apa guna pilih tarikh kalau untuk dipinda

Jun 30, 2009

"kesulitan yg timbul amat dikesali"
"atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan"
dua ayat di atas selalu menjadi 'alasan' popular penganjur bila mengubah tarikh. ia jgk bermakna penganjur sedar akan berlakunya kesulitan di kalangan mrk yg dijemputnya. ttp kepentingan sdr (penganjur) mengatasi kepentingan yg lain. mungkin sbg 'menghormati' keputusan org atas. maka dipindalah tarikh yg sudah diwar-warkan sjk awal.
bg yg dijemput pastinya sudah merancang, menjadual malah sudah membuat persiapan. hotel penginapan sdh ditempah, booking tiket kapal terbang, mohon cuti dsb. tdkkah perubahan tarikh akan menyusahkan. kena buat pembatalan & perancangan yg baru!
semlm aku dh buat flight booking & tempahan hotel utk mesyuarat di p.pinang sbg mewakili boss. pg ni dpt tau penganjur hantar e-mel penundaan tarikh. e-mel yg dihantar pd jam 7:oo mlm smlm. di luar waktu pjbt.muslihatnya semata2 utk menggunakan tarikh awal sehari. jadi nk tak nak terpaksalah buat pembatalan & penempahan yg baru. ini bukanlah kali pertama berlaku. penganjur yg sama sudah 2-3 kali bertindak begini. lain kali jadilah penganjur yg bertaggungjwb...jgn menyusahkan org!

kalau semua orang bakar sampah

Jun 29, 2009

kalau ada sampah. kumpulkan & buang ke dlm tong sampah.
walaupun sampah tu boleh dilupus dgn cara, membakarnya.
bukankah dh ada peraturan/undang2 - pembakaran terbuka adalah dilarang, malah sesiapa yg melakukannya akan didenda. lebih2 lagi kalau kita tinggal di kaw. perumahan. rumah teres misalnya. kalau kita buat pembakaran sampah secara terbuka, pasti yg menerima kesan asap & bau sampah yg kurang menyenangkan ialah semua org yg tinggal di kaw. berhampiran. inilah yg aku alami sdr.akibat sikap lewa & tk peduli jiran setempat.
ini bukan sekali dua. malah hampir saban hujung minggu. pelakunya pula - org yg sama. pak cik yg tinggal di rumah corner lot. dia berkebun di blkg & tepi rmhnya. setiap kali itulah dia akan bakar sampah sarap. asap berkepul2 ke udara. tk terfikirkah dia kesannya terhdp jiran2. itu belum ckp pasal pencemaran alam sekitar. khabarnya, pakcik tu pernah ditegur olh jirannya. ttp hampir sj berlaku pertengkaran & pergaduhan. sudahnya mrk tdk lg bertegur sapa. nk dikatakan tdk berpngetahuan atau jahil. pakcik tu merupakan pegawai kerajaan pencen. lg pula, pakcik ni dulu merupakan bekas pengerusi persatuan penduduk di sini!

kalau semua org bersikp mcm pakcik tu, semua org bakar sampah, jadinya kita akan hidup dlm dunia tercemar penuh asap. jerebu asap sepanjang masa...

biarkan saja dia memandu...

Jun 27, 2009

lain kali jgn ganggu org yg sdg memandu di sebelah anda.
itu yg aku pelajari hr ni. aku akui ini bukn pertama kali berlaku.
kwnku ini memang ada masalah sikit ikut arahan jln atau mengingat laluan.
terutama jln yg jarang atau blm pernah dia lalu.
sblm ni beberapa kali dh dia 'tersasul' & terlajak. jln sehala atau no entry diredahnya. tp pg smlm, kami pergi ke satu agensi kerajaan, utk hantar dokumen jemputan sbg. panel diskusi anj. kami. setiap kali aku tegur, dia semakin kekok & gelabah. memandu tk tentu arah. mungkin disbbkan teguran & ketawaku mengganggu tumpuannya. aku cuma mahu mmbntu. tk sangka plk menjadi semakin kalut. dia nmpknya sedikit 'panas'.
menyedari kesilapan tu, aku cepat2 mintak maaf. gangguan dpdku sebenarnya, yg menambah kekalutan. aku akan cuba, lain kali tk ganggu lg. biarlah dia pandu. lg pun dia yg pandu. dia yg punya kereta. aku ni cuma 'penumpang' aje. lg pun, kalau salah jln boleh patah balik. kalau sesat, boleh cari jln pulang. takde hal. aku akan cuba duk diam2. kecuali kalu dia mintk 'pendpt' aku....

michael jackson sudah tiada

Jun 26, 2009

malaymail.online
aku terima bbrapa sms pg tadi dpd kawan2. kemudian aku dengar radio.
wp blm ada kenyataan 'rasmi'. raja pop itu diberitakan meninggal dunia kira2 5 pg td.
aku bukanlah peminat tegar MJ. ttp siapa tk kenal MJ yg popular seluruh dunia tu.
aku membesar bersama lagu2nya.
thriller, beat it, billie jean, bad, dangerous, we are the world, your'e not alone, black or white, the girl is mine & bnyk lagi. serta tarian moon walknya yg terkenal itu.
selaku ikon dunia hiburan, dia akan tetap dikenang olh peminat2nya di seluruh dunia. hidupnya yg penuh misteri serta zmn kejatuhan dpd puncak populariti serta keanehan dunia peribadinya yg kontroversi adalah sbhg hidupnya sepnjg 50 thn itu.

enam hari yang pasti memeningkan

Jun 25, 2009

6 hari mendtg, bkn sj pasti memeningkn, memenatkn, mengkelmkabutkn aku.
yep...mlm td, wifey bgtau kemungkinan akan terbang ke KK mlm esok, atas urusan kerjanya yg urgent. buat presentation bg kompeninya. ni bukn pertama kali. dh beberapa kali dh. semuanya last minit. katanya flight & hotel pun blm booking lg. sori, aku tk campur urusan kerja yek...hu hu.
pg ni aku dh terbygkn betapa 'sibuk'nya aku dlm tempoh 6 hr ni. biasanya tk la lama. 1-2 hr jek.
aku kena mintk time off dpd boss. kalau dia tk bagi, aku akan ambikla cuti ganti aku yg bertempek tu.
atau buat deal ambik half day. yg penting sebelah pg. sbb anak2ku nk ke sekolah. nk kejutkan mrk satu hal. nk suruh mandi hal lain. nk siapkn pakaian plk satu lg cabaran.
blk dr ofis kena beli mkn. setakat msk mkn utk diri sdr tu lpslah. tp kalau nk msk utk mrk, pasti kena kritikan pedas panel juri. baju sekolah kena basuh. kena gosok. kena angkat kain. kena basuh pinggan. kena kemas rumah. kena itu ini, begitu begini......arghhhhh panjgnya list!
habis tu kalau aku tk buat, sapa lg nk buat. wifey buat semua tu selama hr ni tk merungut pun...maknanya kalau dia boleh buat, aku pun blh buat gak (memujuk hati sdr...)

apalah makna terbaik kalau...

bberapa hari leps, kwn ku TD bagitau 'result bocor'. tentang staf terbaik yg dicalonkan.
"you tau tk sapa?****** lah". dia tanya & dia jwb.
aku tk sikit pun terkejut.
"dah agak dah..." itu sj yg terpacul.
TD cuma tersenyum.
pendeknya, kami sama2 tk bersetuju. tp pemilihan terbaik dibuat atas dasar 'budi bicara' boss.
lewat mesy. smlm. boss 'mengumumkan' secara rasmi.
boss tegaskan dasar 'budi bicara' itu.
apa sajala...

tuntut saja apa yang patut dituntut

Jun 24, 2009

begitu pesan kwn sekerjaku, bila aku katakan pdnya aku tk buat tuntutan perjalanan (mileage claim). katanya hal tuntutan tu dh memang dh diperuntukkan olh majikan. lg pun apa lagi yg boleh dituntut. sudahla elaun mkn, elaun pakaian, over time tk boleh buat tuntutan - sbb tk layak. guna plak kereta sendiri. petrol pun mahal.

memang dh jadi tabiat aku kalau setakat pergi function sekitar lembah klang ni, aku tk buat pun claim. tol & parking setakat bwh rm10 pun aku tk pernah buat. sbb bagi aku, itu sbhg tugas aku. lagipun kalau ada seminar atau mesyuarat memang kadang2 disediakan makan minum. lg pulak kalau function diadakan di hotel mewah. mkn minum pun mewah jgk. ada kala disediakan penginapan sekali. bukan kita yg bayar, dibiayai majikan. rasa mcm dh cover duit perjalanan ke sana. itu pasalla, kengkadang sedikit 'pengorbanan' dgn tk buat tuntutan mileage.

