
tapi aku tertarik dengan poster besar kat situ.

wahhh...ini boleh buat aku lebih semangat.

berjalan 2 km membakar kalori 97kkal (1 gelas minuman bergas, 1 potong kek)
berjalan 6 km membakar kalori 290kkal (1 pinggan mee goreng, 1 ketul ayam goreng madu)

- waktu rehat kena patuh, katanya -

Oct 25, 2013


petang semalam erin pesan, minta belikan water colour.
sebab hari jumaat ada ujian pendidikan seni.
macam biasa, kalernya dah habis buat main.
erol pulak pesan, minta belikan burger.

jadi lepas ambik eril dari sekolah petang.
aku singgah lah kedai burger dulu.
lepas tu cadangnya nak ke kedai alat tulis.
memang kat kedai lain pun ada jual.
tapi kat kedai tu tentunya lebih banyak pilihan.
oleh sebab sekarang ni waktu maghrib masuk lebih awal.
jadi lepas beli burger aku dengan eril pun jalan laju-laju ke kedai alat tulis tu.

dalam kedai aku nampak ada beberapa orang pelanggan.
tapi kat pintu masuk kedai ada seorang pekerja berdiri di situ.
aku pun rasa pelik.

aku pun bagi signal tangan nak masuk.
mintak laluan.
ditahannya pintu supaya aku tak dapat masuk.
tapi dia tunjuk-tunjuk pada satu kertas yg ditampal pada pintu cermin tu.
"waktu rehat 7:00 - 8:00 malam"

aku pun tengok jam di tangan.
tepat jam 7:00.

ini la bisnes orang melayu.
pasal rehat tak boleh lewat seminit langsung.
walhal pelanggan datang nak beli, nak bagi diorang duit.
bukannya nak merompak...!
lagipun masa tu bukannya pelanggan tengah berduyun-duyun datang.
yang ada, aku dengan eril je pun

sharp pukul 7:00 dah tutup.
kalau bank ...atau train atau lrt atau naik kapal terbang.
mungkin aku boleh terima lah. kena ikut jadual.
aduhai, pasal masa rehat aje pun tak nak tolak ansur langsung.

aku tak pastilah. sharp pukul 8:00 diorang bukak balik.
tunggu depan pintu siap-siap nak bukak.
jangan harap....!

"takpelah. kedai lain ada.... lenkali tak payah beli kat kedai ni" aku cakap pada eril.
...kan dah hilang pelanggan.

- tribute untuk jurutol bernama sabri -

Oct 24, 2013


sudah berpuluh tahun aku memandu.
entah berapa banyak tol yang aku bayar pun tak terkira.
beribu dah agaknya...

entah berapa ramai pulak jurutol yg terima duit tu.
ada yg ucap terima kasih. ada yang senyum je. ada yg muka masam mencuka.
itu normal. sebab mereka pun manusia macam kita jugak. ikut mood.
aku rasa ramai di antara kita  tak pandang pun muka jurutol, masa kita membayarnya.
hulur duit ikut tingkap, ambik baki atau resit kalau ada. lepas tu pecut dan blah...
tambah pulak sekarang ni ada touch n go atau smart tag. tak payah dah jurutol.
mungkin pada masa depan, khidmat jurutol pun mungkin  pupus.

selalunya, belah pagi nak ke tempat kerja aku guna touch n go sebab nak cepat dan elak sesak kat plaza tol.
balik kerja belah petang, aku bayar tunai je.
lagipun malas nak top up touch n go kerap sangat.
tambahan pulak macam aku ni dari tol sg besi ke nilai rm4.70 sehala.
kejap aje habis kreditnya.

tak pernah sekali pun aku terfikir akan berlaku hal pada satu petang beberapa hari lepas....


***********

sampai aje di plaza tol nilai.
aku pun hulur kad transit.
kemudian macam biasa aku keluarkan duit dari wallet.

eh....wallet mana?
argh...aku pun tercari-cari wallet. yg biasa aku letakkan di satu ruang pada dashboard.
aku cari ke bawah. kot-kot terjatuh ke lantai kereta.
takde.
aku seluk poket seluar.
takde,

"kejap ya..." aku bagitau jurutol.
aku cari dalam beg.
takde jugak.

