Kita semakin kurang bercakap

Feb 2, 2010

aku semakin menyedari akan hal ini.
tapi takda bukti atau alat untuk mengukurnya sejauh mana betulnya.
beberapa hari lepas aku terima bil telefon.
biasanya aku tak pernah tengok perincian penyata (itemised bill) walaupun sebenarnya ianya dicajkan dalam bil.
kali ini aku cuba banding bezakan jumlah bil sms dengan bil panggilan.
nyata sekali bil sms mengatasi bil panggilan.
kemudian untuk mengiyakan lagi andaian, aku semak jugak bil telefon wifey.
ternyata bil smsnya juga lebih tinggi daripada bil panggilan telefon yang dibuatnya sepanjang bulan lepas.
aku percaya trend yang sama jugak pada orang lain, kemudahan teknologi ternyata membuatkan kita semakin kurang bercakap.
sekadar menjawab sms dengan menekan perkataan "ok" atau "k" sekalipun ianya tetap dicaj pada bil.
itu belum tengok kegunaan pengantara teknologi komunikasi selain telefon seperti e-mel, facebook, blog, ym, twitter, chat box dll yang semakin mempengaruhi kehidupan kita.
sebab kita rasa lebih selesa "berbual" dan "berforum" tanpa suara atau bersemuka.
sepulang dari kerja ramai antara kita menghabiskan waktu terluang dengan menonton tv, melayari internet, atau bagi kanak-kanak main PS2.
bercakap hanya berkaitan perkara yang perlu saja.

9 refleksi:

tdevaraj said...

kengkawan aku pun lebih suka hantar sms daripada melakukan panggilan. Saya pulak terbalik, kalau orang hantar sms, kengkadang lebih suka balas dengan panggilan telefon...mungkin malas bersms.

Kalau ada urusan, biasanya panggil aje. Kalau tiada jawapan, baru sms

Anonymous said...

bila baca blog ni, aku pun tengok bil telefon. memang betula & tepat sekali teknologi menyebabkan kita semakin kurang bercakap atau berkomunikasi secara langsung...

fazerilnazwan said...

dulu masa mula2 hp dijadikan tempat 'bergayut'.
sekarang ni ramai yg bersms je. tapi sebenarnya bersms sampai 10 kali balas lebih baik bercakap melalui hp, buat letih jari menaip je...

bro...takde berita 'bakar' man u vs arsenal ke?

rahimin said...

aku mengaku pernah bersms dgn kawan satu ofis. sbb nak gossip pasal sekretari boss...
aku pun rasa bil sms aku melambung2 tinggi dpd bil panggilan.

tg shaaban said...

TD,
sms kengkadang salah hantar...jadi lain

anon,
jemput kenduri kahwin pun pakai sms, tiada lagi tepak sirih

fazeril,
yg bercinta pun bersms sampai jammed jari jemari.

glory glory man utd

min,
aku pun penah sms kwn ofis sebelah bilik aje nak gosip pasal boss...hu hu

suriahoney said...

meh kite wat kempen bnykan berckp!
kuarangkan bekerja...hu hu

tdevaraj said...

baby-T...bagus le tu. Kau boleh kempen bercakap dengan TS...

suriahoney said...

abg bangsawan punya pasal, any time...

tdevaraj said...

Baby-T ni peminat tegar TS...hmmm
TS kena sponsor bil tefon u nanti?