I am back

Oct 28, 2009

selesai ujian darah pagi ini. aku berasa lega. bacaan parameter menunjukkan 280. maknanya aku sudah bebas dpd demam denggi.
doktor menwarkan aku cuti rehat hari ini. tp aku ucapkan terima kasih shj. aku sudah bersedia utk masuk bekerja hari ini.
sesampai di ofis. tdk ada seorg pekerja pun di pejabat. aku kemudiannya maklum, semua staf sdg menghadiri mesyuarat bulanan. waktu sudah menunjukkan jam 12:00. maknanya mrk sudah bermesyuarat tdk kurang dpd 2 1/2 jam. aku sms rakan sekerja. katanya jgn masuk ofis dulu, mesyuarat dijangka selesai dlm masa 15 minit lg. aku ambik masa tu utk berbual dgn seorg rakan di luar pjbt.
hampir jam 12:30 mesyuarat tamat. aku bertembung dgn beberapa rakan sepejbt di luar pintu masuk ofis. mrk bertanyakan khabarku. slps aku rekodkan kedtgn, aku terus ke bilik mesyuarat. masih ada boss & beberapa staf. tujuanku cuma nk mengisi perut yg lapar. aku tdk bersrapan pun pagi ini. mrk bertanyakan hal kesihatanku. tdk ada apa2 komen dpd boss berkaitan kerja mahupun tentang mesyuarat tadi.
aku terus mengisi perut yg lapar.
aku sudah bersedia utk kembali bekerja. di atas mejaku, berlambak segala mcm kerja yg tertangguh & mendatang.
spt biasa, aku akan kembali sibuk!

0 refleksi: