- apahal mesti nak ada kalendar? -

Dec 30, 2011

tokey...kedai lu takda kalendar free ka...?
 nape bila hujung tahun kita sibuk nakkan kalendar

macam-macam design. boleh buat hias dinding ofis/rumah...

biasanya aku dpt bnyk kalendar yg org bagi. kengkadang pass
pd kengkawan atau sedara. tak tahu mana nk letak dah...

tapi kalendar yg ni mesti ada. feberet aku.
biarlah org kata 'kalendar kuda'. haribulannya dr jauh pun dah nampak...
terang dan jelas...ha ha

- ishh...inilah susahnya jadi wakil -

Dec 29, 2011

sebenarnya menjadi wakil lebih sukar daripada yg diwakili. kalau orang yg 'mewakilwalikan' tu mungkin tidak sukar kerana itu sebahagian tugas hakikinya.

yang nak aku ulas ialah wakil dalam mesyuarat. lebih-lebih lagi bila kita mewakili boss. boss kita kengkadang memang pandai. dia akan pilih mesyuarat  yg dia akan hadir, dan yg mana tidak. lebih penting atau kurang penting. atau yg ada kepentingan dan glamor dengan yg tidak. atau kalau ada orang besar-besar turut hadir, macam mana sibuk pun, dia akan cuba menyelit datang jugak...ha ha ini dah kutuk belakang boss ni.

selalunya wakil akan duduk diam-diam saja dalam mesyuarat. bersuara kalau perlu saja.

yang lecehnya, bila balik ofis nanti kena buat report. atau bagi taklimat pada boss berkaitan mesyuarat yg kita hadir sebagai wakil tu.

yang tak sedapnya, kengkadang kita tak tahu apa nak dicatatkan. ada kalanya kita hanya jadi pendengar dan tak ambil bahagian, makanya banyak poin yg tak kita ingat.

lebih buruk lagi, dalam mesyuarat pagi ni, di mana aku mewakili boss. satu biji butir pun takde apa yg aku catatkan. mungkin sebab aku mengelamun. maklumlah sekarang ni tengah sibuk siapkan perancangan tahun depan yg nak kena hantar esok. masih tak siap lagi.

sudahnya, yg aku ingat hanyalah apa yg aku makan masa tea break tadi.
mihun yg tawar, dan kuih karipap yg keras!

apa aku nak kelentong boss ni.....adeh!

- tiada lagi dia...dia tiada lagi -

Dec 28, 2011

pagi tadi semasa sampai di ofis, aku nampak lampu di blok bangunan sebelah masih terpasang. waktu tu dah jam 7 lebih. biasanya time begini aku selalu nampak kelibat abang zam. berjalan berkeliling blok dan bangunan sambil menutup suis lampu.

tapi hari ni lain sikit. masih terang-benderang, walaupun hari dah makin terang. matahari dah memancar. tak macam biasa. mungkin dia cuti agaknya. tak datang kerja. takde dia, tak bertutuplah lampu....hmmm.

kemudian selepas duduk di depan pc, sambil menghirup kopi segera yg dibuat sendiri. baru aku teringat, peristiwa tengah hari semalam. abang zam ada datang ke ofis kami. orangnya memang peramah, suka bergurau dan suaranya yg garau lantang itu selalu memecah suasana.

dia masuk ke bilik aku. mengucapkan selamat tinggal. ya, semalam hari terakhir abang zam bekerja di blok bangunan sebelah tu. hari persaraannya. "aku dah 58 tahun dah. last day ni. pencen..." terangnya pada aku dengan air mata bergenang. kami bersalaman erat. saling bermaaf-maafan. mungkin selepas ini akan jaranglah bertemu, mungkin juga inilah kali terakhirnya berjumpa.

walaupun dia bukan dalam kompeni yg sama, tapi kami selalu bertembung. staf kami saling kenal-mengenal. kalau ada jamuan makan-makan, kami jemput mereka sekali.

bermula esok, tiada lagilah tegur ramahnya. sunyilah daripada gurau sendanya. hilanglah suara garau lantangnya memecah suasana.

kami ada sikit persamaan. aku selalu datang awal ke ofis. sama jugak dengan abang zam. sebab itulah setiap pagi dia akan round ke seluruh blok bangunan berhampiran untuk tutup suis lampu. walaupun itu bukanlah tugasnya. tapi dah jadi semacam rutin hariannya untuk berbuat begitu. mungkin secara kebetulan, oleh sebab aku juga sampai awal, aku juga jadi penutup suis lampu di blok aku, serupa seperti abang zam.

kepada abang zam. selamat menempuhi fasa baru dalam hidup, alam persaraan... jaga kesihatan baik-baik. walaupun kita taklah begitu rapat, tapi aku pasti kelibat abang zam saban pagi akan aku teringat-ingat, dan tegur ramahnya setiap kali bertemu akan terngiang-ngiang....

dan takde lagilah orang yg rajin menutup suis lampu waktu pagi....

- lastik dah jadi 'rare' -

Dec 23, 2011

mungkin tidak keterlaluan jika aku katakan yg generasi sekarang ni tak kenal pun apa itu - lastik. bercakap pasal lastik, pada aku orang yg paling pakar menggunakannya ialah arwah abah aku. seingat aku semasa kecil, lastiknya dibuatnya sendiri.

bayangkan dia boleh lastik buah kelapa, untuk emak gunakan santannya dibuat masak lomak cili api. dulu mana ada pokok kelapa yg rendah, semuanya tinggi menjulang. sedangkan orang lain gunakan galah. selain itu digunakan untuk melastik tupai, kera dan keluang yg cuba nak makan buah durian.

biasanya orang guna dahan pokok jambu untuk buat batang lastik. sebab ia tak mudah patah, kuat dan tahan lama. selain getah sekerap yg lebih kuat untuk mengikat getah penarik - dulu gunakan tayar basikal yg dah tak pakai, dipotong panjang. supaya lebih anjal dan tak mudah putus bila ditarik. selain kulit, biasanya daripada kasut terpakai sebagai pelepasnya. batu kerikil atau batu jalan dijadikan pelurunya.

sejak dua menjak ni, banyak anjing liar berkeliaran di taman perumahan aku. terutama sebelah malam. kadang-kadang dia masuk ke laman rumah, menggonggong kasut dan selipar. atau menyelongkar tong sampah. menggigit kain yg tersidai di ampaian. dan bunag najisnya merata-rata. sebagai orang islam tentulah kurang senang dengan 'kehadiran' haiwan haram ini.


bukan aku nak lastik anjing tu. sekadar nak mengusir, menghalau  dan menakut-nakutkannya saja. nak lastik sipi-sipi. aku ni masih punya rasa perikemanusiaan walaupun terhadap haiwan seperti anjing. mungkin ada sesetengah kita dipengaruhi emosi hingga sanggup memberikan racun dalam makanan yg diumpan, atau mencederakannya dengan memukul hingga patah kaki atau cacat anggota badan anjing itu sampai buta dan kudung kakinya.
itu zalim dan kejam! perbuatan orang yg tak berhati perut...

orang kata anjing ni biasanya 'alah' pada lastik dan batu. dia akan cepat lari. seperti juga kata orang tua-tua, ular alah pada buluh.

lastik juga boleh diguna sebagai senjata keselamatan dan alat mempertahankan diri. seperti yg aku katakan awal-awal tadi, ianya sudah jadi alat tradisional. ramai generasi sekarang yg dah tak kenal. termasuk anak-anak aku sendiri. dulu aku pernah nampak di kedai, menjual lastik yg diperbuat daripada pelastik. sekarang dah tak nampak lagi.

mencari lastik ini pun susah sekali. aku pernah cari di pasar-pasar malam sekitar nilai dan salak. takde yg menjualnya. semasa ke melaka itu hari pun aku cuba cari. juga takde kedai yg menjualnya. lastik yg baru aku beli ni  terjumpa di R & R sabak bernam, semasa singgah dalam perjalanan balik dari p. pinang tempoh hari. kedai tu jual barangan kraftangan. rasanya dibuat gunakan mesin atau alatan tertentu. mungkin bahan yg digunakan tidaklah se'original' dulu. tapi ciri-ciri tradisionalnya masih ada.

lastik sebenarnya, semakin pupus penggunaannya...malah pembuatannya dan penjualannya juga agak terhad. mungkin orang yg nostalgik macam aku saja yg masih menghargainya...

