~ tempat lepak yang baru... ~

Feb 28, 2011

sabtu. hari pertama pembukaan hypermarket tesco di nilai.
saingan terbaru kpd pasar raya sedia ada spt giant, mydin, zymart & grand union.
kalau ikut trend sebelum ni, hari-hari awal pembukaan pasti sesak.
mana-manalah pun, memang begitu. sikap nak tahu akan tempat yg baru.

aku tak bercadang pun nak ke sana, sabtu lepas.
dah jangka kesesakan akan berlaku.
tapi atas desakan (dan rengekan) si erin, aku gagahkan juga.
memang sah, amat sesak hinggakan lalu lintas terpaksa dikawal oleh anggota RELA.
nasib baik jugaklah, ada kereta yg nak keluar dari parkir.
terpaksalah bersikap 'penting diri' dengan menahan laluan trafik di belakang.
apa boleh buat, rezeki depan mata (kalau org lain buat, kita menyumpah...!).

yep, memang menarik dalamannya (alahhh benda baru...).
ada beraneka kedai, servis, kedai makan dll.
okeylah. nampaknya bertambah satu lagi tempat lepak (...dan menghabiskan duit) pada hujung minggu.

~ senyum pagi isnin ~

aku payah sikit nak senyum pagi-pagi isnin begini.
kata orang hari isnin begini, monday blues.
tapi pagi ini , senyumku melebar.
ini semua gara-gara pagi-pagi lagi sudah dihidangkan dgn berita gumbira:

final piala carling
arsenal 1 - birmingham 2

epl:
west ham 3 - liverpool 1
man city 1 - fulham 1

kalaulah setiap isnin begini, alangkah bahagianya, senyum pagi sampai telinga.
tiada lagi monday blues...

~ ala latok...jangan saman! ~

Feb 25, 2011

selepas 28 februari 2011, saman atau kompaun maksimum kesalahan lalu lintas akan dikenakan & mata demerit akan dilaksanakan.
sementara itu, bayarlah sekarang kerana masih ada diskaun antara 30-50 persen.
masih engkar jugak, selepas ini tiada ampun lagi.
tak bayar aje ikut tempoh tertentu. nama disenaraihitamkan. terus ingkar lagi, masuk mahkamah la jawab sendiri.

ramai yg pertikai. kata tak adillah. kita tak tahupun kita salah.
saman ekor, curi-curi pakai kamera...tak acilah.
tak tahu pun, bila kena saman. tak dimaklumkan pun. kalau tak, gerenti bayar punya...pergh!
iyala tu.
kalau tak salah, takkan la polis nak aniaya kita.
habis tu, polis pun buka kaunter aduan & pertanyaan.
kalau tak puas hati, tanya & semak.
bukan luah tak puas hati kat blog atau kutuk dalam status fb!

tak tahu, ambiklah tahu.
abis tu apa gunanya internet. apa gunanya lap top mahal-mahal.
apa ertinya henfon canggih.
kejahilan bukanlah suatu alasan...
bayarlah kat kaunter balai, pejabat pos pun boleh, kat bank pun boleh....
apa alasan lagi. orang dah bagi peluang dah. dah offer. dah buat hebahan...!

yg pastinya, budaya last minute akan berlaku.
dan sedang berlaku.
ramai yg sedang berbaris tunggu giliran untuk bayar saman.
semalam dikhabarkan semakan & bayaran melalui sistem online pdrm, jammed.

dalam ramai-ramai tu termasuklah aku.
aku dah semak melalui online. memang ada saman.
tapi, nak tunggu gaji masuk hujung bulan baru boleh bayar.
sudahnya semalam, sepanjang hari aku cuba, tak boleh masuk sistem.
pagi tadi, awal-awal pagi sebelum pukul 7:30.
sedang orang lain sibuk-sibuk berlumba ke tempat kerja.
sedang orang lain isi perut untuk sarapan.
aku dah potong barisan.
aku dah bayar saman...
"disobeying traffic sign", "lcct sepang". maklumat yg aku dapat.
aku cuba bayangkan, masa bila & kenapa aku berada di situ.
tak ingat. samar-samar je.
jadi, bayar ajelah...diskaun masih ditawarkan.
setel!

~ yang busuk akan terbongkar jua... ~

Feb 24, 2011

dalam satu-satu pertandingan, pasti akan ada yg kalah atau menang.
kalau lawan bola atau badminton atau jenis sukan yang lain ianya bersifat objektif.
jadi yg menang atau kalah memang jelas di depan mata.
bagaimana pula dengan pertandingan atau anugerah yg melibatkan penjurian.
ianya bersifat subjektif.
malah ada anugerah yg prestij juga, pemenangnya mengundang kontroversi.
begitu juga dalam anugerah buku.
ianya bersifat subjektif. malah ada kemungkinan dimanipulasi.
ini terutama jika peneraju persatuan menguasai banyak peringkat dalam anugerah. sudah tentu sedikit sebanyak pengaruh mereka sebagai peluang menggunakan 'tangan ajaib' untuk memenangkan mereka sekali gus menaikkan ego & darjat dalam persatuan & di mata masyarakat umum.

