~ sebatang lidi bukan penyapu ~

Sep 30, 2010

akhirnya dia akan melangkah pergi jua...
ada yg sudah berkira-kira untuk berbulan madu.
ada juga yg bersorak riang dalam hati. sambil tersenyum sendiri, tanda lega.
ada yg lebih daripada itu sanggup 'bernazar' akan menjamu rakan-rakan yg lain.
mengapa sampai begitu sekali kegembiraan itu memuncak?
adakah didorong rasa kebencian. meluat. takut. rendah diri.
kenapa tidak bangun melawan? bukankah di pihak satu lagi lebih ramai berbanding 'dia' seorang?

tapi...tunggu dulu.
'dia' sebenarnya tidak jadi berbuat begitu.
akan kembali. kali ini dengan misi yg lebih besar!
dengan kuasa lebih besar!
dengan kantung & ganjaran lebih besar!

apakah reaksi mereka yg merancang utk berbulan madu?
bagaimana pula dengan yg bersorak dalam hati & kembali gundah dalam hati?
tak jadilah 'nazar' yg tidak sepatutnya itu ditunaikan....
apakah kebencian itu akan terus membelenggu hingga akhirnya meluap, meletup bak gunung berapi yg mengeluarkan lava?

aku percaya...tidak!
semuanya hanya berani di belakang!
malah ada segelintir yg lidahnya bercabang...
puncanya...tidak bersatu. ada yg bermuka-muka.
bila tidak bersatu, yg ramai pun akan rapuh.
...dan mudah diratah oleh 'dia' seorang saja!

valencia 0 - chicharito 1


soccernet.com


Manchester United new-boy Javier Hernandez chose the perfect time to net his first competitive goal for the Red Devils as his 85th-minute winner proved too much for Valencia.

~ sekali datang, bertimpa-timpa ~

Sep 29, 2010

pc rosak lagi buat sekian kalinya. entah apa kejadahnya, baru je direpair oleh pakar-pakar IT kira-kira sebulan lepas. aku tak guna apa-apa aplikasi yg pelik-pelik pun. sekadar melayari internet dan guna word untuk tulis surat atau urusan harian.
tak taulah apa masalahnya yg komplikated sangat. mungkin masa utk dikondemkan dah tiba. jangka hayatnya dah sampai.
itu mendatangkan masalah pd aku. sebab segala fail berkaitan kerja aku simpan dalamnya. spt yg pernah terjadi sebelum ini, aku hadapi masalah utk membina semual fail yg hilang, segala macam format laporan & surat berkaitan urusan kerja...habis!

dalam masa sama, aku bercadang nak ambik cuti minggu depan. cuti raya yg tertangguh. mengikut rekod sistem cuti online, aku ada baki cuti 32 hari lagi hingga november 2011. tapi apabila aku memohon cuti untuk bulan depan, ianya disekat oleh sistem prorata iaitu sistem cuti mengikut kuota bulanan tertentu. aku cuma 'layak' untuk mendapat satu hari cuti sahaja. sistem mcm robot dan tidak mesra insan langsung. bayangkan kekecewaan melihat staf lain yg bercuti panjang semasa musim raya boleh pula bercuti lagi dlam tempoh terdekat. sedangkan aku yg belum pun bercuti ditolak permohonan cuti dengan alasan tidak layak oleh sistem kuota cuti yg 'bangang' itu.

aku juga 'diserang' oleh seorang penulis yg menyalahkan aku akan kelewatan memproses manuskripnya. sedangkan cadangan pembaikan yg aku berikan langsung tidak dipatuhinya. malah beriya-iya dia mempertahankan 2 artikel english dalam himpunan 10 artikel berbahasa melayu yg lain. malah judul manuskripnya juga dlm b. melayu. malah dia seakan-akan 'mengugut' aku untuk membawa permasalahan ini ke peringkat atasan sambil menyifatkan aku tidak profesional. mahu saja aku bersikap kurang ajar atau berbalas hujah dengannya. tapi aku sedar yg aku mewakili organisasi bukan bekerja sebagai individu.

entahlah, bila timbul masalah atau hal yg menekan perasaan...ianya seakan datang bertimpa-timpa.

~ buka mata, buka minda ~

Sep 28, 2010

selalu didengar rungutan dari pihak penulis akan kelewatan dan kelembapan penerbit dalam memproses buku terbitan mereka. malah ramai pihak yg melihat dari sudut pandangan bahawa, penulis selalu menjadi 'mangsa' penerbit. selain komplen buku lewat diterbitkan dan pelbagai kerenah birokrasi dan penyuntingan juga harus dipatuhi oleh penulis sebelum manuskrip yg dihasilkannya terbit sebagai sebuah buku.

tidak ramai yg mendengar atau mengetahui 'kisah' di sebalik kelewatan yg berlaku. malah yg kerap dipersalahkan bila timbul sesuatu kelewatan biasanya yg menjadi sasaran ialah penerbit buku. adakah ini benar?

sebagai penerbit, tentunya mempunyai polisi, kriteria dan garis panduan tersendiri dalam pemprosesan sesebuah manuskrip sebelum menjadi buku. ada sesetengah penerbit begitu rigid prosesnya demi mengekalkan kualiti penerbitan & reputasi sebagai penerbit. jarang sekali penerbit bersikap tangkap muat atau asal terbit. perkiraan untung rugi juga menjadi perhitungan yg diambil kira dengan serius kerana melibatkan kos. buku yg mampu jual atau berdaya saing di pasaran menjadi keutamaan sebagai penerbit.