- panggilan pulau -


tengah sibuk-sibuk berposing ambik gambar di celah-celah orang ramai di puncak bukit bendera hari tu, ada terdengar suara orang memanggil-manggil "pak uda...pak uda..."!

yep itu panggilan anak-anak sedara sebelah aku. kalau anak sedara sebelah wifey, mereka panggil aku pakcik ben. aku tak pulak endahkan panggilan itu. sebab seingat aku takde pun anak sedara aku duduk di penang ni. lagipun ada berapa ramai lagi, pak uda, kat malaysia ni...

tapi panggilan itu semakin mendekat. "pak uda...!" kata mamat tu sambil berjalan laju ke arah kami dari belakang. "laaaaa...apa buek kek sini?" aku bertanya dengan loghat negori sebaik-baik mengenal kelibat itu. ya, memang anak sedara aku. anak abang cik yg sulung.

"kita orang ado field work kat penang. singgah sini kojap. satu bas.....tu dio kengkawan" kata ayong sambil menunjuk ke arah kumpulan kengkawannya.
"oooo...ingatkan datang dgn mama & abah...". perbualan kami singkat saja. lagi pun rombongan diorang dah nak balik dah. siapa sangka boleh jumpa kat situ pulak.

pada sebelah malam hari ke-2 kita orang ke gurney drive (lihat gambar sebelah) apa lagi untuk jalan-jalan cari makan la. punyalah banyak gerai, sampai tak tahu nak pilih mana satu. walaupun sedikit berserabut, tapi aneka pilihan makanannya memang marvelous. apa saja yg nak makan ada kat situ. semua bangsa ada kat tempat tu. mat saleh dan pelancong asing pun bukan main seronok lagi. tapi oleh sebab 'kesibukan' memilih gerai dan cari nak makan apa sampai terlupa nak ambik sebarang gambar malam tu. pada sebelah siang keesokan harinya, dalam perjalanan balik, kami singgah di tempat yg sama. tapi macam tak pernah sampai kat situ. suasananya jauh berbeza di sebelah siangnya.
bt feringghi - malam
samalah jugak dengan keadaannya di bt feringghi. di sebelah siangnya, nampak biasa-biasa aje. tapi sebelah malamnya memang happening. dengan pasar malam, kelab, restoran, kedai makan - meriah sekali.

bt feringghi - siang


rumah p. ramlee

masjid terapung

tempat lain yg kita orang ronda ialah padang kota lama. makan pasemboq - kata orang penang. rumah p. ramlee di bagan pinang. singgah ke balik pulau. selain ke tokong ular, melawat kejap di masjid terapung dan masjid kapitan keling.

dan kami balik tak ikut jambatan p. pinang, sebaliknya sengaja ikut jalan laut, menaiki feri. sengaja nak bagi eril, erol dan erin merasa naik feri. aku dah banyak kali ke penang, tapi biasanya takdelah ronda begini sebab urusan kerja. gambar banyak, tapi utk simpanan ajelah ya....

- bila yang mudah jadi sukar -

Dec 22, 2011

sebentar tadi, aku diberitahu oleh kakak sekretari yg boss tengah marah-marah.
"macam mana boleh jadi mcam ni !..." begitulah dia memetik kata-kata boss.

dia merujuk kepada laporan yg aku hantar semalam. yg baru aku tahu deadlinenya pagi itu.
rupa-rupanya sudah dimaklumkan 10 hari lepas kpd satu lagi jawatankuasa.
aku dalam satu lagi jawatankuasa sebagai setiausaha utk menyiapkan laporan yg satu lagi.
bagaimanapun, laporan aku bergantung kepada laporan yg disediakan oleh jawatannkuasa yg satu lagi itu. aku kena tunggu mereka serah pada aku sebelum boleh menyediakannya.
dan laporan mereka itu hanya diserahkan pada aku pagi selasa lepas. dan aku siapkan dalam tempoh sehari saja, dan serahkan gabungan kedua-dua laporan itu dalam tempoh 24 jam iaitu semalam, hari rabu.

aku difahamkan yg laporan kami ditolak dan tidak diluluskan kerana diserahkan lewat mengikut masa yg ditetapkan. itulah puncanya, boss marah-marah.

aku sedang tunggu, bila boss nak panggil aku ni...
aku boleh saja cakap yg jawatankuasa yg satu lagi punca masalahnya. tapi, yg duduk dalam jawatankuasa itu, adalah kawan-kawan aku jugak!

uish...dah jadi komplikated ni.

- sepanjang jalan ke pulau pinang -

selama ini aku ingatkan memandu di KL sudah  cukup mencabar. dengan kereta yg banyak dan jalan yg sesak. rupanya memandu di P.Pinang lagilah penuh cabarannya. sudahlah kita ni tak berapa mahir dengan selok-belok dan arah tujunya. ada jugak sesetengah jalan yg sesak. ditambah pulak dengan pemandu dengan nombor plat P di awalnya, agak kurang 'mesra alam' bila kita memandu perlahan dan memandu tercangak-cangak sambil membaca sign board tepi jalan, kerap kali dihimpit, dihon dan dipotong pancungnya kita, sesedap hati...

tak mengapalah, memandu di tempat orang. kenalah berhati-hati dan hormat pada 'tuan rumah'. tapi paling tak seronoknya macam sudah jadi trend di sana, meletak kereta di bahu jalan. sebab tu  jalan yg sepatutnya 3 lorong jadi 2 dan yg dua lorong jadi satu. jalan yg sepatutnya lancar jadi tersekat-sekat. bukan setakat pinggir bandar seperti batu feringghi tapi tengah bandar george town dan sekitar tepi bangunan komtar pun mereka letak kereta tepi jalan jugak...!

dan aku membayangkan bila singgah ke bukit bendera dan naik tren ke puncak bukit, yg menjadi tumpuan ramai itu, tentulah disediakan tempat letak kenderaan. tapi silap rupanya. kemudahan itu tak disediakan. alasannya, agar pengunjung menggunakan pengangkutan awam. makanya, letak sajalah di mana-mana bahagian bahu jalan, bawah pokok, tepi parit, asalkan tidak menghadang pintu rumah orang....