beberapa minggu lps, kwn sekerja yg sama2 jadik urus setia bengkel yg kami adakan di luar KL - beriya2 suruh aku buat tuntutan. siap bagi aku borang utk diisi. jadik aku isi & serah pd bhg akaun. hari ni dpt ceknya. ok jgk. sementelah jrk yg diambil dr tempt seminar dgn rumahku di nilai. lps la jgk kos petrol utk 2 minggu...

selamat hari jadi, erol

kek yg dipilih sdr oleh erol
acara penting - majlis potong kek
side order - pizza etc
23 jun merupakan birthday erol. sjk awal bulan ni, dia dh ingatkn kami tarikh ini, jgn terlupa. lps maghrib smlm kami pergi ke kedai kek.ada bnyk rekaan kek spt transformers, ben 10, batman dsb. kek idamannya berbentuk pdg bola lengkp dgn pemain2nya. tp kek tu besar sgt, hanya sesuai kalau buat majlis besar2.sdgkan kami hanya sambut ala kadar, sesama kami berlima. olh sbb hari ini hari kerja & sekolah, maka hanya sebelah mlmnya kami buat di pizza ***.

tahlil & yasin...4

Jun 23, 2009

mkn time - lelaki
mkn time - khemah perempuan
lps mkn, lepak dulu...borak2

alhamdulillah.aktvt bulanan keluarga, majlis yasin & tahlil brlgsung dgn jaya pd 14.6.09 di rmh kak lang. kali ini majlis menjemput sama kaum lelaki sekampung & jiran terdkt. tu yg siap psg khemah mcm kenduri kahwin. tempahan makanan guna katering yg ditaja olh usu. ini merupakan kali ke-4 ianya diadakan. semua ahli keluarga hadir kecuali andak (berkursus) yg diwakili olh anak2nya.

berilah peluang kedua buat, jeet

baginya semua org tak betul. baginya semua perkara yg terjadi adalah utk menghukumnya. baginya org atasan cuma mahu menindas. baginya semua org hanya manis di bibir tapi hati mrk bak hempedu pahitnya.
jeet aku kenal secara kebetulan. di sebuah balai polis...ya...balai polis. aku ke sana nk setelkan saman trafik yg 'tertunggak'. utk masuk ke kwsn balai tu, aku kena tinggalkan i.c. semasa aku nk setelkan saman di kaunter, cik polis wanita yg bertugas nasihatkan aku jumpa superiornya. boleh dpt diskaun katanya. aku tanya garang tak? cik polis ckp, sub-inspektor tu adalah yg paling baik dia pernah bekerja. bila aku jumpa sub-ins. tu memang dia seorg yg baik. siap pelawa aku mkn goreng pisang lagi. dia bagi diskaun, sbb 'keramahan' aku. terutama bila cerita pasal bola & tentu sekali, MU. keluar dr biliknya, aku disapa olh cik polis "amacam, ok?'. "t. kasih, baiknya polis kat sini..., lain kali blh dtg lagi". cik polis tersenyum simpul.
bila keluar aku singgah di pondok pengawal utk ambik i.c. seorg punjabi yg menjaga di situ. semasa dia menyemak i.c ku, dia senyum. "eh, kita sebaya la...". lalu aku diajaknya masuk. "marilah kita borak2 dulu". aku mulanya agak keberatan. "jgnla mcm tu, kejap aje...". dia hulurkan kerusi. "bolehke org biasa duk sini?" tanyaku curiga. "kan polis skrg mesra rakyat..." katanya lagi, sambil senyum. kami pun berborak. dari hal semasa, pasal kerja, keluarga hinggalah hal peribadi. dpd ceritanya aku dpt rasa, jeet ni seorg yg ada masalah peribadi. katanya dia ditinggalkan isterinya ( dan anak2) krn pernah mengalami cedera teruk akibat kemalangan. sbb tula, dia kini diberikan tugas 'ringan' spt kerja2 pentadbiran pejabat atau mengawal pintu masuk balai. dia juga tk begitu rapat dgn rakan sekerjanya. katanya rakan sekerjanya, memandang rendah padanya. katanya, org atasan tdk percaya dia boleh memberi sumbangan kpd pasukan. saban hari, dia hanya pergi kerja & pulang ke rumah (kuarters), tgk tv & tidur. hidupnya sunyi. takda kawan utk berbicara.
sepnjang perbualan kami, dia yg bnyk bercerita. dia spt seorg yg kecewa. spt seorg yg kesunyian. dia seakan mencurahkan isi hatinya pdku. menyedari kami sudah lama berbual, kami pun bertukar2 no. tel. sjk itu, dia menelefonku sesekali. ada jgk kami keluar minum teh. setiap kali jumpa, aku cuba menyelami perasaannya sambil memberi nasihat & semangat pdnya. lama-kelamaan, ceritanya & boraknya tdk lagi bernada kecewa. wajahnya tdk lagi diselaputi mendung.
namun, sjk beberapa bulan ni, dia tdk lg menghubungiku. hinggalah mlm td. kali ini, nada suaranya lebih ceria. katanya dia dh ada teman wanita. dia jgk beritau dah daftar utk sambung belajar program luar kampus, nak ambik degree. sbg kawan, aku tumpang gembira dgn perubahannya ke arah yg positif. aku jgk rasa lega, sedikit sbnyk telah membantunya berubah sikap. "jgn lupa jemput aku bila kawin nanti..!" kataku di akhir perbualan telefon. jeet hanya ketawa riang "hu hu hu hu...". ternyata hatinya kini terisi. dia tdk lagi kesunyian....semoga bahagia jeet...

cerita yg belum pernah diceritakan

Jun 22, 2009

bberapa thn dulu, kualami satu peristiwa misteri. yg hingga ke hari ini masih belum terungkai malah jika terkenangkannya pasti aku akan berasa pening2 lalat. kisah ini adalah kisah benar, tdk ada yg tdk benar, melainkan benar belaka...he he. tak ramai yg tahu kisah ini kecuali bbrpa teman terdkt. sengaja aku tulis pd blog ini spy nanti ianya dirakam dlm bentuk tulisan. al-kisahnya...
pd satu mlm, bbrapa thn dulu, aku terima panggilan dpd kwnku min. katanya jimi kwn baik kami terlibat dlm kemalangan sewaktu dlm perjlnn pulang ke kgnya di t'ganu. teruk jgk . khabarnya dia dimasukkan ke icu. jadi kami berduapun nekad utk melawatnya ke sana, mlm itu jgk. manalah tau kalau2 sesuatu yg buruk berlaku kpd kwn kami tu. dipendekkan cerita, min pun dtg menjemputku di rumah. kami pun bertolak kira2 jam 11:00 lebih. olh sbb waktu mlm tk bnyk kenderaan. sepnjg perjalanan tu kami tk bnyk berckp. mungkin kedua2nya masih terkejut dgn berita kemalangan tu. kebimbangan & keresahan menyelubungi kami berdua. kami tk berhenti sjk bertolak dr rumah aku td. rasa letih & mengantuk mula terasa. perut pun makin lapar jgk. aku mencadangkan pd min spy berhenti sebaik shj ternampak mana2 kedai mkn tepi jln. min pun setuju. tiba di satu kaw. kampung, dr jauh ternampak sebuah kedai mkn yg terang diterangi lampu. min pun menghentikan kereta. waktu jam 2 lebih. tkda pelanggan lain selain 3 org, mungkin pekerja atau tuanpunya kedai. kami pun order makanan. seingat aku tomyam antara makanan yg dimakan. mungkin sbb lapar atau memang masakan di situ betul2 sedap, kami mkn dgn berselera sekali. slps kenyang, bayar, kami pun beredar. olh sbb tdk dibenarkan melawat kami hanya lepak di kaki lima hospital sementara menunggu waktu melawat. kami hanya dpt jumpa jimi pd pg itu. dia belum sdr lgi krn dibius slps pembedahan. dua2 kakinya patah & kepalanya mengalami hentakan. kami tunggu sampai ptg, utk tengok perubahannya. alhamdulillah, dia dh sedar & doktor kata stabil. lps maghrib kami, mulakan perjalanan pulang. kira2 pukul10:00 kami melalui jln kampung yg sama kami lalui semalamnya. kami bercadang utk makan di kedai yg sama kami singgah mlm tu. semata2 sbb makanannya sdp. agak2 nak sampai di situ, min pun memperlahankan kereta. kami berdua pasti di situlah kedai mkn tepi jln yg kami singgah. anehnya, tkda pun kedai yg sama tu. yg hanya adalah semak-samun. min buat u-turn, manalah tau mungkin kami tersilap, wp dlm hati agak yakin di situlah tmptnya. slps berpatah balik sekali lg, min memandu perlahan menyusuri jln tu. tkda jgk! pelik, ajaib, kebingungan. mana kedai mkn tu? sdgkan kedai mkn yg kami singgah mlm tu dr jauh lg dah boleh nampak, sbb betul2 di tepi jln & diterangi lampu plk. kami berdua saling tertanya2. akhirnya kami berdua ambil keputusan meneruskan perjlnn, berhenti mkn di tmpt lain sj. sepnjg perjalanan tu, aku & min bersoal jawab...apakah yg kita mkn mlm tu? kedai org bunian?
ada seorg kwn yg prnh kuceritakan peristiwa ni membuat kesimpulan yg menarik. kemungkinan niat baik kami melawat kwn yg sakit, kami menempuh perjlnn jauh dlm keadaan letih & lapar, maka ada malaikat yg menghulur hikmah dgn menyediakan makan & minum.
mungkin jgk...? malah segalanya mungkin!

father's day - more than words

wp aku agk krng senang dgn trend skrg di ng kita yg sambut macam2 'hari' ikut stail Barat, tp aku ttp hargai apa yg anak2ku luahkan melalui kraf yg mrk buat sdr.
t. kasih, papa syg semua...!

jawab ajelah...

