~ janji ~

Aug 13, 2010

kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
entah ke berapa kali berjanji, tapi masih tak tertunai.
kadang-kadang janji dibuat separuh hati saja. sebab itu ia sukar ditunaikan.
ada jugak, janji sekadar pemanis mulut. untuk menyedapkan hati yg mendengarnya.
ada banyak ragam dan kerenah mereka yg berjanji.
bila janji dituntut, mulalah mereka memberi alasan.
alasan dicipta sebenarnya untuk bertangguh. mencari jalan untuk melunaskannya.
ada sesetangah janji, memang sukar atau mustahil untuk ditunaikan.
ada setengah janji memang boleh ditunaikan. dengan sedikit usaha.
oleh itu, hati-hati bila berjanji.
berjanjilah ikut kemampuan.
kalau pasal kerja, letak jarak masa yg sesuai. kalau tak boleh tunai. minta maaf. kemudian letakkan masa baru.
kalau sekali tak tepati janji, mungkin maaf boleh diterima. tapi kalau sudah berkali-kali berjanji tapi masih tak dilunaskan, bermakna kita tidak lagi boleh dipercayai. keperibadian kita akan tercemar. integriti kita mula dipersoal.
janji kita selepas ini hanya dianggap sebagai janji kosong.
bak kata sesetengah orang, janji orang politik.
jangan buat orang berharap. jangan buat orang lain menanti buah tak gugur.
jangan sampai kita dianggap penipu, tak dihormati & tidak boleh dipercayai lagi.
putus saudara, hilang sahabat, lenyap maruah diri...

0 refleksi: