~ bila tiba detik itu ~

Aug 10, 2010

berita itu memang dinanti.
berita itu bakal menentukan hala tuju aku selepas ini.
kalau boleh aku tidak mahu tahu berita yg disampaikan itu.
kalau mampu aku mahu mengubah berita sebenar dan mengolahnya semula.
kini, aku sedang memikirkan secara serius.
berita yg benar-benar aku tidak mahukan itu, kini jadi nyata.
berita itu adalah perkhabaran buruk yg sangat ingin aku hindari.
apakan daya, ianya di luar kemampuanku.
aku seharusnya mula bertindak, ke arah lain.
simpang yg aku pilih selama ini, semakin banyak ranjaunya.
keselesaan bukan lagi milik aku.
satu lagi 'keputusan' penting akan diketahui tak lama lagi.
kalau keputusan itu juga tidak memehak apa yg aku ingini...aku tahu detiknya sudah tiba untuk aku melangkah pergi.

3 refleksi:

rahimin said...

persimpangan dilema

tdevaraj said...

sila pastikan ada option lain sebelum buat keputusan penting

editor kampung said...

fikir masa2 dan kemudian pilih yg terbaik...