perspektif yg berbeza ini ada kalanya menimbulkan konflik antara penulis-penerbit. tetapi konflik itu tidak akan berlaku sekiranya penulis memahami proses yg panjang yg perlu dilalui sebelum buku mereka terjual di rak-rak kedai buku. malah pembaca dan orang ramai juga cenderung berpihak kepada penulis bila ada yg mendakwa penulis dianaktirikan, penerbit mengaut untung berat sebelah, penerbit sengaja melambat-lambatkan penerbitan, penerbit mengubah suai manuskrip asal dan menyekat kreativiti penulis untuk berkarya.

justeru ada penulis yg menerbitkan karya mereka dengan penerbit tidak dikenal. menerbitkan buku dengan penerbit yg boleh terbit dengan cepat, kualiti soal kedua. malah ada penulis yg menerbitkan buku dengan perbelanjaan sendiri.

ada segelintir penulis juga menghantar manuskrip yg sama kepada beberapa penerbit berasingan. mana yg beri komitmen paling dulu, paling cepat akan menjadi pilihan mereka. ini sebenarnya menyalahi etika dan mementingkan diri sendiri.

perlu ditegaskan tidak ada mana-mana penerbit yg sengaja melambat-lambatkan proses penerbitan kerana ianya melibatkan kos dan risiko dari segi pemasaran. prosesnya panjang bermula daripada proses menilai dan memilih manuskrip yg sesuai, kesesuaian penerbitan sesebuah manuskrip, tinjauan saingan di pasaran, maklum balas pemasaran akan kesesuaian judul manuskrip, penilaian dalaman editorial, penilaian pakar bidang, proses pembaikan semula manuskrip, kerja kemas kini mansukrip, penyuntingan, atur huruf, baca pruf hinggalah proses percetakan sebelum berada di pasaran.

proses yg panjang dan rumit ini perlu dilalui oleh setiap manuskrip sebelum terbit. malangnya ini tidak pernah diambil tahu. yg penulis mahu tahu ialah buku yg mereka tulis mesti terbit dan mesti dalam tempoh waktu sesingkat mungkin.
alahai...penulis!


~ serius ~

petang semalam aku berbual panjang dengan wifey. dah lama kami tak berbual panjang begitu. daripada hal-hal kecik hinggalah pada hal yg serius.
malam tadi aku tak lena tidur. kata-kata wifey bermain-main di benak. terutama bila aku bangkitkan berkaitan hal kerja. aku jarang sekali bercerita pasal masalah atau rasa tak puas hati di tempat kerja. tapi 'perkembangan' yg berlaku sejak kebelakangan ini sukar untuk aku bendung seorang. jadi aku luahkannya pada wifey.

paling terkesan bila aku dapat tahu, ada yg mengata di belakang. memburuk-burukkan aku. itu yg aku diberitahu & disampaikan pada aku. yg aku tak tahu? atau yg tak sampai ke pengetahuan aku? mungkin lebih buruk daripada itu...
aku rasa amat terkilan. apatah lagi kata-kata itu datangnya daripada orang yg kita kenal. bukan sehari dua tetapi sudah bertahun-tahun lamanya. orang yg kita jumpa hari-hari. rakan seofis yg kita anggap kawan. rupanya api dalam sekam.

lebih mengecewakan bila mereka bersikap talam dua muka. di depan memuji, di belakang mengeji. dalam masa sama, aku diberi tugas yg aku sendiri tak mahu lakukan. tugas yg aku jalankan sekadar memikul amanah yg diberi. kalau tidak aku, siapa lagi?

jadi, aku sedang memikirkan secara serius kemungkinan langkahan selepas ini. lebih serius lagi, aku mendapat dorongan daripada wifey. tiada gunanya berterusan begini. terasa segala usaha, susah payah yg dilaksana sebelum ini tidak ada siapa yg hargai. malah tak ada siapa yg peduli. tak siapa pun nampak. aku sekadar orang suruhan yg tidak pernah membantah.

langkahan itu, bermula hari ini...

~ janji ok ~

Sep 27, 2010

kira-kira dua bulan lepas pc aku meragam. terpaksalah dihantar ke bengkel pembaikan yg memang disediakan di kompeni ini. khidmatnya percuma. seminggu kemudian dah siap dibaiki. sebenarnya bukan dibaiki, sekadar diformat semula. kerja mudah.

aku sudah menjangkakan akan berlaku semula masalah yg sama. kerana beberapa kali selepas itu aku hadapi pc yg meragam. cuma agak pelik, ia pulih dengan sendirinya. hinggalah pagi ini, ia meragam dan tidak mahu bekerja.

masalah ini bukan sahaja aku seorang yg mengalaminya. dua tiga rakan seofis juga merungut masalah yg serupa. servis ala kadar atau janji ok ini tak sepatutnya berlaku. pertama, ianya menyusahkan dan menimbulkan kerumitan orang yg bekerja. kedua, ianya bertentangan dengan etika bekerja.

buat masa ni, aku menggunakan komputer bimbit milik boss buat sementara. itupun nasib baik dia sedang bercuti. aku masih lagi berkira-kira sama ada hendak menghantar pc itu ke bengkel tersebut semula. lambat laun, aku kena baikinya juga. kalau ikutkan, itu sahajalah pilihan yg aku ada. meskipun servisnya sekadar melepas batuk di tangga. apa boleh buat...

