pagi ahad yang kelabu

Jun 14, 2009

ahad...
sunyi saja pagi ni. tiada kicau burung.
tiada deru kenderaan lintas pergi.
anak2 pun masih tidur.
sang mentari malu-malu menghulur sinarnya.
bukan...mentari tidak begitu
janjinya akan tetap muncul walau apa saja 'halangan'
cuma tk kelihatan di mata manusia
dilindung awan atau hujan
pagi ini
mentari tk kelihatan
bukan dilindung awan, bukan dibias hujan
mentari dilitup jerebu
angkara manusia
pagi ini pagi ahad

pagi ini pagi yg kelabu

2 refleksi:

editor kampung said...

bila jerebu berlaku, barulah sibuk nak buat tindakan. patutnya tindakan menghalang dibuat dulu sebelum berlaku jerebu...

tg shaaban said...

selagi yg bernama manusia, tak pernah serik!