kalau kena super glue, apa nak buat?

Oct 11, 2009

aku cuba nak merepair pintu depan rumah yg sedikit terkopek.pd pemerhatianku, ianya boleh dibaiki dgn hanya melekatkan gam.ya, gam. bukan sebarang gam. mungkin gam gajah atau super glue.jadi tengah hari tadi aku ke kedai. beli super glue

tiba di rumah aku pun memulakan operasi.selepas bukak sealnya, aku cuba memicit tiub, super glue tu.tak keluar. ku picit dgn lebih kuat lagi. tak mahu keluar jugak.lantas kucucuk muncung tiub super glue. spy lubangnya lebih besar.sekali lagi kupicit. tdk jgk keluar. apasal plak ni. membazir je beli mahal2.

tak putus asa. aku picit lagi, kali ini lebih kuat!tiba-tiba terpancut keluar super glue . . .kena pada jari-jariku.aku panik. jari-jariku melekat. dgn susah payah aku dpt memisahkan jari-jari itu.nasib baik, super glue masih basah. kalau ia cepat kering . . .jari-jariku mungkin melekat!masalahnya sekarang bagaimana nak menanggalkan super glue yg bertepek, melekat pd jari-jari.

langkah pertama yg terfikir di kepala, basuh dgn sabun . . .gagal.

langkah kedua, teringat ada thinner/turpentine yg masih disimpan. gunanya utk hilangkan kesan cat minyak.sedikt je yg tanggal. aku sedikit gelabah. mcm mana kalau kesan gam ni tk mahu tanggal. maklumla super glue.

wifey bagi satu idea bernas. rendam jari-jari dlm air panas & campur sedikit sabun. aku ambik satu besin plastik kecil. masukkan air panas + air sejuk, jadikannya suam. campur sedikit sabun, lepas tu rendam jari-jemari. yg semakin lekit, tak selesa, bergerutu dek super glue. sedikit demi sedikit kesan super glue dpt ditanggalkan. memang tanggal, tapi sikit demi sedikit.

hampir setengah jam, jari-jariku terpaksa direndam dlm air suam. barulah kesemuanya kesan super glue dpt ditanggalkan.

argh . . .lega. lain kali, aku perlu lebih berhati-hati. selain tu, ada jugak hikmahnya. sekarang aku dah tau bagaimana caranya utk menanggalkan kesan super glue . . .

11 refleksi:

Anonymous said...

Terima kasih atas petua yg diberikan..Namun begitu, saya mempunyai cara yg lebih cepat dan berkesan utk menghilangkan gam gajah/super glue yg melekat pada kulit..iaitu dgn meletakkan serbuk pencuci pakaian di tempat yg terkena gam gajah/super glue..letakkan sedikit air dan berus di tempat yg terkena tadi. tak perlu guna berus yg kasar pun takpe..janji berus..beruslah dgn bertenaga utk menghilangkan kesan gam tu. hehe..hal ini kerana, pertama, jika gam terkena di tempat yg lain, macammana ya nak rendam bahagian anggota bdn yg terkena tu dgn air panas? contoh macam lutut..agak sukar kan..kedua, serbuk pencuci apabila dikenakan air dan digosok ia menjadi panas..jadi mudahlah utk kesan gam itu utk tanggal..saya telah mencubanya dan tak sampai 5 minit kesan itu hilang..alhamdulillah..ini hanya merupakan salah satu cara..cuma ingin berkongsi pengetahuan..:)

Kimie Rosle said...
This comment has been removed by the author.
Kimie Rosle said...

Maaf ye.. saya ada soalan nak tanya.. tdy saya ada beli gam gajah.. sbb nk baiki sesuatu.. bila saya tebuk lubang pada muncung gam tersebut.. saya tertekan dan ia terpancut pada telifon pintar saya.. bagaimana cara yg slamat utk tanggalkan gam tersebut dri skerin saya.. dngan tidak meningalkan sbarang infek pda skerin saya sperti skerin fon saya rosak.. help me.. bagaimana (T-T

Hawa Husnaa said...

Saya pon sama!!!:'( tapi boleh cabut pelekat skrin yg lutsinar tu..tapi saya x nak!!!

athirah said...

tgh cuba petua tuh..tapi lmbt yea kesann..xsbr tggu steengah jam..hodoh sudah jari ku..yg bg petua pencuci pakaian tuh nk tryla..

ftnjwnsrdn said...

kalau terkena pada skrin ke apa, boleh guna minyak wangi. dalam minyak wangi ada alcohol kan, insyallah boleh hilangkan. saya baru cuba, baru je lepas kena :)

Unknown said...

Boleh juga guna make up remover dan minyak kayu putih. Dalam beberapa minit da hilang :) sebab bingkai cermin mata saya patah. So saya gam guna super glue then terkena pada kaca cermin mata, so guna myk kayu putih pun da hilang. Yg lalu tu gna make up remover sbb myk kayu putih da habis :) tak sangka cpt hilang juga.

Aty Adnan said...

Kalau kena pada handbag jenis fabrik apa cara yg plg sesuai ya?

Aty Adnan said...

Kalau kena pada handbag jenis fabrik apa cara yg plg sesuai ya?

Unknown said...

Kalau super glue melekat pada dashboard kereta macamana pula cara nak hilangkannya ye?

Ahmad Yusairi said...

kalau kena bebola mata? biras saya baru kena tadi.. sekarang dah pegi hospital..