~ rumah terbuka, hati terbuka ~

atas 'desakan' kawan-kawan seofis, wifey akhirnya bersiap juga mengadakan 'mini' rumah terbuka. bukan tak nak buat. sebenarnya dah pun dibuat untuk sedara mara sebelum ini. pada hari pertama raya lagi. sebenarnya ada rancangan, nak buat untuk rakan seofis aku sekali, tapi mengingatkan apa yg berlaku tahun lepas membuat aku serik.

aku jemput semua, tapi yg datang cuma seorang dengan familinya. yg lain menjawab sekadar "insya-Allah" tapi akhirnya tak datang pada hari yg dijanjikan. maklumlah rumah aku ni agak jauh dari KL. aku faham. tapi, kalau tak dapat datang bagi taulah, awal-awal supaya tak memberi harapan pada orang yg menanti. lagipun, nak bajet untuk sediakan banyak mana makanan harus disediakan. bukan soal kedekut tapi jika berlebihan akan membawa pembaziran pulak.

jamuan untuk rakan seofis wifey dibuat pada sebelah petang. manakala di sebelah malamnya, kami sediakan jamuan untuk jiran-jiran terdekat sahaja. taklah menjemput kesemua satu taman perumahan. iyalah lagipun untuk 'membalas' jemputan mereka yg mengadakan rumah terbuka sebelum ini. dah jadi tradisi tahunan, jiran-jiran kami menjemput sesama jiran untuk jamuan raya. kepada yg sudi menjemput kami membalasnya dengan jemputan kali ini. kepada yg tidak, tidak pula kami berkecil hati. masih juga kami menjemput mereka. datang atau tidak, itu pilihan mereka. sedangkan kami faham ada jiran yg sudah pun mengadakan rumah terbuka, tetapi tidak pula menjemput kami sekeluarga. tak kesah pun atau kecik hati, itu hak tuan rumah.

bukanlah sebesar mana, atau semewah mana jamuan yg disediakan. tetapi lebih kepada kunjung-mengunjung dan mengerat silaturahim. lagipun bukan selalu kita dipelawa masuk ke rumah jiran. kalau berjumpa pun bukan di rumah, sekadar berborak di laman atau 'depan pintu' sahaja. menariknya, semua jiran yg dijemput kali ini, hadir. maknanya kehadiran penuh bersama-sama seluruh keluarga mereka. walaupun hujan lebat. berpayung-payung mereka datang. alhamdulillah semua berjalan lancar. makanan cukup-cukup sahaja tanpa banyak berlebihan. malah dipuji lagi tuan rumahnya kerana menyediakan juadah yg lazat. mungkin sekadar 'mengambil hati' tetapi kami tetap terima sebagai komplimen....he he.

~ makluman atau arahan... ~

Sep 24, 2010

bukan untuk menempelak atau memperlekeh.
ada sesetengah staf tidak boleh menerima makluman staf lain yg sama pangkat atau lebih rendah pangkat daripadanya.
bagi mereka hanya yg di peringkat atas saja boleh memaklumkan mereka. walaupun apa yg dimaklumkan oleh staf bawahan atau sama pangkat tadi sekadar makluman. mereka biasanya mentafsirkannya sebagai 'arahan'.
arahan hanya boleh datang dari orang atasan. lebih tinggi pangkatnya.
mengapa begitu?
ego atau rasa tercabar...
kenapa pula bila yg di atas memaklumkannya, mereka boleh ikut dan laksanakan?
sama lah juga dengan orang atasan atau duduk pada hierarki atas. bila staf di bawah memaklumkan sesuatu yg tidak betul, mereka menganggapnya sebagai cabaran & cuba lawan tauke. walaupun apa yg dimaklumkan itu betul dan baik untuk diikuti.
bagi mereka tidak wajar untuk orang bawah menegur atau 'mengarah'kan mereka. walhal bukanlah begitu maksud orang bawahan tadi.
iu sudah banyak kali terjadi. sama ada terkena batang hidung aku sendiri.
atau pengalaman rakan yg lain.
mengapa ia dianggap suatu kelaziman?
sedangkan itu tidak patut terjadi demi kebaikan semua dan untuk kemajuan kompeni...

~ bual telefon ringkas macam sms ~

Sep 22, 2010

"cuaca kat kl ok ke?" tanyanya di hujung telefon.
"sini hujan lebat la" jawabku. ya, tengah hari tadi memang hujan lebat.
"ya ke. kat sini terang benderang je..." balasnya. tak percaya.
buat apa bertanya kalau tak nak percaya. atau sekadar pemula bicara, sebelum mengguna pakai ayat power untuk seterusnya.
"hujan lebat ni. tak nampak jalan..." aku cuba meyakinkan.
"nak wat apa datang kl?" tanyaku kembali, lurus.
"nak pegi hilton. ada dinner. open house raya..." terangnya.
"eh, datang dengan sapa. tak ngajak kita sekali..."aku cuba pancing.
"adala...kawan. ini invitation la. kena rsvp dulu. mana leh redah je..." suara dari jauh. dari melaka itu tak makan pancingan aku.
"agak-agak jammed tak jalan...?" sambungnya bertanya.
"nantilah...aku telefon polis trafik. sedia escort utk you..." aku sengaja perli.
"waaa...kutuk yer". dia segera sedar. pertanyaannya tersasar.
"ok bye. lenkali senang2, i telefon lagi yek..." ringkas & padu sebagai penamat bicara.
"ok, bye..." pengakhir bicara.
apa tujuannya. untuk bertanya cuaca semata-mata?
aku muyskil....