kompeni aku saban tahun menyertai anugerah buku atas dasar yg terbaik perlu diketengahkan.
untuk jadi yg terbaik kita perlu bersaing dengan yg terbaik.
tapi apa jadi, saban tahun penjuriannya begitu disangsikan. tidak telus.
malah kami ada bukti yg pemarkahannya dimanipulasi.
malah kemenangan pencalonan kami dalam beberapa kategori telah dibatalkan dengan alasan beberntuk teknikal.
tapi, bantahan kami tak diendahkan. biarpun kami sudah memberikan bukti & hujah yg kukuh & asas dakwaan yg mantap.
kompeni kami dianggap sore losers.
malah kami tidak mendapat sokongan pun dpd kompeni lain yg turut mencalonkan buku mereka.

baru-baru ini, maklumat pemarkahan & penjurian sudah bocor.
dan satu kompeni penerbit begitu 'terkilan' akan ketidaktelusan panel pemilih.
pencalonan mereka dinilai oleh penilai yg turut bertanding dlm kategori yg sama.
malah lebih mengaibkan, buku penilai yg dicalonkan itu diangkat pula sbg terbaik & pemenang anugerah!
terang & nyata sekali, panel penilai tidak telus & kemungkinan turut terlibat dalam 'konspirasi'.
maka kompeni itu membuat bantahan keras & menyeru pemenang anugerah ditarik balik.
ada bukti manipulasi, salah laku & tidak berintegriti, dakwa mereka.

bukankah semua dakwaan pernah kami bangkitkan?
kenapa dulu tidak ada satu kompeni gabungan pun yg menyokong kami?
bila terkena batang hidung sendiri baru nak mengadu & nak melenting!
untuk rekod, tahun ini kompeni kami langsung tidak mencalonkan karya kami untuk dipertandingkan.
dalam kata lain, boikot!
kami mahukan ketelusan. itu saja.
jauhkan permainan politik demi maruah & integriti akademik serta dunia keilmuan.

~ murnikan perbezaan itu... ~

Feb 23, 2011

katalah satu kumpulan pergi ke sebuah tempat, untuk 3 hari dengan tujuan yg sama.
bila mereka pulang nanti, cubalah tanyakan pendapat setiap seorang daripada mereka.
adakah pendapat mereka semua sama?
tentu tidak bukan. kenapa?
walaupun pergi ke tempat yg sama dengan tujuan yg sama, tetapi yg pergi itu bukanlah orang yg sama. keliru?
dimudahkan begini, setiap individu itu berbeza.
sudut pandang mereka berbeza. pendapat mereka tak sama. sikap mereka berlainan.
jika ditanyakan satu soalan, kita akan dapat versi jawapan yg berbeza.
ada yg bersikap serius, ada yg terbuka, ada yg sempit dan ada yg sambil lewa.

cuba bandingkan cerita ini.
sekumpulan 4 orang dihantar ke satu tempat untuk buat tugasan.
2 orang senior dan 2 orang junior.
bila pulang dari sana, aku tanyakan pada mereka.
senior 1 - menceritakan segala hal yg baik-baik, yg muluk-muluk saja.
senior 2 - tak banyak cakap & tak banyak komen. "okeylah..." katanya.
junior 1 - komplen pasal itu & ini semuanya negatif sahaja.
junior 2 - mengiyakan junior 1, sambil mengiyakan juga senior 1.
apakah aku perlu ambil kira pendapat atau komen mereka?
atau siapa yg harus aku percaya?
akhirnya...yg penting ialah tugasan yg diberi sudah dilaksanakan & mencapai tujuan.
bukan untuk mengkesampingkan 'laporan' mereka.
ambil buat iktibar sajalah, kita pun tak pasti, yg mana satukah di antara mereka itu betul.

kemungkinannya:
senior 1 - cuba utk berselindung & bersikap positif
senior 2 - sikapnya memang semula jadi begitu - tk banyak cakap.
junior 1 - mahukan serba serbinya terbaik, hingga nampak yg negatif saja.
junior 2 - bersikap neutral
tapi, itu kemungkinan saja.
jadi kita berbalik kepada pendapat awal tadi.
setiap individu adalah berbeza dalam banyak segi!

~ dulu & sekarang, sama je ~

Feb 22, 2011

dulu ramai yg komplen.
ADUN yg dipilih rakyat untuk rakyat tak pernah nak datang bila dijemput kalau dianjurkan majlis atau acara oleh masyarakat setempat atau persatuan hatta pibg sekolah sekalipun.
yg dihantarnya selalu wakilnya aje.
tak pernah nak tunjuk batang hidung.
masa nak dekat pilihan raya, bukan main, asyik muka dia aje.
kat pasar malam pun ada. kat kenduri kahwin dia datang. lawan bola pun dia datang.
lepas tu, dijemput pun dia tak datang.
kata nak datang pun, lepas tu last minute, kensel, menyusahkan penganjur.
memalukan tun rumah.

sebab tu kita tukar ADUN dari parti lain pulak.
khabarnya lebih prihatin. berjiwa rakyat. janji masa kempen itu hari, semua orang percayalah.
nak buat perubahan.

sekarang ni samalah jugak macam dulu.
dijemput untuk hadir majlis atau acara tak pernahnya datang.
sudahlah tu, hantar wakil pun tidak.
malah surat jemputan pun tak dibalasnya.
lagi teruk...!
batang hidung pun tak pernah nampak.
khabarnya, masuk pejabat pun jarang-jarang...

nampaknya, kena tukar lagilah lepas ni.
tapi...
nak pilih siapa pulak. jangan lagi teruk pulak dah.
susah-susah tak payah ngundi.
janjinya macam-macam, perubahan itu dan ini.
perubahan taik kucing...!
masa belum dapat, pijak semut pun tak mati.
bila ada kuasa sikit....hampeh!

