~ 1st day, sahur ~

Aug 11, 2010

aku kunci alarm jam 4;00 pagi. tapi tak sedar bila masa ia berbunyi atau bila ketika aku menutupnya. tak sedar langsung.
4:30 wifey mengejutkan aku.

dia tak sihat. demam. mungkin berjangkit daripada erin & eril yg dah 2 hari demam. tak ke sekolah pun. tapi mereka beriya-iya juga nak puasa hari ni. pesan supaya aku kejutkan mereka bangun sahur. tapi aku tak sampai hati. sebab mereka tak sihat. kena makan ubat. jadi aku tak kejutkan mereka.

selepas gosok gigi & cuci muka aku pun panaskan kari ayam yg dimasak malam tadi. selepas tu aku panaskan pula ayam masak kicap. nasi tak perlu masak, sebab dipanaskan daripada lebihan malam sebelumnya. kemudian aku goreng telur. bancuh air milo. siap semuanya, aku hidangkan. kemudian aku kejutkan erol. dia tak banyak kerenah. bangun dan terus makan.

ya, kami hanya bersahur berdua. memang tak lalu makan waktu begini. kedua-dua kami makan tak habis pun sepinggan.
selesai makan, erol kembali menyambung tidurnya. manakala aku cuci pinggan mangkuk. kemudian terus mandi, solat subuh. bersiap dan terus ke tempat kerja.

sahur pertama ramadhan kali ini, berlalu dengan nada rendah....

1 refleksi:

rahimin said...

bapa mithali...
selamat berpuasa!