okay. cukuplah dengan perkara negatif. tujuan cuti ni nak enjoy. hari pertama memandu melalui jambatan. erol tak putus-putus ambik gambar. oleh sebab dah petang kami terus saja ke hotel penginapan. sengaja pilih di kawasan pantai, ya sekitar batu feringghi. pantainya cantik. meriah dengan aktiviti pantai. boleh naik banana boat, boleh main jet ski, boleh tunggang kuda, sewa bot pusing pulau terdekat, atau sekadar mandi manda di pantai.
bezanya kat sini orang tempatan, maksud aku bukan pelancong orang putih pun pakai bikini atau 3 pieces mandi kat pantai atau kolam renang. termasuk yg melayu pun, tanpa segan. kitalah pulak yg rasa segannya.

eril, erol dan erin bila dah dapat main air susahlah nak panggil naik ke darat. sampai diorang kecut, letih dan tak larat barulah nak naik. tapi kali ini, aku biarkan saja. hinggalah lifeguard membunyikan wiselnya menandakan masa bermandi-manda sudah tamat. dah nak malam dah...

aku cuba-cuba jugak main jet ski. tapi mamat yg jaga tu asyik bersorak suruh aku pandu laju sikit. ish....aku takde lesen jet ski woooi. bila dah lama sikit naik syok pulak. dah boleh buat aksi mat rempit dalam air...ha ha



kemudian aku teringin nak naik parasailing. agaknyalah kot. yg naik macam payung terjun, yg diikat talinya dengan bot tu. antara nak dengan tidak, aku pun beratur ambik giliran. ngeri pun ada. mana tau, tali terputus dan jatuh ke laut. tapi nak try jugak pengalaman tu.

tiba-tiba kejadian yg tak ingin dilihat berlaku. salah seorang yg sedang naik parasailing tu tiba-tiba menjerit-jerit. semua orang terkejut dan panik. tali yg diikat pada bot yg menariknya mungkin terputus atau tertanggal. jadi, dia melayang-layang di udara. pekerja yg mengendalikan sewa parasailing jadi kelam kabut. masing-masing menjerit memberikan arahan dan panduan bagaimana untuk orang itu mendarat. dan tidak jatuh ke laut.

mujur akhirnya, dia mendarat ke pantai. walaupun tergolek jugaklah jatuhnya. melihatkan kejadian itu, aku yg sedang menunggu giliran, kecut perut. dan ambik keputusan tak jadi mencuba. rupa-rupanya bukan aku saja, beberapa orang lain yg sedang beratur pun, menarik diri...hu hu .bukan takut tapi demi keselamatan....alasan!

malam tu kita orang pusing-pusing pasar malam batu feringghi yg famous tu. anehnya ramai jugak mat arab dan mat pakistan yg buka gerai. macam-macam benda yg dijual. kita boleh tawar-menawar dan kena pandai pilih barang yg betul-betul kualitinya tak jauh dpd yg original.

apalagilah yg dicari untuk makan di p.pinang kalau bukan nasi kandar dan pasemburnya. walaupun sedikit keletihan kerana menempuh perjalanan yg jauh, kami tidur agak lewat kerana meronda sekitar batu ferringhi. dan tidur pun dalam kekenyangan yg teramat....

- kaitan antara urgent dengan boss -

Dec 21, 2011

aku dalam perjalanan pagi tadi untuk temu janji, di usim, nilai. bila terima panggilan telefon dari ofis.aku diberitahu bahawa boss mengarahkan supaya laporan yg sebenarnya aku sudah siapkan supaya dihantar sebelum jam 2:00 petang. walhal aku tidak diberitahu pula sebelum ini yg deadline nya petang ini.

alamak aku sedikit panik. laporan itu pula ada di tangan aku pada ketika itu. aku bercadang nak menghantarnya untuk ditandatangan oleh pengerusi jawatankuasa  selepas balik dari janji temu pagi itu. tapi lain pulak perancangan boss.

mujur juga yg memandu ketika itu ialah rakan sekerja aku. kalau tidak mesti berserabut kepala otak. tumpuan memandu juga pasti tak tentu arah.

aku berfikir sejenak. takkanlah aku nak berpatah balik. batalkan temu janji. pada ketika itu, kami baru melepasi susur masuk ke kajang. sudah separuh perjalanan ke nilai.
aku perlu fikirkan jalan penyelesaian segera. "ishh kenapa lah tak diberitahu awal-awal. atau sekurang-kurangnya sebelum aku keluar dari ofis tadi..." bentak hati aku.

otak ku berfikir ligat. mencari idea untuk menyelesai kemelut ni.

POP!

aku dapat idea bergeliga...

aku telefon kak A.

"kak A, boleh tolong saya. urgent ni"!
"pegang telefon ni. ikut arahan saya....."

"masuk ke bilik saya. bukak pc. cari file pada desktop....bla bla  bla.....print"

"lepas tu bagi pada V. kejap lagi saya call dia. bagitau apa nak buat..."

lepas tu aku letak telefon dan dail no. telefon V pulak.

"V. tolong aku. ini urgent. boss suruh hantar....bla bla bla....."

V menurut saja. mujur jugak, mereka ni mendengar kata. dan aku gunakan perkataan "urgent" dan "boss suruh..."
kalau tak mungkin jugak tak jalan...ha ha.

fuhhhhhh setel masalah besar. lega....macam batu besar dah takde lagi terletak atas bahu....!


- tak kira... nak update jugak... -

jambatan yg famous itu...

baru upgrade...tv lcd 42 inci

kok nyaman sekali pak...

seaview yg mendamaikan jiwa

- meeting tanpa agenda -

Dec 16, 2011

beberapa hari lepas aku didatangi oleh seorang pelajar phD nak buat kajian yg ada kena mengena dengan bidang aku. walaupun agak sibuk, tetapi aku luangkan jugak masa aku. lagi pulak dia beriya-iya nak menemu bual dan mahu mengadakan temu janji.

lagipun, pada jangkaan temu bual itu hanya mengambil masa sekitar 1 jam. dia datang tepat mengikut masa dijanjikan. macam tahu-tahu aje yg aku ni memang particular sikit soal masa. temu bual yg sepatutnya berlangsung 1 jam itu berlarutan hingga hampir 3 jam. begitulah jadinya, bila aku dah mula bercakap...terutama pasal perkara yg aku minat dan mungkin jugak sedikit teruja bila bercakap pasal pengalaman yg pernah aku lalui.

itu hal yg kita rancang. sekurang-kurangnya dah ada dalam perancangan kita.

dua minggu lepas 3 pelajar universiti datang ke kompeni aku.. pakai terjah aje. nak buat kajian untuk kursus mereka, hajatnya. aku sebenarnya agak keberatan untuk membantu mereka. tetapi bila tetamu dah datang, takkan nak dihalau balik. nanti dikatakan sombong pula, selain daripada rasa kasihan. sudahnya aku layan juga mereka. tak banyak input yg dapat aku beri. lagipun mereka sendiri tak buat kajian awal. nak tanya soalan pun, macam spontan aje.

samalah juga kalau dipanggil untuk meeting. aku lebih gemar kalau diberitahu terlebih awal. diberikan agenda, apa yg nak dibincangkan. sekurang-kurangnya kita boleh buat persediaan. atau sedikit kajian. atau mengumpul sedikit idea. idea-idea spontan biasanya tak berapa kukuh berbanding dengan idea yg lebih tersusun dan difikirkan lebih awal. lainlah kalau mesyuarat yg benar-benar urgent untuk mencari penyelesaian masalah yg segera.

lebih buruk lagi kalau yg memanggil mesyuarat itu sendiri tak tahu hala tuju atau punya idea awal untuk dikongsi. sebaliknya mengharapkan idea mereka yg hadir untuk memberi buah fikiran. sudahnya mesyuarat yg sepatutnya singkat menjadi meleret-leret. malah ada setengahnya tak mencapai matlamat agenda yg dimesyuaratkan.

dan sejak semalam saje, aku sudah melalui 4 kali mesyuarat atau perbincangan. dua daripadanya takde dalam perancangan. kalau ada hasilnya takpelah jugak, ini langsung takde malahan kena ada susulannya pulak.