~ carilah ilmu, bukan sekadar ikut-ikutan ~

lepas raya, ada yg sibuk buat rumah terbuka.
tapi lebih ramai yg menyibuk pergi rumah terbuka. sedang rumah sendiri tak buka-buka, tutup semanjang.

ada jugak yg puasa sunat. puasa enam kata mereka. tapi kebanyakan yg puasa enam ni, menjalankannya pada hari kerja. maksudnya hari isnin sampai jumaat. kalau rajin terus sambung sabtu, ahad dah boleh raya. dah boleh pergi rumah terbuka. atau buat rumah terbuka. lagipun, kengkawan dah jemput awal-awal, dah janji nak datang. tak baik kalau buat tuan rumah tertunggu-tunggu. dah janji, kena lah pegang. lagipun tak baik, rezeki jangan ditolak.
arhh...alasan.
yg lain pulak, walaupun tinggal sehari lagi, tetapi ada 'break' 2 hari sabtu-ahad, sambung saja hari isnin...
kenapa yek?

minggu lepas, sempat jugak aku dengar tazkirah oleh seorang ustaz di surau dekat rumah. aku memang kerap turun surau pada malam jumaat sebab ada majlis tahlil & yasin. kebetulan ada ulasannya berkaitan puasa enam. sebab ramai yg buat puasa qadak (ganti) sekali gus dengan puasa enam. inilah yg disenangi oleh kaum hawa, ganti puasa yg tinggal sambil dapat pulak pahala dpd puasa sunat. ada sesetengah ulama berpendapat, ianya dibolehkan.

namun ada sesetengah fatwa ulama lain mengatakan tidak boleh. kerana puasa qadak adalah wajib, sedangkan puasa enam hukumnya sunat semata-mata. jadi, yg wajib tidak boleh digabungkan dengan yg sunat. ianya hendaklah diasingkan, dibuat dua kali pada tempoh berlainan.

hakikatnya, kebanyakan daripada kita hanya berbuat amalan secara ikut-ikutan. tidak memahami sepenuhnya hukum hakam atau menghayati amalan sebenar. termasuklah seorang jiran yg pernah mengatakan solat sunat tarawikh hanya boleh dibuat di masjid atau surau secara jemaah. bila aku mengatakan tidak berapa sihat, tarawikh di rumah saja hari itu. sedangkan sebenarnya tarawikh boleh dikerjakan di rumah malah boleh dikerjakan seorang diri...tapi pahalanya tidaklah sama dengan yg berjemaah di surau atau masjid. pokoknya, ianya sah.

~ satu kepala pening, ramai kepala lagi pening ~

Sep 20, 2010

kalau ada duit rm400 pemberian seseorang, apa agaknya yg sesuai dibuat.
bahagi-bahagikan duit itu kepada 22 staf?
tak sesuai.
lebih baik dibuat belanja jamuan makan-makan. sedikit sama dirasa. terlebih boleh dibawak pulang.
jadi, apa makanan yg hendak dijamukan. siapa yg nak menguruskannya. makanan simple atau berat?
mudah saja, kalau semuanya sepakat & sama idea. jadi sedikit sukar kalau ada yg berasa cadangannya lebih baik dpd yg lain. serta mahukan cadangannya seorang saja yg diterima pakai. tambah-tambah lagi, kalau dia sendiri yg menyanggupi menguruskan pembelian dan tempahan walaupun tidak disuruh.
dalam hal ini, aku lebih suka kata putus dibuat segera. muktamadkan saja. tetapkan tarikh dan menunya. aku cadangkan menu makanan yg semua orang boleh makan. menu yg popular. yg semua orang gemar. sate dan pizza, mungkin memenuhi kriteria.
cadangan diterima dengan mudah, sebulat suara.
soal siapa yg menguruskan pembelian dan tempahan, sudah ada yg sanggup.
tapi mengapa pulak hendakkan duitnya hari ini juga? sedangkan jamuan makan-makan yg dirancang itu akan hanya diadakan pada isnin minggu depan?
adakah berpunca dpd bajet raya yg lari utk pusing-pusing seblum dapat gaji?
entahlah...tapi, aku terbau sesuatu

~ rumah terbuka...bajet? ~

musim rumah terbuka kembali lagi.
trend yg semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan. terutama di bandar.
biasanya bermula sebaik habis cuti raya. atau lebih tepat lagi bila warga kota kembali selepas pulang beraya di kampung.
ada yg buat besar-besaran. siap dengan kanopi & katering.
ada yg buat secara kecil-kecilan. jemput kawan rapat & jiran terdekat sahaja.
tapi itupun sebenarnya perlu keluarkan belanja jugak.
bila dah buat sekali, kena buat lagi tahun depan. lebih-lebih bila tuan rumah yg masak sendiri makanan, dipuji tetamu yg datang... he he.
bila tak buat, orang lain buat. dan jemput kita pula. kita pergi rumah terbuka mereka. orang dah jemput, takkan nak tolak tanpa alasan. jadi, giliran kita pula menjemput mereka datang. takkanlah saban tahun asyik ke rumah orang, bila pula kita nk jemput mereka datang?
nak tak nak 'terpaksa' jugalah menjadi tuan rumah pulak, bukan?
kalau tak buat dikatakan kedekut pulak...atau tak tahu menghargai rakan, sedara atau jiran.
tapi, soal bajet harus diambil kira.
kalau dah jemput jiran terdekat, kena jemput sekeluarga mereka. satu keluarga ada berapa kepala?
kalau dah jemput rakan sepejabat. kenalah jemput satu pejabat. takkanlah nak pilih-pilih staf yg rapat dengan kita aje. apa pulak kata yg lain. kecil hati pula. kita pun rasa tak sedap hati. kalau ada 50 org staf? kalau ramai yg dah berkeluarga?
kalau ajak sedara datang, kena jemput ramai jugak. nanti ada pulak sedara yg tak dijemput kecil hati. mengumpat di belakang kita. nak tak hendak jemput sedara mara yg lain juga. kalau sedara mara ramai? bajet pun besar jugaklah.
aduhai, rumah terbuka...
bajet lari da...kena low profile ni!