~ tolong...tosei ku hangus! ~

Feb 20, 2011

dah lama gak aku tak restoran yg ini. dulu kerapla jugak.
jadi sabtu lepas aku ke sana. terasa lapar pulak selepas berjoging pagi itu.
aku pergi bertemankan erol, sebab eril & erin masih tidur. wifey pula sudah ke ofis.
kebetulan duduk berhampiran kaunter.
lalu penjaga kaunter (biasanya pekerja paling kanan & dipercayai oleh tuan punya restoran) mengambil pesanan kami.
aku pesan 'tosei garing' manakala erol pesan roti canai banjir.
selepas pesanan sampai, berlakulah dialog ini.

aku: saya mau tukar ini tosei. hangusla. rasa pun pahit...
tokey wannabe: tadi u mintak tosei garing kan. inila tosei garing...
aku: saya bukan baru 1st time makan tosei...ini mana boley makan. sudah hangus! pahit...
tokey wannabe: ini tepung, kalau bikin garing punya, ini macam juga jadi...(mula meninggi)
aku: cuba you rasa sendiri la boley makan ke tidak?
tokey wannabe: (mencubit sedikit & makan)...okey saja. boley makan...
aku: okey...sekarang you makan kasi habis. kalau you boley habis, saya bayar! (nada geram...!)
(serentak dgn itu, pelanggan lain mula memerhatikan gelagat kami)
tokey wannabe: (terdiam)....wokey, kasi bikin lain la...

tak lama kemudian. pelayan lain menghantar tosei.
okey je. boleh buat pun seperti yg aku nak.
dan sama seperti tosei yg aku makan sebelum ni.
kenapa pulak, yg tadi tu beriya-iya suruh aku makan tosei yg hangus!
saja nak tunjuk keras kepala agaknya...

~ assalamualaikum ustad... ~

Feb 18, 2011

aku pernah ambil paper elektif pensyarah yg kami panggil ustad ni masa kat U dulu.
iyalah paper elektif fakulti. memang kena ambik. nak cukupkan mata kredit.
fakulti pengajian islam selalunya yg paling banyak tawarkan paper elektif.
orangnya simple saja.
kelas elektifnya ramai peminat. dia ambik saja pendaftaran. tanpa had.
tak macam pensyarah lain atau paper lain. terhad bilangan yg diambil.
saban semester, kuliahnya menarik ramai pelajar.
dewan kuliahnya, tak muat, kadang-kadang sampai melimpah keluar.
sebab ramai sangat yg ambik paper tu.
sebenarnya, ramai senior yg bagitau, ambik paper ustad ni...gerenti lulus.
lagi pula, kuliahnya lebih kepada ceramah.
kadang-kadang kuliahnya takde kena mengena pun dengan paper atau kursus yg diajar.
keluar topik & keluar tajuk. tapi pelajar tak kesah pun.
lebih seronok lagi, ustad ni kelakar orangnya.
ada saja bahan yg menyebabkan pelajar ketawa setiap kali kuliahnya.

lepas tu, ustad yg popular itu kemudiannya join dunia politik.
malah lebih daripada itu, digelar ulamak.
bintangnya cerah.
sekarang dah jadi 'orang besar'.
ustad ni tak kenal aku pun.
tapi aku kenal dia.
harap-harap dia jadi pemimpin & pentadbir yg baik.
ada setengah orang boleh jadi pemimpin tapi tak pandai mentadbir.

~ jiwang karat ~

aku tak menjanjikan bulan bintang buatmu
tapi boleh kujanjikan bendera jalur gemilang...yg ada bulan bintang

tak dapat kuhadiahkan sutera itali yg mahal itu kepadamu
tapi akan kuhadiahkan kepadamu kain sutera yg dibeli di Nilai 3..

aku tak dapat belikan untukmu, kereta semewah ferrari
tapi akan kubelikan myvi dengan ansuran 7 tahun...

sesungguhnya aku tak mampu
tapi...terimalah aku seadanya....

ha ha ha

~ sama itu bermakna stereotaip ~

Feb 17, 2011

manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza-beza.
kalau ada pun persamaan, sekadar sama tapi tak serupa.
aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yg memaksakan orang lain mengikut kehendak mereka. meletakkan pra-syarat pada orang lain. berdasarkan ciri-ciri tertentu yg mesti dipatuhi.
soal peraturan atau undang-undang boleh diikut demi kebaikan.
tapi soal sikap, kegemaran, minat tidak boleh dipaksakan.
kalau aku minat bola, aku akan tengok tv saluran bola. takkanlah nak suruh aku duduk 2 jam depan tv untuk tonton drama melayu.
kalau aku minat cerita aksi atau komedi, apa perlunya aku diminta duduk & menghabiskan cerita seram atau cerita cinta sepasang kekasih atau cerita sedih yg mendayu-dayu air mata meleleh dari awal hingga tamat.
kalau aku minat lagu-lagu rock kapak yg sedap halwa telinga aku mendengarnya, janganlah disuruh dengar lagu rap atau lagu indie yg kononnya mengikut arus semasa.

kalau aku suka minum teh tarik, mengapa dihidangkan kopi.
bila aku minat makan roti canai, mengapa dipesan tosei.
kalau aku suka makan lauk ayam atau ikan goreng janganlah mencebik mengatakan yg ayam membawa pelbagai kemudaratan. habis nak suruh aku makan sayur, pagi petang. macam engkau?