"aiseh...saya tertinggal wallet la..." aku mengaku dengan jujur. bukan taktik nak elak bayar tol.

"macam mana yek...?" aku sedikit gabra. sambil kereta di belakang dah mula berbaris.

"takde duit lain ke incik. duit syiling ke?" tanya jurutol.

"kad touch n go tak boleh pakai ke. cover duit cash...?" aku bertanya dalam gelisah.

"tak boleh. sebab tadi incik lalu lorong tunai..." jelas jurutol. sopan.

"abis macam mana ni. betul-betul tak perasan wallet tertinggal. ke tercicir ke. satu sen pun takde ni...camne nak bayar tol..." aku mintak simpati.

"macam nilah. saya bayarkan untuk incik. kalau incik lalu sini lagi.
ada rezki saya, incik bayarlah balik...." kata jurutol lelaki lebih kurang sebaya aku.

"sapa nama ya...." tanyaku. lagipun aku memang hari-hari lalu tol tu.

"sabri..." jawabnya pendek. sambil menaikkan palang supaya aku boleh pandu lalu.

"terima kasih ya..." balas ku dengan rasa lega.
takde niat nak menipu ke apa ke.
memang betul-betul tak tahu, wallet aku dah tercicir ke.
seingat aku. keluar ofis tadi, tak singgah ke mana-mana. isi minyak ke apa ke.
kemungkinan besar tertinggal kat ofis.

maknanya.
aku memandu tanpa lessen. tanpa duit. tanpa my kad. tanpa ada apa-apa.
sehelai sepinggang je.
syukur takde apa-apa jadi sepanjang pemanduan.


********

esoknya.
perkara pertama yg aku buat bila sampai ofis.
cari di manakah gerangan wallet.
lega sekali bila nampak wallet ada dalam laci meja.
waduh...kenapa lah cuai sangat.
tak pernah dalam sejarah boleh teringgal wallet yg kandungannya maha penting.

petang tu bila lalu plaza tol nilai.

"assalamualaikum cik...." aku beri salam kepada jurutol perempuan. takut jugak nanti dia ingat aku nak mengorat atau mengayat dia.
aku tak dengar pun dia jawab atau tak.
aku terus je sambung cakap.

"cik kenal tak staf tol ni yang namanya, sabri...?" aku bertanya sesopan yang mungkin supaya tak disalah anggap.

"kenal..." jawabnya pendek. mungkin dia musykil gak.

"boleh tolong saya tak. bagi duit ni pada dia. semalam saya lalu sini tak bayar tol. sebab wallet tertinggal. jadi sabri tolong bayarkan..." aku terus aje cakap tanpa ada fullstop.
sambil aku hulur duit nota rm5.

"tolong ya..." aku pesan lagi.

"insyaAllah, nanti saya bagi kat dia...." balas awek jurutol tu sambil senyum tanda faham.

dalam hati aku.
huh...baik-baik belaka dan sopan jurutol kat nilai ni.

dan aku rasa lega dapat ganti balik duit yang didahulukan oleh sabri, petang sebelumnya.
masih ada orang yg baik hati, sudi menolong dan bertimbang rasa dalam dunia ni.
lain kali kalau aku lalu tol, aku akan pandang wajah mereka, senyum dan ucap terima kasih.
tak kesahlah kalau mereka ingat kita nak mengorat ke atau tak siuman ke.
walaupun mereka yang sepatutnya ucap terima kasih sebab ambik duit kita...hehehe
ini pengajaran buat aku juga supaya tidak cuai lagi lain kali...

- kisah tragis di parking lot -

Oct 23, 2013


tiba-tiba entah dari mana muncul mamat tu.
pantas dia mengeluarkan alat penyembur dan kain.
disemburnya honda accord tu.
kemudian dilapnya.
digosok-gosok dengan kain.

"tengok ni incik...kilat kan?"
katanya." 1 botol 10 ringgit beli 2 kira 18 je..."
"boleh tahan 2 minggu tak payah cuci. habuk pun tak lekat..."