~ meh, raya ~







~ berbatov 3 - liverpool 2 ~





man utd sengaja menyusahkan diri. spt jugak perlawanan2 lepas dlm musim ini. membiarkan lawan kembali bernafas selepas mendahului dgn selesa. mujur sempat lagi, krn gol lwn bukan dijaringkan di minit2 terakhir. kesimpulannya liverpool tdk lah sekuat mana...

soccernet.com

~ telunjuk lurus, kelingking berkait ~

Sep 17, 2010

aku mungkin sedikit naif atau lurus.
tapi bukan b.o.d.o.h.
kalau nak bersandiwara, buatlah sorang-sorang.
kenapa libatkan aku dalam lakonan itu.
kalau mahu katakan mahu, kenapa berputar-putar 360 darjah.
kalau itu yg dihajatkan, kenapa perlu berkias-kias.
aku paling terpukul. aku paling terkilan.
di depan telunjuk lurus, tapi di belakang kelingking berkait.
takkanlah dalam masa seminggu segalanya berubah.
aku pasti, ianya sudah dirancang lama sebelum itu.
mengetahuinya daripada orang lain lebih memeritkan.
kalau maruah diri sanggup digadai beli, silakanlah.
tapi kenapa aku kau masukkan dalam perancangan licik mu itu...
jangan salahkan aku, jika selepas ini aku hilang respek.
usah pelik, jika aku melawan arus.

~ sudah terbeban, batu pula digalas ~

Sep 15, 2010

sengaja diubah bidalan kata asal "tiada beban batu digalas".
sebagai pekerja, nak tak nak, kena patuh pada arahan kerja. meski adakalanya kita rasa sangat tertekan dan terbeban dengan tugasan yg diberikan.
malah ada ketikanya kita berasa, seolah-olah pekerja lain melakukan kerja yg lebih mudah berbanding kita. macam tak adil pulak dirasakan. walhal gaji sama-sama dapat. jawatan pun lebih kurang sama saja.

seorang rakan sekerja merungut terpaksa mewarisi beban kerja yg tidak sempat disiapkan oleh bekas rakan sekerja sebelumnya. jadi dia terpaksa mewarisi tugasan menyiapkannya. mahu tak mahu, terpaksa juga dikerjakan, meski payah. lebih-lebih lagi jika sudah 5 tahun, masih belum ada sebarang progres.

ya, aku akui bukanlah mudah. lainlah kalau kita diberikan tugas spesifik menumpukan kerja yg itu saja. dilepaskan daripada tugasan lain. ini tidak, jika ditumpu yg itu, kerja yg lain & rutin harian yg berlambak itu pula akan terabai atau sangkut.

lebih setahun dulu, aku diberi tugasan maha berat, menyiapkan kerja penerbitan selepas 9 tahun tertangguh. tangan bertukar beberapa kali. luar biasa atau mungkin juga mustahil untuk menyiapkannya. tapi sebenarnya tiada apa pun yg mustahil. sebenarnya tugas yg aku pikul itu tertangguh hanya kerana langsung tidak dikerjakan. sedangkan ia sebenarnya sudah separuh jalan, malahan sampai ke peringkat pruf. rumit memanglah rumit tapi itu bukanlah alasan untuk menangguhkan kerja. sudahnya pewaris seperti aku yg jadi mangsa keadaan.

dengan beban kerja harian yg berbaris panjang, aku perlu bijak mencari ruang menyiapkan kerja serentak. apakan tidak, aku diarahkan menyiapkan kerja 9 tahun dlm masa 6 bulan!
lebih memeritkan & menyukarkan aku ialah campur tangan dan perhatian pihak atasan ekoran konflik pengarang dengan editor sebelumnya.

tuhan saja yg tahu betapa gundah gulananya hatiku sepanjang tempoh tersebut.
banyak cabaran & rintangan. sama ada emosi dan teknikaliti.
aku memanjatkan syukur pada tuhan, mampu menyiapkannya dalam tempoh yg diberikan...
aku harap rakan sekerja ku itu punya kekuatan semangat yg sama.

~ aidilfitri 2 ~

Sep 14, 2010

menaiki alphard yg dipandu oleh usu membolehkan ramai menaikinya.
aku usulkan supaya kami pergi ke masjid dekat kawasan perumahanku. pada jangkaan aku tidak ramai jemaahnya seperti mana solat aidilfitri di sebelah paginya. jadi mudah sedikit meletak kereta. lagi pula, memang kami sudah agak sedikit lewat. sesampainya di perkarangan masjid, ternyata jangkaan aku tepat sekali. lebih daripada itu jemaah untuk solat jumaat jauh kurang bilangannya berbanding solat sunat hari raya tadi. hinggakan boleh meletak kereta di halaman berpagar masjid! sesuatu yg tak pernah terjadi selama aku tinggal di situ.
nampaknya orang lebih 'mementingkan' solat raya daripada solat jumaat yg wajib...

sepulangnya dari masjid, angah & famili jugak baru sampai ke rumah kak lang. disusuli oleh acik sekeluarga. kami sambung makan tengah hari. macam kenduri ramainya, walhal sedara mara kami saja. meriah sungguh...