kalau aku minat tulis blog, janganlah pula memperlekeh kononnya aku syok sendiri. kerana bagi engkau tulis benda mengarut di status fb atau twitter atau berchatting sambil tersengeh depan skrin komputer lebih menyeronokkan.

kalau aku tak sokong mana-mana parti politik, janganlah pula aku dituduh lalang atau atas pagar. kau perlu ingat apa itu silent majority. tak payahlah nak tuduh orang lain kafir, orang lain tak islam, orang lain tak melayu, orang lain rasis, orang lain kena beli.

kalau kau minat direct selling atau MLM. teruskan. jangan kata orang lain tak mahu mengubah hidup mereka. hidup dalam kerugian & takde masa depan. masing-masing ada perancangan sendiri. sampai putus kawan kerana tak nak jadi downline. ape hal...!

kalau ada kawan beli kereta baru model atau jenama tertentu, yg dia suka & sesuai dengan kemampuan membelinya , janganlah pulak ada yg kata tak cantik, tak elok, re-sale takde value, orang kata kereta tu kuat makan minyak, tak laju, tak power. biarlah itu pilihan dia...mengapa kita yg sibuk.

kalau sedara kita beli rumah dengan harga tertentu di kawasan tertentu. kita komen mengatakan harga yg dibelinya itu tak padan dengan harga pasaran atau kawasan yg dipilihnya tak sesuai atau nilainya susah nak naik pada masa depan. sudah tentu dia ada perkiraan sendiri, mengapa pula kita nak memandai-mandai membuat pilihan untuknya.

ahhhh....banyak lagilah.
ini semua gara-gara semalam lah ni. terbawa-bawa hingga ke hari ni.
seorang kawan yg mengatakan rugilah aku tak jadi cikgu....macam dia, macam kawan-kawan yg lain.

~ maafkanlah mereka... ~


maka tahulah aku resultnya.
sebelum subuh.
lebih tepat, jam 5:38 am tadi.
yep, tak lain tak bukan sms dari persatuan bebudak tadika seluruh malaysia.
bukan 1 sms, tapi dpd 5 orang berbeza.
pasukan pujaan mereka, arsenal mengalahkan barcelona 2-1 dlm UEFA champions league.
abis tu dah menang dah la...
apahal lak nak pegi hantar result pada penyokong team lain.
mereka nak seluruh dunia tahu.
itu belum jadi champion lagi tu. macam manalah gamaknya mereka raikan.
dasar budak-budak...
memang tak matang.
maafkanlah mereka, bisik hati aku.
errr...bukanke masih ada 2nd leg?

~ dah tak larat tengok berita tv... ~

Feb 16, 2011

dah jarang dah aku nak tengok berita di tv.
aku tak maksudkan mana-mana stesen tv tertentu. senang cakap, semuanya.
kalau tengok pun 15 minit pertama je.
lepas tu, semua berita putar-putar, pusing-pusing, remeh-temeh.
tak kena langsung dengan tema terkini, mutakhir atau apa saja yg dipromokan.
sekarang ni dah tak panggil pembaca berita tetapi penyampai berita. ada beza ke?
okeylah sekarang ni pakaian pun ditaja, mekap pun ditaja. lebih eksklusif.
pembaca berita pun nampaknya lebih banyak aksi dpd menghayati apa yg dibaca.
dari segi suara & intonasi, masih tak dapat lawan pembaca berita dulu.
yahaya longchik masih peberet aku.
yg sekarang ni makin muda, tapi tak nampak kredibiliti, kurang meyakinkan.
penyampaian tak sampai. berita sedih yg disampaikan tak sama dgn mimik wajah, misalnya.
lagi pula, laporan berita yg dibaca tidak diedit dengan baik terutama dari segi bahasa.
berita luar negara...hanya diterjemahkan bulat-bulat.
berita sukan, lagilah...penyampainya pakat baca aje apa dalam transkrip.
itu belum komen lagi pasal iklan!
nak tengok berita alternatif dpd 'media baru' pun...yg kononnya lebih neutral, lagilah hampas.
bias jugak, tapi tak mengaku!
oleh itu, tak tengok berita pun tak apelah.
aku baca, aku pilih, aku edit sendiri....mana-mana berita yg aku nak.
asalkan jangan sampai merendahkan & memperlekeh kemampuan minda aku.

~ mengaku bukan bererti sokong... ~

maka berkokoklah para penyokong team lain.
kata mereka, nasib je rooney buat gol lipat a.k.a bicycle kick tu.
gol bergkamp lagi cantik.
gol t. henry lagi cantik ape.
gol kenny dalglish lagi ada seni.
gol f. zola lagi cun.
yep, aku akui memang cantik.
kalau cantik, katalah cantik. janganlah cuba membohongi hatimu (ceewah...).
aku tak dengki pun...
cuma yg kesiannya, nama yg disebutkan itu dah tak main lagi dlm liga.
dah pencen pun.
ada tak yg boleh score macam tu sekarang ni.
sebutkan nama pemain itu & tunjukkan buktinya sekali.
yg score gol minggu ni.
gol messi atau c. ronaldo...tak aci, sebab diorang tak main EPL.
takde kan?
haaa...cakap banyak memang tak guna.