Jun 21, 2009

aku tk pernah jwb sebrg tag yg dihantar. tk tahu kenapa. sbb kengkadang soalannya mengarut. kengkadang soalannya personal sgt. ada masanya tk tau nk jwb lurus bendul atau tipu sunat. olh sbb hari ni ahad, ada masa skt pinjam lap top wifey, jadik aku jwbla tag incik romli (pd yg lelain jgn mrh yek...)

1. bulan berapa kau lahir?
slps buln ke-9 dlm perut
2. kenderaan pertama yg kaupunya?
kapcai suzuki rc80, beli dgn duit biasiswa
3. tiga perkataan yg kau selalu guna
laaa...
ye ke?
ok
4. makanan feberet
yg halal yg sedap dek tekak
5. cita-cita masa kecik
jadi polis mcm abah

ada 10 soalan yg lagi yg dihantr incik romli. tp takat ni jela yek. nanti tk adil buat yg lelain. tk taulah kalau ada lagi blh jwb ke tdk...jgn marah

resensi...10

Jun 19, 2009



Title: Chinese Loan-Words in Malay and Indonesian-
A Background Study
Author: Russell Jones
Price: RM65.00
Pages: 284
Year: 2009
Publisher: University of Malaya Press



Synopsis
This book focusses on the loan-words in Malay and Indonesian originating from the Chinese dialects. It brings together data to be found in word-lists compiled during the past century or more from a variety of sources, making it the only comprehensive study of this subject to appear so far. The background study outlines the history of Chinese immigration into the Nanyang, and traces dialects and subdialects back to their home districts in South China. It is an invaluable aid to a full understanding of the Chinese loan-words to be found in Loan-words in Indonesian and Malay.
The accompanying DVD incorporates a facsimile of the rare Amoy and English dictionary of Carstairs Douglas published in 1899, furnished with Chinese characters written in by hand, together with the supplement to it published by Barclay in 1923. There is an informative Introduction by Dr Russell Jones.
mungkin ramai yg tk tahu dr mana asalnya perkataan yg biasa kita gunakan hari ini merupakan kata pinjaman (loan words). antaranya, cincai, mihun, tekong, pangkin, cukin, loceng, kongsi, kuaci,tauke, taugeh, kongkalikong dsb. menarik utk dibaca.

penangan tiupan vuvuvela

Jun 18, 2009

confederations (konfederasi?) cup 2009 sdg berlangsung di afrika selatan 14-28 jun. ianya berlangsung 2 thn sekali. dulu dikenali sbg piala antara benua. mempertemukan juara dunia, juara eropah, juara amerika selatan, juara oceania, juara asia, juara afrika, juara concacaf & tuan rumah.
entah kenapa aku tk minat sgt nk ikuti kejohanan ni. tp smlm berkesempatan tengok live di tv. yg paling menarik perhatianku ialah bunyi bising di stadium. jika sekali dengar spt bunyi sekumpulan tebuan sdg terbang. rupa2nya bunyian yg ditiup olh penyokong di std. ia seakan trompet plastik yg dipanggil vuvuvela. mengikut wikipedia
A vuvuzela, sometimes called a 'lepatata' (its Setswana name) or a stadium horn, is an air horn, approximately one metre in length, commonly blown by fans at soccer matches in South Africa.

ada yg kurang senang dgn 'bunyi bising' tu, termasuk stesen tv krn menenggelamkn suara pengulas.

'Confederations cup trumpets causing a storm'
FIFA is to discuss the future of the vuvuzela, the noisy plastic trumpet blown at the Confederations Cup which has drawn complaints from European television stations FIFA president Sepp Blatter told a media briefing he was aware of complaints the din of the instrument was drowning out the commentary of broadcasters and that they wanted it banned at this tournament and next year's World Cup in South Africa. soccernet.com

perbualan anda ini akan dirakam...

perbualan anda ini akan dirakam untuk rekod dan latihan staf kami...
7:03pm
as***: slmt ptg. customer service as*** sedia bantu
aku: ptg smlm i install as***. i dh report customer service. diorg ckp within 24 hours dh boleh dpt siaran. tp sampai skrg ni, belum ada apa2 pun...
as***: boleh en. bagi tau acc. no. cik?
aku: baru pasang, mana saya tau acc. no
as***: ok. kalau mcm tu, beritau no IC en...
aku: ************
as***: nama en. *******. adakah en. ******** yg berckp ni?
aku: ye
as***: sebentar ya en. saya buat semakan....
(on hold. bunyi muzik....)
as***: hello en. kalau ikutkan maklumat kami. en. punya acc. sudah ada. maklumat pun dh terima...tp ada masalah sket en.
aku: apa masalahnya...smlm ckp cuma perlu activate je. 24 jam. skrg ni dah...erm.. 23 jam. nak tunggu cukup 24 jam ke?
as***: memang betul en. tapi ada masalah sket. kami kena maklum ke dept. lain utk activatekan. saya tk boleh activate dr sini.
aku: susah sgt ke nak activate. sistem canggih tkkan setakat nak activate pun pyh. you sendiri kata semua maklumat dh ada. masalah apa lagi?
as***: mcm ni la en. saya akan maklum pd dept. yg buat activation. dlm masa 24 jam, en. akan dpt siaran
aku: habis smlm. apa yg diorg buat? so, i kena tunggu another 24 hours la...tk boleh cpt lagi ke. sbb i dh tunggu sjk semlm...
as***: mintk maaf cik. itu prosedur standard kami. dlm masa 24 jam. tapi kami harap akan dpt buat secepat mungkin...
aku: saya tk faham kenapa payah sgt. bila you nk potong cepat je. bila byr lewat sket, caj tertunggak. takda pulak tunggu 24 hours. 24 minit lewat pun potong je...
as***: kami akan cuba encik. saya akan hubungi dept. yg uruskan activation.
aku: boleh i tau dgn siapa i berckp ni...
as***: *******
aku: ok *******. i akan call you balik kalau still tk dpt.
as***: terima kasih en.

7:50pm
tk sampai pun1 jam slps tu. sudah diactivatekan. dan siaran boleh ditonton....
kalau tk bertegas, mungkin kena tunggu 24 jam lagi.
cuba bayangkan kalau "perbualan ini tidak dirakam"
mesti bertekak jadinya...hu hu. yg jadik mangsanya mrk yg bertugas di customer service. sdgkn yg tk buat kerja ialah staf dept. lain.

bila terdesak, hal lain datang mendesak

system error
there is an IP address conflict
with another system on the network
begitu tulisan yg muncul pd skrin komputerku sjk tgh hari smlm. sdg ada kerja yg perlu kubereskan sblm jam 3:00. apa hal pulak. sepnjg aku guna pc ni tk pernah ada masalah sebegini. bila tgh terdesak, ada2 je masalah bertimpa yg lain menyempitkan lg fikiran yg sudah sedia sempit. aku perlu melayari internet nk lengkpkn bhn utk ditunjukkan pd prof. n.s.k.
bila aku offkan pc. sambungan internet ok utk bbrapa minit. lps tu muncul semula, peringatan system error. begitulah usaha terdsk ku beberapa kali on & off. akhirnya aku give up. present ajela, apa yg ada. wp tk cukup lengkp. harap2 dia puas hati...
4:10pm
diskusi dgn prof. n.s.k jln lancar. bhn yg tk lengkap tu, aku janji akan lunaskan.
on semula pc.
segala2nya ok.
spt sedia kala.
nasib baik ku tak hempuk pc ni...lgpun bkn aku punya. hak ********

makan pisang sebagai diet

Jun 17, 2009


aku dpt e-mel dpd seorg kwn. tentang diet. dh bnyk yg ku baca & dengar tentang diet. kali ini agak berbeza. diet dgn hanya mkn pisang! al-kisahnya ini trend baru di Jepun. hingga diberitakan pasar raya utamanya menghadapi masalah membekalkan pisang. semua ni bermula bila buku 'morning banana diet' yg diterbitkan mac lalu terjual 730,00 naskhah. diet ini semakin popular bila sebuah rancangan tv realiti menampilkan seorg penyanyi terkenal Jepun yg turun berat badannya 15 pound dlm 6 minggu.
buku 'morning banana diet' ditulis oleh sumiko watanabe, seorg ahli farmasi. diet ini pd asalnya, dicuba oleh suaminya yg overweight utk meningkatkan tahap metabolismenya hingga dpt mengurgkn berat bdn. caranya mudah saja, makan sebiji pisang (atau sebnyk mana pun boleh) & segelas air suam utk sarapan. boleh mkn apa sj makanan utk mkn tengah hari & mkn mlm (sblm 8:00 mlm).
mudahkan...apa salahnya mencuba. lagipun negara kita ni tkda masalah nk dpt bekalan pisang. lgpun kosnya tk sberapa...ini bukanla galakan. terpulang.

lain kali langgarlah lagi...