"ramai dah beli ni....sayang la kereta cantik-cantik, mahal-mahal macam ni kalau tak jaga...".

aku yg dari tadi asyik tersengih memerhati.
sambil mamat tu 'menggoreng' ayat-ayatnya.
bukan sebab aku tak nak komen.
atau tak percaya cakapnya.
atau tak mampu nak beli.
tapi, aku tak de peluang nak bagitau kat dia, tentang pendapat aku.
atau lebih penting lagi nak bagi tau pada dia.
satu hal yang penting.
....dan dia patut tahu, sebelum buat 'demonstrasi' mengkilatkan kereta tu.

sebab honda accord baru yg dikilatkan tu.
sebenarnya bukan kereta aku.
bukan kereta kawan aku. atau sesiapa yg aku kenal.

aku cuma berdiri kat tepi kereta tu.
kebetulan parking lot tu di luar laluan orang lalu-lalang.
sementara menunggu kawan aku berurusan dengan bank.
kami baru lepas lunch.
kereta kawan yg aku tumpang pun parking nun jauh kat tempat parking bertingkat.
bukan...
honda accord baru yg berkilat tu, bukan kereta aku.
mungkin sebab aku pakai kemeja, seluar slack, kasut kulit berkilat dan spek hitam.
memang ada gaya bawak honda accord kot....(uuhhh perasan)

memang aku tak sampai hati nak bagitau mamat tu.
tapi aku terpaksa jugak.

"tapi bro..." aku tak dapat nak habiskan ayat.

"tak payah tapi-tapi la incik, bukan mahal pun. ini promotion ni.
2-3 hari lagi harga dah nak naik dah, harga ori..." mamat tu potong cakap aku.

"ini bukan kereta gua la....." akhirnya aku terpaksa berkata benar.
walaupun kebenaran itu pahit dan menyakitkan...hehehe

sebaik mendengar je.
mamat tu terus berlalu dengan tergesa-gesa.
aku pasti mukanya juga merah padam...!


**********

entah kenapa aku teringat 'promosi' yg aku pernah terbaca pada satu status fb dalam friend list aku.
memang baik punya iklan ni...hahahah




- kecik-kecik lagi dah grad -

Oct 21, 2013


arghhh....
nikmatnya bercuti. jarang benar dapat cuti panjang begini.
nak cerita aktiviti cuti, takut panjang benar entrinya.
dan tak tahu nak mula dan ditamatkan di mana.
eh...macam alasan takde idea tulis entri la tu hahaha

jumaat lepas layan erol ke majlis graduasinya.
buat kat nilai springs resort... dokek yo kan.
tapi standard sikit lah daripada buat kat dewan sekolah tu yek.

tapi mak bapak tak dibenarkan menghampiri pentas utk ambik gambar.
sebab dah ada professional photographer kata penganjur.
huh... macam majlis glamour pulak konon-kononnya.

jadi pics ini jelah yg sempat dirakam.



- qurban di istana -

Oct 17, 2013


kompeni wifey terlibat dengan majlis ibadah qurban dengan istana negara.
oleh sebab aku cuti, makanya utk mengisi 'masa lapang' aku pun join sekali.
tolong buat apa yg patut.
melapah dan potong daging qurban.
takde nak bergamabar sangat la.
sebab sibuk pegang pisau kan, tangan pun bau daging lembu.
jadi, nak tunjuk bukti aku ambik la gambar t-shirt ni...hehehe

majlis dibuat di kawasan lapang perkarangan istana.
kemudian daging korban disedekahkan kepada fakir dan asnaf.
selesai majlis, sempatlah bergambar dalam istana.
tapi kami diberi pesanan dan 'nasihat' supaya tak upload  pics ke fb atau blog.
untuk simpanan peribadi saja la.


- cabaran paling besar bila jalan jem ialah. . . -

Oct 11, 2013


Ibu kota dilanda banjir kilat

 http://w.sharethis.com/images/check-big.png2  http://w.sharethis.com/images/check-big.png0 Google +http://w.sharethis.com/images/check-big.png0  http://w.sharethis.com/images/check-big.png0  http://w.sharethis.com/images/check-big.png0

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih sejam malah beberapa kenderaan tenggelam akibat banjir kilat berikutan hujan lebat melanda ibu kota, petang semalam.
Air mulai naik berikutan hujan lebat bermula kira-kira jam 3.30 petang itu.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kesesakan beberapa jalan utama yang dinaiki air hingga menyukarkan kenderaan melalui kawasan berkenaan, kira-kira jam 5.15 petang.