~ ada otak, sila fikir... ~

Feb 15, 2011

hari ni cuti. nak tidur balik lepas solat subuh, mata dah tak mengantuk dah.
kat masjid masih kedengaran tazkirah dpd corong pembesar suara, mungkin sambung lepas kuliah subuh tadi. biasanya hari ahad aje ada kuliah subuh.
kalau masa rajin, memang ada gak turun masjid pagi ahad.
mungkin sbb hari ni cuti maulidul rasul.


timbul idea...
sambil dengar tazkirah boleh joging sekali. orait gak. dua dalam satu.
aku pun bersiap. masih awal, belum pukul 7:00 lagi pun.
suasana masih senyap sunyi. maklumlah masih awal.
masih ramai yg dibuai mimpi, gamaknya.
bukanlah joging sangat pun. brisk-walking, orang kata.

aman damai je rasanya.
sunyi.
udara segar.
lagipun memang disediakan trek joging di taman perumahan ni.
memang sesuai la. selesa jugak.

tapi masih ada perkara terutama mata aku sebagai orang yg berjoging.
tak sedap mata memandang.
sepanjang laluan joging ini, ada saja terlihat sampah sarap.
kotak rokok, bekas tin minuman, kotak minuman, botol mineral, puntung rokok, plastik jajan...
takde sivik betul!

aku percaya, ianya dilempar dari tingkap kenderaan yg lalu lalang berhampiran laluan ini.
mana ada orang berjoging sambil makan minum.
dalam dunia bertamadun & kononnya masyarakat maju, masih ramai yg mentaliti rendah.
prasarana kelas satu, tapi mentaliti kelas 3, mungkin takde kelas langsung!
kenapa masih ada yg bersikap begitu aku pun tak faham.
kenapa tak buang dalam tong sampah.
adakah di rumah sendiri, mereka akan lemparkan apa saja bekas yg mereka makan?
kalau begitu, tentu rumah mereka jadi timbunan sampah...sudah tentu tidak.
tapi sebaik saja berada di luar rumah, sikap mereka bertukar.

ini yg nampak depan mata aku.
belum ambil kira tempat awam yg lain.
kawasan perkelahan, taman permainan, tepi pantai atau di mana saja.
dalam fikiran mereka, kalau buang merata-rata pun akan ada orang lain yg akan bersihkan.
pekerja majlis bandaran atau kontraktor pembersihan, misalnya.
jadi, apa nak dikesahkan.
peduli apa?
buang saja.....

~ pilih harga atau saiz? ~

Feb 14, 2011

"kepada pelanggan kami yang dihormati, mulai 1 februari 2011, kedai kami akan menaikkan harga servis memandangkan harga bahan mentah yang semakin meningkat. harap maklum. kesulitan yang dialami, amat dikesali"

begitu berhemah sekali 'pengumuman' pada pintu masuk kedai dobi yg aku langgani ini.
kedai yg diusahakan oleh beberapa anak muda melayu.
aku tak pernah merungut atau komplen mengenai servis yg mereka berikan.
cuma yg aku rasa sedikit tak puas hati ialah, ini merupakan kenaikan harga kali ke-3 dalam tempoh 3 tahun ini.
maknanya kenaikan setiap tahun.
dan setiap kenaikan itu pula sehingga 20-30 sen.
bahan mentah apa yg naik? minyak masak, petrol atau gula?
apa kena mengena dgn kedai dobi?

...............

"kami tidak akan menaikkan harga makanan yg dijual. demi menghargai pelanggan kami". begitu pula kenyataan yg dilekatkan berhampiran kaunter bayaran, sebuah restoran mamak yg biasa aku kunjungi.

ya, memang harga makanan di restoran mamak yg biasa aku kunjungi ini tak pernah dinaikkan sejak 3 tahun dulu.
tapi roti canai yg aku makan semakin mengecil saiznya.
teh tarik yang aku pesan semakin kecik saiz gelasnya.
harganya sama macam dulu. spt harga 3 tahun dulu.
memang tak naik walaupun harga bahan mentah semakin naik.
mungkin mengecil sebab harga bahan mentah meningkat? ha ha ha

siapa yg punya otak bisnes lebih pintar?

~ foto yang hilang... ~

Feb 11, 2011




~ setuju untuk tak setuju ~

semalam aku berbincang panjang lebar dgn seorang pengarang aku.
agak serius diskusi kami.
dia mempertahankan tulisan dlm buku yg ditulisnya. apatah lagi ianya tesis phD yg teruji. diselia oleh kalangan 3 profesor. dan tesisnya lulus dgn cemerlang.
siapalah aku seorang editor 'kecil' utk menafikannya. tapi apalah gunanya editor kalau setakat menerima saja di depan mata, pejam mata, janji kerja siap - buku keluar.
maaf, itu bukan sikap aku.

bukan soal masing-masing nak tunjuk pandai atau ego.
inipun bukanlah kali pertama aku 'bertelagah' dgn pengarang.
aku tidak sesekali menafikan kualiti hasil kajiannya. tapi yg nak aku tegaskan ialah penulisan sebuah buku tidak sama dengan penghasilan sebuah tesis.
tesis hanya dibaca untuk penyelidikan. untuk rujukan kemudiannya. lebih spesifik skopnya & khalayak yg hendak disampaikan hujahnya. malah lebih dpd itu, sesetengah tesis lebih bertujuan utk 'impressed' penyelia & panel pembaca tesisnya. lagi banyak rujukan lagi bagus. lagi banyak nota kaki lagi meyakinkan. itu ciri-ciri utama tesis.
lagi pula ada banyak isu sensitif & kontroversi dalam tesis perlu 'diharmonikan' & 'dimurnikan' bila terbit sebagai buku.