Jun 16, 2009

...muncullah seorg gadis manis. berbaju oren dpd kereta jazz putih di depan itu. mukanya merah menahan kemarahan & kegeraman, agaknya. di tgnnya menggenggam telefon bimbit. dia memandang wajahku dgn mata sedikit besar. aku bagi isyarat tgn. dia faham, lalu masuk semula ke keretanya. kami berhenti, di depan sedikit, di bahu jln. aku keluar melihat bumper blkg. keretanya. sedikit calar shj. tapi kata gadis itu "mcm mana ni, i baru je repair kete ni, dh kena langgar". aku senyum je, "sikit je dik, polish pun bole hilang ni...". "habis tu camana ni...". tanyanya lg. "habis tu nk report polis ke, diorg pun gelak nanti, sikit jela". "abg langgar i, lps tu kata mcm tu camni", kata gadis berbaju oren sedikit marah.wajahnya masih merah. "habis tu yg you telefon sambil drive tu nape? tak salah?" dia sedikit tersentak. mungkin sedar kesilapannya. "camnila, ni kad saya. you pun kerja kat ****** kan? kalau ada ape2, nak repair, kena bayar ke, call saya. sama2 nk balik ni. duk tepi jln ni pun tak selesai masalah...buat jammed je. org marah". gadis tu, menyambut kad yg ku beri. lalu sama2 beredar.
esoknya...pemilik kereta putih, si gadis baju oren semlm, melefonku. dia mintak maaf. katanya mungkin sedikit marah masa tu. tentang keretanya, tk da apa2 sikit je. tak payah bayar apa2. malah katanya, "kalau free nanti, bolehla kita kuar minum2 ke makan?". "no problem" jwbku sambil tersenyum.

dunia khayalan...

kami sdg menaiki sebuah bot melalui sbtg sungai. sambil menikmati pemandangan menarik alam semula jadi yg belum tercemar. berlatar belakang zaman purbawara. tiba2 muncul haiwan zaman purba dr puncak bukit berhampiran. meluru menuruni bukit. semakin hampir menuju ke arah kami. nampak ganas sekali mahu menerkam musuh, lagaknya. erin menjerit ketakutan sambil memelukku. erol menekup mukanya. lantas ku hunus senjata...yg boleh melumpuhkan musuh dgn sekilas gerakan. sebaik ku halakan senjata itu, makhluk ganas itu terhenti kaku...ya...kameraku telah menyelamatkan kami! maka kami pun meneruskan perjalanan pulang...

waktukah yang terlalu cepat berlari...

Jun 15, 2009

waktukah yg terlalu cepat berlari...
atau akukah yg terleka diulit mimpi duniawi.
segera aku teringat puisi yg pernah ku baca. lupa dah di mana & siapa yg tulis.
secara kebetulan sabtu lalu aku trserempak dgn 3 jiran yg dh lama tk ketemu. dlm 3 situasi, watu & tempt yg berlainan
1. pagi. aku sarapan pagi bersama anak2ku di kedai mamak. sbb wifey bekerja hari ni. sedang kami menjamu makanan, aku terpandang seseorg yg spt aku kenal. bimbang tersilap org aku perhati sj tanpa menegurnya. dia pulak seakan2 buat tak tau aje, spt tk mengenaliku. kalau tk silap, dia jiranku, A. sjk dia berpindah rumah sewa krn bertukar kerja, kami tk jumpa dah. khabar yg pernah aku dengar, dia sudah beberapa kali bertukar kerja. ada masalah disiplin. pelik jgk sbb dia seorg sj. mana isteri & anak2nya? raut wajahnya kelihatan resah & bermasalah. penampilannya agak kurang terurus. nampak sedikit tua dpd usia sebenarnya, sbb aku tahu dia lebih muda dpdku. selesai mkn aku menghampiri & menegurnya. aku tk tersilap, dialah A. ttp sikapnya yg seakan2 tk mahu diajak berbual (tdk seperti dulu, kami selalu berborak panjang), buatkan aku segera mintak diri. masa berubah, manusia jgk berubah.
2. tengah hari. di pintu masuk sebuah pasar mini dekat dgn rmhku. aku bwk erin bersama. nk beli alat tulis, maklumla sekolah dh nak buka slps cuti. kami ditegur oleh man & isterinya, nor yg baru keluar dpd membeli brgn keperluan. mrk dulu tinggal menyewa sebelah rumah kak lang aku. kalau aku ke rmh kak lang, anak2ku yg sebaya dgn anak mrk akan bermain di hlmn rumah. lama dah mrk pindah, tk ingat bila. sbb mrk beli rumah di kwsn berhampiran & tdk lg menyewa. sjk tu kami tk pernah ketemu lagi. kami bersembang pendek. antara kata2 yg aku ingat "ni erin ke, eh dh besarla. lama tk jumpa. dulu baby lagi...". erin skrg di tadika. cepatnya waktu berlalu...usiapun berlalu.
3. ptg. di sebuah pasar raya. aku bersama keluarga beli brg keperluan. di bhg sayur & ikan aku ternmpk C dgn anaknya sdg memilih ikan. C adalah jiran sewaktu aku tinggal menyewa dulu. aku masih teringat yg dia terkejut semasa aku nk berpindah dulu. dia menyangkakan yg itu adalah rumahku krn setiap ptg aku & wifey selalu berkebun, menanam, menyiram pokok bunga. kebetulan, rumah sewa tu adalah corner lot. jadi ada ruang utk bercucuk tanam.aku menghampiri & menegurnya. kami berbual pendek. yg nyata ada persamaan antara kami, saiz badan! waktu berlalu...saiz pun ikut membesar, he he.

pagi ahad yang kelabu

Jun 14, 2009

ahad...
sunyi saja pagi ni. tiada kicau burung.
tiada deru kenderaan lintas pergi.
anak2 pun masih tidur.
sang mentari malu-malu menghulur sinarnya.
bukan...mentari tidak begitu
janjinya akan tetap muncul walau apa saja 'halangan'
cuma tk kelihatan di mata manusia
dilindung awan atau hujan
pagi ini
mentari tk kelihatan
bukan dilindung awan, bukan dibias hujan
mentari dilitup jerebu
angkara manusia
pagi ini pagi ahad