- realiti yang benar-benar real -

Dec 14, 2011

kira-kira seminggu lalu, aku ada temu janji dgn seorang chef eksekutif.  pertemuan itu sebenarnya ada kaitan dengan projek baru kompeni aku. dia bekerja dgn sebuah kelab eksklusif dan mewah di ibu kota. orangnya masih muda. tapi banyak pengalaman. pernah bekerja di luar negara pun. perbincangan kami sebenarnya dalam suasana santai. dia tak lokek berkongsi pengalaman.

antaranya kami berbual pasal rancangan masterchef. sebuah rancangan tv realiti yg sedang hangat dipertontonkan di tv. aku ni jarang sekali menonton  rancangan tv yg tiada kaitan dgn sukan atau berita. rancangan hiburan terutama konsert live sesekali tu layanlah jugak. atau movies yg menarik  terutama genre aksi atau thriller. rancangan lain cuma sekadar nak layan wifey atau anak-anak sambil main fesbuk, internet atau bacaan sampingan lain.

masterchef malaysia ni kira program 'francais' yg konsepnya diambil daripada program tv yg popular di negara lain terutama US. samalah seperti malaysian idol, akademi fantasia, roda impian, anda ada 60 saat, dan terbaru 1,000,000 money drop.

bezanya mungkin ada sesetengahnya berbentuk realiti tv. dan yg lain pulak berbentuk permainan atau games.
tapi nampaknya aku dah terpikat dengan rancangan ni. terutama ianya memang bersifat real. itulah sepatutnya ciri yg ada dalam sebuah rancangan tv realiti. sebab program yg lain sebelum ini lebih bersifat sengaja cuba menaikkan emosi penonton. kadang-kadang macam sedikit digembar gemburkan atau senang cerita bersifat 'lakonan' atau 'palsu' (fake).

program ni disertai oleh orang biasa. maksudnya ordinary people. dekat dengan kita, seperti kita. bukan nak kejar glamor. mengejar cita-cita terpendam. cuba mengadu nasib dengan kecekapan atau kemampuan yg ada. pesertanya terdiri daripada orang biasa - doktor gigi, peguam, penulis novel, pelajar kolej, pekebun, suri rumah, bekas askar malahan penoreh getah...

jadi, ianya berpijak di bumi nyata. realistik bukan plastik.
walaupun malam tadi, semua orang sibuk dengan episod akhir drama melayu yg hit, 'cinta ellysa' dengan heroinnya fasha sandha dan hero misai nipisnya, johan (@ botak) ashaari...aku tetap tengok masterchef malaysia.

tapi, akhirnya bergantung pada pilihan masing-masing juga. citarasa dan minat masing-masing. kalau aku minat bola, takkan aku nak paksa semua orang termasuk famili aku minat bola dan tonton bola walaupun mereka tak minat. aku bukan saja minat tapi dah fanatik sangat atau orang sebut gila bola. kalau miss satu perlawanan team yg aku minat, rasa macam tak kena. tapi aku kena jugaklah bertimbang rasa. tak mahu orang yg aku sayang - famili - merajuk pula nanti. penyelesaiannya, hujung minggu sebelah malam adalah program bola. dan lebih mudah kalau ada 2 tv dan 2 astro, seperti aku....ha ha ha

hakikatnya, takde program tv yg terlebih real selain bola sepak!

- best-selling books 2011 -

Dec 13, 2011

amazon.com


- melastik ke bulan -

"papa jangan lupa, malam ni ada gerhana bulan..."! kata eril mengingatkan.

"kalau erol tertido nanti, kejutkan ye, nak tengok jugak..." pesan erol menambah.

"nak tengok...nak tengok...!" sampuk erin pulak.

nampaknya budak-budak sekarang lebih peka & prihatin dengan berita semasa. mereka didedahkan dengan media komukasi yg menyebarluaskan berita. mereka nak tengok gerhana bulan tu macam mana rupanya. kalau dulu, masa kecik-kecik aku tak tahu pun ada gerhana bulan. malah, kalau tahu pun aku dihalang daripada melihatnya. tak baik...nanti rosak mata! mitos yg selalu ditanamkan.

"harap-harap malam ni tak hujan..." bisik aku dlm hati.
di tempat-tempat lain mengikut keluhan kawan-kawan dlm fesbuk, pada masa yg sama - ada yg hujan, langit gelap, bulan terlindung dek awan.


malam itu di tempat aku, langit cerah. menunaikan hajat ketiga-tiga mereka.

"kenapa gelap?" tanya erol.
"gerhana bulan tu gelap. kalau purnama...terang. " aku cuba terangkan.

ketiga-tiganya kagum dengan kebesaran alam ciptaan ilahi. fenomena semula jadi.

"kenapa jadi gelap. bulan sakit ke?" tanya eril.

"tak. ..kejap aje. nanti terang balik la. bulan terlindung dek bayang matahari. sebab tu jadi gelap. nanti kat sekolah, cikgu geografi akan ajarlah." mujur juga aku ada basic ilmu geografi.

aku biarkan saja mereka bertiga mendongak ke langit. sampai puas...sampai sakit tengkuk. sebelum memanggil mereka masuk ke rumah.

- koleksi daripada benda free -

Dec 12, 2011

kerja aku ni kerap pergi seminar, bengkel, forum atau hadiri kursus.
kengkadang kena menginap di hotel jugak. jadi, aku simpan buat koleksi...
ada jugak yg officemate pinjam, terus tak pulangkan.
pensel pun ada jugak. tapi makin susut.
sebab dikebas oleh erin, erol atau eril bila mereka kehabisan pensel
bila nak buat homework.
hobi terbaru, koleksi tisu...he he

- tengok tv je tak cukup -

Dec 11, 2011

kalau ikutkan aku, nak tengok movies tempatan tunggu je masuk astro first. malas nak tempah tiket, tak kuasa nak beratur. kengkadang rasa muak nak tengok perangai couples yg menonton. orang tengok wayang, mereka main wayang. apatah lagi kalau kita bawak anak-anak.

oleh sebab diorang cuti sekolah ni, hari tu wifey dah ambik cerita dua wayang kat  astro, yg tak lah berapa best. tapi cukuplah untuk mengisi 'masa lapang' mereka kat rumah. untungnya, rm15 aje, tengok ramai-ramai dan boleh tengok berulang kali dlm tempoh 60 jam  - terutama sekali erin, sampai boleh hafal jalan cerita & dialog. 

tapi tengok kat rumah tak best, kata mereka. skrin 42 inci je. sistem audio tak bergema berdentum dentam macam kat panggung. boleh makan pop corn kotak besar sekali. tak boleh gelak ramai-ramai. tak real... macam-macam la, alasan.

jadi semalam selepas pusing-pusing shopping complex dan makan-makan. beli sikit-sikit keperluan sekolah, akhirnya, termakan jugak cakap-cakap diorang. layan jugaklah movie. cerita yg bertemakan kanak-kanaklah atau animasi. best jugak, orang dewasa macam kita tengok. dulu zaman kita adalah jugak kartun, tapi tengok kat tv je.

yg tengok 'ombak rindu' masih penuh panggungnya. wifey dah pergi tengok dengan kengkawan ofisnya, sebab aku malas nak layankan...hu hu.