dalam masa sama, aku sedia mencari jalan tengah.
tidak mahu menyusahkan mereka dengan pelbagai prasyarat. atau lebih teruk lagi menyebabkan mereka kurang semangat untuk meneruskan proses penerbitan.
aku guna pakai kesesuaian & terima hujahnya yg boleh di mana perlu.
kami berkompromi. bukan dua galiran selari yg tidak ada titik temu di hujungnya.
yg penting kami sama-sama setuju.
aku tak mahu sesekali bertegas melulu.sebagaimana aku mahukan pengarang itu bersikap yg sama. dua-dua berfikiran terbuka untuk perbincangan.
agree to disagree
pd akhirnya, kedua-duanya menjadi sepakat.
kes ini, okey lagi. ada tolak ansur. give and take. keterbukaan. mahu berlebih kurang.
jgn hanya nak bertegang urat. semuanya dia aje yg betul...pasti timbul masalah.
kalau tak bersetuju pun, inilah peringkatnya. peringkat awal.
jangan bila dah siap nanti, rumah siap pahat berbunyi. saling menyalahkan, tak puas hati.
inilah cabaran tugas yg aku alami.
berdepan dgn pelbagai kerenah pengarang.
bukan mudah!

~ karnival sukan untuk siapa... ~

Feb 10, 2011

karnival sukan dah dekat...
persatuan penduduk di taman perumahan kami dgn tajaan pemaju akan menganjurkannya.
tujuannya memang utopia - utk mengeratkan silaturahim di samping melahirkan warga masyarakat yg sihat dengan bersukan.
taman perumahan kami memang terbahagi kpd beberapa gugusan. jadi karnival ini mempertemukan persaingan sesama kami mengikut pembahagian gugusan.
ada banyak jenis sukan yg dipertandingkan.
bola sepak, badminton, bola jaring, ping pong, futsal, takraw.
dari segi kategori pula ianya adalah terbuka.
maknanya takde had umur.
hatta aku tafsirkan begini saja budak umur 1 thn yg baru bertatih ataupun seorang pesara yg berumur 70 thn yg pakai tongkat pun, boleh didaftarkan.

hasratnya memang murni. tapi dari segi praktikalnya?
kebanyakan team dijangka dibentuk secara tangkap muat.
bubuh nama dlm senarai, utk cukupkan bilangan.
tiada latihan atau berlatih atau terlatih atau dilatih.
setakat main badminton petang-petang depan rumah, mungkin ada.

main bola? ada setengahnya kali terakhir menyepak bola semasa pendidikan jasmani di sekolah dulu tetapi sekarang perut dah boroi & anak dah 8 orang.
bola jaring? yg muda-muda pun asyik berkepit dengan pak we atau berchatting di FB manakala mak budak pula lebih lincah beraksi di dapur dpd terlompat-lompat di padang.
adalah disarankan lebih baik ada pertandingan poco-poco utk kaum ibu.
bukankah itu lebih 'semasa' & berpijak di bumi nyata.

mungkin yg muda-muda boleh join futsal.
sebab diorang dah biasa main PS2. lagipun gelanggang futsal lebih kecik dpd padang bola sebenar.
tapi nampaknya anak muda lebih minat pakai jersi bola utk melaram, pakai utk dating dgn awek atau melepak kedai mamak sambil tengok live arsenal lwn man utd.. sedangkan kegunaan jersi sepatutnya utk beraksi di padang.
lagipun setahu aku, di taman perumahan ni, tak pernah wujud pun gelanggang futsal. jadi macam mana timbul idea oleh penganjur ni?

petang semalam, aku didatangi oleh bob.
dia ialah wakil jawatankuasa karnival sukan gugusan kami.
dia mengeluh, sebab susahnya nak dapatkan 'sukarelawan' untuk membentuk pasukan, sekali gus mewakili gugusan kami.
"yg ada team badminton aje. semua nak main badminton. yg lelain takde. tak cukup orang ni...kalau camni kita bagi menang percuma ajelah..." bob merungut.
"aku masukkan jelah nama nko, main tak main belakang kira...malu aku ni. kita tak hantar team?"
"daripada nko bubuh nama aku, lebih baik nko bubuh nama anak-anak aku yg sekolah rendah tu..." jawab aku. lagipun bila aku tengok list, semua jenis sukan ada nama bob. kesian dia.
memang betullah, tak cukup orang.

setakat joging pun dah malas.
nampak sangat mereka yg sudah berkeluarga tidak lagi berminat dengan sukan.
yg minat pun, cuma minat tengok aje depan tv.
puncanya dan alasannya, memang banyak. alasan paling mudah...takde masa!

habis tu, karnival sukan ni jadi ke tidak?

~ in person...with MJ ~

Feb 9, 2011

ketika itu aku tengah melepak di sebuah kopitiam di satu kompleks beli belah. borak-borak dengan amin. hari itu hari minggu. jadi, ramai yg lalu lalang, mundar mandir depan kopitiam itu. sengaja aku & amin duduk di meja paling depan. jamu perut & jamu mata sekali gus.

dalam ramai orang tu, entah kenapa aku boleh ternampak kelibat seseorang yg aku kenal, suatu waktu dulu.
MJ...kami panggil dia. bukan michael jackson tapi Mat Jali, nama sebenarnya. kawan sekolah aku dulu. ada jugak yg menggelarnya, Mat Jawa, sbb dia memang budak jawa.