pagi ini pagi yg kelabu

sesekali biarkan saja mereka memilih

Jun 13, 2009

aku sedar batasan waktu terkadang begitu menghimpit. aku keluar kerja seawal 6:45am. anak2ku masih diulit mimpi. aku pulang waktu sekitar 7:00pm. hanya sempat bbrapa jam sehari shj bersama mrk. nk bercuti pula, mrk bersekolah. jadi, hanya waktu cuti sekolah, kesempatan yg ada.
semlm,aku bercuti & ditinggalkan bersama mrk sbb wifey bekerja. tanpa perancngn awal,aku kejutkn mrk. aku suruh mrk pilih sendiri baju apa yg nak dipakai (selalunya wifey yg sediakan). lps mandi & pakai baju pilihan masing2, aku bwk mrk ke kedai mamak utk sarapan. aku biarkn mrk apa makanan & minuman yg nk diorder. jadi mrk pun mengordernya, eril dgn megi goreng, erol dgn tosei sementara erin dgn roti telur. air pilihan mrk sama - milo ais.
slps tu, aku tanya mrk nk ke mana slps tu. eril kata nk tengok tv je, erol nk main cmp. game, erin plk nak tengok vcd. maknanya mrk nk berada di rmh sj. dlm perjlnn menuju ke rumh, aku berubah fikiran sebaliknya terus memandu ke seremban 2. anak2ku pelik. "kenapa tk balik rumah" tanya mrk. "adalah..." jwbku. mrk hanya berpakaian santai & berselipar sj, begitu jgk aku.sampai di sebuah kompleks beli belah, mrk kelihatan terkejut & gembira. kami tuju ke sebuah kedai menjua vcd. aku biarkan mrk memilih vcd pilihan mrk. seorg satu shj. lalu mrk pun teruja sekali memilihnya. selesai di situ, aku bwk pula mrk ke kids wonder world, tmn permainan kanak2. aku berikan wang utk mrk beli token. aku duduk shj di satu sudut. mrk ku biarkan bermain apa sj alatn permainan atau game yg mrk suka. aku dpt lihat keriangan di wajah mrk. aku tumpang seronok.
habis di situ, aku bgtau "papa nk belanja mkn aiskrim". "yea...! mrk bersorak. di kedai aiskrim aku suruh mrk pilih aiskrim jenis apa yg mrk nak. sambil mkn aiskrim, kami berbual spr rakan sebaya. mrk bercerita pasal kwn2, pasal sekolah, tentang program tv yg mrk tonton, dsb. sebelum balik kami singgah ke kedai roti. sekali lagi, aku biarkan sj mrk memilih jenis roti pilihan. mrk kelihatan terkejut ttp gembira. mungkin jgk tertanya2 kenapa papa mrk bersikp pelik hari ini.
sampai di rmh, aku biarkan saja mrk menguasai tv sepnjg hari tu. aku pulak buat kerja ofis yg ku bwk pulang. aku buatkan mrk jus oren, yg mrk suka. hinggalah ptg tu bila mama mrk pulang kerja, mrk menceritakn 'pengalaman' sepanjang hr itu. nyata sekali, mrk sgt menghargainya & seronok sekali. aku pula hanya tersenyum puas. nyatalah apa yg aku buat hari ini, berhasil menggembirakan mrk. mungkin hari ini hari yg luar biasa. eksklusif utk satu hr sj. biarkan sj mereka memilih...

mudah saja kalau betul caranya...

Jun 12, 2009

peristiwa 1
semlm aku ke bank. nk urus krgkn loan rmh melalui pengeluaran epf. sblm ni aku pernah berurusan dgn seorg pegwai di situ bbrpa kali, en. S. kebetuln semasa sampai ke situ dlm 12:45, en. S tkda. dia keluar lunch. aku disuruh tunggu dgn sopan olh seorg staf di situ. kemudian ada seorg dpd bhg yg sama dgn en. S, menegurku. slps dijelaskn tujuanku, dia sedia membantu. ttp katanya proses tsbt memerlukn 3 hari. sbb perlu disemak rekod, penyata & kelulusan bossnya. setahu aku proses sama yg pernah diuruskan olh en.S, boleh disetelkan dlm hari yg sama. sebaik shj aku nk beredar, en. S muncul, baru blk dpd lunch. dia menegurku. kami befrsalaman. lalu aku jelaskn tujuan berurusan di situ. lalu dia pun masuk ke bhg rekod (agaknya) & tk lama kemudian kembali dgn mengepit satu fail tebal, tertulis namaku di bhg depan. dpd dokumen dlm fail tsbt & dokumen yg aku bwk, en.S menaipkan maklumat dlm komputer. sambil kami berbual pasal bola sepak. kemudian dia print beberapa salinan surat dgn letter head bank. malah menandatgn surat tu bagi pihak bossnya. kandungan surat dituju kpd epf tu berisi maklumat perlu utk urusan pengeluaran. urusan tu tk sampai pun 20 minit. selesai. aku ucapkan terima kasih lalu beredar dgn senang hati. "tak sesusah manapun kalau kita berusuran dgn org g tepat"
peristiwa 2
pulang dr bank, aku singgah di sebuah bengkel kereta. tujuanku utk repair & cat kereta wifeyku yg kemek ( sbnrnya dh 1 bulan dh). kebetulan aku ada masa sbb cuti, jadi kami pun bertukar kereta (sbb wifey kerja). lalu aku tunjukkan pd tuan punya bengkel spy dia boleh buat anggaran kos. slps membelek kerosakan yg perlu 'dikerjakan', dia bg tau kosnya"rm400, bang". "tk bole kurang ke.." " ni kena, ketuk, sebelah pintu ena cat,cat metalik mhl skt, bumper kena cat separuh. yg karat tu kena bubuh antikarat...mhal sket bang. ni pun kira ambik kos je" terangnya dgn sedikit loghat negori. mendengar itu, aku pun terusla speaking negori. "mughahla sket. tk dapek ko". "eh, abg org negori ko. tingga kek mano...? lps tu kami pun 'bertukar2 maklumat' tentang kampung, sekolah lama, kerja kat mana dsb. akhirnya dpd rm400, dpt turun kpd rm 330. slps setuju aku pun tinggalkan kereta di situ. dpd mahal dpt murah semata2 sbb ckp 'bahasa pengantar' yg sama...

kepada yang berkenaan

Jun 11, 2009

sekadar jenaka pagi khamis

6 minggu, 6 bulan, 6 tahun

Sebelum Tido:
6 minggu: selamat bobok sayang, mimpi indah ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah.
6 tahun: Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole eh???!

Pakai Toilet:

6 minggu: tak apa, u dulu aje lah, i tak bole tunggu .
6 bulan: lama lagi tak nih?
6 tahun: gedegang! gedegang! gedegang! (bunyik pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!

Balas SMS:

6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma, i masak nasik ayamkesukaan u..
6 bulan: trafik jam ah
6 tahun: k..

Cinta lagi tak:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:

6 minggu: Honey, i dah balik nih...
6 bulan: I'm HOME!!
6 tahun: Beli apa makan apa hari ini ha??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, i harap u suka kad ucapan yang i beli
6 bulan: I beli pasu bunga, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Bak duit, i beli sendiri lah apa yg i nak..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual ngan u di telefon nih
6 bulan: Eh...your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!

Masakan:

6 minggu: You tengok tv dulu, nanti I masak2 yg lazaattt...!!!
6 bulan: Kita nak makan apa malam ini??
6 tahun: MALASLA NAK MASAK, BELI JE LA…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, u nampak hensem dengan baju itu
6 bulan: Laa.. beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey?
6 bulan:Ke Langkawi aje eh..senang sikit tak perlu pening kepala...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, apa yg kita nak tonton malam ini ?
6 bulan: Sekejap eh, citer drama bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE…!

kita orang malaysia kan?

Jun 10, 2009

anak-anak ini. pewaris kita. generasi bangsa masa depan. mereka tidak memilih kawan. mereka tak kenal siapa lawan. biarkan mereka begitu hingga dewasa. nescaya bumi bertuah ini akan kekal sejahtera...

entri untuk jali

Jun 9, 2009

jali,
engkau ingat tak,
1. kau satu2nya budak melayu science stream yg jadik prefect
2. kau selalu pecah lobang pasal assembly sekolah (spy budak asrama sempat gunting rambut)
3. kau mengaku bukan bdk jawa ("mak bapak aku yg jawa, bukan aku"..he he)
4. kita kena kejar dgn pak guard (sbb keluar weekdays)
5. kita jln kaki dr odeon seremban ke asrama (curi keluar tengok midnight show)
6. team takraw jadik state champion (aku feeder, nko tekong, adi killer)
7. kau berkenan kat su***, budak kelas aku (mentang2la dia cun)
8. aku jadik posmen engko (letak surat dlm meja & beg...he he)
9. kau frust sbb su*** jatuh hati kat posmen tu (akula...)
10.aku sorang aje tau kau sebenarnya dh ade awek (budak linggi)
11. awek engko tu lebih tua dpd kau (setahun je...apa ada hal)
12.kita pernah tumpang rumah sewa kengkawan (sbb kena gantung sekolah/asrama 1 minggu - kes rokok)
13.kita berdua tahu pasal kes bakar bilik guru...syhhh!
14.warden ajiz (tompok) panggil semua turun tgh mlm buta pasal kes breakdance (yg jadik kegilaan waktu tu, usung mini compo ke hulu ke hilir...uarh kelakar)
15.semua pelik kenapa warden baru, utz megat, mesti bagi contoh nama aku setiap kali bagi briefing (aku pun tk tau kenapa...anak2 dia kecik lagi!)
16.ramai jeles sbb budak2 sabah tu rapat dgn kau (aku tau sbb engko pernah bwk diorang beraya kat kg engko sbb kesian diorg tk dpt balik sabah)
17.satu asrama turun tengok azura kat odeon (lepas tu gaya berjln pun dh jadi mcm zek (jamal abdillah))
18.aku masuk U, kau masuk maktab jadik cikgu
19.kau kawin dgn budak linggi tu (aku dtg kenduri engko, naik motor dr kampus)
20.last sekali aku jumpa kau, kat bagan lalang (bwk rombongan sekolah pergi berkelah...tkde tmpt lain ke?)

jali, kat mana engkau sekarang...?

direnjis-renjis dipilis...

makan time...melangkah ke alam baru...
acara feberet TS, terkenang zmn jadi pemukul kompang dulu
indera mahkota, kuantan 31/5/09

sekadar renungan...

