~ marilah membanci dan dibanci ~

Aug 18, 2010

hari ahad. bersamaan hari rehat.
selalunya masa rehat paling sedap ialah waktu lepas makan tengah hari di rumah.
baring-baring sambil baca surat khabar atau nonton tv.
kadang-kadang tu terus terlelap.
hari ahad biasanya rutin hampir sama. kecualilah kalau ada rancangan nak bersiar-siar 'melawat' kompleks beli-belah, pergi kenduri kahwin, melawat sedara di hospital, atau sengaja nak makan di luar sesekali.

tapi, ahad biasanya, rutin hampir sama.
ahad lepas pun begitu. cuma kali ini bulan puasa.
jadi baring-baring aje depan tv. mata pun dah mula layu.
tiba-tiba ada ketukan di pintu. disusuli dengan ucap salam.
bunyinya, suara lelaki.
siapa pulak yg datang tak bagi signal dulu ni...dalam hati bersoal jawab.
aku buka pintu dan gril.
tersengih di depan pintu, seorang lelaki berpakaian kemas dengan tag tersangkut di lehernya.
dia memperkenalkan diri sebagai pegawai banci.

yep...baru aku teringat sekarang ni program banci penduduk & perumahan negara sedang dijalankan. memang meluas diwarwarkan. di tv, radio, surat khabar.
kalau ada penduduk malaysia yg tak tahu, patut halau diorang atau tarik balik kewarganegaraan...amboi, garang.
sedang berjalan antara 6 julai hingga 22 ogos.
sejak ianya bermula 6 julai lepas aku ada jugak bertanya-tanya dengan kawan-kawan ofis, dah 'kena' banci ke belum. ramai yg masih belum. kakak aku di kampung yg berdekatan dengan rumah aku pun belum.
hari ahad ni pun dah 15 ogos. dah dekat hujung-hujung dah ni.
takde pegawai banci datang. atau, mereka dah sampai, tapi takda orang di rumah.
atau diaorang buat secara rambang aje, tak pergi ke semua rumah?

akhirnya, petang ahad tu segala persoalan terungkai dan terjawab.
pegawai banci sudah di depan mata.
aku pun jawab satu persatu, dengan yakin, aku pun mengunci setiap jawapan.
tanpa memerlukan talian hayat atau bantuan sesiapa. semua jawapan aku muktamadkan.
lagi pula, nombor dan tarikh lahir setiap isi rumah memang ada dalam ingatan kepala aku.
jadi tanpa sebarang keraguan, pegawai banci menulis setiap jawapanku tanpa banyak tanya.
dia pun senang hati, sebab aku tak perlu terhegeh-hegeh cari surat beranak anak-anak aku dalam almari untuk rujuk tarikh lahir mereka.

sekejap aje, tak sampai 7 minit 43 saat, dah siap.
lalu dilekatkan satu kad kuning pada pintu rumah aku.
tandanya, sudah dibanci.

1 refleksi:

rahimin said...

banci belum dtg lg rmh aku
suspen la mcm nk kena interview keje...he he