"Jali...!" spontan aku menyeru namanya. amin pun sedikit terkejut dgn gelagat aku yg tiba-tiba.
dia tak dengar. terus berjalan.
bingkas aku bangun meninggalkan amin, termanggu.

"Jali!!!" aku sorak dengan lebih lantang. sambil berjalan pantas ke arahnya. tak hirau orang ramai yg menderu lalu.
kali ini dia berpaling, ya...memang MJ.
dia memandang aku, tepat. tergamam...jelas pada riak wajahnya.
kemudian, sengihnya yg terkenal di sekolah dulu, dipamernya kembali.
kami bersalam...mesra. dia seorang saja. jadi, aku ajak dia join kami di kopitiam tadi.
aku perkenalkannya kepada amin.

tak lama kami dapat berborak, sbb MJ ada hal lain.
aku mintak no. henfonnya. kebetulan henfon aku tertinggal.
rupa-rupanya, dia jugak tertinggal henfon.
lalu dia mencatat no. henfonnya pd sehelai kertas kecil, lalu diberikan pd aku.
kemudian, MJ minta diri.

aku perhatikan dia berlalu pergi. menghantarnya dgn mataku...(cewaah...)
tiba-tiba pakaian MJ bertukar menjadi serba putih...seakan-akan jubah!
rambutnya yg tadi pendek & bersisir rapi, kelihatan panjang mencecah bahu!
aku menggosok-gosok mataku. tak percaya...
"apahal ni..!?" tanya amin, hairan melihat gelagatku.
serentak itu, aku cuba membaca no. henfon yg MJ catat pada kertas tadi.
ada nombor. tapi aku tak boleh membacanya.
aku cuba tengok, dekat-dekat. masih tak boleh dibaca...

tiba-tiba...aku tersedar. rupanya aku bermimpi...!
kalaulah no. henfon itu boleh dibaca & aku ingat, bolehlah agaknya aku hubungi MJ yg dah lama lost contact.

dalam masa sama, aku terfikir, apakah firasat mimpi ganjil itu?
begitu juga misteri MJ bertukar wajah dgn rambut panjang & berjubah putih?

~ Abang Long, Pak Long, Tok Long ~

Feb 8, 2011

ahad lepas kami adik-beradik mengadakan majlis tahlil -bacaan yasiin bulanan. yg pertama utk 2011. seperti biasa acara makan-makan menggunakan kaedah pot-luck. lebih meriah, lebih aneka & lebih banyak daripada sepatutnya....hinggakan boleh dibungkus & dibawa pulang utk makan malam pulak.

bukan hal itu yg hendak diceritakan. selalunya selepas habis bacaan yasiin-tahlil, akan ada 'pengumuman' terkini perkembangan adik-beradik atau sedara-mara terdekat. ada yg masuk asrama, ada yg pindah rumah, ada yg tukar kerja, ada yg sakit pening, berita kejayaan dsb. jadi, abg long, mengambil kesempatan mengumumkan hari itu adalah hari jadinya. makanya kami semua mengucapkan tahniah.

selesai jamuan makan, disambung pulak dengan sesi borak-borak. acara makan-makan diteruskan dengan hidangan minum petang dengan teh tarik, kuih donut, bubur & cucur badak. sedang leka berbual sesama adik-beradik lelaki, sebenarnya kak anjang & kak tih senyap-senyap menyusup keluar ke kedai. sedar-sedar, tiba-tiba kak anjang membawakan sebuah kek hari jadi sebagai 'surprise' untuk abg long. serentak itu, kami beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi & 'Allah selamatkan kamu'. diikuti dengan doa yg dibacakan oleh abg ngah. along kelihatan terharu kerana katanya ini adalah sejarah dlm hidupnya menyambut hari jadi ramai-ramai dgn adik-beradik yg lain.

sebagai anak paling tua, dialah sebagai ketua keluarga sebagai ganti arwah abah & mak. abg long dah pun pencen sebagai polis. hobinya memancing & berkebun. dia juga rajin menanam pokok bunga. tak heran rumah kak lang yg dibina menggantikan rumah pusaka di kampung dihias dengan pokok bunga yg terjaga rapi oleh abg long. dialah yg menyiram & membajanya. setiap petang dia akan datang mengerjakannya.

pengalaman aku dgn abg long amat besar maknanya. aku masih ingat bagaimana abg long bersusah payah menguruskan majlis perkahwinanku dulu. mengambil cuti panjang semata-mata mahu bertanggungjawab mengatur semuanya & memikul tugas sbg ketua keluarga. kerana aku satu-satunya adik yg berkahwin selepas ketiadaan abah & mak. dia selalu pujuk aku jangan bersedih pada hari bahagiaku itu. tetapi akhirnya, pada hari itu, dia yg menangis terharu.

buat abg long, aku sentiasa sanjung tinggi susah payahnya. semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan walafiat & dilindungi hidayah-Nya.

selamat hari jadi abg long, pak long, tok long...gelaran kami adik-adiknya, anak buahnya & cucunya.