- belum ada rezeki lagi -

Dec 9, 2011

beberapa hari lepas aku ditag dalam gambar seorang kawan di fesbuk. dia meletakkan gambar buah itu berserta dengan pantun teka-teki. jadi ramailah yg cuba menjawabnya. termasuklah aku. oleh sebab dia baru balik menunaikan haji di mekah, aku pun tekalah yg kemungkinan buah itu tidak terdapat di negara kita tetapi dari sana (mekah).

kemudian ada seorang yg dapat meneka buah itu dengan tepat. kebetulan dia juga ada membelinya semasa buat umrah di sana. lagipun, nama buah itu agak 'popular' juga. cuma tak ramai yg kenal bagaimana rupanya.

ini >>> buah zuriat atau buah hawa.

mengikut apa yg diceritakan, dengan izin Allah, sesiapa yg meminum air rebusan buah ini akan dipermudahkan untuk mendapat zuriat atau anak.

jadi ramailah yg jika berkesempatan ke mekah akan membeli dan bawa balik buah ini dan diberikan kepada saudara mara atau kawan-kawan yg belum ada anak atau dah lama berkahwin tak dapat anak.

tetapi itu semua bergantung izin Allah. kita cuma berusaha. ada seorang kawan lain yg beri komen, yg dia sudah cuba pelbagai cara tapi masih belum dikurniakan anak. termasuk dengan meminum atau makan buah zuriat ini. malah dia pernah pergi umrah dan berdoa di depan kaabah mohon dikurniakan anak. tetapi belum ada rezeki lagi. komennya agak emosional. seolah-olah menyalahkan takdir.

mujurlah kawan-kawan lain beri komen yg positif, beri nasihat, berusaha menenangkan dan menyabarkannya.

apa pun yg kita lakukan bergantung jaya atau gagalnya dengan izin Allah jua. kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin dan bertawakal. dengan itu, aku berasa amat bersyukur kerana dikurniakan tiga cahaya mata yg memberi sinar dalam kehidupan berkeluarga. anak-anak adalah anugerah Allah dan amanah yg harus kita jaga sebaik mungkin...

aku masih ingat kata-kata seorang kawan. bila kita lambat kahwin orang akan bertanya bila nak kahwin. bila dah kahwin mereka akan tanya pula bila nak dapat anak. kepada yg lambat dapat anak, tentu rasa tertekan atau kecil hati.  yg mampu mereka jawab dengan senyum kelat hanyalah "belum ada rezeki..".

apatah lagi kalau soalan yg sama kita tujukan kepada kawan-kawan yg belum kahwin atau masih bujang tetapi usia mereka dah agak lanjut. sedikit sebanyak soalan kita. walaupun sekadar gurauan, tentu emosi mereka akan terganggu. mereka akan jawab dengan senyum tawar, sekadar "belum ada jodoh..."

- blog paling top di malaysia -

Dec 8, 2011

yep.
blogserius -  memang aku tengok setiap hari.
beautifulnara - blog hiburan & gosip
papagomo - politik
jejariruncing - ex-awek keeper m'sia khairul fahmi
honeykoyuki - student m'sia kat jepun (kalau tk silap)
inibelogsaya - si cantik manis >  hanis zalikha

yg lain-lain aku tak pernah jengok. lepas ni kena lah...

- tanya sama pokok -

Dec 7, 2011

aku tengah tengok maharaja lawak mega malam tu. kat luar, diorang tengok muzik muzik separuh akhir. aku tak berapa layan sangat muzik-muzik sejak beberapa tahun dah. aku rasa juaranya macam dah dirancang oleh tv3. lagipun, kemenangan tanpa siti nurhaliza bertanding sama-sama...seperti ada sikit kureng. sour victory kata orang putih. macam ada yg tak kena ha ha...
tambahan pulak takde lagu genre rock kapak yg bertanding. hu hu

aku masih rasa tak patut semua kategori dipertandingkan dalam satu. lebih baik diasing-asingkan. macam dulu-dululah.

tiba-tiba erin bersorak. manakala erol pulak macam sedikit bengang. "lagu best pun tak menang...!" erol seakan membantah.
manakala eril gelak aje. dia ni jenis entah apa yg diminatnya aku pun tak tahu. oh ya, dia memang kaki buku cerita! habis koleksi novel mamanya pun dibaca...he he


rupa-rupanya keputusan lagu yg layak ke AJL baru saja diumumkan. ada 12 lagu. lagu feberet erin yg selalu dilagukannya dengan penuh perasaan, walaupun ke laut pitchingnya,  "kisah hati" alyah, layak ke final. itu yg dia seronok sakan
manakala kedua-dua lagu hazama pulak tercicir."pokok" dan "cinta teragung". sebenarnya sebelum ni pun erol dah merungut kenapa lagu "pokok" dgn meet uncle husin orang lain yg nyanyi masa semi final (nubhan). itu pasal lah agaknya kalah.

agak-agak siapa yg menang final  kali ni? yg pastinya erol pasti tak nak tengok. erin pasti mengharapkan alyah. wifey mesti dalam diam, mesti sokong abang anuar zain lah tuh....heh heh "sedetik lebih' ....sudah!


- maaf, duit palsu tak diterima -

Dec 6, 2011

tengah hari tadi, keluar makan. lagipun ada nak buat urusan bank. nak guna online, duitnya dalam akaun tak berapa nak cukup...he he. jadi terpaksalah juga ke bank, berurusan dengan mesin.

lepas makan tu, singgahlah ke bank. memanglah, awal bulan begini ramai yg berurusan. beratur agak panjang. oleh sebab takde pilihan, kita pun beratur sama. bila tiba giliran, kita pun cucuhla duit dengan penuh konfiden. seperkara yg menyampah dengan mesin deposit tunai ni kengkadang dia mengada-ngada. reject duit kita. walaupun ada kalanya guna duit baru pun bermasalah.

itulah yg berlaku hari ni. berkali-kali aku ulang masuk tambah duit. sebab tak cukup jumlahnya bila direject. setiap kali itulah jugak, mesin ni meragam. tak terima duit yg dimasukkan.

aku cuba tukar dengan note lain. sama jugak resultnya. yg beratur di belakang makin panjang. dan mula resah. ada yg dah mula merungut. mungkin mereka ingat aku ni tak pandai guna mesin....hu hu

tak kurang daripada 8-10 kali mencuba. masih tak cukup dlm rm20. sudahnya aku terpaksa jugak mengalah. aku ambik keputusan akan guna khidmat internet banking nanti dpd rakan seofis.

kemudian baru aku teringat. duit nota rm10 tadi, adalah baki wang yang aku bayar masa di kedai makan tadi. mungkinkah ianya duit palsu? issshhh. ini bukan masalah duit palsu. tapi mesin yg meragam!



