lain kali langgarlah lagi...

Jun 16, 2009

...muncullah seorg gadis manis. berbaju oren dpd kereta jazz putih di depan itu. mukanya merah menahan kemarahan & kegeraman, agaknya. di tgnnya menggenggam telefon bimbit. dia memandang wajahku dgn mata sedikit besar. aku bagi isyarat tgn. dia faham, lalu masuk semula ke keretanya. kami berhenti, di depan sedikit, di bahu jln. aku keluar melihat bumper blkg. keretanya. sedikit calar shj. tapi kata gadis itu "mcm mana ni, i baru je repair kete ni, dh kena langgar". aku senyum je, "sikit je dik, polish pun bole hilang ni...". "habis tu camana ni...". tanyanya lg. "habis tu nk report polis ke, diorg pun gelak nanti, sikit jela". "abg langgar i, lps tu kata mcm tu camni", kata gadis berbaju oren sedikit marah.wajahnya masih merah. "habis tu yg you telefon sambil drive tu nape? tak salah?" dia sedikit tersentak. mungkin sedar kesilapannya. "camnila, ni kad saya. you pun kerja kat ****** kan? kalau ada ape2, nak repair, kena bayar ke, call saya. sama2 nk balik ni. duk tepi jln ni pun tak selesai masalah...buat jammed je. org marah". gadis tu, menyambut kad yg ku beri. lalu sama2 beredar.
esoknya...pemilik kereta putih, si gadis baju oren semlm, melefonku. dia mintak maaf. katanya mungkin sedikit marah masa tu. tentang keretanya, tk da apa2 sikit je. tak payah bayar apa2. malah katanya, "kalau free nanti, bolehla kita kuar minum2 ke makan?". "no problem" jwbku sambil tersenyum.

2 refleksi:

suriahoney said...

bestla, dh la langgar kete org, pas tu dpt belanja plak. kalau langgar kete honey, taulah akibatnya!

tg shaaban said...

aku rela di'gusti' olh honey. mana satu ketenya yg nk dilanggar...he he