andak mengatakan yg mereka nak datang ke rumah pada sebelah petang. oleh sebab ramai tetamu yg datang, maka tuan rumah iaitu kak lang & atih, sibuk melayan tetamu. tak dapatlah kami meneruskan program beraya. jali masing-masing merancang pelan B. atih ke seremban menziarahi pusara abg tih. kak ana sekeluarga ke melaka, open house rumah ex bossnya. acik terpaksa pulang kerana ada tetamu yg nak berkunjung ke rumahnya. angah pula hendak meneruskan perjalanan beraya ke KL.

jadi aku & wifey, turut merancang pelan alternatif. alang-alang andak & keluarga nak datang, apa kata kami masak lebih. dan ajak yg lain-lain datang sekali. jadi kami pun menjemput sesiapa yg berkesempatan untuk datang ke rumah kami. lagi pula esoknya, awal-awal pagi lagi kami akan bertolak ke kampung di pahang, beraya di sana pula. dalam perjalanan balik, kami merancang secara ad hoc. apa yg hendak dijamu kepada tetamu? bila masa yg sesuai? di mana bahan nak dibeli kerana kebanyakan kedai tutup termasuk pasar raya besar? mujur juga ada sebuah super market yg buka dalam kesibukan orang beraya ni. dan lebih penting lagi semua bahan yg diperlukan untuk masak, lengkap di situ. kami merancang menghidangkan mi kari. jadi sejak pukul 3:00 bertungkus-lumuslah kami 5 beranak mengemas rumah & bergotong-royong memasak.

masa yg dicanangkan ialah jam 5:00. siap tepat pada masanya. namun, andak tak muncul tiba juga. kami mula suspen, tidak adakah yg sudi datang. makanan sudah dihidangkan. begitu juga yg lain-lain. sehinggalah jam 6:30, muncul acik & familinya. sebaik acik habis makan, muncullah yg lain secara serentak. usu, atih, kak lang, kak ana & keluarga masing-masing. rupa-rupanya mereka terhalang di rumah kerana ada sedara datang berkunjung raya. tapi andak yg beriya-iya pada asalnya nak datang, tapi tak muncul-muncul sampai ke sudah...

riuh rendahlah suasana rumah aku yg sempit itu. macam nak pecah gayanya. lagi pula mi kari memang merupakan menu tradisi yg menjadi niche kami. dan itulah juga permintaan mereka untuk dihidangkan. wifey dah mula bimbang, takut tak cukup, sebab masing-masing nampak berselera sekali makan. habis licin dikerjakan, sehabis cukup sahaja, mujur!

habis makan & solat maghrib, kami bertolak pula ke rumah acik yg tak jauh dari rumahku. di rumah acik kami dihidangkan mi sup pula. selain itu kami turut dijamu dengan makan malam berlaukkan sup ikan & ikan bilis goreng pedas yg memang mengancam pedasnya hingga menitiskan air mata!

peliknya, walaupun sudah kenyang makan mi kari di rumah aku tadi, masing-masing masih punya ruang dalam perut mereka untuk mengisi juadah yg dihidangkan di rumah acik. pada akhir sesi makan-makan, kopi o panas dihulurkan pula dalam set kopitiam...

habis makan, diikuti borak-borak kosong, kami pun pulang ke rumah malam itu dengan perut kekenyangan...

~ aidilfitri 1 ~

pagi-pagi dah bangun. kemudiannya bersiap dengan baju melayu raya. lengkap bersampin & bersongkok. meski seluar sedikit longgar, mungkin berkat puasa sebulan.

aku berseorangan kali ini. eril masih dilamun mimpi. dikejutkan pun, agak payah. mungkin lewat tidur semalam kerana teruja menyambut raya. lagi pula seronok bermain mercun & bunga api dengan sepupu2nya di rumah mak lang pada malam raya. biarkan saja, budak-budak...

walaupun agak lewat sampai ke masjid, tapi tidaklah sukar meletak kereta. mungkin sebab ramai yg sudah pulang beraya di kampung, jadi tak ramai yg tinggal untuk bersolat aidilfitri pada hari raya pada yg masih tinggal, macam aku sekeluarga. kali ini, khutbah khatib tidaklah panjang lebar seperti tahun-tahun sebelumnya. ringkas dan padat sahaja. mungkin sebab mengikut teks yg disediakan tidak seperti lazimnya, teks yg dikarang sendiri yg terkadang syok sendiri. tajuknya sja kita dah tahu "1 syawal, 1 kemenangan".

sehabis solat, mengaminkan doa, bertahmid & berjabat salam dengan jemaah terdekat aku pun pulang. agak cepat habisnya solat raya kali ini. sesampai di rumah, wifey masih belum habis bersiap. seperti biasa, eril, erol & erin sudah pun disiapkan terlebih dulu oleh mama mereka. cantik bergaya dengan baju melayu & baju kurung lengkap dengan warna sedondon. masing-masing tampak ceria & teruja untuk beraya. sementara itu, aku ambik kesempatan bergambar dengan mereka bersama baju raya, langsir raya, karpet raya & sofa raya. pelbagai aksi bak model mereka gayakan...kemudian aku pun turut sama bergambar bila wifey sudah bersiap.

sehabis itu, kami pun bergerak ke kampung, menuju rumah kak lang. rumah yg didiami kak lang adalah rumah pusaka, yg baru saja siap diubah suai. maknanya, kami beraya di rumah baru kali ini. di sana, sudah berkumpul adik-beradik dan sanak saudara yg lain. kami pun dijamu dengan juadah raya. enaknya makan hidangan masakan kak lang, dengan resepi arwah mak yg masih dikekalkan terutama rendangnya yg memang menjadi feberet aku.