- budak sekarang tak makan saman -

selalunya bila sampai ke rumah, balik dari ofis. aku lepak kat depan rumah sambil minum kopi. kecuali kalau jalan jem atau hujan ribut dan sampai rumah dah waktu maghrib...
kalau ada biskut kering atau goreng pisang, ada lah 'ulau'nya kata orang pahang. biasanya aku minum kopi 'bujang' je. sambil 'menikmati' orang lalu lalang balik kerja. atau budak-budak main basikal atau main kat taman permainan depan rumah.

tapi petang semalam ada sesuatu yg mengganggu aku. dua orang budak bawah umur. asyik pusing keliling depan rumah ni dengan motor. dah pastinya takde lesen. menunggang pun masih belum cekap sambil bergurau atas motor. aku bimbangkan budak-budak kecik lain yg main basikal. bimbang dilanggar dek motor tu. aku tak kenal budak yg naik motor tu. mungkin dari kawasan kejiranan berdekatan. nak main depan rumah, takut mak bapak marah. lalu main kat kawasan lain. atau mak bapak diorang tau (tentunya motor tu bukan milik diorang) tapi buat-buat tak tahu. asalkan bukan main motor depan mata mereka!

sudah banyak kali mereka buat pusingan. aku pun bangun. tujuan supaya buat mereka cuak sikit.
aku berdiri sambil bercekak pinggang. serta menunjuk muka serius.
mereka tahu gelagat itu ditujukan pada mereka. tapi buat tak nampak je.
aku dah mula panas. mana tahu nanti, nasib tak baik terjadi kemalangan. aku tak kesahlah yg naik motor tu cedera, dibuatnya anak-anak kecik jiran yg dilanggar atau cedera...tak boleh jadi. budak naik motor 2 orang tu, nampaknya  memang tak makan saman.

jadi, aku guna helah psikologi. aku ambik henfon sambil berdiri depan rumah. lalu aku gunakan kemera henfon ambik gambar mereka. sengaja aku guna flash untuk pastikan mereka tahu dan nampak aku ambik gambar.

aku terdengar salah seorang dpd mereka berkata "eh...abang tu ambik gambar kita la...!" agak cemas dan panik.

kemudian, motor itu bertukar haluan. terus hilang dan tidak lagi melakukan pusing depan rumah aku. taktik ambik gambar tu menjadi...!

- masih dalam proses, maknanya tak buat apa-apa lagi -

Dec 2, 2011

aku: saya nak tahu status permohonan utk ubah suai rumah yg saya dah submit 15 nov. 2011. nama saya bangsawan nilai (he he...)

pegawai mpn: kejap saya semak...

- ting ...tong ... muzik latar -

pegawai mpn: ini encik x bin encik y. ya, memang kami dah terima permohonan tu. sekarang masih dlm proses.

aku: jadi, bila agaknya saya boleh dapat kelulusan...?

pegawai mpn: biasanya proses ni ambik masa sebulan..

aku: iyalah. itu jangka masanya. sekarang ni pun dah 2 hari bulan. mesti kena tunggu cukup sebulan jugak ke?

pegawai mpn: mengikut rekod kami dah buat lawatan tapak 26 hari bulan hari tu...jadi dah tak lama dah. boleh siap dan lulus.

aku: tak lama dah tu bila? ada masalah ke dengan permohonan saya?

pegawai mpn: kalau tengok fail ni takde masalah. dokumen semua lengkap. pelan semua mengikut spesifikasi. tapi masih dalam proses.

aku: kalau pelan dah ok. dokumen dah lengkap. lawatan tapak dah buat, apa lagi masalahnya. tak boleh lulus jugak ke?

pegawai mpn: kami kena tunggu boss ...hmm ketua kami tengok dan sain untuk luluskan. ataupun kalau perlu ketua bahagian pun boleh.

aku: maknanya tunggu pengesahan dan tandatangan boss aje la. dah hantar kat dia ke belum?

pegawai mpn: belum. masih dalam proses...

aku: jadi bila jangkaan cik, boleh lulus? minggu depan atau nak tunggu cukup-cukup sebulan...!

pegawai mpn: macam saya bagitau tadi kena dapat kelulusan ketua dulu.

aku: habis tu sekarang ni permohonan tu pada siapa? kalau dah lengkap kenapa nak tangguh lagi. serah sajalah untuk kelulusan dan tandatangan boss cik.

pegawai mpn: iyalah. tengah dalam proses la ni...

aku: prosesnya tinggal nak tandatangan je kan untuk kelulusan. boss awak bukan ofis yg sama ke?

pegawai mpn: macam ni lah encik. nanti encik call balik dalam minggu depan atau datang sini untuk tahu statusnya.

kemudian terkeluarlah perkataan-perkataan 18SG yg tak boleh disiarkan di sini.
dokumen dah lengkap. pelan dah lengkap. lawatan tapak dah buat. tinggal tunggu tandatangan untuk kelulusan je lagi...! huh geram! bukannya aku nak buat banglo 10 tingkat, tambah ciput pun ambik masa camtu punya lama...aduhai

- citarasa kita berbeza . . . -

set order eril, erol & erin ...western food. mata korang dah nak tukar biru...

aku punya pilihan...

wifey...laaa ini je. susah betul nak suruh org diet ni makan

- hanya simpati yg mampu diberi . . .-

Dec 1, 2011

aku tak kenal dia. maksud aku, aku tak tahu namanya. tak pernah berbual. malah cuma bertukar ucap salam sahaja. tapi kami semacam sudah ada ikatan. sejak lebih 2 tahun dia akan ada di situ. dengan kerusi rodanya. seawal pagi. di depan pintu masuk sebuah bank di PJ.

setiap hujung bulan aku ke sana. untuk urusan bank. maksud aku, berurusan dengan 'mesin' bank. biasanya sebelum waktu pejabat. tak ramai orang. paling penting takde masalah parking. lagipun, antara perkara paling malas bagi aku ialah berurusan di kaunter. kalau dapat elak, aku cuba elakkan.

berbalik pada orang itu. aku jangka usianya dalam lingkungan 60-an. bersongkok lusuh dan berpakaian comot. berkerusi roda. kakinya kudung sebelah. (tak sampai hati pula nak mengambil gambarnya...). memegang satu bekas duit, untuk sesiapa yg sudi menghulur sedekah. kepada yg seikhlas hati menghulurkan akan diberinya pula surah yasin, ayat kursi atau koleksi himpunan doa. aku tak tahulah sama ada dia berada di situ sepanjang hari. tapi biasanya seawal pagi lagi aku sudah terserempak dengannya. dia pun sudah kenal aku. setiap kali, selepas berurusan dengan 'mesin', akan kuhulurkan sedekah padanya. mungkin sebab itu dia kenal aku.

orang bolehlah kata dia peminta sedekah. atau pengemis. terpulang...

seingat aku, setiap kali aku ke situ, tak pernah tidak aku memberinya lebihan rezeki yg aku ada padanya. kadang-kadang aku ambik saja surah yasin, tisu, ayat kursi yg diberinya. dah banyak sangat dah. sebahagiannya aku letakkan di surau ofis. sebahagian lagi ada di rumah. ada juga aku longgokkan saja dalam dashboard kereta. kadang-kadang aku tak ambik pun.

biasanya aku tak letak ke dalam bekas yg dihulurnya. sebaliknya aku salam tangannya, sambil berikan sedekah wang.

kadang-kadang terlintas di fikiran aku, di manakah keluarganya? hingga terpaksa mengemis dan menagih simpati orang demi sesuap nasi...
mungkin juga dia tak punya keluarga. hidup sebatang kara. kalau begitu di mana dia tinggal? adakah cuma tidur di kaki lima? cukup makankah dia?

ada kala, terfikir juga di benak ini. untuk membantu lebih daripada sekadar memberikan sedekah wang yg tak seberapa.

tak semua orang bernasib baik dalam dunia ini. dalam beratus atau beribu orang yg berurusan di bank itu setiap hari, agaknya berapa orangkah yg menghulur sedekah padanya. depan mataku sendiri, ada yg tak menjawab pun salam daripadanya. tak pandang pun. seolah-olah di tak pernah berada di situ. tak wujud...! 