“Kami juga menerima laporan mengenai beberapa kenderaan ditenggelami air di Jalan Kuching dan Jalan Rahmat. “Kebanyakan kenderaan ditenggelami air adalah yang ditinggalkan di tempat letak kenderaan oleh pemilik yang bekerja di bangunan berhampiran.
“Bagaimanapun, tiada laporan pokok tumbang dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat petang ini (semalam),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Harian Metro difahamkan, Jalan Ipoh, Jalan Pantai Baru, Jalan Bangsar, Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi dan Bandar Tasik Permaisuri turut dilanda banjir kilat dan pengguna lalu lintas terperangkap selepas kenderaan mereka dimasuki air.

*******

aku keluar opis jam 5 lebih.
sangkut dalam jem.
sampai rumah, azan maghrib tengah berkumandang.
ya, lebih kurang 2 jam.

jalan jem, hujan, kereta berhimpit-himpit.
itu dah biasa sangat. bukan cabaran lagi dah.

yang paling tension....menahan rasa nak terkucil...!

- perceraian...lelaki juga merana -

Oct 9, 2013


"raya nanti balik kampung tak...?" tanya ku.

kemp diam saja. tergamam mungkin.
atau cuba mencari jawapan yang sesuai.
soalan yg mudah untuk dijawab.
tetapi ternyata sukar untuk diluahkan.

aku rasa bersalah. mungkin aku tersilap tanya.
eh, takkan setakat tanya balik kampung untuk beraya pun satu kesalahan?
boleh menggores perasaan...

sedetik dua detik.
masih tiada jawapan.
kemudian...

"tak tahu lagi lah. tapi aku dah plan nak ke Bangkok..." jawabnya, nyata tak pasti.
"maybe raya pertama balik rumah emak aku, lepas tu balik KL. kerja dan cover kengkawan yg ambik cuti raya. lepas tu aku ambik cuti seminggu. cadangnya nak ke Bangkok. sorang-sorang je..."

ada sebak di hujung kata-kata itu.
sambil memandang ke siling, terdengar sedikit keluhannya.

"anak kau dah besar agaknya sekarang...?" entah kenapa aku bertanya soalan itu.
ternyata aku ni tak bertimbang rasa.
tak pandai jaga hati kawan.
tapi...tapi...
takkan bertanya pasal anak kawan aku sendiri, menjadi kesalahan yg berat hukumnya?

sekali lagi.
sedetik, dua detik.
masih tiada jawapan.
mungkin dia memikir-mikir jawapan yg sesuai.
tapi ternyata, soalan itu begitu berat untuk dijawabnya.
seakan-akan lidahnya kelu.

"entah lah...
 dah 2 tahun aku tak jumpa anak aku..." getar suaranya sedikit sebak.
aku mula nampak genangan air di matanya.

"oh...ya ke. tak tahu pulak aku macam tu jadinya..." aku simpati dengan situasi itu.
seorang ayah tak dapat jumpa anaknya.
tak tahu khabar beritanya. pasti menyedihkan


********

pertemuan di atas berlaku pada bulan puasa lepas.
bila aku berjumpa sahabat lamaku, kemp.
kemp. sudah berpisah dengan isterinya.
rumah tangganya runtuh, entah di mana silapnya.
tapi ternyata kemp tak pernah mengungkit akan 'keburukan' bekas isterinya.
jauh sekali untuk menuding atau mengungkit siapa benar, siapa salah.
sudah takdirnya begitu.
yang berlalu itu, biarlah berlalu.
meskipun perit...

kemp bekerja di KL. isterinya seorang cikgu, bekerja di ipoh.
setiap hujung minggu, kemp pulang ke Ipoh.
rumah tangga mereka bahagia. meskipun sedikit sukar.
masing-masing seakan-akan hidup berasingan.
kemp bimbang, 'jarak dan waktu' mungkin nanti memisahkan mereka.
jadi dia pun berusaha, mencari jalan agar isterinya dapat berpindah ke KL.



tetapi, lain pula jadinya bila isterinya sudah tinggal bersama.
mereka asyik berselisih pendapat.
rupa-rupanya tinggal sebumbung telah membina 'jurang' antara mereka.
kemp berusaha memulihkan hubungannya.
kemp tak tahu punca jadi begitu. di mana silapnya.
hubungan mereka sebagai suami isteri menjadi buntu.
dan akhirnya mahligai yang mereka bina tak dapat diselamatkan lagi.
perpisahan menjadi jalan akhir.
meskipun dalam keterpaksaan. demi kebaikan bersama-sama.
demi masa depan yang masih panjang.
pada waktu itu mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki.