setelah semuanya mengalas perut di pagi raya, tradisi raya sebelum ini dilanjutkan. acara bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. meraikan yg ada, mengingati yg tiada. slesai sesi itu diikuti pula dengan berbalas-balas pemberian duit raya kepada anak-anak kecil dalam keluarga. seronok sekali melihat kank-kanak kecil dengan wajah gembira menerima habuan masing-masing!

usai semuanya, sesi bergambar beramai pula dilangsungkan. mula-mula bergambar beramai-ramai. didikuti pula dengan kelompok keluarga masing-masing. apatah lagi latar menarik suasana baru, di rumah baru kak lang. paling menarik, setiap keluarga memperaga warna tema sedondon mereka. along dengan warna kelabu. kak lang & mak tih sekeluarga dengan tema hijau. kak ana & famili dengan warna merah jambu, aku sekeluarga dengan warna keemasan manakala usu & famili dengan coklat muda. itam pula dengan warna krim. andak sekeluarga memilih warna ungu. cuma angah & acik sekeluarga yg tidak bersama-sama sebab beraya 'di sebelah' sana terlebih dulu, ikut giliran.

agenda seterusnya, sepatutnya kami berkonvoi menziarah pusara arwah mak & abah. tetapi, tetamu sudah mula berkunjung ke rumah. maka hasrat itu tertangguh. lagi pula kena bersiap untuk ke masjid sekali lagi untuk solat jumaat bagi yg lelaki.

~ di makam bonda ~

Sep 13, 2010

tiga hari sebelum raya aku ke pusara mak & abah.
memang jadi rutin aku, setiap kali sebelum raya, akan berziarah ke situ.
spt yg aku pernah ceritakan, puncanya aku jarang sekali datang berkunjung pada pagi raya. aku tak mahu menangis di depan adik-beradik atau sedara mara lain. ego!
tahun2 sebelum ni, aku pergi seorang diri.
membersihkan pusara, berdoa & tanpa sedar air mata mengalir.
tapi tahun ni, si kecik aleya, merengek nak ikut. jadi, kali ini kami berdua.
seperti budak kecik lain, aleya suka bertanya. kadang-kadang apa yg ditanyakan tak tercapai dek akal kita. tapi aku cuba menjawab sejujurnya. adalah jugak kena bagi jawapan yg bohong sunat...he he.
daripada pertanyaan mudah spt "macam mana papa kenal mana satu kubur atuk & nenek daripada kubur yg banyak kat sini?"
kepada soalan "kenapa orang mesti kena mati?"
sepanjang berada di situ, aleya asyik komplen sebab banyak nyamuk.
sambil berdoa & membacakan surah yasin, tak henti-henti air mata aku mengalir. seperti biasa. seperti tahun lalu. seperti saban tahun di hari raya. seperti hari aku kehilangan abah & emak dulu.
mujur juga, peluh turut sama mengalir di sinar terik mentari di samping panas membahang semasa membersih kubur sebelumnya. peluh mencurah mengalir membasahi tubuh bersama titis air mata kesedihan.
dapatlah juga aku sembunyikan daripada aleya.
mungkin juga aleya terlalu sibuk menghalau nyamuk, hinggakan tak perasan, papanya menangis.
sebaik pulang dari pusara, malah hingga hari ini pun, aleya masih bercerita 'pengalamannya' menziarah pusara kepada mama, erol, eril dan sesiapa saja yg rapat dengannya.
tentang kenapa orang mesti mati, banyaknya nyamuk, ada kubur besar & kecik, ada kubur cantik dan semak yg sebenarnya tidak menarik langsung untuk diceritakan tetapi sesuatu yg menarik perhatiannya.
cuma tak diceritakan yg aku menangis di makam ayah bonda...

~ kerja tapi cuti ~

kembali bertugas hari ini.
selepas seminggu bercuti. seminggu juga tidak berblog.
pagi ini hujan sepanjang perjalanan dari rumah ke ofis.
semasa menaip entri ini pun hujan masih turun.
hari isnin, mujur juga masih ramai yg bercuti, keluar lewat pun masih sampai awal.
cuma ada 4 orang 'bekerja' hari ini.
bagi yg bekerja di bahagian aku, yg aku tahu, memang boleh bekerja. sebab kerjanya tak berkait sangat dengan orang lain atau menggunakan mesin.
tak tahulah pulak kalau sepanjang hari asyik berchatting di facebook. tak jadi kerja juga!
bagi yg bekerja di bahagian pengeluaran, kalau seorang saja, apa yg nak dikerjakan?
bagi yg bekerja di bahagian pemasaran, kedai dan pelanggan masih bercuti. jadi, duduklah di ofis melayan internet...bekerja ke?
nampaknya tak produktif langsung kompeni kami ni. sepanjang musim raya.
cuti panjang sampai ada yg cuti sehingga 2 minggu.
apa nak diherankan semasa bekerja pun, mereka inilah juga yg bercuti...
jadi, biarkan saja mereka bercuti. daripada bekerja sedangkan hakikatnya bercuti.