- wordless wednesday -

Nov 30, 2011

t-shirt adalah imej aku di luar waktu ofis.
tajuk entri ni sebenarnya takde kena-mengena.
cuma hari ni agak busy menyiapkan monthly report.
nak bentang utk meeting petang ni. last minute punya kerja...

- bila mat arab cuba buat kecoh... -

Nov 29, 2011

aku cuba cari gambar-gambar yg aku ambil semasa di menara taming sari, semalam. ya, jumpa jugak pic sekumpulan mat arab yg cuba buat kecoh. takpelah, nanti aku ceritakan kemudian...

oklah aku flash back. oleh sebab hari isnin cuti maal hijrah, aku pun rancangan ad hoc ke melaka (uh melaka lagi kali ke-2 tahun ni). tapi nasib tak berapa baik. semasa makan kat kedai asam pedas selera kampung yg famous tu. hujan turun lebat. sudah lah parking nya jauh dekat mahkota parade sebab semua parking tepi jalan dan bawah pokok dah penuh. jalan pulak jem yang amat, orang KL semua turun melaka kot. singgah kejap je kat pahlawan walk beli t-shirt, magnet peti ais untuk erol, key chain untuk eril dan kipas si erin.

lepas tu, ronda jap kat dataran pahlawan dan jamu mata kat mahkota parade. hujan tak mengizinkan aktiviti luar.
kemudian cari hotel utk bermalam. malas dah nak patah balik ke nilai. hujan. lepas check in hotel. digagahi jugak ke duyung malam tu utk cari ikan bakar. sekali lagi masalah sesak dan nak parking. lebih-lebih lagi orang singapore turun berbas-bas nak makan ikan bakar. maklumlah kat sana takde, gamaknya!

esoknya, jalan-jalan ke gerai sekitar  bangunan stadthyus, dan kincir air serta kapal flor de la mar. tak naik melaka cruise kali ni.

kemudian patah balik ke menara taming sari. kalau tak silap kali ke-3 dah naik ni. tapi sebabkan dah depan mata naik jugakla. lagipun kat Nilai tak de mende ni..ha ha kain kat Nilai 3 banyak la....

masa beli tiket tu, pekerja kaunter tanya datang dari mana. aku jawablah nilai. rupa-rupanya ada diskaun utk orang tempatan.
lepas beli tiket kami pun beratur la. boleh tahan jugak la panjangnya. sedang borak-borak tunggu giliran naik, ada kecoh-kecoh sikit kat belakang. sekumpulan mat arab, 2 lelaki dan 2 perempuan sedang bertengkar dengan beberapa yg lain. puncanya dipercayai sebab kumpulan mat arab tu cuba potong barisan. potong q.

memandangkan mereka seperti nak bergaduh, ada beberapa yg lain cuba campur tangan. lagipun mat arab ni kelihatan agak kasar dan kerek sikit. yg perempuan tu pun (tak bertudung dan pakaian tak berapa semenggah) pun bising-bising terjerit-jerit tak puas hati pada seorang mamat tempatan yg cuba menegur mereka.

aku ni nak kata berani tu taklah. nak kata badan besar pun tidak juga. adalah dulu belajar silat masa kat U. ada sikitlah basic tu kalau dah sesak-sesak...hu hu

tapi rasa tercabar jugaklah bila 'orang luar' nak tunjuk samseng tempat kita. dan 'sumpah seranah' (aku agaklah dlm bahasa arab). bila melihat 3-4 orang lelaki lain termasuk aku datang nak masuk campur. mereka pun sedikit cuak.

kemudian datang pulak staf menara tu, bila dengar kekecohan berlaku. mereka akhirnya mengalah, dan beratur ke belakang semula. tak faham gak aku. ingatkan orang arab ni semua baik-baik. pakai jubah atau pakai purdah...ataupun sekurang-kurangnya perangai tu eloklah.

itulah sebenarnya, aku cuba cari pic kot-kot ada celah-celahnya nak tunjukkan muka mat arab yg berlagak kekwat tu. dan inilah dia pic salah seorang mat arab yg buat kecoh kat menara taming sari, melaka, semalam.

dalam perjalanan balik, lepas tengok pemandangan bandar melaka dari menara. singgah jap kat ayer keroh, main air kat melaka wonderland. dah agak petang baru balik. nanti sambung cerita apa pulak yg berlaku dalam perjalanan balik

- musim cuti sekolah, musim hujan, musim kahwin...

Nov 28, 2011

musim cuti sekolah jugak adalah musim org kahwin. sabtu lepas tak jauh, dekat kawasan kejiranan je. pergilah...lepas gak makan tengah hari he he...

ambik jugakla gambar pelamin, kalau tak, org tak caya kita pergi rumah kenduri kahwin...hi hi tapi pengantinnya tak kunjung tiba hinggalah aku berangkat pulang

memang adalah selingan muzik yg dimainkan dgn cd, dgn speaker besar hingga menggegar gegendang telinga.kalau tak sunyi sepi pulak nanti majlis kahwin kan. tapi sepanjang aku berada kat situ, tak ade satu pun lagu yg kena mengena dengan pengantin atau orang kahwin sebaliknya lagu rock kapak sampai habis...hu hu

tempat spesel utk santapan pengantin & tetamu khas. kita ni jemputan biasa je. dan menu pun macam biasa. mesti ada ayam masak merah dan air sirap...ha ha

- sudah di tangan lagikan terlepas . . . -

Nov 25, 2011

kaki buku mcm aku selalunya rasa rugi atau terkilan kalau tak sempat pergi mana-mana book fair. semasa big bad wolf di MAEPS tempoh hari tak sempat pergi. jadi, tengah hari semalam pergilah ke aftermath sale di south city plaza. kata kengkawan taklah sehebat yg original. mungkin tinggal sisa-sisa je. tapi utk memuaskan hati pergi jugak ke sana. weh ramai jugak yg datang. angkut dgn troli, beg besar & kotak. masih punya banyak buku utk dipilih dan dibeli. harganya RM5 ke bawah walaupun beli buku hard cover atau coffee table.


terlampau sesak dgn orang dan buku. sebab ruangnya agak sempit. nak memilih buku pun terpaksa berhimpit-himpit. jadi aku tumpukan saja nak beli buku utk eril, erol & erin. dah siap pilih dah. tapi bila nak bayar, mungkin sbb takde ruang kaunter bayaran tak banyak & pembeli terpaksa beratur panjang dan berputar-putar tak bergerak.sudahlah masing-masing borong buku banyak. dgn berat hati ambil keputusan tak jadi beli, tak sanggup nak tunggu utk membayarnya, mungkin ambik masa yg lama. wajarlah  penganjur tukar tempat lebih luas utk lain kali...frust!