Jun 8, 2009


ternampak proverb ni semasa di awana, Genting

berbaju melayu dgn ronaldo silk atau dubai silk

pergila ke jln tuanku abdul rahman (jln TAR), KL. bila2 masa sepjng thn, sentiasa meriah. pusat gedung tekstil. jgk ada kompleks beli belah. ptg ahad, atas 'tuntutan' wifey, ke sanalah kami. mcm biasa bila ke sana, feberet di open parking blkg bangunan EPF. jln kaki takla jauh sgt. anak2 TS tk berapa seronokla, sbb tk sesuai utk bwh 18SG ...he he.
mula2 yg dituju gedung tekstil, alasannya nk beli kain baju melayu (aik, bukanke br bln Jun?). maya, gulati's, semua house, nagoya, euro moda, semua diredah, tapi tkde yg berkenan di hati. kemudian tuju ke jaKeL. ada diskaun hingga 80 %. biar betik! mula2 (mungkin sbb nak ambik hati) pilih kain utk baju melayu. mcm2 nama silk ada, velentino silk, plain silk, orlando bloom, RONALDO SILK & 1001 mcm nama lagila. akhirnya yg terpilih, dubai silk. sbb warna yg ditawarkan lebih memikat (wp lebih mahal). tawar punya tawar dptla rm20 semeter. sepapan dgn anak2 bujang TS. tk sampai 20 minit, setel.
lps tu 'mcm biasa' wifey pun mulala meragau carik kain yg sedondon plak. pusing punya pusing, pilih punya pilih, dekat sejam baru dpt yg berkenan di hati. anak2 TS yg mulanya teruja, dh mula moyok. duduk kat sudut tepi escalator. lepastu cari tudung plak di aryani & gerai tepi jln.
singgahan sterusnya plak ke sogo. ada julan murah brgn polo (ini bkn iklan yek!). dptlah beli t shirt. tag nya rm140++ dgn diskaun 70%. tk tahulah betulke mcm tu punya mahal. okla tu asalkan cantik & berkenan di hati. lps tu pergi bhg kanak2, beli baju utk the three mouseketeers (belasah aje ejaan). barula diorg kembali bersemangat. kopak jugakla. tp kurang2 pun, separuh bajet utk raya dh lepas dah.
majlis disudahi dgn makan2 di bhg ground floor sogo sebelum balik...

sepetang di bagan lalang

Jun 7, 2009








ptg smlm tiba2 melintas idea nak pergi ke pantai bagan lalang. dh lama gak tk ke sana. jrknya dr rumah TS tklah jauh. dlm 15=2okm je. kalau drive dlm 20 minit. tk sangka lak bila sampai di sana dlm jm 6:00pm, ramainya manusia. jln pun sesak. parking punyala payah. agak kerap TS ke sini, kali ini kira sejarahla, seramai itu. mungkin sbb cuti hujung minggu & cuti sekolah. diambah plak ada ekspo di sini selama seminggu. khemah tepi pantai pun berlapis2. akhirnya slps beberapa kali 'tawaf dpt jgk ruang parking. anak2 TS yg bwk bola, hanya dpt ruang terhad di pantai yg sesak. seakan tk nk balik gayanya pengunjung yg dtg tu.
TS & wifey hanya duduk memerhati sambil bertenggek di akar pokok ru. sambil tu mkn goreng pisang tanduk, keropok lekor, cucur udang & air kelapa yg dibeli di gerai yg meriah dikunjungi rmai. pasti lebat kutipan peniaga hr ni.
kemudian ambik kesempatan meninjau projek gold coast yg hampir siap. menarik, cantik. dibina mengunjur ke laut, di atas air. slps tu beredar mencari gerai ikan bakar. pastinya gerai paling hujung berhampiran pasar. itulah gerai feberet TS. masalahnya gerai tu antara yg paling popular. punyalah ramai, nasib baik masih ada satu meja kosong.bentuknya seakan sdg makan di dlm sebuah kapal/bot krn dibina di gigi pantai. antara hidangan yang dipesan - ikan pari bkr, udang goreng tepung, sup kepah - segar, sedap & harga brpatutan. pulang ke rumah dgn perut kenyang & hati puas.

dengar cakap orang, jadinya...

Jun 6, 2009

dlm perjlnn balik dr opis ptg smlm, terima sms wifey. 'tlg beli santan & bendi, nk msk kari bawal'.
smpai je di super market feberet yg dkt dgn rmh, terus tuju ke bhg jual ikan & sayur. beli santan & bendi. bdk jual ikan tu kata "bang, tk nak beli udang ke? hr ni offer, rm11.90 je sekilo. hr biase, rm20 lebih...". mula2 TS buat berapa tk dengar, senyum je.
kemudian, bila pikir blk. apadehal, murahla tu. tgk udang tu pun blh thn besar gak. tk nmpk lembik pun. tp yg dipesan olh wifey, dh beli pun.
ternmpk 2 org tgh kaut udang masuk dlm plastik & timbang. 'kalau beli, ok gak ni..' dlm hati TS.
lalu ambik plastik & masukkan udang. pd mata TS, tkde apa yg tk elok dgn udang tu. tp masa tgh pilih2 udang, berdiri dkt TS 2 org 'mak budak' (suri rumah kot). yg sorang tu usha nk beli udang. tp yg sorang lagi tu bagi 'khidmat nasihat' sbg consultant tk bertauliah. "diorg ni ckp je offer. udang ni bukannya elok sgt. tk payah belila...itu hari aku dh terkena. kalau elok tkkanla murah sgt" katanya pd kwnnya itu. lalu mrk pun beredar.
TS yg terdengar kata2 tu, berhenti memilih udang tadi tu. membazir jela beli udang kalau tk elok. lalu TS pun terus je mintak timbang apa yg sudah 'terambik". rm6.20 aje.
sampai ke rmh. wifey tanya "udang ni nk msk apa?'. "masak sambal ok tak" jwb TS.
masa wifey menyiang udang tu, TS tanyala sama ada elok ke tak. jwb wifey "elok je, berapa harganya?". "offer, rm11.90 sekilo".
"murah pun, nape tk beli lebih. boleh wat stok". lalu TS ceritakanlah 'kejadian' di super market tadi. maka berkatalah wifey merangkap chef "ok je. fresh je udang ni. may be org tu nasib tk baik masa beli hari tu kot...".
dlm hati TS "nyesal plak dengar ckp org tadi...!

maka berkecai lagi perancangan hujung minggu

Jun 5, 2009

TS kembali bertugas smlm. slps cuti 3 hari (kali terakhir cuti pd cuti sekolah, mac lps). mcm biasa, bila naik cuti bnykla kerja yg kena cover. telefon pun asyik berbunyi, mcm hotline. tk cukup telefon ofis, hp pun jd sasaran...
tk semena2 muncul dr. mus. bwk mss baru. sdg bukunya terdahulu yg TS lunasi blm masuk print lg. rupanya dia mencari TS sjk minggu lps lg. tu yg main terjah aje bila dpt tau, TS masuk kerja hr ni. ada gak baiknya, kurang2 TS dh ada 1 mss baru bln ni. sebaik dr. mus beredar, boss muncul di bilik TS. dlm hati "pehal lak boss dtg ke bilik ni, biasa intercom je?
"awak wakilkan saya utk seminar ni..." sambil hulur surat & 1 brosur. "saya dah bubuh nama awak pd penganjur" sambungnya lalu keluar.
mata TS pantas mencari tarikh seminar. baru bagi hr ni tkkan tarikhnya dekat sgt kot.
seminar anj. kementerian...okla. berkaitan penerbitan ...ok jgk. tmpat di sebuah hotel kat KL...dekat je. tarikh 6-7...mmmm 2 hr je...tak pela.
eh ! tunggu... 6-7 JUN . itu minggu ni! sabtu & ahad ni!
maka berkecailah lagi perancangan hujung minggu
...buat kesekian kalinya!