********

"kau bayangkan lah perasaan aku. tak dapat jumpa anak aku lagi.
walaupun mahkamah bagi hak penjagaan pada wife aku. tapi aku boleh melawat dia.
banyak kali aku pergi rumah mak bapak dia kat kampung. tapi aku tak dibagi masuk jumpa anak aku. sampai hati diorang buat aku macam tu. aku tak nak gaduh.
aku harap tuhan lembutkan hati diorang.
sebaliknya, diorang macam salahkan aku atas apa yang terjadi....
aku sentiasa terbayang-bayang wajah anak aku yang semakin membesar. keletahnya....ketawanya..."

aku terdiam. tumpang sedih. tumpang simpati.

siapa kata hanya wanita yang terkesan dengan perpisahan. akan perceraian.
perempuan atau pihak isteri sahaja yg menjadi 'mangsa' keadaan.
lelaki jugak begitu.
seseungguhnya tiada siapa yg mahukan perpisahan terjadi.
apatah lagi yang menjadi mangsanya, anak-anak yang masih kecil.

"aku dengar baru-baru ni. ex-wife aku tu dah kahwin...dengan orang kaya, orang berada.
biarlah, itu jodoh dia.
aku doakan dia bahagia...
bukan aku tak cuba cari dia.
aku dapat tahu dia sekarang tinggal di subang jaya.
kalau dia tak nak jumpa aku. aku tak kisah.
tapi aku nak jumpa anak aku.
cukuplah walau seminit..."
kemp meluahkan perasaannya.

ternyata perpisahan itu meragut sebahagian kehidupan cerianya.
seingat aku, kemp seorang kawan yg sentiasa riang.
suka berjenaka.
ya...
kemp yang ini,  tidak seperti kemp yang aku kenal dulu...

meskipun dia cuba seberapa daya utk berselindung.
aku tahu jiwanya merintih. hatinya merana...



- majlis memanaskan rumah -

Oct 7, 2013


hari sabtu lepas usu jemput ke rumahnya.
ada majlis baca yasiin, tahlil dan doa selamat.
sempena masuk rumah baru. kata orang putih...housewarming.

dekat cyberjaya.
cantik la rumah banglow 3 tingkat.
kawasan perumahan pun elite.
kita orang tumpang bangga  je la kan...


majlis diserikan dengan nasyid dan zikir berkumpulan

atih cakap "kerusi ni bosar bonar...'

eril tengah test sofa kat ruang tamu

2 org model kat tingkat atas

ruang rehat famili

ruang tamu kedua di tingkat dua


yg pakai jubah tu, ustaz yg baca 'doa masuk rumah'

macam biasa, acara kemuncaknya...makan-makan


- yang jauh itu sebenarnya dekat -

Oct 1, 2013


aku sepatutnya kena hadir meeting di putrajaya, petang semalam.
tapi, khamis lepas pihak penganjur menelefon aku.
memaklumkan tarikh dan masa tak berubah.
tapi lokasinya bertukar, bukan di putrajaya.

mohon maaf jika timbul kesulitan, katanya
dia kata, akan bagi peta lokasi sekali.
serta pandu arah nak ke lokasi yg baru.

jadi aku sedikit pelik lah.
ke mana? terpencil sangat ke?
sampai terpaksa bagi peta dan pandu arah.

tapi tak terkeluar pulak apa yang aku nak tanya.
lagipun katanya akan fax kan.

beberapa minit kemudian aku terima fax.
aku senyum aje la.
kalau lokasi yg ni, familiar sangat lah....he he he
jadi, petang semalam aku dengan senang hatinya ke sini.
kalau tak tahu, jangan mengaku warga nilai la kan.

kesian lah, pada ahli mesyuarat yg lain, tersesat dan tersalah jalan.
mesyuarat pun terpaksa jalan dulu.