- lagu "oh bangau..." pun ada maksud tersirat -

Nov 24, 2011

lewat petang semalam semasa aku nak adjust kereta wifey yg diparkir agak senget depan rumah. kebetulan jiran aku ada di luar sedang melayan anak kecilnya main basikal. kami jarang berborak. walaupun sentiasa bertegur sapa setiap kali bertembung. mula-mula dia bertanya pasal progres rumah aku yg sedang dalam renovasi. kemudian perbualan kami melarat kepada perkara lain, termasuklah soal pelajaran anak.

isteri jiranku itu seorang guru. katanya nasib baik cikgu tak jadi kerja 9 jam. aku pulak kata, dah jadi macam kerja ikut waktu pejabat lah kalau begitu, takde yg peliknya. di luar negara pun dah banyak buat cara begitu, takde masalah besar pun. cuma kita ni dah terbiasa cikgu kerja separuh hari. malah rumah pengasuh pun lebih suka ambik anak-anak cikgu. cuma soal, budak-budak nak makan tengah hari susah sikitlah. nak harapkan kantin sekolah, apa sangatlah pilihan yg ada.

nak kata penat, memanglah budak-budak sekolah tu penat bersekolah sepanjang hari. tapi sekarang ni pun, diorang sekolah pagi, dan petangnya ke sekolah agama. kadang-kadang malam pergi kelas tuisyen. lagi penat daripada cikgu.

berbalik soal pelajaran dan persekolahan, antara yg dibangkitkan oleh jiranku itu ialah aduan daripada ibu bapa yg pelajaran anak mereka tak menunjukkan kemajuan. kenapa anak mereka tak pandai sedangkan anak orang lain lebih pandai, belajar di sekolah yg sama, di kelas yg sama dan diajar oleh guru yg sama. mereka kerap menyalahkan sekolah atau cikgu. cikgu pulak kata ibu bapa harus bertanggungjawab juga. kemampuan cikgu hanya di sekolah, selebih daripada itu ibu bapa kena pastikan anak mereka mengulang kaji, buat latihan dan membaca buku rujukan.

ramai jugak yg menyalahkan sistem pendidikan yg kononnya terlalu exam oriented, berteraskan peperiksaan semata-mata. malah ada juga cikgu sendiri yg menyalahkan sistem, kerana mereka hanya mengikut arahan dan sistem yg ada.

lalu aku katakan pada jiranku itu. itu semua dah jadi macam lagu "Bangau oh Bangau...!". jiran aku agak keliru kenapa pulak aku situasi salah-menyalahkan itu disamakan dengan ibarat lagu itu. iyalah, masing-masing salah menyalahkan, menuding jari, mencari kesalahan orang lain atau alasan semata-mata. sedangkan semuanya sebenarnya saling berkait. kalau semua memberi alasan tanpa memperbetulkannya atau mencari punca silapnya. selagi itulah, tiada yang menang atau mendapat kebajikan daripadanya. ianya berputar seperti satu kitaran.

pandai sungguh, orang tua-tua dahulu mencipta lagu dan lirik lagu "bangau oh bangau". cuba ingat balik apa dalam lirik lagu itu.

"oh bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
 macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul...
oh ikan oh ikan kenapa kau tak mahau timbul?......"

hinggalah ke akhir lagu liriknya berbunyi "oh ular oh ular kenapa kau nak makan katak?
 macam mana aku tak makan memang makanan aku..."

dan kesudahannya, ular jugak yang jadi punca masalahnya. kesian sang ular...!

- amaran hujan lebat (tahap jingga) -

Nov 23, 2011

sepatutnya hari ni wordless wednesday. tapi kalau takde cerita sebalik gambar, takde makna apa-apalah kan...he he. cuba perhati pic di atas. nampak tak kfc. nampak kan? sebelah digital mall. tak, bukan nak iklan. cerita panjang yg dah dipendekkan begini sebenarnya...
 tengah hari tadi keluar dgn officemate. makan tengah hari & beli stationaries. kemudian, kawan tu singgah jap ke bank, sementara aku tunggu di luar. semasa aku membelek-belek fb dpd berihitam datang seorang adik manis mendekati. "err...excuse me. kat area sini ada kfc kan. kat mana yek...?" apa motifnya bertanya tu. sedangkan gambar ni diambil dari tempat kami berdiri. takkan tak nampak kot?
aku taklah pulak menyombong atau memperlekeh adik manis itu. sekadar tersenyum sambil menunjukkan arah kfc tu. "thanks ya" kata adik manis tanpa rasa bersalah, terus berlalu.

- kalau dah rezeki . . . -

Nov 22, 2011

pic ori ambil terus live kat tv
berdepan dgn 100,000 penyokong lawan di stadium, tersekat 1 setengah jam dalam bas ketika perjalanan ke stadium yg hanya terletak 1 km dari hotel kerana disekat, ketinggalan 1 gol seawal minit ke-5, tanpa 4 pemain utama yg cedera, terpaksa mengharungi pertarungan 120 minit, melalui sepakan penalti yg mendebarkan...kalau dah rezeki, pingat emas ke tangan mereka jugak....aummmmm!!

- resensi . . . 28 -

Nov 21, 2011


tajuk: Khazanah Tafsir di Nusantara

penulis: Mustaffa Abdullah

halaman: 286

terbitan: penerbit universiti malaya

sinopsis:

Pengajian tafsir di Nusantara berkembang selari dengan perkembangan ilmu lain. Ini dapat dibuktikan dengan munculnya beberapa karya agung dalam bidang tafsir. Sesungguhnya terdapat banyak karya tafsir yang pernah dihasilkan oleh para ulama, namun disebabkan pengabaian ianya hilang begitu sahaja tanpa adanya kajian kearah pembukuan atau pendokumentasian yang lengkap. Banyak juga karya tafsir yang seakan-akan dilupakan dan kewujudannya tidak disedari umat Islam. Karya tersebut tidak dapat dimanfaatkan dan sejarahnya akan hilang sekiranya tidak ada usaha dan kajian untuk membukukannya. Buku ini diharap dapat membongkar maklumat berkaitan pengajian tafsir di Nusantara terutamanya di Malaysia, Thailand, Singapura dan Negara Brunei Darussalam. Tinggalan karya itu diselidik dan dikaji sebagai khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Penulisan ini mengkaji dan menganalisis pengajian tafsir secara keseluruhannya dengan fokus utama adalah perkembangan dan sistem pengajian tafsir di Nusantara. Buku ini turut mengumpulkan karya tafsir yang pernah dihasilkan sambil memperkenalkan tokoh utama dalam pengajian tafsir serta cuba merungkaikan persoalan mengenai perkembangan tafsir dan pengajiannya. Usaha menampilkan tokoh serta karya mereka dalam bidang tafsir ini dibuat sebagai paparan untuk rujukan generasi kini dan akan datang.