~ ditanggung beres, dong ~

Sep 3, 2010

dalam dua hari ni, aku kena siapkan banyak kerja admin.
berkait dengan urusan laporan itu dan ini. surat itu dan ini.
sebenarnya semua tu bukanlah urgent pun.
tapi yg menjadikannya urgent ialah aku tak punya masa dah.
hari ni kira last day. kalau kerja tu tak buat, maknyanya tertangguh seminggu atau lepas cuti raya nanti.
inilah padahnya kalau terpaksa cuti. susah nak merancang kerja.
tapi mujur juga, fikiran aku tak buntu walaupun banyak benda yg nak diselesaikan.
dapatlah aku siapkan dengan cepat juga, malah kadar kepantasan menyiapkan kerja mungkin dua kali ganda berbanding tempoh kerja biasa! ha ha...
kadangkala kita lebih kreatif & fikiran lebih tertumpu jika dalam terdesak.
apa pun setakat tengah hari ni, sudah 90% kerja yg aku rancang sebelum cuti dah beres.
boleh la aku menikmati cuti dengan fikiran lega tanpa serabut atau memikirkan kerja yg tertangguh...
esok start cuti! yey yey...

~ lain makan nangka, lain kena getah ~

tentunya kita akan terpinga-pinga mencari jawapan atau di mana silapnya bila ditanyakan mengapa bungkusan atau surat yg kita hantar lewat sampai.
sedangkan kita sudah menghantarnya 2 minggu sebelumnya.
lagi pula, jarak antara kuala lumpur dengan bangi tidak sampai pun 40km.
sebenarnya hal yg sama pernah terjadi dua atau tiga kali sebelum ini.
dan aku menerima komplen yg serupa.
untuk mengelakkan dianggap aku sengaja membelakangkan tarikh penghantaran, aku usaha sendiri mengeposkan menggunakan pos laju atau kurier.
malah kalau jaraknya tidak berapa jauh, aku akan melakukan serahan tangan.
tapi kerja sebegitu sebenarnya mengambil masa aku. sekali gus mengganggu urusan lain.
sekali dua, mungkin takde hal. tapi kalau dah kerap sangat menjalankan urusan yg tidak sepatutnya aku buat, rasa tidak wajar pula.
jadi, aku tidak lagi menguruskan kiriman seperti dulu.
aku percaya punca masalah ini bukanlah sistem pengeposan peringkat nasional. tetapi lebih disebabkan kelemahan dan kelembapan sistem mel dalaman.
tapi tak sangka pulak begitu lemah, hinggakan kiriman bungkusan berisi manuskrip pun mengambil masa 2 minggu untuk sampai ke tangan penerima!
aku tidak boleh terima...
jadi, selepas ini, aku kira perlu untuk menguruskan sebarang kiriman terus dengan pihak pengendali pos.
biarlah aku kerja lebih sikit, asal hati senang. telinga pun tak sakit kena komplen.

~ resensi . . . 22 ~

Sep 2, 2010



Judul:
Jenayah Penderaan Kanak-kanak
Pengarang:
Jal Zabdi Mohd Yusoff
Jumlah halaman:
244
Kategori:
Undang-undang
Tahun terbitan/Penerbit:
2010/Penerbit Universiti Malaya


sinopsis

buku ini diterbitkan semasa isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak sedang hangat diperkatakan. menyedari bahawa kumpulan pembaca bukan sahaja terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang, maka buku ini telah diolah menggunakan bahasa yang mudah supaya input utama dapat sampai kepada pembaca.
Beberapa isu utama berkaitan jenayah penderaan dan pengabaian kanak-kanak dibincangkan dalam buku ini seperti jenayah yang dilakukan oleh ahli keluarga mangsa sendiri dan jenayah yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali. Selain itu, turut dibincangkan mengenai teori dan punca berlakunya jenayah penderaan dan pengabaian kanak-kanak, konsep pencegahan dan tanggungjawab untuk melaporkan jenayah berkenaan.

~ cuti raya ~

tak sampai lima minit selepas aku postkan permohonan cuti online, ianya diluluskan.
waah, begitu efisien sekali.
namun cuti kali ini bukanlah cuti pilihan. di luar kerelaan.
jarang sekali ada pekerja yg bercuti beberapa hari sebelum raya kemudiannya bekerja di kala hampir semua pekerja lain bercuti untuk beraya sakan.
ya, itulah yang aku lakukan kali ini.
sekurang-kurangnya lebih baik sedikit daripada musim raya tahun lepas, apabila aku langsung tak bercuti.
kalaulah pengorbanan ini 'tak laku' juga, akan ada nanti reaksi balas.
biarlah masa menentukan, dan masa itu semakin hampir...

~ kaunter aduan ~

aku pernah ikuti ceramah seorang pakar motivasi. antara yg aku masih ingat bila dia mengatakan seorang kawan yang baik, adalah pendengar & penasihat yg baik. seorang kawan yg baik juga akan punya ramai kawan. kerana dia dianggap seorang yg dipercayai dan pandai menyimpan rahsia. jangan terkejut kalau akhirnya berasa diri mereka seumpama kaunter aduan.

maksudnya, dia akan dijadikan tempat mencurah perasaan, tempat berkongsi rahsia, berkongsi pengalaman, berkongsi cerita termasuk yg peribadi, tempat menzahirkan kesedihan & kegembiraan, orangnya untuk memohon nasihat & pandangan. itulah yg dimaksudkan sebagai kaunter aduan.

daripada semua yg disebutkan itu, nampaknya menepati ciri-ciri yg sedang aku berperanan sekarang.

aku tak tahu sama ada untuk berasa bangga atau tidak - kerana maksudnya aku ini disenangi & dipercayai. secara jujurnya aku berniat ikhlas terhadap kawan-kawan.

dalam masa sama, kengkadang rasa rimas pulak. iyalah, kalau dah ada yg bercerita pasal rumah tangga sampai tiada segan silu, nampaknya kaunter aduan yg aku buka sekarang ini perlu ditapis permohonannya.