cerita seorang badut


badut atau clown sentiasa dilihat ceria. terutama bila melayani kanak2. hatinya? siapa yg tau...suka duka disembunyikan di sebalik mekap tebal & pakaian kelakar yg dipakai. kalau ke Genting, pasti akan ketemu dgn ramai badut. sama ada di stesen kereta kabel atau di theme park. melyn ragam kanak2, buat kelakar spy org ketawa, buat belon dgn mcm2 bentuk utk diberi percuma kpd kanak2 -pedang, senapang, kucing bunga dll. itulah tugas badut. zahirnya nmpk sentiasa ceria. dlm jiwa mrk, tanggungla sdr. badut jgk adalah manusia. ada hati & perasaan. perlu kerja utk duit, makan & tmpt tinggal.
mengapa tiba2 TS bercerita psl badut? bukankah itu sbhg kerja mrk - buat org lain gembira...
semasa menunggu anak2 berbaris ikut giliran nk naik permainan pirate train (hanya boleh naik 2 org 1 gerabak) TS duduk di satu kerusi panjang. ternampk seorg badut sdg betulkan pump utk isi angin belon. lalu TS mendekatinya. jadi kami pun berkenalan. katanya, sdh 1 thn kerja di situ. namanya h****. gajinya tk sebnyk mana. tk spt pekerja lain, mrk dibayar agak murah. pd hari biasa (yg tk ramai pengunjung) mrk diberi off day. ada jgk badut yg dibayar bukan dgn gaji bulanan sebaliknya mengikut jam bekerja. sang badut ini berasal dr jengka. tk berkelulusan tinggi. sekadar mencari kerja halal. masih muda lagi. susah nk dpt kerja skrg ni, katanya lg. apa aje kerja yg boleh dpt duit...sapu je. dpd riak wajahnya agak suram & menyimpan 1,000 mcm perasaan yg tersembunyi.
perbualan kami terhenti, bila2 anak2 TS berlari ke arah kami sambil bersorak riang slps keluar dr gua pirate. wajah si badut kembali ceria, melayani anak2 TS yg bercerita psl 'pengalaman ngeri' mrk tadi. lps tu TS minta si badut bergambar dgn anak2 TS. slps kami mengucpkn t. kasih, si badut berlalu pergi sambil melambai2 tgnnya.

sekadar rakaman foto

Jun 4, 2009











i wuz 'ere - 25-28/09

detik-detik Genting

pusing sampai pening...


boleh main sampai lembik
takut-takut berani = berani-berani takut

dinosaur pun suka theme park genting...

deboooshhh!
boleh thn jgk tingginya naik kabel ni...

sekali lagi meniti saat-saat Genting...


2 minggu lps , TS & rkn sepjbt, mendaki genting, buat survey lokasi utk bengkel yg kami najurkan.
seminggu lps tu mendaki puncak genting & berada di sana 4 hari 3 mlm. sabtu lalu, sekali lagi melalui laluan menghala ke genting sebelum menghala ke karak, menuju ke kuantan. balik menuruni jln yg sama utk pulang pd hari ahad.
pd selasa, atas 'permintaan' (sebenarnya desakan & rengekan) anak2 yg 'cemburu' krn kehilangan papanya sepnjg minggu lps, maka kami sefamili ke genting sekali lagi. bersempena cuti sekolah & cuti rehat TS, menyahut seruan cuti2 m'sia.
ya, kali ke 3 dlm seminggu, TS ke genting.
tiba di goh tong jaya utk naik kabel sky way kira2 jam 11:00am. jangkaan awal tk ramai org, ternyata meleset. beratur panjang menunggu giliran naik kabel. ya,memang cantik pemandangan mendaki puncak genting apalagi bergambar dlm kabel bersama famili. tentu sj bila sampai ke puncak genting, yg dituju ialah theme parknya. skrg ni dah ada one world indoor theme park. anak2 TS dh usha utk ke situ lain kali.
memang tepat 'kota keriangan'. kami menghabiskan sehari suntuk di sana. dpd naik kuda terbang, flying dragon, pirate train, rodeo rider, dinasour land, monorail, ferris wheel, cyclone, space shoot, super toboggan, tea cup, flying jumbo, astro rider, roller coaster, spinner, go kart, boat ride malah sbhg besar permainan yg disediakan. alang2 dh bayar mahal (nasib baik ada diskaun utk family package), belasah aje semua game. yg tk syoknya, bnyk masa dihabiskan utk berbaris menunggu giliran utk main sesuatu game. tp tu tk cukup mematahkan semangat. kalau tk pasti lebih seronok.
tk sedar sbb keseronokan, kami hanya mkn tengah hari pd jam 4:00ptg!
makanan yg dijual, biasalah sedikit mahal. sandwic 1 keping je rm4, air mineral rm2. tk heranla ramai yg bwk bekal. apa barang bwk bekal, kita enjoyla sesekali...terlanjur dh habis duit (pakej unlimited for 2 adult 2 child = rm143 + 1 child pax = rm174)
bergambar sampai habis memori pd kamera. sbb bnyk lokasi menarik (nanti kalau ada kesempatan akan diupload dlm blog ni...). menuruni puncak genting, naik sky way hari dh gelap. dlm perjlnn balik, singgah di gombak beli lemang + rendang panas utk hidangan mlm.
hari yg menyeronokkan. puas hati. bukan selalu kan?yg utama sekali kami sekeluarga dpt bersama, bergumbira.

nilai square semakin suram

Jun 3, 2009

nilai square dibuka sbg alternatif kpd nilai 3 - gedung tekstil terbesar di ng ini. lokasinya pd asasnya lebih strategik dpd nilai 3. kira2 3 km dpd laza tol masuk ke nilai. terletak di pintu masuk putra nilai - bandar baru nilai.
pd awal pembukaannya, memang mendpt sambutan hangat. ramai yg dtg bertandang. suasana membeli belah sentiasa meriah. tawaran jualan murah dpd pekedai saling bersaing, adakalanya seakan cabar mencabar siapa yg paling berani meletak diskaun paling rendah demi menarik pelanggan. pembelinya ramai. malah nak letak kereta pun sukar sekali. ada yg dtg dgn rombongan dr jauh.
entah di mana silapnya, nilai square hari ini tdk semeriah dulu. pengunjung harian makin merosot. cuma di hujung minggu atau cuti umum ada peningkatan pengunjung. ttp masih di bwh tahap memuaskan. semakin hari semakin merosot perniagaan di situ. dpt dilihat dgn semakin lengang dgn pengunjung. malahan bnyk kedai yg tutup. ada yg gulung tikar. kedai yg masih bertahan pun, kelihatannya meniti hari yg tdk menentu. ibarat hidup segan mati tk mahu.
ada satu faktor yg TS rasakan kekurangannya. iaitu ketidakpelbagaian produk yg ditawarkan . kebanyakannya menawarkan tekstil shj. menjual produk yg hampir sama tentu sj menyebbkn pilihan pelanggan menjadi terhad. mrk lebih suka pilihan yg pelbagai.sekali gus merugikan pekedai sdr yg terpaksa bersaing sesama mrk. lagi satu faktor tawaran tekstil di nilai square dikatakan tdk up to date iaitu ketinggalan dr segi kekiniannya. sbb itu pembeli lebih tertarik pergi ke nilai 3 atau yg tmpt lain.