~ rosak lagi, dan lagi...dan ~

Feb 7, 2011

PC aku rosak lagi
buat kesekian kali
aku tak tension kali ini
mungkin dah lali
nak menyumpah pun dalam hati
redha sajalah daripada sakit hati
sudah berbuih mulut mintak ditukar ganti
takde siapa yg peduli
bukan sekali dah berkali-kali
dah hantar masuk bengkel lagi
kata mereka boleh repair dlm 2 hari
aku pegang pada janji
lepas ni gerenti rosak lagi
PC ni sudah menghitung hari
ofis kata pergi
kedai barang lusuh kata mari...!

~ jalan alternatif ~

kalau jalan sesak, kita cuba ikut jalan alternatif.
kalau jalan alternatif lagi sesak daripada jalan sebenarnya, buat apa.
jalan alternatif by pass pekan kuala pilah melalui ampang tinggi, dulunya dijadikan alternatif untuk mengelakkan kesesakan jalan terus melalui pekan kuala pilah, yg ada beberapa lampu isyarat yg merencatkan perjalanan trafik.
kalau cuti musim perayaan, polis trafik akan ditempatkan di pekan kula pilah untuk melegakan perjalan lalu lintas.
jadi, jalan alternatif kadang-kadang dihalakan oleh polis kepada pengguna kenderaan. bertujuan untuk menghuraikan laluan trafik yg tinggi volumenya. jadi ramai pengguna dah tahu nak guna sendiri jalan alternatif itu bila kala ada kesesakan berlaku. walaupun jalannya sedikit sempit & berbelok-belok.
tapi pulang daripada kampung selepas bercuti tahun baru cina baru-baru ini lain pulak yg jadi.
jalan alternatif sudah menjadi penyumbang kesesakan trafik.
mungkin sebab utamanya, terlalu ramai yg menggunakan laluan alternatif itu sebagai laluan mereka.
bayangkan laluan dari pekan kuala pilah ke ampang tinggi yg biasanya memakan masa tak sampai 10 minit sudah jadi 1 jam kerana kesesakan yg berlaku sebaik saja laluan jalan alternatif bersambung dengan laluan utama. lagi pula tiada polis trafik berkawal. mungkin menjangkakan kesesakan akan hanya berlaku pada hari ahad, hari terakhir cuti panjang.
ditambah pula sikap pemandu yg tak mahu memberi laluan, walaupun petak kuning & tersekat di lampu isyarat.
jadi, jalan alternatif bukan lagi alternatif untuk aku gunakan bila melalui laluan ini pada masa akan datang...!

~ serba tak jadi ~

Feb 2, 2011

ada kala, ada perkara yg selalu kita buat, tiba-tiba tak menjadi.
entah apa gerangan yg silap atau mengganggu.
pagi tadi aku singgah di dua buah bank.
ya, berurusan waktu pagi, lebih mudah. parking pun senang. tak payah beratur.
lagipun tak payah beratur di kaunter, semuanya menggunakan mesin.

tapi, hari ini entah apa sebabnya. mesin menjadi penghalang.
mesin deposit tunai yg digunakan membatalkan transaksi deposit yg aku cuba buat.
kalau satu bank, mungkin ada masalah teknikal. atau offline.
tapi kalau dua bank berlainan, memberikan alasan yg sama sekali gus memaksa aku membatalkan urusan pembayaran, kebetulan jugak?

bukan sekali dua aku mencuba, tetapi berkali-kali.
setiap satu nombor yg dikey in, diperiksa betul-betul. tapi masih tak berfungsi seperti diharapkan.
masih gagal.
sudahnya urusan yg aku rancang hari ni, tak mampu diteruskan.
mesin oooo mesin...

setia atau karier?

Feb 1, 2011


awal musim ini wayne rooney striker utama man utd dikritik hebat kerana mahu berpindah ke kelab lain. dia dikutuk segenap penjuru bukan saja penyokong sendiri ttp juga penyokong kelab lain. dia dilabel tamak haloba, mata duitan walaupun sudah menikmati kekayaan dgn gaji mingguan sahaja mencecah 200,000 pound. rooney dicop sebagai tak setia kpd kelab & mengkhianati penyokong setianya.
kemudian dia tak jadi. ikat kontrak baru. kini masih lagi struggle utk kembali spt form musim lepas dgn menjaringkan lebih 30 gol.

musim pintu perpindahan utk januari dibuka. tapi biasanya yg berlaku ialah last minute shopping. biasanya tak banyak pilihan sebab pemain bintang terikat dengan team yg main liga juara-juara. yg ada di luar pasti akan letak harga tinggi kerana belian januari dikaitkan dengan pembelian panik dan terdesak.

begitulah dilakukan oleh chelsea yg beli fernando torres dpd liverpool dgn 50 juta pound. rekod perpindahan paling tinggi dlm sejarah bola sepak liga england. manakala andy carrol dibeli oleh liverpool dari newcastle dgn 35 juta pound, rekod tertinggi perpindahan pemain warga british.

adakah ianya berbaloi?

sekali lagi penyokong kelab akan mempertikai. marah dan menuduh itu dan ini pada pemain yg berpindah. mata duitan, tak setia atau pengkhianat akan dilemparkan kpd pemain idola yg selama ini mereka puja.

bagi pemain pula, pastinya mempunyai sebab tersendiri. untuk maju dalam karier, untuk bermain dgn team yg lebih baik yg menjanjikan kejayaan memegang gelaran juara dan menjulang trofi. dan tentunya ganjaran lebih lumayan untuk karier yg singkat sekadar usia 30 tahun di puncak.

salahkah mereka?