Bibir mesra jiwa parah

Feb 18, 2010

pagi tadi aku terdengar lagu ni diputarkan di radio semasa aku memandu.
segera aku teringatkan akan peristiwa beberapa tahun dulu.

malam tu adalah annual dinner syarikat tempat kerja lamaku. sehabis dinner dan persembahan nyanyian artis jemputan (seorang daripadanya, ziana zain) diadakan game sementara menunggu acara kemuncak iaitu cabutan bertuah.

game yang dimainkan ialah 'kotak beracun'. caranya, sebuah kotak berisi kertas bergulung yang tertulis denda kepada sesiapa yang terakhir sekali memegang kotak apabila muzik yang dimainkan terhenti. setiap peserta perlu membuat bulatan besar. kotak itu perlu diberikan kepada rakan di sbelah dan seterusnya dalam satu pusingan. nasibku kurang baik, muzik terhenti sebaik saja 'kotak beracun' sampai pada giliranku. aku didenda supaya menyanyikan sebuah lagu pop yeh yeh 60-an. aku tahu beberapa lagu pop yeh yeh tapi tak sangat ingat liriknya. cuma satu lagu yang aku ingat-ingat lupa. itupun sebab liriknya ringkas & pendek. jadi aku pilih lagu ni. lagu nyanyian zam zam.

"bibir mesra jiwa parah"

Madahmu indah, menghurai rindu
membawa hati, rasa terharu
melukis kata, nada berpadu
menambat hati, di dalam kalbu

( korus )
katamu hanya, di bibir mesra
tetapi kini, jiwaku parah
kasih di lara, hati kecewa
cinta musnah, ditunda derita

ringkas & mudah liriknya kan?
aku mendapat tepukan & sorakan gemuruh sebaik menyanyikan lagu itu.
tak pulak aku tanya komen kawan sekerjaku sama ada sorakan kerana kelunakan suara aku atau memperli kesumbangannya.

apa pun nasibku agak baik, pulang malam tu dengan hasil cabutan bertuah, sebuah periuk nasi elektrik...

9 refleksi:

rahimin said...

apasal tk nyanyi lagu jefridin ke, atau rahman hasan lagu "tak mengapa...param, param"!

suriahoney said...

periuk je...ingatkn dpt air ticket pg vacation, hu hu

tdevaraj said...

TS..kalau dapat air ticket pi vacation ke Iraq, kau pass kat baby-T.

2. TS..bila kau nak berduet dengan dia nyanyi Bercanda di Pasiran Pantai?

tg shaaban said...

TD,
lagu "kiss me, honey" lagi ok ape!

tdevaraj said...

TS..memang seswai untuk you dan Baby-T..cuma aku rasa Baby-T takkan berani kot...bila u start nyanyi aje..mesti dia cabut balik dan sorok bawah katil kat umahnya.

suriahoney said...

"i'm too hot to handle"

tdevaraj said...

you or TS too hot to handle? hehehe

tg shaaban said...

handle?
handle yg mana satu...?

tdevaraj said...

handle mana lagi..lovehandle milik baby-T lah..hehe