catatan untuk sebuah nama

ayang sy****** d*** a******. aku tk pasti sampai ke hari ini apakah nama itu benar2 wujud.lantaran satu panggilan telefon lewat mlm, bertanyakan bilik kosong utk disewa. aku sendiri yg iklankan di akhbar malay mail. silap ku juga tk meletakkan 'for male only' pd iklan tu.
ironinya kesilapan itu membuka ruang perkenalanku dgnnya. sejak mlm tu, kami mula bergayut di telefon. ayg seorg gadis 22 thn. baru bekerja dgn satu sykt di subang jaya, sbg sekretari. tinggal di sebuah apartment di pinggir brickfields. dr tuturnya, aku dpt gambarkan dia seorg yg agak sosial. dia mengakui sdh punya pacar, berbangsa cina. malah dia bercerita sdh kerap putus cinta lalu menambah tdk percaya lg pd lelaki melayu, tk gentleman. tk sensitif katanya.
setiap kali berbual, seolah2 dirasakan kami sdh lama kenal. dpdnya aku dpt tahu ibu bapanya sudah berpisah. ayg berasal dpd keluarga berada. dlm usia semuda itu dia sdh memiliki kereta sdr, sebuah camry. sdg aku waktu itu yg sudah 2 thn bekerja, grad u, hanya ada sebuah motor cabuk & tinggal meyewa bujang beramai2 di PJ. anehnya slps sebulan berkenalan dgnnya, kami tk pernah keluar bersama. maknanya tk pernah bersua muka. tp aku dpt bygkan, yg ayg seorg gadis manis, peramah, pintar & agak keletah serta nakal. halangannya sbb dia sdh punya boyfriend.
ayg beberapa kali mengajak utk keluar dating. tp aku menolak dgn pelbagai alasan. sdh terbalik kot, seorg gadis mempelawa lelaki. ayg pernah 'mengugut' utk dtg ke rmh sewaku atau ke ofisku. tp aku anggap tu hanyalah gurauan dpdnya. hinggalah pd satu hari, mungkin bosan dgn kerenahku, ayg muncul diofisku! aku panik...lalu memohon EL dpd bossku. itulah detik pertama pertemuan kami. benarlah bayanganku, ayg seorg gadis cantik. kurus tinggi. bergaya. berambut lurus pendek paras bahu. senyumnya menawan. pakainya agak seksi. itu tk menghairankan krn katanya sblm ni hanya pakai baju kurung pd hari raya sj.
sjk tu kalau ada sj kesempatan kami akan berjumpa. ayg seorg yg sgt berfikiran terbuka. terkadang aku yg berasa malu dgn 'keterbukaannya' itu. hubungan kami semakin serius. ayg sudah mula meluahkannya melalui sikap & ucapannya yg dia bersedia utk bersamaku. sdg pd masa sama dia jgk masih rpt dgn jejaka cina itu.
namun aku sedar, lmbt laun, dia terpaksa memilih antara aku yg baru dikenalinya bbrapa bulan ini, seorg bdk kampung yg mencari rezeki di bandar, yg tk punya rupa, apalagi harta... siapalah aku dibandingkan dgn jejaka cina yg kaya itu. yg sanggup convert utk mengahwini ayg. lantas aku ambil keputusan utk mengundur diri. sblm hubungan kami tk dpt dipisahkan lagi. sebelum kami terus hanyut dibuai badai asmara. wp amat pedih dirasakan, tp aku rasa itulah yg terbaik utk kami. tdk adil bagiku meruntuhkan tugu cinta ayg dgn lelaki cina itu. aku tk mahu ayg berdpn dilema utk buat pilihan. cinta 3 segi perlu dinoktahkan. suatu mlm itu, aku putuskan hubungan kami. kami sama2 menangis. ku pinta ayg kembali ke pangkuan kekasihnya. ayg enggan 'melepaskanku'. tp aku nekad. panggilan telefon ayg yg beribu kali slps itu, tdk ku jwb. hinggalah akhirnya, mungkin kecewa & putus asa, ayg tdk lagi menghubungiku.
namun aku tdk pernah lupa akan nama itu, meski aku tk pasti apakah nama itu benar2 ada. setiap kali aku ajukan pd ayg katanya itu rahsia yg aku akan tahu 'suatu hari nanti'. menurutnya, ayahnya memanggilnya 'ayang' manakala ibunya memanggilnya 'dora'. mungkinkah nama sebenarnya = sy****** a******?
yg pastinya nama itu tetap terpahat dlm ingatanku sampai bila-bila.


cuti sekolah = kenduri kahwin

Jun 2, 2009

sekolah cuti selama 2 minggu bermula 30 mei.
minggu pertama sj TS dpt 3 jemputan kenduri kahwin, 1 di kuantan, 1 di salak & 1 di seremban.
minggu kedua ada 4 lagi jemputan kahwin 1 di kaw. kejiranan, 1 di jenderam & 2 di kl.
minggu akhir cuti ada 3 jemputan lagi, 1 di b. pahat, 1 di kuala pilah & 1 di kl.
skrg ni trendnya, bwk hadiah utk pengantin. ttp salam sauk/kaut (pemberian tunai semasa hendak pulang dgn tuan rumah slps mkn) masih kekal. cuma jumlahnya semakin besar kalau dulu rm5, rm10 kini jadik rm20 atau rm50.
bygkan kalau majlis kenduri kahwin tu jauh. duit minyak, duit tol dsb perlu diambil kira.
so, tk pergi rasa bersalah, pergi pulak serba salah.
kalau tk pergi, kena fikirlah masa depan nanti bila kita nk buat majlis, siapa yg nak dtg?

hari paling buruk untuk memandu

Jun 1, 2009

seorg kwn TS mengaku, perjalanan paling jauh dia memandu ialah dr kl ke tapah & kl ke melaka. itupun sekali sj. tiap hari TS memandu ke tmpt kerja dr nilai ke kl. sebulan sekali memandu dr nilai ke kuantan. maknanay perjlnan jauh bukanla cabaran yg terlalu besar buat TS.
memandu di highway biasanya tk bnyk 'cabaran'. jln lurus, luas & bnyk lorong.
kenyataan di atas, TS tarik balik. semata2 sbb apa yg berlaku ptg smlm. ceritanya...
sabtu, jam 2:00pm bertolak ke kunatan. plannya hadiri kenduri kahwin anak abg ipar. sampai di persimpgn ulu klang-ampang (mrr2) /karak-genting melalui gombak, jln yg lancar sjk dr nilai tiba2 tergencat. sebuah lori bonded tergolek melintangi jln. maka bersesak & berhimpitlah kenderaan utk meloloskan diri masing2. slps tu lancar sj hinggalah 'tergencat' di Temerloh utk berhenti mkn. hu hu...sasarannya ikan patin msk tempoyak yg famous itu...
cabaran itu hanya sekelumit sj dpd apa yg dialami dlm perjlnan balik dr kuantan. perjlnn bermula tpt jam 4:00pm. entah kenapa mesin tol di plaza tol lpt kuantan tiba2 jammed bila tiba giliran TS. maka tersangkutlah beberapa minit di situ, lalu berbaris panjang diiringi hon sahut menyahut dpd para 'pemandu berhemah' yg beratur dgn setia di blkg kereta TS.
perjlnn lancar dr kuantan hingalah slps tol Bentong. 2 kali tergendala olh sbb kesesakan teruk semata2 krn jln 3 lorong menjadi satu lorong sj krn kerja2 pembaikan jln ( ya.. pd hujung minggu, hujung bln, cuti sekolah, minggu org kahwin). jd terjadilah adegan himpit-menghimpit, siapa berani dia lepas dulu...
kira2 5km sebelum tol Karak (dpd apa yg tertulis di papan tanda jln) tiba2 perjlnn terensot2 lagi. 5 km spt 500km dirasakan, jammed bagai nak rak. rupa2nya ada eksiden 3 buah kenderaan (1 merz, 1 accord, 1 van rusa...pastinya menitik airmata pemilik kereta mewah tu..). itu pasallah sesak. wp kereta sudah dialih ke tepi, spt biasa, pemandu prihatin memperlhn kereta utk memberikan 'simpati'.
ingatkan semuanya dh ok hinggalah slps terowong Genting Sempah hujan turun, jln licin yg berbengkang bengkok itu pastinya perlukan fokus & skil memandu pd thp maksimum. tiba2 perjlnn terhenti lagi. kemudian berensot-ensot menuruni bukit. dlm hati TS mungkin ada eksiden sbb jln licin akibat hujan.
maka muncullah pemandu mangkuk hayun yg memotong que menggunakan laluan sebelah kiri. menambah lagi sesak yg dah sedia sesak. hampir setengah jam kemudian tiba2 jln menjadi lancar. rupa2nya kesesakan disbbkan kerja2 pembaikan jln jugak. 3 lorong tinggal 1 (kesulitan amat dikesali...kunun!). jln tiba2 lancar sbb ada beberapa org pekerja membuka semula lorong memandangkan kesesakan teruk yg berlaku...(mungkin mrk terdengar sumpah seranah pemandu, agaknya...).
lps tol gombak jln agak lancar. cuma gangguan hujan menjadikan pergerakan kenderaan agak perlahan. hinggalah di Bangi, masih hujan. sebaik sj tiba di susur masuk nilai, hujan lebat turun mencurah2. dpd pengalaman memandu 'di tempt sendiri' TS tahu jln mana yg perlu dielak semasa hujan terutama sbb jln dinaiki akhir & berbahaya. maka pilihan diambil, jln rentas melalui tmn desa cempaka (sbb jln baru diturap semula) lps tu susur ke pekan salak, masuk ke simpang F1.
slps 4 jam 30 minit bertolak dr kuantan, barulah tiba di rumah, dgn badan yg penat & kaki yg lenguh menekan pedal, bahu yg sengal & tgn kematu memegang stereng...

malam minggu yang sunyi...

selengkapnya tajuk di atas berbunyi, malam minggu yang sunyi tanpa bola.
yep...musim bola di eropah dh tamat. musim epl, serie a, la liga, bundesliga, eredivisie dh habis. hanya akan bersambung dlm masa 3 bulan, secepat2nya ogos nanti.
biasanya mlm2 di hujung minggu TS diisi dgn menonton live bola di tv. wifey & anak2 TS tahu, remote control & tv adalah kepunyaan TS dlm tempoh itu.
bermula hujung minggu ni, tiada lagi bola di tv.
maka akan sunyilah mlm2 hujung minggu TS...
arghhhh...