apa maknanya keputusan mengikut budi bicara?

Oct 7, 2009

semasa memangku jawatan, aku sudah meluluskan cuti seorg rakan sekerja.
pertama, sbb utk hadir pendaftaran perkahwinan adiknya. kedua, cuti deepavali.
sbb dia ada alasan kuat utk bercuti, lagipun cuti adalah hak pekerja. . .aku luluskan tanpa bnyk soal jawab.

sejak boss kembali ke ofis, ada bnyk keputusan yg aku buat & hampir semuanya melalui mesyuarat, telah dipinda oleh boss. aku sedikit terkilan. berasa kecil hati. nasib baiklah sepanjng memangku jawatan tidak ada sebarang keputusan 'besar' yg aku buat. sdgkan yg kecil & remeh-temeh pun ditukar gantinya.

semalam rakan sekerjaku mengadu yg boss telah membatalkan cutinya. cuti tersebut pula adalah pd hari pendaftaran kahwin adiknya. ini disbbkan ada majlis pelancaran buku yg perlu dihadiri. aku pulak pd hari yg sama bercuti. bukan tk mahu tolong. tapi takkan aku nak dtg menjlnkan tugas utk majlis pelancaran yg mungkin mengambil masa 1-2 jam shj. lagipun aku dah lama tk bercuti. hatta hari raya pun cutiku dibekukan. aku mintak kwn sekerja tu utk menjelaskannya pd boss. sekurang2nya kompromi spy dia dpt hadir ke majlis adiknya pd sebelah pagi & ke majlis pelancaran yg diadakan sebelah ptg.

memanglah itu kuasa di tgn boss, sama ada utk membatalkan cuti atau menarik balik kelulusan. tp mcmlah takda staf lain yg boleh menggantikan kami. adakah dlm kompeni kami ni hanya ada 2 org staf saja? lagipun hari tu hari istimewa & bersejarah utk keluarga rakanku itu. bukankah seorg ketua sepatutnya ada budi bicara, berhemah & mendahulukan pekerja?

0 refleksi: